-buat saudari awan_biru85 amalkan doa ini insyaAllah hatimu akan terisi dan juga insyaAllah saudari tak pelu lagi menghitung diri dalam 'kesiangan yang panjang'
“Ya Allah Yang Maha Mengetahui,
Kurniakanlah petunjuk-Mu dalam
Memilih yang terbaik untuk kehidupanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Tercipta untuk diriku. Yang terbaik untuk diriku,
Agamaku dan keluargaku
Tetapkanlah dia kepadaku
Panjangkanlah jodoh pertemuan ini untuk selamanya
Satukanlah hatinya dengan hatiku di bawah
Keredhaan-Mu
Hidup suburkanlah kemesraan di hati-hati
Kami dengan cahaya iman
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi.
Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih,
Kurniakanlah kefahaman yang sama
Dalam hati kami seiringkanlah kami
Melayari bahtera hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan hakiki
Maka, jodohkanlah kami suatu hari
Nanti untuk membina baitul muslim.
Mekarkanlah terus rasa kecintaan antara kami
Atas dasar cinta kami terhadap-Mu Ya Allah…
Bantulah kami dalam mujahadah melawan
Godaan hawa nafsu dan syaitan yang menipu
Agar kami teguh dalam syariat-Mu
Maka, peliharalah kesucian hubungan ini
Daripada kemurkaan-Mu
Hingga ke akhir hayat kami berdua…..
Namun, Ya Allah Tuhan Yang Maha
Mengetahui segala isi hati manusia,
Sekiranya telah Engkau mentakdirkan Dia
Bukan milikku,
Berilah aku kekuatan,
Jauhkanlah perasaan aku terhadapnya
Luputkanlah dia daripada ingatanku
Dan peliharalah daku daripada Kekecewaan.
Agar hatiku sentiasa tenang
Biarpun tanpa bersamanya.
Ya Allah, TUhan Yang Maha Berkuasa ke
Atas setiap ketentuan,
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu,
Redhakanlah hatiku dengan kehendak-Mu,
Sesungguhnya apa yang Engkau
Takdirkan itu adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya, Engkau Maha
Mengetahui segala yang terbaik buat
Hamba-Mu
Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala
Kemuliaan dan keagungan,
Cukuplah Engkau sahaja sebagai
Pemelihara kami di dunia dan di Akhirat
Dengarlah rintihan hamba-Mu yang hina ini.
Janganlah Kau biarkan kami sendiri di
Dunia mahupun di akhirat
Setelah Kau kurniakan hidayah-Mu yang Agung itu
Tetapkanlah hidayah ini mengiringi
Perjalanan hidup kami hingga ke hujung nyawa
Janganlah Kau biarkan kami alpa dan
Lalai dengan tipu daya duniawi
Walaupun sesaat cuma
Sehingga kami terjerumus ke arah
Kemungkaran dan kemaksiatan
Maka, Ya Allah…
Kurniakanlah aku seorang suami/ isteri
Yang baik dan beriman
Menjadi teman hidup yang setia sepanjang hayat
Menjadi ayah/ ibu yang terbaik untuk
Bakal putera-puteriku
Dan kurniakanlah kami keturunan yang
Soleh dan solehah
Meskipun diri ini banyak disaluti dosa
Curahkanlah rasa kasih-sayang dan
Hormat-menghormati yang tak putus-putus dalam Kehidupan kami agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup ke jalan
Yang Engkau redhai
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi
Maha Pengampun,
Ampunkanlah dosa-dosa kami yang
Terdahulu, kini dan akan datang.
Yang kecil mahupun besar, yang
Disebabkan kejahilan kami dalam agama
Atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu
Yang tidak dididik ke arah ketaatan kepada-Mu
Kurniakanlah kebahagiaan buat kami
Di dunia dan di akhirat
Masukkanlah kami dalam golongan yang
Mendapat tempat di Syurga-Mu
Terus bercinta di bawah keredhaan-Mu
Di Taman-taman Syurga
Dan peliharalah kami daripada azab
Siksa-Mu
Ya Allah, hanya kepada-Mu tempat aku
Berserah diri, bertawakkal dan
Bergantung harap sepenuhnya untuk
Segala-galanya. Aku mohon petunjuk Dari- Mu.
Segala urusan hidupku dikembalikan
Kepada kebijaksanaan-Mu mengatur
Hidup sekalian makhluk. Maka,
Perkenankanlah doaku…
Aminnn…Amin Ya Rabbal Alamin
-----------------
[ Telah diedit oleh: kasih_kekasih pada 11-12-06 13:00 ]