Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 8 hari yang lalu
al-biruni03: 37 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Riak


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Riak

Please Mendaftar To Post


Oleh Riak

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 04-12-06 19:18


Gema subuh mengombak dan membelah ruang angkasa dalam ketenangan pagi yang dingin.Dia membengkokkan kedua-dua belah lutut,melonjak dan bingkas duduk.Dalam keadaan liur basi yang bersememeh di bibir,dia akan meneguk secolok arak yang tersimpan pada almari di tepi hujung katilnya.Air yang ala karat besi bercampur kulit peria itu diteguk gelojoh berbusa dan menujah halkumnya,memenuhi relung usus dan perutnya.Dia tidak segera sendawa.Setelah beberapa teguk perutnya akan memulas.Dia akan segera menuju ke tandas apabila sakit perutnya memuncak dan merengat-rengat.

Prof.Samri menoleh kepada sisinya.Faridah sedang tidur nyenyak terlentang dan berbaju tidur nipis.Ingin rasanya dipeluk tubuh perempuan yang kini menjadi isterinya itu.Faridah anak Datuk Jamian.Dikenalinya waktu bergiat dalam kelab sosial ketika menuntut diploma di universiti dulu.Tapi dia tidak punya nafsu untuk menjamah tubuh isterinya yang nampak lena betul dalam dengungan azan subuh.

Cuma beberapa hari ini Prof.Samri agak terusik dengan dengung azan subuh yang bagai melambainya,menuntun hatinya yang kian meninggalkan usia tiga puluh ini.Dia kembali berbaring.Menekupkan tangan dan bantal pada telinganya.Namun dengungan azan itu menembusi daging dan kekabu bantal.Tiba-tiba dia merasa sedikit dentuman kuat pada dada kirinya.Tapak tangan kanannya lantas menindihnya.Dia merasa takut.Takut kerana tidak mungkin dia akan terkena lemah jantung dalam usia yang mahu mencecah empat puluh ini.Dan dia tidak mahu meninggalkan dunia dalam keadaan kekosongan tanpa tunjang yang kukuh.

"Ah,biarkan saja!Duniaku adalah dunia akal.Dunia logik.Dunia rasionalisme.Bukan dunia rasa.Bukan dunia spekulasi.Dan setiap kebimbangan perlu berlandaskan logika dan sebab,"getis hatinya.
Jam sepuluh nanti dia ada kuliah.Tajuknya Narcisme dan Megalomaniak.Prof.Samri terus menuju ke kamar mandi.Dia harus bersiap awal untuk melakukan sedikit urusan di pejabat.

Prof.Samri nampak tukang kebunnya Wak Leman menjinjing najis lembu yang telah kering untuk dijadikan baja.Prof Samri hanya memandang kosong pada tukang kebunnya itu.Dirasakan ada sesuatu yang ingin dipintanya dari tukang kebun yang di kepalanya selalu ada ketayap putih.

"Petang ini ada appoinment?"Faridah yang baru muncul ketika Prof.Samri mahu menuangkan kopi ke dalam cawan sendiri.

"Ada.Dengan Perwakilan Mahasiswa Islam Universiti(PMIU) pukul empat nanti,"balasnya pendek.

"Petang ini jangan lupa Nurul hendak pulang.Dia akan tiba dalam pukul lima nanti."Faridah menuangkan kopi ke dalam cawannya.Prof.Samri menyapu sedikit mentega pada roti yang dipegangnya.

"Hm..Saya akan habis awal sedikit.Kita akan pergi bersama menjemputnya di airport nanti."Prof.Samri mula mengunyah roti yang siap disapu mentega itu.Anaknya Nurul Huda itu sudah berlainan sekali bahasa suratnya.Ketika mula-mula menuntut di Cambridge dulu,Nurul selalu menceritakan tentang kekasihnya,Robert.Profesor Samri tidak menghalang anaknya ingin bercinta dengan orang putih.Itu pilihannya sendiri.Tetapi surat-surat Nurul sejak akhir-akhir ini sudah berubah benar anginnya.Yang lebih ajaib lagi,puterinya itu sudah pandai menulis tentang hadith nabi,mengucapkan bait-bait ayat Quran.Dia merasakan gelombang azan subuh tadi bersatu dengan riak yang datang dari puterinya ini menujah dan menggelojak jiwanya.Menggegarkan kedudukannya sebagai Profesor Ilmu Jiwa.

"Nanti jangan lupa suruhkan Sudin beli telekung dan sejadah.Si Nurul tu sekarang ini sudah mahu sembahyang.Mahu baca Quran."Prof.Samri berhenti mengunyah sebentar.Kata-kata Faridah itu agak janggal dirasakannya.Seperti menyuruh membeli kuih atau sayur di pasar.

Wak Leman dan pembantu rumahnya Mak Besah hanya berpaling sedikit mendengar ucapan faridah itu.Tadi ketika Prof.Samri turun ke ruang tamu,dia melihat Mak Besah dalam litupan telekung putihnya sedang membaca Al-Quran di dalam bilik yang pintunya terkuak sedikit.Kemudian Wak Leman dan Mak Besah meneruskan kerjanya.

Prof.Samri tidak membalas kata-kata isterinya itu.Sudin baru sahaja meletakkan kereta di halaman rumahnya.Pemandunya itu awal pagi lagi sudah sampai dan mengelap sedikit keretanya itu.Prof.Samri masuk ke dalam kereta melalui pintu yang dikuak oleh Sudin.Sepanjang perjalanan ke kampus Prof.Samri hanya diam.Dia sempat berpesan kepada Sudin untuk membeli telekung dan sejadah yang dipesan oleh isterinya itu.

*******************************************************

"Profesor,wakil pelajar menunggu diluar."Setiausahanya Irene mengejutkan dia yang terlelap di mejanya.

"Wakil yang mana?"Prof.Samri menyoal.

"Wakil PMIU.Mereka sudah membuat temujanji petang semalam."Irene yang memakai skirt sampai lutut itu menjelaskan.

"Oh,ya.Suruh mereka masuk,"Prof.Samri membalas.

Pintu bilik dikuak.Seorang pelajar lelaki yang dikepalanya ada ketayap putih seperti Wak Leman dan dua orang pelajar perempuan yang bertudung sampai ke punggung masuk ke biliknya.

"Assalamualaikum."
Ketiga-tiga pelajar itu memberi salam.Prof.Samri menjawab salam tadi.Ada sedikit janggal padanya dalam menjawab salam tersebut.Selalunya dia menggunakan ungkapan HELLO atau HAI untuk menggantikan salam ketika bersama teman-teman sosialnya.

"Silakan duduk."Prof.Samri mempersilakan tetamunya duduk.

"Maaf mengganggu masa Profesor yang terhad ini.Kami cuma mahu mengetahui pendapat Profesor tentang memorandum kami itu,"pelajar perempuan yang berkulit kuning langsat itu memulakan.

"Hm..tentang itu.Awak semua tahu bahawa bukan perkara mudah untuk menambah kursus baru dalam kurikulum universiti.Buahnya mesti progresif.Bukan ortodok.Sentimen dan emosi bukan sebab untuk membuat kursus baru.rasianalisme mesti wujud di belakangnya.Tapi saya akan cuba sedaya saya untuk membawa usul saudara saudari dalam mesyuarat Senat Universiti.Selebihnya terpulang kepada pihak Majlis dan Senat."Prof Samri menjelaskan.Desakan ini sama seperti riak yang muncul dari gelombang subuh tadi.Sama seperti gelombang yang dibawa oleh puterinya,Nurul Huda.

"Jadi bagaimana pandangan Profesor sendiri?"Pelajar lelaki itu pula menyoal.

Prof Samri merasakan sedikit panik.Dia agak gelabah.Dia merasakan dirinya benar-benar kosong.Dan gelombang serta riak yang dibawa oleh wakil pelajar di hadapannya ini mendesak dan menggegarkan kedudukannya.

"Ya..Saya setuju dan akan menyokong kuat usul PMIU nanti.Krisis moral di negara kita sememangnya perlu kepada kembali pada asas-asas agama.Tfsiran Al-Quran dan Sejarah Rasulullah yang dicadangkan PMIU untuk dijadikan kursus itu,saya setuju."Para Pelajar memandang sesama sendiri dan tersenyum.

"Terima kasih profesor.Sebenarnya sifat-sifat Siddiq,Tabligh,Fathanah dan Amanah yang ada pada Rasulullah wajib kita contohi.Itu menjadi asas kepada kekuatan iman dan kemuliaan akhlak kita.Kita tidak perlu menuju kepada Teori Ekstrim Sheldon dan Kretscmer.Segalanya termaktub dalam kitab suci dan hadith Rasulullah.Jalan mujahadah untuk menuju mahmudah memang sukar dan berliku.Tetapi dengan istiqamah kita akan berjaya juga suatu hari nanti,"sambung pelajar lelaki itu lagi.

Prof Samri tidak dapat menerimanya lagi.Segala yang disebutkan oleh pelajar lelaki itu asing.Ruang otaknya sendat dengan ketakutan dan kebimbangan.Keegoan dan kebanggaannya runtuh dan tersembam.

"Saya harus pulang segera untuk menjemput anak saya di airport."

Dan para pelajar tadi bangun tanda faham.Menghulurkan tangan bersalam.Mereka melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Prof. Samri tenggelam dalam teori dan falsafah yang dipegang dan diagungkannya selama ini.Segalanya bercampur baur.Serabut dan kabur.Dan gelombang ini menjadi penolak kepada gelombang yang dirasakan daripada azan subuh dan anaknya Nurul Huda itu.Riaknya menjadi lebih besar.Menakutkan dan membimbangkan.Riak ini dirasakan mengancam kedudukannya sebagai Profesor Ilmu Jiwa.Prof Samri terasa benar kejahilan dan kekosongan jiwanya.
"Ya,mungkin Wak Leman boleh mengajar aku sembahyang dan baca Quran.."bisik hatinya.

*******************************************************

Prof. Samri pulang dahulu untuk mandi sebelum pergi menjemput Nurul di airport.Dia melihat Wak Leman tukang kebunnya itu bersiap-siap mahu pulang.Wak Leman hanya tersenyum memandang majikannya.

"Sudah mahu pulang Wak Leman?"kata Prof Samri.

"Ya,encik."Senyuman tenang tidak lekang dari bibirnya itu.

"Er..Wak Leman.."Prof Samri memanggil.

"Ada apa encik?"Wak Leman berpaling.

Prof.Samri tidak meneruskan ucapannya.Dia tidak tahu sama ada mahu meluahkan apa yang terbuku dihatinya itu atau tidak.Memilih antara maruahnya atau mengikuti arus dan riak gelombang yang mengasak jiwanya yang kosong itu.

"Hm..Maghrib nanti Wak Leman boleh datang tak?"Prof.Samri menggaru sedikit ubun-ubunnya yang tidak gatal.

"Insya-Allah encik,"balas tukang kebunnya itu tersenyum agak lebar sedikit.Tukang kebun yang hampir sebaya ayahnya itu mengangguk kecil.Dia faham apa yang terbuku pada hati majikannya itu.

Prof.Samri tersenyum puas.Dia tahu selepas maghrib nanti hidupnya yang baru akan bermula apabila azan maghrib membelah ruang senja nanti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-12-06 21:48


alhamdulillah...berubah juga prof.samri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 13-12-06 14:07


Penuh dengan cerita cinta lah cerpen ukhwah ni...hm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 13-12-06 14:07


Penuh dengan cerita cinta lah cerpen ukhwah ni...hm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-12-06 15:37


salam..
alhamdulillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 13-12-06 21:25


bagus lah cerita ni..memang betul kita tidak boleh berpegang pada akal semata-mata dalam kehidupan. Yang paling penting perlu bertunjangkan al-quran dan as-sunnah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-05-07 02:24


alhamdulillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

pasrah
Warga Rasmi
Menyertai: 02.05.2007
Ahli No: 29829
Posting: 17
Dari: My PC

belgium  


posticon Posting pada: 12-05-07 04:52


kojez..bestnya semua cerpen yang awak post...buat sendiri ek..tahniah ek

Bookmark and Share

    


  Member Information For pasrahProfil   Hantar PM kepada pasrah   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-05-07 12:21


emmm.....
ada banyak moral value.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-05-07 13:17


best..best..tapi tak ada ke sambungan lagi???

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 16-06-07 11:31


sambungan?tak adalah..namanya pun cerpen..(cerita+pendek)..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-06-07 15:37


tak perlu sambung sebab pghujung ayat tadi menceritakan segalanya..
dan kita dah boleh gambarkan kesudahannya kan? ...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 27-06-07 16:24


hmm..pandainye....bagus2..anak siapa lah ini..hihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 09:51


kojez..saya sokong semua cerpen2 awak...kenapa xtry buat novel?? sebab tengok awak macam berpotensi untuk buat novel..garapan ayat awak bagus..dan seperti cerita itu hidup...sedap dibaca..idea awak sentiasa mengalir ek..tahniah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-07 12:47


amboi..dan pujian awak tu asyik mengalir saja..manade masa nak karang novel..banyak tuntutannya..apa kata awak yang karang?awak pun ada bakat terpendam nampaknya ni..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-06-07 20:13


Pada 29-06-07 12:47 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

amboi..dan pujian awak tu asyik mengalir saja..manade masa nak karang novel..banyak tuntutannya..apa kata awak yang karang?awak pun ada bakat terpendam nampaknya ni..:)


em tak apalah awak buat sikit-sikit..kutip pengalaman hidup dan jadikan ilham..
Insya Allah boleh jadi macam Usman Awang ke..Shahnon Ahmad ke..
A Samad Said ke...mana tahu kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100464 saat. Lajunya....