Rahsia 90/10 memang luar biasa!Sayangnya,sedikit sahaja yang tahu mengenainya dan mahu menerapkan rahsia ini. Sebab itulah begitu banyak tekanan atau stress dan mengalami sakit kepala serta pelbagai jenis penyakit lain lagi. seolah-olah mereka tidak pernah mengalami kejayaan di dalam hidup selain gagal dan gagal lagi.
Hari2 buruk dating silih berganti. Selalu juga terjadi hal2 yang tidak menyeronokkan seperti amarah yang memutuskan persahabtan dan hidup menjadi seperti sesuatu yang menakutkan dan tidak menikmati sepenuhnya. Hidup sungguh membosankan dan sering kelihatn kejam kepada kita. Apakah ini menggambarkan keadaan anda juga? Jika ya, jangan putus asa kerana anda mampu melakukan perubahan!Cuma fahami dan lakukan rahsia 90/10.
Apa rahsia 90/10? Sepuluh peratus kehidupan didasari oleh hal2 yang terjadi terhadap kita manakala baki 90 peratus kehidupan ditentukan oleh bagaimana kita memberikan reaksi terhdap hal2 yang terjadi itu. Maksudnya? Kita memang tidak dapat mengawal 10 peratus kejadian yang menimpa kitaaa. Misalnya kita, kita tidak dapat mengelakkan kenderaan yang kita naiki mengalami kerosakan. Akibatnya, kita terlepas penerbangan dan menjejaskan seluruh jadual kita.
Ataupun, anda dimarahi oleh bos dan berselisih pendapat dengan rakan-rakan setugas di pejabat ataupun ketika berurusan dengan kakitangan sebuah agensi kerajaan@ swasta. Mungkin dia ada masalah dirumah dan anda tidak mampu menghalangnya. Maafkanlah saja dia.Ataupun, ada orang yang menabur fitnah terhadap diri anda, anda mengalami kecurian@ kehilangan sesuatu yang berharga. Sebagai manusia biasa,kita tidak dapat mengawalnya.
Tetapi, berbeza dengan 90 peratus lagi dimana kita yang menentukannya. Bagaimana dengan reaksi kita?Kita tidak dapat mengawal lampu isyarat merah tetapi dapat menegndalikan reaksi kita terhadapnya. Kita lihat 1 contoh:
Anda sedang brsarapan dengan keluarga. tiba-tiba anak anda tanpa disengajakan telah tertumpah secawan kopi diatas kemeja kerja anda. Anda tidak dapat mengendalikan apa yang akan terjadi itu. Namun, apa yang akan terjadi kemudian akan ditentukan oleh cara anda memberikan respons terhdapnya. Anda dengan kasar memarahi anak. Dia menangis. SEtelah itu, anda menyalahkan isteri anda kerana meletakkan cawan tersebut terlalu dekat dengan tepi meja. Lalu terjadilah pertikaman lidah yang menyusul tidak lama kemudian. Anda medengus dan terus membebel sebelum beredar untuk menyalin pakaian.
Setelah kembali ke meja makan, anak perempuan anda sedang menghabiskn sarapanya sambil menangis. Dia ketinggalan pula bas sekolahnya manakal isteri anda sudah terlambat dan perlu segera bertolak ketempat kerjanya. Jadi mahu tak mahu, andalah yang terpaksa menghantar anak anda itu ke sekolahnya. Kerana sudah agak terlewat, anda memandu dengan kelajuan yang melebihi had maksimum sehingga ditegur oleg seorang anggota polis. Anda meminta maaf dan waktu terus berjalan. Setibanya di sekolah,anak anda ditahan oleh pengawas dipintu pagar dan namanya dicatatkan kerana lewat.
Anda meneruskan perjalann dan tiba dipejabat kira-kira 20 minit terlewat dan baru tersedar, anda tertinggal laptop kerja anda yang mengandungi dokumen2 penting di dalamnya untuk dibereskan pada hari itu juga. Anda terpaksa juga pulang kerumah sebelum mesyuarat pada pukul 11 pagi. Sambil meredah kesesakan laulintas,anda teringatkan isteri dan anak anda serta insiden pagi tadi. Kenapa teruk sekali hari anda?
Adakah kerana secawan kopi yang tumpah,kecuaian anak mahupun isteri anda,ditahan oleh polis@ kerana diri anda sendiri? Jawapannya, ialah anda. Kerana anda tidak dapat menguruskan kopi yang tumpah itu. Bagaimana reaksi anda beberapa detik kemudian,menyebabkan hari anda menjadi satu hari yang buruk.
Ini mungkin terjadi jika anda memberikan tindak balas berbeza.Kopi tumpah di atas baju anda. Anak anda menangis. Anda dengan lembut berkata “Tidak mengapa saying,lain kaali lebih berhati-hati ye” Dalam keadaan yang tenang itu, anda menukar pakaian dan tidak lupa mengambil laptop anda. Engkau kembali kemeja makan dan melihat anak anda sedang menunggu bas sekolahnya. Isteri anda mencium tangan anda sebelum anda berangkat ke tempat kerja. Anda sampai ke pejabat lima minit lebih awal dan para pegawai memberikan komentar tentang bagaimana baiknya hari anda.
LIhat perbezaannya. Dua senario yang berlainan, bukan? kedua-duanya dimulai dari hal yang sama, tetapi brakhir dengan berbeza. Kenapa? Kerana reaksi kita.Sungguh kita tidak dapat mengawal 10 peratus hal2 yang terjadi tetapi yang 90 peratus lagi ditentukan oleh reaksi kita sendiri- dipetik dr UTUSAN.
p/s cahayakuiman: Yang baik jadikan pedoman yang buruk jadikan sempadan…. Segalanya ditangan kita…
-----------------
kehidupan adalah sebuah perjalanan menuju sebuah kematian...yang hakiki lagi abadi.UJIan akan datang dan pergi sebagai tanda bukti keimanan.