Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Awas!
Topik: jangan biarkan airmata ibu mengalir........


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» jangan biarkan airmata ibu mengalir........

Please Mendaftar To Post


Oleh jangan biarkan airmata ibu mengalir........

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 25-08-06 15:59


Ibu, Kenapa menangis?? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak.
Kerana ibu seorang wanita, jawab si ibu sambil mengesat air matanya.
Apa maksud ibu?? si anak bertanya lagi....
Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembas, membasahi pipi. Di peluk anaknya erat-erat, lalu berkata: Anakku kau memang tak kan faham......

Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya.... Ayah Kenapa ibu mudah menangis??
Semua wanita memang macam tu, mudah menangis, hanya itu jawapan yang mampu di berikan oleh ayahnya.

Masa berlalu.. si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?? Sampai waktunya si ibu di panggil pulang kerahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu kedalam mimpi.

Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: Anak ku.... Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Di jadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa.
Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah.
Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.
Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus di lindungi.
Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau seringkali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.
Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-08-06 16:14


ALLAHuakbar !!!
Hidup Wanita !!!

syukran jazilan ukhti kembara_girl... :-)

ALLAHualam.


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

InginTahu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.07.2006
Ahli No: 25067
Posting: 116
Dari: malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-08-06 16:37


ketika dulu,
..emak menitiskan air matanya ketika ana membetulkan kesilapan bacaannya ketika membaca Al-Quran...

ana tanya, "Kenapa mak..?"
mak jawab sambil mengesat air matanya.. "masa dulu.. mak juga pernah membetulkan kesilapan bacaan nenek kau..dan sekarang kau pula yang membetulkan kesilapan bacaan mak.."

dalam hati ana.. "allahuakbar..subhanallah.. inilah yang dikatakan balasan Allah kepada hambanya.. "

selepas itu ana cuba untuk tenteramkan hati mak...
"itu semua balasan Allah kepada mak, macam mana mak berbakti kepada orang tua mak dulu.. sekarang Allah balas pula kepada mak melalui saya..."

Tiada apa yang lebih 'menenangkan perasaan' ana selain dapat mengimamkan solat dengan mak... membaca Al-Quran dengan mak...
satu hari nanti, dengan siapa pula saya ingin membaca tafsir Al-Quran.. ?

Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani...
Rahmatilah dan berkatilah kedua ibubapaku.

*'jagalah hati Ibu dan ayah.. hiburkan mereka dengan agama/akhlakmu kerana mereka tidak melihat wang ringgitmu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For InginTahuProfil   Hantar PM kepada InginTahu   Quote dan BalasQuote

nuraisha
WARGA SETIA
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching

Sarawak  


posticon Posting pada: 25-08-06 16:53


sayang ma dan abah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraishaProfil   Hantar PM kepada nuraisha   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 02-09-08 15:11


air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya

ibu wanita yang teristimewa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115837 saat. Lajunya....