maaflah, ini bukannya karya agung, tapi tak jumpa folder lain yang sesuai, sebab di folder ini ditulis 'Berbincang mengenai karya seperti bacaan, karya Islam, lukisan dan lain-lain'. Jadi saya letakkan di sini.
Sekadar memaklumkan bahawa group Karyawan Luar Negara telah menerbitkan antologi puisi 'Al Andalus Menangis' yang menghimpunkan 129 buah puisi hasil ledakan jiwa dan hamburan pemikiran 20 orang pelajar yang menuntut di luar negara termasuklah Ireland, UK, Scotland, Rusia, Morocco, Mesir, Jordan, Australia dan New Zealand dengan 13 daripadanya pelajar perubatan!
Antologi ini bolehlah didapati di kedai buku DBP atau ke laman
http://www.ujanailmu.com.my/pd_al_andalus.cfmsedikit abstrak dari kata pengantar:
"rata-rata sajak yang dihasilkan oleh anak muda yang menggelarkan diri mereka penyajak GKLN ini bergerak dengan rasa kerinduan yang teramat sangat. Hal ini mungkin boleh disamakan dengan keadaan yang berlaku di Indonesia. Keagresifan melahirkan, melaungkan nada kekecewaan, kegagalan, dan ketidakpuashatian hati seakan-akan membobot pemikiran kumpulan GKLN ini. Daripada kelompok ini lahirlah satu gerakan yang menentang sekular dan feudal barat. Nuansa dan pemikiran Islami tersebati sebagai benteng diri." -Shamsudin Othman-
Dua petikan puisi:
SATU
Maafkanku Ramallah
Si cilik itu tegar melontar benci
batu dan iman menjadi satu.
Katanya dia rindukan atar firdausi
lantas dia mencari pada kematian.
Tatkala aku mengatakan dia mati
menyusup suara dari lembah Golan
anak kecil itu sebetulnya pencari shahid!
Hidup memisahkan dia dan cintanya
andai dia punya seribu nyawa
seribu kali dia sanggup,
dalam lirih pedih
tubuh cilik itu diarak takbir
Ramallah merayu lagi
pernah rintihmu diabaikan?
Lalu seribu lagi anak kecil menyerbu
berjejal di lorong syurga
dan aku kaku
malu.
Maafkan aku
bangsaku masih lena.
Hafez Iftiqar
Melbourne, Australia
14 Oktober 2005.
DUA
-CCTV-
Hidup ini
Umpama siri
Rancangan realiti tivi
Dan kita punya
CCTV sendiri
Yang memerhati
Segenap gerak geri;
Raqib Atid namanya
-Kartu-
Dan
Tiba-tiba sahaja bertandang
Kartu undangan dari Tuhan
Engkau adalah tetamu jemputan
Bagaimana engkau bisa beralasan?
Ainun Nazrin KZ
Dublin, Ireland
(terkini group Karyawan Luar Negara sedang mencari cerpen-cerpen Islami yang bermutu nukilan pelajar-pelajar luar negara. sesiapa berminat boleh ke laman
http://gkln.blogspot.com untuk maklumat lanjut.)
Salam...
Pena untuk dakwah.