Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita seringkali melihat bagaimana jemaah-jemaah haji mengikuti kursus-kursus yang diadakan sebagai persiapan untuk menempuhi suasana haji yang sebenar, begitu juga dengan pelajar-pelajar yang akan menempuhi peperiksaan, dilatih dengan pelbagai tuisyen dan kelas tambahan untuk menempuhi peperiksaan, maka kehidupan akhirat dan peperiksaan di padang mahsyar lebih patut lagi diadakan kursus persediaan dan kelas tuisyennya yang tersendiri..Persediannya ialah iman serta amalan soleh dan kelas tuisyennya ialah majlis-majlis ilmu.
-- Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 269
Ahli: 0
Jumlah: 269




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: **hati-hati bila melawat orang meninggal**


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» **hati-hati bila melawat orang meninggal**

Please Mendaftar To Post


Oleh **hati-hati bila melawat orang meninggal**

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 08:32


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah...
Beringat sebelum kena... ingatlah orang tersayang.... please take note of
this for our on good.... orang tua-tua used to say.... bila balik from
melawat orang meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar
baru tegur anak2 dirumah.
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi
perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,
tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula
menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu.
Saya
bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi
dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang
agak
berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat
saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga
memang
tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki
tersebut.
Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak
gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap
panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang.
Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah
perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya
tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man
tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun
dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air
lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan
syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang
pada
bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh
orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya
terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal
pada
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. dengan izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya
yang
sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang
diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang
disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi
saya
(dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti
kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang
dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian
datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air
lebihan
mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan
air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man
(tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan
bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu
yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku
pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man
meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik
Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan
bayi
saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi
saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin
yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama
terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang
terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan
ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang
ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada
saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga
yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari
ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk
bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan
itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu
terjadi kepada bayi saya.
Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga
berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba
sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur
kerana bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik
Man
sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari
alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke
alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang
papannya
sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran,
tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang
kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan
rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat
untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih
dan
saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup)
dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah
meninggal.
Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan
ikhtibar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

cahaya_87
Warga Rasmi
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25601
Posting: 14
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-08-06 08:54


baru saya tahu..... dan saya anggap cerita ini sebagai satu pengajaran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_87Profil   Hantar PM kepada cahaya_87   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-08-06 09:09


Masya Allah...dapat memberi iktibar sungguh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 10-08-06 09:19


syukran for the info

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 10-08-06 10:13


hm..banyak beri pengajaran...syukran jazilan!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 10:16


em...xthu pun.syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 10:27


ni cerita betul ke cerita mitos ni??ataupun ni cerita menipu atas nama Allah?buat ayat sedih sikit dah percaya...

melawat orang mati supaya ambil pengajaran agar yang hidup ni sentiasa mengingat akan kematian.supaya tak leka dengan kehidupan dunia.supaya sentiasa bertaubat agar tidak mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat kepada Allah.

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 10-08-06 10:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 10:36


ada tak ayat2 AL-QURAN atau/dan hadis yang terangkan tentang badi mayat ni?saya pernah dengar dulu tapi tak ambil kisah sangat.memang lepas melawat jenazah tu digalakkan mandi tapi untuk bersihkan badan dan hlangkan bau kapur barus yang mungkin melekat kat badan.
jangan disebabkan cerita ni,orang menjadi lebih takut untuk melawat jenazah.bagaimana "perempuan tua" tu "menumpang" pada bayi?saya rasa lagi elok kalau ada orang yang boleh terangkan hal melawat jenazah ni berpandukan AL-QURAN atau/dan hadis..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

mardhoti
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.07.2005
Ahli No: 17396
Posting: 201
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-08-06 10:50


boleh dijadikan iktibar dan tauladan kepada semua :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mardhotiProfil   Hantar PM kepada mardhoti   Pergi ke mardhoti's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103419 saat. Lajunya....