Oleh |
Bahaya Pujian!! |
kakyong
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 25.06.2003 Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak
|
Posting pada: 09-09-03 16:38
Siapa yang tidak suka dipuji? Bukan wanita sahaja suka dipuji bahkan juga lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda. Namun, hati-hati kerana pujian itu mempunyai bahayanya yang tersendiri. Kata Imam Ghazali, terdapat enam bahaya pujian: iaitu empat pada orang yang memuji dan dua pada orang yang dipuji
BAHAYA PADA ORANG YANG MEMUJI
1. Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaa.
2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik.
3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidiki langsung.
4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.
BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI
1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga diri sendiri.
2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri.
#.Tuhan….jauhkanlah aku dari sifat riak, takbur, dan ujub.
|
islamic_princess
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI
|
Posting pada: 09-09-03 23:58
assalamualaikum
terima kasih kak yong sebab postingkan artikel ni ..sekurang2nya dapat menambahkan ilmu mira...wassalam ----------------- HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..
|
Wasimah17
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.06.2003 Ahli No: 1684
Posting: 73
Dari: Jalan Gombak
|
Posting pada: 10-09-03 13:54
Assalamualaikum....
Thank You for the information......Terasa insaf sedikit....walaupun tak banyak terkena pada diri....
|
littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::
|
Posting pada: 11-09-03 11:38
syukran jazilan buat kakyong atas posting ni.
banyak bahayanya pada orang yang memuji.
jadi sebelum kita memuji sesiapa, fikirkanlah dulu benar atau tidak pujian kita itu dan ikhlas atau tidak pujian itu untuknya.
MUHASABAH DIRI !
Allahu ta'ala a'lam
----------------- Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi
|
alfaqierah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 274
Posting: 400
Dari: bumi Allah-mciium
|
Posting pada: 12-09-03 12:07
Assalamu'alaikum wrt wbt
salam ukhwah minni
syukran jazilan buat kakyong atas artikel yg cukup memberikan maanfaat.
dalam perjalanan hidup ni,adakalanya..kita tak sedar yg kita menjadi riak dan 'ujub pada pujian dan anugerah2 dr ALLAH..swt.
dengan adanya artikel dan posting ilmiah sebegina ..insyaALLAH dapat mengajak kita utk sama-sama bermuhasabah dan berfikir sejenak mengenainya.. :
sekadar renungan bersama:
Dari Umar ra berkata : "Pujian merupakan penyembelihan, karana orang yang disembelih itu menjadi lemah atau karana pujian itu menimbulkan bangga diri dan sombong. Sedang kedua sifat itu seperti penyembelihan, karana itulah memuji diserupakan menyembelih (sama sama merosak)."
wallahu'alam..
|
hanzaalah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.07.2003 Ahli No: 2622
Posting: 85
Dari: Darr Al-Aman
|
Posting pada: 14-09-03 01:31
Assalamualaikum. Disini ana ingin menceritakan sedikit tentang puji dan memuji manusia. Pernah suatu hari seorang sahabat nabi sedang memuji2 seorang sahabat yang lain yang tidak begitu dikenalinya, maka didengar oleh baginda S.A.W, maka sabda baginda: adakah kamu pernah bermusafir dengannya ? dan adakah kamu pernah makan sepinggan dengannya ? maka di jawab oleh sahabat tadi tidak !! sabda baginda lagi : kalau begitu kamu tidak layak untuk memujinya. Nabi juga pada masa yang lainnya memberitahu para sahabat bahawa jika seseorang itu memuji2 org lain yang tidak begitu dikenali dengan sungguh2 maka org itu layak di lontarkan pasir ke mukanya . ----------------- " Islam Is The Way Of Life "
|
anjang
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 23-09-03 11:19
ana teringat perumpaan yg nabi saw cakap..
apabila kita puji seseorang tu umpama kita meletakkan pedang di lehernya....
|
kakyong
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 25.06.2003 Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak
|
Posting pada: 23-09-03 11:35
Maha Suci Allah yang Maha Tinggi dan segala pujian hanya untukNya...
|
muslimahsejati
WARGA SETIA Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor
|
Posting pada: 23-09-03 16:49
bahaya juga bila di puji boleh mendatangkan riak.......dan bangga diri..waspadalah.......sesungguhnya Allah maha mengetahui..........
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 12-08-08 22:28
assalamualaikum... benar lah nasihat yang diberikan sahabat-sahabat kita ini... tapi tak semestinya bahaya kita tak perlu memuji kan... pujian yang berbentuk dorongan amat diperlukan... lebih-lebih lagi saat dikala sedang mengalami masalah..tyme itu lah kita balun kasi semangat balik... juga 1 benda yang selalu sangat ada kat dalam diri kita neh... bila dipuji itu bersyukurlah...alhamdulillah...cmtue... terma kasih kat yang memberi pujian tueh... ini dipuji malu2...xm0 terima pula..kan kata-kata itu satu doa... rugi tak nak terima doa org ini...^_^.. sekian dimaklumkan juga... p/s: dapat kal0 yang makbul doanya itu....beznye...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 12-08-08 23:49
Pujian ada yang dibolehkan Bahkan RasuluLlah memuji wanita kaum ansor kerana berani bertanyakan hal ehwal agama yang berkaitan diri mereka. WaLlahua'lam
|
puterilindunganbulan2005
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.11.2004 Ahli No: 12283
Posting: 102
Dari: klang,selangor
|
Posting pada: 13-08-08 10:39
hmm.. agak menarik topic ni.. alhamdulillah bertambh ilmu saya hari ni...
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 13-08-08 14:43
yang paling bahaya bila sudah dipuji timbul perasaan riak dan takbur hingga jatuh lah kepada syirik kecil iaitu syirik yang kita tidak sedari... ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 13-08-08 16:48
teringat pada sahabat baik masa sekolah dulu... sesaje puji dia.. lepas itu dia tanya, anda nak kena baling dengan ni???(selipar) lepas itu baru dia explain bahaya pujian ni...
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 18-08-08 17:25
... maklumat yang baiik... dan harus lah jaga lidah, jaga diri... ingat Allah dalam apa jua keadaan... Jika orang memuji kita, ingatlah bahawa ada yang lebih baik dari kita
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 18-08-08 18:28
assalamualaikum.. kita biasanya tidak akan terlepas dari dipuji ataupun memuji.. ini bagi saya adalah satu fitrah bagi kita.. Jadi sebaiknya, di samping bahaya pujian ini diketengahkan, disertakn juga cara-cara meneerima pujian.. Sebaiknya ucpknlh, segala puji hanya bagi Allah.. atau jika pujian berbntuk doa, aminkanlh ia.. jadi, xsalahkn muji-muji ni wallahu a'lam
|
nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2006 Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid
|
Posting pada: 18-08-08 18:57
pujian memang boleh memakan diri sendiri.. pujian juga boleh membawa manusia ke lembah neraka kerana ia membawa kepada riak dan takbur.. jadi..memuji sekadarnye sahaja..jangan melampaui batas..wallahualam..
|
PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia
|
Posting pada: 04-09-08 14:36
Pada 18-08-08 18:57 , nisaulfadhilah posting:!!! QUOTE !!! pujian memang boleh memakan diri sendiri.. pujian juga boleh membawa manusia ke lembah neraka kerana ia membawa kepada riak dan takbur.. jadi..memuji sekadarnye sahaja..jangan melampaui batas..wallahualam.. betul betul betul pujian yang lebih membuatkan orang yang dipuji bongkak dan sombong diri.. ----------------- "Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki...."
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 04-09-08 23:20
di dalam pengajaran dan pembelajaran - murid-murid perlu diberikan peneguhan positif berbentuk pujian yang sesuai dengan pencapaiannya. Agar ada tindakbalas yang positif juga dari dirinya. begitu juga kepada adik beradik - pujian (bukan membodek) tentu akan menambahkan kasih sayang. ----------------- .:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:. http://jarumemas.blogspot.comhttp://jomfaham.blogspot.com
|
Annursyam
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2004 Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi
|
Posting pada: 05-09-08 12:07
sahabat yang baik, sahabat yang sentiasa Menguji......bukan memuji
|
najah_musla
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.09.2006 Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol
|
Posting pada: 05-09-08 23:06
hadis menyatakan...kalau org puji kita yang boleh buat kita megah atau riak...kita boleh baling tanah kepada org yang memuji..ini bagi mengelakkan perasaan riak...
|
mulukhiyyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2008 Ahli No: 34681
Posting: 82
|
Posting pada: 23-10-08 09:22
pujian akan mendatangkan riak kekadang,riak pulak syirik kecil,bahaya tu,kecil2 lama jadi besar,bahaya kan murid2 semua, so kenalah jauhi sifat riak dan rakan-rakan yang sewaktu maknanya dengan dia.
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 23-10-08 11:28
Berwaspadalah .. biasanya pujian ni datang dari musuh yang nak melemahkan kita .. Wawa suka org yang pandai mengkritik sebab.. Dia akan tolong kita improve ourselves to b better ... Right??? -Tak hidup dek puji...Tak mati dek keji ...-
|
ibnu_musa
Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-10-08 11:31
Pada 23-10-08 11:28 , Wawa_83 posting:!!! QUOTE !!! Berwaspadalah .. biasanya pujian ni datang dari musuh yang nak melemahkan kita .. Wawa suka org yang pandai mengkritik sebab.. Dia akan tolong kita improve ourselves to b better ... Right???
-Tak hidup dek puji...Tak mati dek keji ...- kalau nak puji isteri salah juga ke? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 23-10-08 11:32
Anggap sahaja pujian orang satu penghargaan,motivasi...bukan tujuan yang dicari... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 23-10-08 11:59
Sememangnya kita tidak lepas dari memuji dan di puji...namun tak salah konsep memuji dan dipuji ini..kerana ia bergantung kepada perkara yang dipuji tersebut... waulahualam...
|
abang_d
Warga Rasmi Menyertai: 30.09.2008 Ahli No: 35212
Posting: 4
Dari: baling
|
Posting pada: 23-10-08 12:21
Salam. Hakikat puji ada 4. Segala puji bagi Allah. 1. Puji Qodim bagi Qodim 2. Puji Qodim bagi Hadih 3. Puji Hadih bagi Qodim 4. Puji Hadih bagi Hadih Semua puji berbalik kepada Allah. Allah puji DIA balik kat DIA Allah puji makhluk balik kat DIA Makhluk puji Allah balik kat Allah Makhluk puji Makhluk balik kat Allah juga Itulah hakikat puji Semuanya kembali pada Allah.
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 15-01-09 09:35
Umumnya pujian membinasakan. Kalau mahu memuji, pujilah kepada perkumpulan jangan kepada individu. Kalau mahu memuji, boleh kalau pujian itu bersifat fakta bukan persepsi (pasti betul). Misalnya Nabi memuji Umar yang ada kelayakkan jadi Nabi. Maka itu fakta bukan persepsi. Atau seorang pensyarah mengatakan jawapan yang anda beri terhadap soalannya adalan tepat. Itu benar dan buka persepsi. Boleh kalau mahu memuji anak-anak kecil sebagai galakkan. Maka kita memuji dengan mengatakan apa yang dibuatnya itu adalah ajaran agama, menyukan Allah dan rasul. Menyukakan ibu bapa. Jangan sangat memuji dirinya, tetapi memuji perbuatan baik. Bila perbuatan itu sudah jadi habit maka, pujian biasanya tidak lagi diperlukan.
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 16-01-09 07:08
Anggap sahaja pujian orang satu penghargaan,motivasi...bukan tujuan yang dicari... ye betul itu... sebagai pembakar semangat... kalau kita tahu org itu pantang puji... jangan lah puji.. puji saja, rasa bangga pulak... ;P
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 16-01-09 07:47
terima kasih kakyong atas info ni..sebab tu saya tak suka kena puji..nanti boleh timbulkan riak dan bangga dalam diri saya..sebaik-baik pujian hanya untuk ALLAH SWT..
|
miss_zai
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.01.2009 Ahli No: 36672
Posting: 62
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 16-01-09 07:50
Salam.. seeloknya selepas dipuji..kita perlu memuji Allah ... baca lah lah haw lah wala .... diri kita ni tiada daya..hanya Allah Yang Maha Berkuasa ... bila dah berzikir itu..tak ada lah syaitan dok menenggek kat kita..wallahualam
|
sadiqah
Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 16-01-09 08:13
Pada 23-10-08 11:28 , Wawa_83 posting:!!! QUOTE !!! Berwaspadalah .. biasanya pujian ni datang dari musuh yang nak melemahkan kita .. Wawa suka org yang pandai mengkritik sebab.. Dia akan tolong kita improve ourselves to b better ... Right???
-Tak hidup dek puji...Tak mati dek keji ...- betul tu wawa..kita kena berhati-hati tapi bersangka baik. bila dah dipuji melambung-lambung, takut terlupa akan kelemahan yang ada pada diri. amat suka dengan kata-kata junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diberikan oleh sahabat ukwh.. "Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW" ----------------- hIdUP mEsTi TeRuS..
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 16-01-09 09:57
Ucapkanlah Alhamdulillah bila dipuji.. Kerana segala pujian itu hanya bagi Allah. Andai dipuji,usahlah meninggi diri.. Andai memuji,usahlah melampaui batas dan menyanjung tinggi. wasalam..
|
kayu_Manis86
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.11.2008 Ahli No: 35876
Posting: 65
Dari: Johor
|
Posting pada: 16-01-09 10:40
assalamualaikum semua.. ustaz saya ada cakap kalau ada orang yang memuji ucapkanlah Allhamdulillah tanda syukur kita pada Allah yang mengurniakan segala kelebihan itu kemudian ucapkanlah terima kasih kepada orang yang memuji tanda kita menghargai pujian itu.. "Orang yang paling bersyukur kepada Tuhannya adalah orang yang selalu berterima kasih sesama manusia" Renung2kan..
|
Luqiem
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.08.2008 Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut
|
Posting pada: 16-01-09 10:42
Sesungguhnya hanya Allah Swt sahaja yang layak kita puji.... Kita puji ALLAH, maka Allah akan beri nikmat kepada kita... Mari kita ucap Alhamdulillah 100 kali tiap-tiap pagi - Segala Puji Bagi Allah yang telah menciptakan kita dengan sempurna... ----------------- Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya http://www.luqiem.my-ads4bucks.com
|
kayu_Manis86
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.11.2008 Ahli No: 35876
Posting: 65
Dari: Johor
|
Posting pada: 16-01-09 10:51
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 16-01-09 12:16
jelaslah sudah.."segala puji hanyalah milik ALLAH.."jadi tak payahlah nak curi2 dan bagi kepada orang lain...pujian tu sama dengan memenggal/memancung leher..
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 16-01-09 16:29
Pada 16-01-09 07:50 , miss_zai posting:!!! QUOTE !!! Salam..
seeloknya selepas dipuji..kita perlu memuji Allah ... baca lah lah haw lah wala .... diri kita ni tiada daya..hanya Allah Yang Maha Berkuasa ... bila dah berzikir itu..tak ada lah syaitan dok menenggek kat kita..wallahualam betul... betul.. betul.. ingatlah... syaitan sentiasa mengintai ruang untuk menghasut sekalian manusia... jadilah... hati-hati lah sahabat-sahabat sekalian...
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 20-01-09 02:14
salamun alaik. info lama yang diUpdate pujian kadangkala memang perlu untuk bagi dorongn.. anjakan ke arah yang lagi baik. tapi, jangan pujian melambung amat sangat asbab, manusia ni ada arus pasang surut. juga macam lalang, andai ditiup angin ke kanan, ke kiri. muge, kita boleh tetap pendirian.. kuatkan pegangan agama khususan.. nak puji ni tengok juga situasi, keadaan. contoh untuk yang berkeluarga au dengan adik beradik. pujian ni perlu untuk bagi galakan .. macam dapat puasa penuh ke...dapat no 1 au top 5 dalam kelas dll. moreover, puji-memuji, hanya memuji utkNya.. sing PUJI-pujian RAIhan wallahu'alam ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|