Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 192
Ahli: 0
Jumlah: 192




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Rintihan Al Quran


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Rintihan Al Quran

Please Mendaftar To Post


Oleh Rintihan Al Quran

persinggahan_terakhir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1584
Posting: 89
Dari: selangor

Johor  


posticon Posting pada: 20-08-03 23:04


pulanglah pada Tuhan..
Assalamualaikum WBt..

Ikhwan dan akhwat sekalian.. marilah sama-sama renungi.. Seandainya Al-Quran boleh berkata-kata.. mungkin inilah rintihannya..

Apabila Al quran Berkata..

Waktu engkau masih kanak-kanak...kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh.. dalam keadaan suci, Aku kau pegang, Aku kau junjung dan kau pelajari, Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari. Setelah selesai engkau menciumku mesra..

Sekarang engkau telah dewasa... Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......

Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan

Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam sendirian kesepian. Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau...

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau abaikan dan engkau lupakan... Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu..Mengasyikkan..

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di komputermu pun kau putar muzik favoritemu.. Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran televisyen..
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk..Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah..

Waktupun cepat berlalu... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu.. Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku..

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu.. Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.. Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggu mu... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu..

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan..
Yang akan membantu engkau membela diri, Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku....Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....

Wallahu Taala a'lam




Bookmark and Share

    


  Member Information For persinggahan_terakhirProfil   Hantar PM kepada persinggahan_terakhir   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 23-08-03 11:40


thanks atas artikel diatas..

-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-03 02:47


Assalamualaikum

Cantik ayat2 dia. Boleh mendatangkan keinsafan dan patut disebarkan artikel ini.

Memang banyak benarnya rintihan diatas. Dia dalam kubur tika kita disoal, ayat2 suci al Quran lah yang akan membantu kita. Kalau kita sering mengamal dan memeliharanya, nescaya Ia akan turut memelihara kita.

Satu Peristiwa..
Apabila sampai satu masa kita akan digeruni dengan malaikat2, dan kita merintih2 meminta bantuan. Hanya ayat suci al Quran yang akan ingat dan cuba membantu kita. Jika diamalkan surah Al Mulk dan dibaca setiap kali sebelum tidur, nescaya ia akan datang membantu kita sambil berkata

Dahulu dia pernah membaca dan mengamalkanku. Sesungguhnya aku telah ditakdirkan untuk membantunya. Sekiranya aku tidak boleh berbuat demikian, keluarkanlah aku daripada Al Quran. Itulah apa yang bakal diucapkan Surah Al Mulk kepada Allah demi menyelamatkan pengamalnya. Itu baru satu surah, belum tengok surah lain lagi. Subhanallah.. Maha suci Allah kan...

Sekali kita cuba menjuhi diri daripada Al Quran, berganda2 Al Quran akan menjauhkan dirinya dari kita. Kerana Al Quran di ibaratkan seperti unta liar yang diikat. Pantang leka sedikit, pasti ianya akan pergi. Untuk mengejar Ia kembali, bukanlah satu perkara mudah.

Besarnya fadhilat Al Quran. Kalau kita tahu menjaganya, pasti kita akan sentiaa bernaung di bawah ketenangan. Seandainya kita lupa padanya, AL Quran akan melaknat kita. Laknat beb! Bukan perkara ringan.

Peliharalah Al Quran, jangan sampai Ia melaknat kita, Nauzubillah.

p/s: mendekatkan diri dengan Allah juga. Selangkah aku menuju Mu, Seribu langkah Kau menghampiriku. Ya Allah..

-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088902 saat. Lajunya....