Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 26 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Lelaki pelindung wanita makin KURANG...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Lelaki pelindung wanita makin KURANG...

Please Mendaftar To Post


Oleh Lelaki pelindung wanita makin KURANG...

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 21:40


:-) Bismillahirrahmanirrahim....


DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki”. (Bukhari dan Muslim)
Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi bilangan mahupun tanggungjawab. Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya, dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya bilangan ‘lelaki lembut’ yang meniru gaya hidup wanita, seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu masa dahulu, atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.

Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai ‘qowwamun’ (pelindung) kepada wanita. Allah berfirman di dalam surah an Nisa’ ayat 34: Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya.

Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.

Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan ‘qowwamun’ yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan ‘ar-rijal’ yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.

Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.

Lihatlah laporan yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik mengenai moral atau akhlak masyarakat kita, khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat.

Peningkatan kes rogol, sumbang mahram, bunuh, samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan pembantu rumah, jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita, seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis nabi.

Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.

Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapinya. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini.

Namun, wanita juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama, semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat.

Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi.

Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.

Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita. Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :

Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)
_________________
Kebencian tidak dapat dimusnahkan dengan kebencian.. melainkan dengan kasih sayang. - Hukama'


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-11-06 22:28


....entah lah... apa nak jadi ni....
Harapkan pagar, pagar makan padi...!!
Dengar sini orang laki-laki sekalian...Jom kita sama-sama melindunggi mereka yang lebih lemah daripada kita ni..!!
Supaya orang tak kata begini lagi..:
"Lelaki pelindung wanita makin KURANG..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-11-06 22:38


Pada 16-11-06 22:28 , mechelmine posting:

!!! QUOTE !!!

....entah lah... apa nak jadi ni....
Harapkan pagar, pagar makan padi...!!
Dengar sini orang laki-laki sekalian...Jom kita sama-sama melindunggi mereka yang lebih lemah daripada kita ni..!!
Supaya orang tak kata begini lagi..:
"Lelaki pelindung wanita makin KURANG..."



marah ke..janganlah marah..ni ana copy and paste saja..ana terbaca kat www.e-masjid.com
jadi, ana sampai2kanlah pada sahabat2 semua...
:-D :-D :-D


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-11-06 01:27


:-D :-D :-D
... ada gaya marah ke..ish2...tak ada niat langsung tu..hehee..
Apa-apa pun nak minta maaf juga lah.....Harap maaf ya..hehee..
Ni pun minta maaf secara terbuka ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27188
Posting: 98
Dari: sandakan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 18:53


hee..
lelaki sekarang ni lebih utamakan nafsu mereka semata-mata...
mereka tak fikir apa resiko ya pada perempuan...
saya setuju cadangan di atas 2..
bagus sangat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_87Profil   Hantar PM kepada islamic_87   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-11-06 19:17


Pada 17-11-06 18:53 , islamic_87 posting:

!!! QUOTE !!!

hee..
lelaki sekarang ni lebih utamakan nafsu mereka semata-mata...
mereka tak fikir apa resiko ya pada perempuan...
saya setuju cadangan di atas 2..
bagus sangat...



:-) Bismillahirrahmanirrahim...

ya, memang betul kata-kata islamic_87...
lelaki sekarang ni kebanyakannya mengutamakan hawa nafsu semata2 dan mengutamakan paras rupa...
tapi ana tak kata lah semua lelaki macam tu...tapi nak cari lelaki yang betul-betul menjadi pelindung wanita susah 'bangat'!!!
Ada pun, cuma segelintir sahaja.

Golongan2 wanita solehah amat merindukan lelaki seperti ini...
tapi sukarnya nak temui...
:-D


الله اكبر


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 14:53


Perempuan pulak jangan lah gunakan kecantikan yang ada untuk menarik perhatian lelaki...Memang lah lelaki yang datang adalah yang mementikan kecantikan dan nafsu sahaja...Seperti makanan yang terdedah akan menarik perhatian lalat untuk hinggap atas makanan tu...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 15:11


lelaki pencinta wanita ramai......hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 22:59


:-) Assalamualaikum....


Teringat kata-kata seorang sahabat "agaknya zaman sekarang ni wanita yang kena pimpin lelaki"....

Apa yang terjadi sama ada yang berlaku pada wanita atau lelaki pada masa kini kerana tiadanya ilmu, iman dan akhlak dalam diri,ditambah pula lemahnya institusi keluarga...Dalam ISLAM,pembentukan sesebuah keluarga itu ialah dari pemilihan suami dan isteri lagi,jika pemilihan itu salah dan tidak menepati apa yang ISLAM hendak,maka pincanglah sesebuah keluarga itu...
Jika kita lihat pada zaman sekarang,harta,pangkat dan rupa merupakan perkara wajibyang dilihat pada calon suami atau isteri.Padahal ilmu agamalah yang dituntut pada kedua-duanya sama ada pada pihak isteri atau suami.Jika semuanya pada perkara yang fana' atau binasa..maka kebahagiaan sesebuah keluarga itu fana' jugalah...

Ilmu agama juga dipandang ringan dalam masyarakat hari ini,ada yang berpendapat tanggungjawab dakwah itu hanya pada yang belajar kat sekolah2 agama,atau yang ambil course agama kat IPT2,padahal dakwah itu pada semua yang mengetahui dan pada semua orang ISLAM....

Jadilah orang yang bahagia di dunia dan di akhirat...insyaALLAH..selagi kita berpegang pada AL-QURAN dan ASSUNNAH..kita akan bahagia dan tidak akan sesat buat selamanya......


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 19-11-06 23:37


ye ke?setakat ni saya memang melindungi buah hati saya..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

jawa_kgbaru
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2006
Ahli No: 27414
Posting: 53
Dari: Kampung Baru

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 00:32


tu yang "bumi dah bergolek" kat sistem dia sebabnya "khalifah" yang dipilih sudah tonggang terbalik sebab tak ada akhlak yang amanah, beriman kepada ALLAH... jadi bila dah ada rmhtangga tak taw nak bagi advice tentang religious yang tau hisap rokok, benda-benda leka, itulah dunia...
jadi si wanita pun akan ambil kesempatan seperti minta duit saja kat si suami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jawa_kgbaruProfil   Hantar PM kepada jawa_kgbaru   Pergi ke jawa_kgbaru's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 09:26


salam..
betul itu makin kurang kita nak jumpa Lelaki yang melindungi wanita...kebanyakkannya yang mengambil kesempatan..apa dah jadikan...Bukan ke ini lelaki yang merupakan fungsinya sebagai PEMIMPIN...besarkan tanggungjawab seorang lelaki ini..dan mereka punharus sedar.....tapi nak salah kan 1 pihak jugak tak sesuai..kadng kala kita kena fikirkan Kenapa benda ini terjadikan..mungkin ada sebab Why mereka berperangai sedemikan.kalau kita ikutkan dari aspek Psikologi...memang ada sebab mengapa ia nya terjadi...
Allah...saya pun tak pandai nak ulas banyak-banyak, jadinya apapun Mencintailah Seseorang itu bukan kerana Siapa Dia tapi atas nikmat Allah dan mencintai kerana Allah..dan yakin kepada Allah...
erm...macam dah rasa takut saja nak berhadapan atau berjumpa dengan Lelaki yang hanya mengambil kesempatan dan tidak boleh menjadi pelindung kepada Wanita...
bagi kaum wanita mari kita sama-sama berdoa agar Allah pelihara kita dari perkara2 yang buruk ini..didunia dan diakhirat...yang penting untuk bakal suami kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.08.2006
Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam

Pahang  


posticon Posting pada: 20-11-06 10:44


ai...lelaki jugak yang asyik salah...kasihan kat aku..hu..hu :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For raisul_muhaddissinProfil   Hantar PM kepada raisul_muhaddissin   Pergi ke raisul_muhaddissin's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 12:28


Pada 20-11-06 10:44 , raisul_muhaddissin posting:

!!! QUOTE !!!

ai...lelaki jugak yang asyik salah...kasihan kat aku..hu..hu :lol:



:-) bISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

raisul_muhaddisin jangan cakap macam tu...saudara juga termasuk dalam golongan lelaki yang baik2...

org perempuan pun sama...kenapa lah bodoh sanggup biarkan org mengeksploitasikan mereka...
semua pun salah dalam hal ni...

org yang tak salah adalah org yang benar-benar jujur, ikhlas dan yang benar-benar bertaqwa pada Allah...


wassalam.


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-11-06 12:41


sama-sama kena jaga sebenarnya.............
ana bagi contoh:
1)sekarang ni dahlah lelaki makin sedikit, makin ramai pulak lelaki yang nak tukar jadi perempuan.Kebanyakan pondan @ mak nyah sekarang ini diterima oleh masyarakat sekarang.Bagaimana?
ana terlihat satu program di televisyen baru-baru ini mengenai persatuan penghidap aids malaysia. Pengerusi persatuan tu adalah mak nyah dan dalam temubual yang dijalankan, dia menyatakan bahawa dia bangga jadi mak nyah dan mengatakan itu bukan menjadi satu kesalahan.nam dia roslan Kalau tak silap ana. Yang paling ana sedih apabila seorang ahli persatuan tersebut (perempuan) yang memakai tudung labuh tanpa segan silu bersalam dengan roslan. Ini menunjukkan bahawa penerimaan pondan atau mak nyah dikalangan wanita adalah normal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

runuzaakmal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.09.2004
Ahli No: 11507
Posting: 52
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-06 16:31


assalammualaikum...............
LELAKI PELINDUNG WANITA MAKIN KURANG..........
kenapeeeeeeeee......
sedangkan lelaki wajib menjadi pelindung kepada wanita,
dan wanita dilindung oleh lelaki....
HARAP KAN PAGAR ,PAGAR MAKAN PADI..
zaman sekarang mana , susah betul nak dapat lelaki yang melindung wanita tapi ramai lelaki menjadi pengongkong wanita......
simple saja..... lelaki duduk rumah ,perempuan kenakerja lelaki jenis apae neeeeee...... alasan best saja sebab di berhentikan kerja,tak pun perempuan lebih tinggi pelajaran dari lelaki...... biasa kita dengar perempuan housewife tapi dah tukar sekarang tebalik agaknya pula dah jadi househusbend........... mana kepimpinan seorang lelaki neeee........ cuba fikir2 kan......

bukan nak mengkritik sekadar memberi pandangan , tak semua lelaki jahat ......
tapi.......................................................
" siapa MAKAN CILI DI YANG TERASA PEDASNYE "

Bookmark and Share

    


  Member Information For runuzaakmalProfil   Hantar PM kepada runuzaakmal   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 18:20


Eeee...pedasnya walaupun saya tak makan cili:-D...kalau tak nak HARAP KAN PAGAR ,PAGAR MAKAN PADI, cari lah pagar yang tak makan padi...Kalau pagar tu nak makan padi jangan lah bagi...Cuba nasihat baik-baik...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-11-06 19:53


Pada 20-11-06 12:41 , fadzlyz posting:

!!! QUOTE !!!

sama-sama kena jaga sebenarnya.............
ana bagi contoh:
1)sekarang ni dahlah lelaki makin sedikit, makin ramai pulak lelaki yang nak tukar jadi perempuan.Kebanyakan pondan @ mak nyah sekarang ini diterima oleh masyarakat sekarang.Bagaimana?
ana terlihat satu program di televisyen baru-baru ini mengenai persatuan penghidap aids malaysia. Pengerusi persatuan tu adalah mak nyah dan dalam temubual yang dijalankan, dia menyatakan bahawa dia bangga jadi mak nyah dan mengatakan itu bukan menjadi satu kesalahan.nam dia roslan Kalau tak silap ana. Yang paling ana sedih apabila seorang ahli persatuan tersebut (perempuan) yang memakai tudung labuh tanpa segan silu bersalam dengan roslan. Ini menunjukkan bahawa penerimaan pondan atau mak nyah dikalangan wanita adalah normal.



:-) Bismillahirrahmanirrahim...

betul ke sampai macam tu sekali..teruknya perempuan tudung labuh tu..dia telah mencemarkan imej org yang bertudung labuh yang lain...tak saja2 nanti org lain akan pndang serong pada wanita yang brtudung labuh lain...

ye, ana tak nafikan yang sekarang penerimaan org awam pada golongan mak nyah tu...student nursing lelaki di tempat ana belajar ni pun ada golongan lelaki lembut ni...nak pakai macam perempuan...tapi tak tahulah da jadi mak nyah ke belum sebab ana tak rapat dengan golongan ni..kalau mereka ada di sesuatu tempat, ana tak akan mendekati mereka...kalau di laluan perjalanan ana mereka ada, ana rela ikut jalan yang jauh...malas nak bertembung dengan mereka...
mereka bergaul bebas sebab mereka ingat mereka tu perempuan agaknya...nak sentuh2...tapi org ramai menerima golongan ini...

ana akan cuba mengelak sedaya yang boleh dr mereka...ana benci mereka sebab golongan ni lah yang cuba nak merosakkan abang ana...ana benci mereka...kalau ap2 jadi pada abang ana, sapa nak jaga ana lagi sekiranya kedua ibu bapa ana da tak ada suatu hari nanti??? mereka bawa berbagai2 penyakit entah-entah AIDS ke..mana tau...ana da lah 2 beradik saja...sedih tau mereka buat macam ni...


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

abah-we-ma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-11-06 16:00


aaaaa....betul tu.....memang lelaki sekarang ni susah nak cari yang betul-betul baik dan boleh di percayai,....tapi kita tak seharusnya terlalu menyalahkan lelaki....perempuan pun janganlah terlalu lemah dan tunduk kepada lelaki...jangan tunjuk lemah sangat.....so kita tak boleh salahkan mana-mana pihak...setiap org ada peranan nya......

Bookmark and Share

    


  Member Information For abah-we-maProfil   Hantar PM kepada abah-we-ma   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12519 saat. Lajunya....