Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 9 hari yang lalu
Jaafar072286: 21 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: 200,000 lelaki enggan cari kerja


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» 200,000 lelaki enggan cari kerja

Please Mendaftar To Post


Oleh 200,000 lelaki enggan cari kerja

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 13:27


BALING 26 Jan. – Lebih 200,000 lelaki di negara ini didapati tidak bekerja dipercayai tidak berminat untuk mencari pekerjaan sebaliknya lebih suka tinggal di rumah berbanding wanita.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, jumlah itu agak tinggi berbanding dengan wanita yang tidak bekerja iaitu sebanyak 142,500 orang.

Menurutnya, jumlah itu boleh meningkat lagi sekiranya sikap dan tingkah laku kaum lelaki seperti itu berterusan dalam menjalani rutin harian di rumah.

Katanya, jumlah ini tidak termasuk lelaki yang menjadi penagih dadah dan kini ditahan di pusat serenti dan mereka yang ditahan di penjara.

“Statistik tahun 2005 menunjukkan sebanyak 203,400 lelaki di negara ini tidak bekerja kerana lebih suka tinggal di rumah berbanding wanita,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis perjumpaan dengan pemimpin masyarakat di Kampung Kubang Hong, Kuala Ketil, di sini.

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sebelum ini mendedahkan terdapat sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja yang menular di kampung-kampung.

Katanya, daripada jumlah tersebut lelaki yang didapati tidak bekerja berusia 15 hingga 60 tahun termasuk lepasan sekolah, remaja suka melepak dan mereka yang tidak serius dalam kehidupan.

Tegas beliau, pihaknya bimbang fenomena itu akan mewujudkan budaya yang ditegah oleh Islam iaitu tidak mahu berdikari dan malas berusaha.

Katanya, perbuatan dosa hanya sering dilihat kerana tidak mengerjakan sembahyang malah malas dan tidak mahu berdikari juga satu dosa.

“Bukan sahaja tidak menunaikan sembahyang itu dosa malah malas dan tidak mahu berdikari juga satu dosa,” tegasnya.

Tambahnya, jadual harian remaja khususnya lepasan sekolah yang tidak terurus menyebabkan mereka terperangkap dengan budaya malas.

“Ada antara lepasan sekolah yang tidur lewat, juga bangun lewat tanpa disedari oleh kebanyakan ibu bapa,” ujarnya.

Jelasnya, masalah-masalah tersebut kini semakin menular dalam masyarakat dan dikhuatiri boleh menjejaskan institusi kekeluargaan.


:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 13:31


ada-ada saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Afina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26223
Posting: 219
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 13:39


Masya Allah.....
Susah nak cari lelaki yang brtanggungjwb sekarang mana......
Semoga kita tidak tergolong dalam ciri2 di atas........
Semoga Allah buka pintu hari mereka dan diberi hidayah agar mereka berubah.......Amin......
[ Telah diedit oleh: Afina pada 27-01-07 13:41 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For AfinaProfil   Hantar PM kepada Afina   Quote dan BalasQuote

harlique
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26495
Posting: 258
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-07 14:29


erm,no komen.......
huhu......
tapi ada juga lelaki yang berjaya!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For harliqueProfil   Hantar PM kepada harlique   Quote dan BalasQuote

hubbud_jariah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.11.2006
Ahli No: 27212
Posting: 32
Dari: jepang

malaysia  


posticon Posting pada: 27-01-07 18:16


ish3...apa nak jadi lelaki-lelaki zaman sekarang ni....????

Bookmark and Share

    


  Member Information For hubbud_jariahProfil   Hantar PM kepada hubbud_jariah   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-01-07 18:27


Pada 27-01-07 18:16 , hubbud_jariah posting:

!!! QUOTE !!!

ish3...apa nak jadi lelaki-lelaki zaman sekarang ni....????


:-D :-D            :-D :-D             :-D :-D            :-D :-D
             :-P :-P             :-D :-D             :-P :-P


-----------------
Hiasi Peribadi....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099688 saat. Lajunya....