Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 3 hari yang lalu
Jaafar072286: 16 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: ..saya amat takut..tolong lah..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» ..saya amat takut..tolong lah..

Please Mendaftar To Post


Oleh ..saya amat takut..tolong lah..

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 07:50


Assalamualaikum..

saya pun tak tau bagaimana nak mulakan...benda tu jadi lagi.. dan saya takut sangat..

urmmm..begini lah.. ada lah lebih baik saya mengaku yang mungkin saya agaknya paling jahat dan kurang ilmu agama di sini..

cerita nya begini.. kalau satu hari tu saya rasa macam baik sikit.. atau kalau saya baca buku dengan penuh perasaan dan bila habis study, saya merasakan ada satu keyakinan.. pada waktu malamnya..

saya pasti akan mimpi seperti ada yang marahkan saya.. seperti ada yang bencikan saya..seperti ada yang cuba membunuh saya.. saya jadi amat takut.. seperti ada sepasang mata yang sentiasa menjegilkan matanya pada saya..

saya ingat lagi.. sewaktu dekat spm.. saya kerap dapat mimpi yang buruk.. dan sampai satu ketika, saya tak sanggup nak tidur malam.. dan pastinya esok saya begitu mengantuk dan keletihan yang amat.. nak kata tak baca doa tidur, alhamdulillah, setiap malam saya baca.. nak kata tak buat benda-benda asas yang umat islam lain buat, alhamdulillah, saya ada lah buat jugak (walaupun mungkin tak seperfect org lain..)

ada masa tu, esoknya trial spm bio.. paper yang memang saya nanti2kan.. jadi malam tu study lebih2 sikit.. dan macam biasa, saya mendapat mimpi yang menyeramkan.. ada semacam ada yang nak bunuh saya, dan saya tahu dari pandangan mata dia, dia tak suka dan dia taknak saya belajar.. dia amat bencikan saya bila ada lah benda baik sikit yang tak seberapa saya buat.. saya terjaga dalam keadaan saya menangis kerana saya berasa begitu tak berdaya.. sampai saya terpikir2 dan terbawa2 semasa exam..

sampai saya tak sedar, saya pernah cakap, baiklah.. aku akan buat benda-benda tak baik tu..kalau itu yang awak mahu.. tapi, tolong lah.. tolong lah pergi..

Astaghfirullah, nasib baik tak lama kemudian saya tersedar.. saya perlu takut kan Allah.. bukan nya dia yang saya tak tahu siapa.. tapi, tak dapat dinafikan saya, sebagai manusia biasa, saya takut sekarang ini..


seperti ada yang mengekori saya dan saya rasa seolah-olah tidak ada jalan keluar.. kalau malam tu saya study agak kuat, saya tak berani nak tidur dekat adik kecik saya.. sebab, bila saya terjaga dalam keadaan yang mengejutkan disebabkan mimpi seram saya, pasti dia yang disebelah akan turut menangis.. menangis yang amat teruk.. :-(

dan semalam, benda tu jadi lagi.. setelah sekian lama saya tidak bermimpi seram (sebab dah lama saya tak tdur malam+dan tak study kuat sebab exam dah habis..) kali ini..saya dapat rasa kan.. dia ada sekitar saya, dan pandangan matanya.. masyaAllah, saya amat takut...sampai sekarang, tangan saya masih kesejukan semasa meluahkan perasaan takut saya ini...

setiap kali ada lah benda baik sikit yang saya buat, benda ini akan jadi lagi.. adakah ini mainan minda..? atau lain..? tolong lah saya ya. :-( :-(


--> maaf, terpanjang..


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 08:18


siannya...erm ana tak pernah mengalaminya.anta try pergi ceq doktor pakar...pergi ambik ubat denagn Dato' Harun Din ke.sebagai satu usaha..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 08:26


tidur baca ayat kursi dengan penuh penghayatan tak?


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 26-01-07 08:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-01-07 08:38


baca lah ayat Kursi...dan yakin...

bagi akak lah, maybe adik tension...bila kita tension otak kita tak kan berehat.....dan ini selalunya dapat mimpi.....

sebelum tidur....ambil air sembahyang......ia satu cara untuk mengelakkan diri kena sihir waktu tidur, pendek kata kena kacau.......

kita buat baik...akan dibalas baik....bagi akak, adik ni dah 'set' kan minda adik....adik buat baik....akan kena macam tu....

Kalau takut sangat waktu malam....pa kata buka radio IKIM....tengah malam...ada diperdengarkan bacaan Al Quran....

jangan berubah kerna mimpi...itu perkara bodoh!!! sentiasa kuatkan diri ya...kerna khayalan dari syaitan dan realiti hampir sama....jangan kita menjadi orang yang tewas di mata Allah.....

mohon kepada Nya....kerna Dia berkuasa atas segalanya....mungkin...ini ujianNya...adik kena terima dan cari ikhtiar ya.....

banyakkan membaca Al Quran....dan sentiasa mengingati Allah ( peringatan untuk akak juga)
salam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

umi_iium
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2006
Ahli No: 27261
Posting: 133
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-01-07 08:50


salam...tapi tak ke pelik Kalau benda jadi banyak-banyak kali sangat?takkan yang 2 pun di kira mainan minda,tension?
saya rasa awak perlu pergi minta pendapat dr mana-mana ustaz2 yang lebih pandai dalam bab2 macam ni..kita tak boleh nafikan benda-benda ghaib ni memang ada kat sekeliling kita...nak kata tak percaya tak boleh juga...saya pun selalu kan tindih,dan memang kita akan rasa kalu2 benda macam 2 ada dekat2 kita..ni pengalaman saya...yang penting doa lah pada Allah agar dijauhi sebarang perkara2 yang xbaik..sama-sama kita doakan..wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For umi_iiumProfil   Hantar PM kepada umi_iium   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 08:56


erm..
betul tu..
berjumpalah dengan ustaz/ustazah atau pakar perubatan islam...
takutkan Allah..takutkan Allah...takutkkan Allah
Allah lebih berkuasa dari segala makhluk yang ada..
semoga dilindungi Allah dari gangguan syaitan, makhluk halus dan kejahatan manusia..


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
[ Telah diedit oleh: broshahir pada 26-01-07 08:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-01-07 09:00


Pada 26-01-07 08:50 , umi_iium posting:

!!! QUOTE !!!

salam...tapi tak ke pelik Kalau benda jadi banyak-banyak kali sangat?takkan yang 2 pun di kira mainan minda,tension?
saya rasa awak perlu pergi minta pendapat dr mana-mana ustaz2 yang lebih pandai dalam bab2 macam ni..kita tak boleh nafikan benda-benda ghaib ni memang ada kat sekeliling kita...nak kata tak percaya tak boleh juga...saya pun selalu kan tindih,dan memang kita akan rasa kalu2 benda macam 2 ada dekat2 kita..ni pengalaman saya...yang penting doa lah pada Allah agar dijauhi sebarang perkara2 yang xbaik..sama-sama kita doakan..wallahualam


..sebab dia selalu kena Kalau nak exam....study kuat....

tapi saya tak nafikan...kehadiran makhluk @benda halus....

Kalau kita tension , tak sihat...atau 'tak kuat dari segi dalaman'...mudah saja benda tu kacau kita.....

Allahu'alam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 10:36


:-o ....cuba lah berubat dengan cara kampung....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-01-07 12:51


Masa nak tidur tu pakai lah walkman ke..MP3 player ke.. bukan untuk dengar lagu.. tapi untuk mendengar bacaan Ayat-Ayat suci..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 14:45


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah satu topik misteri yang mistik. Beginilah anakanda gingie. Yang penting anakanda banyak istighfar dan pastikan jangan tinggal solat lima waktu pada waktunya selain sering solat berjemaah di masjid atau di rumah. Kalau boleh sentiasa dalam wudhu bila batal ambil wudhu lagi terutama bila hendak tidur tu.

Dalam rumah pastikan tiada patung kerana rumah yang ada patung tidak dimasuki malaikat terutama malaikat rahmat. Dan bila rumah tiada malaikat maka gantinya ialah syaitan.

Dan bila kita ke mana-mana bacalah ayat kursi ketika keluar rumah dan pastikan bagi salam ketika hendak masuk rumah. Selain itu seringlah bagi salam kepada orang Islam yang ditemui agar mereka doakan kita balik dengan menjawab salam. Itu kelebihan salam dalam Islam.

Dan anakanda ingat ya bahawa yang paling penting untuk dijaga ialah hati kita jangan sampai syaitan bertapak dengan bersihkan ia bermula dengan ilmu - ilmu agama. Anakanda uruskan diri dan suasana rumah dengan keIslaman insyaAllah akan hilang mimpi yang buruk-buruk tu ya. Cubalah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Dan ubat yang paling mujarab ialah Al Quran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 16:00


..banyakkan mengingati ALLAH..baca aal-quran selalu..semoga perasaan gingie kembali tenang..jangan putus asa sentiasa berdoa..dijauhkan perkara2 yang buruk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

fathiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.11.2005
Ahli No: 20306
Posting: 178
Dari: penang+perak+melaka+n9

Perak  


posticon Posting pada: 26-01-07 19:04


em..ana nasihatkan enti bacala mathurat tetiap hari pagi dan petang..sebab kalau baca mathurat..insyaAllah akan menghalang segala sihir dan gangguan syaitan..banyakkan mengingati Allah..jangan fikir bebukan..kalau kita mengingati selain Allah..dan kita takutkan selain Allah..dah hampir masuk kepada syirik..berhati-hati ye..pastikan enti membaca surah al-Kahfi..10 terawal dan 10 terakhir..sebab mujarab kalau baca..insyaAllah..pastikan sebelum tidur baca doa..baca surah 3 pukul..ayat kursi..dengan doa pendinding diri..doa pendinding diri yang ana selalu baca..tahassontu bihisni lah ilaha illallah muhammadur rasulullah..baca 3x..tetiap 3x tu..hembus kat depan..kanan..kiri..atas..bawah dan belakang..amalkanlah..insyaAllah..ni ana belajar dr ustaz ana..lepas itu semua doa yang dibaca sebelum tidur..dihembuskan ke telapak tangan..lepas itu sedut balik..macam tarik nafasla..sapukan dari hujung rambut sampai hujung kaki..bila dah habis..baru lepaskan nafas..sebelum tidur..pastikan enti ambil wudhuk dulu supaya terhalang daripada gangguan syaitan..kalau enti tak boleh tidur juga..banyakkan berzikir..insyaAllah..enti akan terlelap..kalau boleh..enti jumpalah dengan pakar2 perubatan seperti darussyifa dan sebagainya..takut nanti makhlus halus tu bertapak dalam diri enti..dekatkan diri kepada Allah ye..wallahualam


-----------------
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathihaProfil   Hantar PM kepada fathiha   Pergi ke fathiha's Website   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 21:55


Assalamualaikum..

terima kasih ya kepada teman2 yang telah memberikan nasihat..

saya.. pun tak tahu nak cakap macam mana..

urmm.. selalunya kejadian2 dalam mimpi saya.. berlaku di dalam rumah saya.. lebih tepat lagi.. dalam bilik tidur saya dan mak ayah saya..

saya tak tau sama ada saya ini mengarut atau apa.. tapi, macam semalam.. yang saya takut sangat.. dalam mimpi saya tu, saya berada dalam bilik mak saya..gelap..malam..saya tak berapa nampak..

saya berada atas katil mak saya.. mak saya ada di sebelah... tak bergerak.. saya tak nampak muka dia dengan jelas..adik saya berada di sebelah lagi satu.. tiba-tiba mata adik saya... subhanaAllah..saat ini, bila saya terbayang.. saya jadi sejuk yang amat..

adik saya tiba-tiba gigit tangan saya sesungguh2nya.. tak sakit pun.. tapi masa dia gigit.. dia macam marah.. saya tahu.. saya dapat rasakan ada "orang" kat luar tingkap atas pokok tengah tengok saya.. saya pasti dia ada.. tapi, saya tak tahu apa.. yang pasti, ada 'figure'.. mata yang sama....dan tiba-tiba buat saya jadi lemah...

masa tengah dia gigit.. ayah saya masuk sambil mendukung seorang bayi kecil.. saya terkejut.. baby mana pulak ini..? sebab saya ada seorang adik perempuan sahaja, berusia 8thn..

dan tiba-tiba saya terjaga.. saya lari cari ayah saya.. tapi saya tak jumpa...saya tak tau mana dia.. saya dah tak boleh pkir..

selalunya, kalau benda yang sama terjadi.. saya akan cari ayah saya.. kerana, saat saya terjaga, satu patah perkataan pun tak terkeluar dari mulut saya.... :-(

mungkin lah agaknya saya tak sebaik orang lain, tapi.. kalau ada hari saya insaf dan nak jadi baik..mimpi tu datang lagi...

saya pernah cuba amalkan petua uztaz saya.. zikrullah sampai tertidur.. sebab ustaz saya cerita, abang ipar dia meninggal semasa berqiamullail.. dan saat menghembus nafas terakhir, dalam tidur, terdengar dia menyebut ALLAH.. indah sungguh.. saya pun teringin nak mencuba.. tapi, bila saya buat.. mimpi saya menjadi lebih dahsyat.. saya jadi amat lemah :-( kadang-kadang saya benci.. benci.. Kenapa saya begitu lemah.......sebab saya dah tak tahan lagi..


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 22:01


gingie begini lah...teman nak tanya meke ni suka berseorangan atau suka berkawan?

masa meke kena tu waktu mimpi saja kah?

ada tak peronah kena waktu sedar?

Ada ghase berpeluh tapi tak panas?

Ada rasa kejang otot?

teman sekadar bertanye sahaja...harap meke boleh jawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 22:23


saya suka bersendirian... walaupun di rumah, saya tak berapa banyak cakap...saya ingat masa waktu sekolah.. saya pergi sekolah dalam pukul 6.45pg walau pun dekat.. sebab waktu tu tak banyak orang..sunyi..boleh baca buku...

saya tak tau Kenapa, tapi, saya terbiasa guna tangga paling hujung dan paling gelap dan yang paling sunyi, kawan-kawan saya memang tak suka lalu situ..

tapi, setiap kali saya lalu..akan ada seorang budak lelaki duduk tunggu kat situ..bila saya lalu sebelah dia..dia buat tak tahu saja..dia tak berapa betul sikit..

ok, tak berkaitan pun.. cuma nak cakap, saya ini suka bersendiri..bila balik rumah.. dalam pukul 3..letak beg, solat, mandi.. bukak buku...matlamat saya, cemerlang peperiksaan.. dan kadang-kadang saya tak keluar bilik..dan kadang-kadang saya boleh bilang berapa patah perkataan saya cakap dengan mak ayah saya.. sekarang saya menyesal...apa guna ada keluarga kalau tak reti untuk menghargai :-(

sebenarnya..saya ini jenis yang tak berapa ingat mimpi.. lepas bangun, saya terus lupa.. hanya bila dapat mimpi yang benar-benar saya takut.. baru saya teringat..

saya selalu kesejukan..ada waktu sampai rasa ke tulang.. dah off kipas, duduk dalam selimut.. kejang sikit.. mungkin sebab kesejukan yang melampau.. saya tak panas pulak.. masa orang lain berpeluh2, tiba-tiba tangan saya sejuk.. kadang-kadang jadi biru..macam tak ada darah..

cuma dua tiga hari, ini kepala saya rasa pening sangat.. macam dicucuk2.. nak kata tak mandi, saya mandi... :-(

Alhamdulillah, tak pernah pula terjadi masa di waktu sedar.. atau saya yang tak ingat..


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 22:42


ok gingie, disini teman sukacita memberitahu meke bukan lah kena badi, dirasuk atau mungkin yang melibatkan makhluk halus.
meke ni suka bersendirian, menjadikan matlamat belajo adalah utama, kadang-kadang benda ini akan menjadikan tekanan pada diri sendiri tambahan pula sifat meke yang suka bersendirian dan tidak banyak bercakap.
manusia ni sejenis objek bumi ciptaan Allah. setiap benda yang ada dibumi ni mempunyai sifat peneutralan...dengan kata lain...berkehendak untuk stabil...
dalam sains disebut prinsip keabadian tenaga...
dalam konteks manusia, bila dia tertekan dia akan cuba meneutralkan keadaan seperti bercerita masalah dan lain2 lagi yang positif seperti solat tahajud, membaca al-quran dan berzikir.
dari segi negatifnya pula, marah, runsing, murung dan mungkin terbawa2 dalam tidur. percayalah apa yang tergambar dalam mimpi itu adalah gambaran perasaan kita bila sedar. dan tidak dinafikan juga mainan dan gangguan syaitan. syaitan memang menunggu masa anak adam bila tension. dengan tension lubang2 bagi ia masuk adalah mudah...
Jadi kepada gingie, teman harap teman dapat mengubah sikit demi sedikit personaliti meke..jangan mengejut. buat perlahan2.

rapatkan diri dengan Allah adalah kunci utama
hubungan baik dengan ibu bapa akan mengembangkan aura positif dalam diri. setiap manusia ada aura masing-masing. atau lebih tepat lagi setiap benda dijadikan Allah dibumi ini ada aura...
bagi manusia bila aura tidak stabil, emosi juga akan tidak stabil...bila emosi/rohani tidak stabil akan melahirkan penyakit pada jasmani...seperti migrain, demam, berpeluh sejuk, pucat. pitam dan pengsan. atau lebih kritikal mudah hesteria jika tidak dikawal

diharap gingie dapat gambaran serba sedikit dari teman ni...ini merupakan cadangan yang tidak seberapa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-01-07 23:02


terima kasih ya saudara Daeng Jati..

sejujurnya, saya tak pernah terpikir yang saya dirasuk etc..

walaupun sudah beberapa insiden berlaku dalam keluarga saya..

dan sedih untuk saya nyatakan bahawa kakak saya juga 'pergi' disebabkan perbuatan 'khianat' teman2 sekuliahnya sendiri..

tapi, saya bukan macam dia.. saya hanyalah pelajar biasa.. tak mungkin ada yang cemburukan saya..sehingga sanggup mengenakan saya..

apa pun, terima kasih sekali lagi atas cadangan2 Daeng Jati.. dan terima kasih juga atas nasihat dan bimbingan teman2 sekalian..

saya harap semua ini akan berakhir....saya benar-benar berharap....


-----------------
~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~


Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 28-01-07 14:50


dengar walkman ke mp3 ke sebelum tidur...dengar ayat al quran.ataupun anta beli kaset ayat al quran pembakar jin.sebelum tidur ana selalu dengar..alhamdulillah....d tangan sentiasa bertasbih before sleep..insyaAllah.cb lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hubbud_jariah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.11.2006
Ahli No: 27212
Posting: 32
Dari: jepang

malaysia  


posticon Posting pada: 28-01-07 15:59


*sebelum masuk tidur ambil wuduk..pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk...
*tidur dalam keadaan mengiring sebelah kanan
*selalu mengamalkan solat sunat 2 rakaat
*amalkan membaca mathurat pagi dan mlm
*sebelum tidur elok mengamalkan baca surah al-mulk
*baca ayat kursi
*baca surah 3 pukul

insyaallah terhindar dr gangguan makhluk halus
doa banyak-banyak kepada Allah hanya kepadaNya kita takut dan berharap

Bookmark and Share

    


  Member Information For hubbud_jariahProfil   Hantar PM kepada hubbud_jariah   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 30-01-07 10:12


salam
saudari gingie.........
janganlah kamu takut dengannya kerana ia juga makhluk Allah.percayalah jika anda membuang rasa takut dalam diri,maka benda itu akan ber ansur2 pergi.saudari bukan mengalami tekanan akibat pelajaran,tadi adalah gangguan daripada syaitan.saya juga pernah mengalaminya sehinggakan ramai daripada kawan-kawan mengatakan saya mengalami tekanan or tension tapi hakikatnya ia bukannya tekanan tapi gangguan sebabnya saya pergi berubat,dan saya tanyakan ustaz itu sama ada saya ini tekanan ataupun gangguan,jawapannya gangguan.org yang tidak pernah mengalaminya memang akan cakap begitu sebab mereka tak pernah merasakannya.sehingga sekarang saya masih lagi mengalaminya tapi semakin berkurang sebabnya saya sudah hilangkan rasa takut dalam diri cuma apabila ia menggerakan brg2 ataupun memegang tubuh saya,perasaan takut akan datang.kita banyak persamaan,saya juga boleh melihat benda-benda,selalunya saya buat tak tahu saja sebab 'dia' tak kacau kita,ayah saya selalu pesan kita tak boleh kacau 'dia' kalau 'dia' tak kacau kita kerana 'dia' juga makhluk Allah dan punya hak di muka bumi ini.
dulu saya mengalami masalah pembelajaran sebab bila saja saya belajar,tak masuk sebab 'dia' memegang kepala saya dan duduk di tangan untuk mengganggu saya masa jawab exam.
alhamdulilah semakin saya redha dan menerima apa yang berlaku,hati saya makin tenang.wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 17:52


terima kasih sahabat2 semua...

saya benar-benar menghargai...

saya cuba tak tidur malam... cuma tidur sekejap pada waktu siang..

adoi... sakit kepala nya.. pusing2.. :)

jadi, ambil keputusan.. seperti kata amilyn.. atasi rasa takut tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 18:59


ginge saya ada cadangan untuk ginge... cuba cari doa yang diajarkan oleh jibril kepada nabi MUHAMMAD ketika baginda dikejar oleh jin ifrit... ginge cuba hafal doa itu... insyALLAH dengan izin ALLAH S.W.T doa itu mustajab...cuba hafal...dan amalkan..insyALLAH akan terubat.. itu untuk ana yang bagi masa kuliah kat kolej mara kulim... ana nak masukkan doa itu dalam ini tapi taktahu... doa dia pendek saja mudah dihafal... cubalah tanya ustaz2 ke ustazah ke atau sesiapa yang tahu doa itu... kat ana ada tapi tak tahu nak upload...tapi yang ana ada itu tak ada baris...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 20:47


terima kasih atas cadagan Kapten06..

saya akan cuba cari.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 30-01-07 21:14


assalamualaikum wbt....saya fikir saudari telah terkena sihir atau lebih tepat lagi terkena buatan orang..

saya pernah alami mimpi buruk seperti saudari. alhamdulillah.bila mendapatkan perubatan tradisional...syukur semuanya hilang.
alhamdulillah saya tidak mimpi2 buruk lagi.

saya disihir/ terkena buatan orang sebab sikap manusia yang dengki melihat kepandaian saya dalam study.
alhamdulillah....semua itu dah berlalu dan sekarang ni syukur rezeki Allah bertambah2. alhamdulillah...alhamdulillah...
wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

gingie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13215
Posting: 309

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-01-07 21:27


Alhamdulillah.. saya tumpang gembira untuk Vitamin_Hati.. semoga kita semua berada di bawah lindungan rahmat ALLAH selalu.. ameen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For gingieProfil   Hantar PM kepada gingie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111005 saat. Lajunya....