Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 8 hari yang lalu
al-biruni03: 37 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Adab Berhadapan Dengan Suami


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Adab Berhadapan Dengan Suami

Please Mendaftar To Post


Oleh Adab Berhadapan Dengan Suami

gadis_melayu
Warga Rasmi
Menyertai: 31.10.2006
Ahli No: 27132
Posting: 9
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-11-06 13:47


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri.
Hanya isteri-isteri yang menderhakaisuami sahaja menganggap kepulangannya
suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap
sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai
penenang dan penyerirumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengansuami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan
suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap
suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan
lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan
rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di
atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke
rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami
dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita
tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya
selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan
perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak
kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung
sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan
(jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang
terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun
segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak
mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri
buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak
taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera
isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah
kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang
mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera
dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu
kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan
melambangkan peribadi isteri sama ada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa
bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan
seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan
tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah
minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak
suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin
dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap
isteri kecualilah jika uami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita
hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri
dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu
amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan
kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat
apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan
bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi
kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami
berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian
supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami
isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia
minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos
supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalauboleh sediakan
kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam
ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli
makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan
keluargasuami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di
atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di
sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah
berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan
dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang
dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Wassalam..


-----------------
kenali diri... hiasi peribadi... jadilah diri kita sendiri... tidak perlu menipu diri sendiri... be what u are...


Bookmark and Share

    


  Member Information For gadis_melayuProfil   Hantar PM kepada gadis_melayu   Pergi ke gadis_melayu's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 03-11-06 15:50


Salam

Bagus artikel ni..Isteri kena buat baik dengan suami tanpa mengharapkan balasan..MEMBERI BUKAN UNTUK MENERIMA..Baru lah ikhlas namanya.. :-di :-di :-di
[ Telah diedit oleh: sailormoon pada 03-11-06 15:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 16:59


kena blajaq dah ni...
amboi gadis_melayu lagi noo.....hihihikkhikkk :lol:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 17:12


salam~
thanks..akanku ingat dan prakktik untuk masa depan....
wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

aleeya_athirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.08.2006
Ahli No: 25748
Posting: 128
Dari: Ipoh

malaysia  


posticon Posting pada: 14-11-06 17:30


terima kasih atas info ini..wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleeya_athirahProfil   Hantar PM kepada aleeya_athirah   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-11-06 19:52


Karya : Isteri Yang Membahagiakan Suami
Karya asal : Kayfa Tus’id Zaujah
Penulis: Mohammad Abdul Halim
Penterjemah: Mohd. Sofwan Amrullah

Petua Menambat hati Suami

1.mendengar apabila suami bercakap tanpa memotong atau menyampuk.
2. mendiamkan diri apabila suami dalam maraha. Sekurang-kurangnya dapat meredakan kemarahan suami.
3.tidak mudah merajuk atau mengeluh. Banyak bersabar, terutama ketika diusik atau disakiti hati oleh suami.
4. menunaikan permintaan suami selama mana dia tidak meminta sesuatu yang bercanggah dengan agama.
5. dahulukan keperluan dan permintaan suami daripada kehendak anak-anak, ibu dan ayah.
6. melayan suami dan mengikut kesukaan dan kegemarannya, sama ada dari segi makan minum, pakaian atau tingkah laku yang boleh mengembirakan hatinya.
7. menjauhi kata-kata, kelakuan atau rezeki yang boleh menyinggung perasaan suami.
8. apabila suami menghadapi masalah, fahami dan tunjukkanlah rasa simpati. Cubalah bantu sebaik mungkin melalui kata-kata perangsang atau pujukan yang boleh mengurangkan masalahnya.
9. jangan membebankan suami dengan hal atau sesuatu yang boleh menyusahkan hati atau menggangu fikirannya.
10. gunakan harta atau wang suami dengan keizinan atau pengetahuannya.
11. menghiaskan diri hanya untuk suami.
sentiasa menghargai pemberian suami, sekalipun pemberian itu sesuatu yang kecil dan murah.
berlemah lembut dan berbicaralah dengan kata-kata yang baik terhadap suami.
tunjukkanlah wajah yang riang kepada suami, terutama apabila dia pulang dari kerja. Sambutlah dia di muka pintu.
memuliakan keluarga suami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 14-11-06 21:00


Bagus jugak info yang di sampaikan ini.. Moga bakal2 isteri dapat praktikkan nya..

P/S : Para bakal suami pula, jangan terlalu asyik meminta hingga lupa hendak memberi... Hidup berumahtangga, harus ada give and take... tolak ansur.... Kalau hari2 nak masak ikut tekak kita, susah jugak... Cuba anggap kita di tempat sang isteri, apa perasaan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

IrisS
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2004
Ahli No: 7866
Posting: 57
Dari: PuLaU MuTiaRa

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-11-06 02:08


Good Info.. syukran akan dipraktikkan masa depan INSYAALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For IrisSProfil   Hantar PM kepada IrisS   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 04:15


nice info jazakillah ya ukhtie gadis_melayu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-11-06 04:23


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah berbakti kepada suami adalah kewajipan isteri. Namun apa saja yang kita nak buat mestilah meletak Al Quran di hadapan dan juga As Sunnah. InsyaAllah sebuah rumahtangga itu akan mendapat mawaddah wa rahmah - saling bantu membantu, hormat menghormati, tidak ada rasa bersalah bila salah seorang tidak dapat menjalankan tanggungjawab disebabkan sakit dan sebagainya.

InsyaAllah info di atas menarik dan sekiranya ditambah dengan ikhlas dalam setiap ruang maka tidak ada masalah dalam kehidupan berumahtangga yang bersih dari masalah hati dan pengaruh luaran.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - rumah + tangga = rumahtangga
     suami + isteri = suami isteri
     ikhlas + iman = rumahtangga suami isteri bahagia

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105743 saat. Lajunya....