Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita bergerak ke arah apa yang difokus
-- Dari filem Kung Fu Panda

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 147
Ahli: 0
Jumlah: 147




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 40 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Membezakan hubungan istimewa dan yang biasa


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Membezakan hubungan istimewa dan yang biasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Membezakan hubungan istimewa dan yang biasa

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 21:54


Assalamualaikum..
saya ingin berkongsi dengan apa yang sedang saya lalui.. Namun, saya ingin bertanya dahulu, apa kah yang menyebabkan anda membezakan teman lelaki/wanita istimewa daripada teman teman yang biasa?
adakah apa yang anda lakukan itu benar? Melalui pengamatan saya, saya dapati ada di antara kawan-kawan saya yang 'terlebih' membezakan insan yang dianggap istimewa ni seperti bersentuhan tangan (yang
paling common). Tak payah lah dicerita semua aktiviti, anda semua sudah sedia maklum mengenainya (kadang-kadang sampai takut diri ini bila dapat tahu macam-macam cerita.

saya mempunyai seorang yang istimewa dalam hidup saya. Kami berjauhan. Hanya contact melalui internet dan telefon. baru-baru ini, dia inginkan saya buat hubungan ni lebih istimewa, dia ingin
saya membezakan hubungan ni dr yang biasa. Maksud saya dr segi perkongsian cerita, gambar, pendapat.. Ye, kami memang berterus terang dalam segala hal, tiada rahsia antara kami (maybe 85%).Namun ada sesuatu yang
kurang senang pada saya. ada suatu permintaannya yang sukar saya laksanakan.. sebab saya yakin, seistimewa mana pun dia, limit tetap ada. saya jaga semua tu. tapi, dia tak berpuas hati. Dia mendesak.
saya tetapi dengan pendirian saya. sekarang hubungan ni agak dingin. saya confuse.

saya sedia terima pendapat kalian. Terima kasih.

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-10-06 22:44


Eemmm..bagaimana nak cakap ek..
Tapi kalau teman kita tu selalu saja nak minta lebih...dia macam tak pentingkan kita sangat lah tu...jadi hati-hati lah..kadang-kadang tu kena pandai2 berfikir jugak..
Nak beza antara teman istimewa dengan teman biasa ni..
Teman istimewa ni kita bagi layanan istimewa..teman biasa ni kita bagi layanan biasa saja..
EEmmmm tak tau nak cakap....Bagi kepada yang pakar ajalah...kuikuikuiii...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

fishah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22182
Posting: 234
Dari: teluk intan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 23:00


Assalamualaikum....
sekadar nak bagi pendapat saja ni....
bagi saya kalau seseorang tu menganggap temannya istimewa, sudah tentu dia tak mahu teman tersebut dicemari dengan sesuatu yang tak baik... kalau betul lah dia suka kita, pasti dia akan jaga kita dengan baik...mengajak kita ke arah kebaikan dan sama-sama menghindarkan diri dr segala kemaksiatan untuk dapatkan keredhaan Allah... kalau lah seorang lelaki tu nak bukti mengatakan bahawa perempuan ni setia dan sayang padanya dengan suruh buktikan dengan benda-benda yang tak sepatutnya...itu bukannya dinamakan istimewa lagi...itu nak merosakkan saja...
wallahua'lam.....maaf kalau pendapat saya ni sukar untuk diterima

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishahProfil   Hantar PM kepada fishah   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 23:03


..istemewa mana pun still ada batasan..lainlah kalau si dia tu memang dah ada ikatan yang halal nga kita..so fikirlah sebelum bertindak...kalau yang istemewa tu mesti lah kita sayangkan..so..bagi lah penjelasan kat dia biar dia faham..jngn ikut telunjuk saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 01:39


Pada 14-10-06 23:00 , fishah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum....
sekadar nak bagi pendapat saja ni....
bagi saya kalau seseorang tu menganggap temannya istimewa, sudah tentu dia tak mahu teman tersebut dicemari dengan sesuatu yang tak baik... kalau betul lah dia suka kita, pasti dia akan jaga kita dengan baik...mengajak kita ke arah kebaikan dan sama-sama menghindarkan diri dr segala kemaksiatan untuk dapatkan keredhaan Allah... kalau lah seorang lelaki tu nak bukti mengatakan bahawa perempuan ni setia dan sayang padanya dengan suruh buktikan dengan benda-benda yang tak sepatutnya...itu bukannya dinamakan istimewa lagi...itu nak merosakkan saja...
wallahua'lam.....maaf kalau pendapat saya ni sukar untuk diterima


say setuju dengan pendapat fishah...
ada cara lain kita boleh buat untuk menunjukkan kita menghargai dia dan meletakkan dia sebagai teman istimewa tapi bukan dengan cara melebihi batasan dan melanggar hukum Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 18:34


terima kasih...
saya dah memang expect jawapan anda semua kerana itu juga yang saya pikirkan..
cuma saya rasa saya perlukan support dan motivation yang tinggi untuk menghadapi situasi ini..

saya sebenar agak geram apabila dia membls perbuatan saya (dengan menolak permintaan nya) dengan mengatakan 'kalau nak diikutkan sangat, kita tak boleh berjumpa, kita tak boleh berdua-duaan tapi tidak kan? so, apa masalah besar tentang permintaan saya itu??'

kami kalau berjumpa hanya di tempat terbuka.. seperti kedai makan.. dan masih boleh elak from being physically touched, walaupun susah berjumpa kerana berjauhan..
jadi saya agak tersentak dengan apa yang dia kata seperti di atas..
dia terus terang dengan mengatakan saya hanya sekadar teman wanita istimewa yang dalam masa yang sama tidak istimewa mana hanya kerana saya tidak memenuhi beberapa permintaan nya..

saya sungguh sedih dan kecewa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 20:36


salam..
bawak banyak bersabar..Allah knows best...enti ni benar-benar istimewa sebab Allah tetapi pilih enti sebagai muslimah yang cuba menjaga hukumNya sebaik mungkin. ana faham...sekarang enti tersepit antara hukum Allah dengan kehendak seorang rijal yang nampaknya mencabar prinsip enti..
erm, firstly jangan dilupa bahawa permintaan yang dia buat tu jugak datangnya dari Allah...Allah yang gerakkan hati dia untuk minta macam tu even permintaan tu kurang elok..semua ni memang sengaja Allah rancangkan untuk menguji sejauhmana enti nak pertahankan keimanan enti...

teguhkanlah prinsip enti yang sedia teguh tu ye...

pada ana, biarkanlah hubungan ini terus dingin untuk seketika...
ambil masa yang ada ni untuk muhasabah diri enti..

berdoalah kepada Allah agar Dia lembutkan hati rijal tu..kan hati kita ni milik Allah..
pohonlah petunjuk...di samping tu enti cek balik sejauhmana betulnya hubungan enti dengan dia...mungkin ada kesalahan yang enti sendiri tak sedar even dah cuba untuk tidak melakukannya...

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 20:56


setiap yang berlaku psti ada hikmahnya...

jika kita rasa baik,
teruskan kerana Allah..
jangan teragak2..

jika tidak,
tinggalkan kerana Allah...

insya-Allah hati akan menjadi tenang
jika segalanya kerana Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 00:02


assalamualaikum

terima kasih kepada anda yang memberi respon... saya sungguh berpuas hati.. dan saya bersyukur kerana saya agak lega dan kepala pun dah tak runsing.. saya akan seday upaya untuk terus tegakkan prinsip saya.. amin..

:-) :-) :-) :-) :-) love u all.. :-) :-) :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 09:47


Pada 17-10-06 00:02 , nni posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum

terima kasih kepada anda yang memberi respon... saya sungguh berpuas hati.. dan saya bersyukur kerana saya agak lega dan kepala pun dah tak runsing.. saya akan seday upaya untuk terus tegakkan prinsip saya.. amin..

:-) :-) :-) :-) :-) love u all.. :-) :-) :-) :-) :-)


insya Allah, semoga Allah tetapkan pendirian anti.

dalam islam tiada istilah "bercinta sebelum kahwin"
Kenapa mesti bercinta sebelum kahwin?
kerana nafsu bukan?

tapi ingat "jatuh cinta" dan "bercinta", itu adalah 2 benda yang berbeza.....jatuh cinta tidak salah (sebab ia fitrah manusia) tetapi bercinta sebelum kahwin adalah haram hukumnya.

wassalam


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 17-10-06 11:00


Assalamualaikum,

Adik-adik semua, Abdullah mencelah sikit ya..cuit-cuit di bulan Ramadhan.

Apa kata modify sikit tajuk ni- "bagaimana membezakan hubungan yang diberkati Allah dengan hubungan yang tidak diberkati Allah"

Abdullah pun nak tahu juga caranya.

Boleh?
Salam Ramadhan, intai-intai Lailatul Qadr,

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 14:28


Semoga ukhtie nni di beri kekuatan dalam menghadapi masalah sebegitu. Kuatkan hati bahawa Allah sentiasa bersama orang2 yang menegakkan hukumNya....moga Allah pelihara anti dari segala perkara yang tidak baik..

Kepada Abdullah, apa kata anta mula dulu..mungkin response dari sahabat ukhwah akan dapat dicungkil berkenaan tajuk tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 17-10-06 14:31


biasa kalau orang minta lebih2 ni dia tak iklas dengan kita...
dia harapkan sesuatu..
bila dia iklas dia akan jaga dan tak minta bukan2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 17-10-06 14:41


Assalamualaikum,

Tak mengapa...teruskanlah, cuma Abdullah terpanggil sedikit untuk memberi komen. Abdullah terfikir apakah manfaat topik ini diutarakan.

Apatah lagi dalam kesibukan mengejar Ramadhan yang semakin hampir meninggalkan kita.

Allahua'lam, jangan marah ya, sekadar pandangan seorang abang yang dah mendirikan rumahtangga, barangkali perspektif adik-adik berbeza.

Salam Ramadhan,
Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 15:07


Assalamualaikum...

Putuskan saja.. Kalau sanggup minta benda-benda pelik tu tandanya dia bukan sahaja tak hormati hak kesucian seorang wanita, malahan tak hormati hukum!

Kena pakat2 bagi nasihat kat pemuda tersebut

Wallahu a'lam

Assalamualaikum

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

ctkhadijah
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2004
Ahli No: 7428
Posting: 18
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 17-10-06 16:02


payah juga hidup berkapel ni ye?rapat sangat pun salah...kalau menjauh,lain pula citernye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctkhadijahProfil   Hantar PM kepada ctkhadijah   Quote dan BalasQuote

hazi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2006
Ahli No: 27127
Posting: 146
Dari: malaysia

bosnia_herzegovina  


posticon Posting pada: 01-11-06 18:16


Carilah cinta sejati yang ada hanyalah pada ALLAH,

Bookmark and Share

    


  Member Information For haziProfil   Hantar PM kepada hazi   Quote dan BalasQuote

hangkas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.08.2006
Ahli No: 26058
Posting: 103
Dari: dalam perjalanan ke arah hari akhirat

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 11:05


istimewa?
sentiasa memberi kebaikan, ingat-mengingati perintah Allah dan menghormati dan menghargai kehadiran kita dalam hidupnya kerana mencari kerehdaan Allah.
Apapun, sahabat yang baik, ia membantu perjalanan kita ke arah rahmat Ilahi.
yang sebalik, melalaikan kita dengan urusan keduniaan.
Maafkan ana, jika pandangan ini kurang relevan, maklumlah masih menuntut ilmu.
Wasalam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hangkasProfil   Hantar PM kepada hangkas   Quote dan BalasQuote

maya_sakura
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-11-06 11:14


sesuatu itu akan jadi istimewa jika kita sama menganggapnye istimewa...pada pendapat saya, jadi teman istimewa pun tak semestinya kena couple kan..sekadar kawan-kawan sajalah..dan semua tu bergantung pada hati dan perasaan kita jugak..tanya betul-betul...sama-sama kita fikirkan...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For maya_sakuraProfil   Hantar PM kepada maya_sakura   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 11:22


salam...

teruskan usaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

nuruliffah86
Warga Rasmi
Menyertai: 09.03.2006
Ahli No: 23339
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-11-06 13:13


assalamualaikum..

seandainya lelaki tu ikhlas dengan kita,dia tak akan minta menda2 yang mengarut2 macam tu.sebolehnya ,dia akan turut sama jaga apa yang kita juga tu.
biarlah kadaan hubungan tu dingin...lama-lama dia akan tau apa punca dan kenapa nni buat macam tu?
wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuruliffah86Profil   Hantar PM kepada nuruliffah86   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-11-06 08:46


Pada 07-11-06 11:05 , hangkas posting:

!!! QUOTE !!!

istimewa?
sentiasa memberi kebaikan, ingat-mengingati perintah Allah dan menghormati dan menghargai kehadiran kita dalam hidupnya kerana mencari kerehdaan Allah.
Apapun, sahabat yang baik, ia membantu perjalanan kita ke arah rahmat Ilahi.
yang sebalik, melalaikan kita dengan urusan keduniaan.
Maafkan ana, jika pandangan ini kurang relevan, maklumlah masih menuntut ilmu.
Wasalam.....



:-) Bismillahirrahmanirrahim...

yap, ana sokong 100% pandangan saudara hangkas...
itulah yang didambakan oleh seseorang pasangan yang lebih islamic...bukan dengan cara berdating,minta benda-benda pelik yang telah terkeluar dari landasan agama islam yang amat kita sayangi ini...islam itu adalah satu anugerah yang tak ternilai harganya...

jadi,kita semua kaum muslimin dan muslimat ni kenalah ikut islam dalam semua aspek..
dalam bab ni pun ada...

jadi,bagi muslimin dan muslimat yang da ada pasangan tu,jagalah hubungan dengan baik...elak dari lakukan kemungkaran...hiasilah ia dengan nasihat menasihati ke arah kebaikan,kejujuran,keikhlasan serta ketulusan...dan lillahitaala...

kalau da nak jumpa sangat tu,pergilah ke rumah keluarganya...jumpa dengan kedua ibu bapanya...hehehehehe...
lebih baik bersahabat dulu dengan pasangan kalian...kenal hati budi masing-masing...tak payahlah kalian couple...itu tak ada dalam islam..zaman nabi dulu tak apa lah terus kawin saja sebab semuanya hamba allah..tapi sekarang ni faham2 lah sendiri...ana rasa semua faham sebab semua member ukhwah ni ramai yang terdiri dari golongan2 intelek...

p/s: mohon maaf jika ana tersalah silap dalam berbicara...maklumlah,masih lagi mencari keredhaan allah dan kebenaran yang terlindung di sebalik penipuan yang nyata...hanya manusia yang hatinya tak buta sahaja yang bisa melihat kebenaran itu...

wassalam.... :-)


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
[ Telah diedit oleh: zubaidah pada 11-11-06 08:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 11-11-06 11:26


"teman tapi mesra"

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-11-06 14:02


:) terima kasih banyak-banyak... saya suka sangat semua respon.. :)

saya sebenarnya dah pasrah... akhirnya si dia dah minta maaf dan katanya dia terikut-ikut perangai lamanya dulu...

saya dah malas layan dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mustaqqim
WARGA SETIA
Menyertai: 22.07.2005
Ahli No: 17480
Posting: 486
Dari: malaysia

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-11-06 15:40


hargailah setiap apa jua yang hadir dalam kehidupan kita...
kerana ianya terlalu ISTIMEWA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MustaqqimProfil   Hantar PM kepada Al-Mustaqqim   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 13-11-06 19:57


Ingatlah Orang Yang Tersayang :lol: :lol: :lol:


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 21-11-06 02:23


cukuplah saja berteman denganku...
janganlah kau meminta lebih...

kalau engkau nak lebih2...
sarungkanlah cincin di tanganku...
bayarlah duit tol mas kahwin dulu...

masa tu lebih2 bagaimana? pun dah halal... :lol: :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.343711 saat. Lajunya....