Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-10-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: RUKUN NEGARA...tak tepat..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» RUKUN NEGARA...tak tepat..

Please Mendaftar To Post


Oleh RUKUN NEGARA...tak tepat..

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 12:31


sedar atau tidak..pernahkah anda terfikir tentang rukun negara ada benda yang tak kena.....

>>Kepercayaan kepada tuhan
>>ketaatan kepada raja dan negara
>>keluhuran perlembagaan..
>>kedaulatan undang2
>>kesopanan dan kesusilaan..

anda perasaan tak yang pertama dalam rukun negara tu.. hanya sekadar "percaya sahaja kepada tuhan".. tapi "taat kepada raja dan negara".. sepatutnya "ketaatan kepada tuhan".. tu yang paling utama.. bukan sekadar percaya sahaja.. samalah seperti keristian.. dia percaya dengan adanya tuhan.. tapi tak patuh dengan ajaran yang di turunkan..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 13:26


Pada 27-12-06 12:31 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

sedar atau tidak..pernahkah anda terfikir tentang rukun negara ada benda yang tak kena.....



Assalamualaikum

Sebenarnya RUKUN NEGARA tersebut hanya ciptaan dan rekaan manusia semata-mata.

Sebuah negara ISLAM mestilah dibangun berdasarkan Aqidah Islamiyah.Kerana Aqidah Islam merupakan asas pembentukan negara,di samping undang-undang yang akan diterap dan dilaksanakan adalah lahir dari Aqidah Islam yang menjadikan Al-quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum dan perundangannya.

!!! QUOTE !!!

>>ketaatan kepada raja dan negara


Bukanya taat kepada RAJA.Dalam sistem pemerintahan Islam;seorang pemerintah tidak digelar sebagai RAJA.Sebaliknya,gelaran bagi pemerintah kaum muslimin adalah Imamah/Khalifah/Amir Al-Mukminin.

Maka dengan itu,kita wajib mentaati ulil Amri/Khalifah/Imamah yang memimpin kaum muslimin;selagi mana ia meyuruh kepada kema'rufan.Sekiranya,ia menyuruh kepada kemaksiatan kepada Allah,maka tiada ketaatan terhadapnya.

Apapun,negara yang memerintah kaum muslimin hanya ada satu,dan tidak boleh lebih.Negara tersbut adalah Negara Khilafah Islamiyah,yang akan dipimpin oleh seorang khalifah di seluruh dunia.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : "Apabila dibaiat 2 orang khalifah,maka bunuhlah yang kedua yang terakhir dibaiat." Hadis Riwayat Muslim

Hadis di atas menunjukkan larangan mempunyai 2 orang khalifah dalam satu masa.Hanya seorang khalifah saja yang akan memerintah kaum muslimin di seluruh dunia.


!!! QUOTE !!!

>>keluhuran perlembagaan.. >>kedaulatan undang2


Yang dimaksudkan perlembagaan di atas adalah perlembagaan Lord Reid yang ditinggalkan oleh penjajah ke atas umat Islam.

Maka dengan itu,haram hukumnya kita menerapkan hukum selain dari hukum Allah.

WAJIB menerapkan hukum Allah.

Dalam pada itu juga,kedaulatan hanya milik syara'(As-Siyadah Li Asy-Syarie).Allah saja yang berhak membuat undang-undang.Bukannya,manusia.

Ketahuilah,menetapkan hukum itu hanya milik Allah Subhanahu Wa Ta'ala semata.


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 15:13


itulah masalahnya..tapi ramai yang tak sedar benda-benda macam ni.. tak sensitif..walaupon nampak kecil tapi ianya di ajar dan di hafal oleh murid2 sekolah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 27-12-06 17:44


Tak setuju!

Rukun negara yang ada sekarang dah ok. Cuma tafsiran dan penghayatannya saja yang kurang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 18:26


Pada 27-12-06 17:44 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Tak setuju!

Rukun negara yang ada sekarang dah ok. Cuma tafsiran dan penghayatannya saja yang kurang.


Masya'Allah.......
ana tak faham dengan fikrah ante.......
semoga kita semua tidak tergolong bsama2 mereka yang syirik....kerana dosanya tak akan diampun.......
bukan setakat rukun negara..... banyak lagi.... seperti lagu yang selalu setiap hari dinyayikan dalam TV dan radio.... jalur gemilang dengan kerana mu malaysia.... jauh myimpang dr kehendak Allah dan rasul..... dari kanak-kanak kita sudah tdidik dengan pnyekutuan ini.....
astafirullah....

Takbir...


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-12-06 23:54


Pada 27-12-06 17:44 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Tak setuju!

Rukun negara yang ada sekarang dah ok. Cuma tafsiran dan penghayatannya saja yang kurang.


astaghfirullah halazim...
cuba terangkan hujah2 enta sebab apa tak setuju dengan apa yang ana cakap tu.." jangan jadi manusia yang ada mata tidak mahu melihat kebenaran,ada akal tak mahu berfikir,ada telinga tak mahu mendengar kebenaran..bahkan mereka ini lebih teruk dari binatang..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-06 00:00


lagi satu..Kenapa mesti bila dengar lagu negaraku kena berdiri tegak..menghormati lagu lah konon.. tapi bila dengar org baca al-quran tak pernah pula nak hormat or diam.. dengar azan tak pulak bergegas ke masjid2 or surau2 terdekat.. tulah manusia ni bila di didik dengan didikan sekular....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 28-12-06 14:04


Pada 27-12-06 23:54 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 17:44 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Tak setuju!

Rukun negara yang ada sekarang dah ok. Cuma tafsiran dan penghayatannya saja yang kurang.


astaghfirullah halazim...
cuba terangkan hujah2 enta sebab apa tak setuju dengan apa yang ana cakap tu.." jangan jadi manusia yang ada mata tidak mahu melihat kebenaran,ada akal tak mahu berfikir,ada telinga tak mahu mendengar kebenaran..bahkan mereka ini lebih teruk dari binatang..



Beginilah. Anda kata ianya tak tepat? Sekiranya parti Islam memerintah negara ni, bagaimanakah rupa/bentuk Rukun Negara Malaysia ini? Ada sebarang cadangan atau contoh yang nak diikuti?

Lagipun rukun ni untuk negara yang punya pelbagai agama dan kaum, untuk iman ada rukun iman, untuk Islam ada rukun Islam.


-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-12-06 14:53


Pada 28-12-06 14:04 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 23:54 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 17:44 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Tak setuju!

Rukun negara yang ada sekarang dah ok. Cuma tafsiran dan penghayatannya saja yang kurang.


astaghfirullah halazim...
cuba terangkan hujah2 enta sebab apa tak setuju dengan apa yang ana cakap tu.." jangan jadi manusia yang ada mata tidak mahu melihat kebenaran,ada akal tak mahu berfikir,ada telinga tak mahu mendengar kebenaran..bahkan mereka ini lebih teruk dari binatang..



Beginilah. Anda kata ianya tak tepat? Sekiranya parti Islam memerintah negara ni, bagaimanakah rupa/bentuk Rukun Negara Malaysia ini? Ada sebarang cadangan atau contoh yang nak diikuti?

Lagipun rukun ni untuk negara yang punya pelbagai agama dan kaum, untuk iman ada rukun iman, untuk Islam ada rukun Islam.




jangan jadi liberal sudah.... kalau tak sia-sia iman dihati....


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 28-12-06 15:05


Pada 27-12-06 12:31 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

sedar atau tidak..pernahkah anda terfikir tentang rukun negara ada benda yang tak kena.....

>>Kepercayaan kepada tuhan
>>ketaatan kepada raja dan negara
>>keluhuran perlembagaan..
>>kedaulatan undang2
>>kesopanan dan kesusilaan..

anda perasaan tak yang pertama dalam rukun negara tu.. hanya sekadar "percaya sahaja kepada tuhan".. tapi "taat kepada raja dan negara".. sepatutnya "ketaatan kepada tuhan".. tu yang paling utama.. bukan sekadar percaya sahaja.. samalah seperti keristian.. dia percaya dengan adanya tuhan.. tapi tak patuh dengan ajaran yang di turunkan..


ana setuju...


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-06 15:13


ana malas nak berbahas dengan org yang tak faham dengan agama ni.. nanti boleh jadi makin teruk terpesong..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-12-06 15:59


Pada 28-12-06 14:04 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 23:54 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 17:44 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Tak setuju!

Rukun negara yang ada sekarang dah ok. Cuma tafsiran dan penghayatannya saja yang kurang.


astaghfirullah halazim...
cuba terangkan hujah2 enta sebab apa tak setuju dengan apa yang ana cakap tu.." jangan jadi manusia yang ada mata tidak mahu melihat kebenaran,ada akal tak mahu berfikir,ada telinga tak mahu mendengar kebenaran..bahkan mereka ini lebih teruk dari binatang..



Beginilah. Anda kata ianya tak tepat? Sekiranya parti Islam memerintah negara ni, bagaimanakah rupa/bentuk Rukun Negara Malaysia ini? Ada sebarang cadangan atau contoh yang nak diikuti?

Lagipun rukun ni untuk negara yang punya pelbagai agama dan kaum, untuk iman ada rukun iman, untuk Islam ada rukun Islam.




Assalamualaikum

Untuk pengetahuan saudara Al-Sembi9an;negara kita sekarang ni bukannya Negara Islam(baca : Daulah Khilafah Islamiyah).

Kalau diteliti mengenai prinsip asas Sistem Pemerintahan Islam itu ada 4 :

Pertama : Kedaulatan Milik Syara'(As-Siyadah Li Asy-Syar'ie)


Kedua    :Kekuasaan Milik Ummat(As-Sulthan Lil-Ummah)


Ketiga    :Melantik seorang Khalifah WAJIB ke atas kaum muslimin



Keempat :Hanya khalifah yang berhak untuk mentabanni /mengadopsi hukum syara' yang akan dijadikan sebagai undang-undang dasar mahupun undang-undang

Sekiranya,sebuah sistem pemerintahan tidak mempunyai 4 ciri-ciri asas tersebut,maka sistem pemerintahan tersebut tidak boleh dikategorikan sebagai SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

Saudara boleh rujuk di dalam website yang tertera di bawah;di bawah topik "QAWA'IDUL HUKMI FIL ISLAM" :



http://khilafah.net/khilafah.php?documentID=2&subDocument=17

http://www.khilafah.net


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-06 00:34


salam..
akhir zaman dimana iman manusia keluar dan masuk ikut suasana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-06 12:22


iman manusia di akhir zaman ni senipis kulit bawang..ada yang pagi beriman petang kufur..ada yang pagi kufur petang beriman..nauzubillah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-12-06 12:26


Malaysia adalah negara sekular ----> kenyataan daripada yahoonews.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 29-12-06 12:54


Pada 29-12-06 12:26 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

Malaysia adalah negara sekular ----> kenyataan daripada yahoonews.com


Salam.

Saudara semua. Saya amat faham kedudukan negara Malaysia bukanlah negara Islam, ia cuma negara Muslim itupun sebab berdasarkan peratusan penduduk bumiputera Islam cuma sekitar 52%. Jika penduduk bukan Islam melebihi penduduk Islam mungkin kita akan jadi seperti Singapura.

Perkara yang dipertikai di sini hanyalah Rukun Negara, sedangkan perkara pokok dalam pembentukan sebuah negara adalah perlembagaan. Benar, perlembagaan yang ada sekarang tidak ada 'iman' iaitu tidak meletakkan Al-Quran dan Sunnah, Ijma' dan Qias ulama sebagai panduan tapi tidak ada masalahnya dengan Rukun Negara. Rukun itu cuma sekadar ringkasan bagi panduan rakyat yang berbilang bangsa yang hidup di negara Malaysia ini.

Kepercayaan Kepada Tuhan
Ianya satu kenyataan yang bersesuaian dengan konsep tauhid Rubbubiyyah, iaitulah semua manusia di dunia ini hatta komunis dan atheis sekalipun mempunyai kepercayaan tentang adanya satu KEKUASAAN yang menjadikan alam maya ini yang namanya TUHAN, GOD, ILAH, dan berbagai lagi mengikut sebutan bahasa masing-masing. Dalam satu ayat Al-Quran disebut, "Jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir) tentang siapa yang menjadikan langit dan bumi ini, mereka tentu akan menjawab Allah!".

Namun, kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan Rasul mempunyai satu lagi konsep dalam aqidah iaitulah tauhid uluhiyyah iaitulah kepercayaan kepada keesaan Tuhan. Pertama sekali kita mestilah PERCAYA, dari kepercayaan itu akan datanglah keilmuan yang akhirnya membawa kepada ketaatan. Cuba fikir Kenapa Rukun Iman itu dimulakan dengan PERCAYA? Bukannya KETAATAN? Kerana kepercayaan itu adalah suatu yang amat sukar untuk dilakukan terutama kepada benda yang tidak nampak di mata zahir (ghaib), lantaran manusia hari ini banyak yang mahu lihat dulu sendiri baru nak PERCAYA! Sama seperti sikap golongan Yahudi.

Nanti saya akan sambung yang lain...


-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 30-12-06 15:24


...sambungan.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Di Malaysia, payung negara dan pelindung agama Islam adalah Raja/Sultan. Itulah konsepnya, sejak 600 tahun yang lalu apabila Raja Melaka, Parameswara putera dari Palembang warisan kerajaan Sailendra memeluk Islam sekitar 1414M dan memakai gelar Sultan Iskandar Shah. Makanya, hinggalah ke saat ini raja/sultan adalah orang yang perlu diberi kesetiaan dan ketaatan.

Ianya bersesuaian dengan saranan AlQuran, "Taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil Amri (Pemerintah) dikalangan kamu....hingga akhir ayat". Oleh kerana Raja ini berpelembagaan, maka Perdana Menteri dan ahli kabinetnya mestilah memandu Raja menuju keredhaan Ilahi (disini peranan rakyat yang cintakan Islam yang mahu melihat Islam didaulatkan di Malaysia iaitulah memilih wakil rakyat dalam pilihanraya umum). Ianya juga bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w yang menyebut "Cintakan watan (negara) adalah sebahagian dari iman".

Soal beri ketaatan kepada khalifah tidak berbangkit kerana di Malaysia, pemerintah tidak dipanggil khalifah, sebaliknya disebut Raja/Sultan.

.....sebarang komen?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 30-12-06 15:33


Pada 28-12-06 15:59 , Nur_Humaira_1342H posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-12-06 14:04 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 23:54 , ad-din posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-12-06 17:44 , Al-Sembi9an posting:

!!! QUOTE !!!

Tak setuju!

Rukun negara yang ada sekarang dah ok. Cuma tafsiran dan penghayatannya saja yang kurang.


astaghfirullah halazim...
cuba terangkan hujah2 enta sebab apa tak setuju dengan apa yang ana cakap tu.." jangan jadi manusia yang ada mata tidak mahu melihat kebenaran,ada akal tak mahu berfikir,ada telinga tak mahu mendengar kebenaran..bahkan mereka ini lebih teruk dari binatang..



Beginilah. Anda kata ianya tak tepat? Sekiranya parti Islam memerintah negara ni, bagaimanakah rupa/bentuk Rukun Negara Malaysia ini? Ada sebarang cadangan atau contoh yang nak diikuti?

Lagipun rukun ni untuk negara yang punya pelbagai agama dan kaum, untuk iman ada rukun iman, untuk Islam ada rukun Islam.




Assalamualaikum

Untuk pengetahuan saudara Al-Sembi9an;negara kita sekarang ni bukannya Negara Islam(baca : Daulah Khilafah Islamiyah).

Kalau diteliti mengenai prinsip asas Sistem Pemerintahan Islam itu ada 4 :

Pertama : Kedaulatan Milik Syara'(As-Siyadah Li Asy-Syar'ie)


Kedua    :Kekuasaan Milik Ummat(As-Sulthan Lil-Ummah)


Ketiga    :Melantik seorang Khalifah WAJIB ke atas kaum muslimin



Keempat :Hanya khalifah yang berhak untuk mentabanni /mengadopsi hukum syara' yang akan dijadikan sebagai undang-undang dasar mahupun undang-undang

Sekiranya,sebuah sistem pemerintahan tidak mempunyai 4 ciri-ciri asas tersebut,maka sistem pemerintahan tersebut tidak boleh dikategorikan sebagai SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

Saudara boleh rujuk di dalam website yang tertera di bawah;di bawah topik "QAWA'IDUL HUKMI FIL ISLAM" :



http://khilafah.net/khilafah.php?documentID=2&subDocument=17

http://www.khilafah.net



Tuan,

Apa yang tuan sebut itu betul, cuma realitinya belum sampai masa lagi. Sekarang ini negara umat Islam terpecah-pecah mengikut sempadan yang telah digariskan selepas Perang Dunia ke 2.

Negara yang tuan impikan itu hanya akan berlaku bila Ketua Yang Di Beri Petunjuk memimpin ummah pada hari beliau memimpinnya (Imam al-Mahdi).

Jadinya, sekarang ini kita yang menunggu zaman tersebut mesti terus berjuang dengan apa jua cara, jangan nanti bila al-Mahdi datang kita pun tak kenak dan kita pun tak ikut beliau.


-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

pharmaton
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21480
Posting: 118
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 30-12-06 15:34


kenapa ramai umat Islam malaysia lebih suka menggunakan perkataan "tuhan" daripada Allah SWT apabila bercakap sesama saudara Islam dan jugak bukan Islam??

kenapa malu nak sebut Allah SWT??

Bookmark and Share

    


  Member Information For pharmatonProfil   Hantar PM kepada pharmaton   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 30-12-06 15:34


tak kenak= TAK KENAL

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 30-12-06 15:57


Pada 30-12-06 15:34 , pharmaton posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa ramai umat Islam malaysia lebih suka menggunakan perkataan "tuhan" daripada Allah SWT apabila bercakap sesama saudara Islam dan jugak bukan Islam??

Kenapa malu nak sebut Allah SWT??


Banyak orang kadang-kadang tidak tahu dan tidak faham apa yang mereka sebutkan. Ini bukan jawapan kepada persoalan tuan, cuma pendapat saya.

Ianya bukan soal malu, ianya lebih kepada persoalan bahasa. Kita di Malaysia lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu dari Bahasa Arab, dan sebenarnya banyak perkataan-perkataan Arab yang telah di 'Melayu'kan. Perkataan TUHAN itu lebih berbentuk katanama am, manakala ALLAH itu lebih merujuk kepada katanama khusus.

Bagi saya tiada masalahnya, cuba kita tengok terjemahan surah An-Naas (Manusia). Allah menggunakan berbagai katanama bagi diriNya, iaitulah Rabb (Tuhan), Malik (Raja), Ilah (Sembahan).

Sekali sekala kan kita guna juga kalimah Raja Segala Raja bagi diriNya, maka Tuhan itu juga sebenarnya merujuk kepadaNya tadi. Ianya berbalik kepada kefahaman dan keilmuan seseorang jua.


-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 30-12-06 17:13


betul tu, perkataan "tuhan" tiada salahnya, niat, kefahaman dan ilmu yang penting...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-12-06 18:30


!!! QUOTE !!!

Pada 30-12-06 15:33 , Al-Sembi9an posting:

Tuan,

Apa yang tuan sebut itu betul, cuma realitinya belum sampai masa lagi. Sekarang ini negara umat Islam terpecah-pecah mengikut sempadan yang telah digariskan selepas Perang Dunia ke 2.


Assalamualaikum

Tahukah anda;Kenapa negara umat Islam terpecah-belah menjadi lebih 50 buah negara kecil yang disebut sebagai negara bangsa(Nation State)?Siapakah yang mencipta sempadan-sempadan negara tersebut?Siapakah pula yang mencipta dan mengisytiharkan kewujudan negara Malaysia?

Tidak lain,tidak bukan semuanya agenda golongan kafir barat yang berjaya memecahbelahkan kesatuan umat Islam yang dulunya berada di bawah satu payung pemerintahan iaitu payung Khilafah Islamiyah.

Semenjak keruntuhan Daulah Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924M,seluruh negeri kaum muslimin yang berada di dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah berjaya di hancurkan oleh Mustafa Kamal At-Tarturk Laknatullahi 'Alaihi dan konco-konconya yang merupakan agen-agen penjajah kafir.

Akhirnya,seluruh kesatuan negeri-negeri Islam berjaya dipecah-belahkan oleh Mustafa Kamal At-Tarturk dengan bantuan penjajah kuffar.Dan terbentuklah negara-negara bangsa seperti yang wujud sekarang ini.

Negara-negara bangsa yang wujud ini adalah hasil dari konspirasi Mustafa Kamal dengan penjajah-penjajah kafir yang inginkan Daulah Khilafah Uthmaniyyah dihancur dan dilenyapkan selama-lamanya dari muka bumi ini.Begitu juga lah halnya dengan negara Malaysia sekarang ini;yang mana ia juga merupakan negara yang dibentuk hasil dari penjajah kafir yang memerintah Malaysia sebelum ini.Kelulusan untuk mendapatkan sebuah negara Malaysia yang merdeka;adalah dari kelulusan penjajah kafir.

Tanpa kelulusan dari British,maka Malaysia tidak menjadi sebuah negara yang merdeka.

Itupun dengan syarat bahawa Malaysia akan menggunapakai undang-undang yang ditinggalkan oleh British(baca : undang-undang kufur).Barulah Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bebas merdeka.

Walaupun Malaysia sudah merdeka dan bebas dari penjajah,namun demikian pemikiran dan minda rakyat Malaysia masih lagi dijajah dan dibelenggu dengan pemikiran-pemikiran penjajah.

Kewujudan Malaysia tidak lain dan tidak bukan adalah akibat dari konspirasi yang berlaku di zaman Uthmaniyyah.Seluruh negari umat Islam yang bersatu di bawah naungan Khilafah Uthmaniyyah,menjadi 50 buah negara lebih.Dan dari situlah ditanamkan semangat nasionalisme.Di samping itu juga,penjajah kafir telah berjaya mencipta sempadan-sempadan yang membatasi sesebuah negara.Sehingga umat Islam sendiri tertipu dengan apa yang telah diperbuat dan dilakukan oleh kafir penjajah.

Hakikatnya,sepanjang pemerintahan Islam selama lebih kurang 1300 tahun wilayah Islam itu tidak pernah ada batasannya,malahan setiap detik,masa dan waktu;wilayah takluk Islam terus berkembang sehingga berjaya menakluk dan memerintah 2/3 dunia.

Inilah kehebatan dan keagungan empayar pemerintahan Khilafah Islamiyyah.

Maka menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah lama hilang yakni dengan mewujudkan kembali Daulah Khilafah Islamiyah sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam di dalam sabdanya : "Kemudian akan muncul kembali Khilafah yang mengikut metod kenabian" (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya dan At-thabrani serta Al-Bazzar)


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 30-12-06 18:40


minta maaf tapi tak nampak hala tuju forum ni..
Dah jelas Malaysia bukan negara Islam maka tak perlu kita perdebatkan
tentang rukun negaranya.

Kalau Malaysia sebuah negara Islam wajarlah kita perdebatkan..
Rukun Negara hanya masalah kecil berbanding dengan penggunaan
hukuman hudud yang masih belum dijalankan dan lain2...

Kita perlu terima yang negara Islam sekarang ini berpecah-belah. Kita tak boleh undur masa balik tapi kita boleh cipta masa depan. Kita boleh bersatu-padu.

Either we make history
or we become history!

dan saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Al-Sembi9an.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 02-01-07 17:14


Pada 30-12-06 18:30 , Nur_Humaira_1342H posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!


Assalamualaikum

Tahukah anda;Kenapa negara umat Islam terpecah-belah menjadi lebih 50 buah negara kecil yang disebut sebagai negara bangsa(Nation State)?Siapakah yang mencipta sempadan-sempadan negara tersebut?Siapakah pula yang mencipta dan mengisytiharkan kewujudan negara Malaysia?

Tidak lain,tidak bukan semuanya agenda golongan kafir barat yang berjaya memecahbelahkan kesatuan umat Islam yang dulunya berada di bawah satu payung pemerintahan iaitu payung Khilafah Islamiyah.




Tuan/Puan,

Pertamanya saya tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Sejarah Kesultanan Uthmaniyyah Turki bermula 1301M dan berakhir pada 1924M. Benarkah umat Islam dahulu semuanya berada di bawah satu payung pemerintahan Khilafah Islamiyah? Adakah umat Islam di Tanah Melayu, Pasai, Aceh-Perlak, Sumatera-Palembang, Riau, Sulawesi, BanjarNegara dan Tanah Jawa-Demak juga berada di bawah khilafah Uthmaniyah Turki?

Kenapa saat Kesultanan Islam Melaka dilanggar Portugis lalu alah pada tahun 1511, tiada bala tentera Uthmaniyah yang menolongnya? Sebab ketika itu Sultan Selim 1 sedang sibuk berperang di bahagian timur Anatolia dengan tentera Parsi. Empayar Uthmaniyah saat itu baru nak berkembang, mana mungkin kesultanan2 Islam yang ada di Nusantara ketika itu berada di bawah payung 'Khilafah Uthmaniyyah Turki'?



-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 02-01-07 17:15


Tuan/Puan,

Pertamanya saya tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Sejarah Kesultanan Uthmaniyyah Turki bermula 1301M dan berakhir pada 1924M. Benarkah umat Islam dahulu semuanya berada di bawah satu payung pemerintahan Khilafah Islamiyah? Adakah umat Islam di Tanah Melayu, Pasai, Aceh-Perlak, Sumatera-Palembang, Riau, Sulawesi, BanjarNegara dan Tanah Jawa-Demak juga berada di bawah khilafah Uthmaniyah Turki?

Kenapa saat Kesultanan Islam Melaka dilanggar Portugis lalu alah pada tahun 1511, tiada bala tentera Uthmaniyah yang menolongnya? Sebab ketika itu Sultan Selim 1 sedang sibuk berperang di bahagian timur Anatolia dengan tentera Parsi. Empayar Uthmaniyah saat itu baru nak berkembang, mana mungkin kesultanan2 Islam yang ada di Nusantara ketika itu berada di bawah payung 'Khilafah Uthmaniyyah Turki'?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 02-01-07 17:26


Hmmm...Apa yang saya belajar masa sekolah dulu British mengamalkan dasar 'pecah dan perintah' semasa memerintah Tanah Melayu....Tujuannya supaya penduduk di Tanah Melayu berpecah-belah dan bergaduh sesama-sendiri...Mungkin apa yang berlaku pada negara Islam pada masa ini adalah hasil perancangan penjajah dari barat yang sedar jika orang Islam bersatu mereka tidak akan dapat menguasai orang Islam...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

syahid_zul
WARGA SETIA
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu

japan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-07 18:03


cuba baca Disini


-----------------
Image Hosted by ImageShack.us


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahid_zulProfil   Hantar PM kepada syahid_zul   Pergi ke syahid_zul's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 03-01-07 12:43


Pada 02-01-07 17:26 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Hmmm...Apa yang saya belajar masa sekolah dulu British mengamalkan dasar 'pecah dan perintah' semasa memerintah Tanah Melayu....Tujuannya supaya penduduk di Tanah Melayu berpecah-belah dan bergaduh sesama-sendiri...Mungkin apa yang berlaku pada negara Islam pada masa ini adalah hasil perancangan penjajah dari barat yang sedar jika orang Islam bersatu mereka tidak akan dapat menguasai orang Islam...



Dasar dan teori 'pecah dan perintah' memang wujud. Tetapi yang saya persoalkan adalah mana peranan 'payung kekhalifahan ummah' yang disebut pendokong2 HT yang katanya 'dulu' negara Daulah Khilafah Islamiyah cuma satu, yang khalifah/pemerintahnya nun...jauh di Asia Minor (Anatolia) yang berpusat di Islambul, Turki?

Berdasarkan hujjahnya

!!! QUOTE !!!

Kewujudan Malaysia tidak lain dan tidak bukan adalah akibat dari konspirasi yang berlaku di zaman Uthmaniyyah.Seluruh negari umat Islam yang bersatu di bawah naungan Khilafah Uthmaniyyah,menjadi 50 buah negara lebih.Dan dari situlah ditanamkan semangat nasionalisme.


Saya menyangkal sama sekali dakwaan kewujudan Malaysia adalah konspirasi yang berlaku di zaman Uthmaniyyah.


-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 15:51


!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-07 17:14 , Al-Sembi9an posting:

Tuan/Puan,

Pertamanya saya tidak bersetuju dengan kenyataan di atas. Sejarah Kesultanan Uthmaniyyah Turki bermula 1301M dan berakhir pada 1924M. Benarkah umat Islam dahulu semuanya berada di bawah satu payung pemerintahan Khilafah Islamiyah? Adakah umat Islam di Tanah Melayu, Pasai, Aceh-Perlak, Sumatera-Palembang, Riau, Sulawesi, BanjarNegara dan Tanah Jawa-Demak juga berada di bawah khilafah Uthmaniyah Turki?

Kenapa saat Kesultanan Islam Melaka dilanggar Portugis lalu alah pada tahun 1511, tiada bala tentera Uthmaniyah yang menolongnya? Sebab ketika itu Sultan Selim 1 sedang sibuk berperang di bahagian timur Anatolia dengan tentera Parsi. Empayar Uthmaniyah saat itu baru nak berkembang, mana mungkin kesultanan2 Islam yang ada di Nusantara ketika itu berada di bawah payung 'Khilafah Uthmaniyyah Turki'?


Assalamualaikum


                                        KHILAFAH ISLAMIYAH DAN ALAM MELAYU "SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN"



Seorang orientalis, Profesor William R. Roff (University of Edinburgh, Scotland), berkata bahawa ada keinginan besar di kalangan pengkaji Barat sejak penjajahan sehingga ketika ini untuk mengurangkan peranan Islam dan peranan Khilafah di kalangan masyarakat Muslim di alam Melayu. Malangnya ada tokoh politik, pemikir dan sejarawan Muslim yang terpengaruh dengan Barat sehingga mereka menyembunyikan malah ada yang menghina Khilafah. Profesor Anthony Reid yang banyak membuat kajian tentang hubungan Khilafah dan Alam Melayu mengatakan, "Untuk Muslim Asia Tenggara, Khilafah Uthmaniyah yang terletak jauh di Turki mewakili suatu impian; keinginan untuk bernaung di bawah kekuasaan Islam ketika berlaku kemerosotan politik Islam. Tetapi terdapat tempoh penting yang menyaksikan impian itu mendatangkan kesan politik yang nyata" Beliau juga menegaskan,"Tidak perlu lagi diperkatakan bahawa impian supaya wujud kuasa Muslim yang kuat lagi maju terus memberi ilham kepada Muslim di mana-mana yang merasakan mereka lemah dan dijajah. Khilafah Uthmaniyah tersemat dalam hati mereka selama 400 tahun."




Jika dilihat asal-usul Johor, ia berasal dari perkataan Arab `Jauhar' yang bermakna permata. Hubungan Johor dengan Khilafah amat akrab khususnya sejak 1885 (Johor diperintah oleh Sultan Abu Bakar) hingga 1922 (Johor diperintah Sultan Ibrahim). Beberapa buah bangunan khasnya istana-istana dan masjid-masjid dipengaruhi oleh bentuk-bentuk bangunan lama di wilayah Khilafah. Pada 22 Februari 1893, Sultan Abu Bakar (Johor) dan Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar DiRaja Johor) melawat ibukota Khilafah Uthmaniyyah dan berjumpa dengan Sultan Abdul Hameed Ke-2 di Turki. Sultan Abu Bakar dan pengiring-pengiringnya dikurniakan bintang-bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah. Hikayat Johor meriwayatkan: "… hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia (Sultan Johor) berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Khan di Konstantinopel (Istanbul). Maka diterimalah oleh baginda dengan sebaik-baik terimaan serta diraikan dengan secukup-cukupnya kerana amatlah gemar Yang Maha Mulia Sultan Turki itu melihatkan seorang raja sebelah timur begitu baik bawaan dan aturannya pada hal beragama Islam."



Hubungan Sultan Abu Bakar dengan Sultan Abdul Hamid Ke-2 tetap merujuk kepada Khilafah. Sultan Abdul Hamid Ke-2 telah menjalin hubungan keluarga dengan mengurniakan dua orang wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqaiyah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar). Mereka dari wanita-wanita kesayangan ibu sultan dan isteri sultan. Tugasnya sebagai pengelola di istana Khilafah. Kebanyakan mereka dari Kaukasia (utara Turki, kini Georgia, Rusia). Jauh sebelum merdeka dari penjajahan fizikal (ketenteraan) di alam Melayu telah berdiri pusat-pusat kekuasaan Islam yang berbentuk kesultanan. Mulai dari kesultanan Aceh yang terletak di hujung barat, kesultanan Melaka, kesultanan Johor, hingga kesultanan Ternate di hujung timur. Berbagai catatan sejarah membuktikan bahawa kesultanan-kesultanan Islam tersebut bukan berdiri sendiri, melainkan mempunyai hubungan sangat erat dengan Khilafah Islamiyah, khususnya Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki.



Tulisan ini akan mengulas secara ringkas beberapa bukti sejarah yang menggambarkan hubungan kesatuan antara kesultanan-kesultanan Islam di wilayah Nusantara dengan Khilafah Islamiyah.



PENGAKUAN ALAM MELAYU TERHADAP KHILAFAH ISLAMIYAH



Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirinya Khilafah (Daulah Islamiyah). Kejayaan umat Islam mengalahkan Kerajaan Parsi (Iran) dan menduduki sebahagian besar wilayah Rom Timur, seperti Mesir, Syria, dan Palestin, di bawah kepemimpinan Umar bin al-Khattab telah menempatkan Daulah Islamiyah sebagai kuasa besar dunia sejak abad ke-7 M. Ketika Khilafah diperintah Bani Umayyah (660-749 M), pemerintah di Nusantara -yang masih beragama Hindu sekalipun – mengakui kebesaran Khilafah. Pengakuan terhadap kebesaran khalifah dibuktikan dengan adanya 2 pucuk surat yang dikirim oleh Maharaja Srivijaya kepada Khalifah di zaman Bani Umayyah. Surat pertama dikirim kepada Muawiyyah, dan surat kedua dikirim kepada Umar bin Abdul Aziz. Surat pertama ditemui dalam sebuah diwan (arkib) Bani Umayyah oleh Abdul Malik bin Umayr yang disampaikan melalui Abu Ya'yub atas-Tsaqofi, yang kemudian disampaikan melalui Al-Haytsam bin Adi.



Al-Jahizh yang mendengar surat itu dari Al-Haytsam menceritakan pendahuluan surat itu sebagai berikut: "Dari Raja Al-Hind yang kandang binatangnya berisikan seribu gajah, (dan) yang istananya dibuat dari emas dan perak, yang dilayani putri raja-raja, dan yang memiliki dua sungai besar yang mengairi pohon gaharu, kepada Muawiyah………" Surat kedua didokumentasikan oleh Abd Rabbih (246-329 H/860-940 M) dalam karyanya Al-Iqd Al-Farid. Petikan surat tersebut adalah seperti berikut: "Dari Raja di Raja…; yang adalah keturunan seribu raja … kepada Raja Arab (Umar bin Abdul Aziz) yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekadar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya." Selain itu, Farooqi menemui sebuah arkib Utsmani yang mengandungi sebuah petisi dari Sultan Ala Al-Din Riayat Syah kepada Sultan Sulayman Al-Qanuni yang dibawa oleh Huseyn Effendi.



Dalam surat ini, Aceh mengakui pemimpin Utsmani sebagai Khalifah Islam. Selain itu, surat ini juga mengandungi laporan tentang kegiatan askar Portugis yang menimbulkan masalah besar terhadap pedagang muslim dan jamaah haji dalam perjalanan ke Mekah. Oleh itu, bantuan Utsmani amat diperlukan untuk menyelamatkan kaum Muslim yang terus di serang oleh Farangi (Portugis) kafir. Sulayman Al-Qanuni wafat pada tahun 974 H/1566 M tetapi permintaan Aceh mendapat sokongan Sultan Selim II (974-982 H/1566-1574 M), dengan mengeluarkan perintah kesultanan untuk menghantar sepasukan besar tentera ke Aceh. Sekitar September 975 H/1567 M, Laksamana Turki di Suez, Kurtoglu Hizir Reis, diperintahkan berlayar menuju Aceh dengan sejumlah pakar senjata, tentera dan meriam. Pasukan ini diperintahkan berada di Aceh selama mana yang diperlukan oleh Sultan.



Namun dalam perjalanan, hanya sebahagian armada besar ini yang sampai ke Aceh kerana dialihkan untuk memadamkan pemberontakan di Yaman yang berakhir tahun 979 H/1571 M. Menurut catatan sejarah, pasukan Turki yang tiba di Aceh pada tahun 1566-1577 M sebanyak 500 orang, termasuk pakar senjata, penembak, dan pakar teknikal. Dengan bantuan ini, Aceh menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1568 M. Kehadiran armada tentera Kurtoglu Hizir Reis disambut dengan sukacita oleh umat Islam Aceh. Mereka disambut dengan upacara besar. Kurtoglu Hizir Reis kemudian digelar sebagai gabenor (wali) Aceh yang merupakan utusan rasmi khalifah yang ditempatkan di daerah tersebut. Ini menunjukkan bahawa hubungan Nusantara dengan Khilafah Utsmaniyah bukanlah hanya hubungan persaudaraan melainkan hubungan politik kenegaraan.



Adanya wali Turki di Aceh lebih mengisyaratkan bahawa Aceh merupakan sebahagian dari Khilafah Islamiyah. Banyak institusi politik melayu di Nusantara mendapatkan gelaran sultan dari pemerintah tertentu di Timur Tengah. Pada tahun 1048H/1638 M, pemimpin Banten, Abd al-Qodir (berkuasa 1037-1063H/1626-1651) dianugerahkan gelaran sultan oleh Syarif Mekah sebagai hasil dari misi khusus yang dikirim olehnya untuk tujuan itu ke Tanah Suci. Sementara itu, kesultanan Aceh terkenal mempunyai hubungan erat dengan pemerintah Turki Ustmani dan Haramain.



Begitu juga Palembang (Sumatera) dan Makasar yang turut menjalin hubungan khusus dengan penguasa Mekah. Pada ketika itu, para penguasa Mekah merupakan sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah yang berpusat di Turki. Dari penggunaan istilah, kesultanan Islam di Nusantara sering mengaitkan dirinya dan tidak terpisah dari kekhalifahan. Beberapa kitab Jawi klasik mencatatkan perkara ini. Hikayat Raja-raja Pasai (hal. 58, 61-62, 64), misalnya, memanggil nama rasmi kesultanan Samudra Pasai sebagai "Samudera Dar al-Islam". Istilah Dar al-Islam juga digunakan di dalam kitab Undang-undang Pahang untuk memanggil kesultanan Pahang.
Nur al-Din al-Raniri, dalam Bustan al-Salatin (misalnya, pada hlm. 31, 32, 47), menyebut kesultanan Aceh sebagai Dar al-Salam. Istilah ini juga digunakan di Pattani ketika pemimpin setempat, Paya Tu Naqpa, masuk Islam dan mengambil nama Sultan Ismail Shah Zill Allah fi-Alam yang bertakhta di negeri Pattani Dar al-Salam (Hikayat Patani, 1970:75). Dalam ilmu politik Islam klasik, dunia ini terbahagi dua, yaitu Dar al-Islam dan Dar al-Harb. Dar al-Islam merupakan daerah yang diterapkan hukum Islam dan keamanannya ada pada tangan kaum Muslim. Sedangkan Dar al-Harb adalah lawan dari kata Dar al-Islam. Penggunaan istilah "Dar al-Islam" atau "Dar al-Salam" menunjukkan bahawa para pemerintah Melayu menerima konsep geopolitik Islam tentang pembahagian dua wilayah dunia itu. Konsep geopolitik ini semakin jelas ketika bangsa-bangsa Eropah —dimulai oleh "bangsa Peringgi" (Portugis) yang kemudian disusul bangsa-bangsa Eropah lainnya, khususnya Belanda dan Inggeris— mulai bermaharajalela di kawasan Lautan India dan Selat Melaka (Sulalat al-Salatin, 1979:244-246).



Mereka melakukan penjajahan fizikal dan menyebarkan agama Kristian. Khilafah Turki Uthmaniyah, seperti disebutkan oleh orientalis, Hurgronje (1994, halaman 1631), bersifat pro-aktif dalam memberikan perhatian kepada penderitaan kaum Muslim di Indonesia dengan cara membuka perwakilan pemerintahannya (konsulat) di Batavia pada akhir abad ke-19. Para kedutaan Turki berjanji kepada umat Islam yang ada di Batavia untuk memperjuangkan pembebasan hak-hak orang-orang Arab sederajat dengan orang-orang Eropah. Selain itu, Turki juga akan berusaha supaya seluruh kaum Muslim di Hindia Belanda bebas dari penindasan Belanda. Lebih dari semua itu, Aceh banyak didatangi para ulama dari berbagai belahan dunia Islam lainnya. Syarif Mekah mengirim utusannya ke Aceh seorang ulama bernama Syekh Abdullah Kan'an sebagai guru dan muballigh. Sekitar tahun 1582, datang 2 orang ulama besar dari negeri Arab, yakni Syekh Abdul Khayr dan Syekh Muhammad Yamani.



Di samping itu, di Aceh sendiri lahir sejumlah ulama besar, seperti Syamsuddin Al-Sumatrani dan Abdul Rauf al-Singkeli. Abdul Rauf Singkel mendapat tawaran dari Sultan Aceh, Safiyat al-Din Shah menjadi Kadi dengan gelaran Qadi al-Malik al-Adil yang kosong kerana Nur al-Din Al-Raniri kembali ke Ranir (Gujarat). Setelah melakukan berbagai pertimbangan, Abdul Rauf menerima tawaran tersebut. Beliau menjadi qadi dengan sebutan Qadi al-Malik al-Adil. Abdul Rauf telah diminta oleh Sultan untuk menulis sebuah kitab sebagai rujukan (qaanun) penerapan syariat Islam. Buku tersebut kemudian diberi judul Mir'at al-Tullab. Berbagai kenyataan sejarah tadi menegaskan adanya pengakuan dan hubungan erat antara Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan, bukan hanya hubungan persaudaraan atau persahabatan tetapi adalah hubungan `kesatuan' sebahagian dari Khilafah Utsmaniyah (Dar al-Islam).



PENJAGA PERJALANAN HAJI NUSANTARA



Kedudukan Khilafah Uthmaniyah sebagai khilafah Islam, terutama setelah `futuhat'(pembukaan) ke atas Istanbul (Konstantinopel), ibunegeri Rom Timur, pada 857 H/1453 M, telah menyebabkan nama Turki melekat di hati umat Islam Nusantara. Nama yang terkenal bagi Turki di Nusantara ialah "Sultan Rum." Istilah "Rum" tersebar sebagai sebutan kepada Kesultanan Turki Utsmani. Mulai ketika itu, kekuatan politik dan budaya Rum (Turki Utsmani) tersebar ke berbagai wilayah Dunia Muslim, termasuk ke alam Melayu. Kekuatan politik dan ketenteraan Khilafah Utsmaniyah mulai terasa di kawasan lautan India pada awal abad ke-16.



Sebagai khalifah kaum Muslim, Turki Utsmani memiliki kedudukan sebagai `khadimul haramayn' (penjaga dua tanah haram, iaitu Mekah dan Madinah). Pada kedudukan ini, para Sultan Utsmani mengambil langkah-langkah khusus untuk menjamin keamanan bagi perjalanan haji. Seluruh laluan haji di wilayah kekuasaan Utsmani ditempatkan di bawah kawalannya. Rombongan haji dapat menuju Mekah tanpa halangan atau rasa takut menghadapi gangguan Portugis.



Pada 954 H/1538 M, Sultan Sulayman I (berkuasa 928 H/1520-1566 M) mengirimkan armada yang kuat di bawah Gabenor Mesir, Khadim Sulayman Pasya, untuk membebaskan semua pelabuhan yang dikuasai Portugis untuk mengamankan perjalanan haji ke Jeddah. Khilafah Uthmaniyah juga mengamankan laluan jamaah haji dari wilayah sebelah Barat Sumatera dengan menempatkan angkatan lautnya di Samudera Hindia. Kehadiran angkatan laut Utsmani di Lautan Hindia pada 904 H/1498 M tidak hanya mengamankan perjalanan haji bagi umat Islam Nusantara, tetapi juga mengakibatkan semakin besarnya penglibatan Turki dalam perdagangan di kawasan ini. Ini memberi sumbangan penting bagi pertumbuhan kegiatan ekonomi sebagai kesan sampingan perjalanan ibadah haji.



Pada saat yang sama Portugis juga meningkatkan kehadiran armadanya di Lautan India, tapi angkatan laut Utsmani mampu menegakkan kekuatannya di kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan Lautan India sepanjang abad ke-16. Berkaitan dengan mengamankan laluan haji, Selman Reis (936H/1528M), laksamana Khilafah Uthmaniyah di Laut Merah, terus memantau pergerakan Portugis di Lautan Hindia, dan melaporkannya ke pusat pemerintahan di Istanbul. Salah satu bunyi laporan yang dikutip Obazan ialah seperti berikut: "(Portugis) juga menguasai pelabuhan (Pasai) di pulau besar yang disebut Syamatirah (Sumatera)… Dikatakan, mereka mempunyai 200 orang kafir di sana (Pasai). Dengan 200 orang kafir, mereka juga menguasai pelabuhan Melaka yang berhadapan dengan Sumatera….



Oleh itu, ketika kapal-kapal kita sudah siap dan, insyaAllah, bergerak melawan mereka, maka kehancuran menyeluruh mereka tidak dapat dielakkan lagi, kerana satu benteng tidak boleh menyokong yang lain, dan mereka tidak dapat membentuk penentangan yang bersepadu." Laporan ini memang cukup beralasan, kerana pada tahun 941 H/1534 M, sebuah skuadron Portugis yang d**etuai oleh Diego da Silveira menghadang beberapa kapal dari Gujarat dan Aceh melalui Selat Bab el-Mandeb di Muara Laut Merah.




BENTUK-BENTUK HUBUNGAN



Portugis meluaskan pengaruhnya bukan hanya ke Timur Tengah tetapi juga ke Samudera India. Raja Portugis Emanuel I secara terang-terangan menyampaikan tujuan utama ekspedisi tersebut dengan mengatakan, "Sesungguhnya tujuan dari pencarian jalan laut ke India adalah untuk menyebarkan agama Kristian, dan merampas kekayaan orang-orang Timur". Khilafah Uthmaniyah tidak berdiam diri. Pada tahun 925H/1519 M, Portugis di Melaka digemparkan oleh berita tentang penghantaran armada `Utsmani' untuk membebaskan Muslim Melaka dari penjajahan kafir. Khabar ini tentu saja sangat menggembirakan umat Islam setempat.



Ketika Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar naik takhta di Aceh pada tahun 943 H/1537 M, ia menyedari keperluan Aceh untuk meminta bantuan ketenteraan dari Turki. Bukan hanya untuk mengusir Portugis di Melaka, tetapi juga untuk menakluk wilayah lain, khususnya daerah pedalaman Sumatera, seperti daerah Batak. Al-Kahar menggunakan pasukan Turki, Arab dan Habsyah. Pasukan Khilafah 160 orang dan 200 orang askar dari Malabar, membentuk kelompok elit angkatan bersenjata Aceh. Al-Kahhar selanjutnya mengerahkan untuk menakluk wilayah Batak di pedalaman Sumatera pada 946 H/1539 M.



Mendez Pinto, yang mengamati perang antara pasukan Aceh dengan Batak, melaporkan kembalinya armada Aceh di bawah komando seorang Turki bernama Hamid Khan, anak saudara Pasya Utsmani di Kaherah. Seorang sejarawan Universiti Kebangsaan Malaysia, Lukman Taib, mengakui adanya bantuan Khilafah Uthmaniyah dalam penaklukan terhadap wilayah sekitar Aceh. Menurut Taib, perkara ini merupakan ungkapan perpaduan umat Islam yang memungkinkan Khilafah Uthmaniyah melakukan serangan langsung terhadap wilayah sekitar Aceh. Bahkan, Khilafah mendirikan akademi tentera di Aceh bernama `Askeri Beytul Mukaddes' yang diubah menjadi `Askar Baitul Maqdis' yang lebih sesuai dengan loghat Aceh.



Maktab ketenteraan ini merupakan pusat yang melahirkan pahlawan dalam sejarah Aceh dan Indonesia. Demikianlah, hubungan Aceh dengan Khilafah yang sangat akrab. Aceh merupakan sebahagian dari wilayah Khilafah.
Persoalan umat Islam Aceh dianggap Khilafah sebagai persoalan dalam negeri yang mesti segera diselesaikan. Nur Al-Din Al-Raniri dalam Bustan Al-Salathin meriwayatkan, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah Al-Qahhar mengirim utusan ke Istanbul untuk mengadap Khalifah. Utusan ini bernama Huseyn Effendi yang fasih berbahasa Arab. Ia datang ke Turki setelah menunaikan ibadah haji. Pada Jun 1562 M, utusan Aceh itu tiba di Istanbul untuk meminta bantuan ketenteraan Uthmaniyah untuk menghadapi Portugis. Duta itu dapat mengelak dari serangan Portugis dan sampai di Istanbul, ia mendapat bantuan Khilafah, dan menolong Aceh membangkitkan askarnya sehingga dapat menakluk Aru dan Johor pada 973 H/1564 M.



Hubungan Aceh dengan Khilafah terus berlanjutan, terutama untuk menjaga keamanan Aceh dari serangan Portugis. Menurut seorang penulis Aceh, pengganti Al-Qahhar Ke2 iaitu Sultan Mansyur Syah (985-998 H/1577-1588 M) memperbaharui hubungan politik dan ketenteraan dengan Khilafah. Hal ini disahkan oleh sumber sejarah Portugis.
Uskup Jorge ada Lemos, setiausaha Raja Muda Portugis di Goa, pada tahun 993 H/1585 M, melaporkan kepada Lisbon bahawa Aceh telah kembali berhubungan dengan Khalifah Utsmani untuk mendapatkan bantuan ketenteraan untuk melancarkan peperangan baru terhadap Portugis.



Pemerintah Aceh berikutnya, Sultan Ala Al-Din Riayat Syah (988-1013 H/1588-1604 M) juga dilaporkan telah melanjutkan lagi hubungan politik dengan Turki. Bahkan, Khilafah Uthmaniyah dikatakan telah mengirim sebuah bintang kehormat kepada Sultan Aceh, dan mengizinkan kapal-kapal Aceh untuk mengibarkan bendera Khilafah. Hubungan akrab antara Acheh dan Khilafah Othmaniah telah berperanan mempertahankan kemerdekaannya selama lebih 300 tahun. Kapal-kapal atau perahu yang digunakan Aceh dalam setiap peperangan terdiri dari kapal kecil yang laju dan kapal-kapal besar. Kapal-kapal besar atau tongkang yang mengarungi lautan hingga Jeddah berasal dari Turki, India, dan Gujerat. Dua daerah ini merupakan wilayah Khilafah Uthmaniyah.



Menurut Court, kapal-kapal ini cukup besar, berukuran 500 sampai 2000 tan. Kapal-kapal besar dari Turki dilengkapi meriam dan senjata lain digunakan Aceh untuk menyerang penjajah Eropah yang mengganggu wilayah-wilayah muslim di Nusantara. Aceh tampil sebagai kekuatan besar yang amat ditakuti Portugis kerana diperkuat oleh pakar senjata dari Turki sebagai bantuan Khilafah kepada Aceh.



Menurut sumber Aceh, Sultan Iskandar Muda (1016-1046 H/1607-1636 M) mengirimkan armada kecil yang terdiri dari tiga buah kapal. Ia tiba di Istanbul setelah belayar dua setengah tahun melalui Tanjung Harapan. Ketika misi ini mereka kembali ke Aceh dengan bantuan senjata, pakar tentera, dan sepucuk surat tentang persahabatan Uthmani dan hubungannya dengan Aceh. 12 pakar tentera itu dipanggil sebagai pahlawan di Aceh. Mereka juga dikatakan begitu ahli sehingga mampu membantu Sultan Iskandar Muda, tidak hanya dalam membina benteng yang kukuh di Banda Aceh, tetapi juga untuk membina istana kesultanan. Kesan kejayaan Khilafah Utsmaniyah menghalang Portugis di Lautan Hindi tersebut amat besar.



Diantaranya mampu mempertahankan tempat-tempat suci dan jalan-jalan untuk menunaikan haji; kesinambungan pertukaran barang-barang India dengan pedagang Eropah di pasar Aleppo (Syria), Kaherah, dan Istanbul; serta kesinambungan laluan perdagangan antara India dan Indonesia dengan Timur Jauh melalui Teluk Arab dan Laut Merah. Hubungan beberapa kesultanan di Nusantara dengan Khilafah Uthmaniyah yang berpusat di Turki nampak jelas. Misalnya, Islam masuk Buton (Sulawesi Selatan) abad 16M. Silsilah Raja-Raja Buton menunjukkan bahawa setelah masuk Islam, Lakilaponto dilantik menjadi `sultan' dengan gelar Qaim ad-Din (penegak agama) yang dilantik oleh Syekh Abd al-Wahid dari Mekah. Sejak itu, dia dikenali sebagai Sultan Marhum dan semenjak itu juga nama sultan disebut dalam khutbah Jumaat.



Menurut sumber setempat, penggunaan gelaran `sultan' ini berlaku setelah dipersetujui Khilafah Uthmaniyah (ada juga yang mengatakan dari penguasa Mekah). Syeikh Wahid mengirim khabar kepada Khalifah di Turki. Realiti ini menunjukkan Mekah berada dalam kepemimpinan Khilafah, dan Buton memiliki hubungan `struktur' secara tidak kuat dengan Khilafah Turki Utsmani melalui perantaraan Syekh Wahid dari Mekah. Sementara itu, di wilayah Sumatera Barat, Pemerintah Alam Minangkabau yang memanggil dirinya sebagai "Aour Allum Maharaja Diraja" dipercayai adalah adik lelaki sultan Ruhum (Rum). Orang Minangkabau percaya bahawa pemerintah pertama mereka adalah keturunan Khalifah Rum (Utsmani) yang ditugaskan untuk menjadi Syarif di wilayah tersebut. Ini memberikan maklumat bahawa kesultanan tersebut memiliki hubungan dengan Khilafah Uthmaniyah. Di samping adanya hubungan langsung dengan Khilafah Uthmaniyah, ada beberapa kesultanan yang berhubungan secara tidak langsung, misalnya kesultanan Ternate.



Pada tahun 1570an, ketika perang Soya-soya melawan Portugis, Sultan Ternate, Baabullah, dibantu oleh para sangaji dari Nusa Tenggara yang terkenal dengan armada perahu dan Demak dengan askar Jawa. Begitu juga Aceh dengan armada laut yang perkasa dan kekuatan 30,000 buah kapal perang telah menyekat pelabuhan Sumatera dan menyekat pengiriman bahan makanan dan peluru Portugis melalui India dan Selat Melaka. Musuh Ternate adalah musuh Demak. Berdasarkan beberapa hakikat ini jelas bahawa kesultanan Islam di Nusantara memiliki hubungan dengan Khilafah Utsmaniyah. Bentuk hubungan tersebut berbentuk perdagangan, ketenteraan, politik, dakwah, dan kekuasaan.




UMAT ISLAM DI ALAM MELAYU TERHADAP PENYATUAN UMAT



Semasa Khilafah Islamiyah dalam kesusahan, di mana beberapa wilayahnya mula diduduki oleh penjajah, muncul usaha untuk mengukuhkan kesatuan Islam yang diterajui oleh Sultan Abdul Hamid II. Beliau mengatakan, "Kita wajib menguatkan ikatan kita dengan kaum Muslim di belahan bumi yang lain. Kita wajib saling mendekati dalam ikatan yang amat kuat. Sebab, tidak ada harapan lagi di masa depan kecuali dengan kesatuan ini." Inilah gagasan yang dikenali sebagai Pan-Islamisme. Usaha menguatkan kesatuan Islam sampai ke Nusantara. Snouck Hourgronje, penasihat Belanda, sentiasa memberikan maklumat kepada pemerintah Hindia Belanda bahawa ada usaha gerakan Pan-Islamisme untuk memujuk raja-raja dan pembesar-pembesar Hindia Belanda (kaum Muslim) untuk datang ke Istana Sultan Abdul Hamid II di Istanbul.



Tujuan jangka pendek yang ingin dicapai di Batavia, mengikut ulasan Snouck, adalah untuk mendapatkan persamaan kedudukan orang-orang Arab dan kemudian untuk semua orang Islam sederajat dengan orang-orang Eropah. Jika tujuan ini sudah tercapai maka orang-orang Islam tidak lagi sukar mendapat kedudukan yang lebih tinggi dari orang Eropah, bahkan boleh mengalahkan mereka sama sekali. Pemerintah Hindia Belanda amat risau bila kaum Muslim tahu bahawa Sultan Abdul Hamid II menyediakan biasiswa untuk pemuda Islam. Atas pembiayaan Sultan Abdul Hamid II, mereka masuk ke sekolah-sekolah yang tinggi untuk menerima pendidikan ilmiah dan mendapat kesedaran yang mendalam tentang kelebihan setiap muslim atas orang-orang kafir. Kesedaran dan kehinaan yang mendalam yang tidak harus mereka terima dan membiarkan diri mereka diperintah oleh orang kafir. Jika mereka telah menyelesaikan pelajaran dan telah menamatkan ibadah haji ke Mekah, mereka diharapkan dapat berperanan mengembangkan pemikiran Islam di daerah mereka.



Usaha pengukuhan kesatuan ini terus dilakukan. Pada tahun 1904 telah ada 7 hingga 8 konsul (utusan) telah ditempatkan Khilafah Utsmaniyah di Hindia Belanda. Diantara kegiatan para duta ini adalah mengedar mushaf al-Quran atas nama sultan, dan karya-karya teologi Islam dalam bahasa Melayu yang dicetak di Istanbul. Di antara kitab tersebut adalah tafsir al-Quran yang di halaman judulnya menyebut "Sultan Turki Raja semua orang Islam". Istilah Raja di sini sebenarnya adalah kata al-Malik yang bererti pemimpin, dan semua orang Islam mengantikan istilah Muslimin. Jadi, sebutan tersebut menunjukkan pengisytiharan Khalifah bahawa beliau adalah pemerintah umat Islam sedunia. Hal ini menunjukkan bahawa khilafah Uthmaniyah terus berusaha untuk menyatukan kesultanan Melayu ke dalamnya, termasuk melalui penyebaran al-Quran. Sebagai tindakbalas terhadap gerakan penyatuan Islam oleh Khilafah Uthmaniyah ini, terdapat beberapa pertubuhan pergerakan Islam di Alam Melayu yang mendokong gerakan tersebut di Hindia Belanda.



Abu Bakar Atjeh menyebutkan di antara pertubuhan itu adalah Jam'iyat Khoir yang didirikan pada 17 Julai 1905 oleh keturunan Arab. Karangan-karangan pergerakan Islam ini di Nusantara dimuatkan dalam akhbar dan majalah di Istanbul, di antaranya majalah Al-Manar. Khalifah Abdul Hamid II di Istanbul pernah mengirim utusannya ke Indonesia, Ahmed Amin Bey, atas permintaan dari kumpulan tersebut untuk mengkaji keadaan umat Islam di Indonesia. Akibatnya, pemerintah penjajah Hindia Belanda melarang orang-orang Arab mengunjungi beberapa daerah tertentu. Pertubuhan pergerakan Islam lain yang muncul sebagai sambutan positif terhadap penyatuan ini adalah Sarikat Islam. Bendera Khilafah Uthmaniyah dikibarkan pada Kongres Nasional Sarikat Islam di Bandung pada tahun 1916, sebagai simbol perpaduan sesama muslim dan penentangan terhadap penjajahan. Ketika itu, salah satu usaha yang dilakukan Khilafah Uthmaniyah adalah menyebarkan seruan jihad dengan atas nama khalifah kepada segenap umat Islam, termasuk Indonesia, yang dikenal sebagai Jawa.



Di antara seruan tersebut adalah: "Wahai saudara seiman, perhatikanlah berapa negara lain menjajah dunia Islam. India yang luas dan berpenduduk 100 juta muslim dijajah oleh sekelompok kecil musuh dari orang-orang kafir Inggeris. 40 juta muslim Jawa dijajah oleh Belanda. Maghribi, Algeria, Tunisa, Mesir dan Sudan menderita dibawah cengkaman musuh Tuhan dan RasulNya. Juga Kuzestan, berada di bawah tekanan penjajah musuh iman. Parsi dipecah-belah. Bahkan takhta khilafah pun, oleh musuh-musuh Tuhan selalu ditentang dengan segala macam cara". Hakikat ini memberikan gambaran bagaimana Khilafah Uthmaniyah memberi dokongan dan bantuan kepada kaum Muslim Indonesia serta memandangnya sebagai satu tubuh, bahkan menyeru untuk membebaskan diri dari penjajah musuh iman. Dalam hal ini kaum Muslim memberikan sambutan positif terhadap usaha pengukuhan kesatuan umat Islam sedunia tersebut.



SAMBUTAN (Reaksi - Fikrul) UMAT ISLAM MUSLIM ATAS KERUNTUHAN KHILAFAH UTSMANIYAH



Pada 3 Mac 1924, Mustafa Kamal lah'natullahu 'alaih memutuskan untuk membubarkan Khilafah yang disebutnya sebagai "bisul sejak abad pertengahan". Pada pagi 3 Mac 1924, diumumkan bahawa Majlis Nasional telah bersetuju dengan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama dari urusan-urusan negara. Pada malamnya, Khalifah diusir secara paksa oleh polis dan askar. Secara rasmi, runtuhlah Khilafah Utsmaniyah pada 3 Mac 1924. Pembubaran kepemimpinan umat Islam sedunia tersebut menggoncang seluruh dunia, termasuk alam Melayu. Sebagai tindakbalas terhadap keruntuhan Khilafah, sebuah Jawatankuasa Khilafah didirikan di Surabaya pada 4 Oktober 1924 dengan diketuai Wondosudirdjo (kemudian dikenali dengan nama Wondoamiseno) dari Sarikat Islam dan wakil ketua Kiai Haji A. Wahab Hasbullah.



Tujuannya adalah untuk membahas jemputan kongres Khilafah di Kaherah. Pertemuan ini dilanjuti dengan penyelenggaraan kongres Al-Islam Hindia ke3 di Surabaya pada 24-27 Disember 1924. Kongres ini disertai oleh 68 pertubuhan Islam yang mewakili pimpinan pusat (hoofd bestuur) mahu pun cabang (afdeling), serta mendapat dokongan bertulis dari 10 cawangan pertubuhan lain. Kongres ini dihadiri oleh ramai ulama dari seluruh penjuru Indonesia. Keputusan penting Kongres ini adalah melibatkan diri dalam pergerakan khilafah dan mengirimkan utusan yang mesti dianggap sebagai wakil seluruh umat Islam di Indonesia ke kongres dunia Islam. Kongres ini memutuskan untuk mengirim wakil ke Kaherah yang terdiri dari Surjopranoto (Sarikat Islam), Haji Fachruddin (Muhammadiyah), dan Kiai Haji A. Wahab dari kalangan ulama tradisi.



Oleh kerana ada perbezaan pendapat di kalangan Muhammadiyah, K.H.A. Wahab dan 3 penyokongnya, mereka mengadakan mesyuarat dengan kalangan ulama kaum tua dari Surabaya, Semarang, Pasuruan, Lasem, dan Pati. Mereka bersepakat mendirikan Jawatankuasa Rundingan Hijaz. Jawatankuasa ini ditubuhkan dengan dua maksud, iaitu pertama untuk mengimbangi Jawatankuasa Khilafat yang secara beransur-ansur jatuh ke tangan golongan pembaharu, dan kedua, untuk menyahut seruan Ibnu Sa'ud, pemerintah baru di tanah Arab agar kebiasaan beragama secara tradisi dapat diteruskan.



Jawatankuasa inilah yang kemudian diubah namanya menjadi Nahdatul Ulama (NU) di dalam suatu mesyuarat di Surabaya pada Januari 1926. Mesyuarat ini tetap meletakkan masalah Hijaz sebagai persoalan utama. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat di kalangan Muhammadiyah, Sarikat Islam dan NU, tetapi mereka sama-sama memberi perhatian besar terhadap keruntuhan khilafah Islamiyah dan memandangnya sebagai persoalan utama kaum Muslim. Sikap ini lahir dari keyakinan bahawa Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi kaum Muslim. Umat Islam Indonesia ketika itu memandang Sultan Turki sebagai Khalifah.



Di antara tokoh Indonesia dari Sarikat Islam, HOS Cokroaminoto, menyatakan bahawa khalifah bukan semata-mata untuk umat Islam di jazirah Arab, tetapi juga bagi umat Islam Indonesia. Beliau juga menegaskan bahawa khalifah merupakan hak bersama sesama muslim dan bukan penguasaan bangsa tertentu. Lebih tegas lagi, Cokroaminoto juga menyatakan selain dua kota suci Mekah-Madinah, khalifah adalah milik umat Islam sedunia. Ia menyarankan untuk mengirim utusan ke Kongres.



Tujuannya adalah untuk "mempertanyakan mereka terhadap umat Islam sedunia", dan "melakukan segala usaha yang dipertimbangkan berguna bagi umat Islam di negeri kita". Di samping itu, mencari keterangan mengenai penerusan pemilihan khalifah. Bahkan, beliau mengkiaskan umat Islam laksana suatu tubuh. Kerananya, bila umat Islam tidak memiliki khalifah maka "seolah-olah badan tidak berkepala". PENUTUP Berdasarkan beberapa catatan sejarah di atas dapat disimpulkan bahawa kesultanan Islam di alam Melayu memiliki hubungan yang erat dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan bukti-bukti tersebut menggambarkan kesultanan Islam di Indonesia sebagai sebahagian dari wilayah Khilafah Islamiyah. Ketika kekuatan Khilafah Uthmaniyah mulai lemah, penjajah kafir Barat (Inggeris) melalui ejennya, Mustafa Kamal, berjaya meruntuhkannya.



Akibatnya, institusi penyatu umat Islam sedunia itu pun lenyap dan wilayah negeri-negeri Muslim pun berpecah belah di bawah kekuasaan penjajah. Di alam Melayu sendiri, pasca penjajahan secara fizikal (ketenteraan), beberapa tokoh yang ingin mendirikan negara berdasarkan sistem politik Islam, juga mengalami kegagalan akibat adanya `pengkhianatan'. Akibatnya, alam Melayu berpecah belah menjadi negara-negara yang `merdeka' atas dasar sekularisme dan nasionalisme. Hal ini menjadikan perpecahan negeri-negeri Muslim terus berlanjutan dan menjadikan kaum Muslim tetap dalam keadaan lemah. Merujuk pada kenyataan sejarah yang ada, jelas bahawa ada usaha menyatukan kaum Muslim di berbagai negeri Muslim di alam Melayu atas dasar Islam.



Bagi umat Islam di alam Melayu, perjuangan untuk melanjutkan kehidupan Islam dan menyatukan wilayah Islam dalam Khilafah bukanlah hanya semata-mata wujud ketaatan kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kegiatan tersebut sesungguhnya juga merupakan usaha untuk meneruskan sejarah, di samping usaha untuk melanjutkan perjuangan para Sultan dan Ulama' soleh terdahulu yang telah menyatukan Nusantara dengan Khilafah Islamiyah. Sebaliknya, penentangan terhadap usaha ini merupakan pengingkaran terhadap sejarah alam Melayu, di samping pengingkaran terhadap perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala.


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 16:03


!!! QUOTE !!!

Pada 03-01-07 12:43 , Al-Sembi9an posting:
Kewujudan Malaysia tidak lain dan tidak bukan adalah akibat dari konspirasi yang berlaku di zaman Uthmaniyyah.Seluruh negari umat Islam yang bersatu di bawah naungan Khilafah Uthmaniyyah,menjadi 50 buah negara lebih.Dan dari situlah ditanamkan semangat nasionalisme.Saya menyangkal sama sekali dakwaan kewujudan Malaysia adalah konspirasi yang berlaku di zaman Uthmaniyyah.






Assalamualaikum

Sebelum keruntuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924M,semua negeri kaum muslimin berada di bawah satu pemerintahan Islam iaitu Daulah Khilafah Turki Uthmaniyyah.

Malaysia belum pernah dikenal sebelum keruntuhan Turki Uthmaniyyah.

Setelah kejatuhan Turki Uthmaniyyah,maka seluruh negeri-negeri kaum muslimin terpecah-belah menjadi lebih 50 buah negara bangsa(Nation State);yang diperkenalkan oleh penjajah kafir; yang inginkan kesatuan umat Islam berpecah-belah.

Semenjak pemerintahan Turki Uthmaniyyah;tak pernah wujud negara Malaysia,Kuwait,Iraq,Jordon dan sebagainya.

Akibat dari keruntuhan Tukri Uthmaniyyah tersebut;maka lahirlah negara-negara bangsa tersebut yang mendapat pengiktirafan dari penjajah kafir.Dari situlah,penjajah kafir mula menyemai dan menanamkan semangat nasionalisme ke dalam negeri-negeri kaum muslimin yang berpecah-belah itu.

Hatta;mereka(baca : penjajah kafir) menetapkan pula bagi tiap-tiap negara mempunyai bendera negara bangsa masing-masing.

Sehingga ke hari ini,kebanyakkan umat Islam tidak mengenal bendera ISLAM;yakni bendera yang pernah berkibar dizaman Daulah Islamiyah yang pertama di Madinah.Itulah satu-satunya bendera Islam yang bawa oleh Rasul iaitu Al-Liwa' dan Ar-Rayah.

Bukannya jalur gemilang,bukannya bendera saudi arabia,bukannya bendera turki,bukannya bendera Mesir dan sebagainya.


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH
[ Telah diedit oleh: Nur_Humaira_1342H pada 03-01-07 16:05 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-01-07 16:16


Sejarah Kewujudan Bendera Malaysia



Walaupun setiap warganegara dari anak kecil hinggalah ke warga emas umumnya mengenali bendera Malaysia, tetapi mungkin sebahagian besar sebenarnya tidak menghayati sejarah bagaimana bendera Malaysia boleh wujud. Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dari sini, satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.



Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:



“That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feetâ€. (Pada pandangan majlis ini, bendera Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti berikut:-Sebelas jalur berbelang putih dan merah. Jalur teratas adalah merah dengan sudut berwarna biru yang mengandungi bulan sabit serta bintang pecah sebelas berwarna kuning; saiz rasmi bendera adalah enam kaki kali tiga kaki).



sama ada kita sedar atau tidak, satu fakta yang tidak tertulis (atau sengaja tidak ditulis) di dalam sejarah ialah perihal keadaan politik di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu yang begitu ‘aman’ di bawah naungan British!! Dalam keadaan negara sedang dijajah, pertandingan mencipta bendera masih boleh dilakukan. Akhbar pula dengan aman boleh melakukan pungutan suara dan masyarakat juga secara aman boleh memberikan pandangan masing-masing. Keadaan politik nampaknya begitu stabil. Di manakah pejuang-pejuang kemerdekaan, di manakah pemberontakan, di manakah peperangan? Bukankah kita sepatutnya menyaksikan satu ’pertempuran’ sedang berlaku demi sebuah kemerdekaan? Di manakah semua itu? Nampaknya masyarakat sudah berada di dalam sebuah ’kenikmatan’ walaupun tanpa sebuah kemerdekaan.



Berbalik kepada sejarah bendera, tercatat secara rasminya bahawa rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu tersebut telah mendapat kelulusan King George Vl pada 19 Mei 1950. ( King George VI atau nama penuhnya Albert Frederick Arthur George Windsor merupakan Raja yang memerintah United Kingdom of Great Britain pada waktu itu sehingga kematiannya pada tahun 1952 ). Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengandihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George Vl.



Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Sebelum itu, satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan bahawa rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka, Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah memberi nama baru kepada Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.



Wahai kaum Muslimin! Itulah hakikat sejarah kewujudan dan perkembangan bendera Malaysia. Jika rakyat Malaysia ’dipaksa’ untuk berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi setiap kali menjelang kemerdekaan, lain halnya dengan bendera di mana rakyat dituntut untuk berbangga dengannya pada setiap masa. Saudaraku, pandanglah dengan pandangan Allah, berfikirlah dengan hati yang bersih, jauh dari segala kekotoran duniawi, adakah kalian berbangga dengan bendera Malaysia yang ’diluluskan’ pemakaiannya oleh British? Tidakkah kalian nampak bahawa negara British yang kafir itu tidak akan melepaskan kalian sedikit pun dari genggaman mereka? Mereka menentukan segala-galanya untuk kita dari cara berpakaian, bertingkah laku, bergaul, bermuamalat, penerapan undang-undang, sistem dan sebagainya. Sehingga persoalan bendera yang sebenarnya merupakan salah satu syi’ar Islam pun ditentukan oleh mereka. Di lihat dari aspek manapun, benarlah firman Allah tentang mereka,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti milah mereka†( al-Baqarah (2) : 120).



Bendera Dan Panji-Panji Negara Islam



Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang, setiap negara di dunia akan mempunyai bendera negara masing-masing, sebesar atau sekecil mana sekalipun negara tersebut. Tidakkah ini akan membuatkan kita terfikir atau tertanya-tanya – adakah Negara Islam pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya, bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah hukum pengambilannya? Jika di zaman Khilafah dulu, anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah, kerana itulah apa yang mereka lihat. Namun di zaman ini, anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi, tidak hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah. Mereka berjaya membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan wujudnya bendera Islam yang sebenarnya.



Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (al-liwa’) dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut ‘alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-’alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa’ adalah al-’alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:-



1) Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘lah ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.†Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘lah ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’. Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af ’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa’) berwarna putih.†(Hadis Riwayat Ibnu Majah). An-Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.



2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘lah ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (sama ada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Akubenar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali.†(Hadis Riwayat Bukhari). Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.



Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, “Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: “Ini panji-panjii apa?†Mereka pun menjawab: “(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan.â€



Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, “Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal –ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: “Ada apa dengan orang-orang itu?†Mereka menjawab: “Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat.†Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam†menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa’i, dari Anas, “Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.†Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi
boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.



Wahai kaum Muslimin! Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah “lah ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAHâ€!.



Bendera Sebagai Syi’ar Islam



Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke dalam Daulah Islam. Dalam setiap peperangan dan pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan bendera di tangan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan.



Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, “Jika Zaid gugur, maka saja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika saja’far gugur, maka
Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.†Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat sama ada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.



Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani, “Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.†Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.



Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh saja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, saja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh saja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, “Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.†Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai pasukan.



Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan!



Khatimah



Wahai kaum Muslimin! Marilah kita kembali mengibarkan bendera kita, bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bendera yang dicipta atas perintah Allah, bukannya ciptaan aqal manusia, apatah lagi dicipta hanya melalui satu pertandingan. Inilah bendera yang selayaknya bagi umat Islam. Kita adalah umat Rasulullah, maka tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kita kepada Rasul kita dengan kembali mengibarkan bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bayangkan wahai kaum Muslimin, jika Rasulullah ada bersama kita, sanggupkah kalian berada di belakang Rasulullah dan mengibarkan bendera selain dari bendera Rasulullah? Walhal dengan bendera inilah Rasulullah telah menyatukan seluruh umat manusia yang mengucap kalimah yang tertera padanya. Kibaran bendera inilah yang telah membawa risalah Allah ke seluruh pelusuk dunia. Dengan melihat bendera inilah jantung musuh-musuh Islam berdegup kencang menanti saat kehancuran mereka. Bendera ini telah dibawa dan dijulang oleh para pejuang Islam di kala mengembangkan agama Allah. Inilah satu-satunya bendera kita, bendera Rasulullah, bendera Islam, bendera Negara Islam, bendera Daulah Islam!!




Kita telah melihat bendera ini dikibarkan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia seiring dengan perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah. Kita juga melihat bendera ini berkibar di Malaysia oleh para pejuang Islam yang berusaha ke arah yang sama. Semoga kita akan dapat melihat bendera ini dikibarkan oleh para pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun sebelum berdirinya Khilafah. InsyaAllah, setelah Khilafah berjaya ditegakkan, kita akan melihat bendera ini sekali lagi dikibarkan dengan penuh bangga dan kesyukuran. Air mata terharu dan kegembiraan akan menitis pada hari itu, hari di mana sistem Allah telah kembali ke muka bumi. Bendera ciptaan Allah ini akan kembali meliuk-meliuk ditiup angin di udara dan akan berkibar dengan megahnya. Inilah hari kemenangan Islam, hari yang Allah menurunkan pertolonganNya ke atas kaum Muslimin yang bersungguh-sunguh berjuang demi menegakkan agamaNya. Inilah hari yang kita berusaha siang dan malam untuk menggapainya dan kita benar-benar menanti akan kedatangannya. Inilah hari Daulah Khilafah ’ala minhaj nubuwah yang kedua kalinya, kembali muncul menerajui dunia untuk membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Maha Suci Allah yang akan mengembalikan hari tersebut kepada kita semua.

Amin ya Rabbal alamin.


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

Al-Sembi9an
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27663
Posting: 176
Dari: Jawa Timur

indonesia  


posticon Posting pada: 06-01-07 17:09


Wuiyoo...panjangnya. Macam pernah baca saja...nasyrah mingguan HT ke?

Fakta-fakta sejarah yang disebut tu saya tak nafikan dan memang diakui memang terdapat bantuan dari Uthmaniyyah Turki di Nusantara dalam menghadapi penjajah Portugis Katolik dan Belanda Protestan di samping Sepanyol Katolik.

Tapi itu tidak membuktikan kerajaan Islam di Nusantara ini berada dalam Daulah Khilafah Uthmaniyyah Turki. Uthmaniyyah di zaman itu umpama Amerika Syarikat dizaman ini iaitu sebuah kuasa besar, dan seperti yang kita lihat sekarang BANYAK pangkalan dan tentera AS yang bertapak di negara-negara di seluruh dunia.

Lagipun perlantikan Sultan Demak di Jawa tu bukannya dihantar oleh Turki, sebaliknya orang tempatan keturunan diraja Jawa yang memegang tampik kuasa. Berbeza dengan wilayah-wilayah jajahan Uthmaniyyah di Timur Tengah, Semenanjung Hijjaz, Sem. Balkan dan Afrika. Di sana memang dihantar gabenor dari kerajaan Turki.

Perjuangan rakyat di Nusantara menuntut kemerdekaan jangan dipandang sebagai perancangan dan agenda/konspirasi dari Barat, sebenarnya ia adalah perancangan Allah dan rakyat ini terus bangun untuk mengembalikan hak Allah di muka bumi melalui parti-parti politik dalam ruang lingkup siasah dan muawajahah fi silmiyyah, walaupun masih gagal dalam konteks di negara Malaysia dan Indonesia.


-----------------
Bhinneka Tunggal Ika
Mari Klik http://preview.tinyurl.com/2ckx3e


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-Sembi9anProfil   Hantar PM kepada Al-Sembi9an   Pergi ke Al-Sembi9an's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-01-07 18:27


!!! QUOTE !!!

Pada 06-01-07 17:09 , Al-Sembi9an posting:parti-parti politik dalam ruang lingkup siasah dan muawajahah fi silmiyyah, walaupun masih gagal dalam konteks di negara Malaysia dan Indonesia.




Assalamualaikum

Boleh anda jelaskan sedikit apa yang dimaksudkan dengan perjuangan dalam ruang lingkup muawajahah fi silmiyyah?


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH
[ Telah diedit oleh: Nur_Humaira_1342H pada 08-01-07 15:19 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

Nur_Humaira_1342H
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2006
Ahli No: 27310
Posting: 301
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 15:25


Pada 06-01-07 18:27 , Nur_Humaira_1342H posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-01-07 17:09 , Al-Sembi9an posting:parti-parti politik dalam ruang lingkup siasah dan muawajahah fi silmiyyah, walaupun masih gagal dalam konteks di negara Malaysia dan Indonesia.




Assalamualaikum

Saya rasa anda terlepas pandang terhadap soalan yang saya ajukan kepada anda tempoh hari?

Bagaimana yang dikatakan konsep "muawajahah fi silmiyyah" menurut pemahaman anda dalam rangka mewujudkan kembali Daulah Khilafah Islamiyah agar seluruh aturan dan hukum-hakam Allah Subhanahu Wa Ta'ala dapat diterap dan dilaksanakan?

Boleh berkongsi pandangan?


-----------------
BERSAMA-SAMA MENGEMBALIKAN SEMULA KEHIDUPAN ISLAM MELALUI PENEGAKAN DAULAH KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_Humaira_1342HProfil   Hantar PM kepada Nur_Humaira_1342H   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138858 saat. Lajunya....