Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-01-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 48 hari yang lalu
Muslim1987: 55 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Silat dikaji dari sudut Sains Fizik


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Silat dikaji dari sudut Sains Fizik

Please Mendaftar To Post


Oleh Silat dikaji dari sudut Sains Fizik

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-09-06 15:37


Assalammualaikum
sekiranya katalah USM nak buka Ijazah Sains Persilatan Melayu, maka saya cadangkan ada satu subjek berkaitan Sains Fizik dikaitkan dengan Silat Melayu di samping subjek metafizik. Contohnya saya berkan begini. kita tahu setiap seni bela diri tidak lari dari pertama kekuatan,strenght, power.
kedua teknik yang baik,
ketga kepantasan melakukan tekni diserta dengan power atau strenght tadi
subjek aura juga boleh di masukkan seperti 2 jam kredit
hukum fizik seperti halaju=jarak apa masa
pecutan= perbezaan antara dua halaju berbeza contohnya pergerakan pada kelajuan rendah kepada pergerakan pada halaju tinggi, kemudian momentum = jisim didarab dengan halaju.
aura pula = Energi= jisim darab pemalar cahaya kuasa dua, E=mc²
daya, F=ma, m=jisim,a= accelaration,pecutan.
serta banyak lagi formula fizik yang boleh dikaitkan dengan teknik silat. Barulah anak melayu mahir fizik serta silat dalam masa yang sama.
Gelombang ayatul Al Quran boleh dikaji sebagai daya tenaga dalam kajian metafizik. begitu juga dengan Selawat ke atas nabi Muhammad. Selawat Syifa' Selawat Tafrijiyah


manakala metafizik pula adalah subjek yang berkaitan dengan usuluddin,tauhid,ayat Al Quran dan Hadis serta doa yang mathur dipetik dari Al Quran serta Hadis, serta pengajian khasiat herba yang ada di Tanah Melayu.
Hari tu ada dengan USM nak offer pengajian persilatan Melayu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 16:41


ye silat juga mengamalkan aspek2 fizik dan kimia...
tak percaya boleh cuba tengok..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

jumjumatonne
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2008
Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim

Johor  


posticon Posting pada: 08-10-08 21:53


wah...
nampak menarik saja ni.....
boleh diperkembangkan topik ni, sekaligus dapat mengangkat martabat seni persilatan melayu kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumjumatonneProfil   Hantar PM kepada jumjumatonne   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 09-10-08 00:55


salam...

betul tu... apa yang diperkatakan oleh saudara saifuddin tu memang betul... seni persilatan melayu ni jugak amat menitik beratkan aspek kesihatan tubuh badan sekaligus menyihatkan rohani & jasmani kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

gon01
Warga Rasmi
Menyertai: 09.10.2008
Ahli No: 35311
Posting: 1
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 02:22


salam 'type' saja 'human weapon' kat youtube...kat situ banyak video2 yang ditunjukkan mengenai seni beladiri dr seluruh dunia...penerangan dari segi fizik juga dihuraikan secara terperinci siap dengan animasi yang menarik lagi mengenai setiap daya (torque,center of griviti etc...subjek mekanikal agaknya)...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gon01Profil   Hantar PM kepada gon01   Pergi ke gon01's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 10:33


ha'ah.. seronok pulak layan youtube itu.

Bagus lah pada sesiapa yang ikuti "martial art" dengan jayanya .tak kisahlah dalam seni mana-mana pun.

Bangga lah jugak mereka yang komited dalam seni-seni ni. sebab ada ramai yang terputus di tengah jalan. Habis sekolah (sebab silat jadi aktiviti pilihan anda-kurikulum dan kelab), ada yang berhenti begitu saja. Kalau ada persatuan kat kg, boleh teruskan, kalau tak ada-habis begitu saja ilmu silat.

Kenapa filem-filem tentang silat dah tak ada sekarang. Sampai filem Sumolah terpaksa dibuat untuk mengkritik anak-anak muda melayu yang lupa warisan sendiri. Hanya tau main games, internet, rempit dan sebgnya

Kalau filem dulu, ada jugak di ajar macam filem bujang selamat (lakonan faizal hussein) , pendekar bujang lapuk (walaupun kelakar tahap berat)

Drama keris hitam bersepuh emas (lakonan eman manan) pun ok. tapi dulu tak berapa suka sangat..asyik silat dan silat..

tapi..saya menyokong lah jika seni silat dapat diajar dan dikomersialkan dengan
meluas. Biar masing-masing tau potensi diri dan daya ketahanan badan.

p/s-tak pandai dan tak boleh bersilat!

p/s- Kenapa ada org jadi kurang sihat dan kurang waras sebab bersilat..terutama jika salah amalan..


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 11:11


yang jadi tak waras tu gila isim tu, ada silat2 ni bermain dengan ilmu hitam. kena seru isim, benda yang dijadikan pendamping. kiranya sebagai penolong untuk kuasa yang ekstrim lah. Tapi ini semua ada syarat2 yang macam-macam dan kalau pengamal tu tak patuhi syarat, jadilah gila isim. Ilmu makan tuan. Ilmu ini haram disisi islam.

Aktor melayu yang teman masih minat ialah, Eman Manan, memang seurang pesilat yang bagi teman, mempunyai ketulenan. bila bergerak seni, fuh terpaku teman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 11:30


saya nak bertanya en daeng..
apa motifnya kalau silat saja mesti mandi bunga,atau mandi limau,atau mandi minyak..?
bila nak join silat,ada baca2 doa dan sedikit mentera..
ada pembuka dan penutup silat?

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 11:41


sebenornye semua amalan tu ada hikmahnya, ianye untuk kesihatan tubuh badan juga. Mandi bunga/limau banyak khasiatnye, sekarang urang dah mula mengkomersialkan mandi bunga ni. cuba pergi SPA kat Langkawi ke, sekarang dah ada dah. Urang dulu-dulu mana ada mandi2 macam ni, bila ada keramaian, majlis barulah, macam urang dulu tak makan ayam lah, kadang-kadang bila ada keramaian dan majlis barulah dapat makan ayam.

Doa tu memang adat dan adab bersilat. Sebab mempelajari ilmu hulubalang ini ibarat masuk sekolah jugelah. Nak menuntut ilmu mesti bermula dengan doa, bacaan ayat al-quran dan sedekah pahala kepada guru2 terdahulu. Seperti mana yang kita ketahui, urang melayu tinggi adat, adab dan istiadatnye. Setiap bermula ada akhirnya, setiap pembuka ada penutupnye. Begitulah indahnye adat, adab dan istiadat melayu ni. Buka Gelanggang dipersembahkan dengan seni silat yang lembut berisikan keras. Setiap langkah dengan tingkahnye.....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

lading21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32849
Posting: 125

blank  


posticon Posting pada: 17-10-08 12:56


Pada 17-10-08 11:30 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya nak bertanya en daeng..
apa motifnya kalau silat saja mesti mandi bunga,atau mandi limau,atau mandi minyak..?
bila nak join silat,ada baca2 doa dan sedikit mentera..
ada pembuka dan penutup silat?


:sopan: izinkan saya mencelah ye sedara daeng...kepada sedara halesoluru_84,sebenarnya amalan mandi bunga,limau dll d dalam ilmu persilatan motifnya adalah satu sahaja iaitu untuk kebersihan diri...limau adalah bahan yang d gunakan oleh orang-orang tua kita zaman dahulu semasa mandi bertujuan untuk mhilangkan bau yang kurang enak pada badan.manakala bunga pula adalah untuk mberikan aroma dan kesegaran selepas mandi...tapi pada zaman ini,tradisi lama ini telah luput kerana ia telah d kormersialkan dan d modenkan.cuba lah lihat kepada zaman sekarang, Kenapa sabun dan shampoo ada yang d tambah dengan ekstrak limau dan bunga.mesti ada tujuannya....mengenai bacaan doa pula,tiap-tiap perbuatan yang baik d dalam islam haruslah d mulai dan d sudahi dengan kalimah ALLAH.tentang mentera pula,perguruan yang "berisikan" kalimah tauhid TIDAK akan mengamalkannya.so kl berminat,carilah yang tak ada amalan2 karut ni...kalau salah harap d perbetulkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lading21Profil   Hantar PM kepada lading21   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 17-10-08 14:04


salam..

ana setuju dengan kenyataan yang diberi oleh Lading21 tu.. ana nak tanya sikit lah kan..

Lading21 ini pengamal silat cekak ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 14:07


Pada 17-10-08 12:56 , lading21 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-10-08 11:30 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya nak bertanya en daeng..
apa motifnya kalau silat saja mesti mandi bunga,atau mandi limau,atau mandi minyak..?
bila nak join silat,ada baca2 doa dan sedikit mentera..
ada pembuka dan penutup silat?


:sopan: izinkan saya mencelah ye sedara daeng...kepada sedara halesoluru_84,sebenarnya amalan mandi bunga,limau dll d dalam ilmu persilatan motifnya adalah satu sahaja iaitu untuk kebersihan diri...limau adalah bahan yang d gunakan oleh orang-orang tua kita zaman dahulu semasa mandi bertujuan untuk mhilangkan bau yang kurang enak pada badan.manakala bunga pula adalah untuk mberikan aroma dan kesegaran selepas mandi...tapi pada zaman ini,tradisi lama ini telah luput kerana ia telah d kormersialkan dan d modenkan.cuba lah lihat kepada zaman sekarang, Kenapa sabun dan shampoo ada yang d tambah dengan ekstrak limau dan bunga.mesti ada tujuannya....mengenai bacaan doa pula,tiap-tiap perbuatan yang baik d dalam islam haruslah d mulai dan d sudahi dengan kalimah ALLAH.tentang mentera pula,perguruan yang "berisikan" kalimah tauhid TIDAK akan mengamalkannya.so kl berminat,carilah yang tak ada amalan2 karut ni...kalau salah harap d perbetulkan...



Saya tak berapa setuju dengan beberapa amalan silat seperti mandi minyak.. mandi limau.... sedangkan ajaran tu tak pernah nabi ajar pun...

Yang hairan.. sesetengah silat tu kena mandi then pakai kain putih selama 40 hari dengan bacaaan ayat tertentu baru boleh grad...

apa kaitan kesihatan dengan amalan tersebut... amalan tersebut lebih menjurus kepada khurafat..

saya pun salah seorang pesilat jugak..bila suruh buat amalan macam tu saya tanya juga instructor/guru silat.. dia cakap amalan tu adat saja... tapi yang herannya Kenapa diwajibkan?

yang hairan lagi... Kenapa kalau tak tidur dengan kain tu kira tak bagus ke?.... hebat sangat ke kalau dapat tidur dengan kain tu... ?


Saya..retreat..i dont do something without reason.. lagipun tak ada dalam sunnah nabi pun...

Wallahu a'lam... saya kurang setuju...!


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 14:17


saya pun pengamal silat juga.. sebab tu saya bertanya hal yang demikian? apa kaitannya mandi bunga,minyak,limau itu? lepas tu kalau perempuan yang uzur,tak boleh mandi bunga,limau dan minyak... Kenapa?
persoalan tentang doa2 tu saya setuju dan faham.. tapi bagaimana pulak dengan ayat2 mentera dan lepas baca tu kena usap2kan kat seluruh badan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 14:49


Pada 17-10-08 14:17 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya pun pengamal silat juga.. sebab tu saya bertanya hal yang demikian? apa kaitannya mandi bunga,minyak,limau itu? lepas tu kalau perempuan yang uzur,tak boleh mandi bunga,limau dan minyak... Kenapa?
persoalan tentang doa2 tu saya setuju dan faham.. tapi bagaimana pulak dengan ayat2 mentera dan lepas baca tu kena usap2kan kat seluruh badan?


Tu yang menghairankan... saya memang tak buat pun.. kain putih yang suruh mandi masa pengijazahan tu pun dah hilang... mungkin ada hikmahnya..


-----------------

Koleksi Busana



    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 15:30


bagaimana dengan kung fu..taekwando..judo..akido...dan so on?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

lading21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.03.2008
Ahli No: 32849
Posting: 125

blank  


posticon Posting pada: 17-10-08 20:50


Pada 17-10-08 14:07 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-10-08 12:56 , lading21 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 17-10-08 11:30 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

saya nak bertanya en daeng..
apa motifnya kalau silat saja mesti mandi bunga,atau mandi limau,atau mandi minyak..?
bila nak join silat,ada baca2 doa dan sedikit mentera..
ada pembuka dan penutup silat?


:sopan: izinkan saya mencelah ye sedara daeng...kepada sedara halesoluru_84,sebenarnya amalan mandi bunga,limau dll d dalam ilmu persilatan motifnya adalah satu sahaja iaitu untuk kebersihan diri...limau adalah bahan yang d gunakan oleh orang-orang tua kita zaman dahulu semasa mandi bertujuan untuk mhilangkan bau yang kurang enak pada badan.manakala bunga pula adalah untuk mberikan aroma dan kesegaran selepas mandi...tapi pada zaman ini,tradisi lama ini telah luput kerana ia telah d kormersialkan dan d modenkan.cuba lah lihat kepada zaman sekarang, Kenapa sabun dan shampoo ada yang d tambah dengan ekstrak limau dan bunga.mesti ada tujuannya....mengenai bacaan doa pula,tiap-tiap perbuatan yang baik d dalam islam haruslah d mulai dan d sudahi dengan kalimah ALLAH.tentang mentera pula,perguruan yang "berisikan" kalimah tauhid TIDAK akan mengamalkannya.so kl berminat,carilah yang tak ada amalan2 karut ni...kalau salah harap d perbetulkan...



Saya tak berapa setuju dengan beberapa amalan silat seperti mandi minyak.. mandi limau.... sedangkan ajaran tu tak pernah nabi ajar pun...

Yang hairan.. sesetengah silat tu kena mandi then pakai kain putih selama 40 hari dengan bacaaan ayat tertentu baru boleh grad...

apa kaitan kesihatan dengan amalan tersebut... amalan tersebut lebih menjurus kepada khurafat..

saya pun salah seorang pesilat jugak..bila suruh buat amalan macam tu saya tanya juga instructor/guru silat.. dia cakap amalan tu adat saja... tapi yang herannya Kenapa diwajibkan?

yang hairan lagi... Kenapa kalau tak tidur dengan kain tu kira tak bagus ke?.... hebat sangat ke kalau dapat tidur dengan kain tu... ?


Saya..retreat..i dont do something without reason.. lagipun tak ada dalam sunnah nabi pun...

Wallahu a'lam... saya kurang setuju...!



huhu.....tajuk asal cuma nak "relate"kan silat dengan sains tapi da macam-macam soalan yang timbul ini huhu....

penerangan tentang mandi mnyak,harap sesiapa d sini yang pernah melaluinya dapat jelaskn :)

tentang mandi limau dll dan faedah2nya telah diterangkan seperti d atas..dalam alam persilatan melayu,amalan mandi ini cumalah sekadar simbolik sahaja.btujuan supaya kita berfikir "Kenapa" dan menghargai "kebijaksanaan" datuk nenek moyang kita terdahulu dalam memerhati dan menghayati kejadian alam(tumbuh-tumbuhan) ciptaan tuhan.tingkat pemikiran mereka telah menjangkau sains dan teknologi moden masa kini...bukankah ini selari dengan ajaran nabi...

tentang amalan mandi dengan kain putih, sampai berpuluh-puluh hari tu serta ayat2nya seakali dan khasiat kesihatannya, silalah sedara bertanya kepada ustaz2, pakar perubatan atau mereka yang "ahli" untuk jawapn yang betul

tentang khurafat pula , sedara boleh adukan kepada pihak berkuasa (JAKIM,polis dan sebagainya) supaya silat melayu tidak tercemar

pesilat adalah seorang hamba yang kenal akan siapa dirinya kerana ia datang dr yang Satu dan pulangnya juga kepada yang Satu...cuba bertanya lagi kepada Guru sedara mungkin kali ini ada jawapannya...Sebenar2 guru, ada HAKIKAT...

tidor atas kain sama macam tidor atas cadar,biasa saja.tak ada kelebihan pun cuma mungkin tidor atas kain putih boleh mbuatkan jiwa kita insaf teringatkan MATI kerana kain putih ibarat kain kafan


:-)


amalan sunnah banyak,tapi apakah sunnah yang paling afdal untuk kita amalkan dan menjadi tunjang kepada kekuatan muslim...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lading21Profil   Hantar PM kepada lading21   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 20:57


Tak salah nak bertanye. itu adat belajo. Tapi ada juga adat berguru, bakato patah, bertanye tak salah, bertanya-tanya takut makan tangan guru....'


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 21:08


bior teman kembali kepade topik,

Silat memang seperti mana yang kita ketahui banyak mengamalkan pelbagai senaman, petua dan falsafah. Kesemue ini kalau kita perhatikan berorientasikan sains. Tidak kirelah Fizik, Kimia, Biologi dan Metafizik...
Gerak langkah pesilat mengaplikasikan konsep fizik dan biologi. Aspek pernafasan dan senaman mengaplikasikan konsep kinia dan Biologi. Ketauhidan kepade Allah SWT adalah aspek metafizik.

Aspek2 ini aspek keseimbangan sejagat. Jadi tak hairan urang2 berilmu dahulukala amat hebat kadangkala urang kata ada ilmu hitam, sedangkan itu adalah ilmu dari Allah SWT. 'Alah ilmu dek petua, alah petua dek rasa, alah rasa dek cahaya, alah cahaya dek Yang Esa'

Tengok saja pendita2 dahulukala yang bergelar Kiai, Imam, Wali dan lain-lain. ada kekuatan ilmu yang luar biasa. Berjuang artinye berjihad, bukan berjuang untuk kemenangan. Ni yang urang selalu salah tafsir, 'kalau ramai pendekar kat tanah Jawi, masakan dijajah urang'

Lagi satu petua orang lama ni berdasarkan pengalaman. Pepatah lama,

kalau tak dek sebabkan oleh angin, masa kan pokok bergoyang.
Sakit bermula, mati bersebab. Tempua takkan bersarang rendah kalau tak bersebab.

Orang dulu buat sesuatu atas sebab sesuatu dan dengan perbuatan itu sebagei usahe kita terhadap sesuatu perkara dan akan menyatekan 'Aku bertawwakal kepade mu atas usahe ku ni'


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 22-10-08 15:13


Silat ini aktiviti yang boleh diindera, maka bolehlah dikaji dari aspek sains. Tapi malaikat tak boleh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-10-08 16:01


Pada 22-10-08 15:13 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Silat ini aktiviti yang boleh diindera, maka bolehlah dikaji dari aspek sains. Tapi malaikat tak boleh.


macam mana tu wuzaraa? tak paham sangat dengan penyataan awak tu.

tentang mandi2 semua tu.. kena lah tanya pada orang2 lama yang menuntut.. tentu ada jawapannya..

p/s: bila saya belajar silat ni,ada 1 semangat wujud dalam diri.. tak tau apa dia benda tu tapi rasa tenang

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-10-08 18:36


kata-kata Deang memang berhikmah...demo ambil petikan dari Kitab Jawi ke....manuskript Jawi pernah ke demo baca...rindu jua nak tahu apa yang tertulis dalam manuskript Jawi....
Dah baca buku Hijab Sang Pencinta karangan Ramli Awang Mursyid....
Laksamana Sunan syahid semasa lawan penjajah Portugist... masa tu hang Tuah menghilang di kaki Gunung Ledang...


zaman Malaka , kita ak ada rifle serta mesingun...


jika kita kaji daya torque memang wujud dalam langkah silat... masa elak dengan Langkah dua, masa tersebut daya torque di apply....
siapa yang biasa dengan langkah dua...sesetengah silat sebut kilip mean leak seperti gerakan dengan tapak dua...
daya torque ini dah di apply dalam enjin kereta...

jika baca buku Ramli Awang Mursyid



teknik pedang Kastiwara seperti meng apply kan hukum bernoully bentuk aerodinamic mata pedang yang memberi kesan seperti kipas helly... sehingga laksamana sunan semasa sparring dengan hangrtuah terapun di udara...kira fight di udara...


hanya pandangan ana yang dhoif...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.125738 saat. Lajunya....