Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Rawatan Alternatif
Topik: Tangas, baik untuk kesihatan


Carian Forum

Moderator: Administrator, Prof_Muslim
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Alternatif
    »» Tangas, baik untuk kesihatan

Please Mendaftar To Post


Oleh Tangas, baik untuk kesihatan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 09:41


WALAU moden sekalipun, ada sesetengah amalan tradisi yang tidak boleh dipinggirkan begitu saja, apatah lagi jika amalan itu terbukti terkesan dalam membantu penjagaan kesihatan tubuh.




Contohnya bertangas, iaitu amalan memanaskan badan dengan wap atau mandi wap. Ia adalah satu daripada amalan tradisi yang biasanya dilakukan oleh wanita kerana tangas dan golongan itu begitu intim.

Secara konsepnya, tangas tidak jauh bezanya dengan sauna. Justeru, bukan saja orang Melayu yang tahu mengenai tangas, sebaliknya ia turut popular dalam budaya masyarakat Hawaii, Turki dan Jepun.

Tujuan bertangas ialah untuk mengeluarkan peluh, tetapi bagi orang Melayu amalan bertangas berbeza dengan masyarakat lain.

Amalan tangas orang Melayu lebih banyak bersandarkan kepada herba dan rempah ratus berbanding dengan amalan dalam budaya lain yang menggunakan air dari gunung berapi atau batu gunung berapi.

Pengurus Pusat Rawatan dan Kesihatan Nona Roguy, Taman Tun Dr Ismail, Sairani Mohd Sa’ad, berkata tangas atau dikenali sebagai ukup sebenarnya amalan yang diwarisi sejak dahulu kala.

Beliau berkata, tangas adalah amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh badan dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bahagian sulit semata-mata.

“Satu ketika dahulu tangas banyak diamalkan oleh golongan pembesar, puteri, permaisuri dan keluarga diraja sebelum dikomersialkan sehingga kini popular untuk semua golongan. Malah tangas turut menjadi pilihan penjagaan kesihatan orang bukan Melayu,” katanya.

Apa keistimewaan bertangas? Sairani berkata, tangas bukan saja bagus untuk rawatan wanita selepas bersalin malah baik untuk lelaki dan wanita biasa yang ingin mengekalkan kesihatan tubuh badan.

“Amalan bertangas dilakukan antara 15 hingga 30 minit untuk satu sesi. Sebaiknya, lakukan tiga minggu sekali atau setiap hari bergantung pada tujuan bertangas. Apapun, mereka yang bertangas seharusnya banyak minum air,” katanya.

Dalam bertangas ramuan herba dan rempah ratus yang dipilih (mengikut jenis tangas) akan direbus atau dikisar halus. Bahan itu kemudian diletakkan dalam periuk tanah. Turut diletakkan di dalam periuk itu ialah sebiji batu sungai yang sudah dipanaskan selama 10 minit.

“Kemudian, periuk tanah yang berisi bahan tangas diletakkan di atas dapur tanah kecil sebelum ditutup dengan kerusi khas. Mereka yang melakukan tangas akan duduk di atas kerusi itu antara 15 hingga 30 minit,” katanya.

Biasanya kata Sairani, jika membabitkan tangas wangi, tubuh akan dibalut dengan kain cindai ketika bertangas. Tetapi jika membabitkan tangas rempah atau kering, biasanya tubuh dibalut dengan tikar pandan atau mengkuang.

“Dalam amalan tangas moden hari ini, walaupun bahan-bahannya masih berasaskan resepi tradisi tetapi amalan membalut tubuh dengan tikar mengkuang atau tikar pandan tidak begitu diamalkan kecuali untuk tangas wangi yang masih menggunakan kain cindai.

“Biasanya orang lebih gemar guna beg sauna saja untuk bertangas,” katanya.

Bagaimanapun, kata Sairani, perubahan medium itu tidak sama sekali mengubah keberkesanan bertangas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077223 saat. Lajunya....