HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat
Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei
2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan
HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas
permintaan Dr Khalil )
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk
berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat
Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa,
harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid
al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di
seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat
pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah
dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama
kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun,
kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah,
dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami
mengucapkan lah Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta
masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari
rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak,
dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang
boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam
di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan
tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah
bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah
menerima pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah
menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam
telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup
untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana
saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya.
Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai
telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha
pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami.
Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di
pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan.
Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah
mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat
Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan
kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami
bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu
kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai
jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan
Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa
ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan
rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan
perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa
walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada
perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah
mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang
getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS.
Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu
ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya
perngorbanan.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di
Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama.
Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah
ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami
adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda.
Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan
umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia.
Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini
siapakah lagi yang akan menyedarinya???
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang
mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan.
Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang
tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah
sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi
oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah
mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD
3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami
terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin.
Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima
gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di
Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan.
Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi
telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang
mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana
kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta,
persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir
dibatalkan kerana kekurangan kertas.
Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan
ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang
dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka
inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami
enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan
juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh
oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak
pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya
dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa
tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga
telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi
kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang
telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak
mengharapkan itu semua.
Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami
yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin
dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia
akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada
bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim
Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di
kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen
untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya
mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas
mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang
kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan.
Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan
darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami
tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh
bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan
menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada
tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut
mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan
sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah
anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah
setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip
Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya
menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di
atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan
kebisuan anda semua. Ka?i tidak akan memaafkannya.
Umat Islam di Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda
menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan
rakyat Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi
OIC untuk melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan
masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut
membantu rakyat Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di
dalam kempen kesedaran ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk
menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam
doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan.
Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami
dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama
bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu,
bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di
atas muka bumi ini...
Allah Akbar!!!
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.