Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 1
Jumlah: 49


Ahli Sedang Online:
1: nur_takwa88


  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 3 saat yang lalu
qaulah_atrah: 9 hari yang lalu
muaz9768: 12 hari yang lalu
Rashdin: 18 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Biarkan cinta itu bermuara dengan sendirinya..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Biarkan cinta itu bermuara dengan sendirinya..

Please Mendaftar To Post


Oleh Biarkan cinta itu bermuara dengan sendirinya..

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-11-06 23:07


Cinta seindah yang diucap

Saya petik kata-kata dari tazkirah ‘Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi’ bahawa semua orang boleh mengaku dan berikrar mencintai Allah, tetapi tindak tanduknyalah yang mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Sesungguhnya Allah jualah yang mengetahui siapakah antara hamba-hambaNya yang benar-benar mencintaiNya.

Justeru, saya ingin bawakan di sini sebuah cerita yang saya kira benar-benar menguji kecintaan kita pada Allah SWT. Perkongsian ini tidak lain matlamatnya hanyalah untuk kita sama-sama sedar makna cinta yang sebenar-benarnya. Cinta Allah dan cinta manusia. Subhanallah Maha Suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu termasuklah cinta sesama manusia. Cerita yang saya garap hasil pendekatan saya terhadap suatu kisah dan saya menggunakan kata ganti diri ‘saya’, mudah-mudahan pembawaan cerita ini lebih dekat dengan kita insya Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..
Cinta Allah dan cinta manusia. Pengharapan saya hanya satu iaitu untuk menjadi ‘couple islamik’ atau cinta manusia berlandaskan batas syariat yang saya pegang selama ini. Itu doa saya setiap masa agar dipertemukan dengan insan yang bergelar kekasih hati yang akan mengambil saya sebagai teman sehidup semati. Alhamdulillah doa saya Allah kabulkan akhirnya. Berkenalan dengan insan yang saya kira sudah menghampiri nilai-nilai kesempurnaan yang saya hitung dalam doa saya setiap kali sujud terakhir dalam solat, membuahkan rasa sayang antara kami. Proses perkenalan berjalan lancar dan kami kini dalam alam yang lain. Alam percintaan dan seboleh-bolehnya saya dan dia mahu menjaga segala-galanya kerana kami sedar redha Allah paling penting. Namun dalam tidak sedar kami juga seperti pasangan bercinta yang lain, sedikit sebanyak apa yang kami pertahankan runtuh perlahan-lahan. Walaupun hanya perbualan telefon dan sms yang menghubungkan kami, bisikan syaitan itu tetap datang. Apabila dua manusia berlainan jantina berdua-duaan, akan ada pihak ketiga yakni syaitan, musuh ketat agama. Kami cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini dengan ilmu agama yang ada dalam jiwa. Dari sehari ke sehari, kami berusaha sungguh-sungguh agar batasan agama tidak kami langgar. Ada masa kami gagal juga...

Kuasa Allah Maha Hebat. Perancangan Allah mentakdirkan segala-galanya. Hubungan yang terjalin akhirnya sampai ke penghujung. Entah di mana silapnya, saya menerima kata putus dari si dia. Dia putuskan hubungan ini. Keputusannya muktamad. Tuhan yang maha mengetahui betapa terkilannya saya. Masakan ini penyudah hubungan kami. Tidak ada sedikit pun masalah antara kami, malahan kami saling menyayangi. Apa puncanya sehinggakan dia mengambil keputusan ni. Dia katakan pada saya, dia bukan lelaki soleh. Dia jauh dari rahmat Allah. Itu alasannya. Alasan yang tidak masuk akal tidak munasabah pada saya. Saya menerima dirinya seadanya sepanjang perkenalan kami. Kekurangannya saya anggap sebagai satu kelemahan kerana saya sedar tidak ada manusia pun yang sempurna dalam dunia ini. Betapa kecewanya saya. Berkali-kali saya bertanyakan pada diri sendiri, apa dosa saya sehinggakan saya terpaksa menerima semua ni. Kenapa saya harus menerima saja segala keputusan. Hati saya tersangat parah. Jiwa saya menangis. Di saat saya benar-benar menyayangi dirinya, Allah uji pula dengan dugaan sebegini besar.

Saya masih keliru dengan alasan yang dia berikan. Saya kumpul kekuatan bersemuka dengannya, dengan harapan saya jelas dengan keputusan yang dia buat terhadap hubungan kami. Katanya, “Saya terpaksa mengambil keputusan ni. Hormatilah keputusan saya. Saya terpaksa korbankan sayang saya pada awak. Sebab saya nak bersihkan hati saya. Hati saya kotor. Saya sangat berharap awak faham. Saya akan jadi ketua keluarga, saya nak jadi yang terbaik sebab saya yang akan jaga anak-anak dan jaga awak. Saya nak teruskan hubungan kita tapi saya tak mampu nak jaga hubungan ni sebaik mungkin. Awak pun jelas dengan keadaan tu. Kadang-kadang nafsu mengatasi kita. Saya takut Allah tak redha. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Berjumpa dengan ibu bapa awak pun, tidak akan menyelesaikan masalah. Ada banyak lagi kekangan yang menghalang kita menghalalkan hubungan ni. Fahamilah awak, terima ni sebagai suatu ujian. Jangan bersedih. Kesedihan tu disebabkan syaitan. Fikirkan apa yang berlaku ni untuk jangka masa yang panjang. Jangan fikir untuk masa sekarang. Beri saya peluang untuk membuang segala yang kotor dalam hati saya ni. Walau perit sekalipun, saya nak awak redha. Ini ujian Allah. Allah uji kita dengan cinta. Kecil sangat ujian ni. Kasih mana pun kita pada manusia, akan pergi juga dari kita. Saya tak pernah buang awak dan kalau ada jodoh kita pasti akan bersama. Kalau ada jodoh saya tetap akan cari awak. Percaya pada Allah, kalau ada jodoh kita pasti bersatu juga..â€

Andai ini ujian Allah, sungguh amat berat untuk saya terima. Dan seandainya ini dugaan Allah, tidak ada bezanya berlaku sekarang atau pada masa depan. Saya cuba faham Kenapa keputusan ni dia ambil. Dia ingin mencari keredhaan Allah. Saya jelas tentang itu tetapi saya manusia biasa, ada masa-masa tertentu saya berasakan ini tidak adil untuk saya pikul seorang diri terutama apabila fikiran saya diasak dengan ingatan padanya. Sungguh saya merinduinya. Saya pujuk diri sendiri. Saya katakan pada diri, ini ujian Allah. Sehari semalam saya berendam air mata. Biarkan saya bersedih sepuas-puasnya hari ini kerana esok saya nak bangun tanpa bayangan dia. Saya berdoa selalu ujian kali ini akan datang hikmah yang besar Allah nak bagi. Tanpa sedar, masih ada lagi setangkup harapan agar kami bersatu satu hari nanti dalam suasana Allah redha. Hati saya berkata, saya akan tunggu dia sehingga satu hari yang saya sendiri tak pasti. Saya bukanlah sehebat Saidina Fatimah yang menunggu Ali Karamullah Wajhah. Bila saya terlalu letih menunggu, saya akan berhenti berharap. Harapan ini saya gantungkan pada Allah kerana saya yakin Dia lah yang mengetahui segala-galanya. Andai dia bukan jodoh terbaik untuk saya seperti yang Allah catatkan di Luh Mahfuz, saya berdoa agar Allah beri saya petunjuk.

Saya doakan dia sentiasa bahagia. Saya minta Allah beri cinta dan sayangNya pada dia kerana saya tahu Dialah sebaik-baik penjaga. Semoga matlamatnya tercapai... Saya bangga mengenali insan seperti dia yang tahu setakat mana batasan cinta manusia dan cinta Allah. Dia mengibarkan bendera Islam dan dalam masa yang sama berusaha membangunkan Islam. Biarkanlah cinta yang pernah wujud itu bermuara dengan sendirinya…di saat yang tepat..dengan seseorang yang tepat..dan pilihan yang tepat..hanya dari Allah SWT di saat dihalalkannya dua manusia untuk bersatu dalam ikatan pernikahan yang barakah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-11-06 23:53


:-)


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 00:07


jangan putus asa dengan rahmatnya.
banyakkan berdoa.. kerana Allah akan memakbulkan seperti mana yang kita minta. mudah2an doa yang dipanjatkan itu akan merealisasikan pertemuan dalam ikatan yang barakah. insya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

ayuni2404
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27386
Posting: 3
Dari: jitra

Kedah  


posticon Posting pada: 18-11-06 00:12


salam ukhwah..
sedihnye cerita tu..
saya minta maaf jika kata-kata saya menyinggung mana-mana pihak,tetapi secara jujurnya...susah untuk jumpa lelaki macam tu tambahan di dunia sekarang...terima kasih kerana menyedarkan saya tentang hakikat cinta sebenar


-----------------
~tomorrow everything will be better..insyaALLAH~


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayuni2404Profil   Hantar PM kepada ayuni2404   Pergi ke ayuni2404's Website   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-11-06 00:27


"Sungguh saya merinduinya. Saya pujuk diri sendiri. Saya katakan pada diri, ini ujian Allah. Sehari semalam saya berendam air mata. Biarkan saya bersedih sepuas-puasnya hari ini kerana esok saya nak bangun tanpa bayangan dia. Saya berdoa selalu ujian kali ini akan datang hikmah yang besar Allah nak bagi"


"Saya doakan dia sentiasa bahagia. Saya minta Allah beri cinta dan sayangNya pada dia kerana saya tahu Dialah sebaik-baik penjaga. Semoga matlamatnya tercapai... Saya bangga mengenali insan seperti dia yang tahu setakat mana batasan cinta manusia dan cinta Allah."

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 01:03


Pada 18-11-06 00:12 , ayuni2404 posting:

!!! QUOTE !!!

salam ukhwah..
sedihnye cerita tu..
saya minta maaf jika kata-kata saya menyinggung mana-mana pihak,tetapi secara jujurnya...susah untuk jumpa lelaki macam tu tambahan di dunia sekarang...terima kasih kerana menyedarkan saya tentang hakikat cinta sebenar





:-) Bismillahirrahmanirrahim...


betul apa yang diperkatakan oleh ayuni2404..ana juga berpendapat sedemikian...bukan mudah nak temui muslimin seperti ini...hanya muslimah yang benar-benar bertuah sahaja yang dapat memilikinya...

moga kutemui cinta sptmu jua...
insyaallah.


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
[ Telah diedit oleh: zubaidah pada 18-11-06 01:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 02:51


Sukarnya untuk menemui calon suami yang soleh dan mencintai Allah serta RasulNya lebih daripada segala2nya...


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
[ Telah diedit oleh: zubaidah pada 18-11-06 11:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

Upsi_InMyHeart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.11.2006
Ahli No: 27262
Posting: 115
Dari: tanjong malim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 06:55


cerita ini memberi semangat kepadaku.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Upsi_InMyHeartProfil   Hantar PM kepada Upsi_InMyHeart   Pergi ke Upsi_InMyHeart's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 08:56


sebab tu lah tak boleh bercinta...memang kita nak beruasaha untuk jaga batasan2 yang ada...tapi kadang-kadang kita akan tertewas...kerana syaitan telah bersumpah akan menyesatkan anak adam dengan apa cara sekalipun...jangan risau ad jodoh tak kemana.semuanya ketentuan Allah..."tak akan lari gunung di kejar"

betul tindakan sahabat anta....sebab untuk membina anak yang solah dan solehah bukan saja bermula dari kita mencari pasangan malah bermula bagaimana kita membentuk diri kita dan hubungan dengan pasangan...

apa tujuan telefon,sms dan sebagainya?sabar ye....Allah maha Adil untuk Umatnya...perpisahan ini hanya sementara...cintai Allah nescaya kita kan bertemu insan yang mencintainya...insyaAllah...

anti cukup bertuah kerana bertemu dengan dia...kerana dia telah berkorban hati untuk Islam...jangan kecewa....sebab perjuangan islam tidak boleh diisi dengan perkara2 begini...iaitu cinta.hnay bercinta dengan Allah...baru kita kan merasa betapa manisnya perjuangan...

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana di antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerna pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar berpisah selalu menderita
Kerna syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

hayati lagu ni..ana rasa ia akan beri kekuatan kepada anti.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 10:51


Pada 18-11-06 00:07 , imtihan_insyirah posting:

!!! QUOTE !!!

jangan putus asa dengan rahmatnya.
banyakkan berdoa.. kerana Allah akan memakbulkan seperti mana yang kita minta. mudah2an doa yang dipanjatkan itu akan merealisasikan pertemuan dalam ikatan yang barakah. insya Allah


"..Qala rab bukumud 'unii astajib lakum..."
:-) :-) :-) :-) :-) :-)


-----------------
~Don't ever leave the one you love for the one you like,because the one you like will leave you for the one they love~


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 11:23


Sebak rasa hatiku ini
Di saat ku hayati setiap bait kata bicaramu..
Sesungguhnya aku dapat merasai..
Setiap yang kau rasakan..
Sejak aku mengenalimu hingga ke detik ini..
Ku tahu dirimu seringkali di rundung masalah ini…

Ketahuilah wahai adikku..
Bukan mudah untuk memiliki setiap yang diingini…
Kebahagiaan yang di harapkan untuk selamanya..
Tapi berakhir tanpa di duga..

Kuatkan hatimu..
Hanya itu yang mampu ku ucapkan..
Ku juga pernah merasai setiap apa yang kau rasakan..
Namun berkat ketabahanku kebahagian itu kini ku miliki..

Biarkan cinta itu bermuara dengan sendirinya…
Bersama pilihan yang tepat..
Dengan insan yang mampu membahagiakanmu..
Andai dia milikmu..
Pasti akan tetap jadi milikmu…


-----------------

[ Telah diedit oleh: kasih_kekasih pada 18-11-06 11:31 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

nieza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-06 15:26


Assalamualaikum...

         Sabar menanti dan mengharapkan kasihNya, semoga Allah memberkati hubungan antara sesama manusia. Semoga cinta yang hadir mendapat redha Ilahi dan harapan ingin bersatu di bawah lembayung ramatNya...insyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezaProfil   Hantar PM kepada nieza   Pergi ke nieza's Website   Quote dan BalasQuote

Nurr_Iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 17:01


Assalamua'laykum..

" jika kau mencintai bunga, sedarlah bunga itu akan layu.. jika kau cintakan manusia.. sedarlah suatu hari dia akan pergi.. jika kau mencintai harta.. harta itu nanti kau akan tinggalkan... jika kau cintakan ILLAHI,, hanya dia yang akan kekal abadi... CINTAILAH ILLAHI... Semoga suatu hari nanti akan ada cinta insan yang mencintai Allah untukmu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurr_ImanProfil   Hantar PM kepada Nurr_Iman   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 18-11-06 17:59


kisah macam ni 1 dalam 1000.
moga ALLAH bagi kita semua apa yang terbaik..ALLAH lebih tahu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 18-11-06 23:41


"Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan.Jangan kerana cinta, prinsip kita menjadi larut & cair.Cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan & perkahwinan tidak semestinya akan menokhtahkan titik akhir kepada percintaan.."

:-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-11-06 00:38


pengharapan hanya pdMU ya Rahman...
keyakinanku tetap pdMU ya Karim...
rintihanku tetap berpanjangan...
moga hajatku d perkenankan...
moga tiada gulana yang mencengkam...
moga hadirnya seorang imam...
buat diriku yang lemah dan serba kekurangan...


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 19-11-06 01:14


Assalamualaikum

terima kasih sahabat2, sedikit sebanyak memberi kesedaran pada ana bermuhasabah pada diri dan juga pada masyarakat muda mudi kini yang telah jauh dari cinta yang sepatutnya diAgungkan.bagi kita yang sedar inilah sepatutnya membimbing mereka.semoga Allah meredhai & membantu kita dalam usaha yang kita lakukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

adifashla
Warga Rasmi
Menyertai: 26.02.2006
Ahli No: 23013
Posting: 2
Dari: bera

Pahang  


posticon Posting pada: 21-11-06 10:35


terlalu mahal nilai cinta tu kan. adi faham sebab adi pun pernah alaminya. berkali - kali jatuh tapi adi takkan putus asa. semua tu ada hikmahnya... bila itu berlaku baru kita tau betapa kerdilnya kita ni dibandingkan dengan Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For adifashlaProfil   Hantar PM kepada adifashla   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 11:47


Assalamua'laikum

Suka untuk ana titipkan sesuatu yang ana ambil daripada pembacaan ana, moga ada khairnya untuk semua..

"Cinta sejati adalah cinta yang tidak dicemari kemurkaan Allah & terpelihara kesuciannya hingga syariat menghalalkan. Cinta itulah yang akan dihadiahkan buat insan yang dijanjikan Allah..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 13:01


:roll: :roll: .......Hhhhmmmmmmmm..........


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 21-11-06 14:28


salam

nak tanya...
cerita benar ke ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 19:41


Pada 21-11-06 11:47 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamua'laikum

Suka untuk ana titipkan sesuatu yang ana ambil daripada pembacaan ana, moga ada khairnya untuk semua..

"Cinta sejati adalah cinta yang tidak dicemari kemurkaan Allah & terpelihara kesuciannya hingga syariat menghalalkan. Cinta itulah yang akan dihadiahkan buat insan yang dijanjikan Allah..."



:-) Bismillahirrahmanirrahim...

Alangkah indahnya andai aku juga dikurniakan dengan cinta seperti ini...tapi hanya ada 1 dalam 1000...adakah aku termasuk dalam golongan ini...?bukan mudah untuk mengapainya, hanya org yang Allah pilih sahaja yang akan mengecapinya. :-)


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-06 21:18


Pada 18-11-06 11:23 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Sebak rasa hatiku ini
Di saat ku hayati setiap bait kata bicaramu..
Sesungguhnya aku dapat merasai..
Setiap yang kau rasakan..
Sejak aku mengenalimu hingga ke detik ini..
Ku tahu dirimu seringkali di rundung masalah ini…

Ketahuilah wahai adikku..
Bukan mudah untuk memiliki setiap yang diingini…
Kebahagiaan yang di harapkan untuk selamanya..
Tapi berakhir tanpa di duga..

Kuatkan hatimu..
Hanya itu yang mampu ku ucapkan..
Ku juga pernah merasai setiap apa yang kau rasakan..
Namun berkat ketabahanku kebahagian itu kini ku miliki..

Biarkan cinta itu bermuara dengan sendirinya…
Bersama pilihan yang tepat..
Dengan insan yang mampu membahagiakanmu..
Andai dia milikmu..
Pasti akan tetap jadi milikmu…



Ada tikanya
rasa resah dan hiba
Mencengkam jiwa
Semangat goyah putus asa
Peritnya menahan kecewa
Apa yang dicita
Tidak kesampaian
Kerana yang terjadi
Tidak seperti yang diingini
Seharusnya
Jangan biar kecewa berlarut
Jiwa meresah dimamah duka
Insafilah
Kita hanya merencana
Takdir penentu segala

;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 22:02


Pada 21-11-06 19:41 , zubaidah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-11-06 11:47 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamua'laikum

Suka untuk ana titipkan sesuatu yang ana ambil daripada pembacaan ana, moga ada khairnya untuk semua..

"Cinta sejati adalah cinta yang tidak dicemari kemurkaan Allah & terpelihara kesuciannya hingga syariat menghalalkan. Cinta itulah yang akan dihadiahkan buat insan yang dijanjikan Allah..."



:-) Bismillahirrahmanirrahim...

Alangkah indahnya andai aku juga dikurniakan dengan cinta seperti ini...tapi hanya ada 1 dalam 1000...adakah aku termasuk dalam golongan ini...?bukan mudah untuk mengapainya, hanya org yang Allah pilih sahaja yang akan mengecapinya. :-)



InsyaAllah, kita masih dan sentiasa ada doa :)


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

hubbud_jariah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.11.2006
Ahli No: 27212
Posting: 32
Dari: jepang

malaysia  


posticon Posting pada: 22-11-06 00:38


ini pertama kali saya mencoret sesuatu di laman forum portal ukhwah ni..sebelum ni hanya sebagai pembaca senyap saja...berkenaan dengan masalah saudari azzahrah tu nasihat saya bebyk lah bersabar...yakinlah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya...bersyukur lah kerana dipertemukn dengan lelaki yang seperti itu...lelaki yang tahu tanggungjwbnya pada agama dan kerana kesedarannya dan mahu belajar meningkatkn iman...alhamdulillah...cuba saudari fikirkn kalau hubungn yang sebelum ini diteruskn...memang lah pada dasarnye kita menganggap kita sebagai couple islamic lah kononnyer......tak ada istilah couple islamic sbnrnyer...sebabnya kalau dah bercouple tu mesti tak dapat nak hindarkn diri daripada buat-buat benda yang kononnya adat bercouple (sms,telefon,jumpa,makan-makan..etc)...jadi sepatutnya saudari sedar tindakan yang diambil dengan memutuskn hubungn itu adalah yang terbaik sbnrnyer...terhindar dr cinta terlarang yang jauh dr reda allah...jangan risau soal jodoh...kalau dah ditetapkn dia adalah jodoh saudari takkan kemana...semuanya adalah perancangan allah swt...Dia yang maha mengetahui....

hehe sbnrnyer saya cakap ni berdasarkn dr pengalaman saya sendri...saya juga pernah mengalami situasi yang sama seperti saudari...cuba bezanya saya yang minta hubungan itu diputuskn...sama macam saudari kononnyer nak jadi couple islamic, jaga batas hubungn dengan ilmu agama,...tapi memang susah nak jaga hubungan tu sbnrnyer...lama2 saya sedar takkan kemana hubungan yang ternyata memang xhalal di sisi islam tu...saya muhasabah diri balik dan rasa diri kerdil disisiNya..saya takut Allah tak redha. dan saya tekad memutuskn hubungn itu biarpun nanti akan ada hati yang terluka...biarlah andai itu adalah nilai yang harus dibayar untuk mencari keredhaanNya...moga nanti dia sedar sendri banyak hikmah disebaliknye...dan kini alhamdulillah saya rasa lebih tenang...dan dapat fokus lebih pada pelajaran,cita2 dan dalam usaha mencari ilmu akhirat juga...insyaallah

soal cinta dan jodoh saya berserah kepadanya..kerana saya yakin dengan ketentuanNya...rasa lapang dada bila membaca kisah2 cinta selepas kahwin...yup itulah cinta yang sebenar-benarnya. saya berdoa moga Allah menganugerahkn cinta yang seperti itu kepada saya dan juga anda semua...
coretan di atas saya kongsi bersm spy sm2 kita jdkn renungan dan ambil pengajaran...salah silap harap maafkn...saya hanyalah hambaNya yang lemah lagi daif....
salam....

*******kembara mencari ilmu dan cintaNya***********

Bookmark and Share

    


  Member Information For hubbud_jariahProfil   Hantar PM kepada hubbud_jariah   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-11-06 01:09


Pada 21-11-06 14:28 , alqibtiaz posting:

!!! QUOTE !!!

salam

nak tanya...
cerita benar ke ni?


sekadar satu kisah..
untuk renungan kita bersama saja dik.. ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 24-11-06 10:08


huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

ctiey84_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14174
Posting: 14
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-11-06 10:47


:-) :-? :roll: :-o Sesungguhnya semua orang punya experience tersendiri...Ana pun same...Sedih...dah tak ada jodoh...ana cuma harapkan kebahagian dia...Kebahagian dia bersama bakal isterinya..."jangan dicari cinta,biar ia datang sendiri"...............

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctiey84_muslimahProfil   Hantar PM kepada ctiey84_muslimah   Quote dan BalasQuote

nurhaida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8493
Posting: 173
Dari: Sungai Petani,KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 11:13


"Walau perit sekalipun, saya nak awak redha. Ini ujian Allah. Allah uji kita dengan cinta. Kecil sangat ujian ni. Kasih mana pun kita pada manusia, akan pergi juga dari kita. Saya tak pernah buang awak dan kalau ada jodoh kita pasti akan bersama. Kalau ada jodoh saya tetap akan cari awak. Percaya pada Allah, kalau ada jodoh kita pasti bersatu juga..â€

*InsyaAllah,kalau ada jodoh tak akan ke mana... Mudah2an, ada hikmah disebaliknya.
:-)


-----------------
Tidak ada yang bermakna dalam hidup... selain kita berbuat baik sesama insan.(",)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaidaProfil   Hantar PM kepada nurhaida   Quote dan BalasQuote

ctiey84_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14174
Posting: 14
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-11-06 11:31


:-( Betul...dugaan tu hanya sebahagian dalam hidup kita...ana hanya mengharapkan keredhaan Tuhan..jodoh dan maut hanya allh yang menetukannya...cuma ana harap ana dapat tabahkan hati dari hari ke hari untuk menghadapi hidup..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctiey84_muslimahProfil   Hantar PM kepada ctiey84_muslimah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 11:51


Boleh ke bercinta sebelum kahwin ni ... :-?

... keliru jugak saya .. tengok topik yang tu kata tak boleh bercinta, buka topik sana tengok dia jatuh cinta pada seorang hafiz al-Quran, buka topik yang tu tengok dia bercinta "mengikut cara Islam" ... buka topik situ tengok dia kata tak nak berhubung dengan lelaki dalam forum ukhwah ... buka topik sinun tengok-2 dah nak kahwin dan dapat jodoh dalam ukhwah ... buka topik dulu kata tak boleh cinta enta-enti walaupun hanya dengan SMS ... buka topik ni pulak tengok-2 jatuh hati setelah bermain SMS ...

maaf bukan nak kenakan sesiapa ... :-D ... tapi saya harap ada maklum balas tentang kekeliruan ini ...
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 24-11-06 12:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ctiey84_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14174
Posting: 14
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-11-06 11:54


:-o tak salah rasanya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctiey84_muslimahProfil   Hantar PM kepada ctiey84_muslimah   Quote dan BalasQuote

ctiey84_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14174
Posting: 14
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-11-06 12:08


Susah nak kata kalau bab perasaan ni...Cinta ada di mana-mana...yang pasti macam-macam jenis cinta..asal dia suci kan...tapi tak payah kelirukan hati gan macam-macam persepsi..kalau ana, jangan cemarkan cinta...Allah dah anugerahkan cinta untuk kita...

Tak salah menyintai...menyayangi...dan dicintai...lumrah alam....siapa pun kita...takkan lari dari perasaan itu...hargailah cinta seadanya...sebelum ia pergi meninggalkan kita...tapi kalau tak suka bercinta, itu hak masing-masing...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctiey84_muslimahProfil   Hantar PM kepada ctiey84_muslimah   Quote dan BalasQuote

syuk
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6091
Posting: 53
Dari: ~~Mahligai Kasih~~

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-06 12:58


insyaAllah dik akan datang juga padamu
seorang insan yang akan menghargai diri dan cintamu...



Bookmark and Share

    


  Member Information For syukProfil   Hantar PM kepada syuk   Pergi ke syuk's Website   Quote dan BalasQuote

ctiey84_muslimah
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14174
Posting: 14
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-11-06 15:35


:-) InsysAllah ana akan terus tabah...Tapi inilah dikatakan hikmah disebalik semua ni...ana gembira denga kehidupan ana...Ana gembira dengan kasih sayangNya yang tak pernah berbelah bahagi...Thanxs God...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctiey84_muslimahProfil   Hantar PM kepada ctiey84_muslimah   Quote dan BalasQuote

sahihnor
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 24-11-06 15:57


jodoh dan ajal tu tuhan dah tentukan pada setiap makhluk kat dunia ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahihnorProfil   Hantar PM kepada sahihnor   Quote dan BalasQuote

cinta_madinah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15937
Posting: 172
Dari: ardhuLLAH

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-12-06 11:10


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For cinta_madinahProfil   Hantar PM kepada cinta_madinah   Quote dan BalasQuote

qudwah_mardihah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.03.2004
Ahli No: 8029
Posting: 263
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-12-06 12:07


sedihnya cerita ni....terima kasih menyedarkan saya....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwah_mardihahProfil   Hantar PM kepada qudwah_mardihah   Pergi ke qudwah_mardihah's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 26-12-06 12:11


kecewa memang sakit, apatah lagi kita mengharapkan kebahagian dengannya...
tapi hidup mesti diteruskan, mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita....
Ada hikmah yang kita tidak ketahui....

P/S: MASIH ADA LAGIKAH SINAR?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 26-12-06 14:08


!!! QUOTE !!!

... keliru jugak saya .. tengok topik yang tu kata tak boleh bercinta, buka topik sana tengok dia jatuh cinta pada seorang hafiz al-Quran, buka topik yang tu tengok dia bercinta "mengikut cara Islam" ... buka topik situ tengok dia kata tak nak berhubung dengan lelaki dalam forum ukhwah ... buka topik sinun tengok-2 dah nak kahwin dan dapat jodoh dalam ukhwah ... buka topik dulu kata tak boleh cinta enta-enti walaupun hanya dengan SMS ... buka topik ni pulak tengok-2 jatuh hati setelah bermain SMS ...


ehehehe..best ayat ni.kalau nak bercinta sebelum kawin.kena lah ada ying dan yang nya.contoh bila dah rasa macam melalut dan fikir yang bukan-bukan.salah seorang kena lah sedarkan lagi seorang dan stop kejap.bukan maksud stop terus.kalau nak stop terus tu,terpulang lah.contact sekali sekala ke dah lah.then jangan contact kerap-kerap.mungkin tak lalai sangat kalau buat macam tu.dalam sebulan tu,kasi lah satu hari untuk bersms sampai puas.hari lain tak payah lah..

sekadar pandangan...

wallahu'alam


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-12-06 00:27


Baguslah cerita ini......saya rasa 1 dalam 1000 juga....
:-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
[ Telah diedit oleh: awan_biru85 pada 31-12-06 01:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

nur_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2005
Ahli No: 15931
Posting: 144
Dari: IPT

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-06 12:39


Assalamualaikum.Yakinlah dengan janji Allah swt bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik manakala perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.Yakin dengan janji Allah nescaya kita akan berasa tenang.Jodoh pertemuan ajal maut semua ditangan Allah swt.Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanyaJika Allah berkata Jadilah maka akan jadilah ia.Sama-samalah kita muhasabah diri kita.Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_mujahidahProfil   Hantar PM kepada nur_mujahidah   Pergi ke nur_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid25
Warga Rasmi
Menyertai: 04.01.2005
Ahli No: 13534
Posting: 20
Dari: Taiping

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 10:30


keliru jugak saya .. tengok topik yang tu kata tak boleh bercinta, buka topik sana tengok dia jatuh cinta pada seorang hafiz al-Quran, buka topik yang tu tengok dia bercinta "mengikut cara Islam" ... buka topik situ tengok dia kata tak nak berhubung dengan lelaki dalam forum ukhwah ... buka topik sinun tengok-2 dah nak kahwin dan dapat jodoh dalam ukhwah ... buka topik dulu kata tak boleh cinta enta-enti walaupun hanya dengan SMS ... buka topik ni pulak tengok-2 jatuh hati setelah bermain SMS ...
-----------------------------------------------

Assalamualaikum...tapi betul ke kita tak boleh cup dulu orang yang kita minati???..sebab ada kawan saya sudah graduate tapi masih belum bpunya..dengar kata kawan-kawan sebab dia pemalu dan sikap wara'nya menyebabakan orang segan pula untuk merisik...
Bagi saya tak salah Kalau kita minati seseorang dan kita nyatakan hasrat kita kpada wakil/sahabat karibnya supaya dia tahu kita minatinya...tapi biarlah ada muhrim/orang yang dipercayai agamanya yang dapat mnjaga hubungan kita supaya tak terlanjur jauh.dan janganlah lama2.1-2 tahun kenalah jumpa parents nya pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid25Profil   Hantar PM kepada mujahid25   Pergi ke mujahid25's Website   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 08-01-07 10:53


selagi diberi peluang dan kesempatan untuk mencintai dan dicintai..maka terima lah ia dengan ikhlas..tapi berlandaskan hukum yang telah ditetapkan...
tapi,peringatan untuk diri saya sendiri dan org lain..jangan sesekali tidak menghargai cinta dan kasih sayang yang pernah diberi oleh org lain..kerana suatu hari nanti diri sendiri akan merasa bagaimana peritnye apabila kasih yang diberi tidak dihargai...huhukk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-01-07 10:59


Cinta akan bermuara jika dibawa arus...tapi jikalau arusnya kuat..tiada pendayung..takut terlepas dan mungkin melanggar batu di dasar sungai..

Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya

Segalanya ketentuan...namun kena ada hala tujunya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

abah-we-ma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-01-07 19:49


memang susah nak jumpa yang soleh kat dunia ni......
1 dalam 1000 lah kalau zaman sekarang ni.......
harap-harap dapat yang elok dan boleh membimbing kejalan yang benar........

Bookmark and Share

    


  Member Information For abah-we-maProfil   Hantar PM kepada abah-we-ma   Quote dan BalasQuote

syuhada_islamic
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-07 20:44


:):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syuhada_islamicProfil   Hantar PM kepada syuhada_islamic   Quote dan BalasQuote

bayti_jannati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 07-04-07 21:09


tersentuh nya cerita ni...
memang susah nak cari yang macamtu sekarang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bayti_jannatiProfil   Hantar PM kepada bayti_jannati   Quote dan BalasQuote

bayti_jannati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 08-04-07 00:28


tol tu...saya setuju dengan tajuk ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bayti_jannatiProfil   Hantar PM kepada bayti_jannati   Quote dan BalasQuote

teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-04-07 00:35


aku rasa semakin sesak nafas..mampukah aku temui jiwa sebegini..mengharp cinta 4JJ1 semata..aku redha ya 4JJ1...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teru_teru_bozuProfil   Hantar PM kepada teru_teru_bozu   Quote dan BalasQuote

dhamiraqistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13287
Posting: 271

Selangor  


posticon Posting pada: 08-04-07 02:27


kecewa bercinta tu memang perit..sampai bila pun parut luka itu akan tetap ada...bersemadi di situ...biarkan masa yang menguburkannya...dan di saat ianya telah terkubur...akan datang cinta sejati yang akan mengisi kekosongan yang selama ini dimiliki...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dhamiraqistinaProfil   Hantar PM kepada dhamiraqistina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14721 saat. Lajunya....