Oleh |
Bakal isteri seorang Hafizah |
Bung
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15307
Posting: 29
|
Posting pada: 01-11-06 01:22
Assalammualaikum.. Alhamdulilah ana sekarang telah pun bertunang. Gadis itu adalah pilihan emak ana sendiri. Sebenarnya ana tak pernah terlintas untuk beristerikan dengan gadis yang dicarikan oleh emak ana. Bagi ana sebelum ini, biarlah jodoh itu ana sendiri yang cari. Sebenarnya oleh kerana sebelum ini ana susah untuk mendapat jodoh dengan pelbagai dugaan, akhirnya ana redhalah mak ana yang pilih jodoh untuk ana. Dalam hati ana, sebenarnya ana mengharapkan jodoh yang sepadan dengan ana. Namun yang mengejutkan ana ialah jodoh yang mak ana carikan itu adalah seorang ustazah dan hafizah quran. Ana terkedu bila mak ana menerangkan calon yang telah sediakan untuk ana. Buat pengetahuan antum semua, gadis ini adalah seorang yang telah dipinang oleh orang sebanyak 7 kali dan yang masuk meminang pun bukan calang-calang, semuanya berlatarbelakangkan pendidikan agama yang tinggi, kiranya ustaz jugalah. tapi semua ditolak. Antum adalah orang yang ke 8, barulah dia terima. Ana ni pula bukanlah ustaz. Zaman remaja dulu ana ni kira rock jugaklah macam remaja lain. Ana pun tidaklah bersekolah aliran agama. memanglah ana kira nakal juga di sekolah. Ana berlatarbelakangkan akademik sahaja. Sekolah agama dulu pun ana selalu ponteng. Pendek kata memang terkejutlah semua kawan kawan ana bila tahu ana bertunang dengan ustazah. Namun dalam rock pun alhamdulilah ana tak pernah abaikan solat cuma berperwatakan rock. Ditakdirkan ana bertemu sekali dirumah org tua tunang ana ni. Dan dia pun tak kurang dari segi rupa. Dan ana pun terkejut juga macam bermimpi untuk mendapat seorang gadis macam tunang ana ni. Ana pernah tanya kepada dia selepas kami bertunang Kenapa dia memilih ana yang jauh berbeza dengan dia dari segi perwatakan. dia menceritakan ketika ana melihat dia, pada ketika itu juga ada serang ustaz juga ingin masuk meminang dirinya. Akhirnya Dia membuat sembahyang istikharah dan ajaibnya dia melihat wajah ana dalam mimpinya dan bukan lelaki lain pada malam ke 7 istikharahnya. lalu dia menerima peminangan keluarga ana. Masalahnya ana agak kekok dengan dia. Maklumlah ustazah dan hafal quran lagi. sepanjang kami bertunang ini seingat ana hanya 3 kali sahaja kami berbual dalam telefon dan jarang sangat sms. Ana tak pernah kenal dia sebelum ini. Lebih meresahkan ana lagi ialah bila ana kawin nanti. Persoalannya mampukah ana menjadi suami yang hebat dan terbaik untuk dia sesuai dengan statusnya itu. Ana ni pun baca quran pun selalu salah tajwid. Ini pula nak jadi imam dalam keluarga. Tulah yang ana risaukan. Ana dah terangkan semua keadaan ana padanya. Ana sangkakan dia mungkin akan resah, namun sebaliknya dia terima dengan hati terbuka dan berkata dia boleh menjadi guru ana dalam mendalami agama. Segan sungguh ana. Tapi yelah jodoh ini ketententuan Allah. Ana selalu ingin sms dan telefon tunang ana tu tapi dia ada pesan tak perlu selalu sms atau telefon sebaliknya banyak banyak ingatkan Allah. Ana rasa rendah diri bila fikirkan hal yang ana ni macam tak padan dengan dia.Ini yang ana resah sekarang.. ( betul ke orang yang hafal quran ni boleh bagi syafaat di akhirat nanti?)
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 01-11-06 03:00
ALhamdulillah... =) Ya, memang penghafaz quran boleh memberi syafaat di akhirat nanti. Pada pendapat saya lah kan, saudara boleh berubah menjadi orang yang lebih bagus dan setanding dengan tunang saudara setelah berkahwin dengannya. Tu sebab Allah tentukan kalian berdua. Siapa lah yang tak segan bila berada dalam situasi macam ni... Seorang sahabat saya pernah berkata, manusia diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. lelaki dan wanita juga begitu. Allah telah menentukan saudara ada satu kelebihan lain yang dapat melengkapkan pasangan saudara. dan begitu juga dia terhadap saudara... saudara mungkin tak nampak lagi sekarang... tak mengapa lah jika berbeza macam ni, kerana kalian boleh saling melengkapi... p/s: 7 kali pinangan ditolak.... yang hebat2 pula tu. betul-betul ilmu kita ni sangat terbatas berbanding Allah.
|
xyamani
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding
|
Posting pada: 01-11-06 07:40
lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.. drama 'kiamat sudah dekat'::"orang jahil yang nak berusaha mencari ilmu lebih baik dari orang alim yang berasa sudah cukup ilmu"
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 01-11-06 08:09
Pada 01-11-06 03:00 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! ALhamdulillah... =)
Ya, memang penghafaz quran boleh memberi syafaat di akhirat nanti.
Pada pendapat saya lah kan, saudara boleh berubah menjadi orang yang lebih bagus dan setanding dengan tunang saudara setelah berkahwin dengannya. Tu sebab Allah tentukan kalian berdua.
Siapa lah yang tak segan bila berada dalam situasi macam ni...
Seorang sahabat saya pernah berkata, manusia diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. lelaki dan wanita juga begitu. Allah telah menentukan saudara ada satu kelebihan lain yang dapat melengkapkan pasangan saudara. dan begitu juga dia terhadap saudara... saudara mungkin tak nampak lagi sekarang... tak mengapa lah jika berbeza macam ni, kerana kalian boleh saling melengkapi...
p/s: 7 kali pinangan ditolak.... yang hebat2 pula tu. betul-betul ilmu kita ni sangat terbatas berbanding Allah. saya setuju dengan syahidatul....Alhamdulillah awak dapat jodohyg baik....InsyaAllah awak pun boleh jadi macam tu....
|
anmahar
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 01-11-06 08:37
Subhanallah..... Allahuakbar...
|
guelderose
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.05.2006 Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh
|
Posting pada: 01-11-06 08:44
MasyaAllah...Alhamdulillah...semoga awak bahagia nanti..usahlah resah..banyak-banyak lah minta petunjuk daripada DIA yang Maha Mengetahui...insyaAllah..ada hikmah disebalik setiap kejadian...wallahua'lam..
|
are_peace82
WARGA SETIA Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang
|
Posting pada: 01-11-06 09:20
Syukur Alhamdulillah anta dapat jodoh macam itu. Itulah keajaiban ALLAH yang tiada batasnye. Ana pula? Wahlallhua'lam...
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 01-11-06 09:48
bagus itulah pilihan terbaik and hadiah daripada Allah SWT kepada kamu so jaga dia baik2
|
azrina_zainal
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.10.2006 Ahli No: 27023
Posting: 189
Dari: malaysia
|
Posting pada: 01-11-06 11:19
jodoh yang ditentukan itu adlahsebenarnye menggabarkan diri anda, alhamdulillah semoga berkekalan ndaknye
|
azrina_zainal
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.10.2006 Ahli No: 27023
Posting: 189
Dari: malaysia
|
Posting pada: 01-11-06 11:19
jodoh yang ditentukan itu adalah sebenarnya menggambarkan diri anda, alhamdulillah semoga berkekalan hndaknye
|
sakeenah
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.03.2005 Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor
|
Posting pada: 02-11-06 21:47
apa yang Bung alami sekarang ini sama dengan ustaz sakeenah di sekolah menengah..insyaAllah ustaz sakeenah yang akan berkahwin dengan seorang al-hafizah itu akan bernikah bulan 12 ini...nothing is impossible...jodoh kita memang sudah ditentukan sejak azali lagi..apapun nasihat sakeenah ialah hargailah apa yang sudah ada di depan mata.
|
tulips_ilah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25834
Posting: 77
Dari: green_world
|
Posting pada: 02-11-06 22:53
masyaallah....bertuahnya Bung........ .............tiada suatu pun yang ALLAH ciptakan itu,sia-sia...............
|
ibn_wanza
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu
|
Posting pada: 03-11-06 06:56
subhanallah..benar Kalam Tuhan, perempuan2 yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,...semoga bung dan tunang kekal hendaknya...
|
nurcinta
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25829
Posting: 84
Dari: australia
|
Posting pada: 03-11-06 07:15
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 03-11-06 07:22
subhanallah...Allah maha berkuasa... inilah sebenar2nye yang Islam anjurkan..PERTUNANGAN DAN PERNIKAHAN...yang mana proses berkenalan hanya dilakukan dalam tempoh pertunangan... semoga menjadi pasangan yang diberkati Allah.. tapi realiti masakini: -couple2 tak berapa islamik akan berpegang tangan, dating, naik motor sama-sama & etc.. -couple islamik yang tiada ikatan (contohnya yang belum bertunang) akan berkata..'boleh nak couple @ bercinta dengan non-mahram tapi kena jaga batas agama'.. realiti masyarakat..sedih ye..peringatan untuk diri sendiri..sama-samalah muhasabah.. semoga Allah memudahkan segala urusan kita..may Allah bless us..
|
qais_amirii
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.02.2004 Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai
|
Posting pada: 03-11-06 10:41
Setiap lepas solah....anta kena periksa hafalan quran dia... 1 hari 3 juzuk.... supaya hafalan dia tidak hilang...
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 03-11-06 11:51
alhamdulillah....itu lah dikatakan jodoh....jika anta dan dia percaya ini adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah....percayalah anta dan si dia akan bahagia ....... kekok?..sudah pasti....sebab ia baru bagi anta kan... tak salah bertanya khabar....sebab anta berhak untuk mengenali si dia..ettapi kenalah berpada2.....sebab apa jua tindakan kita yang berlebihan, akan menhasilkan musibah.....
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 03-11-06 12:12
salam.... bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di akhirat sebagai syafaat kepada pembacanya. anta memang bertuah. indah sungguh perancangan Tuhan janganlah anta rendah diri kerana Tuhan adalah sebaik perancang mungkin ini satu cara Tuhan mendidik jiwa kita. memang diikutkan lelaki akan tergugat, tapi ketepikan rasa itu untuk sampai kepada Pencipta Selamat Berjaya....
|
ieman_mukmin
Warga Rasmi Menyertai: 04.01.2006 Ahli No: 21665
Posting: 4
Dari: perak
|
Posting pada: 03-11-06 13:02
alhamdulillah...anta memang bertuah..
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 03-11-06 13:06
ini adalah rezeki, nikmat dan peluang yang Allah kurniakan jangan dipersia ... kena pulak dengan caranya yang molek iaitu melalui risikan dari org tua dan terus berjumpa keluarga tanpa perlu "mengorat" atau "cuba menyentuh hati dan perasaan wanita berkenaan" ... yang penting sekali ialah kesediaan untuk membuang rasa ego dan sentiasa berlapang hati menerima teguran dan tunjuk ajar ... sewajarnya kita semua mengambil iktibar dari kisah ini ... wanita berkenaan memilih berdasarkan petunjuk yang didapati dari istikharah bukan memilih mengikut kehendak hati dan perasaan ... juga wajar di ambil iktibar kesediaan dia menerima petunjuk dari istikharahnya dengan hati yang terbuka tanpa keraguan ...
|
faizbukharyy
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 15
Posting: 179
Dari: kuantan
|
Posting pada: 05-11-06 11:11
assalamualaikum... tahniah buat anta .jrg insan dapat peluang macam anta ... moga kebahagian yang dicari ..sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.... Allah titipkan buat kalian berdua .. jodoh pertemuan ajal maut ketentuan Allah ..yakin lah setiap sesuatu ada hikmatnya ...perbaiklah diri mana yang kurang .perkahwinan itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain ...dan niat kerana Allah .insya allah apa pun yang hadir ...akan berserta keyakinan .. insya allah ...
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 05-11-06 11:22
assalamualaikum wbt saya mengharap sangat jika ada hafizah yang sudi jadi isteri saya nanti, but bukan skrgle. best, kita nak ngapal al-quran boleh dia tasmi'kan, kita boleh tasmi' dia, boleh dia ajar anak2 kita hafal al-quran
|
uqu
WARGA SETIA Menyertai: 05.07.2003 Ahli No: 2057
Posting: 640
Dari: KUCHING
|
Posting pada: 05-11-06 12:41
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... subhanallah... anta jagalah bakal zaujah anta dengan sebaiknya...
|
wahyuniKERK
Warga Rasmi Menyertai: 18.10.2006 Ahli No: 27033
Posting: 20
Dari: dunia sementara
|
Posting pada: 05-11-06 13:02
Allah maha mengetahui sapa sesuai menjadi pasangan kita.dan ALLAH telah pun mengaturkan yang terbaik buat setiap hambaNYA..syukur alhamdulillah anta telah bertemu dengan insan yang boleh mendekatkan lagi diri anta ke jalan yang benar..semoga ALLAH merahmati hidup anta dan tunang anta.amin
|
simple_NAH
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2006 Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam
|
Posting pada: 05-11-06 13:13
alhamdulillh.... tahniah bung! setiap yang berlaku di hikmahnya... semoga berbahagia....
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 05-11-06 15:55
jangan lupa bersyukur kepada ALLAH...Dia lah sebaik2 pemberi nikmat... anta pun bolehlah hafal quran sekali nanti..INSYAALLAH... memang betul org hafal quran boleh bagi syafaat di akhirat kelak..dengan izin ALLAH.. wallahualam
|
sahibul
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.09.2006 Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-11-06 20:08
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 05-11-06 21:19
Pada pandangan saya, semua yang berlaku itu adalah pilihan dari Allah swt... kira enta dipilih oleh Allah swt untuk jadi suami dia... tengoklah... 7 kali istikharah... jawapannya adalah enta... bukankah istikharah adalah jawapan dari Allah swt... sudah pastilah enta adalah pilihan Allah untuk dia... sedang dia juga dipilih oleh Allah swt untuk enta... Yang penting jangan terasa rendah di hadapan isteri... of course enta boleh belajar dengan isteri enta... tapi hak enta sebagai suami tetap kekal... walau pun dia hafizah sekali pun... insyaAllah.. Allah akan bukakan jalanNya untuk enta dan kita semua.. p/s: bila nak kenduri ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 05-11-06 21:45
alhamdulillah.. mabruk... bertuahnya nya bung.. ada sikit macam cerita kiamat sudah dekat
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 05-11-06 22:01
|
Bung
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15307
Posting: 29
|
Posting pada: 05-11-06 23:34
Kalau ana ni jahil kawin dengan org perempuan yang berilmu dan hafizah macam tunang ana tu kira tanda dah dekat kiamat ke? erkmmm tak pulak ana tahu? Tu lah ana fikir selalu.... Jodoh yang baik untuk org yang baik... ana fikir, baik ke ana ni? erkmm
|
affenry
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor
|
Posting pada: 05-11-06 23:48
salam.. bertuah anta..... itu lah antara tanda-tanda kebesaran Allah... dimana dberi kepada anta seorang yang hebat untuk bantu anta dalam hidup..... bsyukurla....
|
izad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 66
Posting: 429
Dari: Wakaf Bharu
|
Posting pada: 06-11-06 00:37
jangan bimbang saudara.... orang yang baik dari segi pemahaman agama, tidak akan mudah resah dengan kekurangan kita. alhamdulilah, Allah telah kurniakan kepada saudara perhiasan yang amat mahal harganya di dunia ini. kalau peluang sebegini sdr ragu amat rugilah saudara. rasa jealous lah pula.... hehehe.....
|
izad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 66
Posting: 429
Dari: Wakaf Bharu
|
Posting pada: 06-11-06 00:41
Pada 05-11-06 23:34 , Bung posting:!!! QUOTE !!! Tu lah ana fikir selalu.... Jodoh yang baik untuk org yang baik... ana fikir, baik ke ana ni? erkmm itu lah tandanya enta sedang diter'baik'an. apapun syukurilah anugerah itu. -----------------
|
Ad-deen
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2005 Ahli No: 15199
Posting: 75
Dari: Wara' Syabrawi
|
Posting pada: 06-11-06 09:05
Alhamdulillah, Alhamdulillah x1000 Syukur.. Bgusla..bukan senang dapat calon isteri begitu.. huh, jeles2.. anta perlu bersyukur.. Allah pilih dia untuk anta, dan anta untuk dia.. pilihan Allah tak pernah salah.. setiap apa yang berlaku ada hikmah tertentu.. setiap org boleh berubah.. haram..cuba anta perhati dan renungkan 'cahaya' itu.. ia bisa menerangimu.. percayalah.. semoga antuma berbahagia di dunia dan akhirat.. wasalam..
|
nurwahida
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM
|
Posting pada: 06-11-06 10:12
allahmdulillah...syukur kepada Allah... mugkin dia dapat membantu kita dari mempertingkatkan kepercayaan kita kepada Allah...siapa tahu...Yang tersembunyi itu pun kita sendiri tak tahu...Allah saja Maha Mengetahui... jadinya...bagi saya bung tak perlu lah rasa rendah diri...Insya Allah...Allah akan pasti bersama-sama...
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 06-11-06 10:58
Pada 05-11-06 23:34 , Bung posting:!!! QUOTE !!! Kalau ana ni jahil kawin dengan org perempuan yang berilmu dan hafizah macam tunang ana tu kira tanda dah dekat kiamat ke? erkmmm tak pulak ana tahu? Tu lah ana fikir selalu.... Jodoh yang baik untuk org yang baik... ana fikir, baik ke ana ni? erkmm bung.. bukan tanda dah dekat kiamat... macam drama/movie kiamat sudah dekat.. seorang berjiwa rock dijodohkan dengan seorang yang solehah..insyaAllah.. secara peribadi, saya pun jeles dengan bung. ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.
|
hurun_ein
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 18.10.2003 Ahli No: 4470
Posting: 317
Dari: utm, skudai
|
Posting pada: 06-11-06 15:07
assalamualaikum... tahniah ya akh! semoga snts dalam redha-NYA... ana pun impikan zauj yang hafiz...semoga dapat sama-sama menghiasi hidup ini dengan kalam suci-NYA....amien...
|
hangkas
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.08.2006 Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat
|
Posting pada: 07-11-06 08:41
tahniah sahabatku. jadilah khalifah Allah dan iman yang terbaik dan soleh
|
kembara_girl
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2006 Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang
|
Posting pada: 08-11-06 17:21
ya allah.. Kalau saya suka nya dapat tunang macam 2.... bukan senang nak dapat.. kira bertuah nya dapat..pulk 2 terpilih di antara yang terbaik... mungkin kelemahan diri awak dapat ditutup dengan kelebihan tunang awak.. dan mungkin jugak kekurangan tunang awak di tutup dengan kelebihan awak... setiap manusia ni kan da kekurangan dan kelebihan... yakin lah dengan jodoh awak...
|
Al-Mustaqqim
WARGA SETIA Menyertai: 22.07.2005 Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia
|
Posting pada: 08-11-06 17:57
Maha Suci Allah... yang menciptakn tiap-tiap sesuatu itu secara berpasangan... semoga kita akan terus memperolehi rahmat dariNya.. amin...
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 08-11-06 18:22
subhanallah.... beruntunglah kerana enta yang telah ditentukan oleh Allah. pasti ada hidden quality pada enta,lalu enta yang dipilih oleh si-pemelihara AlQuran. jangan rasa rendah diri, sebaliknya bersyukurlah kerana ia adalah rahmat Allah yang tak semua org dapat. ini bermaksud bermulanya penghijrahan bagi diri enta, kearah kebaikan. andai rasa diri lemah di perjalanan hijrahmu, sendirian tiada mampu, mohonlah pada TuhanMu. nescaya Dia akan bantu. p/s: tunang enta suruh tak payah hubungi (contact) dia dan ingat Allah banyak-banyak sebab cinta yang bakal berputik antara antuma akan lebih luhur, kerana cinta yang dia (bakal tunang enta) perolehi dari enta adalah cinta insan yang mencintai Allah, insyaAllah. pernah dengar tak, andai tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah buatmu, kerana akan datang nanti padamu cinta insan yang mencintai Allah, seperti mana cintamu kepada Allah. mabruk a'laika ya sheikh, alfun mabruk! [ Telah diedit oleh: nurhaziqah pada 09-11-06 17:49 ]
|
littlekhalifah
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.09.2005 Ahli No: 19314
Posting: 32
Dari: ardhullah
|
Posting pada: 08-11-06 22:16
Pada 03-11-06 10:41 , qais_amirii posting:!!! QUOTE !!! Setiap lepas solah....anta kena periksa hafalan quran dia... 1 hari 3 juzuk.... supaya hafalan dia tidak hilang... betul-betul..setuju. selamat i'adah bsame2.. ustaz dan ustazah. fi amanillah abadan
|
Annursyam
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.08.2004 Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi
|
Posting pada: 09-11-06 18:07
mungkin ada hikmahnya..............
|
naini
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.02.2004 Ahli No: 7235
Posting: 74
Dari: kelantan
|
Posting pada: 11-11-06 10:54
sesuatu yang manfaat bagi ana... pengalaman yang diceritakan tu sangat-sangat boleh dijadikan iktibar... mudah2an...jodoh berkekalan hingga ke penghujungnya... bukan sekadar di pintu syurga...
|
iLah_ganu
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.02.2006 Ahli No: 22814
Posting: 26
Dari: terengganu
|
Posting pada: 11-11-06 14:03
alhamdulillah.. semoga kekal bahagia..
|
zubaidah
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.10.2003 Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu
|
Posting pada: 11-11-06 14:11
Bismillahirrahmanirrahim... untunglah orang-orang yang mempunyai pasangan seperti itu..moga anda mendapat keredhaan allah dan kebahagiaan dunia dan akhirat.. wassalam... ----------------- TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 11-11-06 16:24
alhamdulillah.....
|
nur_qalam84
Warga Rasmi Menyertai: 07.10.2006 Ahli No: 26811
Posting: 17
Dari: perlembahan sg.Nil,egypt
|
Posting pada: 11-11-06 18:42
assalamualaikum.... kps saudara Bung...ana ucapkan tahniah kerana dah mendapat calon isteri yang solehah yang dapat mendorong enta untuk terus mndalami agama...walaupun enata kata enta bukan dari golongan ustaz,,,tapi kalau bab jodoh semuanya dalam ketentuanNya...dia yang telah menetapkan jodoh masing-masing...tak kkira org itu hafiz ke atau biasa....tapi saudara sepatutnya bersyukur kerana berpeluang memiliki seorang hafizah kerana ada saja yang teringin memiliki calon hafiz tapi tak ada rezeki.... memang hafiz dan hafizah ada syafaat kepada org lain...akhir kalam ... lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik...lelaki jahat adalah untuk perempuan jahat...mafhum surah an-Nur...semoga bahagia hingga ke anak cucu... kirim salam kat ustazah enta...mabruk alaik...... sebab ana pun hafizah dari MTANT terengganu...sekarang kat perlembahan Nil jurusan Takhassus Qiraat.... tahniah buat kalian...... generasi AlQuran Pemangkin Ummah
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 11-11-06 22:41
ISTERI SOLEHAH & TAQWA Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang diberi rezeki Allah berupa isteri solehah bererti Allah telah menolong separuh daripada agamanya, hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk menyempurnakan yang separuh lagi." (HADIS RIWAYAT TIRMIZI) ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
maya_sakura
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.06.2006 Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak
|
Posting pada: 11-11-06 22:45
alhamdulillah.. walaupun kita bukan yang terbaik..kita perlu berusaha jadi yang terbaik..nak pulak untunk membahagiakan seseorang yang bakal sehidup semati dengan kita..wallahua'lam..
|
MuzzamMiL1444
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26950
Posting: 90
Dari: Selangor
|
Posting pada: 12-11-06 13:00
wbk.. Wahh.. dengar cerita enta teringat Ustaz Akil Hayy pula.. Hohoho.. Sekadar kongsi pendapat, kelebihan enta berpendidikan bukan latar belakang agama boleh digunakan untuk mata pencarian keluarga yang halal. Buat bakal isteri pula kelak untuk mendidik anak-anak.. kan ke isteri penggerak rumah tangga. Apapun jangan menyesal.. itu satu kelebihan dan titik kekuatan enta. Ana pernah dengar jodoh ni adalah takdir yang ALLAH tentukan tapi masih dapat diubah (atas izin ALLAH). Harap enta rujuk ustadz lah bab ini. Kan umur masih mudak lagi, jadi time ni lah enjoy.. err silap, maksudnya enjoy dalam menambahkan ilmu lah. Hmm, ini cerita ana.. pengalaman direject memedihkan syeikh.. Tapi itu satu kekuatan untuk kita yang berpendidikan sekular mencari ruang untuk agama. Takkan berputus asa.. Ameen. P/s: Kahwin cepattt.. Bertunang tu kena senyap2.. darah manis.. ----------------- "Kemenangan abadi adalah kemenangan yang bermaruah" [ Telah diedit oleh: MuzzamMiL1444 pada 12-11-06 13:02 ]
|
Bung
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15307
Posting: 29
|
Posting pada: 12-11-06 14:41
Terima kasih kepada anda yang memberi komen kepada saya ni.. tetapi ketika ini saya pun sedang dalam gundah gulana. memang bagus dapat tunang macam ana ni tapi sejujurnya terlalu berbeza sangat. Entahlah ramai yang mengucapkan tahniah tapi hati kecil saya terlalu risau tentang keserasian antara kami. memang betul kata org tua, masa bertunang ni darah manis, macam-macam dugaan, saya sendiri telah ditimpa ujian dengan tiba-tiba ramai gadis yang datang untuk mendekati saya. Adakah masa bertunang ini adalah masa untuk bertaaruf dengan bakal isteri saya? ini kerana tunangan saya tidak suka untuk sms dan berbual. kami tidak pernah kenal antara satu sama lain. Untuk berjumpa pun memang payah kerana saya di Srwk dan dia di Melaka. Susah juga nak buatkan hati tenang dan menerima tunang saya. Mungkin saya ini lelaki moden.
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 13-11-06 11:54
salam pernah anda mendengar pepatah "bagai bulan jatuh ke riba."Anda manusia bertuah yang dikurniakan kelebihan untuk membaiki iman disamping pimpinan bakal isteri yang tersayang.Setiap pasangan suami isteri ada kekurangan dan kelebihan,kekurangan isteri ditutup dengan kelebihan suami dan kekurangan suami ditutupi dengan kelebihan isteri.pernahkah anda melihat bahawa suami seorang yang pendiam dan isteri sebaliknya,bak kata ustazah saya,kalau jodoh kita macam kita,blhkah kita mengemudinya.ada 2 nakhoda dalam satu kapal.bagaimana keadaan kapal anda nanti?saudara,mahukah anda isteri yang seperti saudara,ketika bersendirian tanyalah hati anda,adakah anda sudi menerimanya. saudara,mereka yang bergelar hafizah/hafiz menjaga hatinya daripada apa-apa jua yang mengotorkan hatinya supaya ayat2 quran yang mereka hafaz tidak hilang.mungkin dia tidak mahu bersms dan berbual kerana sebab itu.tunangan anda sudah pasti anda jodohnya dan dia menerimanya dengan redha kerana dia yakin dengan janji Allah dan dia yakin dengan saudara.percayalah anda juga setanding dengannya sebab tulah Allah jodohkan kamu berdua.bagi saya yang penting hati,bukannya rupa,pakaian dan lain2.ada org nampak baik tapi suka dengki dengan org sebab hatinya tidak baik.Allah melihat hati kita bukanya luaran.percayalah dengan segala ketentuannya. lastly,cinta selepas kahwin lebih indaH daripada sebelum kahwin.Ramai kawan-kawan saya seperti anda dan pasangan,mereka juga ragu2 dengan pilihan keluarga mereka tapi akhirnya mereka juga yang mengalakkan kami berkahwin kerana mereka mengatakan bercinta selepas kahwin lebih seronok daripada sebelum kahwin.tetapkan hati tetapkan iman,yang ragu2.jangan rasa rendah diri dan jagalah perasaan tunang saudara,sebagaimana dia menjaga dirinya untuk bakal suami,begitulah saudara harus menjaga diri saudara untuk balak isteri saudara. ----------------- Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya." [ Telah diedit oleh: amilyn pada 13-11-06 11:57 ]
|
sahabat_nurani
Warga Rasmi Menyertai: 19.10.2006 Ahli No: 27055
Posting: 9
Dari: Melaka
|
Posting pada: 14-11-06 12:19
salam... tahniah ana ucapkan kepada anta... alhamdulillah,anta telah bertemu dengan pasangan yang baik dan insya-ALLAH dapat melayari bahtera rumahtangga dengan baik kelak... ana tak hendak komen apa-apa cuma,ana kagum dengan bakal isteri anta.. kalau boleh, ana nak jadikan sebagai kakak angkat.. akhir kalam,anta cubalah kawal diri agar mematuhi panduan bercinta mengikut syariat.. insya-ALLAH,semoga anta & bakal isteri sentiasa dalam redhaNYA...
|
MuzzamMiL1444
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26950
Posting: 90
Dari: Selangor
|
Posting pada: 19-11-06 16:41
!!! QUOTE !!! Terima kasih kepada anda yang memberi komen kepada saya ni.. tetapi ketika ini saya pun sedang dalam gundah gulana. memang bagus dapat tunang macam ana ni tapi sejujurnya terlalu berbeza sangat. Entahlah ramai yang mengucapkan tahniah tapi hati kecil saya terlalu risau tentang keserasian antara kami.
memang betul kata org tua, masa bertunang ni darah manis, macam-macam dugaan, saya sendiri telah ditimpa ujian dengan tiba-tiba ramai gadis yang datang untuk mendekati saya.
Adakah masa bertunang ini adalah masa untuk bertaaruf dengan bakal isteri saya? ini kerana tunangan saya tidak suka untuk sms dan berbual. kami tidak pernah kenal antara satu sama lain. Untuk berjumpa pun memang payah kerana saya di Srwk dan dia di Melaka. Susah juga nak buatkan hati tenang dan menerima tunang saya. Mungkin saya ini lelaki moden. Kenapa mahu gundah gulana..? Ya Ustdz Akill Bung.. Kalau ramai gadis datang menguji enta, enta kena pandai lah bawa diri.. Berkawan tapi kena setia yang satu. Cuma yang mampu ana kongsi pendapat.. Dalam masa bertunang ni cuba tunjukkan kesungguhan enta untuk mengenal dia dan familinya. Tak kira sms, surat atau sebagainya. Bijak ambil hatinya.. Dia tak suka tak apa.. tapi apa salahnya anta cuba kenal dirinya.. Enta ada hak.. Anta lelaki jadi kena yakin dengan diri.. Tolak tepi soal diri yang kekurangan ilmu agama.. Masa inilah cuba luang kan masa belajar apa-apa yang patut sebelum tempuh alam seterusnya. Cuba kenal apa kekuatan diri sendiri dan apa kelemahan diri yang perlu diperbaiki.. Setakat ini yang mampu ana kongsikan.. Apa-apa masalah cuba rujuk pada yang lebih arif macam abang2 enta ke, ustadz ke, mak enta ke.. atau sesiapa yang anta percaya.. Ya Ustadz Akill Bung, moga enta suksess selalu dan yakin selalu ya.. Salam.. ----------------- "Kemenangan abadi adalah kemenangan yang bermaruah"
|
aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle
|
Posting pada: 19-11-06 18:19
in the name of Allah the most gracious the most merciful.. nothing to say! "just married" and may Allah the almighty bless both of u.. mabruk fillah..
|
nieza
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.07.2003 Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam
|
Posting pada: 19-11-06 19:26
.... Tahniah kerana anta bakal dikurniakan dengan calon isteri yang solehah dan seorang hafizah.InsyaAllah pilihan ibu anta tepat dan ana doakan semoga perkahwinan anta kekal ke syurga Ketika masa bertunang, seorang lelaki bolehlah mengenali bakal isteri dengan lebih.Tapi, batas-batas kenalah jaga. Keputusan tunang anta untuk kurang berhubung kenalah anta hormati. Ana harap anta dapat memperbaiki dan mendalami ilmu sebelum bergelar suami seorang hafizah selain mengenalinya dengan lebih rapat lagi. InsyaAllah keserasian akan timbul selepas dinikahkan. .Jangan risau! Siapkan diri untuk melayari bahtera rumahtangga, bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan banyak membaca bahan ilmiah yang dapat mengembalikan keyakinan dan menambahkan ilmu anta . Jangan merasa rendah diri, insyaAllah ada hikmah disebalik ketentuan Yang Maha Esa. ----------------- Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi... -Imam Malik- [ Telah diedit oleh: nieza pada 19-11-06 19:28 ]
|
zaitihamdan
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2006 Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak
|
Posting pada: 19-11-06 19:47
bung sarawak kat mana? ana di bintulu..
|
siswa
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.06.2006 Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai
|
Posting pada: 30-11-06 05:20
Pada 01-11-06 01:22 , Bung posting:!!! QUOTE !!! Assalammualaikum..
Ana pernah tanya kepada dia selepas kami bertunang Kenapa dia memilih ana yang jauh berbeza dengan dia dari segi perwatakan. dia menceritakan ketika ana melihat dia, pada ketika itu juga ada serang ustaz juga ingin masuk meminang dirinya. Akhirnya Dia membuat sembahyang istikharah dan ajaibnya dia melihat wajah ana dalam mimpinya dan bukan lelaki lain pada malam ke 7 istikharahnya. lalu dia menerima peminangan keluarga ana.
Masalahnya ana agak kekok dengan dia. Maklumlah ustazah dan hafal quran lagi. sepanjang kami bertunang ini seingat ana hanya 3 kali sahaja kami berbual dalam telefon dan jarang sangat sms. Ana tak pernah kenal dia sebelum ini. Lebih meresahkan ana lagi ialah bila ana kawin nanti. Persoalannya mampukah ana menjadi suami yang hebat dan terbaik untuk dia sesuai dengan statusnya itu. Ana ni pun baca quran pun selalu salah tajwid. Ini pula nak jadi imam dalam keluarga. Tulah yang ana risaukan.
.Ini yang ana resah sekarang.. ( betul ke orang yang hafal quran ni boleh bagi syafaat di akhirat nanti?) ............... Tahniah... tunang anta tu imannya mantap. Tindakan dia betul ikut kptusan isthikharah. Keputusan Allah ada hikmah. Scra ringkas nasihat ana :- 1) Anta tak perlu nak tanya khabar melalui , insyaAllah dia sihat di samping ibu dan ayahnya yang mngmbil barat kshtn dia. 2) sebelum nikah anta buat persiapan dr segi ilmu fardhu ain, disiplinkan khdpn harian dengan islam, dan lain2 yang perlu. 3) Rasanya awak org mlk tapi kerja kat srwk betul ke?? bukan apa kalau awak org mlk, bila dia dah jadi isteri awak boleh dalam 1 mggu 1,2 kali hntar dia tasmiq hfln di mdrash hfzh kat mlk. Mdrsh hfzh batu.berndam, mudirnya kawan saya Osman Bakar, abang kepada Azlan bakar pemain hoki malaysia. kat srwk pun ada mdrsh, saya boleh tolong crikan. bukan apa dr pengalaman duduk mdrsh sebelum seseorang tu betul-betul hafiz dia kena habis syahadah iaitu kelas tasmiq iaitu tak boleh lebih dr 3 kslpn ketika mmbaca, dan boleh d tebuk di mana-mana bahagian dalam quran, inlah prkt sukar. Bacaan tasmiq memang laju hanya yang hafiz saja dapat tasmiq sebab nak khatam dalam 2,3 hari. Better nak tasmiq hantar mdrasah kejap @ bawa pergi jumpa kawan-kawan yang ada isteri hafizah untuk tasmiq kat rumah. 4) jangan risau yakinlah dengan keputusan Allah.... Sesungguhnya Allah itu maha bijaksana dalam buat keputusan. apa-apa hal anta pm saja ana, insyaAllah ana boleh bntu sebab ana pnya kawan ramai kawan hafiz dr mdrasah yang mana isteri mereka pun hafizah so bab kekok@ apa-apa kerisauan pm saja kat ana, ana boleh rujuk pada mereka. ----------------- Usahalh sepahit hempedu, insyaallah kejayaan datang semanis madu.... Muhammad s.a.w sudah tiada, tnggjawab kita smbng dkwah Islam.
|
aymannur
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed
|
Posting pada: 30-11-06 18:52
salam. tahniah. cara hidup org lain2...sebab tahap iman lain2...jadi perbaikilah kat situ... lelaki dan wanita tak bercakap, kecuali perkara penting...sebab l dan p tak boleh bermesra contoh: macam kawan perempuan sesama kawan perempuan, kecuali selepas berkahwin..ini garisan Islam, tak berkaitan dengan kemajuan atau kemodenan. saya yakin anda boleh...selamat berusaha dan selamat belajar!
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 30-11-06 21:13
( betul ke orang yang hafal quran ni boleh bagi syafaat di akhirat nanti?) ya...hadis Nabi SAW... ada syarat juga jika boleh beri syafaat bagi hafiz/zah... dia perlu menghalalkan dan mengharamkan apa yang di tulis dalam al-Quran.... istri hafizah, impian setiap lelaki
|
sesalju
Warga Rasmi Menyertai: 28.11.2006 Ahli No: 27528
Posting: 3
|
Posting pada: 30-11-06 22:50
Alhamdulillah...itulah ketentuan ilahi.Moga terbit dan bertambah keimanan.Allahhuakbar
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 01-12-06 00:55
Alhamdulillah....maha suci tuhan yang melimpahkan rezeki dan nikmat.....sesungguhnyaALLAH maha pengasih lagi maha penyayang....wanita baik untuk lelaki baik,nescaya ada kebaikkn yang tersembunyi dalam diri anta yang ALLAH lihat,sentiasa rasa syukur,jangan sesekali riak,jangan terasa terlalu merendah diri kerana lelaki ketua keluarga....didiklah anak menjadi penawar hati...doakan untuk ahli ukhwah juga ...
|
imthiyaz
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2004 Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam
|
Posting pada: 01-12-06 01:13
subhanallah... segalanya dalam pengetahuan Allah...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 08-12-06 01:47
Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang diberi rezeki Allah berupa isteri solehah berti Allah telah menolong separuh daripada agamanya, hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk menyempurnakan yang separuh lagi." HADIS RIWAYAT TIRMIDZI ----------------- MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
azs_kk
Warga Rasmi Menyertai: 12.10.2005 Ahli No: 19758
Posting: 7
Dari: Kuching
|
Posting pada: 08-12-06 11:29
untungnye.. ana doakan anta bahagia... iskk.... untung...
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 08-12-06 13:58
Assalamualaikum... tahniah dan moga berkekalan life is short..so make use of it
|
zaini_jb
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.09.2005 Ahli No: 19465
Posting: 52
Dari: gombak
|
Posting pada: 08-12-06 16:14
Salam..semoga jodoh berkekalan...!!!wasalam =]
|
teru_teru_bozu
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14371
Posting: 177
Dari: perak
|
Posting pada: 08-12-06 18:12
semuga berbahagia selalu...tahniah diucapkan pada sedara...setiap yang ditentukan ada hikmahnya..saya sendiri terharu dengan ketentuan yang 4JJ1 kurniakn untuk saudara..alhamdulillah...peringatan..jangan kufur nikmat ye...insya4JJ1...bahagia selalu...ameen
|
maqnawie
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.09.2005 Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah
|
Posting pada: 08-12-06 19:05
basmallah.. alssalamualaikum.. Ya sheikh..ALlah dah beri, ucapkan syukur saja, dengan solat taubat dan solat hajat semoga dipermudahkan oleh Allah lagi..org lain dengan izin Allah, macam rumit sikit nak dapat jika tak nak, beri kat ana saja....senang.. hahahhaahaa....maaf lawak saja... apa-apa pun, syabas dan tahniah lah..Ya Sheikh wassalam..
|
fauzy_fx86
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.07.2006 Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves
|
Posting pada: 08-12-06 19:57
semoga berbahagia.. dapat anta ilmu yang lebih bersama zaujah anta. InsyaAllah..
|
abadikan_03
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.02.2006 Ahli No: 22544
Posting: 177
Dari: Negeri Sembila (N9)
|
Posting pada: 08-12-06 21:40
MOGA-MOGA ALLAH MEMPERTEMUKAN AKU dengan HAFIZAH JUGA DISUATU HARI NANTI..INSYAALLAH....
|
ibnusina
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2004 Ahli No: 10405
Posting: 146
Dari: bumi ciptaan-NYA
|
Posting pada: 08-12-06 22:38
alhamdulillah.bertuah anta dapat calon zaujah yang macam tu...ana doakan kebahagiaan untuk anta dan dia..wassalam..
|
IlyaFarhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.10.2004 Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang
|
Posting pada: 09-12-06 00:01
tak kisah kalau bakal zaujah ana nanti bukanlah seorang Hafizah...tak semestinya seorang HAFIZ akan bertemu dengan seorang HAFIZAH...semua tu ketetntuan tuhan...yang penting bagi ana dia tu mempunyai asas agama yang kukuh dan pandai memahami hati dan perasaan ana...dapat membantu ana dalam susah dan senang... mudah2 han hubungan ini dirahmati ALLAH SWT...amin
|
fainis
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2004 Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah
|
Posting pada: 14-12-06 03:30
.... FYI, i feel very touching.... It makes me realize something and gives me a really 'strong' rebelieving that He is The Only One who have all the rights in every single thing in this world. InsyaAllah,to be a solehah girl is my aim!(pray for me and all muslimah toward it) You really effect me, akh Bung. Thanks! *p/s : just wanna share my feeling after I read this article. [ Telah diedit oleh: fainis pada 14-12-06 03:37 ]
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 14-12-06 08:02
alhamdulillah.. Wanita yang baik,adalah untuk lelaki yang baik.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 14-12-06 12:23
Alhamdulillah......... ana pun mengimpikan isteri sedemikian...tetapi sebalinya yang dapat....ops belum kahwin lagi...tapi sedikit masa lagi akan btunang.... tapi nak buat macam mana... nak di stop, takut mlukakan hati si dia... pening...
|
maqnawie
Warga 4 Bintang Menyertai: 02.09.2005 Ahli No: 18647
Posting: 222
Dari: Milik ALlah
|
Posting pada: 15-12-06 18:10
basmallah.. alssalamualaikum..warahmatullahi wabarakatuh.. org yang beriman,jodohnya dengan org ynag beriman juga.. orang yang pendosa juga jodohnya dengan org yang beriman (kerna dah bertaubat).. org yang buruk akhlak pun akan dapat jodoh dengan orang yang beriman.. orang ygn baik pun akan dapat jodh dng org yang buruk akhlaknya... Allah jadikan asbab; usaha, ikhtiar, doa', tawakkal cara syariat nabi Muhammad SAW.. maka, akan datanglah ketentuan Allah Taala.. wallahu'alam..
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 17-12-06 00:21
syukur alhamdulillah.....beruntungnya anta....dapat memperisterikan isteri yang solehah yang hafaz al-qur'an. tahniah diucapakan.....
|
mslina
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2005 Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang
|
Posting pada: 17-12-06 01:02
tahniah.. Allah lebih tau yang terbaik untuk kita..
|
shahfaz
Warga Rasmi Menyertai: 30.09.2006 Ahli No: 26664
Posting: 17
Dari: besut
|
Posting pada: 23-12-06 00:36
|
nur_kasih87
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.11.2006 Ahli No: 27305
Posting: 57
Dari: dialam sementara....
|
Posting pada: 25-12-06 10:45
tahniah...bukan senang untuk mendapat bunga yang terpelihara pada zaman sekarang...
|
izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2006 Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor
|
Posting pada: 27-12-06 14:21
alhamdulillah itulah yang terbaik buat anta...apabila dah solat istikarah dah temui dia dalam mimpi,Allah tahu apa yang terbaik buat anta..pasrah & redha itulah penawar..
|
P10TH
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.12.2006 Ahli No: 27866
Posting: 57
Dari: Nilai
|
Posting pada: 27-12-06 23:13
tahniah... berjuanglah bersama-samanya..ye..
|
razman
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.05.2004 Ahli No: 9196
Posting: 81
Dari: Universiti Utara Malaysia, Sintok
|
Posting pada: 28-12-06 01:02
Alhamdulillah enta di kurniakan oleh ALLAh jodoh yang baik. Enta seharusnya bersyukur & berusaha untuk meningkatkan amalan & keimanan kepada ALLAH.
|
eja23_tgkrg
Warga Rasmi Menyertai: 30.12.2006 Ahli No: 27961
Posting: 4
Dari: Tg Karang
|
Posting pada: 05-01-07 18:04
Alhamdulillah.... Itulah namanya rezeki....bukan senang nak dapat tau...hehehe... sebenarnya...masih ada peluang untuk anda berubah...Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...itu sebabnya Allah mengurniakan bakal seorang isteri Hafizah...setiap perjalanan hidup kita ada hikmah disebaliknya....kadang-kadang kita ini sudah diberikan petunjuk...cuma kita saja yang tak sedar....apa pun...go go chayok!!!...hehehe...
|
suffyan
Warga Rasmi Menyertai: 04.10.2006 Ahli No: 26749
Posting: 13
|
Posting pada: 05-01-07 20:23
assalamualaikum saudara. bertuah saudara dapat jodoh yang baik. jadilah seorang suami yang terbaik untuk isteri saudara nanti. ingatlah perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jangan hampakan isteri yang diamanahkan allah itu.
|
mahyuddin
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2005 Ahli No: 18382
Posting: 126
Dari: UIAM, Gombak
|
Posting pada: 08-01-07 11:13
MASYAALLAH.... Wanita ialah hiasan dunia...seindah hiasan adalah wanita solehah...
|
mardhoti
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.07.2005 Ahli No: 17396
Posting: 201
Dari: kelantan
|
Posting pada: 08-01-07 12:01
asslamualaikum tahniah kepada anta yang budiman...mudah-mudahan jodoh anta dengan muslimat yang juga tunangan anta itu akan berpanjangan,insyaAllah.... ana juga seperti teman-teman yang lain,mengimpikan pasangan hidup yang juga seorang huffaz...walaupun ana seorang hafizoh, belum tentu jodoh ana dengan seorang ustaz ataupun al-hafiz...semoga Allah Ta'ala menemukan ana dengan jodoh yang baik dan dapat membimbing ana ke jalan yang diredhoiNya AMIN....
|
hafiz_along_83
Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-01-07 12:53
|
faithfuller
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak
|
Posting pada: 09-01-07 11:12
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 09-01-07 13:20
alhamdulillah..bertuahnya
|
sitizubaidah
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13162
Posting: 51
Dari: ipoh
|
Posting pada: 09-01-07 17:00
alhamdulillah lah anta dapat calon begitu. untung lah... tak semua dapat tau begitu. tapi mungkin dahikmah awak dapat dia. tuhan akan adil.. takkan semua yang bidang agama dengan yang bidang agama.... tak sama bidang pun boleh juga..
|
saussan_saffanah
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~
|
Posting pada: 09-01-07 17:50
mungkin apa yang paling layak untuk saya kata sekarang ialah : saling melengkapi awak janganlah rendah diri sangat...semua org punya kelebihan
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 10-01-07 12:56
Best jugak ni .. rasa macam jealous pun ada jugak ... tak semua orang berpeluang dapat jodoh macam tu ... kalau orang yang tak punya ibu untuk carikan jodoh macam mana ? Nak harapkan ayah atau adik beradik lain mereka bukan reti pun hal-2 macam ni ... kalau nak harapkan sedara-mara lain mereka pun bukan ada "contact" ... takkan nak pergi masuk rumah tanya macam tu saja ... ada cara lain tak ?? kalau pergi terus ke ma'ahad tahfiz jumpa pengetua dia OK tak ?? Nanti takut hafizah tu tak terima pulak pasal kita ni lone ranger bukan ada org tengah ...
|
salsabiila05
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18768
Posting: 31
Dari: pahang
|
Posting pada: 10-01-07 13:05
salam alaik.... setiap jodoh yang Allah tentukan tu, semuanya baik belaka...dan beruntunglah jika dapat mengahwini seorang hafizah kerana banyak keistimewaan dan manfaat yang boleh dikongsi dariNya.....wallahu ta'ala a'lam
|
Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan
|
Posting pada: 11-01-07 19:19
wanita hiasan dunia.... seindah hiasan adalah wanita solehah... yang akan membahagiakan kita... didalam rumahtangga.... TANYA DIRI HIASI PERIBADI ingat janji Allah bahawa setiap yang baik akan dibalas yang setimpal dengannya.ikhlas adalah kunci mendapat kebahagian dunia dan akhirat. pengajaran kepada yang lain,buatlah amal seikhlas yang mungkin semoga ada balasan yang terbaik untuk kita.hiasi luaran,baiki dalaman.the best is from Allah. pesan Nabi:jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah,,Allah pasti menggantikannya dengan yang lebih baik daripada itu. Inilah anugerah yang saudara perolehi daripada apa yang anda usaha selama ini.Allah Yugawik fi Umurik
|
ct_aishah
Warga Rasmi Menyertai: 08.01.2007 Ahli No: 28056
Posting: 12
Dari: gOLden SanD
|
Posting pada: 25-01-07 12:20
.. Sesungguhnya hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
|
msaidins_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.11.2006 Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/
|
Posting pada: 12-04-07 12:13
subhanallah.. terkenang zaman jahiliah aku dulu... sukarnya mencari mutiara dalam hamparan kaca,kekadng kita terluka untuk menemui mutiara tersebut. Alangkah bertuahnya mereka yang terjumpa mutiara tersebut.
|