Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-01-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 48 hari yang lalu
Muslim1987: 55 hari yang lalu


Petua Warisan
Topik: TIPS BERHENTI MEROKOK


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Petua Warisan
    »» TIPS BERHENTI MEROKOK

Please Mendaftar To Post


Oleh TIPS BERHENTI MEROKOK

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 09:49


1.Keazaman yang kuat - Tetapkan hari permulaan berhenti merokok. Buang semua rokok, produk tembakau, tempat habuk rokok, sama ada di rumah, kereta dan tempat kerja. Apabila berhenti merokok, jangan hisap, malah menhidu asap pun tidak boleh.

2.Sokongan dan galakan - Beritahu ahli keluarga, rakan dan kakitangan sepejabat bahawa anda berhenti merokok dan memerlukan sokongan mereka. Minta mereka tidak merokok dan meninggalkan rokok berdekatan anda.

3.Belajar kemahiran berhenti merokok:

- Cuba elakkan diri berfikir mengenai rokok. Bercakap dengan seseorang, pergi berjalan dan sibukkan diri dengan sesuatu tugas.

- Ubah rutin apabila kali pertama berhenti merokok. Gunakan laluan baru ke tempat kerja, Minum teh menggantikan kopi dan bersarapan di tempat baru.

- Lakukan sesuatu untuk mengurangkan tekanan seperti mandi air panas, bersenam dan membaca.

- Rancangkan sesuatu yang boleh menggembirakan hati setiap hari

- Banyakkan minum air.

4.Dapatkan ubat-ubatan dan gunakan dengan betul. Penyedut nikotin, penyembur hidung nikotin dan penampal nikotin yang diperolehi dengan preskripsi serta gula-gula nikotin boleh membantu berhenti merokok.

5.Bersedia untuk saat sukar atau kembali merokok. Jangan kecewa dan putus asa apabila anda merokok semula. Ingat kerana ramai yang berjaya selepas beberapa kali mencuba. Jauhi alkohol dan perokok lain.

KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN APABILA BERHENTI MEROKOK

20 minit - Tekanan darah dan denyutan nadi turun ke kadar biasa. Suhu kaki dan tangan kembali biasa.

8 jam - Kadar karbon monoksida dan oksigen dalam darah menurun kepada biasa.

24 jam - Peluang mendapat sakit jantung menurun.

48 jam - Sel saraf kembali berkembang. Deria bau dan rasa bertambah baik.

2 minggu hingga 3 bulan - Pengaliran darah bertambah baik. Lebih mudah berjalan. Fungsi paru-paru meningkat 30 peratus.

1 bulan hingga 9 bulan - Batuk, sinus, keletihan dan sesak berkurangan. Cilia (rerambut halus) dalam paru-paru tumbuh semula untuk menangani masalah lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.

1 tahun - Risiko penyakit arteri koronari menurun 50 peratus berbanding perokok.

5 tahun - Kadar kematian akibat kanser paru-paru menurun. Risiko mendapat angin ahmar sama seperti bukan perokok. Risiko mendapat kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas menurun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 20:37


katakan tak hendak!!!!!!!! :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

sahabat83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2005
Ahli No: 15922
Posting: 151
Dari: skpc(1)-sesma-ikip3-upm-cosmopoinkb

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 14:35


KATAKAN TAK NAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat83Profil   Hantar PM kepada sahabat83   Quote dan BalasQuote

Riyadhfannil
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 19:03


KATAKAN TAK SELERA DENGAN ROKOK!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RiyadhfannilProfil   Hantar PM kepada Riyadhfannil   Pergi ke Riyadhfannil's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 20:53


sebenarnya,biasanya Kalau perokok2 ni, banyak alasan yang dia cari untuk terus merokok. kita bagi fatwa yang mengharamkan rokok, dia cari fatwa2 yang mengharuskan rokok. Kalau saya nasihat studen saya senang saja... minta mereka fikir terlalu baik ke pencipta rokok yang dari kalangan kafir tu untuk tidak menipu bahan-bahan yang terkandung dalam rokok.entah2, ada diletakkan bahan-bahan haram yang kita tak tahu...kepada yang merokok tu, Kalau cinta kan islam... udah-udahla merokok. buat apa nak support dana orang kafir yang dah besar tuu. hari ni lubnan, sok tah negara islam mana lagi yang dapat dihancurkan dengan duit dari jualan rokok tuu... siapa tahu??
Kalau betul cintakan islam, buktikan dengan langkah pertama :stop merokok!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 22:03


Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancamkan kehidupan kita. Apa saja yang dimasukkan ke dalam tubuh dan uratsaraf kita hendaklah yang baik, bersih dan yang menjaminkan keselamatan jasmani, akal dan rohani kita. Tabiat merokok yang diamalkan denagn cara menyedut madat masuk ke dalam badan kita adalah satu tabiat yang merosak dan mengancamkan diri kita. Oleh itu berhentilah merokok. Allah berfirman dengan maksud menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk. (Al-A'raf: 157)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 22:16


nak share pengalaman saya...huhuhuh.saya dulu smoke jugak.start sentuh rokok dr darjah 6 lagi.hehehe.ganaz tak saya. tapi takla heavy smoker.sampai form 3 saya berenti dalam 2 bulan.then terpengaruh balik dengan kawan...sampailah saya tamat diploma saya terus berenti merokok sampai sekarang.. ALHAMDULILLAH...duit pun tak habis..badan pun rasa sihat.


tips2 yang saya praktikan:

1. makan gula2 selepas makan nasi.

2. jangan fikir pasal rokok.

3. jangan bergaul dengan orang yang merokok..berkawan tak mengapa

4. makan banyak buah-buahan.

5. minum ayaq masak banyak2

6. cuba buat bajet kewangan anda..sure tak cukup kalau isap rokok.

7. ingatlah rokok ni semua senjata yahudi laknatullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-08-06 22:24


makan rokok banyak2 :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 18:13


:) ni.. kawan saya.. dari pengalaman dia.. benti merokok..

satu hari.. dia pergi satu majlis ilmu.. kat situ.. dia dapat tau.. ustaz tu cakap.. merokok tu.. hukumnya makruh.. perkara makruh.. perkara yang dibenci Allah.. lepas itu.. ustaz bagitahu lagi.. Kalau kita rokok, melemahkan umat islam.. satu agenda pihak kuffar untuk memperalatkan orang Islam..

jadi.. dia balik.. fikir2.. dia rasa takut.. erm.. Kenapa nak merokok.. Kalau itu boleh melemahkan umat islam.. sejak tula.. dia benti merokok dengan tanamkan rasa takut atas kemurkaan Allah..

wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 18:51


begini...kalau yang nak suruh berhenti merokok tu abang, ambil sebatang rokok dia, buka kat bahagian kertas putih tu, letak tahi ayam yang warna coklat tu, lepas itu gamkan balik...then, bagi dia hisap...gerenti dia muntah hijau punya lah....
:-di
hehe...ni ana tengok pak sedara ana buat time nak bagi anak murid dia bhenti hisap rokok..... :-di



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

ratu_assayyidah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.08.2005
Ahli No: 18436
Posting: 23
Dari: Kuala Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 19:24


rokok bukannya sdap pun...tak best langsung...
beli mkanan lagi kenyang...sdap pula tu..
sblom hisap rokok,cuba bndingkn rokok tu dengan mknan...hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratu_assayyidahProfil   Hantar PM kepada ratu_assayyidah   Quote dan BalasQuote

al-annaz
Warga Rasmi
Menyertai: 22.08.2006
Ahli No: 25974
Posting: 4

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-06 20:27


terima kasih. ana akan cuba

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-annazProfil   Hantar PM kepada al-annaz   Quote dan BalasQuote

IbnuJabal
Warga Rasmi
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34583
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-08-08 21:46


Ni teknik saya guna , anda merokoklah 1 karton sehari tapi tak ketagih!!

Caranya "anda kena set kat kepala yang anda isap rokok ini suka-suka dan anda boleh berenti pada bila-bila masa dan akan berenti pada bila-bila masa"

Hasilnya saya merokok bila rasa macam nak meroko, bosan ke, tak ada kerja ke , kadang-kadang syok juga main dengan asap ini. hahaha tapi kalau tak ada rokok pun ok juga , tak istilah "menahan diri" sebab saya isap rokok pun bukan kerana nafsu , ala macam you petik lighter , you rasa bernafsu ke? seronok? main-main saja kan?? macam tu lah .

Bookmark and Share

    


  Member Information For IbnuJabalProfil   Hantar PM kepada IbnuJabal   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-08-08 11:57


alhamdulillah saya hampir 6 tahun telah berhenti merokok. apapun semuanya terletak pada hati dan keazaman diri kita yang mahu berhenti.yang penting niat ikhlas kerana allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-08-08 12:56


semalam tak beli rokok..mkannya hari ni tak mrokokla....sj2 saja test power merokok...ehehe...jangan merokok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-09-08 15:51


org yang xmerokok senang cakap suruh brenti2,,,,,tapi yang nak berhenti dan da ketagih ni ha,,bukan senang......sabar saja lah...lah lah lah lah lah lah lah lah lah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 08-09-08 08:54


Pada 22-08-08 21:46 , IbnuJabal posting:

!!! QUOTE !!!

Ni teknik saya guna , anda merokoklah 1 karton sehari tapi tak ketagih!!

Caranya "anda kena set kat kepala yang anda isap rokok ini suka-suka dan anda boleh berenti pada bila-bila masa dan akan berenti pada bila-bila masa"

Hasilnya saya merokok bila rasa macam nak meroko, bosan ke, tak ada kerja ke , kadang-kadang syok juga main dengan asap ini. hahaha tapi kalau tak ada rokok pun ok juga , tak istilah "menahan diri" sebab saya isap rokok pun bukan kerana nafsu , ala macam you petik lighter , you rasa bernafsu ke? seronok? main-main saja kan?? macam tu lah .


biar betul 1 karton sehari. 2 dah membunuh diri dalam senyap tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 13:49


Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.

Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok sama ada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

http://drmaza.com/home/?p=468


p/s: malas buka topik baru.hehe..sini saja lah den nak kongsi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-08 18:31


katakan tak nak pada rokok!ini pengalaman kawan saya, bagi sesetengah perokok, merokok ada lah pencetus idea..nak tau kebenarannya kenalah tanya pada perokok...hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-10-08 22:23


seperti biasa tugas doktor dan nurse akan buat round wad setiap pagi....sampai lah kat seorang patien ni tengak tak ray lung dia punya lah teruk di sebabkan dia dulunya seoarang perokok yang tegar...
ni dialognya

Doktor : Pak Cik, peparu dah rosak ni....sebab pak cik merokok(doktor sambil geleng kepala)

Pesakit : Doktor, saya rela mati dari berhenti merokok (dengan angkuh nya sambil mengetuk cardic table depan doktor)

Doktor : doktor hanya tersenyum dan terdiam...

Tidak berapa lama selepas itu, nurse menjumpai pesakit itu terbaring di dalam tandas sambil memegang rokok di tangannya...hrmmmm...patut lah bau busuk asap rokok... :jangan:
pesakit di sah kan meninggal...


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-10-08 02:51


.. sehari sekotak Dunhill 14 RM6.50.. kadang 2 kotak.. sebulan.. fuhh.. kopak beb.. nak hisap rokok seludup tak tahan.. sakit tekak.. walaupun harga RM2.40.. nak hisap rokok daun pun tak tahan juga.. 30x6.50 = "total lost" perbelanjaan aku.. adehh:lol:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 27-10-08 11:25


Bercakap pasal smoking, kirenya ia cerita indah zaman persekolahan. Saya dulu tinggal di sekolah berasrama penuh. Jadi supply rokok agak terbatas. Sebatang rokok kongsi 3 orang pun boleh, tong tong @share. Dengan merokok dapat ramai kawan, mengeratkan persahabatan, erti setia kawan lah kononnya.

Selepas habis sekolah sebelum masuk ke universiti, tinggal di asrama pekerja. Masa tu dah start hisap 1 kotak sehari. Sampailah masuk ke universiti.

Saya betul-betul terasa fitness saya drop. Nak main bola, ragbi pancit... tak ada nafas.Beberapa kali saya cuba berhenti tapi tak berjaya. akhirnya saya bernazar (jika dapat sesuatu) untuk berhenti merokok. Apa yang saya idamkan berjaya, dan saya perlulah menunaikan nazar saya. Alhamdulillah sudah hampir 10 tahun ia berlalu.

Kesimpulannya, dorongan ruhiyah lebih kuat dari apa-apa dorongan lain. Selamat Berhenti Merokok.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-08 11:42


Erm .. kbanyakn kawan-kawan perempuan Wawa smoke sebab nak kuruskan badan .. Erm, 2 cara paling mudah lah agaknya .. :-)

dan .. Ni fakta, adik leleki Wawa berhenti merokok sebab kawan perempuan dia .. Aduhai .. tangkap syahdu Guwe .. Wawa setuju kita kena ada dorongan ruhiyyah untuk buat sesuatu .. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 30-10-08 15:53


salam a'laik..

owh.. shukran rimbabara.. ana ini seorang perokok tegar.. ana memang nak berhenti merokok.. insya-Allah ana akan amalkan tips2 kat atas tu ek... shukran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10346 saat. Lajunya....