Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 256
Ahli: 0
Jumlah: 256




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: Remaja..............


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Remaja..............

Please Mendaftar To Post


Oleh Remaja..............

Saff-one
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7134
Posting: 43
Dari: Kuala Pilah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-08-06 08:28


Bercakap pasal remaja pasti semua orang tahu. permasalah remaja kini cukup merunsingkan semua pihak. kini kita lihat remaja semakin hilang jati diri, jiwa mereka kosong dan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara. di manakah silapnya. ramai masyarakat sekeliling terutamanya para ibubapa terus menunding jari ke arah guru-guru. adakah ini salah guru seratus peratus. siapakah sebenarnya orang yang paling rapat dengan remaja.
ibubapa hanya tahu menyalahkan satu-satu pihak sahaja tanpa memikirkan dan mengimbas kembali apakah sumbangn mereka, apakah cukup setakat memberi material kepada anak2, apakah dengan menuruti segala kehendak anak2 mampu mendisiplinkan mereka. di manakah silapnya...... renungkanlah para remaja sekalian. guru hanya pembimbing disekolah. semuanya pokok pangkalnya dan asasnya mesti bermula dari rumah. bukan dari sekolah. bagaiman seorang guru mampu menjaga 40 orang pelajar sedangkan ada ibubapa yang tak mampu menjaga walau seorang nak pun. wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Saff-oneProfil   Hantar PM kepada Saff-one   Pergi ke Saff-one's Website   Quote dan BalasQuote

illitasnim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21574
Posting: 38
Dari: Perak

qatar  


posticon Posting pada: 24-08-06 09:48


Assalamualaikum...Ana pernah pergi ke satu seminar tentang isu kecelaruan diri remaja ini.Pembentangan dalam seminar tu sedikit sebanyak membuatkan ana terfikir yang sebenarnya masyarakat tak patut nak terus salahkan remaja.Yang sebenarnya orang-orang dewasa sendiri yang merosakkan remaja..Paling ketara cuba tengok siapa yang membuat filem2 yang tak bermoral dalam negara kita ni.Novel2 jiwang dengan majalah tabloid tu,budak-budak remaja ke yang tulis?Siapa pulak yang dok organise konsert2 yang menyakitkan mata tu?Bukanlah semua orang dewasa yang bersalh,sebab ramai juga yang bermati-matian cuba selamatkan remaja yang sedang lena ni...Kesimpulannya terpulanglah kepada remaja sendiri,Allah dah kurniakan akal dan mata hati kepada kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For illitasnimProfil   Hantar PM kepada illitasnim   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-09-06 18:18


dalam isu ini, semuanya patut disalahkan. malah kita sebagai forumer pun boleh disalahkan. cuba kenang kembali apa yang kita dah buat selama ini? dimanakah arah remaja kita sekarang ini? dan apa peranan kita selama ini? hanya duduk didepan pc dan memberikan komen kepada rakan-rakan yang lain? cuba kita lihat isu-isu yang dibawa dalam jejak remaja. berapa banyak isu bercinta dan berkapel ini? bukalah mana-mana saja forum, semuanya sama saja. bagi pendapat bukan main hebat, mengalahkan kaunselor namun habuk pun tak ada. fikirkan sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

hidayah_grasio
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 17:03


Assalamualaikum

Masalah ini, dimana mana sahaja sama... Di singapura ataupun di malaysia... Tak boleh lah kita salahkan para guru ataupun ibu bapa kita.. kerana pengaruh di luar amatlah besar sekali... Selalu, ibu, bapa, ahli keluarga yang lebih matang dalam hukum agama, dan juga guru guru, telah menitik beratkan hukum agama terhadap semua golongan... Tapi, masih sama jua... Nampak sangat, pengaruh di luar, memberi mereka dorongan untuk melakukan maksiat...

Yang hulurkan pendapat,
remaja singapura

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayah_grasioProfil   Hantar PM kepada hidayah_grasio   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-09-06 19:07


saya setuju dengan semua komen kat atas....guru dipersalahkan......ibu bapa meletakkan tanggungjawab mendidik anak mereka 100% ke atas guru..lepas tangan...kadang-kadang kita pun lupa peranan kita...tahu memberi komen tapi tak jalankan tanggungjawab nak betulkan keadaan....tapi sekarang kita tak boleh pandang remaja saja bermasalah....kanak-kanak pun dah bermasalah...masalah sama dengan para remaja....pengalaman saya buat SBE baru-baru ni kat sebuah sek ren di kuala terganu memang betul-betul buatkan saya betul-betul terperanjat dan muhasabah diri sendiri...murid darjah 5 dah pandai hisap rokok...mula hisap darjah 2...dalam kelas tu macam seorang saja yang tak hisap...bukan hisap rokok saja, vcd lucah pun tengok...lagi satu kisah...pelajar mempratikkan apa yang mereka tonton pada itik sampai itik tersebut mati...cuba anda bayangkan, ini baru sek rendah, macam mana dengan sek men pula....semakin menjadi2 sekarang masalah keruntuhan moral di kalangan pelajar.....hal ni membuatkan saya betul-betul sedih dan macam mana perkara ni pada 10 tahun akan datang...zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu...saya cakap dari konteks seorang guru...sebab saya bakal pendidik...memang betul-betul risau dengan keadaan sekarang...tugas guru semakin mencabar dari tahun ke tahun...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100467 saat. Lajunya....