Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 58 hari yang lalu
the_brOtherz: 85 hari yang lalu


Sajak
Topik: Nota Kecil Dari Palestin


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Nota Kecil Dari Palestin

Please Mendaftar To Post


Oleh Nota Kecil Dari Palestin

FahdRazy
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23499
Posting: 11
Dari: Dublin

ireland  


posticon Posting pada: 18-01-07 18:06


Nota Kecil Dari Palestin

Pagi ini tembok ditanam Yahudi semakin meninggi
ada kesumat di dalamnya, ada api ada darah
mengambus suara manusia kami yang bersepah.
Biarkan, kata ibu, kerana doa kita juga kian
meninggi, itu rindu
yang mengalir di lantai langit.
Berdoalah, jangan untuk manis kehidupan
tetapi untuk pekat kematian,
kerana nafas kita ini
biarlah berakyat di negeri fi sabilillah
nanti kita hirup harmoninya
dingin angin di sana.

Mereka datang dengan raifal di tangan
melukis-lukis sempadan di raut pasir.
(Di sana ladang mereka, di sini lahad kami)
Alhamdulillah, kata ibu, alangkah di sini debunya
lebih harum, kebunnya lebih subur
disiram darah dan cinta seluruh kita
iman kita tidak pernah terbunuh di sini.

Tanamlah hati di bawah negeri subur ini
biar bertumbuh jadi pohon tinggi
betapa nanti kita akan petik bersama buahan rezeki
di kerajaan sana bernama abadi.

Saat ibu pergi,
memeluk maut dengan senyuman yang manis,
pesan akhir ibu, tanah ini adalah amanah
biarlah tertulis nama kita di atas pasirnya
kalaupun hari ini tiada siapa yang membacanya
di sana nanti
pasti akan disebut-sebut
oleh Kekasih
yang tidak pernah melupakan
seberkas doa yang pernah kita karangkan.

Pagi ini tembok yang ditanam Yahudi
semakin meninggi
begitu juga rindu kami
yang semakin menyerbaki.

Fahd Razy
20 Februari 2006
Dublin, Ireland

(puisi ini terhimpun dalam antologi puisi 'Al Andalus Menangis' terbitan group Karyawan Luar Negara : http://gkln.blogspot.com. Antologi tersebut ada dijual di ujanailmu.com.my)

Bookmark and Share

    


  Member Information For FahdRazyProfil   Hantar PM kepada FahdRazy   Pergi ke FahdRazy's Website   Quote dan BalasQuote

FahdRazy
Warga Rasmi
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23499
Posting: 11
Dari: Dublin

ireland  


posticon Posting pada: 18-01-07 18:46


versi inggeris sajak ini, 'small voices from gaza' telah tersiar di akhbar The Muslim News, UK. tapi malangnya dimanipulasi oleh media sana, dengan melabelkannya sebagai pro-keganasan, mengajak umat Islam 'berjihad'. (Dalam kamus media barat, jihad ertinya terrorist).

Bookmark and Share

    


  Member Information For FahdRazyProfil   Hantar PM kepada FahdRazy   Pergi ke FahdRazy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084892 saat. Lajunya....