Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 162
Ahli: 0
Jumlah: 162




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Pelajar Universiti Darul Iman..SInggah lah kejap.


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Pelajar Universiti Darul Iman..SInggah lah kejap.

Please Mendaftar To Post


Oleh Pelajar Universiti Darul Iman..SInggah lah kejap.

al-islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9465
Posting: 28
Dari: Universiti Darul Iman ( Kampus KUSZA )

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-01-07 18:35


Assalamualaikum...

Pelajar2 UDM terengganu..jom bertaaruf kat sini ,
ceritalah tentang apa yang best kat UDM ??
Jomlah kita mempopularkan universiti kita.....

Disini ada maklumat tentang UDM...

UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA

KAMPUS KUSZA





1.     LATAR BELAKANG



Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 adalah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang kelapan belas. Penubuhan universiti ini adalah mengikut konsep universiti yang mempunyai kolej-kolej bersekutu di bawahnya. Sebagai permulaan UDM akan mempunyai 3 kolej bersekutu yang �semi autonomous� dan mempunyai niche yang tersendiri :



i)        Kampus KUSZA akan memfokuskan kepada usaha pengajaran dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam yang diharmonikan dengan ilmu-ilmu profesional.



ii)     Kampus Besut akan dibangunkan dengan niche dalam bidang pertanian dan industri asas tani seperti agro bioteknologi.



iii)     Kampus Kuala Terengganu akan dijadikan Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan Bersekutu.



UDM akan memberikan tumpuan kepada aktiviti pengajaran sebagai permulaan dan pada masa yang sama menggerakkan aktiviti penyelidikan bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk membanyakkan lagi pusat kecemerlangan penyelidikan. Usaha pengantarabangsaan UDM akan bermula seawal mungkin dengan menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar serantau dan menggalakkan kehadiran penyelidik dan pengajar asing.



2.     PENGENDALIAN KURSUS



Kursus yang dijalankan di UDM adalah secara aplikasi dan amalan di mana lebih kurang 70% dari masa pertemuan pelajar akan melibatkan diri dalam menjalani ujikaji makmal, pembelajaran berbantukan komputer, melaksanakan tugasan, kerja bengkel, latihan industri dan membuat satu projek tahun akhir yang berlandaskan penyelesaian masalah industri.



3.     VISI



UDM berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi berwajah antarabangsa yang melahirkan dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkaya dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.



4.     MISI



UDM akan menonjol dan mengasah bakat bakal pemimpin dalam pelbagai bidang menerusi usaha merekayasa ilmu, menggalakkan ketelusan dan keterbukaan, menanam sikap pertanggungjawaban dan menghargai pelbagaikan untuk manfaat manusia.



5.     SEKOLAH



Program-program yang ditawarkan dikendalikan oleh 4 buah sekolah yang terletak di Kampus KUSZA di Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.



Empat sekolah tersebut ialah :



i)         Sekolah Pengajian Islam dan Ketamadunan



ii)         Sekolah Pengajian Pengurusan



iii)         Sekolah Undang-Undang, Perdagangan Antarabangsa dan Diplomasi



iv)        Sekolah Informatik dan Teknologi



6.     SISTEM PENGAJIAN



UDM melaksanakan sistem pengajian berpandukan sistem semester. Tahun akademik dibahagikan kepada dua semester lazim iaitu Semester I dan Semester II. Di samping dua semester lazim ini, terdapat satu semester pendek iaitu semester III (Semester Khas) yang diadakan dalam masa cuti akhir tahun akademik.



7.     KEMASUKAN PELAJAR



Kemasukan pelajar bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Sijil yang berkaitan daripada IPTA/Politeknik atau setaraf.



    8.    PROGRAM YANG DITAWARKAN BAGI LULUSAN DIPLOMA/SETARAF






    



BIL


    



KOD
    



PROGRAM


    

1.
    

DA14
    

Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) Dengan Kepujian


    

2.
    

DC10
    

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian


    

3.
    

DE02
    

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian


    

4.
    

DE23
    

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) Dengan Kepujian


    

5.
    

DI01
    

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) Dengan Kepujian


    

6.
    

DI02
    

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) Dengan Kepujian


    

7.
    

DI07
    

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) Dengan Kepujian


    

8.
    

DL00
    

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian


    

9.
    

DS55
    

Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Pertanian Dengan Kepujian





    9. TEMPOH PENGAJIAN



-Ijazah



Tempoh pengajian lazim bagi menamatkan kursus ijazah ialah antara 6 -8 semester (3 � 4 tahun).





10. KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN



Seperti mana lazimnya kemudahan yang disediakan oleh sesebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain, UDM juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti Perpustakaan, Bengkel dan Makmal Komputer selaras dengan imej sebuah IPTA yang berasaskan aplikasi dan amalan, ruang kuliah yang selesa, perkhidmatan pelajar dan koperasi, pengangkutan, penginapan asrama dan kolej kediaman yang kondusif, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya, kafetaria dan lain-lain.



11. KETERANGAN BIASISWA DAN PINJAMAN PENGAJIAN



Pelajar dibenarkan memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari badan-badan penganjur yang layak dipohon. Syarat dan peraturan penajaan dan pinjaman adalah tertakluk kepada pihak yang berkenaan. Terdapat penaja yang boleh membiayai pengajian pelajar di UDM, antaranya ialah seperti berikut :

    *

     Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
    *

     Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    *

     Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    *

     Tabung Amanah Pendidikan Negeri
    *

     Yayasan Negeri
    *

     Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    *

     SUK Negeri
    *

     Yayasan Tenaga Nasional
    *

     Kementerian Belia dan Sukan
    *

     Majlis Agama Negeri
    *

     Yayasan Tenaga Nasional Berhad
    *

     PERKESO
    *

     Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
    *

     Lain-lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-islamProfil   Hantar PM kepada al-islam   Pergi ke al-islam's Website   Quote dan BalasQuote

al-aziez
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17834
Posting: 26
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-01-07 18:59


assaalamualaikum...
terlebih dhulu saya minta maaf. sebenarnya saya bks pelajar KUSZA course pngjn Islam al-quran & al-sunnah. sekarang kampusnye dah jadi UDM. saya bangga jadi pelajar KUSZA & saya rindu sangat suasana di sn dahulu. sekarang saya smbung study kat UPSI course Special Education. walaupun tak sama dengan apa yang saya study dulu, saya redha. mungkin rezeki saya ke arah sini. semoga Allah mmberi kjyn dalam khidupn dunia & akhirat, amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aziezProfil   Hantar PM kepada al-aziez   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-07 19:24


saya bukan pelajar universiti darul iman.. boleh singgah?? tak boleh tidak mengapa.. akan ku singgah di universiti darul ihsan.. :-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)
[ Telah diedit oleh: hafiz_along_83 pada 28-01-07 19:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

al-islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9465
Posting: 28
Dari: Universiti Darul Iman ( Kampus KUSZA )

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 08:21


Al-aziz ,
semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-islamProfil   Hantar PM kepada al-islam   Pergi ke al-islam's Website   Quote dan BalasQuote

al-aziez
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.08.2005
Ahli No: 17834
Posting: 26
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 18:45


assalamualaikum...
syukran jazilan kepada al-islam...
insyAllah...amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aziezProfil   Hantar PM kepada al-aziez   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-07 18:59


salam...
kullu a'min wa antum jamian bikharin...
all the best

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

yus_haniey
Warga Rasmi
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28483
Posting: 18
Dari: depan komputer

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-02-07 16:58


salam.
saya bukan stden UDM,tapi jirannya.boleh singgah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For yus_hanieyProfil   Hantar PM kepada yus_haniey   Quote dan BalasQuote

kulidakwah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.01.2007
Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-02-07 17:22


salam 'alaik...
ana bekas pelajar KUSZA....
dulu masa KUSZA...pergaulan sangat terjaga,biah masih kuat...tapi sekarang...maklumat dari kawan-kawan sekarang cakap,da tak macam dulu,termasukla dari pensyarah2 sendiri...kenapa ek???????
kasihan KUSZA......
agaknya kena tubuh KUSZA baru agaknya...kikikiki

Bookmark and Share

    


  Member Information For kulidakwahProfil   Hantar PM kepada kulidakwah   Quote dan BalasQuote

yus_haniey
Warga Rasmi
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28483
Posting: 18
Dari: depan komputer

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-02-07 16:15


sebab sekarang bukan namanya kusza lagi.kan dah jadi U sekarang,mestilah ada yang berubahnya.betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For yus_hanieyProfil   Hantar PM kepada yus_haniey   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-07 15:53


:roll: UDIM terletak dekat Besut kan....?


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

al-humairah
Warga Rasmi
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6055
Posting: 4
Dari: negeri cik siti wan kembang

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-03-07 01:38


an pun bekas pelajar kusza dr course dipend...lepas diploma minta lagi untuk smbung ijazah tapi tak dapat...lepas itu buat rayuan..tak dapat juga...mungkin tak ada rezeki untuk jadi penuntut ilmu di UDM...sekarang ni tengah smbung kat OUM..tak kisah lah kat mana-mana pun..yang penting semangat

*rindu kat pokok yang selalu ana study petg...belakang blok biruni...nama blok tu masih tak tukar lagi kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-humairahProfil   Hantar PM kepada al-humairah   Quote dan BalasQuote

ain_sakinah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.03.2007
Ahli No: 29263
Posting: 67
Dari: Atas kerusi..Depan k0mputer...(~,-)

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 01:07


Akak ana study kat UDM...Hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_sakinahProfil   Hantar PM kepada ain_sakinah   Quote dan BalasQuote

apis_udm
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.08.2007
Ahli No: 30795
Posting: 64
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 08-09-07 15:32


ana warga udm. banyak perubahan sekarang.. berbeza dari kusza. takkanlah sebab tukar status dari kolej ke u semu kena berubah. walaupun kita dimana islam tak pernah berubah.....fikirkanlah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For apis_udmProfil   Hantar PM kepada apis_udm   Quote dan BalasQuote

citot
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2007
Ahli No: 28091
Posting: 16
Dari: lekir

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 08:43


ana dr kos quran sunnah....
memang kusza dah brubah....bila dah jadi udm ni macam-macam prubahn...
tidak lah ana kita xelok cme dr segi pemakaian,subhanallah.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For citotProfil   Hantar PM kepada citot   Quote dan BalasQuote

teruterubozzu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.05.2007
Ahli No: 29897
Posting: 86
Dari: Bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 09:52


koi xstdnt kusza..kos usuluddin..hmmm betul kata al-aziez rindu sangat suasana masa study kat kusza dulu..tahun 1 duduk kat blok ummu salamah, tahun 2 duduk kat blok othman tahun 3 duduk kat blok ummu sulaim ada lagi tak nama2 ni? entah-entah dah ubah jugak mmmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teruterubozzuProfil   Hantar PM kepada teruterubozzu   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 15:31


hheehhe...bagilah tau batch tahun bape????

saya jugak dari KUSZA...hehehehe

batch tahun : 96-99..... masa memula masuk... Boss HEP dr Azmi.... mesti ramai kenal dr azmi ni.. 1st sem kami..dia dah kena buang ..kasihan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 15:36


hehe..ana saja nak menyibuk..ana pun pernah pegimkusza tu...baru lagi dalam bulan 7..akak ana ada di sana..erm pernah mohon tapi tak dapat...sedihnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 28-09-07 17:16


Assalamualaikum...
nak singgahlah kalau macam tu...
singgah di tepi udm saja..tak pernah masuk....
pelajar udm nak kena singgah jugak ke...?
dah memang udm tempat mereka, tak payah singgah2 lah..masuk saja...duduk..buat macam rumah sendiri.....

[ Telah diedit oleh: sayatetapsaya pada 28-09-07 17:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

teruterubozzu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.05.2007
Ahli No: 29897
Posting: 86
Dari: Bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-10-07 21:05


kita 2001-2004...junior lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For teruterubozzuProfil   Hantar PM kepada teruterubozzu   Quote dan BalasQuote

ardzcrew08
Warga Rasmi
Menyertai: 19.08.2008
Ahli No: 34534
Posting: 2
Dari: malaysia

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-08 19:54


SALAM..
moga semua sentiasa diberkati ALLAH..
mengenai perubahan udm: ana bacth 2005-2008 jadi ana dapat rasa perubahan yang berlaku di UDM.. bi' amat berbeza dan perbezaan bukan kearah lebih baik tapi.. pergaulan dan sosial yang paling ketara..Kenapa? mereka alami kejutan budaya ke?..ish2..itu persoalan yang xsepatutnye..
dulu masih lagi ada yang untuk menegur pelajar2 yang terbabit..tapi kini..
semua seperti tiada kawalan malah dibiarkan..
ish2..
pakaian yang dianjurkan oleh islam bagi seorang muslimah sudah kian pupus,..mengapa?..
saudara2 pembaca..
sedikit teguran dan harapan dr an..moga ALLAH menjaga&memelihara mereka yang sentiasa inginkan bi' islam..sedangkan islam itu agama dan cara hidup yang amat sesuai dengan fitrah..sedarilah wahai saudara udm..k,ws

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardzcrew08Profil   Hantar PM kepada ardzcrew08   Quote dan BalasQuote

ardzcrew08
Warga Rasmi
Menyertai: 19.08.2008
Ahli No: 34534
Posting: 2
Dari: malaysia

jordan   avatar


posticon Posting pada: 19-08-08 20:19


edit dr yang atas:
SALAM..
moga semua sentiasa diberkati ALLAH..
mengenai perubahan udm: ana bacth 2005-2008 jadi ana dapat rasa perubahan yang berlaku di UDM.. bi'ah amat berbeza dan perbezaan bukan kearah lebih baik tapi.. pergaulan dan sosial yang paling ketara..Kenapa? mereka alami kejutan budaya ke?..ish2..itu persoalan yang xsepatutnye..
dulu masih lagi ada yang berani untuk menegur pelajar2 yang terbabit..tapi kini..
semua seperti tiada kawalan malah dibiarkan..
ish2..
pakaian yang dianjurkan oleh islam bagi seorang muslimah sudah kian pupus,..mengapa?..
saudara2 pembaca..
sedikit teguran dan harapan dr an..moga ALLAH menjaga&memelihara mereka yang sentiasa inginkan bi'ah islam..sedangkan islam itu agama dan cara hidup yang amat sesuai dengan fitrah..sedarilah wahai saudara udm..k,ws

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardzcrew08Profil   Hantar PM kepada ardzcrew08   Quote dan BalasQuote

wanfuad
Warga Rasmi
Menyertai: 14.02.2007
Ahli No: 28726
Posting: 4
Dari: min aina..ila aina...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-06-11 20:11


macam kenal saja adzcrew08 dan citot tu.,,


-----------------
Barangsiapa bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya akan dickpknnya dan dberikan rezeki dr sumber yang tak dduganya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For wanfuadProfil   Hantar PM kepada wanfuad   Quote dan BalasQuote

nuriezzaty
Warga Rasmi
Menyertai: 03.07.2011
Ahli No: 41481
Posting: 3
Dari: negeri sembilan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-07-11 16:34


Assalamualaikum..saya sekarang study kat UDM..tapi da tukar name..UniSZA...hehehe..masuk julai 2010..UDM memang first choice saya kat UPU...alhmdulillah..dapat kos yang saya nak..


-----------------
nuriezaty


Bookmark and Share

    


  Member Information For nuriezzatyProfil   Hantar PM kepada nuriezzaty   Pergi ke nuriezzaty's Website   Quote dan BalasQuote

wajhunnur
Warga Rasmi
Menyertai: 23.02.2011
Ahli No: 41002
Posting: 7
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-07-11 21:00


Ana budak KUSZA jugak...Graduan 2007...Salam ukhwah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wajhunnurProfil   Hantar PM kepada wajhunnur   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125518 saat. Lajunya....