Oleh |
Q: apa hukum berkawan dengan non-muslim? |
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 10-10-06 09:33
assalamualakum, di sini ana ingin memohon jasa baik sahabat2 ukwah.com yang lebih tahu.... ana ingin tahu, apakah hukum berkawan dengan non muslim? maksud ana disini, berkawan, bersahabat atau yang seumpama dengannya. ada seorang sahabat ana cakap, dalam Quran ada ayat yang melarang kita berkawan rapat dengan orang kafir. wallahu a'lam, ana nak selidik pun tak mapu, ayat Quran beribu-ribu..... dan ayat Quran hanya mampu ditafsir oleh ahlinya. syukan kerana sudi membantu.
|
zinniratunnajua
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.12.2004 Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 10-10-06 10:22
Astaghfirullah... cuba nanti suruh kawan nanti tu check smule... jangan cakap sebarangan dengan ayat AlQuran ni... Allah dan rasulullah SAW xpenah melarang kita bekawan dengan non-muslim tau!! "Wahai manusia sesungguhnye kami telah menciptakan kamu dr seorang laki2 dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku2 agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi kamu adalah yang paling bertakwa. Sungguh, Allah MAha Mengetahui lagi Maha Teliti" (49:13) ada ke dalam ayat ni kata kenal hanya orang Islam?yang disebut adalah berlainan bangsa dan suku kan... Mungkin sahabat anti itu trsalah faham..em, cuba xplain kat dia ye.. kalau kita xkawan dengan non-muslim macamana kita nak da'wah kat mereka kan.. Orang kafir ni ada pelbagai jenis, dan yang kita tak boleh berkawan dan wajib perangi hanyalah golongan kafir harbi agaknya..iaitu yang menentang islam..emm..ana pun ingat2 lupa istilah kafir apa..bolehla anti rujuk buku jenis2 kafir ni ye... janganlah sampai kita tak bekawan dengan mereka, bekawan tak salah asalkan kita menjaga syara'.. kalau kita tunjukkan akhlak yang baik pulak siapa tahu 1 day dia akan tertarik dengan keindahan Islam yang kita pamirkan dan terbuka hati nak peluk Islam, alangkah bagusnya.. Wallahua'lam....
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 12-10-06 10:43
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 12-10-06 11:32
pernah terbaca satu artikel, dimana seorang India muslim berkata "Kenapa tiada seorang pun Muslim yang berdakwah kepada beliau supaya memeluk Islam semasa beliau belum lagi memeluk Islam? Anda suka ke melihat kami mati dalam kafir?" *ini bukan cerita rekaan, ianya kisah benar* insya Allah ana cuba cari dimana ana terbaca artikel ini. ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. [ Telah diedit oleh: triptofana pada 12-10-06 11:34 ]
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 19-10-06 22:25
rasanya tak ada pulak ayat al quran,hadith dan sebagainya yang melarang kita berkawan dengan non muslim.. sepatutnya kita tunjukkan contoh yang baik pada mereka supaya mereka tertarik kepada islam. ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
mechelmine
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH
|
Posting pada: 20-10-06 03:11
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 20-10-06 09:17
anis ada ramai kawan rapat dikalangan india, iban dan cina...rasa tak ada masalah dengan mereka, terasa ingin berdakwah pada mereka, tapi yang mampu, bilhal saja lah....alhamdulillah, mereka hormat dengan kawan-kawan muslim dibulan puasa ni.
|
raf_dinul
Warga Rasmi Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14029
Posting: 10
Dari: samarahan
|
Posting pada: 20-10-06 12:00
berkawanlah dengan sesiapa sahaja walau berbeza pada agama, bangsa mahupun negaranya kerana memanjangkan silaturrahim itu adalah tuntutan agama ISLAM. Tidak adil kita meletakkan syarat dalam menjalinkan persahabatan kerana tidak wujud syarat memilih kawan dalam islam. Cuma pilihlah sahabat yang boleh membentuk peribadi diri kita bukannya sahabat yang boleh menjatuhkan jati diri kita sendiri... perkuatkan amal panjangkan silaturrahim...
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 20-10-06 12:55
boleh saja... tapi berpada2 lah sikit... jangan sampai terikut-ikut or tiru gaya hidup mereka dah lah...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 20-10-06 13:06
tol tu farhana.. tapi yang bestnya, kawan saya yang cina selalu puji jubah & baju kurung yang anis pakai... sekarang dia dah berjinak2 nak pakai baju kurung pula, mana tahu ni permulaan untuk dia mendekati Islam kan??? studen anis yang iban pernah tanya, boleh tak nak belajar "bahasa islam"(jawi sebenarnya...) sayangnye anis tak lama mengajar dia... golongan kafir yang tak memusuhi Islam, boleh dijadikan kawan. tunjukkan akhlak yang terbaik dengan mereka supaya mereka kagum pada orang islam, barulah terbuka hati nak kenal islam...
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 22-10-06 08:26
lagi satu anis nak cie pasal kawan sekerja anis yang non muslim, dia ada bibik indon yang muslim, dia respek dengan bibik dia tu sebab katenye bibik dia tu taat pada agama. bukan tu saja, siap berikan telekung pada bibik dia dan tak makan bab 1 dalam rumah tu sebab hormat bibik dia....
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 22-10-06 11:30
Pada 20-10-06 12:55 , miss_farhana posting:!!! QUOTE !!! boleh saja...
tapi berpada2 lah sikit...
jangan sampai terikut-ikut or tiru gaya hidup mereka dah lah... betul tu..lagi bagus kalau kita boleh dakwah mereka sekali...
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 19-12-06 08:45
Bersahabat dengan orang kafir? Allah tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. Kenapa Allah ciptakan anjing walaupun kita tahu anjing tu adalah binatang yang haram disentuh dan dimakan. Salah satunya adalah kerana untuk menguji tahap keimanan seseorang hambaNya. Dan juga adanya hukum halal dan haram, etc. Kenapa Allah ciptakan malaikat, Syurga, Neraka? Semua yang Allah ciptakan bukannya sia-sia tetapi mempunyai tujuan yang sebab-sebabnya. Mengapa adanya orang kafir? Orang kafir mempunyai hak untuk ditarbiyah oleh golongan-golongan yang sedar dan yang subur Islam dalam dirinya. Pada pandangan ana, kita berkawan dengan orang kafir dengan niat kita nak mentarbiyahnya. Jangan ingat bila kita sudah Islam, semuanya sudah sempurna, tanggungjawab kita sudah selesai kita sudah berada pada zon yang selesa. Tidak. Kerana selagi roh berada dalam badan kita, selagi itulah gerak dakwah kita tidak pernah selesai. Dan bila kita berkawan dengan non-muslim, berkawan seperti biasa. Jangan sehingga ada perasaan kita sayangkan kawan non-muslim seperti mana kita mengasihi kawan mukmin, seIslam kita. Tidak semestinya kita tidak boleh berkawan dengan kawan non-muslim. Tapi pandai-pandailah kita menjaga diri dan menjaga batas-batas persahabatan. Kalau semuanya nak menjauhkan diri daripada kawan non-muslim, siapa yang akan menarik dan memperkenalkan kepada mereka dengan keindahan Islam yang sebenar? Siapa yang akan memikul tanggungjawab berdakwah kepada mereka? Bapa saudara Rasulullah sendiri adalah kafir, tetapi Baginda tidak pernah meminggirkan bapa saudaranya, malahan sentiasa berdoa kepada Allah untuk melembutkan hati bapa saudaranya menerima Islam. Rasulullah sebagai ketua Negara, tidak menyisihkan mereka, tetapi menghormati hak-hak mereka dalam Piagam Madinah selagi mereka tidak memberi ancaman kepada Islam. Kita boleh melihat di sebalik apa yang dilakukan oleh Rasulullah adalah sebagai satu cara berdakwah secara ‘non-verbal’ melalui contoh teladan daripada apa yang dilaksanakan oleh Baginda. Betulkan ana kalau ada kesilapan. Ana masih lagi belajar dan cetek ilmu. Wallahu ‘alam. ----------------- Jangan pandang remeh terhadap benda-benda yang remeh.
|
nurwahida
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM
|
Posting pada: 19-12-06 09:02
Pada 20-10-06 12:55 , miss_farhana posting:!!! QUOTE !!! boleh saja...
tapi berpada2 lah sikit...
jangan sampai terikut-ikut or tiru gaya hidup mereka dah lah... salam.. aha betul itu.. saya pun ada berkawan dengan non-muslim ini...masa di kolej saya belajar..kolej saya kolej islam....ada juga sesetangah pelajar yang non-muslim..dari sabah serawak...jadi tak ada masalah lah..mereka pun ok..ikut rule kolej..bila time kuliah jadi dikenakan memakai tudung...dan berpakaian menutup aurat...perhimpunan bulan pun mereka hadir... apapun...yang penting kita tak terpengaruh dan...selama saya berkawan dengan mereka...alhamdulillah...mereka menghormati kita sebagai orang islam... ----------------- kembara mencariNYA [ Telah diedit oleh: nurwahida pada 19-12-06 09:06 ]
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 26-12-06 16:34
Salamalaik nurhaziqah. Andai ana berada di pihak yang betul, izinkan ana menjadi orang yang dibetulkan dan andai ana berada di pihak yang tidak betul, jadikan ana insan2 yang dibetulkan. InsHAllah. Memang terdapat sebenarnya di dalam Al Quran tegahan2 untuk orang Islam 'bersahabat' dengan Non Muslim, tapi harus diteliti dari konteks apa sebenarnya tegahan itu dibuat. Kalau baca dalam terjemahan surah Al Maidah, Al An'am At Taubah dan beberapa lagi surah2 yang lain, memang ada dinyatakan bahawasanya umat Islam perlu mengambil orang kafir yang memusuhi kita sebagai seorang musuh. Betul tu. Tapi, maksud yang sebenar hanya dapat kita fahami kalau check balik tafsir. Harus diingat, ayat Al Quran tak boleh main tafsir macam tu saja. Bila main tafsir melalui terjemahan ayat semata2, tu yang kata umat Islam tak boleh berkawan dan bersahabat dengan non Muslim. Maksud sebenarnya ialah, umat Islam dilarang bersekongkol dengan orang kafir(kafir bermaksud menyembunyikan, yakni menyembunyikan cahaya kebenaran yang telah sampai kepada mereka) yang memerangi mereka, menghalau mereka dari negeri mereka, mencela agama mereka dan bermaksud jahat terhadap agama mereka. Tu maksud sebenarnya. Untuk orang non Muslim yang tidak memusuhi kita atau bersikap 'neutral', maka pendapat yang lebih rajih di sisi ulama menyatakan dakwah wajib dilakukan ke atas mereka oleh semua orang Islam mengikut kadar kemampuan masing-masing dan yang penting, bil hikmah. Nurhaziqah, sila sucikan fikrah sahabat anti. Stigma2 serupa ni tak lain hanyalah meletakkan umat Islam yang pada asalnya umat yang bertamadun dalam segala hal menjadi umat yang terhakis tamadunnya dalam kehidupan sosial. Jangan diskriminasi mereka. Ingat, hanya dengan senyuman, non Muslim boleh jatuh cinta dengan Islam. Malah, haram ke atas kita untuk menyakiti mereka selagi mana mereka tidak menyakiti mereka. Syabas! Kerana saudari menyelidik terlebih dahulu dari terus mempercayai kata-kata sahabat anti. Bab hukum, harus dipandang serious. Semoga ini membantu. Salam alaik.
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 26-12-06 21:15
kalau rasa dapat bukakan jalan pintu hidayah kepada mereka....so...go on...tapi berhati-hatilah....takut diri sendiri yang terpesong pulak.
|