Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 58 hari yang lalu
the_brOtherz: 86 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Kongsi Buku Bermanfaat!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Kongsi Buku Bermanfaat!

Please Mendaftar To Post


Oleh Kongsi Buku Bermanfaat!

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 10:26


Atas Nama Cinta, saya tidak tahu, saya boleh memperolehinya dengan begitu mudah sekali di kedai buku Popular. Apa yang menyebabkan saya begitu ‘terhegeh-hegeh’ mencari novel ini ialah kerana ia adalah sebuah novel epik sejarah yang menceritakan kisah benar perebutan seorang gadis yang bernama Nadra di antara dua orang ibu (Adelaine yang beragama Kristian Katolik dan Aminah seorang yang beragama Islam). Kerajaan Belanda turut masuk campur-tangan kerana menganggap isu ini sebagai isu agama. Akhirnya, tercetuslah rusuhan yang begitu hebat Singapura di antara orang Islam dan bukan Islam (orang kulit putih).

Saya biasa mendengar kes Nadra meniti di bibir-bibir penceramah terutama untuk ceramah-ceramah isu murtad. Namun saya tidak pasti, bagaimanakah sebenarnya peristiwa itu dan apakah kesudahan hidup Nadra. Tapi, saya sedikit keliru, kerana sebelum ini mereka memanggil Nadra dengan Natrah. Apa yang pasti Nadra dan Natrah adalah orang yang sama.

Terdapat CD yang disertakan sekali dengan novel ini yang mengandungi 3 buah lagu puisi (Atas Nama Cinta, Kasih Seorang Seniman dan Aksara Cinta di Hari Raya). Sedap juga telinga saya mendengarnya sambil mengiringi penulisan resensi ini.
Mula membaca Atas Nama Cinta pada 2 Januari 2007. Dimulakan dengan membelek helaian demi helaian. Ada ruangan kata-kata semangat dari Malaysia, Singapura dan Kemboja. Ada peta Malaya-Singapura 1940-1950 dan Malaya-Singapura-Indonesia 1940-1950. Juga ada nama insan-insan dalam sejarah dan lirik lagu puisi. Cara pembahagian bab juga menarik pemerhatian saya. Setiap bab akan dilabelkan dengan nama manusia, tarikh, tempat dan bait-bait puisi. Contohnya Bab 24:-


                                                                     24        
                                                 masjid hati bersangkar biara
                                                     impian suci terpadam sisa

                     PUTIH
                     Sejak 2 Disember 1950, biara The Good Shepherd,
                     Koloni Singapura

Novel ini sentiasa membawa saya menikmati keindahan Bahasa Melayu. Itulah pandangan pertama saya tentang novel ini - gaya bahasa yang mengagumkan. Baru saya menyedari, bahasa Melayu cukup indah apabila dituturkan dengan baik. Namun, pembacaan pada kali ini cukup meletihkan dan oleh kerana itu pembacaan di selang seli dengan tidur ( itulah akibatnya apabila membaca sambil baring). Untuk 2 Januari, cuma mampu membaca sebanyak 160 halaman sahaja.

Sambung pembacaan pada 3 Januari. Kerja amat meletihkan pada sebelah siangnya. Namun, tekad sudah dipasang untuk menghabiskan pembacaan Atas Nama Cinta malam itu juga. Tapi, apakan daya, termakan tulang ikan pula malam itu dan sekaligus mematikan selera membaca buku. Tulang ikan tidak dapat dikeluarkan, terpaksa tidur mengiring untuk menghilangkan kesakitan dan mata dipaksa tidur dengan harapan kepedihan itu akan hilang keesokannya bila bangun dari tidur. Entah dari mana saya belajar kaedah ini. Ini yang dinamakan kaedah putus asa setelah sedaya upaya mengeluarkannya!

4 Januari, Atas Nama Cinta selesai dibaca. Saya mengakhiri pembacaan novel ini dengan kekecewaan.Kecewa yang amat sangat. Kecewa kerana penghujung jalan cerita Nadra adalah sedemikian!

Aminah ialah seorang wanita dari Malaya. Dia berkahwin dengan Encik Abdul Ghani yang merupakan Setiausaha Peribadi Sultan Terengganu. Dia pernah mengikuti suaminya ke Jepun dan menetap di sana selama 12 tahun. Oleh kerana itu, Aminah fasih berbahasa Jepun. Jodoh mereka tidak panjang. Encik Abdul Ghani meninggal dunia kerena sakit batuk kering. Selepas itu, Aminah berkahwin pula dengan Encik Ma’arof bin Haji Abdul iaitu seorang saudagar intan permata dari Bandung dan Aminah berpindah ke Bandung mengikuti suaminya. Jodohnya dengan suami kedua juga tidak panjang. Mereka bercerai. Aminah tidak dikurniakan anak untuk kedua-dua perkahwinannya itu.

Tentera Jepun telah berjaya mengalahkan tentera Belanda. Ini memaksa tentera Belanda meninggalkan wilayah jajahan mereka di Hindia Timur Belanda (Bandung termasuk kawasan ini). Pada ketika itu, kehidupan masyarakat di Bandung amat susah terutama untuk para isteri tentera Belanda yang ditinggalkan. Tentera Jepun akan menangkap sesiapa sahaja orang kulit putih jika ternampak mereka. Adelaine adalah salah seorang isteri tentera Belanda yang ditinggalkan. Dia sendiri tidak tahu tentang nasib suaminya. Mungkinkah sudah ditangkap tentera Jepun?

Ibu Adelaine adalah seorang penganut Islam. Dulu, Adelaine juga beragama Islam. Tetapi setelah berkahwin dengan Adrianus (tentera Belanda), dia menukar agamanya ke Kristian Katolik. Semenjak suaminya hilang entah ke mana, Adelaine menetap di rumah ibunya. Kehidupan yang mencengkam ketika itu, memaksa dirinya menyerahkan Maria (5 tahun) kepada Aminah atas nasihat Nor Louise.

Aminah sangat menyayangi Maria. Dia memanggil Maria dengan nama Putih. Atas persetujuan Adelaine, Putih dikhitan dan diberi nama Nadra binti Haji Ma’arof. Setelah beberapa tahun menetap di Bandung dan Batavia, Aminah akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke Terengganu. Di sana Putih mula bersekolah. Pada masa yang sama, Adelaine telah bertemu semula dengan suaminya, Adrianus di Bandung. Adrianus sangat kecewa kerana Maria diberikan kepada keluarga Muslim. Dia bertekad untuk mencari Maria. Akhirnya mereka sekeluarga kembali ke Bergen Op Zoom. Namun begitu, Adrianus masih terus berusaha menjejak Maria dengan bantuan kerajaan Belanda.

Pada sekitar 1949, atas tipu helah Tuan Arthur Locke iaitu seorang Pegawai Pentadbiran Bahagian Timur Terengganu menyebabkan Aminah dan Nadra ke Singapura untuk mendapatkan surat rasmi pengambilan Nadra sebagai anak angkat dari Konsulat Belanda. Rupa-rupanya itu cuma satu helah sahaja bagi memudahkan Nadra dibicara mengikut undang-undang Belanda di Singapura. Ini kerana, jikalau Nadra masih berada di Terengganu, Nadra tidak boleh diadili disebabkan Terengganu bukan jajahan Belanda.

Bermula April 1950, berlaku cubaan merampas Nadra dari Aminah dengan menggunakan kekuatan undang-undang. Alasan utama yang digunakan ialah Nadra masih berada dibawah umur iaitu 13 tahun dan Aminah tiada sebarang surat rasmi penyerahan penjagaan Maria kepadanya. Nadra mula ditempatkan di Rumah Kebajikan Masyarakat di York Hill dan seterusnya di Biara The Good Shepherd untuk pendidikan semula ke atasnya. Sepanjang berada di Rumah Kebajikan Masyarakat, Aminah dibenarkan bertemu dengan Nadra. Nadra pula masih bersolat, membaca quran dan berpuasa. Tetapi berbeza ketika berada di biara , dia cuma dibenarkan bersolat untuk satu tempoh yang sekejap dan di sana semua perkara berada di luar kawalannya, segala-gala terpaksa. Di situ, Aminah tidak dibenarkan melawatnya. Cuma Adelaine sahaja!

Bab 10 – Bab 31:- adalah bab yang menceritakan rentetan perbicaraan Nadra. Secara keseluruhannya, perbicaraan itu tidak memihak kepada Aminah. Manakala, Bab 32:- sebanyak 15 halaman menceritakan tentang rusuhan di Singapura. Rusuhan berlaku selama 3 hari dan sepanjang itu diisytiharkan darurat. 18 orang terbunuh, 173 orang cedera, 119 kenderaan musnah dan 72 kes pembakaran. Rusuhan reda pada 14 Disember 1950.

4 Januari 2007 – Atas Nama Cinta selesai dibaca. Saya masih berfikir apakah agama anutan Nadra @ Maria kini?

Welma Laanda
4-5 Muharam 1428H
Kulim, Kedah


Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 10:33


Ini adalah novel terbaik yang pernah saya baca. Novel yang mengajar saya erti keikhlasan,erti kesenangan, erti kesusahan, erti ketabahan dan erti kebahagiaan.

Saya sangat menyayanginya. Saya bersyukur kerana saya dizinkan Allah untuk mengenali dan membacanya. Saya sendiri tidak tahu bagaimana secara professional untuk menilai kebagusan sebuah novel, tetapi sebagai pembaca saya menilai kebagusan sebuah buku itu daripada aspek pengaruhnya terhadap kejiwaan saya dan novel ini telah berjaya membawa saya berfikir sejenak tentang erti keyakinan dan kehidupan saya. Saya sendiri tidak tahu apa perkataan yang paling sesuai untuk meringkaskan mesej dalam novel ini tetapi ia cukup mengusik jiwa saya untuk terus memahami status kehambaan saya kepada Dia.


Tajuk:Hafalan Shalat Delisa
Halaman:248
Penulis:Tere Liye (Indonesia)
Harga:RM 29.50

Saya sedikit mengalami kesukaran membacanya pada kali pertama kerana bahasa Indonesia yang digunakan bagi saya terlalu ‘pekat’. Saya juga merasa hairan kerana sebelum ini buku berbahasa Indonesia adalah antara bahan bacaan saya dan sepatutnya saya tidak merasakan kesulitan untuk membacanya dengan lancar tanpa perlu banyak berfikir makna sesuatu perkataan itu, tetapi berbeza dengan novel ini, buat pertama kalinya saya bekerja keras menumpukan konsentrasi saya membacanya dan memahami perkataan. Terdapat beberapa perkataan yang saya tidak faham, tetapi saya cuba buat-buat faham setelah menyesuaikannya dengan konteks ayat yang diberi.

Saya mulakan kembara membaca Hafalan Shalat Delisa pada 5 Januari 2007 , hari Jumaat sambil duduk dibawah sepohon pokok sementara menunggu solat Jumaat selesai.

Awal cerita dimulakan dengan suasana subuh di suatu tempat yang dikenali sebagai Lok Nga (pada mulanya saya tidak pasti Lok Nga terletak di daerah mana, akhirnya saya faham ia adalah satu kawasan yang terdapat di Acheh). Penulis membawa saya mengembara ke sebuah rumah yang sudah ‘ribut-ribut pada waktu shubuh. Suara-suara bising kak Aisyah mengejutkan adik Delisa daripada tidur, dan suara-suara kak Fatimah yang menegur Aisyah serta cuba untuk mengejutkan Delisa untuk kali kedua. Perkataan baru bagi saya ialah Meunasah (surau), menyeringai (sampai sekarang tidak tahu apa maknanya, mungkin menjeling), mukena (telekung) dan cut (perkataan ini digunakan di awal nama contohnya Cut Aisyah, Cut Fatimah, adakah maksudnya kakak?).

Untuk kali pertamanya saya terkesima dan tidak pernah terfikir untuk mempraktikkannya dalam mendidik anak iaitu tentang kaedah yang diguna pakai keluarga ini dalam mendidik Delisa menghafal bacaan solatnya. Umi akan menjadi imam dan Aisyah akan ditugaskan membaca bacaan solat nyaring sedikit dari ummi agar boleh didengar Delisa dan Delisa boleh mengikutinya. Kita mungkin sudah biasa dengan kaedah ini di masjid-masjid yang tidak ada mikrofon. Suara imam tidak kedengaran terutama untuk jemaah wanita, jadi ada seorang mubaligh (makmum lelaki ) yang akan menyaringkan suara agar boleh didengar oleh jemaah wanita. Begitulah setiap kali solat berjemaah, sudah menjadi tugas utama Aisyah menjadi mubaligh walaupun Delisa mempunyai 2 orang kakak yang lain iaitu Fatimah dan Zahra. Tetapi Ummi tidak mahu memindahkan tugas itu kepada kakak yang lain kerana mahu mendidik Aisyah agar lebih bertanggungjawab terhadap adiknya.

Saya semakin dibuai untuk terus membaca buku ini kerana penulis cukup bijak menghuraikan suasana keluarga ini yang cukup bahagia mempraktikkan ajaran Islam dalam keluarga mereka. Setiap Ahad selepas Shubuh, sudah menjadi rutin, Ummi akan menyemak bacaan Quran anak-anaknya walaupun mereka semua juga mengaji quran di masjid. Ummi dan Abi (panggilan untuk mak dan ayah) dikurniakan 4 orang anak, Alisa Fatimah 15 tahun( merupakan kakak sulung), disusuli dengan kembar Alisa Aisyah dan Alisa Zahra(13 tahun) dan si bongsu Alisa Delisa (6 tahun). Setiap daripada mereka mempunyai karakter yang berbeza. Fatimah suka membaca buku dan pembicaraanya juga lebih kepada buku-buku yang dibacanya, Aisyah pula terkenal dengan sifat kenakalannya yang suka menyakat dan bergaduh dengan Delisa. Zahra adalah seorang yang pendiam dan Delisa adalah watak utama dalam novel ini, yang comel, yang suka bertanya dan seorang yang sentiasa riang walau apa pun dugaan yang menimpanya. Abi bekerja di pelantar dan akan balik 3 bulan sekali, tetapi Abi akan menelefon setiap Isnin selepas Shubuh. Oleh kerana itu, selepas shubuh setiap Isnin, sudah menjadi rutin Ummi dan 4 orang anaknya akan menunggu panggilan daripada Abi. Ummi pulak adalah seorang suri rumah dan mengambil upah menjahit (membordir).

Saya tersenyum sendirian apabila sampai babak Delisa yang suka melontarkan pertanyaan dan jawapan yang melucukan. Dalam novel ini, pembaca akan sentiasa dihiburkan dengan aksi-aksi Delisa yang pasti akan membuat pembacanya sentiasa tersenyum dan merasakan ‘saya kok sayang banget dengan kamu, Delisa’. Contohnya, Delisa pernah bertanya pada umminya Kenapa dia selalu susah untuk bangun shubuh. Ummi menjawab, sebab delisa tidak membaca doa sebelum tidur dan membaca doa bangun tidur. Delisa dengan selambanya menjawab, “ada kok delisa berdoa, begini thingy. Ya Allah Delisa mahu bobo (tidur), dijaga ya, cuma sih doa delisa dalam bahasa Indonesia kok. Manakala doa bangun tidur pula “Ya Allah, Delisa sudah bangun terima kasih ya”. Bukan sahaja ummi dan kakak-kakaknya tergelak, saya yang membaca ini pun tergelak terkekeh-kekeh. Selepas itu, ummi akan menjelaskan kepada Delisa, lebih afdhal berdoa dalam bahasa Arab dan memang boleh berdoa dalam bahasa Indonesia tetapi bukan sedemikian penerjemahan doanya. Saya akui memang penting setiap ibu bapa perlu menjelaskan soal-soal ibadah pada anak-anak walaupun mereka masih kecil lagi. Cuma kaedah hendak menjelaskan itu harus disesuaikan dengan pemikiran mereka.

Delisa dalam proses menghafal bacaan solat dan akan diuji oleh Ibu Guru Nur pada 26 Disember 2006. Sebagai ganjaran, Delisa akan memperolehi kalung yang ada huruf D. Jadi, sekarang ini, Delisa sangat sibuk menghafal bacaan-bacaan itu agar boleh lulus ujian hafalan solat dan boleh memakai kalungnya. Selepas Shubuh, dia akan membawa buku bacaan solat ke ayunan di luar rumah dan membuat aktiviti penghafalan. Subhanallah. Hebat sungguh dalam usia yang sedemikian! Tetapi Delisa selalu terlupa dan terbalik bacaan solatnya, sebagai contoh, bacaan tasbih ruku’ dibaca ketika sujud dan bacaan tasbih sujud dibaca ketika ruku’. Begitu juga dengan doa iftitah, Delisa selalu tertukar ‘wamah yaya wa mamati’ menjadi wa mamati wamahyaya”. Pernah ditanya tentang masalahnya ini kepasa Ustaz Rahman (seorang guru agama berusia 26 tahun dan sangat suka bercerita cerita-cerita teladan kepada anak-anak didiknya), “Apa ngak boleh kebolak-balik (tertukar) Ustaz”. Bagi Delisa, tertukar bacaan tidak ada bezanya dengan bacaan asal kerana bacaan itu tetap dibaca semuanya. Untuk menjawab soalan Delisa itu, Ustaz Rahman memberi satu analogi. “Bisa ngak kalau kita memakai kaos (saya rasa definisinya kasut) sebelah lain warna dan sebelah lagi lain warna”. “Eh bisa kok. Delisa pernah buat”. Aduuhh!Pening!!! Ustaz Rahman cuba memberi analogi lain yang lebih bagus. “Delisa, bisa ngak kalau kerudung(tudung) dipakai di kaki dan sepatu dipakai di kepala”. Haa!! Analogi yang satu ini tidak boleh disangkal Delisa.

Ada satu babak yang cukup mengharukan iaitu ketika Delisa mengucapkan kalimah “Delisa cinta Ummi kerana Allah”. Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menceritakan suasana itu dalam resensi ini. Tetapi, kalimat itu cukup indah sekali diucapkan oleh Delisa pada 25 Disember 2005 selepas Shubuh yang membuatkan Ummi, Delisa dan kakak-kakaknya menangis. Saya juga turut menangis! Terima kasih Ustaz Rahman! Aiikk, apa kena mengena dengan Ustaz Rahman dalam hal ini? Juga, ada udang di sebalik mi rupa-rupanya Kenapa Delisa menyebut kalimat sakti itu! Apa ya, ‘coba’ teka?

Kini bermula babak-babak cerita yang sentiasa membuatkan air mata jatuh tidak mahu berhenti. Hari itu 26 Disember 2005. Delisa ditemani Ummi ke sekolah untuk diuji bacaan solatnya di hadapan Ibu Guru Nur.

Allahu Akbar. Delisa mengangkat takbiratulihram. Seiring dengan itu, lautan di pantai mula bergerak.

Delisa membaca Iftitah. Tiba di ayat wamahyaya wamamati. Delisa hampir terbalik ayatnya. Lantai sekolah tempat pengujianan Delisa mula bergerak. Papan tulis , pasu bunga terjatuh dan serpihan kacanya terkena pada tangan Delisa. Tangan Delisa berdarah. Namun Delisa masih teruskan solat. “Ya Allah Delisa mahu khusyuk seperti para sahabat. Mereka tidak bergerak walaupun digigit kala jengking. Ya Allah ini kali pertama Delisa shalat sempurna di hadapanMu, Delisa ingin khusyuk Ya Allah”. Ibu Guru Nur yang melihatkan Delisa tidak bergerak walaupun suasana kelam kabut, juga turut tidak bergerak

Delisa terus ruku’ dan iktidal. Ombak terus mengganas menghentam tembok pagar sekolah Delisa. Allahu Akbar. Delisa ingin sujud. Tapi, air yang meninggi menghalangnya.
Air masuk ke kerongkongnya. “Ya Allah Delisa ingin sujud sempurna kepadaMu”. Akhirnya Delisa pengsan. Delisa dibawa air ke mana mana. Kaki kananya terlanggar pagar sekolah.

Dunia gempar dengan kejadian Tsunami di Acheh. Delisa terlantar di sebuah kaki bukit. Dia terbaring. Tidak boleh berdiri. Tidak boleh duduk. Dia cuma boleh bernafas dan membuka matanya. Hampir seminggu dia terlantar di atas kaki bukit itu.. Delisa ketakutan, kesejukan apabila hujan turun membasahinya pada waktu malam dan sebelah siangnya pula matahari panas membakar tubuhnya. Badannya terasa sakit, lebih sakit dari suntikan imunisasi. Tiba-tiba dia teringat hafalan solatnya yang belum selesai. “Ya Allah, Delisa ingin shalat”. Air mata saya jatuh lagi (kok kamu cengeng benar welma).

Akhirnya Delisa ditemui. Siapakah orang yang menjumpainya? Orang tersebut akhirnya memeluk agama Islam. Kenapa? Dimanakah pula Abi? Adakah dia berjaya menemukan semula Ummi, Fatimah, Aisyah, Zahra dan Delisa? Bagaimana pula keadaan Delisa, adakah normal seperti dahulu?. Apa yang pasti air mata ini tidak mahu berhenti mengalir tetapi kekadang tersenyum dengan perangai Delisa yang tidak pernah bertanya Kenapa?Mengapa? perkara itu terjadi dalam hidupnya. Bagaimana pula dengan hafalan solatnya? Delisa bukan sahaja menghadapi masalah tertukar bacaaan solat, malah lebih teruk dari itu. Dia lupa semua bacaan solatnya dan juga dia lupa tentang kalung itu.

Setelah 6 minggu kejadian tsunami dan 3 minggu Delisa berada di hospital, Delisa kembali semula ke Lok Nga. Babak seterusnya menceritakan suasana kehidupan di khemah-khemah mangsa Tsunami. Babak ini membuatkan saya bersyukur dengan kesenangan saya di Malaysia. Delisa juga banyak belajar tentang kehidupan. Dia sudah pandai mengemas rumah, menyapu sampah, memasak mi serta menyeterika baju. Delisa bersolat seperti biasa. Cuma, dia masih tidak mengingati bacaan solatnya. Itulah yang dirusingkan Delisa. Hebat sungguh kamu Delisa, dalam usia sedemikian, kamu risau kerana kamu masih tidak solat dengan sempurna!

Kemudian, tiba pada satu babak cerita yang bagi pendapat saya, inilah babak klimaks novel ini. Delisa cemburu dengan Teuku Umam. Kenapa? Kerana Allah mendatangkan ummi Umam!
“Bukankah Delisa sudah sabar, Ya Allah. Sabar untuk tidak bertanya pada Abi, sabar melewati hari-hari ini sebelumnya. Membantu umi dan abi di kala susah seperti Ustaz Rahman bilang anak yang baik makbul doanya. Delisa ngak tanya Kenapa kaki harus pincang, ngak tanya Kenapa harus cacat, ngak pernah mengeluh, keberatan, merajuk sedikit pun tiada. Ngak perrnah bertanya tentang umi kerana takut abi bersedih. Delisa mahu jadi anak yang baik, banyak membantu abi, membersihkan rumah, cuci pakaian, makan abi masak. Apa lagi? Tapi lihatlah apa yang Delisa terima. Kau mendatangkan umi Umam. Umam ngak cacat. Nakal sebelum ini. Jahil kepada Tiur. Ngak pernah membagi makanan. Tidak Adil. Delisa Benci. Ustaz Rahman bohong. Umi bohong.Semua bohong”. Delisa lari dari perkuburan itu. Menangis. Sampai di rumah dia jatuh sakit! Panas!


Akhirnya Delisa sedar tentang kesalahannya itu. Dia malu tetang perasaan cemburunya itu pada Umam. Bagaimana Delisa boleh menyedarinya? Ya, setelah dia mengetahui tentang kalung itu! (Ish semakin pelik! Oleh kerana itu anda perlu membeli dan membaca sendiri novel ini)
“Ya Allah apa Delisa lakukan sebelum ini. Ya Allah Delisa jahat sekali. Delisa menipu umi kerana sebatang cokelat. Juga menipu abi. Juga menipu Kak Fatimah, Kak Aisyah, Kak Zahra, Ustaz Rahman. Delisa lebih jahat dibanding Umam. Sekarang menipu Engkau Ya Allah. Delisa ngak kepingin kalung. Delisa hanya ingin bisa shalat dengan baik, Delisa hanya ingin mendoakan Kak Aisyah, Kak Zahra, Kak Fatimah. Delisa hanya ingin berdoa bisa ketemu umi. Semuanya tidak bohong. Semuanya benar. Hanya Delisa yang tidak mengerti. Hanya Delisa yang tidak mengetahui selama ini. Kerana Delisa lalai melihatnya”.

Doa Delisa itu bukan penutup cerita novel ini. Tetapi, cukup memahamkan pembacanya apa yang cuba disampaikan penulis. Novel ini bukan novel kanak-kanak tetapi ia novel tentang akidah, sejauh mana keyakinan kita kepada Allah dan apa erti keikhlasan kita dalam setiap ibadah kepadaNya. Bukan Delisa sahaja mungkin pernah melontarkan pertanyaan-pertanyaan itu kepada Allah, bukan kanak-kanak sahaja tetapi mungkin majoriti orang dewasa. Benar kata Delisa, Semuanya tidak bohong. Semuanya benar. Hanya Delisa yang tidak mengerti. Hanya Delisa yang tidak mengetahui selama ini. Kerana Delisa lalai melihatnya. Semuanya tidak bohong. Semuanya benar. Hanya kami makhlukMu yang tidak mahu mengerti akan semua dugaan ini. Hanya kami makhlukMu yang tidak mengetahui kasih sayang Mu selama ini.Kerana kami lalai melihatnya.

Welma Laanda
24 Zulhijjah 1427H-4 Muharam 1428H
Kulim, Kedah
[ Telah diedit oleh: welma pada 24-01-07 12:05 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 11:34


Salam. Ada beberapa buku yang menarik yang ingin saya kongsi bersama anda semua. Pertama, IMAM. Satu novel Islamik yang sangat menarik kupasannya. Boleh juga dikatakan sinikal terhadap sikap orang Melayu-Islam di negara kita. Kedua, Tenggelamnya Kapal Van ada Wick oleh pak HAMKA. Ketiga, Bagaikan Puteri oleh Ramlee Awang Murshid. Selain itu cerpen dan novel oleh Faisal Tehrani dan ZAid Akhtar juga menarik minat saya kereana mereka membuatkan para pembaca untuk berfikir dan muhasabah diri kita sebagai seorang yang bergelar muslimin.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 12:09


Di mana boleh mendapatkan novel Imam?

Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

Awadah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28250
Posting: 56
Dari: Kelantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 12:36


novel Atas Nama Cinta keluaran syarikat mana? sapa penulisnya? saya teringin sangat nak membacanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AwadahProfil   Hantar PM kepada Awadah   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 15:09


Pada 24-01-07 12:09 , welma posting:

!!! QUOTE !!!

Di mana boleh mendapatkan novel Imam?

Novel Imam boleh saja didapati di mana-mana kedai buku. Terbitan utusan publication kalau tak silap. Pemenang hadiah sastera. Karta Abdullah Hussain.


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 17:33


Pada 24-01-07 12:09 , welma posting:

!!! QUOTE !!!

Di mana boleh mendapatkan novel Imam?


ana pun nak buku itu.....


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-07 18:11


:-) Biasanya perempuan suka baca novel....dan sekarang ianya terbukti benar....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 24-01-07 19:44


siapa dah baca novel "ayat2 cinta'? best sangat-sangat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-01-07 08:39


Awadah:novel Atas Nama Cinta keluaran syarikat mana? sapa penulisnya? saya teringin sangat nak membacanya.

Atas Nama Cinta ditulis oleh Isa Kamari, penulis dari Singapura. Terbitan syarikat ameen. Penulis itu adalah pemenand sea award.


eme86:Biasanya perempuan suka baca novel....dan sekarang ianya terbukti benar....

Saya setuju tu eme.

jutawanmuslimah:siapa dah baca novel "ayat2 cinta'? best sangat-sangat...

Saya dah baca, edisi indonesia. Tapi saya belum baca lagi, edisi malaysia. Dan saya baru membeli buku, Fenomena Ayat-Ayat Cinta, yang ditulis Anif Sirsaeba, adik kepada Habiburrahman El Shirazy. Tapi, buku itu tidak sampai lagi di rumah saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

FahdRazy
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23499
Posting: 11
Dari: Dublin

ireland  


posticon Posting pada: 25-01-07 12:34


oh, memang...novel yang sahabat2 sebutkan tu sangat bagus untuk dibaca :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For FahdRazyProfil   Hantar PM kepada FahdRazy   Pergi ke FahdRazy's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 11:16


Pada 25-01-07 12:34 , FahdRazy posting:

!!! QUOTE !!!

oh, memang...novel yang sahabat2 sebutkan tu sangat bagus untuk dibaca :)


Salam. Fadh sendiri, tak ada buku untuk dicadangkan kepada kami ke sebab setahu saya Fadh ni orang sastera (tu pun kalau saudara ni Fadh Razy yang saya sangka lah). Saya suka sajak Fadh yang bertajuk "Nota Kecil Di Hujung Isya".


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 11:21


Pada 25-01-07 12:34 , FahdRazy posting:

!!! QUOTE !!!

oh, memang...novel yang sahabat2 sebutkan tu sangat bagus untuk dibaca :)


Salam. Fadh sendiri, tak ada buku untuk dicadangkan kepada kami ke sebab setahu saya Fadh ni orang sastera (tu pun kalau saudara ni Fadh Razy yang saya sangka lah). Saya suka sajak Fadh yang bertajuk "Nota Kecil Di Hujung Isya" dan "Hujan mengguyur di Al Quds"

Dia seorang budak Al-Quds
dengan batu di tangan
dan pasir di mulut
melihat ada darah meleleh di pipi pelangi
lalu mengesat dia
dengan jarinya sendiri


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-07 11:25


Pada 25-01-07 12:34 , FahdRazy posting:

!!! QUOTE !!!

oh, memang...novel yang sahabat2 sebutkan tu sangat bagus untuk dibaca :)


Salam. Fadh sendiri, tak ada buku untuk dicadangkan kepada kami ke sebab setahu saya Fadh ni orang sastera (tu pun kalau saudara ni Fadh Razy yang saya sangka lah). Saya suka sajak Fadh yang bertajuk "Nota Kecil Di Hujung Isya" dan "Hujan mengguyur di Al Quds"

Dia seorang budak Al-Quds
dengan batu di tangan
dan pasir di mulut
melihat ada darah meleleh di pipi pelangi
lalu mengesat dia
dengan jarinya sendiri


-----------------
"Jangan gugur sebelum syahid!"


Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 22:15


Pada 24-01-07 19:44 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

siapa dah baca novel "ayat2 cinta'? best sangat-sangat...



ana pun sedang baca novel tu.....ramai sahabat ana baca buku tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 22:24


ye ke best sangat? saya try baca lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 22:27


Pada 12-02-07 22:24 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

ye ke best sangat? saya try baca lah



macam best...mgajak kita cara untuk berdakwah dengan berhikmah

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-02-07 22:31


insyaAllah... saya try cari kat kedai buku... :-)


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 01:22


ayat-ayat cinta memang best sesangat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 01:34


Pada 25-01-07 08:39 , welma posting:

!!! QUOTE !!!

Awadah:novel Atas Nama Cinta keluaran syarikat mana? sapa penulisnya? saya teringin sangat nak membacanya.

Atas Nama Cinta ditulis oleh Isa Kamari, penulis dari Singapura. Terbitan syarikat ameen. Penulis itu adalah pemenand sea award.


eme86:Biasanya perempuan suka baca novel....dan sekarang ianya terbukti benar....

Saya setuju tu eme.

jutawanmuslimah:siapa dah baca novel "ayat2 cinta'? best sangat-sangat...

Saya dah baca, edisi indonesia. Tapi saya belum baca lagi, edisi malaysia. Dan saya baru membeli buku, Fenomena Ayat-Ayat Cinta, yang ditulis Anif Sirsaeba, adik kepada Habiburrahman El Shirazy. Tapi, buku itu tidak sampai lagi di rumah saya.


mana nak dapatkan novel fenomena ayat-ayat cinta?


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-02-07 02:16


ayat-cinta-azzahrah


la-tahzan-azzahrah



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-02-07 16:06


Pada 24-01-07 19:44 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

siapa dah baca novel "ayat2 cinta'? best sangat-sangat...


ayat-ayat cinta- banyak ilmu dan pengajaran dalam novel ni.


antara pilihan lain;
novel-novel tulisan Ramli Awang Murshid
novel+ cerpen tulisan Zaid Akhtar dan Faisal Tehrani
cerpen tulisan Ghafirah.

baca dan hayati secara hikmah.
semoga kita semua terus mencintai ilmu.


-----------------
Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.


Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 13-02-07 17:40


salam
untuk mereka yang bersedih bacalah lah tahzan,best dan pasti anda tidak akan bersedih.novel yang best
novel bagaikan puteri,gemersik kalbu,imaginasi cemerlang,ayat2 cinta versi indonesia,novel imam,buku2 study.eeeeeee
buat masa ini rajin baca novel tetapi novel yang best saja.
buat are the lastest books or novels that are interesting?

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-07-08 20:46


buku yang ana nak kongsi ni bukan lah novel..
karya penulis lah Tahzan....tajuknya: Jagalah Allah, Allah Menjagamu..

Masih lagi dalam proses pembacaan tapi memang best..
kadang-kadang masuk part yang sedih..sayu rasanya..
buku agama untuk muhasabahkan diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-07-08 11:10


masjid

Buku ini dapat menyentuh jiwa bagi mereka yang hatinya sentiasa terikat dan merindukan ketenangan duduk di dalam halaqah2 berada dalam Rumah Allah...

DAPATKAN DI PASARAN SEKARANG!!!!


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-07-08 19:46


:-) Assalamualaikum


    Saya sedang mencari novel yang bertajuk "Korban Kasih" ..novel ni sahabat saya cakap terbitan 9 tahun yang lepas...mengisahkan kisah kekeluargaan yang menyayat hati..ada sesiapa tahu tak kat mana nak dapat buku ni?..syukran....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-07-08 22:22


Pada 24-01-07 12:09 , welma posting:

!!! QUOTE !!!

Di mana boleh mendapatkan novel Imam?


saya pernah tanya di popular...masa tu sekitar 2005... pekerja kat sana check..buku tu sudah tiada. Last2...saya photostat saja yang saya pinjam dari tempat saya praktikal masa tu... bagi kawan-kawan yang mahu...pm lah saya...nanti saya photostat kan dan saya poskan. insyaallah.


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

muhamad_azrul86
WARGA SETIA
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-08 00:27


a

     .::ENSIKLOPEDIA PENDIDIKAN SAINS DALAM AL-QURAN::.
        
        -BUKU INI DI TERBITKAN OLEH SYARIKAT BUMIPUTERA (E-MEDIA PUBLICATION).
        -PENULIS: HAJI HASSAN BIN HAJI ALI.
        -KAJIAN SELAMA 40TAHUN, PENYUSUNAN 8TAHUN.
        -4 BIDANG SAINS: BIOLOGIKAL,FIZIKAL,SOSIAL,MATEMATIK&LOGIK.


    
MAKLUMAT LANJUT:
HUBUNGI:
017-3463276 (AZRUL)



-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For muhamad_azrul86Profil   Hantar PM kepada muhamad_azrul86   Pergi ke muhamad_azrul86's Website   Quote dan BalasQuote

Ulfah_AzZahra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.07.2008
Ahli No: 34018
Posting: 77
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-08 01:05


Salam buat semua:-


         Setiap orang berminat dengan buku masing-masing. Termasuklah saya, tapi buku yang saya selalu baca ialah Tafsir Al-Quran. Apabila membaca Al-Quran, saya baca tafsirnya sekali. Memang saya khatam tiap-tiap tahun. InsyaAllah! saya tengah berusaha khatam Al-Quran sebanyak 2 kali dalam tahun ini. Lama sangat khatam sebab saya kerja. Di samping itu ada juga saya ingin mencuba membaca beberapa buah buku termasuk novel tetapi tak boleh nak membahagi masa untuk Al-Quran.

         Membaca Al-Quran ini seronok, lebih seronok dari saya membaca buku lah Tahzan. Apabila saya membaca Al-Quran seolah-olah Allah Taala berbicara dengan saya. Tapi biasalah manusia biasa tidak lari dari melakukan dosa. Kesan rajin dari membaca Al-Quran inilah, saya tidak pernah tinggal solat..

         Ya Allah! Mudah-mudahan Al-Quran ini menjadi syafaat bagiku di dalam kubur dan di Padang Masyhar nanti......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ulfah_AzZahraProfil   Hantar PM kepada Ulfah_AzZahra   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-07-08 22:00


http://i39.photobucket.com/albums/e185/lineker1976/phpThumb_generated_thumbnail.jpg/

Saya mahu berkongsikan buku ini. Ia adalah salah sebuah buku Sci Fi yang pernah saya baca. Dulu, saya pernah membaca Kombat 1511H karya Faisal Tehrani. Ia juga sebuah karya Sci Fi. Saya suka kedua-dua novel ini, mereka menulis cerita sains dengan menerapkan unsur-unsur Islam di dalamnya.


wlaanda.blogspot.com
[email protected]


-----------------
wlaanda.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-08-08 17:41


Assalamualaikum
marilah baca buku Ciri dAkwah Islamiyyah..terutama bagi orang yang mahu berdakwah.. :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-08-08 18:48


Putera Lembah Bakkah.. Penulis Zuraimi Ismail
Kisah dari ibu bapa Rasullullah sehingga Rasulullah masa remaja...
bila baca buku ini rasa macam ada pada zaman Rasullullah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-08-08 19:05


Saya mahu sertakan resensi Transgenesis. Semoga ada yang boleh diambil iktibar.

Transgenesis Bisikan Rimba adalah novel Sci-Fi pertama yang saya baca untuk keluaran PTS. Saya beranikan diri membelinya walaupun beranggapan mungkin novel cantik ini akan mengecewakan, maksud saya dari segi bahasa yang boleh membawa saya menghayati. Amir Husaini nama yang asing buat saya. Saya tidak pernah membaca karyanya dan tidak tahu bagaimana gayanya menulis. Oleh itu, saya tidak boleh membaca 'falsafah penulisannya'.

Namun ketika membaca Transgenesis (pada mulanya saya tidak perasan tajuk novel ini Transgenesis Bisikan Rimba, ingatkan Transgenesis sahaja) pada beberapa halaman permulaan, " eh, bagus pula", sehinggakan saya boleh takut pada bab pembunuhan Hwang Chien Ming. Saya fikir kalau saya duduk bersendirian di rumah, besar kemungkinan saya tidak akan meneruskan pembacaan. Saya beranggapan, "mula-mula saja agaknya, bagus", tetapi rupa-rupanya sampai ke muka surat terakhir, saya masih kata "eh, buku ni baguslah".

Saya tidak mahu bercerita dari A-Z apa yang dikisahkan dalam novel Sci-Fi ini seperti kebiasaan resensi pada sebelumnya. Saya cuma mahu bangkitkan persoalan kerana novel ini memang banyak persoalan. Lagi satu, kalau saya ceritakan secara lengkap, takut-takut nanti hilang pula 'suspen' apabila anda membacanya.

Flora, Subjek 4-7-9-1, Prof ok, Prof Joned Jauhar, Dr Ramsay, Ixora, Razilan, Buraquzzaman adalah nama-nama yang saling berkait dalam Transgenesis. Hwang Chien Ming dibunuh oleh seorang gadis yang bermata dan berambut hijau di sebuah kawasan pembalakan Gunung Pulai. Razilan pekerja kepada Hwan Chien Ming menyaksikan pembunuhan itu. Siapa gadis bermata dan berambut hijau itu? Adalah dia hasil eksperimen Prof ok atau makhluk lain atau khayalan Razilan sahaja?

Subjek 4-7-9-1 yang mahu dikenali sebagai Flora telah melarikan diri dari Institut Trans-DNA sebuah institut penyelidikan genetik yang diasaskan oleh Prof ok. Flora adalah hasil eksperimen yang diterajui oleh Prof ok dan diteruskan oleh Prof Joned yang melibatkan pemindahan gen tumbuhan ke dalam tubuh manusia. Apakah kelebihan Flora dengan memiliki gen-gen tumbuhan ini di dalam tubuhnya selain daripada memiliki mata dan rambut berwarna hijau? Flora bukan manusia normal yang lahir daripada persenyawaan antara sperma lelaki dan perempuan tetapi melalui hasil klon Prof ok sendiri. Oleh kerana itu wajahnya hampir seiras dengan wajah Prof ok ketika usia mudanya dan ini cuma disedari oleh suami Prof ok, Datuk Jay setelah melihat wajah yang seiras Flora di Gunung Pulai.

Sebanyak 4790 cubaan klon telah dibuat tetapi tidak berjaya dan akhirnya cubaan yang ke 4791 berjaya setelah Prof ok menggunakan kaedah lain. Apakah yang terjadi kepada embrio-embrio sebanyak 4790 itu? Ketika Flora melarikan diri dari Institut Trans DNA, bagaimana dia boleh melepaskan diri begitu mudah sekali? Siapakah yang telah membantunya dan Kenapa Gunung Pulai dipilih sebagai destinasi?

Siapa pula Dr Ramsay yang tiba-tiba sahaja wataknya muncul entah bab yang ke berapa? Apakah yang telah terjadi kepadanya dan apa kaitan dirinya dengan Ixora sehingga Ixora telah berjaya membuat Prof ok tertuduh sebagai pembunuh Hwang, sedangkan Ixora pada mulanya cuma setiausaha Datuk Jay, suami Prof ok. Sekali baca, ya, memang kelihatan Prof ok yang membunuh. Tetapi adakah betul Hwang Chien Ming dibunuh oleh Prof ok atau ada cerita lain di sebalik? Siapakah sebenarnya Prof ok dan apa kaitannya dengan haruman kenanga yang sentiasa sinonimnya dengan dirinya?

Persoalan yang paling penting dalam Transgenesis : Siapakah yang membunuh Hwang Chien Ming. Persoalan ini masih tidak terjawab sehingga ke halaman terakhir.. Mungkinkah Prof ok, klon Prof ok yang menyerupai Flora, atau ...? Siapakah dalang sebenarnya dalam cerita ini, adakah Ixora, atau mungkin Prof Joned, atau Datuk Jay atau......? Entahlah, saya tidak berani meneka kepada semua persoalan ini, mungkin kerana saya sudah biasa tersalah teka dalam Transgenesis.

Saya tidak sangka sama sekali novel ini akan ada sambungannya walaupun penulis tidak menyatakan secara jelas akan siri lanjutan itu. Cuma, berdasarkan penghujung cerita yang tergantung itu dan persoalan-persoalan yang masih belum terjawab, maka saya yakin, Transgenesis ada Siri ke-2. Saya dapat rasakan dalam Siri ke-2 itu nanti pasti kisahnya melibatkan Prof ok atau Kenanga dengan 6 orang saudaranya yang terpisah setelah satu kejadian yang ada kaitan dengan Dr. Ramsay. Ehm, agaknya betul atau tidak jangkaan itu?

Transgenesis Bisikan Rimba bukan sekadar menceritakan dunia sains klon semata-mata tetapi ia juga cuba menyampaikan makna sains dengan mengetengahkan perbezaan pendapat antara Prof ok dan anak muridnya Prof Joned serta Dr Jauhar dan Dr Ramsay.

Prof ok dan Dr Ramsay beranggapan bahawa sebarang ujikaji sains tidaklah harus disekat walaupun ia bertentangan dengan etika dan kemanusiaan. Mereka juga cuba menganggap pencapaian sains tidak ada kena mengena dengan Tuhan tetapi ianya semua disebabkan oleh keajaiban sains. Tetapi Prof Joned dan Dr Jauhar tidak bersetuju dengan pendapat itu. Agama dan sains tidak boleh dipisahkan. Jikalau ada cubaan ke arah itu, maka manusia akan cuba melanggar fitrah dan seolah-olah cuba mencabar kekuasaan Tuhan. Lambat laun, manusia juga akan menemukan kehancurannya di atas perbuatan diri sendiri.

Saya suka beranggapan Transgenesis Bisikan Rimba bukan novel Sci Fi yang kosong. Definisi novel Sci Fi yang kosong buat saya ialah novel yang cuma gah dengan kisah-kisah sains, teknologi dan fantasi tetapi tidak ada mesej yang boleh membawa pembaca berfikir tentang Tuhan. Sebuah karya yang hanya gah pada tulisan dan kisah, tanpa mesej yang jelas akan hanya membawa mulut membaca, tetapi sebuah karya yang boleh membawa pembaca menilai baik dan buruk serta makna kehidupan akan membawa hati turut membaca!

Semoga Transgenesis Bisikan Rimba akan terus membuka hati pembaca untuk jangan angkuh dengan kehebatan diri dan cuba mencabar kekuasaan Tuhan. Nanti padah kembali pada diri. Saya menanti kemunculan Transgenesis Bisikan Rimba Siri 2. Saya berharap resensi untuk Transgenesis Siri ke-2 itu nanti akan menjadi pelengkap kepada resensi ini!


wlaanda.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 07:28


Tajuk Buku : Minda Super Muslim
Penulis : Dr Danial Zainal Abidin
Penerbit : PTS
harga : RM 35
Kategori : Pembangunan Diri

Resensi Bahagian 1 lebih menumpukan kepada penjelasan : apa itu Islam, apa konsep ajaran Islam, apa pegangan orang Islam, apa kepercayaan orang Islam serta apa kaitan semua ini sehingga merangsang kepada keunggulan umat Islam.

Tetapi berbeza dengan Resensi Bahagian 2, ia lebih menumpukan kepada perbicaraan tentang cara-cara beriman kepada 6 rukun iman.

Pada mulanya, saya ingatkan Bab 6-Bab 11 atau lebih tepatnya bab-bab yang terkandung dalam Bahagian 2 adalah bab yang biasa-biasa isinya seperti buku fikrah/agama lain yang membicarakan tentang rukun iman. Jadi, saya merasakan saya boleh mengagak bagaimanakah isi-isi yang terkandung di dalamnya.

Seringkali perbicaraan yang melibatkan rukun iman, saya dapati penulis buku gemar menyajikan pembaca dengan fakta-fakta yang statik (maksud saya, fakta-fakta yang memberitahu bukan memberi mahu), tetapi agak berbeza dengan Minda Super Muslim, penulis menyampaikannya dengan gaya berbeza dan dengan menggunakan pelbagai bidang maklumat seperti perbandingan agama, sains serta isu semasa dalam menerangkan persoalan rukun iman sehingga tiba-tiba saya merasakan saya perlu mengurangkan halaju pembacaan untuk memberi ruang kepada penghayatan.

Bab 6 Cara Beriman Kepada Allah - Konsep percaya kepada Tuhan yang satu bukan diajar dalam ajaran Islam sahaja tetapi sebenarnya diakui oleh kebanyakan agama. Contohnya, bagi ajaran Judaisme dalam Deuteronomy 6:4, ada menyatakan "Tuhan kita adalah Tuhan yang satu". Begitu juga dengan ajaran Hindu seperti yang tertulis dalam Upanishad bab 6 mantra 11, "Tuhan bagi alam semesta adalah Dia, Tuhan yang satu". Tidak ketinggalan, ada juga disebut dalam Bible (Mark 12:29), "Inilah perintah yang paling utama. Dengarlah hai bangsa Israel, Tuhan kita Allah, Dialah Tuhan yang esa".

Namun begitu, ada juga pihak-pihak yang tertentu gemar menafsirkan tuhan yang satu dengan pelbagai citarasa. Akhirnya lahirlah konsep menjelmakan tuhan, membapakan tuhan, serta menghasilkan perantara antara tuhan dengan manusia iaitu berhala. Islam melarang keras perbuatan-perbuatan ini dan menganggap ia adalah perbuatan syirik.

Justeru itu, sebagai umat super, umat Islam haruslah tahu apakah laluan atau sumber untuk mengenal Allah iaitu 1) mengenali Allah dengan akal dan 2) mengenali Allah melalui wahyu.

Akal merupakan alat penting untuk mengenali Allah. Kita boleh menggunakannya dengan memerhati langit dan bumi yang menceritakan pelbagai rahsia keagungan dan kebesaran Allah. Imam Malik pernah ditanya oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid tentang bukti kewujudan Allah. Beliau menjawab bahawa setiap manusia dikurniakan mulut dan lidah yang lebih kurang sama , tetapi bahasa, suara dan intonasi setiap seorang daripada mereka adalah berbeza.

Imam Abu Hanifah pula membuat satu analogi kapal dalam menggambarkan betapa ada tuhan di muka bumi ini : "Aku sedang berfikir mengnai sebuah kapal di laut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi yang peliknya kapal ini tidak ada nakhoda dan anak-anak kapal. Orang-orang di sekelilingnya mengatakan beliau gila! Kemudian, beliau berkata, "Bagaimana pula alam ini yang begitu halus dan tersusun kejadiannya, terjadi dengan sendiri tanpa pencipta dan pengurus".

Lain pula dengan Imam Syafie di mana beliau mengambil satu bukti contoh alam dalam menggambarkan kekuasaan Allah, "Lihatlah daun Tut ini. Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimanakah semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya?

Jikalau kita sudah mengenali Allah, maka kita akan beriman dengan Nya, lalu lahirlah cinta. Cinta adalah lambang kesempurnaan iman. Bagaimana caranya? Antaranya ialah tidak menyirikkan Allah sama ada syirik besar atau syirik kecil, ikhlas, tidak mengabaikan jihad fisabilillah, mengutamakan perkara yang dicintai Allah serta ketepikan kehendak hawa nafsu dan peribadi, mencintai Quran, sunnah serta suka berzikir dan bersikap pengasih dan penyayang kepada hamba-hamba Allah.

Kesemua manifestasi ini tidak lahir secara spontan dan ia memerlukan kesungguhan dan mujahadah berterusan.

Bab 7 Cara Beriman Kepada Malaikat - Malaikat adalah makhluk Allah yang disucikan daripada kehendak nafsu dan mereka terus menerus melakukan ibadah kepada Allah tanpa jemu. Pada hakikatnya, manusia yang bertakwa adalah lebih mulia berbanding malaikat kerana manusia dikurniakan ilmu, akal dan nafsu.

Pada bab ini, penulis melampirkan tugas-tugas para malaikat di mana tugas-tugas itu dibahagikan kepada 2 iaitu tugas di alam ghaib dan tugas di tengah-tengah kehidupan manusia. Contoh tugas-tugas di alam ghaib ialah berzikir kepada Allah, memikul arasy, memberi salam kepada ahli-ahli syurga dan menyeksa ahli-ahli neraka manakala contoh tugas-tugas di dunia ialah seperti bertukar menjadi manusia untuk memberi nasihat atau melaksanakan tugas-tugas khas (boleh rujuk kisah Nabi Ibrahim yang didatangi oleh malaikat), menolong tentera Islam (rujuk kisah perang Badar dan peperangan antara tentera Mujahidin Afghanistan dan Rusia dalam Perang 10 tahun) serta melaksnakan solat jemaah bersama-sama dengan umat Islam pada waktu Asar dan Subuh.

Selain daripada membicarakan tentang golongan malaikat, penulis juga membicarakan tentang mahkluk Allah yang lain seperti jin serta iblis dan syaitan. Jin merupakan makhluk yang diciptakan lebih awal berbanding manusia. Jin sama seperti manusia, terbahagi kepada jin soleh dan jin kafir. Iblis dan syaitan pula, menurut pandangan Abdullah bin Abbas, asalnya daripada suku sakat malaikat. Manakala, Imam Hasan Al-Basri berpendapat iblis bukan daripada suku-sakat malaikat tetapi tergolong dalam golongan jin.

Iblis dan syaitan mempunyai agenda utama menyesatkan manusia dan semua ini tidak berhasil jikalau manusia beriman dan bertawakal kepada Allah. Manusia perlu sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu dan melawan hawa nafsu tidak sempurna tanpa zikrullah dan ilmu.

Bab 8 Cara Beriman dengan Kitab Allah - Kitab utama yang diturunkan Allah ada 4 kesemuanya iaitu Zabur, Turat, Injil dan Quran. Selain itu, Allah juga menurunkan suhuf iaitu kitab-kitab kecil kepada rasul-rasul tertentu, contohnya suhuf Nabi Ibrahim dan Musa.

Berikut saya lampirkan sebahagian isi suhuf Nabi Ibrahim untuk menjadi peringatan ringkas buat kita- : Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai isi-isi yang terdapat di dalam suhuf Ibrahim dan beliau menjawab, "........Bagi seseorang yang berakal yang waras pemikirannya, hendaklah dia membahagikan masa kepada beberapa waktu: 1) sesaat bagi bermunajat kepada Tuhannya, 2) sesaat bagi muhasabah dirinya, 3) sesaat bagi bertafakur tentang penciptaan Allah 4) sesaat bagi mencari keperluan makan minumnya......" ( baca selengkapnya di halaman 220-221).

Sebenarnya, saya mahu pecahkan Bab 8 ini kepada 4 subtopik. Subtopik pertama adalah pengenalan tentang kitab-kitab Allah. Subtopik kedua adalah tentang perubahan-perubahan yang dibuat oleh manusia kepada kitab-kitab terdahulu kecuali Al-Quran yang senantiasa terpelihara.

Pada subtopik kedua ini, penulis melampirkan banyak bukti dan contoh untuk menyokong kepada wujudnya proses pengubahsuaian itu dan diragui kebenarannya. Saya ambil satu contoh situasi:- kontroversi satu Paul yang dihukumkan sesat dalam karangan The Mesianic Legacy kerana ajaran-ajarannya dituduh tidak selari dengan ajaran asal Nabi Isa. Namun begitu, apa yang menjadi persoalan ialah "surat-surat satu Paul" masih dimuatkan di dalam Bible dan masih diikhtiraf sebagai kalam Tuhan.

Subtopik ketiga pula membicarakan tentang kronologi atau perkataan yang lebih tepat bukti peristiwa yang menunjukkan al-Quran adalah satu-satunya wahyu Allah yang tidak mengalami sebarang pengubahsuaian. Penulis mengukuhkan penulisannya dengan menampilkan fakta-fakta sains serta arkeologi tentang pembenaran isi-isi kandungan di dalam al-Quran sama ada peristiwa yang menceritakan kisah lalu mahupun yang akan datang. Penulis juga menampilkan pandangan-pandangan tokoh-tokoh Barat akan keyakinan mereka terhadap ketulenan al-Quran.

Manakala subtopik keempat ialah resolusi daripada pemahaman kita terhadap kepercayaan kepada kitab-kitab Allah:- bagaimana cara kita beriman kepada Al-Quran?

Bab 9 Cara Beriman dengan Nabi-Nabi - Saya suka menganggap konsep penyampaian Bab 8 dan Bab 9 adalah sama iaitu pengukuhan fakta dengan sains dan teologi (perbandingan agama).

Saya membahagikan Bab 9 ini kepada 3 subtopik iaitu Subtopik 1) Pengenalan (kata kuncinya manusia biasa, maksum, gambaran nabi dan rasul yang mengaibkan di dalam Bible, mukjizat, ulul azmi), Subtopik 2) kisah Nabi Muhammad saw dalam Bible, Veda dan Purana, Buddha serta pandangan orang bukan Islam terhadap baginda dan Subtopik 3) Resolusi.

Saya tidak berniat untuk memanjangkan perkongsian isi-isi Bab 9 (adakah nama lain untuk tidak berniat = malas/tidak berdaya...??? ). Saya cuma mahu mahu memecahkan ia kepada beberapa subtopik seperti yang buat sebentar tadi untuk memudahkan pembaca mendapat gambaran asas apabila mahu membaca buku ini!

Cuma, secara ringkasnya mungkin saya boleh katakan, setiap kitab atau ajaran agama menyepakati akan kewujudan Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw adalah manusia agung yang diikhtiraf bukan sahaja di kalangan umat Islam, tetapi juga golongan yang bukan Islam turut mengagumi kehebatan baginda. Jadi, kita sebagai umat Muhammad saw , apa tanggungjawab yang perlu kita lakukan dalam meneruskan perjuangan baginda sebagai tanda kita cinta padanya dan bukti kita betul-betul memahami konsep rukun iman yang ke-4 ini?

Saya mahu menggabungkan Bab 10 Qadak dan Qadar Melonjakkkan Produktiviti dan Bab 11 Hari Kiamat dan Pancaroba Akhir Zaman sebagai mengakhiri Resensi Bahagian 2. Bukan kedua-dua bab ini tidak menarik atau kekurangan isi, cuma saya nampak kemudahan buat saya dalam menyimpulkan dan memberi makna untuk kedua-dua bab ini menurut pemahaman saya

Umat Islam berbeza dengan penganut agama lain. Kita, jikalau ditimpa musibah tetap masih boleh tersenyum kerana ada satu keyakinan dalam hati, Allah yang merancang segala-galanya, Allah Maha Mengetahui dan Allah tidak sekali-kali menganiayai kita. Apa yang perlu kita lakukan ialah teus berusaha, terus cekal, terus tabah! Hidup kita bukan hanya semata-mata telah ditentukan oleh nasib dan takdir, tetapi ia adalah satu pemilihan. Kita yang memilihnya, sama ada mahu ke jalan kebahagian atau kerosakan.

Ada satu cerita pada zaman Umar Al-Khattab yang lebih kurang begini:- seorang pencuri telah dittahan dan hukuman potong tangan siap dijalankan. Sebelum itu, Umar bertanya, "Kenapa kamu mencuri?". Pencuri itu pun menjawab, "Allah yang telah mentakdirkan aku mencuri". Umar berasa marah dan menyegerakan hukuman itu, "kamu melakukan dua kesalahan:-pertama, kamu berbohong tentang Allah dan kedua kamu mencuri". Moral cerita ini :-Sudah berapa kali kita berbohong tentang Allah?

Saya tidak mahu bercerita tentang tanda-tanda kecil dan besar hari kiamat, tentang dajjal, yakjuj makjuj dalam menyimpulkan Bab 11(walaupun fakta-fakta itu menghiasi bab ini) kerana fakta-fakta itu, kita sudah sentiasa "mesra" dan biasa, malah terlalu biasa sehinggakan kita sudah menjadi sangat biasa-biasa apabila mendengarnya.

Oleh itu mari kita renungkan salah satu nama hari akhirat yang disebut dalam al-Quran iaitu Yaumul Hasrah (Hari Penyesalan):-"Dan berilah peringatan kepada mereka berhubung Hari Penyesalan iaitu semasa kesemua perkara diputus dan mereka selama ini berada dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman" (Surah Maryam : 39).

Pengajaran bab ini : Sejauh mana kita boleh fikir yang kita tidak akan menyesal di hari akhirat nanti?mindasupermuslim


-----------------
wlaanda.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-08-08 07:39


Tajuk Buku : Solat Khusyuk Solat SMART
Penulis : M Siddiq Mustika
Penerbit : PTS
harga : RM 33
Kategori : Pembangunan Diri

Satu perkataan setelah habis membaca dan merangka ayat untuk buku ini ialah :-Fuh! Mungkin Fuh! itu untuk keletihan kerana proses membaca dan cuba memahami isi kandungan buku dilakukan sepantas yang boleh.

Dalam Solat Khusyuk Solat SMART, penulis bukan sahaja menceritaka pelbagai keadah untuk memaknakan solat tetapi dalam masa yang sama juga menyeiringkan sekali pengalaman menulis buku ini, sehinggakan saya seolah-olah merasakan kepayahan beliau dalam menyiapkan Solat Khusyuk Solat SMART.

Saya rasa trend penulis Indonesia sejak akhir-akhir ini menulis dengan gaya bahasa (saya tidak tahu mahu menamakan apa gaya bahasa itu) seperti yang dibahasakan melalui Solat Khusyuk Solat SMART. Gaya bahasa santai dan seolah-olah bercakap-cakap dengan pembaca :- gaya sebegini saya pernah berjumpa contohnya untuk karya-karya Salim A Fillah (Agar Bidadari Mencintaimu) dan Ustaz Solikhin Abu 'Izzudin (Dahsyatnya Doa Coy!). Solat Khusyuk Soat SMART yang saya miliki merupakan teks terjemahan ke Bahasa Malaysia, dan saya rasa besar kemungkinan untuk teks asal, saya kira gaya bahasanya seperti juga karangan karya-karya penulis Indonesia yang disebut.

Penulis ada menyatakan dia tersentak dengan hadis ini:- “Sesungguhnya apa yang dicatat oleh malaikat Rakib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang dia lakukan dengan menggunakan akalnya" Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Penulis tertanya-tanya apakah kaitan antara akal dengan solat, bukankah solat itu lebih disinonimkan atau difokuskan kepada hati. Apabila solat dikaitkan dengan akal, ia juga bererti solat dikaitkankan dengan kecerdasan atau dalam erti kata lain bersolat dengan cerdas. Tetapi, apakah sebenarnya hubungan solat dengan kecerdasan? Mengapa kita perlu solat dengan cerdas? Adakah dengan solat kita boleh membangunkan kecerdasan kita?

Solat bukanlah ibadah spiritual yang cuma menuntut kehadiran hati semata-mata tetapi ia juga adalah aktiviti fizikal dan mental yang memerlukan kehadiran akal. Dengan memanfaatkan kehadiran akal dalam solat, kita bukan sahaja membangunkan kecerdasan emosional dan spiritual tetapi juga kecerdasan sosial, muzikal, matematik, visual, kinetik, naturalis dan verbal. Apabila kita sudah mampu membangunkan kecerdasan-kecerdasan ini di dalam diri, barulah mudah kita mencapai kebahagiaan dalam hidup.

Secara asas Solat Khusyuk Solat SMART adalah sebuah buku yang menyajikan pelbagai kaedah untuk solat lebih khusyuk dan bermakna dengan memanfaatkan kehadiran akal dalam solat. Kehadiran akal ini secara tidak langsung akan membangun 9 jenis kecerdasan di dalam diri seseorang manusia. Penulis menyediakan 5 kaedah utama dan dalam 5 kaedah itu terselit pelbagai sub kaedah untuk membangun kecerdasan di dalam solat. Pada setiap kaedah itu, penulis melabelkan jenis-jenis kecerdasan yang boleh dibangunkan dengan mengaplikasi kaedah yang dikongsi.

Contohnya begini untuk gambaran salah satu mesej buku ini:- anda bergaduh dengan sahabat anda. Kemudian di dalam solat anda terbawa-bawa atau mungkin terfikir tentang pergaduhan itu. Apabila anda membaca Surah Al-Kaafirun dalam rakaat pertama, anda seolah-olah sebuah mesin pengulang yang hanya membaca surah tanpa ada penghayatan kerana fikiran anda masih celaru dan sibuk dengan pergaduhan dengan sahabat anda tadi. Jadi adakah perbuatan anda membaca surah Al-kaafirun tadi adalah satu kaedah yang cerdas? Jawapannya , tidak.

Kaedah yang cerdas ialah, anda mungkin boleh gantikan membaca surah Al-Kaafirun dengan surah lain contohnya seperti surah Fussilat, ayat 34 yang bermaksud, "..tolaklah sikap permusuhan dengan yang lebih baik, maka ternyatalah permusuhan yang ada antara engkau dan dia menjadi hubungan kasih sayang yang setia". Jadi, bila anda solat, tidaklah anda merasakan solat itu satu perkara, perasaan gundah gulana kerana bergaduh itu satu perkara, tetapi anda secara psikologinya telah membawa keseluruhan pemikiran anda untuk memicu kepada Allah.

Untuk kes seperti ini, sebenarnya anda telah membangunkan kecerdasan emosional. Saya kira ini pemahaman asas yang perlu anda hadam sebelum menelaah pelbagai lagi kaedah memberangsangkan akal untuk solat yang penuh makna!

wlaanda.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 13:02


!!! QUOTE !!!

marilah baca buku Ciri dAkwah Islamiyyah..terutama bagi orang yang mahu berdakwah..


nak tanya...buku ni penulis?keluaran apa ye?...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 06:02


satu lagi buku yang bermanfaat untuk dikongsi :)

Tajuk : Syoknya Berpuasa
Penulis : Rajendra Kartawira Halaman : 188
Penerbit : PTS Milennia Harga : RM16


Pada hakikatnya, amalan berpuasa bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam tetapi penganut agama lain turut berpuasa seperti penganut agama Hindu dan Kristian. Bukan itu sahaja, malah haiwan juga diciptakan dengan kemampuan untuk berpuasa.

Perubahan cuaca dan iklim sedunia seperti musim sejuk dan musim panas yang panjang akan menyebabkan gangguan bekalan makanan berlaku. Namun begitu, haiwan tidak terjejas dengan situasi sedemikian. Pada musim sejuk yang panjang, mereka akan berpuasa dan berhibernisasi ataupun melakukan tidur yang panjang. Begitu juga pada musim panas yang panjang, haiwan yang terlibat akan tidur pada satu tempoh yang lama yang dikenali sebagai aestivasi.

Selain daripada faktor kekurangan bekalan makanan, haiwan juga berpuasa atas faktor-faktor lain seperti ikan salmon, penguin, dan singa laut berpuasa berbulan-bulan pada musim mengawan, labi-labi dan anak ayam berpuasa selepas kelahiran, ular berpuasa kerana kekenyangan, anjing berpuasa beberapa minggu semasa marah, dan kuda, kucing, anjing serta lembu berpuasa semasa diserang penyakit sehingga sembuh.

Nah, ini contoh-contoh makhluk Allah yang lain juga turut berpuasa dan aktiviti berpuasa bukanlah amalan yang pelik untuk dilaksanakan tetapi ia seakan-akan sudah menjadi fitrah. Buat manusia pula, penjelasan mengapa Allah mewajibkan kita berpuasa dijelaskan melalui proses autolisis di dalam badan kita ataupun self digest.
Perintah makan dan berhenti makan dikawal oleh hipotalamus pusat lapar dan pusat kenyang yang terdapat di dalam sistem limbik bahagian otak. Apabila kandungan glikogen di dalam darah menjadi rendah, hipotalamus pusat lapar akan memerintahkan tubuh untuk makan dan apabila paras glikogen sudah menjadi tinggi, hipotalamus pusat kenyang akan memerintahkan tubuh untuk berhenti makan. Tetapi apa akan terjadi apabila kita berpuasa?

Ini berbeza apabila kita berpuasa kerana pada ketika ini program autolisis akan diaktifkan sebaik sahaja kandungan glikogen menjadi rendah. Program autolisis akan menyebabkan seluruh bahagian tubuh memberi maklumat kepada bahagian tubuh yang mempunyai lemak. Nanti, program ini akan mencari lemak-lemak itu dan mengubahnya menjadi nutrien dan sumber tenaga yang akan diedarkan melalui darah. Hasilnya, kandungan glikogen darah menjadi tinggi dan hipotalamus pusat lapar tidak lagi memerintahkan kita untuk makan.

Pada lemak-lemak kita sebelum diproses tadi, turut mengandungi toksin. Setelah lemak-lemak itu diubah menjadi nutrien dan tenaga, toksin yang ikut bertimbun bersamanya turut diubah menjadi nutrien dan tenaga. Tetapi bukan semua. Sebahagian toksin yang tidak dapat diubah menjadi nutrien dan tenaga akan diedarkan melalui pembuluh darah dan akan melalui hati untuk disaring ataupun proses detosifikasi. Ia akan dikeluarkan dari badan menerusi pernafasan dan perkumuhan.

Apa akan terjadi jikalau seseorang itu tidak mempunyai lemak ? Untuk kes seperti ini, program autolisis akan mencari sumber lain yang masuk ke dalam tubuh kita. Unsur yang dapat diurai akan ditukar dalam bentuk tenaga manakala yang tidak boleh diurai akan dibuang menerusi perkumuhan dan pernafasan.

Jadi jelas ditunjukkan kepada kita, apabila berpuasa, toksin-toksin di dalam badan yang tidak diperlukan akan dibuang keluar dari tubuh kita dan ini menjadikan kita sihat. Toksin-toksin yang terkumpul di dalam badan akan menyebabkan jerawat dan yang paling teruk kanser.

Persoalan : Bagaimanakah tubuh mengetahui kita berpuasa?
Jawapan : Oleh kerana itu, anda patut baca bab Mengapa Puasa Bermula dengan Niat?

dipetik dari wlaanda.blogspot.com


-----------------
wlaanda.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 04-09-08 10:52


Yes! Saya baru terfikir untuk mencari dan membeli buku Transgenesis Bisikan Rimba . Itupun sebab diprovok oleh sahabat supaya mengenali pula karya amir Husaini. (sebab asyik sangat dengan Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani) InsyaALLAH, akan cuba!

Berada di kampung,menyebabkan saya sempat menyelongkar almari buku. Rupanya masih ada buku-buku yang tak sempat saya khatam seperti buku: "sheila-Luka Hati Seorang Gadis KEcil dari TOrey Hayden. Kisah benar seorang guru berdepan dengan murid-murid buta, agresif, nak bunuh diri, derita autisme dan macam-macam sakit.

Jika sempat, nanti saya sharekan di sini.

Tak lupa, buku-buku dakwah yang pernah jadi bahan tarbiah diri sedari bangku sekolah dan kampus. Banyak! Semuanya bermanfaat..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 04:28


Rumaiishaa,

Saya tidak pernah membaca karya Torey Hayden, ehm, menarik rasanya kalau Rumaiishaa sudi kongsikan :).

Cubalah membaca pula Transgenesis, satu karya yang langsung membuat anda tidak pernah menang membuat agakan.

wlaanda.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

welma
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28328
Posting: 24
Dari: Kulim, Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 06:54


Tajuk : Terapi Solat Tahajud
Penulis : Mohammad Salleh
Halaman : 234
Penerbit : PTS Milennia
Harga : RM23

Ini buku tesis . Ini buku ilmiah yang diberi nafas baru dan dipersembahkan untuk pembaca awam. Format penulisan tesis dibentangkan dengan kemas untuk diceritakan kepada pembaca tentang kajian ini. Ada bahagian pendahuluan, metodologi, penemuan dan perbincangan serta kesimpulan.

Objektif utama kajian ini yang penulis mahu buktikan ada 2. Pertama, penulis mahu membuktikan penurunan hormon kortisol dengan melaksanakan solat tahajud. Kedua, penulis juga mahu membuktikan dengan menunaikan solat tahajud, akan membantu meningkatkan sistem pertahanan badan manusia.

Kajian dilakukan di SMU Luqman Hakim, Pondok Pesantren Hidayatullah Surabaya yang melibatkan 41 pelajar baru sesi 1999/2000. Pelajar yang terpilih berdasarkan 2 kriteria iaitu kriteria terangkum dan kriteria eksklusif.

Kriteria terangkum ialah lelaki, berumur 16-20 tahun, sihat jasmani dan rohani, tidak pernah melakukan solat tahajud dan bersedia menjadi sampel dengan menandatangani surat perjanjian manakala kriteria eksklusif pula ialah diketahui mengikuti atau menjalankan meditasi transendental seperti yoga, diketahui menjalankan wirid yang lazim dilakukan oleh pengamal tarekat, diketahui gagal menjalankan solat tahajud secara berterusan dan diketahui meminum ubat yang bersifat imunosupresif.

Hemoglobin, eritrosit, leukosit, hematokrit, BUN, kreatinin, SGOT dan SGPT diperiksa dan dipastikan melalui ujian darah yang dilakukan ke atas responden sebelum kajian bermula. Ini untuk mengetahui tahap kesihatan awal responden.

Mereka dikehendaki melaksanakan solat tahajud sebanyak 13 rakaat (2 rakaat solat iftitah, 8 rakaat solat tahajud dan 3 rakaat solat witir) , berwirid (Subhannallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Astarghfirullah, Allahummasalli ala Muhammad Wa ala ali Muhammad, lah ila ha Illah sebanyak 200 kali) dan waktu mengerjakan solat tahajud ialah sekitar 2-3.30 pagi.

Daripada 41 orang responden, cuma tinggal 23 orang sahaja yang bertahan mengerjakan solat tahajud secara rutin selama 4 minggu berturut-turut. 8 minggu kemudiannya, cuma tinggal 19 orang sahaja yang mampu bertahan.

Dalam kajian ini, atas faktor-faktor kekurangan dana, penulis menyatakan dia cuma mampu menggunakan 9 pembolehubah sahaja sebagai tolok ukur kepada ujian ini untuk mencapai 2 objektif kajian tadi iaitu kortisol, IgM, IgG, IgA, jumlah limfosit, basofil, eosinofil, neutrofil dan monosit. 9 pembolehubah inilah nanti yang diperolehi daripada ujian darah responden yang diambil melalui vena periferal akan diuji di makmal untuk mengesan perubahan pada kortisol dan sistem ketahanan badan mereka.

Hormon kortisol digunakan sebagai tolok ukur untuk menguji stres manakala untuk menguji sistem pertahanan badan, komponen seperti neutrofil, basofil, eosinofil, monosit, total limfosit, igG, IgM, IgA pula digunakan.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa hormon kortisol menurun apabila solat tahajud dilaksanakan dengan niat ikhlas tetapi apabila ia tidak dilaksanakan secara ikhlas, ini akan menyebabkan pengamalnya stres dan meningkatkan hormon kortisol. Apabila stres juga, sistem pertahanan tubuhnya akan menjadi lemah.

Prosesnya lebih kurang begini :-

1. Setelah emosi positif diterima oleh otak, ia akan diformat dan dihantar ke talamus.
2. Talamus nanti akan merangsang hipokampus dan amigdala untuk merembeskan GABA. GABA ini tugasnya sebagai pengawal gerak balas emosi dan pengendali HPAA. Talamus juga akan merembeskan dopamin untuk merangsang prafrontal kiri-kanan.
3. Kemudian, selepas ada timbal balik antara talamus-hipokampus-amigdala-prafrontal kiri dan kanan, talamus akan bersentuh dengan hipotalamus yang akan menyebabkan sekresi CRF.
4. CRF akan menyebabkan tindakbalas HPAA.
5. HPAA pula akan menyebabkan tindakbalas ACTH yang akhirnya turut merangsang sekresi kortisol oleh korteks adrenal.
6. Dengan emosi positif tadi, sistem limbik-CRF-HPAA-ACTH akan mampu mengendalikan sekresi kortisol yang berlebihan dan akhirnya akan menyebabkan terhindar daripada stres serta meningkatkan sistem perrtahanan badan.
7. Tetapi apabila, emosi negatif diterima (seperti dipaksa, berpura-pura), sekresi kortisol yang terhasil akan meningkat. Ia akan menyekat penghasilan imunoglobulin melalui penekanan ke atas proliferasi limfosit yang seterusnya menyebabkan sistem pertahanan menjadi lemah.

Nota: Meningkatan kortisol akan menyebabkan penurunan imfosit, eosinofil, neutrofil, monosit dan IgA atau sama makna dengan penurunan sistem pertahanan badan.

Proses (1)-(7) yang saya senaraikan itu adalah hasil daripada beberapa "proses tambah tolak" kepada beberapa kaedah penerangan proses anatomi yang diterangkan penulis dalam buku ini. Saya mengadunnya dan meringkaskannya mengikut pemahaman saya yang cetek ini sehinggalah tinggal seperti yang tersenarai. Jikalau anda memiliki buku ini, mungkin anda ada pemahaman yang lain malah lebih baik selain daripada yang saya senaraikan itu.

Ada 3 penemuan baru melalui kajian ini kata penulis. Pertama, tahap keikhlasan seseorang boleh dibuktikan secara ilmiah dengan menggunakan tolok ukur hormon kortisol di dalam badan seseorang. Kedua, sistem pertahanan tubuh badan bukan sahaja boleh dipulihkan dengan penggunaan teknologi kimia, tetapi juga melalui pendekatan ibadah solat tahajud dan ketiga, kebenaran agama Islam boleh dibuktikan secara ilmiah iaitu melalui kajian saintifik.

Solat tahajud menjadi tidak bemakna tanpa niat yang ikhlas. Bukan solat tahajud sahaja, tetapi apa-apa sahaja yang kita lakukan, menjadi tidak bermakna tanpa niat yang ikhlas. Buku ini bukan sahaja berjaya menunjukkan kepada kita solat tahajud adalah terapi tubuh dan jiwa kita, tetapi juga memberitahu kita, mengajar kita betapa Allah menjadikan setiap perkara, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya, sentiasa ada hikmah. Tiada satu pun sia-sia. Bila lagi agaknya kita mahu melihat semua itu dengan pandangan mata hati?

Wallahu alam

dipetik dari wlaanda.blogspot.com


-----------------
wlaanda.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For welmaProfil   Hantar PM kepada welma   Pergi ke welma's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 07:59


salam.. hampir terlupa pasal novel comel ni..

/

dan saya copy-paste saja lah ek sinopsis dia..

"Sudah ada delapan murid berusia tak lebih dari 10 tahun di kelas itu. Seorang anak pernah dua kali mencoba bunuh diri, seorang anak buta, seorang lagi agresif, dua orang anak menderita autisme, seorang skizofrenia, seorang pernah mengalami penganiayaan fisik dan seksual, sedangkan yang terakhir menderita beragam fobia.

Bila Anda harus mengajar di kelas itu, bersediakah Anda, seperti Torey Hayden, menerima seorang murid lagi, seorang gadis berusia 6 tahun yang baru saja membakar anak lelaki berusia 3 tahun sampai nyaris mati? Gadis itu beri-IQ di atas 180, namun menderita problem emosional parah. Dia tak pernah menangis, baik di kala sedih, marah, maupun kesakitan. Dia juga agresif dan selalu membangkang. Mungkin karena sang ibu meninggalkannya di jalanan saat berusia 4 tahun. Mungkin karena ayahnya pemabuk dan tak mampu memberinya pengasuhan yang layak. Mungkin karena dia memang tak tahu bagaimana membuat orang lain mencintainya.

Menghadapi murid seistimewa ini, bekal sang guru hanyalah kesabaran dan kasih yang mendalam. Dalam buku ini, sang guru menuturkan pengalaman nyatanya berusaha menyentuh hati si gadis kecil dan memunculkan segala potensi yang dia miliki. Berhasilkah sang guru? Berhasilkah Sheila mengatasi segala kendala yang menghalanginya dari bertumbuh layaknya gadis kecil lain?
__________________________________________________
Torey Hayden adalah seorang psikologi pendidikan dan guru pendidikan luar biasa yang sejak 1979 telah mengisahkan perjuangannya di ruang kelas dalam sekumpulan buku laris. Saat ini dia hidup dan menulis di North Wales, Inggeris, dengan suami dan seorang anak perempuannya.
__________________________________________________

bahasa yang diguna pakai adalah bahasa indonesia. so..kalau ada yang tak jelas maknanya..memang kena rujuk kamus. anyway..novel ini lah menjadi punca Kenapa saya minat untuk mendalami ilmu pendidikan khas termasuk menjadikan pilihan utama dalam KPLI yang lepas..

selamat membaca~~


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

insyirah_nurani
Warga Rasmi
Menyertai: 22.12.2003
Ahli No: 5890
Posting: 16
Dari: Shah Alam

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 08:41


assalamualaikum :)
ana nak kongsi dua buah buku novel islamic yang patut dijadikan panduan bagi pelajar2 ipt...tajuk buku nya-Tautan Hati karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin dan buku Warkah Cinta Berbau Syurga karangan A.Ubaidillah Alias...kedua2 buku ni membawa mesej yang sama yakni peranan dakwah yang perlu dibawa oleh seorang pelajar ipt tapi situasi dan keadaan nya berbeza..satu berlatar belakangkan pelajar UIA,lagi satu belatarbelakangkan pelajar malaysia di mesir :) cubalah baca,tentu tersentuh dengan cara watak2 ini membawa peranan dakwah mereka :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_nuraniProfil   Hantar PM kepada insyirah_nurani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137442 saat. Lajunya....