Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-07-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 106
Ahli: 0
Jumlah: 106




  Yang Masuk Ke Sini
yanokage: 6 hari yang lalu
Rashdin: 22 hari yang lalu
khalifah: 28 hari yang lalu


Jejak Sekolah
Topik: Berkongsi Tip Belajar Last Minute!


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Berkongsi Tip Belajar Last Minute!

Please Mendaftar To Post


Oleh Berkongsi Tip Belajar Last Minute!

motivatorpelajar
Warga Rasmi
Menyertai: 24.08.2006
Ahli No: 26020
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 13:25


"Belajar hingga ke saat-saat akhir bukannya baru belajar di saat-saat akhir"
>>Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ketika saat-saat akhir menjelang peperiksaan adalah membuat ringkasan subjek anda dan point2 penting yang perlu dihafal pada beberapa helai kertas (kurang daripada 5 helai). Tugas anda seterusnya adalah mengulang baca ringkasan tersebut, sehingga anda ingat dan jika timbul kekeliruan dalam sesuatu konsep, barulah anda rujuk kepada buku rujukan.

>>Bagaimanakah teknik belajar yang anda amalkan? Mungkin boleh dikongsi di sini...


-----------------
E-Book Rich Dad Poor Dad Percuma di..
www.Lamanwebku.com


Laman Web & Blog Percuma

Bookmark and Share

    


  Member Information For motivatorpelajarProfil   Hantar PM kepada motivatorpelajar   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 13:40


al awal.. ahlan wasahlan ila motivatopelajar..hehe..
nampak macam baru lagi di portal ukhwah..
ok.. sekadar berkongsi ilmu..



seperti sedia maklum.
belajar ni ada macam-macam style..
ia terpulang pada individu tu..
ada yang jenis baca sekali dah masukkk saja apa yang dibaca..
ada yang jenis kena baca berulang-ulang baru ingat..

ada juga yang jenis bila di sek atau di ipt.. cuma dengar.. catit..
dah dapat ingat..dapat faham terus.. apapun bergantung pada individu tu..

study last minute
satu tabiat yang tak berapa baguss lah..
tapi ada juga yang jenis ni..
lagi seminggu nak exam.. baru pulun.. ( struggle)
nak habiskan baca nota..

ana pernah juga study last minute..
tapi.. tak selalu.. cuma kalau emergency saja..hehe..

tips ana..
ana akan tengok bab by bab..
tengok pada index.. baca and buat nota ringkas sikit..
fhmkn apa isi penting sahaja yang nak disampaikan..

the bestt way.. buat mind map..
ambil satu kertas A4.. make the mind map..
kalau yang pandai lukis.. bolehlaa lukis kartun dan lain-lain..
untuk attarct nota anda..hihihi..

then.. tengok soalan yang lepas..
try buat.. bincang dengan kawan..

**kalau boleh.. bila dah last minute juga..
amalkan study group..
ini lebih mudah.. masing-masing kongsi ilmu..
hehe.. jimatkn masa.. jimatkan tenaga..
:lol: :-di


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 17:09


tengok soalan past year, sambil rujuk nota.

nak baca page by page buang masa. baik tumpu pada sub topik-sub topik yang ada potensi boleh keluar exam.

mintalah tips daripada lecturer. tanya apa yang penting dan apa yang perlu diberi fokus.

---> ni semua kaedah yang betul-betul last minute punya ye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 18:07


kalau study last minute,gunakan pendekatan output learning.jangan tension2 sangat lah..cuba predict outcoming question..insyaAllah..Allah yang masukkan ilmu dalam diri kita ni..yang penting jaga hubungan dengan Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

rebana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 149
Posting: 123
Dari: banting

Selangor  


posticon Posting pada: 24-09-06 18:24


aku sekarang mengamalkan study smart last minit..disebabkan aku ini pemalas..so setiap hari..aku peruntukkan at least 1-2 jam untuk study..tak kiralah..yang penting 2 jam..tak guna juga pulun 24 jam study..cinfirm dah sakit otak belah kanan dengan belah kiri..

tapi sesiapa kaco 2 jam tu..aku debik sekor2..hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebanaProfil   Hantar PM kepada rebana   Pergi ke rebana's Website   Quote dan BalasQuote

jasadkudisini
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2006
Ahli No: 25763
Posting: 221
Dari: sinGgaHsaNa..

germany   avatar


posticon Posting pada: 24-09-06 19:02


alamak terasa...
saya biasa study last minute....
kalau study always tak masuk agaknya...


- -

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasadkudisiniProfil   Hantar PM kepada jasadkudisini   Pergi ke jasadkudisini's Website   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 05:56


hahaha rindunye study last minit. memang tak eloklah kan. tapi pada sesiapa yang terdesak itu, ni tip2 akak amalkan masa study last minit. insyaAllah, nak kata boleh dapat A tu tak ada lah. kalau nak dapat A, study awal!

1) pastikan cukup tidur sebelum exam walo bagaimana last minit sekali pun.
2) setiap kali study, make sure study dalam setiap selang masa 15min, atau 20min, atau 30min ada rehat 5min. terpulang pada individu. masa rehat jangan buat aktiviti yang guna otak sangat. buat lah apa-apa macam minum ke, tidur ke, exercise ke, siram pokok bunga ke.
3) setiap kali habis satu bab revise sekali lagi sebelum mula bab baru.
4) kalau dah tak cukup masa sangat-sangat itu, study soalan ramalan saja
5) buat past time question memang satu cara berkesan untuk jawab soalan exam (ni untuk budak-budak university saja lah)
6) masa study jangan pasang musik. al-quran paling best.
7) make sure jangan skip makan
8) kalau dah sedia nota sendiri tu paling baik, sebab study nota saja
9) paling penting jangan panik atau stress

nampak macam relax saja kan cara ini, tapi actually ini tak nak bagi otak cram sangat. kalau tak, tu yang jadi otak beku time exam sebab tak cukup rehat atau xbtul2 serap ilmu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-06 08:13


salam..

masa ana belajar dulu ana memang suka amalkan study last minute..tapi alhamdulillah result ana setiap sem tak pernah kurang 3.20..tapi ana nasihatkan pada antum,jangan amalkan cara study ni...cara study ni bergantung kepada tahap IQ masing-masing...biasanya ana study malam untuk paper esok..tapi kena berpantang sikit dan jaga amalan pemakanan...insyaAllah,tapi kena ingat yang beri ilham itu hanya Allah,pastikan pagi exam tu,jangan buka buku nota lagi,buatlah solat hajat dan selepas habis paper,jangan ungkit2 lagi tentang paper yang dah lepas,bimbang kalau dapat tau banyak kesilapan akan mematahkan semangat untuk paper yang seterusnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 25-09-06 10:23


saya pun selalu study last minute...alhamdulillah tak pernah kantoi..yang penting kuliah jangan ponteng

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

qaisy_ida
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22014
Posting: 39
Dari: qElaTE

malaysia  


posticon Posting pada: 25-09-06 13:03


kalau saya lah,study last minutes..kant0ii..
but depends..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaisy_idaProfil   Hantar PM kepada qaisy_ida   Quote dan BalasQuote

kamilla
Warga Rasmi
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26492
Posting: 9
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 01-10-06 17:21


terima kasih dengan apa yang saudara dan saudari beri....
saya selalu juga study last minute.....(tu macam terasa saja...)
sekarang, selalu2lah juga study lebih awal...
lagi2 harapan family yang agak tinggi....
bila dah tengok kejayaan orang lain rasa macam cemburu sangat...

lagi satu...selalulah juga bila buka kitab mata pun nak layu.....
bagi mengelakkan rasa mengantuk(bagi sayalah),
baca kuat2(kita hendaklah menjiwai apa yang dibaca dengan kata lain hayati).
Tak pun, sematkan dalam hati "aku kena belajar!!!"ingatkan kata-kata perangsang. Kuatkan semangat..... jangan terlalu cepat mengalah, lebih2 lagi bila angin malas mula hinggapkan....

tulis kata semangat di atas kertas...bila kita kecewa ke... tuliskan di atas kertas dan azam untuk berubah...... kalau rasa dah mula malas.....baca balik apa yang kita tulis dulu....buat ayat2 perangsang yang baru.....

tu sajalah setakat ni.....harap, berguna untuk semua....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamillaProfil   Hantar PM kepada kamilla   Quote dan BalasQuote

shah-fitq
Warga Rasmi
Menyertai: 27.09.2006
Ahli No: 26596
Posting: 17
Dari: temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 01-10-06 19:22


assalamualaikum...............
belajar last2 minit yep................
erm............
bergantung kepada ssetengah pelajar.............
ada yang mampu dan ada juga yang akan mengalami stress pada tika tu............
tapi yang penting....
di mana ada kemahuan disitu lah ada jalannya...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah-fitqProfil   Hantar PM kepada shah-fitq   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 01-10-06 19:44


Ana pun kaki study last minute. Dari sekolah menengah lagi (sebab sekolah rendah langsung ana tak pernah study!)

Ana belajar untuk faham kegunaan ilmu tersebut dan kalau boleh untuk mengamalkannya dalam kehidupan. Ana tidak suka belajar untuk lulus exam.

Ana perlukan stress untuk belajar untuk peperiksaan. Ana sangat suka ketika anda hanya ada beberapa jam sebelum masuk dewan peperiksaan, dan ketika ana berkata pada diri sendiri, "Matilah aku; dah tak sempat!"

Sehinggalah ketika SPM (2003), ada 3 subjek yang ana mula cari buku sejurus selepas bersahur!

Tips?
Wallahua'lam. Cuma ana tidak suka ponteng kelas dan tidur masa belajar. Masa tidak belajar, ana raja tidur dalam kelas ana.

Juga, tidak boleh lupakan Yang Maha Kuasa. Walau sebijak mana sekalipun, anda, tanpa izin dan inayah-Nya, siapalah kita!
[ Telah diedit oleh: mohdnurhakimin pada 01-10-06 19:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

miss_farhana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-10-06 21:02


adik2 yang nak ambil PMR..saya pulak yang berdebar dan sakit perut...hehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_farhanaProfil   Hantar PM kepada miss_farhana   Quote dan BalasQuote

PeNguin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.04.2004
Ahli No: 8445
Posting: 190
Dari: miri, srwk

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-10-06 21:18


hmm ana pun sama suka jugak suka study last minute..biasanya ana akan study soalan2 exam tahun2 lepas dan juga soalan2 quiz..jangan lupa rajin2 jumpa lectr mtak tips..yang penting jangan ponteng dan tidor time kelas..!

Bookmark and Share

    


  Member Information For PeNguinProfil   Hantar PM kepada PeNguin   Pergi ke PeNguin's Website   Quote dan BalasQuote

lisa_solehah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26413
Posting: 371
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-06 21:30


kepada sesiapa yang nak belajar last minit, jangan lupa bancuh kopi atau nescafe pekat-pekat supaya jaga sepanjang malam...

kalau pening esok hari, tanggung sendiri...berani buat berani tanggung ye...

nasihat lisa, kalau kalian bukan tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyai stail belajar last minit, tolonglah...elakkan belajar last minit...nanti kalian juga yang susah...

nasihat bukan sebarang nasihat...nasihat ikhlas kerana pengalaman mengajar untuk menghargai kelapangan sebelum kesempitan mendatang...

kalau tidak percayai, cubalah sendiri... :-) :-) :-)


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For lisa_solehahProfil   Hantar PM kepada lisa_solehah   Quote dan BalasQuote

assma
Warga Rasmi
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26697
Posting: 4
Dari: r.P

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-10-06 23:44


hrmmm....dr upsi juga..
exam pun dah dkat....
jom kat study.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For assmaProfil   Hantar PM kepada assma   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 00:06


salam....

erm..saya pun selalu'yang study last minute..walaupun result sentiasa ok(alhamdulillah..) tapi xelok sebenarnya..
bila dah kalut2 itu selalunya saya just tumpu pada soalan2 lepas dengan soalan2 quiz ataupn test...ye lah...soalannyer pun pusing2 tang tu juga..
bila dah last minute ini..kena bagi tumpuan lebih...tak payah lah main-main lagi...


tapi...sesiapa yang tak pernah study last minute...tak payah lah mencuba..takut2 'blur' pula nanti bila nak jawab paper....
:-)

wallahualam..


-----------------
'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'


Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-10-06 10:10


mengikut kajian...lelaki yang paling sesuai study last minute berbanding perempuan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

adibahazrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-06 13:11


hehehe... terkena batang idung sendiri.
bagi ana, ana lebih sesuai studi last menet.
pressure tinggi, so senang nak ingat every point.
tapi after kuliah buat short note dulu, then esok nak exam mlm ni revise balik.
hehehe...
agak berkesan, tapi bergantung pada individu itu sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adibahazrahProfil   Hantar PM kepada adibahazrah   Quote dan BalasQuote

altaf
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26556
Posting: 51
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-10-06 13:19


saya SELALU STUDY LAST MINUTE.
SENANG sikit nak masuk dalam KEPALA.
SAMPAI TERMIMPI2 apa yang DAH DI BACA SBLEUM tidur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For altafProfil   Hantar PM kepada altaf   Quote dan BalasQuote

adibahazrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-06 13:30


hehehe... altaf

Bookmark and Share

    


  Member Information For adibahazrahProfil   Hantar PM kepada adibahazrah   Quote dan BalasQuote

xyamani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding

yemen  


posticon Posting pada: 14-10-06 13:35


akak ni pun dulu study last detik juga..tapi tak berapa elok sangat lah sebab lepas exam dah tak ingat lagi..kiranya jadi study demi exam saja lah...

nak ubati kekurangan tu,kena reverse balik apa yang dah study walaupun exam dah tamat...tak nak lah kan,kita jadi makin 'kurang' lepas dah 'ada' banyak.

sekadar pengalaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For xyamaniProfil   Hantar PM kepada xyamani   Pergi ke xyamani's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 14:12


tak berapa elok study last minute, tapi ana selalu buat..
alhamdulillah..dapat jawab exam...
terpulang pada individu...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 14-10-06 14:33


ASSALAMMUALAIKUM....
Hmmmmm....mana ada tips belajar last minute....belajar mesti berterusan supaya maklumat sentiasa fresh....sebab kaum lain bukan Melayu dan bukan Islam sentiasa saja berusaha hingga mereka semua memonopoli carta tertinggi dalam kelulusan cemerlang di sekolah dan universiti sejak lama dulu hingga hari ni...tak percaya....cuba lihat buku cenderamata semasa konvokesyen di universiti2....


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 14-10-06 15:03


study last minit memang menyeronokkan..kita duduk tengah2 dikelilingi buku-buku,,tak keluar bilik satu hari..bila tengok cermin.. mata dah jadi macam mata raksaksa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

perak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.08.2006
Ahli No: 25855
Posting: 138
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-11-06 16:24


hehe...memang tak berapa baik tapi ini untuk mrka yang mungkin menghadapi situasi ni scra xsengaja mungkin sesuatu yang dapat mnolong mrka. ana pun sama juga..
ana biasanya akan cuba mengingat dengan cara mmbaca,mamhami dan cuba buat gmbaran keadaan persekitaran yang berkaitan. adakalanya ana suka cipta lagu sndiri2...bergntung juga pada keselesaan dan penerimaan ssorg itu juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For perakProfil   Hantar PM kepada perak   Pergi ke perak's Website   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 08-11-06 10:29


saya rasa pada yang tak biasa jangan lah amalkan sebab akan jadi blur...
saya biasa study last minute tapi setiap orang ada cara sendiri..
macam saya bila study awal2 takkan masuk jadi saya akan study bila paper esok malam 2 baru saya study tapi kena relaks ar tak boleh kelam kbut sebab bila klam kabut langsung tak masuk...
saya akan buat note yang paling ringkas u dihafal dan difahami...
esok bila time exam saya akan goreng cukup2 dan selebihnya tawakal..
alhamdulillh setiap result yang keluar takkan mengecewakan saya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

sahibul
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.09.2006
Ahli No: 26564
Posting: 257
Dari: Bumi ALLAH

malaysia  


posticon Posting pada: 08-11-06 11:38


elaki yang paling sUKA study last minute berbanding perempuan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahibulProfil   Hantar PM kepada sahibul   Quote dan BalasQuote

faried
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 11:42


study last minit.........sebenarnya faried tak pernah buat.....
tapi tahun ini nak cuba buat......he...he......

Bookmark and Share

    


  Member Information For fariedProfil   Hantar PM kepada faried   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-11-06 13:24


Pada 02-10-06 10:10 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

mengikut kajian...lelaki yang paling sesuai study last minute berbanding perempuan...


kenapa? sebab perempuan RAJIN ye... :-di


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 08-11-06 13:27


em...saya pun termasuk yang suka belajar last minute...

kadang more confident tapi...yang tak best boleh jadi presure juga bila sedar.."alamak,banyak lagi nak kena cover!'

so, insyaAllah next sem nak set habit baru...belajar berterusan... ^_^


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 08-11-06 13:52


hmmm... buat past year saja...
last minute tu kena buat latihan or tengok soalan2 saja...
kalau baca memang tak masuk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-06 14:42


belajar last minute? katakan tidak... :-di
wlapapun, ana ingin kongsi sama tips yang ana amalkan semasa belajar...

ana amalkan dengan cara ~> Mind Map

MindMap

ia sangat berkesan pada ana, harap pada antum juga, insyaALLAH...
salam Maju Jaya dari ana... :-)
Amin~*


p/s: apalah gunanya ilmu jika kita tidak mengamalkannya...
ALLAHualam bisawab.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

mieIKIM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2006
Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable

italy   avatar


posticon Posting pada: 19-11-06 00:23


ana antara yang suka ngaji last minute.
memang tak pernah down.
.... tapi bahaya tahu tak. :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mieIKIMProfil   Hantar PM kepada mieIKIM   Pergi ke mieIKIM's Website   Quote dan BalasQuote

sabak_kayu
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.02.2005
Ahli No: 14266
Posting: 48
Dari: Hulu

Selangor  


posticon Posting pada: 19-11-06 03:49


Salam...

Cari soalan 'spot'.... jadi dari awal semester mestilah berbaik-baik dengan pensyarah, berbaik-baik bukan bodek =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sabak_kayuProfil   Hantar PM kepada sabak_kayu   Pergi ke sabak_kayu's Website   Quote dan BalasQuote

ain95
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30803
Posting: 36
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 25-08-07 22:35


Salam....
ana memang suka belajar last minute..
biasanya kalau esok nak periksa,mlm tu jugak study

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain95Profil   Hantar PM kepada ain95   Pergi ke ain95's Website   Quote dan BalasQuote

AiFi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2003
Ahli No: 4854
Posting: 96
Dari: BuMi ALLAH

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-12-07 16:55


study last minute?
xelok..tak elok..
tapi selalu juga buat sebelum ni ;)

tips?..
banyak dah tips dalam ni ya
saya,,
make sure kuliah / kelas tak pernah ponteng
kenela tumpu perhatian dalam kuliah

yang penting fokus!
buatla mind map walaupun nak dkt2 exam dah tu

pastikan masa tidur cukup

selepas ini jangan buat lagi
study last minute !
jangan amalkan..
bahaya..berisiko :)
ilmu ingat dalam jangka masa pendek saja
habis exam, hilangla semua ilmu yang dibaca tu :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AiFiProfil   Hantar PM kepada AiFi   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 06-12-07 17:55


elok jangan diamalkan. untuk last minit. kita hanya patut 'scan' saja apa yang pernah kita belajar. hm...jangan cari maut lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

scenario
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..

Perak  


posticon Posting pada: 07-12-07 00:15


Pada ana dalam belajar..ana berpegangkan konsep DUIT..

D = DOA

U = USAHA

I = IKHTIAR

T = TAWAKKAL....

penerangannya tak perlu lah agaknya..sebab dah terang..hehehehe

p/s sekadar untuk berkongsi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For scenarioProfil   Hantar PM kepada scenario   Pergi ke scenario's Website   Quote dan BalasQuote

amir_haikal
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2005
Ahli No: 21550
Posting: 79
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 07-12-07 08:33


jangan amalkan study last minute sebab boleh jadi tekanan atau blur masa nak exam..study dr awal sem..tiap-tiap malam 1 jam pun dah cukup asalkan konsisten sampai final exam..

biasa ana amalkan macam ni..1-2 hari nak exam xbuka buku pun..rehatkan minda..cuma mlm sebelum exam baru buka buku untuk review nota2 dan contoh soalan dan jawapan sem2 lepas...

alhamdulillah pointer konsisten 3.70 every semester..:-)

selamat belajar...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amir_haikalProfil   Hantar PM kepada amir_haikal   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 07-12-07 10:41


mlm exam tak payah tidur........

sapa pernah try......

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

AiFi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.11.2003
Ahli No: 4854
Posting: 96
Dari: BuMi ALLAH

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 10:55


Pada 07-12-07 08:33 , amir_haikal posting:

!!! QUOTE !!!

jangan amalkan study last minute sebab boleh jadi tekanan atau blur masa nak exam..study dr awal sem..tiap-tiap malam 1 jam pun dah cukup asalkan konsisten sampai final exam..

biasa ana amalkan macam ni..1-2 hari nak exam xbuka buku pun..rehatkan minda..cuma mlm sebelum exam baru buka buku untuk review nota2 dan contoh soalan dan jawapan sem2 lepas...

alhamdulillah pointer konsisten 3.70 every semester..:-)

selamat belajar...:-)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wah,kagum ana
tahniah akhi
berjaya mengekalkan 3.70 setiap semester
syukran berkongsi cara belajar
ana nak kekalkan paling kurang 3.5 setiap sem pun
rasa 'semput' juga :-)

tapi setakat ni
alhamdulillah maintain

yup, elak belajar saat akhir ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AiFiProfil   Hantar PM kepada AiFi   Quote dan BalasQuote

arebie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 10:57


mm tiap sem buat.. ni kunun2 last sem ni nak taubat dah.. doakan lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For arebieProfil   Hantar PM kepada arebie   Quote dan BalasQuote

insanie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2005
Ahli No: 19223
Posting: 99
Dari: kUANTAN, PAHANG

Pahang  


posticon Posting pada: 07-12-07 15:34


Salam..em,saya pernah study last minute...dan rata-rata kawan saya study last minutes sebab study last minute cepat ingat..kalau study awal nt lp balik.sampaikan ad yang xtdo sampai ke dewan peperiksaan.. bagi saya walaubagaimanapun, saya akan tdur juga walaupun 15 minit. bukan apa kena juga bagi otak rehat.kalau otak penat,kalau kita paksa tak masuk jugak dalam otak...kalau xtdo,esok blur..bukan apa,pernah terjadi..sejak 2, insaf.sampai jatuh pointer dr 3.7 ke 3.4 saja.. tapi sebenarnya lebih selamat lagi kita study awal..banyak boleh study dan tak tertekan sangat...
Wallahua'lam... :-) :-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insanieProfil   Hantar PM kepada insanie   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 16:03


bagi ana lebih baik belajar secara konsisten sejak dari awal.
bila belajar dari awal, kita mempunyai lebih masa untuk menyoal diri kita sendiri terhadap apa yang telah kita baca.
kita cuba mencipta soalan dan mencari jawapan untuk soalan yang kita cipta sendiri semasa pembacaan.
kita belajar untuk memahami Kenapa perkaran ini terjadi, bagaimana ia boleh berlaku.
Wh-question boleh membantu kita untuk lebih memahami.
kerana pencarian ilmu didatangkan melalui 2 pakej :
1) knowing what
2) knowing how

melalui knowing what, kita membaca dan memerima maklumat, lebih kepada teori semata-mata..
tetapi melalui knowing how kita menzahirkan apa yang kita tahu (knowing what) kepada praktikal knowing how .

untungnya belajar dari awal, anda tidak perlu berasa bimbang andai anda demam di saat akhir menjelang peperiksaan.
dan anda mempunyai masa menyoal dan mencabar minda dan dan juga untuk knowing how .



tapi semuanya bergantung kepda individu. ana dulu pernah belajar last minutes , tetapi sekarang lebih terasa lebih nikmat belajar awal terutama bila mempunyai banyak tanggungjawab.
tips untuk belajar last minutes ?
jaga kesihatan.


yang penting jangan lupa berdoa kepadaNya kerana segala ilmu yang menembusi hati dan akal kita adalah dengan izinNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-12-07 14:35


study last minute ini memang senang masuk tapi bhati sebab takut banyak yang tak dapat nak catch up.

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 08-12-07 14:46


Salam Alaik

ana ni rajin juga belajar last minute. huhu... tapi masa dalam kelas...ana memang pay attention. kadang-kadang saja termelencong ke tempat lain. huhu... tutorial, assignment atau apa-apa kerja yang lain..alhamdulilah..semua siap on time. just bila nak study untuk exam....ana lebih suka study last minute...tak tau Kenapa. pada ana, depends on masing-masing juga. kalau org yang study last minute...tapi cepat catch up..tak apa juga. tapi kalau jenis yang study last minute..tapi tak faham-faham juga apa yang dibelajar...tu better elakkan study last minute. yang penting, pembelajaran masa dalam kelas... itu yang kena ditekankan. lepas tu...pandai2 lah buat revision sendiri. tapi nasihat ana untuk semua org...jangan study last minute..memang risiko!! better prepare awal-awal. kang kalau tak study betul-betul...menyesal pun tak guna.



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-12-07 15:01


saya pun dulu selalu juga..last minute...jangan selalu amalkan...tapi kalau belajar "till the last minute"..itu dialu-alukan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 08-12-07 16:08


Pada 08-12-07 15:01 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun dulu selalu juga..last minute...jangan selalu amalkan...tapi kalau belajar "till the last minute"..itu dialu-alukan...


sama lah kita..favourite study last minute ini...tapi jangan di amalkan sebab macam bersabung nyawa..kalau lepas study last minute alhamdulilah tapi kalau kantoi..alamatnye kena kick lah dr universiti..ramai kawan yang dah kena kick sebab semu amal study last minute...so baik study dr awal....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

murabbiyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.11.2007
Ahli No: 31754
Posting: 26
Dari: LABUAN

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 08:52


assalamualaikum wbt,,,

ana pernah juga study last minute,, tapi hasilnya tak sebaik yang prepare awal-awal lah,,,
ana nak kongsi cara belajar last minute ana,, mungkin sama dengan sudr2 juga lah,,

ana buat nota ringkas seringkas yang mungkin,,, point2 penting di higrlight dengan higlighter,, lau boleh guna plbagai warna ceria agar kita sronk baca nota tu,,,

ana biasanya garis atau bulatkan atau tanda point2 penting yang perlu ana ingat spr formula @ data2 yang perlu dihafal,,,

ana juga buat mind map untuk dapatkan gambrn ksluruhan setiap bab,, jadi mudh ana faham & dapatkan korelasi setiap subtopik,,,

lepas itu untuk melengkapkan proses ulangkaji last minute ni,, ana buat soalan2 yang popular & semak mengikut skema @ jawapan yang sedia ada,, cara ini paling berkesan untuk mgukuhkan kefahaman dan ingatan kita terhadap sstu topik,, malah yang bestnya,, kita dapat tahu klemahan dan kesilapan kita mjawab soalan,,, selain itu,, kekeliruan pun dapat dileraikan,,, cubalah,, cara ini amat berkesan kepada ana dan insyaALLAH,, kepada saudr2 yang lain,,,wallahualam,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For murabbiyahProfil   Hantar PM kepada murabbiyah   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 12-12-07 21:34


Pada 02-10-06 10:10 , rimbabara posting:

!!! QUOTE !!!

mengikut kajian...lelaki yang paling sesuai study last minute berbanding perempuan...



hehe..strawberry selalu buat ni..hmm..so resolution for next year, ingat nak prepare exam awal-awal..nth jadi ke tak..hoho :berfikir: :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 22:53


erm..actually bagi saya certain subject saja boleh buat begini.. cuba kalau programming or Linux / router configuration.... practical stuffs ini... jennnuuuhh!!!! kalau last minute mesti kantoiii nyyeer....
hhhiiihhhii....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 13-12-07 07:24


Pada 12-12-07 22:53 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

erm..actually bagi saya certain subject saja boleh buat begini.. cuba kalau programming or Linux / router configuration.... practical stuffs ini... jennnuuuhh!!!! kalau last minute mesti kantoiii nyyeer....
hhhiiihhhii....


yup....tengok subject apa juga.. kalau subject calculation..memang kantoi lah kalau study last minute. kalau subject yang hanya memerlukan pembacaan & pemahaman...boleh lagi nak ambil risk. tapi better janganlah...semua subject kena prepare awal-awal untuk memaintainkan result yang cermerlang... hehe.. :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 16:27


Assalamualaikum..
biasanya, memang awal sem berazam tak nak study last mint..
tapi bila dah tengah-tengah sem, sibuk dengan program,aktiviti2 lah,assgmnt2,project acdmic..sampai kadang-kadang dah tak ter'managed' dah time tu..huhu..tu yang kadang-kadang 'ter'study last minit..huhu..tapi memang tak dinafikan, result study di awal sem memang jauh lebih baik dari study last minit..so, janganlah study last minit..tambah pula part calculation yang complicted..huhu..1 tapi Kalau last mnit, better study dengan kawan-kawan..at least sama-sama boleh saling lengkap melengkapi mana-mana yang tertinggal..huhu..allahua'lam..


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 21-02-08 16:40


wah suka apa yang d sebut oleh houri..

!!! QUOTE !!!

kerana pencarian ilmu didatangkan melalui 2 pakej :
1) knowing what-kita membaca dan memerima maklumat, lebih kepada teori semata-mata
2) knowing how - menzahirkan apa yang kita tahu (knowing what) kepada praktikal knowing how


baguss.. :welcome:
rasanya saya belajar last minute ka ya :berfikir: rasanya ya rasanya tak entahla..hik



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 21-02-08 16:52


Bismillahhirrahmanirrahim

erm,ana selalu juga study last minute..satu cara ana bila study last munite, ana akan buat chunking..it (the method-chunking) really helps me, alhamdulillah.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

Ustadz
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 17:09


salam..
ana memang pakar dalam study last minute masa ana belajar dulu..alhamdulillah sepanjang ana mengamalkan study last minute pointer ana tak pernah kurang dari 3.20(dengan zat Allah)...syarat untuk amalkan study last minute adalah dengan tak boleh miss attend kuliah,tumpukan sepenuh perhatian dalam kelas dan buat review sikit bila balik dari kuliah dalam 15-20 minit..ana memang sentiasa enjoy masa belajar dulu,time orang lain sibuk study awal,ana dok main game dan tidur..tapi dengan zat Allah ana perform dalam study..tapi janganlah amal sangat studu last minute ni..dan dinasihatkan agar tidak mencuba cara kalau tak nak tanggung risiko pointer jatuh..


-----------------
*** YAQEN ALLAH 100%++ ***


Bookmark and Share

    


  Member Information For UstadzProfil   Hantar PM kepada Ustadz   Pergi ke Ustadz's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-02-08 08:17


assalamualaikum,
di awal semester, kita perlu buat nota ringkas, peta minda,
masa last minit tu kita ulangkaji...baru rasa relak, tidak tertekan dengan peperiksaan yang hampir, awal tahun prepare nota ringkas, peta minda untuk setiap subjek yang kita nak cemerlang.
preparation awal penting.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.157415 saat. Lajunya....