Oleh |
Kenapa hiburan banyak merosakkan wanita islam?? |
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 06-08-06 13:45
assalamualaikum.. macam-macam NGO di malaysia yang memperjuangkan pelbagai isu-isu feminisme tetapi kita lihat hari demi hari remaja wanita di malaysia semakin teruk akhlak mereka..... golongan artis/hiburan dan wanita seperti tidak boleh dipisahkan...Kenapa ye??? yang undi peserta2 AF majoritinya wanita.... yang duduk bersidai depan tv tengok melodi,drama korea,latin majoriti wanita... yang pergi beli majalah2 hiburan seperti mangga,urtv dan lain2..majoritinya wanita... yang dengar radio era.fm,hitz.fm..pun ramainya wanita.. apa ke halnya ni??.. pendek kata konsentrasi wanita terhadap hiburan begitu tinggi... memang cantik perancangan musuh2 islam untuk menghancurkan islam... mereka gunakan hiburan untuk menjauhkan kita dari islam... dan mangsa utama adalah wanita/remaja islam.... setiap hari wanita islam di'dakwahi' dengan kemungkaran.. rancangan hiburan tv mendakwahi... majalah2 hiburan dibaca dengan penuh seronok(tak pulak seronok kalau suruh baca quran)... lagu2 artis diperdengarkan di telinga2 pelbagai 'mesej dakwah' aktivit2 hujung minggu pula penuh dengan 'program-program dakwah' yang menambahkan lagi bekalan 'amalan'mereka seperti dating dengan pakwe,keluar tengok wayang,pergi ke disko,tengok konsert artis...antara 'program2 dakwah' yang besar yang mereka jarang miss ialah konsert jomheboh dan konsert AF kat TV... banyak juga masa dan duit mereka dilaburkan kepada 'jalan dakwah' mereka ini...demi untuk memastikan mereka tetap berada pada 'jalan dakwah'....kenalah berkorban banyak sikit... memang mereka mengaku al-quran itu kitab mereka dan rasulullah ikutan mereka...tapi CARA HIDUP mereka tak membuktikan kata-kata mereka.... perangai artis jadi ikutan...majalah hiburan2 dan lagu2 artis setiap hari dibaca dan didengari.....so apakah betul pengakuan mereka ini??? 'sunnah-sunnah' artis lebih mereka banggakan dari sunnah2 rasul?? lagu2 hiburan yang sering didengari berbanding ayat2 quran?? apa semua ni?? nasihat ini untuk kita semua.bukan sahaja wanita tetapi lelaki pun turut sama... namun,kerosakan akhlak wanita dan lemasnya mereka dalam dunia hiburan semakin parah...... diharap muslimah2 dan ustazah2 bantulah golongan wanita....hulurkan tangan..
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 06-08-06 14:09
kami di pihak lelaki sangat mengharapkan kemunculan satu generasi muslimah solehah... tiada gunanya kecemerlangan wanita islam dalam pelajaran2 mereka di universiti tanpa diiringi kecemerlangan mereka terhadap pegangan islam.. apalah gunanya kecemerlangan wanita dalam kerjaya masing-masing tapi gagal memberikan pendidikan islam secara bersungguh2 terhadap anak2 mereka..... apalah manfaatnya menjadi wanita yang hebat,diiktiraf pelbagai organisasi tetapi tidak mampu berpegang teguh kepada ajaran islam.....
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 06-08-06 17:24
hiburan &wanita sukar dipisahkan...
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 06-08-06 17:42
 ..... Firman ALLAH dalam Al-Quran..." Arrijalu qawwamuna ala nisa"..lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita.... Tiada gunanya bercakap mengenai kaum wanita yang rosak akhlak dan sebagainya tanpa adanya inisiatif membantu mereka.....dan jangan lupa....yang ramai membawa wanita ke lembah kehancuran adalah lelaki.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
daei_fi_islam
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24248
Posting: 98
Dari: johor
|
Posting pada: 06-08-06 18:08
salam...inilah yang akan terjadi sekiranya hidup kita semakin jauh dari alquran dan sunnah rasulullah...ana sebagai salah seorang pelajar ipt pun merasakan bahang kerosakkan akhlak di kalangan pelajar2 perempuan di ipt...jika dilihat keaadan sesetengah dari mereka, ana tidak yakin bagaimanakah keadaan generasi akan datang yang akan dilahirkan oleh mereka...tapi ana tidak mengatakan akhlak student perempuan saja yang semakin teruk, akhlak student lelaki pun sama saja...apakah ini tanda-tanda akhir zaman yang disebut oleh rasulullah?..jika benar, marilah kita berdoa semoga tidak termasuk dalam golongan tersebut...WANITA ADALAH HIASAN DUNIA, SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH...
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 06-08-06 18:14
tulisan ini sendiri adalah salah satu usaha kecil untuk membantu wanita... salah satu usaha yang mampu dilakukan untuk bantu wanita ialah antaranya menulis artikel2...dan ini bukan satu2nya usaha yang dilakukan.....banyak lagi usaha lain....antaranya buat ceramah di surau2,buat program motivasi di ipt,di sekolah2...memang banyaklah peranan kaum laki dalam membantu wanita...ustaz hasrizal,ustaz zaharudin abdul rahman,dr fadilah kamsah,JIM sendiri ada sayap wanitanya,dalam PAS sendiri ada sayap wanita &remaja wanita....semua pihak sedang berusaha sebenarnya.....semua pihak sedang memperingatkan antara satu sama lain sebenarnya....
|
pisst16
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.12.2005 Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah
|
Posting pada: 06-08-06 18:31
assalamualaikum masalah ini saya anggap berlaku kepada wanita dan lelaki.. tidak terhad hanya kepada wanita.. pernah kah kita tengok artis lelaki kita sekarang telah berani untuk mengenakan subang... yes,benda ini berlaku... tetapi yang lebih banyak kearah hiburan adalah golongan wanita.. wanita Allah kurniakan 9 nafsu dan 1 akal.. dan lelaki pulak Allah kurniakan 1 nafsu dan 9 akal.. penciptaan lelaki dan wanita adalah saling melengkapi.. menjadi tanggungjawab lelaki yang bergelar suami atau bapa atau anak .. untuk menegur secara berhemah kepada wanita bergelar isteri,ibu atau anak... begitu jugak sebaliknya... sebenarnya tak salah kita berhibur.. saidina ali pun pernah berkata "berhiburlah kamu..takut2 nanti hati kamu akan menjadi beku" tapi hiburan yang macam mana yang perlu kita hayati.. hiburan yang menenangkan jiwa dan daapt mendekatkan diri kepada Alllah... peranan semua sebenarnya... marilah kita menbentuk generasi Rabbani.. generasi yang bukan sahaja kenal tuhan tapi betul-betul takut dengan tuhan dengan melaksanakan perintah tuhan.
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 06-08-06 19:17
wanita solehah tunjang kepada pembentukan keluarga islami
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 06-08-06 19:27
Salah satu cara zionis untuk menghancurkan umat Islam adalah dengan merosakkan wanita islam dengan fesyen dan hiburan..Kalau dah emak nya rosak takkan lah anak nya boleh jadi Imam atau mufti..(petikan daripada forum bicara Ad-deen dekat IKIM.fm)..
|
nuraisha
WARGA SETIA Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18099
Posting: 659
Dari: kuching
|
Posting pada: 06-08-06 21:45
mungkin ni lah antara sebabnya Kenapa PENGHUNI NERAKA.....RAMAINYA IALAH WANITA apa perlu buat???? jaga diri hiasi peribadi..ingat Allah...Amal kan sunnah rasulullah wanita solehah lambang kesejahteraan ummah
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 07-08-06 10:45
jari yang dihalakan kepada wanita mengenai tuduhan ini haruslah ditunding ke arah lelaki juga. kerana lelaki pemimpin wanita. "arrijaluna qawwamuna a'lannisa' andainya kaum muslimin sekalian menunggu kemunculan generasi wanita solehah, KALIAN- para MUSLIMINlah (suami, bapa, abang, adik lelaki, anak lelaki, kawan, sahabat ) yang bertanggungjawab membentuk kami..... petikan artikel tazkirah di ipg ana: INGAT, dosa yang dilakukan oleh isteri, suami menanggungnya (sekiranya tidak mentarbiah isterinya) dosa anak perempuan, ayah menanggungnya (sekiranya tidak ditarbiyah anak perempuan itu) dosa adik perempuan, abang yang menanggungnya (sekiranya tidak ditarbiyah adik perempuannya itu) dosa kakak, adik lelaki yang menanggungnya (sekiranya tidak ditarbiyah kakaknya itu) dosa ibu, anak lelaki yang menanggungnya (sekiranya tidak ditabiyah ibunya itu)
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 07-08-06 11:44
tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia... ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
|
alKhattab
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.01.2005 Ahli No: 13471
Posting: 374
|
Posting pada: 07-08-06 11:54
apabila lelaki hilang akal ber fikir dan wanita hilang rasa malu maka akan rosaklah generasi tersebut...ana tak nafikan memang banyak kita boleh lihat kalau wanita bukan setakat hiburan, tapi soal aurat pun sama...disini ana bagi cadangan.. 1.perempuan seharusnya belajar agama sebagai perkara asas dan amalkan, jangan belajar tapi tak praktik.. 2.lepas itu jaga aurat dan fahami betul-betul batas-batas aurat 3.jangan mudah percaya kepada lelaki yang ingin menghancurkan hidupmu, kerana kata-kata lelaki memang manis mereka suka bermain cinta untuk dapatkan tubuh..ingat tu! 4.jaga akhlak! 5.janganle selalu keluar enjoy sangat, dok rumah blja masak ke apa ke lagi bagus...lagipun perempuan HARAM keluar rumah tanpa mahram! 6.dengarla nasihat ana ni...insyaallah ramai laki yang baik akan nakkan kamu...bahagia dunia akhirat..betulkan niat berubah kerana ALLAH... tak lupa juga kepada lelaki... 1.kuatkan iman dan takwa 2.blja lah ilmu agama.. 3.jangan suka rosakkan hidup perempuan.. 4.YANG PENTING...KITA SEBAGAI LELAKI...BIMBING KAUM WANITA BUKA MENGHANCURKAN HIDUP MEREKA... 5.KEMBALI TEGAKKAN SISTEM ISLAM...INSYAALLAH KITA SELAMAT WASSALAM
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 07-08-06 13:56
Pada 07-08-06 10:45 , nurhaziqah posting:!!! QUOTE !!! jari yang dihalakan kepada wanita mengenai tuduhan ini haruslah ditunding ke arah lelaki juga. kerana lelaki pemimpin wanita. "arrijaluna qawwamuna a'lannisa'
andainya kaum muslimin sekalian menunggu kemunculan generasi wanita solehah, KALIAN- para MUSLIMINlah (suami, bapa, abang, adik lelaki, anak lelaki, kawan, sahabat ) yang bertanggungjawab membentuk kami.....
petikan artikel tazkirah di ipg ana:
INGAT, dosa yang dilakukan oleh isteri, suami menanggungnya (sekiranya tidak mentarbiah isterinya) dosa anak perempuan, ayah menanggungnya (sekiranya tidak ditarbiyah anak perempuan itu) dosa adik perempuan, abang yang menanggungnya (sekiranya tidak ditarbiyah adik perempuannya itu) dosa kakak, adik lelaki yang menanggungnya (sekiranya tidak ditarbiyah kakaknya itu) dosa ibu, anak lelaki yang menanggungnya (sekiranya tidak ditabiyah ibunya itu) Bagus lah sekiranya kaum Hawa sedar bahawa perbuatan mereka ini akan memberi kesan kepada lelaki yang mereka sayangi..Oleh itu tolong lah berubah jika anda betul-betul sayang mereka.. KITA BOLEH MEMBAWA KUDA KE TEPI SUNGAI, TETAPI KITA TIDAK BOLEH MEMAKSA KUDA ITU MINUM AIR.....
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 07-08-06 14:01
tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 07-08-06 14:10
ooooooooo...........melawan ye? Kalau orang lelaki tegur,cepat saja menjawab!
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 07-08-06 14:43
Pada 07-08-06 14:01 , telekung posting:!!! QUOTE !!! tepuk sebelah tangan takkan berbunyi... betul tu....kalau wanita suka dok depan tv.....lelaki lebih suka lepak dan bersidai kat shopping kompleks... kalau hujung minggu wanita tengok sureheboh.....lelaki racing motor di malam minggu... anak gadis sibuk membeli majalah hiburan....menghabiskan duit...remaja lelaki membeli rokok.....atau lebih sedih lagi membeli dadah..... kalau wanita menjadi pelacur dan GRO di disko dan pub....siapa yang jadi bapa ayam.....dan siapa pula yang jadi pelanggan???? jesteru Kenapa keburukan wanita saja yang nampak.... tak ada pula yang pertikaikan..... dekat universiti lebih ramai pelajar perempuan... di sekolah rendah agama di bawah jawi....kalau ada 10 orang guru, ustaz hanya 2 orang..yang lain semuanya ustazah.... ----------------- Whatever Happen life still go on
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 07-08-06 14:48
lelaki2 juga haruslah menyelamatkan wanita-wanita yang mereka sayangi agar tak tergolong dalam golongan penghuni neraka.
|
diana_ADA
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.07.2005 Ahli No: 17121
Posting: 34
|
Posting pada: 07-08-06 14:53
4 lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka LELAKI Seseorang wanita itu apabila berada di yaumul akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Tazkirah ini bukan bertujuan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul 1. AYAHNYA Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 2. SUAMINYA Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya. 3. ABANGNYA Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja adik perempuan dibiar melencong dari ajaran ISLAM…tungulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 4. ANAK LELAKI Apabila anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. MAka kita lihat betapa hebat tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun taikannya hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan anda Firman ALLAH SWT “Hai anak ADAM, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia ji dan batu-batu. Saat kewafatan Baginda Junjungan kita, Muhammad SAW juga ada menyebut dan mengulang kalimah “AN-NISA†selain “AS-SOLAH†Sebagai renungan, dapatkah kita membayangkan betapa pentingnya wanita ini harus dibimbing dan dididik" bukan untuk dikutuk... ‘
|
diana_ADA
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.07.2005 Ahli No: 17121
Posting: 34
|
Posting pada: 07-08-06 14:55
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa Akalmu senipis bilahan rambut Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu Jua hatimu bak kaca yang rapuh Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh Tercipta engkau dari rusuk lelaki Bukan dari kaki untuk dialasi Bukan dari kepala untuk dijunjung Tapi dekat dibahu untuk dilindung Dekat jua di hati untuk dikasihi Engkaulah wanita hiasan duniawi Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok Jika datangnya dari kayu yang bengkok Begitulah peribadi yang dibentuk Didiklah wanita dengan keimanan Bukannya harta ataupun pujian Kelak tidak derita berharap pada yang binasa Engkaulah wanita istimewa Sedarilah insan istimewa Bahawa kelembutan bukan kelemahan Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 07-08-06 15:00
Pada 07-08-06 14:10 , fadzlyz posting:!!! QUOTE !!! ooooooooo...........melawan ye? Kalau orang lelaki tegur,cepat saja menjawab! tegurlah 'bil-hikmah' bukan 'bil-emosi'. janganlah berat sebelah dalam menangani isu ni.
|
nurkasih87
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2003 Ahli No: 3434
Posting: 133
Dari: Kemaman!..
|
Posting pada: 07-08-06 15:31
terpengaruh.. pakaian.. sengaja merosakkan diri sendiri..
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 07-08-06 15:57
Pada 06-08-06 17:42 , alexander posting:!!! QUOTE !!! .....
Firman ALLAH dalam Al-Quran..." Arrijalu qawwamuna ala nisa"..lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita....
Tiada gunanya bercakap mengenai kaum wanita yang rosak akhlak dan sebagainya tanpa adanya inisiatif membantu mereka.....dan jangan lupa....yang ramai membawa wanita ke lembah kehancuran adalah lelaki....
 ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
hamzari_y
Warga Rasmi Menyertai: 08.11.2005 Ahli No: 20241
Posting: 10
Dari: Kedah
|
Posting pada: 07-08-06 15:59
bagi saya lah kan... benda-benda ni tak boleh nak salahkan perempuan saja.. biar saja kat perempuan.... dok tunggu harap semoga ada golongan wanita solehah akan muncul..... hmmmm nak gelak pulak... pasal benda-benda ni bukan sebelah pihak saja yang harus dipertanggungjawabkan.... kalau kita lihat pada awal kemunculan Islam... macam mana Islam mengangkat martabat wanita.... siapa yang angkat tu? golongan wanita sendiri ke? tak... semua orang Islam yang menurut ajaran Islam.... kan? sebenarnya.... lebih mudah saja kita nak bercakap dari nak buat..... sesiapa boleh bercakap.... menulis apa yang nak sampaikan... tapi perbuatan? sekadar sebagai pandangan dari orang yang tak ada ilmu...
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 07-08-06 16:02
Pada 06-08-06 18:31 , pisst16 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum
masalah ini saya anggap berlaku kepada wanita dan lelaki.. tidak terhad hanya kepada wanita.. pernah kah kita tengok artis lelaki kita sekarang telah berani untuk mengenakan subang... yes,benda ini berlaku... tetapi yang lebih banyak kearah hiburan adalah golongan wanita.. wanita Allah kurniakan 9 nafsu dan 1 akal.. dan lelaki pulak Allah kurniakan 1 nafsu dan 9 akal.. penciptaan lelaki dan wanita adalah saling melengkapi.. menjadi tanggungjawab lelaki yang bergelar suami atau bapa atau anak .. untuk menegur secara berhemah kepada wanita bergelar isteri,ibu atau anak... begitu jugak sebaliknya... sebenarnya tak salah kita berhibur.. saidina ali pun pernah berkata "berhiburlah kamu..takut2 nanti hati kamu akan menjadi beku" tapi hiburan yang macam mana yang perlu kita hayati.. hiburan yang menenangkan jiwa dan daapt mendekatkan diri kepada Alllah... peranan semua sebenarnya... marilah kita menbentuk generasi Rabbani.. generasi yang bukan sahaja kenal tuhan tapi betul-betul takut dengan tuhan dengan melaksanakan perintah tuhan. saya setuju!  ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 07-08-06 16:05
tepuk dada tanyalah IMAN... ----------------- Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
|
pisst16
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.12.2005 Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah
|
Posting pada: 07-08-06 20:55
sebenarnya islam tu indah.. dalam islam dah pun ada keseniannya.. dalam islam kita ada taranum... taranum satu kesenian dalam islam.. cuma kita tak tahu dan tak mahu ambik tau.. benda ni kalau kita hayati betul-betul.. lebih baik dari muzik rock or apa saja sekarang ni.. tapi itulah manusia..
|
khalifah_85
WARGA SETIA Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 08-08-06 06:55
assalamualaikum... erm.. saya bersetuju kepada sahabat pisst16 bahawa artikel ini haruslah ditujukan kepada kedua belah pihak...bukan salah satu sahaja kerana.. keduanya saling berkait.. kalau kita ambil atau tujukan pada satu pihak sahaja maka pihak yang satu lagi akan terus berkekalan dalam keadaan demikian.. pada pandangan saya... memang di zaman sekarang ni manusia sudah tidka dapat nak lari dari hiburan,kerana hiburan berada dimana2.. kovokesyen akan ada terselit tentatif berkenaan hiburan,disekolah2 juga banyak pertandingan nyayian sama ada formal atau tidak formal..antaranya nasyid dan sebagainya... jadi bukan hiburan yang harus kita persalahkan.. namun bagaimanakah kita sebagai umat islam mengaplikasikan hiburan berlandaskan syariat... misalnya dengan lagu2 dakwah,qasyidah,zikir munajat,marhaban dan pelbagai lagi yang boleh kita lakukan.. pinjam kejap senikata nasyid "berhibur tiada salahnya,kerana hiburan itu indah,namun apabila salah memilihnya,membuat kita jadi bersalah"...jadi pandai2lah kita memilih hiburan yang baik.. kalau mengenai hiburan yang melaghakan.. ianya adalah peranan kerajaan untuk mengurangkannya.. kerana dibawah kerajaan lah permit2 hiburan dikeluarkan dan dikawal... sekiranya tiada konsert2 dan kelab2 malam dibenarkan beroperasi maka insya ALLAH tidak ramai yang akan hanyut seperti sekarang... hiburan juga antara salah satu perancangan yahudi dalam melekakan umat islam.apabila manusia sudah seronok dengan hiburan yang melalaikan,mereka akan jauh dengan ALLAH,bila jauh dengan ALLAH maka tida kekuatan bagi mereka untuk melaksanakan ibadah dan mematuhi syariat yang telah diperintahkan oleh ALLAH.. maka awasilah hiburan mu... kesimpulannya... dalam masalah ini.. banyak faktor yang menyebabkan manusia zaman kini hanyut dengan hiburan... antaranya begitu banyak penganjuran konsert2 nyanyain yang melekakan..beroperasinya pusat2 hiburan malam tanpa kawalan yang benar... dan siaran televisyen yang tertumpu banyak pada hiburan.. apabila manusia hidup dalam keadaan enviroment sebegini maka pasti mereka akan terkesan... bye lelaki mahupun wanita... sekadar pandangan... salam ukhwah dan perjuangan... wassalam..
|
jagoan05
Warga 1 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14096
Posting: 24
Dari: kedah
|
Posting pada: 08-08-06 09:31
ya..saya jugak setuju dengan PISST16..tak perlu kita arahkan benda ni hanya satu pihak saja..kedua-dua pihak pun sama..yang penting sekarang..saling tegur-menegur..betul..dalam islam pun dah ada keseniannya...marilah kita hayati kesenian dalam islam..nak atau tak nak saja
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 08-08-06 09:50
na'am, permasalahan akhlak tak boleh nak salahkan satu pihak saja. sebab wanita rosak kerana lelaki sebab lelaki rosak kerana wanita janganlah tuduh melulu saja. bukan nak kata aspek hiburan, wanita pun banyak terlibat dengan permasalahan lain terutamanya bab akhlak. begitu juga lelaki, mereka juga mengalami masalah yang sama. kita menyertai ukhwah.com untuk menambah pengetahuan, ilmu duniawi dan ukhrawi, berbincang dan memantapkan ummah, bukan bertelagah between opposite sex... bukan jua bertelagah kerana semangat kenegerian atau politik.
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 08-08-06 09:57
Pada 06-08-06 18:31 , pisst16 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum
masalah ini saya anggap berlaku kepada wanita dan lelaki.. tidak terhad hanya kepada wanita.. pernah kah kita tengok artis lelaki kita sekarang telah berani untuk mengenakan subang... yes,benda ini berlaku... tetapi yang lebih banyak kearah hiburan adalah golongan wanita.. wanita Allah kurniakan 9 nafsu dan 1 akal.. dan lelaki pulak Allah kurniakan 1 nafsu dan 9 akal.. penciptaan lelaki dan wanita adalah saling melengkapi.. menjadi tanggungjawab lelaki yang bergelar suami atau bapa atau anak .. untuk menegur secara berhemah kepada wanita bergelar isteri,ibu atau anak... begitu jugak sebaliknya... sebenarnya tak salah kita berhibur.. saidina ali pun pernah berkata "berhiburlah kamu..takut2 nanti hati kamu akan menjadi beku" tapi hiburan yang macam mana yang perlu kita hayati.. hiburan yang menenangkan jiwa dan daapt mendekatkan diri kepada Alllah... peranan semua sebenarnya... marilah kita menbentuk generasi Rabbani.. generasi yang bukan sahaja kenal tuhan tapi betul-betul takut dengan tuhan dengan melaksanakan perintah tuhan. na'am sheikh.
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-08-06 10:50
hiburan yang berlebih-lebihan.............
|
maya_sakura
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.06.2006 Ahli No: 24795
Posting: 214
Dari: gombak
|
Posting pada: 08-08-06 11:00
sekiranya berhibur sampai lupa segala2 nya..yang laki pun sama juga..bukan kaum hawa saja...wallahua'lam..
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-08-06 11:02
Hadis Ibnu Umar lah.a: Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta supaya disambungkan rambutnya, orang yang membuat tatu dan orang yang meminta supaya dibuatkan tatu Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 3965
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-08-06 11:04
Hadis Abu Hurairah lah.a katanya: Ketika penduduk Habsyah sedang bermain-main dengan tombak-tombak mereka di hadapan Rasulullah s.a.w tiba-tiba masuklah Umar bin Al-Khattab. Lalu dia mengambil batu-batu kecil untuk melontar mereka. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Biarkan mereka, wahai Umar! Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 1485
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 08-08-06 17:54
Yang penting kesedaran diri sendiri...Tak guna kalau orang lain bersungguh-sungguh nak tolong tapi diri sendiri tak nak berubah...
|
farina_haikal
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.10.2004 Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea
|
Posting pada: 08-08-06 20:47
tak salah berhibur jika kena cara dan gaya yang dibenarkan syarak..
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 08-08-06 21:43
hiburan yang merosakkan dah jadi culture dan mind-setting kebanyakan melayu-islam di malaysia.... sama juga bercouple....dah jadi culture dan mind-setting....dah jadi arus perdana satu culture dan mind-setting yang menuju kepada siratul mustaqim perlu dibina semula di malaysia....iaitu generasi rabbani...generasi yang menjadikan keredhaan allah sebagai tujuan utama dan menjadikan apa yang ada di dunia hanyalah sarana kepada tujuan tersebut.....
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 08-08-06 21:50
kita lihat bahawa,yang jadi mangsa serangan pemikiran musuh2 islam ialah kebanyakannya wanita.... ini kerana wanita berperanan sebagai ibu dan menggalas t/jawab utama dalam mendidik anak...itulah sebabnya wanita menjadi sasaran utama makar musuh2 islam... apbila ramai wanita rosak,anak2 mereka juga turut rosak lantaran kegagalan ibu mereka mendidik dengan baik(disebabkan wanita itu sendiri rosak).. .maka,lahirlah generasi baru umat islam yang serba rosak... sungguh rapi perencanaan musuh2 islam...
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 08-08-06 21:51
carilah hiburan yang mendidik jiwa untuk terus berjuang ke jlnNya... untuk mencapai keredhaanNya semata2...subhanallah... kalau nak lihat kemajuan sesuatu negara tu, lihatlah pada wanitanya...betul kan...  [ Telah diedit oleh: amira_aqilah pada 08-08-06 21:53 ]
|
pisst16
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.12.2005 Ahli No: 21458
Posting: 227
Dari: kedah
|
Posting pada: 09-08-06 09:36
assalamualaikum: seperti apa yang saya posting sebelum ini... virus ini bukan hanya kepada wanita sahaja... lelaki pun ramai... rancangan zionis sebenarnya bukan sahaja nak rosakkan wanita islam.. rancangan mereka nak merosakkan pemuda islam jugak.. pemuda islam lah yang suatu hari nanti akan memegang dan mewarisi kerajaan masing-masing.. kalau pemuda islam sekarang dah rosak.. kita dah boleh byngkan apa akan terjadi pada kerajaan suatu hari nanti.. sebenarnya kafir dah berjaya... mereka dah berjaya menarik kita jauh dari quran... pemikiran dan minda kita sekarang kepada hiburan... amat menyedihkan... ibu bapa mengasuh anak mereka mengenal artis.. tapi tidak mengasuh anak mereka mengenal tuhan dan nabi.. tanya saja kepada knk2 sekarang siapa mawi,siapa siti nurhaliza,siapa juara af4.. pasti senang untuk mereka jawab.. tapi cuba suruh mereka sebutkan 25 orang rasul yang wajib kita imani.. saya yakin..hanya segelintir sahaja... saya sebagai seorang lelaki ada tangungjawab jugak.. wanita pun begitu jugak.. kita perlu sama berganding bahu untuk solve masalah ni.. bukan masa menyalahkan satu pihak.. buakn masa menuding kearah satu pihak.. satu jari menuding kepada orang.. tiga lagi jari menuding kearah diri sendiri.. generasi rabbani ini perlu disemai kepada knk2.. janganlah bagi mereka hiburan.. knk2 ibarat kain putih..kita yang dewasa yang mencrakkannya.. jadi marilah kita sama-sama .. tak kira laki atau perempuan.. kiat kembali kepada asal usul kita.. kita kembali kepada quran.. insyaAllah ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.. dia takkan biarkan hambanya terus hanyut dan leka
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 10-08-06 10:06
Pada 09-08-06 09:36 , pisst16 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum:
seperti apa yang saya posting sebelum ini... virus ini bukan hanya kepada wanita sahaja... lelaki pun ramai... rancangan zionis sebenarnya bukan sahaja nak rosakkan wanita islam.. rancangan mereka nak merosakkan pemuda islam jugak.. pemuda islam lah yang suatu hari nanti akan memegang dan mewarisi kerajaan masing-masing.. kalau pemuda islam sekarang dah rosak.. kita dah boleh byngkan apa akan terjadi pada kerajaan suatu hari nanti.. sebenarnya kafir dah berjaya... mereka dah berjaya menarik kita jauh dari quran... pemikiran dan minda kita sekarang kepada hiburan... amat menyedihkan... ibu bapa mengasuh anak mereka mengenal artis.. tapi tidak mengasuh anak mereka mengenal tuhan dan nabi.. tanya saja kepada knk2 sekarang siapa mawi,siapa siti nurhaliza,siapa juara af4.. pasti senang untuk mereka jawab.. tapi cuba suruh mereka sebutkan 25 orang rasul yang wajib kita imani.. saya yakin..hanya segelintir sahaja... saya sebagai seorang lelaki ada tangungjawab jugak.. wanita pun begitu jugak.. kita perlu sama berganding bahu untuk solve masalah ni.. bukan masa menyalahkan satu pihak.. buakn masa menuding kearah satu pihak.. satu jari menuding kepada orang.. tiga lagi jari menuding kearah diri sendiri.. generasi rabbani ini perlu disemai kepada knk2.. janganlah bagi mereka hiburan.. knk2 ibarat kain putih..kita yang dewasa yang mencrakkannya.. jadi marilah kita sama-sama .. tak kira laki atau perempuan.. kiat kembali kepada asal usul kita.. kita kembali kepada quran.. insyaAllah ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.. dia takkan biarkan hambanya terus hanyut dan leka na'am syeikh. ana sokong 100%. sahabat sekalian, janganlah riuh rendah berbicara tentang topic ni saja, tapi riuh rendah jugalah berbincang tentang AQIDAH umat islam yang dah rapuh di malaysia ni. kes lina joy. permohinan dia untuk tukar agama kepada kristian dah berjaya. JOM BERPUASA SUNAT, SOLAT SUNAT HAJAT DAN BERDOA serentak seluruh malaysia hari isnin ni. dia
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 10-08-06 19:00
dah banyak ayat quran dan hadith tentang fitnah seorang wanita....... kes Lina Joy sendiri dah membuktikan bahawa perancangan musuh2 islam sasaran utama mereka adalah wanita...... itulah sebabnya penyelesaian masalah ni perlu dicari dan digerakkan...... masalah murtad yang berlaku di malaysia sebenarnya berpunca dari masalah hiburan juga sebenarnya.... berapa ramai remaja wanita islam di malaysia yang tengok filem2 bollywood,dengar lagu,beli majalah????sangat ramai.... dalam filem2 bollywood itu masyarakat malaysia didedahkan dengan upacara keagamaan orang hindu....
|
qutb
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.11.2004 Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 10-08-06 21:26
wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu...jadi akalnya sangat nipis..untuk meningkatkan ketebalan akal ini,sebagai muslimat wajiblah kita mengisinya dengan ilmu..semoga ALLAH melindungi hambaNya daipada perkara mazmumah dan maksiat... ----------------- ~Tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepadaNya...~ [ Telah diedit oleh: qutb pada 10-08-06 21:26 ]
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 10-08-06 23:13
"ooooooooo...........melawan ye? Kalau orang lelaki tegur,cepat saja menjawab!" bukan menjawab tapi hakikat... anak2 gadis rosak siapa yang rosakkan???? hiburan tu fitrah tapi ada batasan... setakat sms undi artis pada ana tak salah... yang salah bila terikut-ikut watak negatif artis yang diminati... ramai juga anak lelaki yang rosak... tengok saja kes dadah majoriti lelaki...
|
telekung
Warga 5 Bintang Menyertai: 28.07.2003 Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya
|
Posting pada: 10-08-06 23:20
Pada 08-08-06 21:50 , jumaat posting:!!! QUOTE !!! kita lihat bahawa,yang jadi mangsa serangan pemikiran musuh2 islam ialah kebanyakannya wanita.... ini kerana wanita berperanan sebagai ibu dan menggalas t/jawab utama dalam mendidik anak...itulah sebabnya wanita menjadi sasaran utama makar musuh2 islam... apbila ramai wanita rosak,anak2 mereka juga turut rosak lantaran kegagalan ibu mereka mendidik dengan baik(disebabkan wanita itu sendiri rosak).. .maka,lahirlah generasi baru umat islam yang serba rosak... sungguh rapi perencanaan musuh2 islam... t/jawab mendidik anak& membesarkan anak adalah t/jawab bersama bukan terletak pada ibu semata...tiada ibu yang inginkan anak mereka rosak...generasi sekarang yang terlalu terdedah pada hiburan& unsur2 negatif punca anak2 muda sekarang seolah-olah tiada budaya...cuba tengok kes buli di sekolah melibatkan lelaki...black metal yang masih lagi berkeliaran majoriti lelaki...skinhead, budaya punk majoriti lelaki... ----------------- TELEKUNG PUTIH BELUM CUKUP UNTUK MENJAMIN SESEORANG KE SYURGA ALLAH.....
|
maisarah_anisah
Warga Rasmi Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25702
Posting: 16
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 10-08-06 23:21
assalammualaikum.. dalam perkara ni tak boleh nak salahkan wanita saja.. lelaki pun kadangkala menjadi puncanya.. sebagai feedback kepada komen jumaat.. tanggungjawab mendidik anak2 bukan sahaja terletak dibahu wanita.. sebagai suami dan pemimpin lelaki seharusnya meluruskan yang bengkok.. dan membimbing yang telah lurus..
|
itqaan_muslim
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh
|
Posting pada: 10-08-06 23:26
dua-dua salah bertepuk sebelah tangan takkan barbunyi ctoh katakan ad seorang laki ajak keluar dting ke apa ke kalau perempuan 2 tak gtal tak kan dia ikut laki tu
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 10-08-06 23:57
baguslah kalau ramai wanita yang sedar................ baguslah feedback masing-masing yang mengatakan lelaki pun makin ramai yang rosak..... masing-masing saling mengingatkan antara satu sama lain.... ini menunjukkan kita ini concern terhadap isu ni..... tapi yang saya sedih berapa ramai sangatkah lelaki dan wanita kat luar sana yang concern???ada tak 80% yang concern????? tak ramai!!!! so,jangan bazirkan masa kita menyalahkan sesama golongan.....kita yang dah sedar ni bertanggungjawab sampaikan isu ni kepada orang luar yang tak sedar lagi ini agar mereka sedar.............itu saja sebenarnya....tak ada niat pun nak menyalahkan wanita ke..apa ke....cuma nak ingatkan wanita saja... lagipun ada hadith nabi yang mengingatkan kita tentang kebanyakan penghuni neraka adalah wanita..... -wassalam-
|
BonaFide
Warga Rasmi Menyertai: 18.04.2005 Ahli No: 15888
Posting: 10
|
Posting pada: 11-08-06 01:52
erm, kecantikan dan keindahan itu tidaklah bertakhta pada paras seindah bulan, tapi pada hati yang beriman~
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 11-08-06 03:45
nak celah sikit... sekarang kat Malaysia hiburan meluas dari pelajaran.. support untuk hiburan pun banyak...
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 11-08-06 15:18
bangga menjadi wanita islam yang sebenar....... bangga dengan menjaga izzah sebagai wanita islam.......... bangga mengamalkan culture2 islam,bukannya culture2 merosakkan cedokan dari barat...... jangan budayakan hiburan yang merosakkan,sebaliknya budayakan membaca quran kerana membaca quran itulah hiburan yang paling mententeramkan jiwa....
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 14-08-06 18:04
memang ramai penghuna neraka adalah wanita......tapi wanita juga senang untuk jadi penghuni syurga..... taat suami dan menjaga agama......insyallah, syurga ganjarannya.....tapi lelaki banyak tanggung jawab....nak didik isteri lagi...anak-anak...ibu bapa....susah kan.... tu lah keistimewaan wanita....
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 14-08-06 19:06
saya pernah tengok budak perempuan jerit2 masa konsert Nasyid..  Wallahu a'lam..
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 16-08-06 15:44
kadang saya hairan,Kenapa wanita sering dikaitkan dengan perkara mungkar....sedangkan semua orang tahu tugas lelaki membentuk wanita menjadi yang terbaik......suami perlu membentuk isterinya dan seorang ayah perlu membentuk anaknya..... adakah lelaki semua nak lari dari tanggung jawab nak lepaskan diri,takut dipersalahkan lantas menuduh wanita dengan berbagai fitnah....
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-08-06 01:30
Pada 16-08-06 15:44 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!! kadang saya hairan,Kenapa wanita sering dikaitkan dengan perkara mungkar....sedangkan semua orang tahu tugas lelaki membentuk wanita menjadi yang terbaik......suami perlu membentuk isterinya dan seorang ayah perlu membentuk anaknya..... adakah lelaki semua nak lari dari tanggung jawab nak lepaskan diri,takut dipersalahkan lantas menuduh wanita dengan berbagai fitnah.... saya tak setuju dengan kata-kata saudari ni, macam anti lelaki pula Nabi s.a.w. sendiri ada mengingatkan muslimin supaya takut dengan bahaya & fitnah wanita, dikatakan wanita itulah yang ramai menghuni neraka, sebab ramai yang dedah aurat dan jadi punca perkara2 mungkar, bukannya Nabi atau ulama' nak memfitnah anda, jangan terlalu emosional ye. wanita memang mudah masuk syurga terutamanya jika taat kepada Allah, Rasul, suami dan ibu bapa, tapi mereka juga mudah untuk masuk neraka jika gagal melaksanakannya, jadi tidak hairanlah bila disebut bahawa majoriti penghuni neraka adalah dari kalangan wanita, sebab ramai yang tewas. p/s: yang menari di pub & majlis2 arak dan maksiat sejak dari dulu lagi bukan ke wanita? jangan marah ye... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
Nurul_Amin
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2005 Ahli No: 16689
Posting: 311
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 26-08-06 13:44
Sebab banayak hiburan tak berlandaskan islam -----------------
|
jumaat
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.03.2006 Ahli No: 23806
Posting: 371
|
Posting pada: 27-08-06 19:18
|
umaira_sutera
Warga 2 Bintang Menyertai: 15.08.2006 Ahli No: 25832
Posting: 62
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 28-08-06 00:39
segalanya terpulang kepada individu itu sendiri.bukan sedikit wanita yang rosak itu datangnya dari keluarga yang berpendidikan agama..bersusah payah mak ayah beri didikan agama sedari kecil,tapi bila melangkah ke alam remaja dan baru nak kenal dunia..hati terus terpaut pada perkara mungkar...bukan salah ibu mengandung.tepuk dada tanya iman..wanita!wanita!janganlah biar dirimu dipandang rendah dan hina...
|
Cda_Ibtihal
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26225
Posting: 87
Dari: Sungai Besar,Selangor
|
Posting pada: 08-09-06 16:24
insya Allah kita akan sama-sama cuba berubah.. tak semua manusia itu perfect kan..!!
|
rasha_aleeya
WARGA SETIA Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19366
Posting: 641
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 08-09-06 16:32
Pada 23-08-06 01:30 , ibnu_musa posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-08-06 15:44 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!! kadang saya hairan,Kenapa wanita sering dikaitkan dengan perkara mungkar....sedangkan semua orang tahu tugas lelaki membentuk wanita menjadi yang terbaik......suami perlu membentuk isterinya dan seorang ayah perlu membentuk anaknya..... adakah lelaki semua nak lari dari tanggung jawab nak lepaskan diri,takut dipersalahkan lantas menuduh wanita dengan berbagai fitnah.... saya tak setuju dengan kata-kata saudari ni, macam anti lelaki pula
Nabi s.a.w. sendiri ada mengingatkan muslimin supaya takut dengan bahaya & fitnah wanita, dikatakan wanita itulah yang ramai menghuni neraka, sebab ramai yang dedah aurat dan jadi punca perkara2 mungkar, bukannya Nabi atau ulama' nak memfitnah anda, jangan terlalu emosional ye.
wanita memang mudah masuk syurga terutamanya jika taat kepada Allah, Rasul, suami dan ibu bapa, tapi mereka juga mudah untuk masuk neraka jika gagal melaksanakannya, jadi tidak hairanlah bila disebut bahawa majoriti penghuni neraka adalah dari kalangan wanita, sebab ramai yang tewas.
p/s: yang menari di pub & majlis2 arak dan maksiat sejak dari dulu lagi bukan ke wanita? jangan marah ye...
erm...menari di pub????dengan siapa...tentunya lelaki..... ada ke yang menari seorang......biasenya perempuan buat apa-apa pun sebab lelaki....sama ada nak tarik perhatian atau dipaksa....kalau perempuan masuk neraka....siapa yang diheret sama.....??ayah, adik/abang, suami dan anak lelaki........soa nampak tak siapa yang sepatutnya jaga perempuan.. tentunya lelaki....... tapi lelaki sekarang, hanya tahu menunding jari salahkan perempuan....... think about it.... ----------------- Whatever Happen life still go on
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 08-09-06 18:11
Pada 08-09-06 16:32 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!!
erm...menari di pub????dengan siapa...tentunya lelaki..... ada ke yang menari seorang......biasenya perempuan buat apa-apa pun sebab lelaki....sama ada nak tarik perhatian atau dipaksa....kalau perempuan masuk neraka....siapa yang diheret sama.....??ayah, adik/abang, suami dan anak lelaki........soa nampak tak siapa yang sepatutnya jaga perempuan.. tentunya lelaki....... tapi lelaki sekarang, hanya tahu menunding jari salahkan perempuan....... think about it....
Betul ke kena paksa?..tu iklan kat tv yang entah apa-apa tu kena paksa ke?Pelakon & artis perempuan yang pakai pakaian yang tak cukup kain kena paksa ke?Siapa pulak yang paksa?Kena paksa ke nak glamor?..ataupun dah rambang mata sebab duit? Kalau betul-betul kena paksa pergi lah buat aduan dekat NGO-NGO..Dekat malaysia ni kan ada NGO yang KONONNYA membela hak wanita..pergi lah buat aduan kalau kena paksa..(^^,)
|
xyamani
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26226
Posting: 77
Dari: tepi dinding
|
Posting pada: 08-09-06 19:06
tak sempat nak baca semua..teringat masa belajar fikrul islami dulu..kata pengarang buku tu:muslim sepatutnya mendalami ilmu islam terlebih dulu sebelum ilmu yang lain.. realiti alim ulama terdahulu..ibnu sina,ar razi dan lain-lain..mereka hafaz Quran,faham tafsir,figh,tauhid..kemudian ilmu lain seperti kedoktoran,matematik.. semua ini bagi memantapkan iman,taqwa dalam diri..dan bila tiba masa dilanda fitnah tak kira fitnah ilmu,wanita dan sebagainya.. bekal yang sudah ada akan membantu..maka tetaplah mereka di atas jalan kebenaran kecuali orang-orang yang diuji Allah.. soal siapa punca takkan jadi hal bila semua faham,yakin dan amalkan cara hidup sebagaimana dituntut Islam.. lelaki pemimpin,wanita dipimpin..tapi wanita juga patut memberi sumbangan dalam kepimpinan..bukan hanya sekadar mengikut sahaja..andai wanita dan lelaki masing-masing menyedari peranan masing-masing dalam menangani hal ini..tentunya gejala ini dapat dibendung.. saya juga wanita..kadang-kadang hot juga bila wanita dipersalahkan sepenuhnya..tapi kebenaran tetap kebenaran walau pahit sekalipun,perlu diterima..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 08-09-06 19:11
Pada 08-09-06 19:06 , xyamani posting:!!! QUOTE !!! tapi kebenaran tetap kebenaran walau pahit sekalipun,perlu diterima.. Betul tu...
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 03-12-06 22:43
Pada 08-09-06 18:11 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Pada 08-09-06 16:32 , rasha_aleeya posting:!!! QUOTE !!!
erm...menari di pub????dengan siapa...tentunya lelaki..... ada ke yang menari seorang......biasenya perempuan buat apa-apa pun sebab lelaki....sama ada nak tarik perhatian atau dipaksa....kalau perempuan masuk neraka....siapa yang diheret sama.....??ayah, adik/abang, suami dan anak lelaki........soa nampak tak siapa yang sepatutnya jaga perempuan.. tentunya lelaki....... tapi lelaki sekarang, hanya tahu menunding jari salahkan perempuan....... think about it....
Betul ke kena paksa?..tu iklan kat tv yang entah apa-apa tu kena paksa ke?Pelakon & artis perempuan yang pakai pakaian yang tak cukup kain kena paksa ke?Siapa pulak yang paksa?Kena paksa ke nak glamor?..ataupun dah rambang mata sebab duit?
Kalau betul-betul kena paksa pergi lah buat aduan dekat NGO-NGO..Dekat malaysia ni kan ada NGO yang KONONNYA membela hak wanita..pergi lah buat aduan kalau kena paksa..(^^,) hehe..marahnya..tapi kan lumrah manusia.saya lihat yang jenis tak cukup kain ni yang ramai lelaki kejar.sampai yang dah bekeluarga pun sanggup hancurkan rumah tangga demi perempuan2 begini.sebab tulah rasa nya perempuan yang akal 1 tu kadang-kadang kalah pada nafsu yang 9.tapi lebih mengharukan bila pemunya akal yang 9 berajakan nafsu yang 1 moga keinsafan diberi pada semua tak kira lelaki mahupun wanita  [ Telah diedit oleh: eniliana pada 03-12-06 22:59 ]
Quote
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 18-05-07 10:09
Itulah yang membimbangkan saya sebagai salah seorang wanita di muka bumi ini..kesan dari tohmahan yang tak berasa seperti menganggap perempuan yang berbaju kurung juga boleh di ajak melakukan seks bebas sangat menyedihkan saya... url: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=459&Itemid=72("Boleh tak agaknya saya buat kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen, dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang 'murah' dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa pandangan ustaz?" Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini. Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.) Itulah salah satu kenyataan pemuda tersebut... Pemuda tersebut seolah-olah menyalahkan pihak perempuan sahaja sedangkan pihak lelaki juga tak terkecuali dalam hal sebegini... Semoga Allah menjauhkan saya daripada lelaki yang tidak beriman....Ameen
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 18-05-07 10:20
kita selalu berdoa setiap duduk diantara dua sujud... Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. adakah ini omong2 kosong ????
|