Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 6 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Wanita!!..kalau suami nak poligami,apa anda nak buat??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Wanita!!..kalau suami nak poligami,apa anda nak buat??

Please Mendaftar To Post


Oleh Wanita!!..kalau suami nak poligami,apa anda nak buat??

raisul_muhaddissin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.08.2006
Ahli No: 26103
Posting: 129
Dari: Shah Alam

Pahang  


posticon Posting pada: 13-09-06 12:20


Assalamualaikum..

Semalam kawan ana cerita ada wife kawan dia serang opis pasal kawan dia tu kawin senyap2 dengan kerani opis..macam-macam lah..Wanita!!..kalau suami nak poligami,apa anda nak buat??..nak serang jugak ke?? :lol: :-di :-di ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raisul_muhaddissinProfil   Hantar PM kepada raisul_muhaddissin   Pergi ke raisul_muhaddissin's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 13-09-06 13:08


serang ke? macam ganas saja perempuan tuu...:-P

kita ni tak boleh cakap lebih, takut nanti kena kat diri sendiri, tapi Kalau saya, memang tak nak bermadu.......taknak berkongsi kasihla katakan;-]

make sure sebelum kahwin, janji jangan kahwin lebih..:-P, nanti tak ada lah kes serang menyerang...

lelaki memangla best, yang tak bagusnya perempuan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 13-09-06 13:44


Saya bercita- cita nak berpoligami, insyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 15:11


mizi_hafiz semoga u dapat...isteri yang boleh terima poligami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 13-09-06 16:03


Pada 13-09-06 13:44 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Saya bercita- cita nak berpoligami, insyaAllah...


InSyaAllah, semoga anta dikurniakan isteri yang solehah, yang sanggup berpoligami....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

permata_ayah_bonda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.09.2005
Ahli No: 19302
Posting: 78
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 16:56


tak sanggup....tapi kalau dah Allah takdirkan,apa nak buat..terima dan redha walaupun memang susah nak redha..tapi apa yang saya tengok di UK ni,memang ramai suami yang 'berpoligami' dan isteri yang 'poligamikan' suami.. nauzubillah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_ayah_bondaProfil   Hantar PM kepada permata_ayah_bonda   Quote dan BalasQuote

pharmaton
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21480
Posting: 118
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 13-09-06 17:00


Pada 13-09-06 14:23 , muslimah83 posting:

!!! QUOTE !!!

minta cerailah


ish, berdosa tau minta cerai daripada suami. tak dapat hidu bau syurga

Bookmark and Share

    


  Member Information For pharmatonProfil   Hantar PM kepada pharmaton   Quote dan BalasQuote

pharmaton
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2005
Ahli No: 21480
Posting: 118
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 13-09-06 17:03


Pada 13-09-06 16:56 , permata_ayah_bonda posting:

!!! QUOTE !!!

......dan isteri yang 'poligamikan' suami.. nauzubillah...


rasanya kat malaysia pun dah banyak kes isteri2 poligamikan suami.

kalau ikut hukum Islam, kena rejam sampai mati saja mereka2 yang dah kahwin tapi masih melakukan zina.

Bookmark and Share

    


  Member Information For pharmatonProfil   Hantar PM kepada pharmaton   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 17:04


poligami????

sebenarnya takut dengan perkataan tu....siapa lah nak dengan poligami...mungkin ada yang boleh terima..tapi, setelah ana nampak dengan mata kepala ana sendiri bahawa lelaki mana mungkin berlaku adil dalam poligami.....

madu tu best...tapi, hakikatnya ia pahit.....

kalau suami nak poligami, ana akan brainwash dia....sedarkan dia dengan tanggungjawab berat yang bakal mendatang.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-09-06 17:41


Pada 13-09-06 15:11 , muslimah83 posting:

!!! QUOTE !!!

mizi_hafiz semoga u dapat...isteri yang boleh terima poligami...

dan mampu berlaku adil


-----------------
Whatever Happen life still go on


Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 13-09-06 18:22


Kalau mampu apa salahnya...Islam membenarkan lelaki kahwin lebih dari satu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

nurulIslam
Warga Rasmi
Menyertai: 26.08.2006
Ahli No: 26061
Posting: 17
Dari: kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 00:53


buat-buat tak tau saja dah lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulIslamProfil   Hantar PM kepada nurulIslam   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 08:28


salam~
hmm..soalan cepumas..
kalau suami nak berpoligami,bagi saja..
bukan apa..
daripada kita tak bagi lepas itu hubungan jadi renggang..lepas itu cerai..
at least jangan pikirkan kebahagiaan kita saja..
kasihan lah jugak kat anak2..nak ke kita tengok anak kita tak berbapa?
memang hati ni rasa perit..sedih..tapi baik kita bagi saja dy kawin lagi satu..
keredhaan suami tu penting..
apa slhnye berkorban untuk kebahagiaan suami?
hmm...
ni pendapat saja..
saya sendiri baru umur 18 tahun..(bulan depan masuk 18)
percayalah..nanti kalau kita bagi dy kahwin lagi satu,dy akan hargai apa yang kita buat..yang pertama tetap istimewa..
hmm..tapi kadang-kadang pelik juga tengok suami yang nak poligami ni..tak kasihan ke kat isteri yang bertungkus lumus bantu jaga rumah tangga...lahirkan zuriat lagi..tapi mungkin dah ditetapkan dy berpoligami..redha saja lah..maap kalau kata-kata saya ni ada salah silap..
wasalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

syaakiroh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.02.2005
Ahli No: 14254
Posting: 22
Dari: temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 09:41


Assalamualaikum....
Bagi saya tak kisah.Yang penting;

1.Adil dalam semua perkara.
2.Kewajipan ditunaikan.
3.Saya mesti jadi yang pertama.

Tapi, sebaiknya nak dapat suami yang setia.
kalau dah takdir Allah,TERIMA saja dengan hati terbuka.
Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syaakirohProfil   Hantar PM kepada syaakiroh   Pergi ke syaakiroh's Website   Quote dan BalasQuote

rasha_aleeya
WARGA SETIA
Menyertai: 27.09.2005
Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-09-06 09:44


hanya orang yang dah kawin saja yang faham bagaimana perasaan bila suami minta untuk berpoligami......
saya pernah tanya seorang kawan....dia jawab...bukan taknak bagi...cuma terasa tercabar maruah....seolah-olah layanan kita tak cukup baik......pengorbanan kita sebagai ibu dan isteri seolah-olah tak menepati si suami......

so suami pun kena faham......kalau isteri dah buat terbaik untuk rumahtangga....buat apa nak kawin lain lagi......Kenapa nak lukakan hati orang yang kita sayang...

renungkan lah wahai lelaki

Bookmark and Share

    


  Member Information For rasha_aleeyaProfil   Hantar PM kepada rasha_aleeya   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-09-06 11:12


org kata baik izin kan saja sebab nanti takut suami akan buat maksiat kat

luar...tapi tak rasa diri tu hipokrit ke...sedangkan share bilik dengan

kengkwn sendiri pun kita tak dapat nak tahan lama-lama.paling lama pun

setahun saja.ni kan pula nak share suami...

hish..minta simpang lah...


-----------------
2 love some1 is NOTHING...2b love by some1 is SOMETHING...2b love by some1 u love is EXCITING...but 2b loved by ALLAH is EVERYTHING


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 12:44


mula2 sekali minta dijauhkanlah dari hal2 macam ini...yerla perempuan mana yang sanggup berpoligami ini kan...

tapi kalau difikir secara relevannya...erm...suami kita bukan milik mutlak diri kita...suami kita milik Allah...macam diri kita jugak kan...tambah2 lagi poligami dibenarkan dalam Islam..maka siapa lah kita ini nak membangkang...

tapi...si suami tu kenalah fikir...jangan hanya ikut nafsu..berpoligami hanya bila mampu dari semua segi trutamanya dari segi ekonomi dan yakin boleh berlaku adil...fikir smasak2nya...sebab kalau tak kena gayanya...wanita jugak yang akan jadi mangsa...kesianla kat isteri pertama itu...ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 13:35


:-P Tapi kalau dah nak jadi nak buat macam mana......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

theonlyone_578
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.09.2006
Ahli No: 26291
Posting: 35
Dari: KEMAMAN, terang

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-09-06 13:50


kalau suami nak poligami....
suami 2 kena tengok kemampuan diri dia...adakah cukup brkemampuan,cukup untuk berlaku adil dll..
lelaki bila bab poligami akan cakap itu sunnah Nabi.. tapi yang lain2 yang elok tak pulak ikut..
wahai anda yang brgelar suami dan akan mjdadi seorang suami...
andai isteri tiada cacat celanya..beri layanan yang secukupnya...taat dan patuh pada anda...bersama2 susah mahupun senang...janganlah diguris hatinya....
saya 100% tak sokong andainya psgan hidup saya ingin berpoligami.tapi siapalah saya untuk menidakkan hukum Allah.wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For theonlyone_578Profil   Hantar PM kepada theonlyone_578   Pergi ke theonlyone_578's Website   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 14:08


Assalamualaikum...
Topik yang cukup hebat....kalau suami nak berpoligami...
Allah...saya pun tak tahu nak cakap apa...
Berdoa semoga Allah memberi kekuatan dalam menjalani kehidupan...di samping itu andai kata itu adalah ketentuan Allah...sebagai hamba kepadaNya...percaya kepada qado' dan qadar...
mungkin setiap kejadian atau perkara yang menimpa pada seseorang itu ada hikmahnya yang kita sendiri tak tahu...Allah saja yang mengetahui....
Berjihad kerana Allah...Insya Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

rebana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 149
Posting: 123
Dari: banting

Selangor  


posticon Posting pada: 14-09-06 19:19


topik senang saja...nak diikutkan poligami ni hak suami..mereka nak kawin..kawin sajalah...cuma undang2 waktu sekarang dan undang2 malaysia dah tetapkan begitu...yang pasti tak boleh lebih empatla..

yang perempuan memang lah takkan sokong..tapi anda cuba fikir..bagaimana orang laki tak cari lain kalau anda tak maintain jaga suami mereka..masak pun kadang-kadang masih tak pandai walaupun dah kahwin lama..si suami senyap sajalah..nak jaga hati isteri..

satu lagi..bagi nafkah batin juga satu penyebab lelaki kawin lagi..si isteri tak dapat penuhi nafkah batin si suami..mana suami tak bengang...suami tak kecik hati..mula2 makan hatii lah suami..last2 makan luar...se alim mana pun seorang lelaki..cair jugak kalau iman tu lemah..jangan dok salahkan laki saja..perempuan pun kena usaha juga..

ketentuan Allah tu tepat..ada hikmah dan nasihat disebaliknya. Tetapi pokoknya dfalam hal poligami...perempuan punya senjata, anak, duit, lelaki tak berlaku adil...

cuba fikir..benarkah lelaki nak sangat poligami ??

Bookmark and Share

    


  Member Information For rebanaProfil   Hantar PM kepada rebana   Pergi ke rebana's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 07:58


ada seorang ini kawan saya...dia cakap..teringin nak pasang satu..lagi..tapi dia cakap..dia tak sanggup...tapi keinginan itu ada terpulang pada kesanggupan..mereka.Tapi ingat di isteri pertama juga yang lebih baik and murah rezeki...ni melalui pengalaman saya tengok keadaan di sekeliling..so,sebelum nak mencuba itu...fikir masak2 dulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 08:18


Pada 13-09-06 13:44 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Saya bercita- cita nak berpoligami, insyaAllah...



nak poligami pun ada cita2........kalau benda-benda sunat lain susah sangat nak ambik kira...........amboi manisnya mulut..................! org lelaki ni dia fikir nak sedap2 saja erk.............tapi org perempuan pula yang kena kongsi ....... kesianlah sikit kat org perempuan ni..ingat senang ke nak kongsi-kongsi hidup ni.........dahlah perempuan ni kaya dengan sifat cemburu..............apatah lagi tengok sang suami, satu2nya insan yang dicintai...kena pulak berkongsi dengan org lain....aduhai lelaki, kalau poligami tu saja perkara sunat yang nampak...........! ringan saja mulut nak tambah isteri erk...........tak cukup dengan seorang, apa yang kurang pada seorang isteri ni dan apa yang lebih pada yang lain.............? bila dah berkedut sikit, mulalah naik gatai tu nak buka caw erk............?terus lupa segala susah payah mula2 masa nak hidup dulu ye.........


kepada sang lelaki yang nak sangat poligami ni, check2 dululah poket tu berat ke ringan..........perempuan ni bukan tengok poket sangat tapi,yang penting, cinta dan sayang tu biarlah pada diri dia seorang saja..........cakap poligami tapi ibadah sunat lain tak pernah buat......jangan haraplah nak dapat kebahagian hidup...!!!



**************

......madu itu manis tapi pahit pada wanita......

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

bintu_ruQaiah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24453
Posting: 230
Dari: di mana kaki berpijak

malaysia  


posticon Posting pada: 15-09-06 09:33


Pada 14-09-06 13:54 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

adakah nabi menganggapa pengorbanan khadijah tidak cukup menyebabkan Nabi berpoligami?


betulkan soalan anta tu. Nabi tak pernah poligami ketika Khadijah masih hidup. Nabi cuma kawin dengan Aisyah selepas Khadijah meninggal dunia. kemudian Nabi berpoligami atas sebab2 tertentu...bukan nak suka-suka atau sebab nak main cinta2.

buat lelaki di luar sana yang nak poligami...hisab diri tu dulu...Kenapa nak poligami.

islam tu cantik dan indah. tapi kita yang merosakkannya...hukum Allah terlalu cantik kalau kita hayati betul-betul. alangkah baiknya kalau lelaki2 ni nak poligami mengikut cara Rasulullah...tapi boleh cari ke?? fikir naa...


-----------------
kepada si MaWaR iDaMaN..semoga dikau sentiasa MeKaR di taman..diakari rasa berTUHaN..dihiasi haruman aKhLaK&iMaN..kerana disitulah UkUrAn..JeLiTaNyA seorang perawan


Bookmark and Share

    


  Member Information For bintu_ruQaiahProfil   Hantar PM kepada bintu_ruQaiah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 10:37


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah ketika Rasulullah saw beristerikan Ummul Mukminin Khadijah (salah seorang dari 4 orang wanita yang unggul pengiktirafannya dalam Islam sepanjang zaman) tidak pernah beliau dimadukan. Ketika beristerikan Khadijah Rasulullah saw sedang sibuk berdakwah tahap Mekah di mana orang Islam yang masih sedikit bilangannya ditindas, di siksa dan di boikot. Khadijahlah yang menenangkan Baginda saw sehingga digelar ummul sakinah (punca ketenangan).

Tetapi bila Khadijah meninggal dunia sebelum hijrah ke Madinah dan selepas Isra' Mi'raj maka Rasulullah saw meneruskan dakwahnya tanpa isteri sehinggalah berkahwin dengan Aisyah ra yang masih muda. Kemudian Baginda saw menikah dengan Saodah yang sudah berusia untuk membantu jaga anak-anak Khadijah terutama Fatimah yang masih kecil. Selepas itu berterusan Baginda saw menikah setelah hijrah ke Madinah atas dasar membantu dan juga dari aspek politik. Semua yang Baginda saw nikahi adalah balu (janda) kecuali Aisyah ra seorang.

InsyaAllah anak-anak bacalah seerah dari buku yang muktabar dan fahamilah bahawa Rasulullah saw adalah seorang yang berakhlak mulia dan poligami yang dilakukan semuanya membantu mempertingkatkan keimanan, ketaqwaan dan Islam keseluruhannya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Tinggalkanlah apa yang meragu-ragukanmu, dan peganglah apa yang tidak meragu-ragukanmu.(mafhum Hadis Shahih)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

wardatuljannah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.03.2006
Ahli No: 23334
Posting: 55
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 10:55


salam ukhwah...
kaum adam kena fikir baik buruk poligami.,..dan kena faham betul-betul kenapa rasulullah berpoligami...jangan hanya sebab nafsu...
cara rasulullah memang perfect...dan sebab2 yang sepatutnya, bukannya sebab suka-suka...jadi, sebelum nak buat tu, fikir2kanlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatuljannahProfil   Hantar PM kepada wardatuljannah   Quote dan BalasQuote

nurwahida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5946
Posting: 338
Dari: USM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 14:03


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....
cuba fikirkan dalam-dalam peribahasa ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurwahidaProfil   Hantar PM kepada nurwahida   Pergi ke nurwahida's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 15-09-06 16:30


Pada 13-09-06 18:22 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau mampu apa salahnya...Islam membenarkan lelaki kahwin lebih dari satu..


jangan mampu dari segi duit sahaja, aspek lain perlu tengok jugak...

Kalau niat untuk berpolligami untuk membantu perempuan yang diluar sana.. bagusla, tapi ada yang memilih pucuk muda untuk buat madu isteri tua...atas niat apa berpoligami tu

buat apa lah nak berpoligami jika isteri itu sempurna sifat, bertanggungjawab terhadap suami, anak, serpurna dari segala hal...

even Rasullulah sendiri tak pernah berpoligami semasa hayat Siti Khadijah...

renung dan fikirlah...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 18:42


!!! QUOTE !!!

nak poligami pun ada cita2........kalau benda-benda sunat lain susah sangat nak ambik kira...........amboi manisnya mulut..................! org lelaki ni dia fikir nak sedap2 saja erk.............tapi org perempuan pula yang kena kongsi ....... kesianlah sikit kat org perempuan ni..ingat senang ke nak kongsi-kongsi hidup ni.........dahlah perempuan ni kaya dengan sifat cemburu..............apatah lagi tengok sang suami, satu2nya insan yang dicintai...kena pulak berkongsi dengan org lain....aduhai lelaki, kalau poligami tu saja perkara sunat yang nampak...........! ringan saja mulut nak tambah isteri erk...........tak cukup dengan seorang, apa yang kurang pada seorang isteri ni dan apa yang lebih pada yang lain.............? bila dah berkedut sikit, mulalah naik gatai tu nak buka caw erk............?terus lupa segala susah payah mula2 masa nak hidup dulu ye.........


kepada sang lelaki yang nak sangat poligami ni, check2 dululah poket tu berat ke ringan..........perempuan ni bukan tengok poket sangat tapi,yang penting, cinta dan sayang tu biarlah pada diri dia seorang saja..........cakap poligami tapi ibadah sunat lain tak pernah buat......jangan haraplah nak dapat kebahagian hidup...!!!

wah, melenting nampak, biasala org perempuan, sebut saja pasal nak poligami mesti meletup :lol:

rileks lah, benda dah halal kan, mesti ada hikmah di sebaliknya.

jangan dijadikan hujah bahawa Nabi tak berpoligami ketika Khadijah masih hidup, sebab Nabi pun sayang `A'isyah tapi beliau tetap dimadukan.

"...Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya." (Surah al-Nisa', 4: 3)


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-06 18:58


:roll: apa ek yang mereka buat....tapi sebenar nya,susah nak poligami ini......


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 15-09-06 19:00


huhuh...minta simpang lah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

azzahrawi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 33
Posting: 307
Dari: pulau mutiara

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-09-06 22:27


assalamualaikum...

kalau suami saya minta untuk poligami.. insyaallah, saya akan benarkan......

saya ada reason peribadi saya Kenapa saya benarkan.... well, kalau nak duduk sebumbung pun, saya akan teriman..... saya sanggup pinangkan perempuan tersebut untuk suami saya... sebab saya sedar, siapa diri saya.... lemah dan miliki segala kekurangan....

apa yang akan berlaku pada rumah tangga, saya akan tetap terima asalkan suami saya bahagia... itu yang menjadi priority pada saya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrawiProfil   Hantar PM kepada azzahrawi   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 18:52


Pada 15-09-06 22:27 , azzahrawi posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum...

kalau suami saya minta untuk poligami.. insyaallah, saya akan benarkan......

saya ada reason peribadi saya Kenapa saya benarkan.... well, kalau nak duduk sebumbung pun, saya akan teriman..... saya sanggup pinangkan perempuan tersebut untuk suami saya... sebab saya sedar, siapa diri saya.... lemah dan miliki segala kekurangan....

apa yang akan berlaku pada rumah tangga, saya akan tetap terima asalkan suami saya bahagia... itu yang menjadi priority pada saya...

wah, sesuai untuk dijadikan calon ni...

sesiapa yang masih single lagi, so..................... :lol:

p/s: bagus tu


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 19-09-06 20:29


hiduplah aman damai....tak perlu minta cerai daripada suami....nanti tak dapat cium bau syurga tau....

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-06 21:47


nak cari bakal suami yang tak kaya, insyaAllah dia takkan poligami sebab tak mampu dari segi zahir...hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

sakura_islah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2006
Ahli No: 26404
Posting: 14
Dari: bumi allah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 22:48


poligami..boleh kalau kena dengan niatnya..kalau ikut nafsu minta maafla..memang susah nak terima tapi kalau dengan niat nak menolong saya alu-alukan.wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_islahProfil   Hantar PM kepada sakura_islah   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 19-09-06 23:54


Cuba baca cerpen ni:
Minta maaf lah kalau cerpen ni dah ada dekat ukhwah...
:-) :-) :-)



"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal
fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada
dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada
ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan
ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatap dalam-dalam. Penuh penghayatan.
Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah
indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan
itu. Ku bulatkan tekad di haiku. Aku ingin menjadi seorang gadis
yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin
menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan
ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri... .kepada insan yang disayangi... ..idaman
setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat
Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku. Baru petang tadi. Aku
sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan
yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri
seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang
sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika. "Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `' Aku
tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya. Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya. Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini. Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata.

"Ain baru saja masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku. `' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, kusalami dan kucium tangannya. Lama. Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang... .." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu dihadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan.
Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang... " Ahhh... .bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku. "Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

`'Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang... .Ain sayangkan abang. `' `'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.'' Dengan telekung yang masih tersarung. Aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis. Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku. Membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar kusambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan. Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan
Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'. Lalu, kucium tangannya, kupohon ampun dan maaf. Kuhadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh... .dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu . `'

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat
suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Kuhiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata. Makan minumnya kujaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali. Aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali
dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki. Namun. Aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga. Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. ' Ya Allah. Aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar
redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.'

`' Ain baik, cantik. Abang sayang Ain. `' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku. Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari. Aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain... ..abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih.

`' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat
itu.

Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya... ... ," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain... ... abang... ..abang nak minta izin Ain... ... untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A... ..Abang... ..nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia
dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk.

`' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi... .hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'

Ya. Aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah. Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A... .Abang... ... Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi... .Faizah. Abang juga sayang pada Faizah... .bermakna... .. sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain... ..sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah... .Abang tak mahu wujud fitnah antara kami. Lagipun... .abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku? Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan. Aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya. Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu. Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu. Aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati. Oh Tuhan... ..ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ? Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana
yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini. Aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak. Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata. Aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya. Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan... berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam. Aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku. Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ? Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atasku untuk menguji keimananku. Aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah. Bukan cinta manusia yang kukejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam. Aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka. Aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini. Aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah. Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?... ... Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau... Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku. Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`'Izah... ... akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat. Aku memulakan bicara.

`'Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

"Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy... .tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

'Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita... ... ." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati. Aku tuturkan kalimah itu.

"Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `'Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau... ... Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang... ... Ustaz Harris... ..mahu... melamar saya?"

Dari nada suaranya. Aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas. Aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku. Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain... ..saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya kulihat berkaca-kaca.

"Izah... Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak... maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam pelukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi... Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`'Kak Ain... .ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain... .Izah jangan risau, hati Kak Ain... Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya,
dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak... ..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu."
"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah... ..inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang. Namun. Aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain... ..abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari, beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi... .Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang... .malu dengan Ain."

"Abang... .syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'

`'Ain... .Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini. Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi... abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka. Aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya. Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru. Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`'Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `' Aku menduga keikhlasan bicaranya.

'Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati. Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya. Aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi
aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata
suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia- siakan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu. Aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak. Aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh... anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi... .. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami. Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku. Aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun. Aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

saffaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah

uganda   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 00:27


subhanallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For saffaaProfil   Hantar PM kepada saffaa   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 00:40


bergantung pada keadaan...tapi sapa yang sanggup dimadukan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

umaira_sutera
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 09:13


entahlah...ana tak berani nak kata apa-apa.namun bila hati dah kenal ALLAH dan kasih padanya lebih dari segalanya...perkara ni dianggap kecil sahaja.tapi kita ni masih bergelar insan yang masih dalam pencarian...muga ALLAH...beri kekuatan pada ana kalaulah ana diuji..dengan suami yang ingin berpoligami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umaira_suteraProfil   Hantar PM kepada umaira_sutera   Quote dan BalasQuote

naini
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.02.2004
Ahli No: 7235
Posting: 74
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-06 15:39


ana tak menentang poligami...bagi ana lah.ana akan tanya dulu suami ana tu,kenapa nak kawin lagi. Kalau reason yang dia bagi munasabah, ana tak kisah...ana rasa kaum hawa perlu lebih berfikiran yang agk kritis lah tentang poligami ni.memang ramai yang tak suka poligami,tapi bagi ana...kita kena selidik dulu sebelum terus kata 'tak nak'...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nainiProfil   Hantar PM kepada naini   Quote dan BalasQuote

jasadkudisini
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.08.2006
Ahli No: 25763
Posting: 221
Dari: sinGgaHsaNa..

germany   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 08:49


makan hati lah gamaknye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasadkudisiniProfil   Hantar PM kepada jasadkudisini   Pergi ke jasadkudisini's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 08:50


bagi saja kak...besar pahala tu..lagipun dapat kawan..boleh rasa manisnya madu

Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-10-06 10:26


Saya tetap nak berpoligami... Muktamad...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 10:58


Para suami kalau nak isteri2 benarkan anda berpoligami, nasihat kawan-kawan anda yang dah berpoligami agar tunjukkan contoh yang baik. Ni tak..banyaknyer perangai hampeh..berapa kerat sangat yang adil dan baik...macam mana perempuan nak ubah mentaliti kalau keburukkan lebih banyak dari kebaikan bila suami berpoligami...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 03-10-06 13:43


ASSALAMMUALAIKUM..........
Saya lelaki.........kalau suami nak kawin lagi beri saja lah....apa salahnya kerana mungkin dia kawin lagi sebab....
1. kasihan terhadap wanita/gadis yang belum kawin
2. isteri dah tak mampu memenuhi kehendak suami
3. isteri tak mampu melahirkan zuriat
4. untuk membantu mengurangkan jumlah wanita yang tak berkahwin
5. sebab suami tu cinta kat wanita tu...dan sama-sama cinta..
6. suami mampu memenuhi kehendak rohani dan jasmani.
Dan bermacam2 lagilah yang terlalu banyak nak disebut dan yang terakhirnya anda tentu percaya jodoh tu dah ditentukan Allah...kan...kan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-10-06 14:10


bagi saja lah.

ps: lelaki kena sedar diri dulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 15:40


Pada 03-10-06 14:10 , mukasyaf posting:

!!! QUOTE !!!

bagi saja lah.

ps: lelaki kena sedar diri dulu.


dah si suami tu nak kawin...bagi saja lah... :-)

ps: na'am.....si suami mestilah sedar diri dulu..
     kalau boleh ingatlah semula kata-kata manis zaman bcinta dulu
     tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 18:46


perempuan zaman sekarang profesional kalau nak handle masalah macam ni...takkan bertindak melulu dan serang tak tentu hala...menjatuhkan maruah seorang perempuan....bertindak dan berfikir secara rasional walaupun hati sakit...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-06 22:23


Wallahualam, tak tahu nak buat keputusan. tengok atas keupayaan masing-masing (suami isteri) kut.

tapi berdasarkan dr pengalaman org (sedara terdekat2, sahabat handai) yang berpoligami, ada yang tiada masalah bahagia saja, ada yang banyak buat masalah.

seperti, isteri xrela tuntut cerai padahal sebab isteri bermasalah, suami berpoligami. Ada juga, isteri baik rela bermadu, tapi suami pula yang buat hal, tak berlaku adil langsung, makan anak isteri tunggang langgang, asyik ke rumah isteri muda saja. macam-macam. Bila tengok keadaan begitu, memang takut betul. Yelah, berapa kerat saja yang mampu buat adil, kecuali sedikit sekali. tapi rasanya kalau ramai berlaku adil, rasanya ramai sahaja wanita yang sanggup berpoligami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 06-10-06 01:32


Pada 13-09-06 13:44 , mizie_hafiz80 posting:

!!! QUOTE !!!

Saya bercita- cita nak berpoligami, insyaAllah...




perempuan kalau nak jadi hebat dan mentaati suami kena lah terima hakikat...laki diberi hak untuk berpoligami oleh Allah s.w.t... jadi isteri2 kena paham..itu hak lelaki... saya tahu ramai yang mempertikai kononnya sebab takut nanti laki tak adil..hakikatnya..walaupon laki tu adil kamu memeng jenis yang tak mahu terima...jadi akui sahajalah..kamu turut kata hati kamu..kamu cuba menentang hak yang Allah s.w.t berikan pada suami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 14-10-06 18:28


minta cerai sebab sebelum kawin dah janji nak setia...janji tetap janji...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 14-10-06 20:54


ASSALAMMUALAIKUM........
LELAKI MESTI KAWIN TIGA.....SEBAB...
Kawin satu isONE...
Kawin dua isTWO....
Kawin tiga isTERI....
Heh...heh....heh...Sorry...gurau jeeeeeeeeeeeee......


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-10-06 00:53


Pada 14-10-06 18:28 , ladybirdy posting:

!!! QUOTE !!!

minta cerai sebab sebelum kawin dah janji nak setia...janji tetap janji...


hhmm....ingatlah wahai isteri2....ingatlah kepada satu hadis Rasulullah SAW...Nabi SAW pernah bersabda : "Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya TANPA ADA SEBARANG SEBAB YANG MENDESAK , maka haramlah baginya ( wanita itu ) mencium bau syurga."

si suami BELUM TENTU lagi tidak akan berlaku adil selepas kahwin....belum lagi terbukti yang suami tidak akan bertanggungjawab.......Kenapa BERSANGKA BURUK terhadap suami????....tak dapat cium bau syurga tau mana-mana isteri yang meminta talaq @ cerai daripada suami tanpa sebab....soal setia lain cerita, letakkan ke tepi, letakkan ke belakang soal setia....setia org lelaki dibenarkan untuk 4 org wanita, thats why Allah SWT membenarkan lelaki berkahwin 4....tapi kalau dia tak boleh berlaku setia/adil kepada isteri2 nya....maka hendaklah si lelaki tersebut setia hanya pada seorang wanita, berlaku adil pada seorang isteri sahaja.

patutnya....jangan minta cerai pada suami.....sepatutnya...tolong lagi si suami supaya berlaku adil kepada isteri2 nya.....nasihat suami akan tanggungjawab yang terletak atas bahu....beri layanan lebih baik pada suami....bukannya minta cerai tanpa sebab....suami belum lagi terbukti gagal mejlnkan tanggungjawab...Kenapa perlu minta cerai pulak...??? :-?

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 15-10-06 00:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 01:24


Huhuhu, zaman sekarang ni, kata-kata, hujah, pendapat, begitu mudah untuk dikeluarkan, bahkan ayat al-Quran dan hadith senang sahaja di keluarkan... walaupun tidak bergelar alim ulama. Bahaya lidah...

Hanya Allah sahaja yang tahu, setakat mana hambaNya mampu. Hanya Allah sahaja tahu isi batin yang diujiNya. bagi yang bersikap adil Alhamdulillah, yang hanya sekadar pandai berkata2, jauh sekali dr adilnya, Astaqfirullah.

Wanita mudah saja masuk syurga jika taat pada suami, tapi mudah juga masuk neraka. tapi suami juga juga lupa, dia akan dipertanggungjwbkan juga dr anak ke isterinya. Bukan mudah jadi ketua. Jika satu kerajaan dah terumbang ambing, inikan pula nak memerintah dua tiga kerajaan. Berlaku adil amatlah payah walaucamne kita inginkan sekali pun, raja yang inginkan semua rakyat bahagia tetap tidak capai cita, even dengan anak pun susah berlaku adil inikan lagi isteri2. tapi jikalau rasa diri mampu dan layak, silakan menyahut cabaran meramaikan umat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-10-06 16:32


Pada 15-10-06 01:24 , fatinah_huda posting:

!!! QUOTE !!!

Huhuhu, zaman sekarang ni, kata-kata, hujah, pendapat, begitu mudah untuk dikeluarkan, bahkan ayat al-Quran dan hadith senang sahaja di keluarkan... walaupun tidak bergelar alim ulama. Bahaya lidah...


apa yang sebenarnya fatinah_huda cuba sampaikan???....


Pada 15-10-06 01:24 , fatinah_huda posting:

!!! QUOTE !!!

Wanita mudah saja masuk syurga jika taat pada suami, tapi mudah juga masuk neraka. tapi suami juga juga lupa, dia akan dipertanggungjwbkan juga dr anak ke isterinya. Bukan mudah jadi ketua. Jika satu kerajaan dah terumbang ambing, inikan pula nak memerintah dua tiga kerajaan. Berlaku adil amatlah payah walaucamne kita inginkan sekali pun, raja yang inginkan semua rakyat bahagia tetap tidak capai cita, even dengan anak pun susah berlaku adil inikan lagi isteri2. tapi jikalau rasa diri mampu dan layak, silakan menyahut cabaran meramaikan umat.


apakah basic thing rumahtangga dalam Islam???....apa yang Islam ajar tentang rumahtangga???

TANGGUNGJAWAB....nielah yang Islam ajar....masing-masing ada tanggungjawab.....suami ada tanggungjawab sebagai suami dan ayah.....isteri ada tanggungjawab sebagai isteri dan jugak ibu....ada sesiapa ambil berat, ambik kisah hal TANGGUNGJAWAB ini bila memilih bakal suami, bakal isteri???....ada sesiapa ambil berat adakah bakal suami, bakal isteri seorang yang bertanggungjawab, seorang yang berilmu agama, kuat agamanya, takut kepada Allah SWT???....jawapannya tak ramai.

tanggungjawab adalah perkara pokok....sesiapa yang tak jlnkan tanggungjawab....akan dipersoalkan nanti di akhirat kelak....tak kira si suami mahupun si isteri....mahupun anak....

tanggungjawab adalah akar utama dalam berumahtangga....then barulah cinta....tapi sekarang ini ramai yang ketepikan soal tanggungjawab....pilih suami atau isteri daripada org yang tak reti bertanggungjawab....masakan tidak....pilih yang tidak ada asas agama....semua soal cinta....bila berhadapan dengan cinta, handsome, cantik....habis semua layu...semua cair.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 15-10-06 16:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

helmirohayakassim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22154
Posting: 84
Dari: Setiu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-10-06 17:04


Tidak dinafikan wanita memang tak suka dimadukan tak suka berkongsi kasih dengan org lain. kalau suami nak kahwin lain, tak elok kita nak serang dia apatah lagi nak minta cerai. Tak bau syurga nanti. Tapi lelaki kalau nak beristeri labih daripada 1 mesti adil dan saksama dalam rumahtangga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For helmirohayakassimProfil   Hantar PM kepada helmirohayakassim   Quote dan BalasQuote

ibnutuki
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2005
Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat

Johor  


posticon Posting pada: 15-10-06 20:22


apa salahnye kalau mampu dari segi zahir dan batin.....

kan? kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnutukiProfil   Hantar PM kepada ibnutuki   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-10-06 08:22


zina dengan kahwin lebih mana yang lebih kurang mudharatnya?. kalau kahwin dapat anak halal, kalau zina dapat anak luar nikah serta dimurkai Allah. nak tanya bagaimana perempuan yang berzina nak bertaubat? takkan sebab perempuan lain pentingkan diri menyebabkan wanita lain direjam sebab terlanjur... mana yang lebih hikmah benarkan suami yang mampu kahwin atau suami terlanjur dengan kekasih barunya yang cantik jelita serta menarik...kebetulan setiausahanya yang selalu ambil perhatiannya di pejabat. katalah suami dia teknokrat berjaya ada aset sejuta. takkan suami dia tahan asyik digoda wanita muda serta menarik yang nakkan duit dia yang banyak tu, katakan suami dia usia 47 tahun, setiausaha yang goda tu usia 24 tahun baru graduat dari u, dapat jadi personel assistant di pejabat. suami masih sihat seperti Eman Manan atau Jalaluddin Hassan. yang datang goda seksi, menarik cantik serta jelita... saja saja buat sketsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-10-06 08:34


Nisbah lelaki:Wanita
1lelaki:50 wanita.
kalau 1 kahwin satu , maka 49 wanita lagi tak perlu kahwin ke, jadi andalusia, atau yang tak ada iman jadi pelacur...nauzubillahiminzalik. cuba baca hadis kata lelaki kurang wanita ramai:
itulah sebab ayam jantan boleh kahwin dengan sepuluh ayam betina, pelanduk jantan boleh hamilkan 7 pelanduk betina, cuba belajar dalam sains haiwan. fitrahnya seekor jantan boleh handle ramai betina bagi haiwan, itu sebab dalam Al quran kata lelaki boleh kahwin sampai empat, kalau tak mampu saja kahwin satu, jadi sekarang ni ramai lelaki yang tak mampu, terutama nak handle perempuan, yang mana perempuan sekarang kuat berleter bila tahu suami nak kahwin tambah isteri.
ada yang lebih bangsat, ada isteri jumpa bomoh syaitan supaya suami dia jadi bodoh dan dia boleh handle, maka isteri tu ada chance masuk neraka sebab sihirkan suami guna bantuan bomoh syaitan yang mana syaitan yang digunakan bernama dasim, anak iblis yang amat disayangi iblis. kerja dasim ni ialah goda manusia supaya berzina, cerai beraikan suami isteri. bomoh yang buat suami bodoh tu, dengan isteri yang mangkuk hayun tu bubuh makanan yang telah disihirkan dalam makanan suami, langsung suami 'barang dia tak naik " jadi mati". jadi lelaki tutak ada selera nak kahwin lain. itru kerja syaitan...

kepada isteri kalau nak suami sayang maka selalu lah solat berjemaah bersama, taat perintah suami yang bertepatan syarak, layanan yang baik, bukan pergi jumpa bomoh sihir. bomoh sihir ni kalau zaman khalifah islam, hukumannya ialah penggal kepala sampai mati.
Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin malik r.a. katanya rasulullah saw bersabda “sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu agama , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis (extince) kaum lelaki, dan yang tinggal hanya wanita, dengan nisbah seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita”

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-10-06 08:56


kepada mizie hafizi, satu dulu, baru fikir nak dua, sekarang ni seorang tak ada lagi, takkan nak dua terus,
tapi yang nampak kahwin dua ni , banyak yang hampeh sebab dia sendiri tak betul, solat tak buat, jahil, gaji ciput, tapi kahwin dua, sekufu dengan isteri dia juga hampeh sebab tu dia kahwin dengan lelaki hampeh. kalau Tok Gajah, mujahidiin kemerdekaan asal negeri pahang tu dia kahwin ramai, cuba baca sejarah hidupnya, Mat kilau adalah anak lelakinya yang tersohor hebat dizaman menentang Brittish dulu.
wanita yang baik untuk lelaki yang baik, semua dah ditakdirkan dah.

Taqdir

Ahli Syurga dan Ahli Neraka
Dari ‘Abdullah r.a. katanya: “Rasulullah saw yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menulis empat ketetapan. Yaitu mengenai rezekinya, ajalnya, ‘amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka, lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak nya ke neraka hanya hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli surga, lalu (pada usia umurnya)dia beramal dengan amalan ahli surga.




Dari Hudzaifah bin Asid r.a katanya Rasulullah saw bersabda:” Setelah nutfah berada dalam rahim 40 atau 45 malam, maka datang malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Ta’ala. “Ya Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?” Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Tanya, “ Apakah dia laki-laki atau perempuan?” Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian bukunya dilipat, tidak ditambah dan tidak dikurangi.”

Dari ‘Ali r.a. katanya: “Pada suatu hari kami menghantar jenazah ke perkuburan Baqi Al Gharqad. Rasulullah saw mendatangi kami, lalu beliau duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling beliau. Baginda memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting. Kemudian baginda bersabda” Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta’ala di surga atau neraka. Telah ditetap Allah apakah dia celaka atau bahagia. Maka bertanya seorang sahabat, “ Ya Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir nasib kita tanpa beramal?” jawab baginda,” Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang bahagia, dan orang yang telah ditetap Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah!. Semua sarana telah disiapkan, adapun orang-orang bahagia, mereka dimudah untuk mengamalkan amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.” Kemudian beliau membaca ayat:” Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup , serta mendustakan pahala yang terbaik. Maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar”.


Bicara Nabi Adam a.s dan Nabi Musa a.s:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. Bercerita bahawa Adam dan Musa pernah berbantahan. Kata Musa a.s “ hai Adam! Engkau adalah bapak kami, tetapi engkau telah mengecewakan kami kerana menyebabkan kami keluar dari surga.” Jawab Adam a.s” Engkau hai Musa! Engkau telah dipilih dan diistimewakan Allah Ta’ala. Dengan kehendakNya engkau dapat bercakap-cakap dengan Nya.. Apakah engkau menyesaliku kerana urusan yang telah ditaqdirkan Allah atasku sejak 40 tahun sebelum aku diciptakan Nya?” Sabda Nabi saw, “Demikianlah Adam a.s dan Musa a.s saling berbantah.”

Segala-galanya terencana
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah Ta’ala telah menetapkan segala ketetapan(Taqdir) bagi seluruh makhluq, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi. Dan (ketika itu) ‘Arasy Allah Ta’ala berada di atas air.”

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: ” Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari (kekuasaan) Allah Ta’ala , bagaikan hanya sebuah saja. Allah Ta’ala sanggup menggerakkannya bagaimana menurut kehendakNya. Lalu Rasulullah saw. Mendoa, “Allahumma musharrifal qulub, sharrif quluubana ‘alaa thaa’atika”. Maksud doa tersebut “Wahai Allah yang menggerakkan seluruh hati. Gerakkan hati kami untuk mentaati Engkau.”

Dari ‘ Abdullah bin ‘Umar r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:”segala-galanya telah ditetapkan (taqdir yang tak dapat diubah lagi). Hingga sampai kepada kelemahan dan ketrampilan,”

Ajal tak dapat diundur atau dipercepatkan:

Dari ‘Abdullah r.a katanya” pada suatu waktu Ummu Habibah isteri Nabi saw mendoakan:” Wahai Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama suamiku Rasulullah saw., dan dengan bapakku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda Nabi saw.,” Engkau memohon ajal yang sudah pasti ( tak dapat diubah), memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegera sebelum tiba waktu, dan dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Seandainya engkau mohon kepada Allah Ta’ala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda, “ Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah Ta’ala daripada orang mukmin yang lemah. Namun begitu, kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan. Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan (situasi) yang bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah Ta’ala dan jangan bosan. Jika engkau mendapat cobaan, jangan berkata, seandainya (tadi. Aku perbuat begini dan begitu (tentu tidak akan begini jadinya).” Tetapi ucapkanlah:”Allah Maha Kuasa berbuat sekehendak Nya” Kerana kata-kata “Law” (seandainya/kalau) memberi peluang bagi syaitan.    


Dari ‘Aisyah, Ummul Mukminin r.a katanya: “ Pada suatu ketika Rasulullah saw diminta orang datang menta’ziahi jenazah bayi orang Anshar. Lalu aku berkata , “Berbahagialah bayi itu, seekor burung di antara burung-burung surga, yang belum pernah berbuat dosa atau ditimpa dosa.” Jawab Nabi saw.,” Mungkin tidak begitu. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyediakan bagi surga siapa siapa penghuninya semenjak mereka masil dalam sulbi bapa mereka, dan telah menyediakan bagi neraka siapa-siapa penghuninya, semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka.”


Bab kahwin ni adalah Qadha Mubram, maka ianya dah tetap di Lauhul Mahfuz. Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan adalah Qadha Mubram, dah ditetapkan sejak Azali.

Qadha lain tu boleh diubah dengan doa, seperti nak cemerlang dalam peperiksaan, boleh usaha serta berdoa. maka solat hajatlah minta cemerlang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

al-fateh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22816
Posting: 80

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 10:01


Hal-hal poligami ini, untuk lelaki baik perempuan, bolehlah dapatkan tipsnya di sini:

http://mindaglobal.forumsplace.com/message139.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-fatehProfil   Hantar PM kepada al-fateh   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-10-06 11:06


InSyaAllah, semoga anta dikurniakan isteri yang solehah, yang sanggup berpoligami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 11:51


Syukran saudara Saifuddin... artikel yang sangat bagus

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 12:06


Pada 15-10-06 17:04 , helmirohayakassim posting:

!!! QUOTE !!!

Tidak dinafikan wanita memang tak suka dimadukan tak suka berkongsi kasih dengan org lain. kalau suami nak kahwin lain, tak elok kita nak serang dia apatah lagi nak minta cerai. Tak bau syurga nanti. Tapi lelaki kalau nak beristeri labih daripada 1 mesti adil dan saksama dalam rumahtangga.


ye, memang betul ramai perempuan tak suka sebab banyak faktornya. salah satu nya imej yang dipamerkan oleh org yang mengamalkan poligami dengan tidak betul pada zaman sekarang. sudah tentu ramai wanita akan takut. tapi jikalau ramai keluarga poligami yang berjaya, sudah tentu wanita sanggup berpoligami kerana haknya masih dijaga.

bukan nak kata poligami itu elok. jikalau dilaksanakan dengan baik, sungguh banyak kebaikannya antaranya membantu wanita yang lemah. tapi jika benar lelaki ingin membantu wanita, Kenapa xkawin sahaja janda2, andalusia, anak yatim yang memerlukan bantuan? Kenapa jika ingin berpoligami, memilih org sebab kekurangan isteri atau sebab nak elak zina atau sudah terlanjur? banyak keputusan dibuat berdasarkan nafsu daripada akal.

saya tak menentang poligami. malah ada ahli keluarga saya dan sanak saudara yang berpoligami. tapi apabila melihat perit lelaki tersebut, saya amat kasihan sangat kerana bukan mudah seperti yang disangkakan. adakah kita ingin jalan senget pada akhirat nanti?
jika saya yang kena, wallahualam, saya tidak tahu apa yang saya akan buat, semoga buat keputsan yang terbaik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 15:16


poligami..memang best buat kaum lelaki tapi perit dan pedih buat kaum hawa..yelah,terpaksa berkongsi kasih apatah lagi dengan org yang paling kita sayangi..dulu kasih dia hanya untuk kita tapi terpaksa dibahagi 2..tu baru 2,kalau 3,4..hehehehe..:P

andai kata suami mahu berpoligami,bagi sajalah daripada dia memendam rasa,mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak kita jangkakan akan berlaku jika kita halang kehendaknya..fikirkanlah mungkin ada hikmah di sebaliknya..isteri yang baik akan memenuhi kehendak suami..pedih memang pedih bila terpaksa berkongsi kasih apatah lagi dengan org yang paling kita sayang..

tapi kita kaji balik apa sebab suami nak berpoligami..mungkin ada kelemahan atau kekurangan dari pihak kita..sebelum si suami nak berpoligami,selidik dulu latar belakang calon madu..kalau dia punyai latar belakang yang baik,punyai ilmu agama dan sebagainya yang menepati ciri-ciri isteri yang solehah,go ahead!! kalau yang sebaliknya,cancel sajalah...

sekadar pandangan saya..

p/s:saya yakin dia takkan buat macam tu kat saya... :-P


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
[ Telah diedit oleh: aieyda pada 17-10-06 20:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

al-fateh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22816
Posting: 80

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 17:54


Poligami itu kalau tak tempuh tak dapat hasilnya. Kena tempuh. Guru saya memberitahu poligami ubat paling mujarab untuk mengubat penyakit batin wanita. Ia adalah satu kaedah cepat untuk membantu seseorang mencapati taqwa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-fatehProfil   Hantar PM kepada al-fateh   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-06 18:26


Q:Wanita!!..kalau suami nak poligami,apa anda nak buat??

A: wallahu a'lam. wanita mana yang sanggup berkongsi. entahlah. moga situasi ni tak berlaku pada diri ana in future. ana bukan jenis yang pandai nak berkata2 yang ana tak kisah tentang poligami ni. isu ni terlalu sensitif. tak tahu lagi nak cakap apa, belum tiba lagi masanya. kahwin pun belum lagi.

p/s: cuba anda tanyakan soalan ini pada ibu anda. pastinya ibu anda akan terluka hati dan perasaannya. begitulah juga terlukanya hati kami, wanita yang bakal menjadi ibu dan isteri suatu hari nanti, andai ditanya tentang soalan ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

al-fateh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22816
Posting: 80

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 22:05


Jangan minta sebegitu haziqah. Anda sebenarnya tanpa sedar berdoa untuk tidak berpoligami sedangkan poligami itu adalah diamalkan oleh isteri-isteri Rasulullah. Sedangkan merekalah contoh ikutan kita. Bukan begitu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-fatehProfil   Hantar PM kepada al-fateh   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 18-10-06 22:11


ASSALAMMUALAIKUM...
Hmmmmmmm...topik ni selalu berada dalam kelompok ranking di atas. Kenapa agaknya...??? Anti sangatkah wanita dengan isu ni....????????????


-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 22:14


tak lah...
mungkin ramai yang tak setuju...

siapa yang mahu diduakan???
hmmmmm....

tapi memang tak dinafikan...
bermadu boleh membawa ke syurga...

cuma ustaz ana pernah cerita...
di syurga nanti,
hanya seorang isteri saja yang dijadikan bidadari..
kalau madu macam mana?
kalau dua-dua isteri dia baik???
boleh tak dua-dua jadi bidadari untuk suami
di syurga nanti???

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

ad-din
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2005
Ahli No: 19148
Posting: 648
Dari: terengganu-

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-06 23:32


Pada 18-10-06 22:14 , qibtiyah posting:

!!! QUOTE !!!

tak lah...
mungkin ramai yang tak setuju...

siapa yang mahu diduakan???
hmmmmm....

tapi memang tak dinafikan...
bermadu boleh membawa ke syurga...

cuma ustaz ana pernah cerita...
di syurga nanti,
hanya seorang isteri saja yang dijadikan bidadari..
kalau madu macam mana?
kalau dua-dua isteri dia baik???
boleh tak dua-dua jadi bidadari untuk suami
di syurga nanti???


kalau kedua-duanya isteri baik mesti ada salah satu yang paling baik..jadi jadilah yang paling baik tu.. isteri kena berlumba2 untuk tambat hati suami.. betul tak.. baru ada challenger.. kan dekat syurga nanti boleh dapat payung emas.. kalau tak nak poligami tak apa.. tapi jangan sesekali mempertikaikan atau mempersoalkn poligami.. kerana itu sunnah nabi..



Bookmark and Share

    


  Member Information For ad-dinProfil   Hantar PM kepada ad-din   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 01:29


erm. tajuk yang panas. mulanya malas nak tengok sebab rasanya lambat lagi nak terlibat dengan hal2 kawen2 ni. erm, in my opinion, memang boleh muslimin nak nasihatkan muslimah agar terima poligami ni seadanya..senang saja nak nasihatkan. ye, memang inila kemanisan dalam kepahitan buat kaum hawa. ana ni pun tak berani nak cakap lebih2. takut Allah uji nanti..

ana cuma nak fokuskan pada muslimin yang ada cita2 nak poligami ni. jangan fikir senang nak berlaku adil. kalau beli ikan kembung 2 kilo setengah kat isteri 1st, kena beli yang sama jugak kat isteri 2nd or seterusnya. kalau beli baju kat 1st wife dengan harga rm 50, macam tu juga kena beli kat 2nd wife. kalau beli kek coklat untuk sambut birthdate 2nd wife, kena beli yang sama jugak kat 1st wife. kena habis adil ooo....

cuma mungkin yang tak boleh nak bagi sama adil ialah kasih sayang...

&hanya agama islam saja yang nyatakan dengan jelas "....kahwinlah dengan seorang sahaja"

dalam agama lain even tak boleh kahwin lebih dari 1, mana ada dalam kitab mereka cakap suruh kahwin 1 sahaja. memang Allah dah highlightkan awal2 lagi kat dalam agama kita yang syumul ni..

tapi jangan dilupa, Allah kata boleh kahwin 2 atau 3 atau 4 jika berkemampuan, tapi kalau tak mmpu, kahwenlah seorang saja...

erm, taktau nak kata bagaimana. fikirla betul-betul sebelum poligami tu. mungkin isteri 1st akan dapat payung emas kat akhirat nanti, tapi takut si suami pulak yang dapat 'payung besi' yang melebur di bawah terik mentari sebab tak mampu berlaku adil....

wallahu'alam..........=)

p/s: moga-moga apa yang ada pada ana dah cukup untuk bakal suami nanti...ameen........(al-fateh, salah tak doa begini?)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

Vitamin_Hati
WARGA SETIA
Menyertai: 28.02.2006
Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 19-10-06 07:06


emm.....tak tau nak komen apa..... :-di :-di :-P :-P :-P :-) :-)


-----------------
"Terimalah tanpa membuta-tuli; tolaklah tanpa kesombongan"
[ Telah diedit oleh: Vitamin_Hati pada 19-10-06 07:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Vitamin_HatiProfil   Hantar PM kepada Vitamin_Hati   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-10-06 08:45


kalau suami mampu, jangan dihalang...risau berlakunya kemungkaran...bagi saja kalau mampu... =P

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 19-10-06 08:54


persoalan......
Kenapa lelaki nak berpoligami...?
kerana nafsu atau apa............?

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

xyamani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding

yemen  


posticon Posting pada: 19-10-06 08:59


Pada 18-10-06 22:11 , dmz posting:

!!! QUOTE !!!

ASSALAMMUALAIKUM...
Hmmmmmmm...topik ni selalu berada dalam kelompok ranking di atas. Kenapa agaknya...??? Anti sangatkah wanita dengan isu ni....????????????



bukan anti tapi terasa agaknya...gadis telah bersuami akan rasa suami lah segala-galanya..lelaki dah beristeri rasa ish..boleh tambah lagi ni...


-----------------
belajar lah kerana tiada yang lahir dalam keadaan telah terpelajar


Bookmark and Share

    


  Member Information For xyamaniProfil   Hantar PM kepada xyamani   Pergi ke xyamani's Website   Quote dan BalasQuote

al-fateh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22816
Posting: 80

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-10-06 12:03


Soal adil itu bukan maknanya kena sama. Sama lain, adil lain. Adil itu ertinya meletakkan sesuatu itu di tempatnya. Tak mesti isteri pertama ikan kembung, isteri kedua ikan kembung. Kalau isteri pertama suka ikan kembung, kita belikan. Tapi isteri kedua tak suka, dia suka ikan parang, jadi kita belikan. Itu namanya adil.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-fatehProfil   Hantar PM kepada al-fateh   Quote dan BalasQuote

NIKIZZUDDIN
Warga Rasmi
Menyertai: 13.09.2006
Ahli No: 26330
Posting: 3
Dari: MACHANG KELANTAN

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-11-06 13:21


wanita kenalah berikan keizinan kepada si suami supaya tidak berlaku maksiat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NIKIZZUDDINProfil   Hantar PM kepada NIKIZZUDDIN   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 15:11


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah tabik spring kat anakanda al-fateh. Bab poligami ni memang kena di positifkan memandangkan ramai wanita yang sudah berusia belum lagi berkahwin. Peluang mereka untuk mendapat suami yang beriman dan bertanggungjawab hanya melalui poligami. Jadi para isteri yang menjadi isteri pertama hendaklah fahami keadaan kerana kini ramai wanita dan kemungkinan termasuk anak kita juga. Macam mana anak-anak perempuan itu kelak mampu untuk berpoligami bila tiada contoh positif dari angkatan yang sedia ada ni kan kan kan ...... sekadar cadangan bukannya muktamad dan jodoh itu ketentuan Allah SWT.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - Kejarlah akhirat insyaAllah dunia akan mengejar kamu ........

Binalah kehidupan menurut landasan Al Quran dan As Sunnah insyaAllah segala nikmat kehidupan di dunia akan dianugerahkan menurut rezeki yang telah Allah tentukan.

Burulah redha Allah bukannya kepuasan nafsu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nieza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam

Johor  


posticon Posting pada: 18-11-06 16:01


Assalamualaikum..

     Berapa ramaikah isteri hari ini yang sanggup di madukan???Mampukah si suami berlaku adil???

Firman Allah:

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan(lain): dua, tiga,atau empat. Kemudian jika kamu tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk menegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
                                                                                 -Surah An-Nisa:4-


-----------------
Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi
akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi...
-Imam Malik-
[ Telah diedit oleh: nieza pada 18-11-06 16:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For niezaProfil   Hantar PM kepada nieza   Pergi ke nieza's Website   Quote dan BalasQuote

mieIKIM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2006
Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable

italy   avatar


posticon Posting pada: 18-11-06 21:55


Erk... Bahaya ni. Boleh bawa mati err.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mieIKIMProfil   Hantar PM kepada mieIKIM   Pergi ke mieIKIM's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.181066 saat. Lajunya....