Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Expectation yang Tinggi terhadap Golongan Muslimat


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Expectation yang Tinggi terhadap Golongan Muslimat

Please Mendaftar To Post


Oleh Expectation yang Tinggi terhadap Golongan Muslimat

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 10:01


Muslimat. Gadis bertudung labuh. Gadis yang berpakaian sopan, tudung menutup dada, baju longgar tak menampakkan susuk tubuh, berjubah biasa atau berjubah seluar. Wanita-wanita yang SERING berpakaian sebegini boleh kita katakan sebagai wanita berpakaian sopan dan Islamik. Jika luarannya sebegitu sudah tentu kita boleh jangkakan dalamannya InsyaAllah bersih dan tergolong dalam kategori wanita solehah.    

Dari pengalaman saya lepas, setiap kali terserempak dengan gadis berpakaian sopan, ditambah pula dengan keayuan wajahnya, sedikit sebanyak terusik juga hati ini. Namun bila mengenangkan yang mereka saya anggap sebagai wanita solehah, maka tak perlulah dilayan sangat perasaan itu.

Sebagai contoh, dahulu semasa saya masih seorang pelajar, di asrama saya selalu terserempak dengan seorang gadis bertudung labuh yang berwajah ayu, perlakuan agak sopan dan merupakan student Pengajian Islam. Timbul juga keinginan untuk mengenali lebih dekat tapi saya biarkan kerana saya merasakan ianya tidak perlu. Tambahan pula dengan berpakaian tudung labuh sudah tentu adab pergaulan perlu dijaga. Suatu malam saya menghantar kawan saya ke stesen bas Putra, alangkah terperanjatnya saya bila melihat gadis bertudung labuh tadi berjalan beriringan perlahan-lahan bersama seorang lelaki. Mungkin sedang menunggu bas untuk ke pantai timur (gadis pantai timur!). Nak kata lelaki tu mahram dia memang bukan, pasal lelaki tu pun saya kenal juga, sama asrama juga dengan saya. Lelaki tu pula bukanlah student Pengajian Islam dan ramai yang sedia maklum yang pergaulannya agak social di fakulti. Balik dari hentian Putra, saya seolah-olah bingung. Mengapa gadis yang luarannya tampak sopan dan wara’ ada hubungan perasaan dengan lelaki? Saya rasa seolah-olah tertipu dengan gaya dan pakaiannya yang sopan.

Expectation atau anggapan saya terhadap golongan muslimat bertudung labuh dan berpakaian sopan adalah tinggi. Saya anggap mereka adalah golongan yang tak perlu disentuh hati dan perasaannya, golongan yang sering menjaga adab pergaulan, tidak bergaul terlalu bebas dengan lelaki. Hakikat yang mereka juga adalah manusia biasa yang punya perasaan dan keinginan untuk bercinta tak pernah saya peduli. Jadi persoalannya sekarang, Salahkah kalau expectation saya begitu tinggi terhadap golongan muslimat bertudung labuh dan berpakaian sopan? Salahkah kalau saya anggap mereka adalah golongan yang menjaga adab pergaulan, menjaga hati dan perasaan lantas saya sendiri pun tak perlu ganggu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

starfish
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.01.2005
Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 11:15


ish2.inilah akibat bila nafsu menguasai diri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For starfishProfil   Hantar PM kepada starfish   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-07-06 11:29


Assalamualaikum..
saya rasa dalam kes ini tak salah jika saudara menegur(dengan cara baik) prbuatan muslimah tadi...ssungguhnya manusia tidak trlepas dr membuat kesilapan..inilah peranan muslimat (yang sedar)akan peranannya mnjaga saudara2 seislamnya yang lain..


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

nailah_miz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-07-06 11:32


Rasanya penilaian manusia bukan penilaian yang tepat... Allah saja yang tahu sejaub mana tahap keimanan kita... Manusia secara fitrahnya adalah sama ingin disayangi dan dikasihi... Jadi pastikan apa yang kita lakukan sebelum ni, sekarang dan yang akan datang atas maruah kita... Jadilah insan yang bermaruah... Insya allah kita tahu ke mana arah tuju kita... Akhirat yang kekal abadi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailah_mizProfil   Hantar PM kepada nailah_miz   Quote dan BalasQuote

Pemuda_Islam
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25413
Posting: 24
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 11:40


Pada pandangan saya,expectation saudara tidak salah kerana sememangnya muslimat yang menjaga syariat Allah adalah wanita solehah dan Allah memberi jaminan didalam Al-Quran surah Al-Ahzab Ayat 59,yang berbunyi:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ini merupakan janji Allah untuk mereka yang bertudung,oleh itu sebagai orang yang beriman,seeloknya kita menjauhi dari mengganggu mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pemuda_IslamProfil   Hantar PM kepada Pemuda_Islam   Quote dan BalasQuote

abadaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 11:40


Bismillahirrahmanirrahim...
kagum saya dengan saudare,...
tak salah kalau ada perspektif yang begitu terhadap wanita bertudung labuh...
memang manusia lumrahnye macam tu..
pasti ada perspektif yang tertentu apabila pandang sesuatu..
kadang-kadang nampak laki dan perempuan naik moto,fikir yang mereka tu pakwe makwe yang tak pandai jaga tatasusila..padahal mungkin sibling kan??

mungkin sebab tu kita laki dan perempuan disuruh menundukkan pandangan..

untuk elakkan buat perspektif yang mungkin mempersoal ciptaan Allah...

saya sebagai perempuan banyak kali dengar cerita begini..
it happens!!!
ada kawan yang saya kenal, cantik bertudung labuh...
bukan setakat ada pakwe, tapi pasang dua lagi..

sebab tu jangan buruk sangka kat orang..

saya sendiri malu mengenangkan muslimat yang menutup aurat tapi melakukan perkara yang dilarang dalam islam...

seolah-olah mengejek pakaian islam tu..

apa pun, manusia tetap manusia..
dan muhasabah diri merupakan langkah pertama untuk
berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik..

saya sendiri akui, mempunyai hubungan dengan lelaki yang bukan mahram...

alhamdulillah..kami berhubung melalui sms dan calling..(yang saya tau tak elok juga)

jumpa?memang tak pernah..elakkan perkara yang tak elok..

dan setiap malam saya menginsafi diri..
banyak dosa yang saya lakukan tanpa saya sendiri sedar..

tapi untuk melukakan hatinye, saya tak sanggup..

akhirnya...saya banyakkan istighfar dan mohon petunjukNya..

semoga cintaku padaMu Ya Allah melebihi cintaku kepada manusia..
amin......

kepade saudare,,,
jangan lah sebab tu, saudare ada perspektif yang buruk pula terhadap
perempuan bertudung labuh yang lain..

cuma jangan terlalu mengharap bahawa pandangan saudare terhadap mereka adalah betul...

Wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 11:44


salam...

awak tidak bersalah kerana berfikiran sedimikian...itu lumrah manusia...sangkaan awak sama juga dengan sebiji buah yang mungkin cantik luarannya tapi dalamnya penuh dengan ulat malah busuk dan tidak sedap....manusia juga begitu....mereka berbeza...fikiran dan hati manusia berbeza...kadangkala pakaian menggambarkan seseorang pada luarannya sahaja...tapi hati berbeza...kerana itulah timbul andaian2 manusia yang mengatakan "kalau pakai tudung pun berperangai begitu, baik tak payah pakai" orang-orang sebegini tidak memhami Islam dengan sebenarnya....oleh yang demikian lah.....orang yang benar-benar memahami Islam harus menjaga nama baik Islam...memelihara dan melindungi Islam dari dipersenda....

berbalik pada expectation awak...itu hak awak...tapi sebagai peringatan....pakaian hanya mencerminkan separuh sahaja sikap seseorang...perhatikanlah akhlaq nya dan pendiriannya terhadap agama...muslimah juga ada hak untuk mengatakan lelaki yang berkopiah dan berserban itu baik dan warak...walhalnya manusia ini tidak sama...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 13:45


jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana seorang yang berbuat perangai begitu, maka dihakimi semuanya serupa.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

spaghetigoreng
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah

uk  


posticon Posting pada: 26-07-06 14:33


ada ramai sebab orang memilih untuk berpakaian sedemikian, i.e. berpakaian sopan dan islamik. satu, mungkin kerana memang hati dia sudah bersih maka penampilan luarannya selari dengan hatinya yang sudah terdidik.

kedua, mungkin kerana dia mengambil cara outside-in. dia masih dalam proses membaiki diri, and she knows that by dressing that way dia akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik. malangnya, kadang-kadang manusia (yang sedang berubah) masih terikut perangai lama (contoh: keluar dengan lelaki), jadi adalah lebih baik beranggapan that itu adalah satu-satunya perangai kurang sopan yang masih belum dapat lari.

sekadar pandangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For spaghetigorengProfil   Hantar PM kepada spaghetigoreng   Pergi ke spaghetigoreng's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 15:08


Adakah ini bermakna yang kita kena terima hakikat luaran tak semestinya menggambarkan dalaman ... ??? Saya juga bersetuju yang jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga ... Apa yang saya harapkan golongan yang berpakaian sopan terutama yang dalam ukhwah.com ni dapatlah menjaga diri terutama dari segi pergaulan dengan bukan mahram ... sekarang yang pakai tudung saja pun ramai yang dah tergelincir ... jangan pula yang berpakaian sopan turut ikut sama ...
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 26-07-06 15:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 26-07-06 15:20


bagi ana, tak salah kalau anta letak expectation tinggi begitu....
cuma macam yang ismi safiza cakap, jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.... tak semua yang bertudung labuh macam tu...
wallahualam...

kepada muslimah yang bertudung labuh, jagalah setiap inci kelakuan sebab biasanya orang yang bertudung labuh ni mudah jadi buah mulut orang, yang tak baik, mahupun yang baik.

buat diri ana sendiri... melihatkan situasi sekeliling ana, memang kurang sesuai pakai tudung labuh. tapi takkan nak korbankan tudung labuh semata-mata nak penuhi tuntutan mata orang sekeliling yang memandang.
keadaan semasa bekerja dan sebagainya, adakala terfikir juga ana, takut juga ana ni jadi penyebab fitnah kepada muslimah bertudung labuh yang lain.. tapi macam ana katakan tadi, takkan nak korbankan tudung labuh demi nak tutup mulut orang dr bercakap tentang kita. yang penting jaga setiap apa yang nak kita lakukan, juga dalam pergaulan. bila dah bekerja dan tentu kena berkomunikasi dengan lelaki... cuma kena elakkan jadi terlalu mesra dan sebagainya. kita bercakap atas dasar muammalat.

biarlah apapun orang nak kata. kita nak capai pandangan disisi Allah. bukan pandangan manusia... Allah sahaja penilai yang paling baik...
mudah2an tudung labuh yang ana pakai kini, mampu mengingatkan dan mentarbiyyah diri ana dalam menjaga tingkah laku.

wallahualam :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 16:08


Pada 26-07-06 15:20 , yamina posting:

!!! QUOTE !!!



mudah2an tudung labuh yang ana pakai kini, mampu mengingatkan dan mentarbiyyah diri ana dalam menjaga tingkah laku.

wallahualam :)


Itu lah maksud saya (macam iklan McDonald pulak) ... pakaian sebagai benteng dan wadah untuk mentarbiyyahkan diri ... umpama lelaki berkopiah berserban yang takut nak lalu depan kedai nombor ekor ... begitulah yang sepatutnya .. pakaian sopan dan Islamik mencerminkan akhlak muslim/muslimat ... kalau dengan berpakaian sebegitu pun masih tergelincir, apa bezanya dengan orang yang berpakaian biasa ... ? Kita tak nak dengar suara sumbang yang mengatakan "tudung labuh pun ada feeling jugak, bukan semua baik" ... fahaman "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" tu sukar nak dielakkan kecuali bagi mereka yang berilmu ..

kita tengok pula pendapat ni ...

Pada 26-07-06 14:33 , spaghetigoreng posting:

!!! QUOTE !!!



mungkin kerana dia mengambil cara outside-in. dia masih dalam proses membaiki diri, and she knows that by dressing that way dia akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik. malangnya, kadang-kadang manusia (yang sedang berubah) masih terikut perangai lama (contoh: keluar dengan lelaki), jadi adalah lebih baik beranggapan that itu adalah satu-satunya perangai kurang sopan yang masih belum dapat lari.



yang ni dia bagi contoh orang yang nak baiki diri ... golongan inilah yang seharusnya berhati-hati dan perlu menguatkan ketahanan iman ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 16:15


em..em..em..
tumbuh lagi macam cendawan.. topik tudung labuh ni..
lepas satu...satu.. :roll: :roll:

kak ismi_safiza

!!! QUOTE !!!

jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana seorang yang berbuat perangai begitu, maka dihakimi semuanya serupa.


!!! QUOTE !!!

Adakah ini bermakna yang kita kena terima hakikat luaran tak semestinya menggambarkan dalaman ... ???
:roll:

persoalan yang ditimbulkn.. jwpnnye ada pada diri sendiri.

ana suka juga memerhati gelagat..tingkah laku orang..
dan ana menilai diri ana..

bagaimana ye.. nak be as " qUdwAh hAsAnAh :roll:
memang semua manusia not perfect..
tapi.. kita boleh ubah diri kita..betul tak..

transmissionline
em.. memang manusia ni sikapnye.. akan suka menilai..
mengkritik.. menganalisis.. membuat tanggapan..dan yang sewaktu dengannya..

cuma.. satu saja.. jangan anggap golongn yang tertera di atas..
semuanya.. sama.. as your expectation.. :-(
setiap manusia.. berbeza tingkah laku.. sikapnye..
kadangkala ada sebab musabab yang kita tak tahu..
only ALLAH knows.. and themselves knows better..
:roll: :roll: :roll:

!!! QUOTE !!!

Salahkah kalau expectation saya begitu tinggi terhadap golongan muslimat bertudung labuh dan berpakaian sopan? Salahkah kalau saya anggap mereka adalah golongan yang menjaga adab pergaulan, menjaga hati dan perasaan lantas saya sendiri pun tak perlu ganggu?


ana nak jawab.. memang tak salah..
sebab memang itu sikap manusia.. as ana mention di atas..

ana mohon maaf kalau ada ayat+isi ana mencuit hati dan mengguriskn hati yang membaca..
ana cuma menyampaikn pendapat ana..

maatasif jiddan.. :-( :-(


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 17:11


Sedikit iklan sebelum kita sambung discussion. Fokus kita kat sini gadis berpakaian sopan, jubah, berstokin, busana muslimah dan pakaian yang menggambarkan ciri-2 muslimah, tak terhad hanya pada mereka yang bertudung labuh ...

Tujuan saya kemukakan topik ini ialah kerana sekarang macam-2 kegawatan akhlak masyarakat kita. Terima kasih atas pendapat semua. Mudah-mudahan selepas ini kita dapat berdiskusi bagaimana dengan berpakaian kita seharusnya pandai menjaga diri dan akhlak. Mudah-mudahan dengan berdiskusi kita dapat memotivasikan diri untuk menguatkan benteng keimanan terutama dalam soal pergaulan lelaki perempuan, agar tidak tergolong dalam golongan yang gawat akhlaknya. Tentang maksiat hati wallahua'lam ... nobody perfect ..

Dan saya harap tidak timbul lagi persoalan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" kerana rasanya saya tak ada pula nak salahkan keseluruhan golongan berpakaian sopan atas perilaku segelintir yang tergelincir. Kalau ada pun mungkin saya hanya bertujuan nak menyerang individu, hanya individu yang tergelincir tu saja ... Bukankah sepatutnya berpakaian sopan seharusnya mencerminkan akhlak luaran ??? Tu lah yang saya maksudkan dengan "expectation yang tinggi" ... saya mengharapkan golongan berpakaian sopan menjadi golongan yang baik-baik ...

yamina dah citekan pengalaman dia .. Pemuda_Islam dah kemukan dalil .. spaghetigoreng pula dah bagi pendapat dari sudut berbeza ..

Sekian. harap maaf .. kita sambung ..
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 26-07-06 17:22 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 26-07-06 17:33


high expectation eyh...saya pun dulu kalau tengok orang pakai tudung labuh dr pantai timur selalu saja respek...sekarang sikit saja respek tu...roomate saya pun ambil pengajian agama, tapi dalam bilik dia banyak betul gambar pakwe dia...saya ni memanglah mengaku jahil, tapi saya tak pelik atau terkejut perangai orang yang luaran dia begini sebab dah biasa tengok...dulu lainlah....bukan salah dia pun, maybe dia ambil pengajian islam atas sbb2 tertentu...tapi saya faham kenapa kawan saya tak berapa kenan dengan orang tuduh labuh...tapi tak semua begitu..semua manusia same saja, cuma buatlah yang terbaik untuk anda huhu...dont just judge a book by its cover but by its cover and also content..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 26-07-06 17:36


high expectation eyh...saya pun dulu kalau tengok orang pakai tudung labuh dr pantai timur selalu saja respek...sekarang sikit saja respek tu...roomate saya pun ambil pengajian agama, tapi dalam bilik dia banyak betul gambar pakwe dia...saya ni memanglah mengaku jahil, tapi saya tak pelik atau terkejut perangai orang yang luaran dia begini sebab dah biasa tengok...dulu lainlah....bukan salah dia pun, maybe dia ambil pengajian islam atas sbb2 tertentu...tapi saya faham kenapa kawan saya tak berapa kenan dengan orang tuduh labuh...tapi tak semua begitu..semua manusia same saja, cuma buatlah yang terbaik untuk anda huhu...dont just judge a book by its cover but by its cover and also content..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 26-07-06 18:44


wallahualam...

hanya Allah yang tahu segalanya...

contoh yang baik kita ambil dan contohi...
manakala contoh yang tidak baik itu, kita jadikan sempadan dan pengajaran. :)

apapun sebagai umat islam yang mengharap redhoNya, kenalah buat yang sehabis baik...

bagaimanapun... doakan kawan kita walaupun betudung labuh, tapi akhlak masih menyedihkan ataupun sebaliknya... dikurnia hidayah Allah agar dapat memadu diri menjadi hamba Allah yang ikhlas untukNya setiap masa dan ketika.

ana rasa cantik juga kalau ladybird dapat nasihatkan kawan sebilik itu, mana tahu disamping cuba ingatkan orang lain... dapat juga mentarbiyyah diri sendiri.
[ Telah diedit oleh: yamina pada 26-07-06 18:46 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-07-06 22:02


assalamu'alaikum..
ana setuju dengan ismi safiza..jangan kerana nila setitik,habis susu sebelanga..muslimat bertudung labuh biasanya rasanya lebih banyak cubaan dan dugaan perlu ditempuhi.macam ana, ana ada hadapi beberapa masalah.ana masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi(kampus di kelantan).setiap kali assignment diberi mesti dibuat dalam berkumpulan. bila dah berada dalam kumpulan,mesti ada percampuran antara lelaki dan perempuan. kadang-kadang pelajar2 lelaki seperti tak faham dengan batas pergaulan antara bukan mahram.ana ada cuba mengelak,tapi rasanya makin galak pula mereka mendekati.ana tak tahu sama ada mereka ni betul-betul tak faham atau buat-buat tak faham.
lebih merumitkan lagi bila dalam kelas praktikal...biasanya dalam makmal.sememangnya ana tak mahu memulakan perbualan dengan mereka.kalau boleh ana mahu satu kumpulan praktikal 2 semuanya golongan hawa saja.tapi....lain pula jadinya.ana tersepit..kadang-kadang rasa macam nak menangis saja..rasa serba salah yang teramat sangat...
"Ya,ALLAH...bantulah hambaMU ini dalam menghadapi ujianMU...Jauhkanlah aku daripada fitnah dan dosa yang mebawa kepada kemurkaanMU..."
ana harap sahabat2 dapat bantu ana.beri sedikit kata-kata nasihat buat bekalan ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 01:45


assalamualaikum..

mula2 baca, terukir senyuman.. alhamdulillah.. expectation yang tinggi.. sebegitu memang selayaknya buat muslimah yang istiqamah dalam memakai busana muslim.. memikul tanggungjawab untuk memakai busana muslim yang lengkap.. memang satu tugas yang berat.. apatahlagi, akhlak sentiasa perlu dijaga agar seiring dengan penampilan..

namun.. umat akhir zaman.. hidup dikelilingi fitnah.. kiri kanan, depan belakang.. segalanya terdedah kepada fitnah.. hasutan syaitan merata-rata.. tiap penjuru tanpa sekatan.. muslimah akhir zaman.. tetap punyai 9 nafsu.. tiada bezanya wanita yang lengkap dengan busana muslim.. mahupon yang tidak menutup aurat.. tetap lemah.. sebagai muslimah akhir zaman..

saya suka meyakinkan diri.. mereka yang lengkap dengaan busana muslim tetap usaha yang terbaik dalam menjaga akhlak.. cumaa, mungkin adakala sedikit tergelincir dari matlamat lantaran dunia yang menipu.. lantaran itu.. bantulah mereka.. ingatkan mereka.. manusia, tidakkan lepas dari kesilapan... tiada yang sempurna.. atas dasar itula kita diwajibkan supaya sentiasa 'berpesan-pesan pada kebenaran'

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 04:11


Lelaki dan perempuan sama sahaja.tetapi Allah telah berfirman didalam Al-Quran Surah An-Nisaa (4) ayat 34 :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Memang kadangkala kita terlupa jadi menjadi tugas kita untuk saling memperingatkan.Apakah Surah Al-Asr itu hanya sekadar dibaca ketika tamat majlis tanpa sesiapapun memerhatikan maksudnya?

Seharusnya bukan sahaja luaran yang harus bertudung labuh tetapi hati kita juga perlu untuk ditudung labuhkan.Kalau luaran bertudung labuh tetapi dalaman masih dibiarkan bersosial apakah kita akan menjadi insan yang cukup kuat dan utuh?Bukankah hati itu adalah raja manusia tidak kira lelaki ataupun perempuan?Lelaki dan perempuan adalah untuk saling melengkapi.Sekiranya kita dapati kekurangan pada salah satunya maka tampunglah dengan teguran berbalik kepada maksud Surah Al-Asr.

Mungkin kerana ramai lelaki yang mengabaikan ataupun terlupa dengan firman Allah di Surah An-Nisaa seperti di atas menyebabkan berlakunya sedikit kepincangan untuk saling melengkapi tersebut.Seharusnya para lelaki sedar bahawa dirinya adalah seorang Ar-Rijaal,bukannya seorang dayus,lemah dan tak bermaya untuk saling melengkapi dalam apa yang Allah tentukan.

Allah berfirman , Surah Yusuf (12) ayat 28

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia:"Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan;sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.

Memang, saya juga pernah tertipu tetapi adakah itu bermaksud kita perlu menyalahkan semua orang yang bertudung labuh?Dahulu saya juga meletakkan high expectation tersebut tetapi memang benar ungkapan experience make person better or bitter.Pelajari dan ambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku supaya minda dan diri kita dapat berevolusi untuk ke satu tahap yang lebih baik.

wallahu'alam

:roll:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 10:51


jangkaan yang tinggi terhadap mereka yang begini, alhamdulillah. bersangka baik itu memang dituntut, maka hendaklah dijauhi jika fikiran kita ni sentiasa nak bersangka buruk terhadap orang lain.

selalu dipandang mereka yang bergolongan ini, tetapi mengapa tidak dirisaukan mereka yang sebaliknya. Sedangkan golongan begitulah yang perlu lebih diambil perhatian.

Manusia hakikat kejadian adalah sempurna, namun atas kebijaksanaan manusia itu sendiri untuk melengkapkan kesempurnaannya. janganlah kita merasakan mereka itu selayaknya untuk diagungkan kerana mereka juga manusia biasa sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 12:02


Pada 27-07-06 01:45 , fatin3 posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum..

mula2 baca, terukir senyuman.. alhamdulillah.. expectation yang tinggi.. sebegitu memang selayaknya buat muslimah yang istiqamah dalam memakai busana muslim.. memikul tanggungjawab untuk memakai busana muslim yang lengkap.. memang satu tugas yang berat.. apatahlagi, akhlak sentiasa perlu dijaga agar seiring dengan penampilan..

namun.. umat akhir zaman.. hidup dikelilingi fitnah.. kiri kanan, depan belakang.. segalanya terdedah kepada fitnah.. hasutan syaitan merata-rata.. tiap penjuru tanpa sekatan.. muslimah akhir zaman.. tetap punyai 9 nafsu.. tiada bezanya wanita yang lengkap dengan busana muslim.. mahupon yang tidak menutup aurat.. tetap lemah.. sebagai muslimah akhir zaman..

saya suka meyakinkan diri.. mereka yang lengkap dengaan busana muslim tetap usaha yang terbaik dalam menjaga akhlak.. cumaa, mungkin adakala sedikit tergelincir dari matlamat lantaran dunia yang menipu.. lantaran itu.. bantulah mereka.. ingatkan mereka.. manusia, tidakkan lepas dari kesilapan... tiada yang sempurna.. atas dasar itula kita diwajibkan supaya sentiasa 'berpesan-pesan pada kebenaran'


na'am....
sama-sama kita berpesan2 pada kebenaran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 12:08


mana ada orang yang perfect
masing buat salah dan masing-masing belajar untuk matang,belajar dari pengalaman dan belajar untuk jadi lebih baik

kalau yang kita nampak tergurlah
bro sendiri pun bukannya bagus sangat dari segi muamalat dll
but we have to try our best...

macam dalam kes ni..
bro dah biasa dengar..even dari sekolah dulu lagi...
dah paham sangat..kalau dekat uia ni..bro ramai kawan-kawan dari kos irk
yang ...
tak payah nak ceritalah...dah faham sangat...
yang terkantoi depan mata pun ada...

masing masing dah besar dan tau mana baik buruk...
apa pun kita kaji diri masing...

hanya tuhan yang tahu...

wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

taisir
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 18:36


Pada 26-07-06 10:01 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Muslimat. Gadis bertudung labuh. Gadis yang berpakaian sopan, tudung menutup dada, baju longgar tak menampakkan susuk tubuh, berjubah biasa atau berjubah seluar. Wanita-wanita yang SERING berpakaian sebegini boleh kita katakan sebagai wanita berpakaian sopan dan Islamik. Jika luarannya sebegitu sudah tentu kita boleh jangkakan dalamannya InsyaAllah bersih dan tergolong dalam kategori wanita solehah.    

Dari pengalaman saya lepas, setiap kali terserempak dengan gadis berpakaian sopan, ditambah pula dengan keayuan wajahnya, sedikit sebanyak terusik juga hati ini. Namun bila mengenangkan yang mereka saya anggap sebagai wanita solehah, maka tak perlulah dilayan sangat perasaan itu.

Sebagai contoh, dahulu semasa saya masih seorang pelajar, di asrama saya selalu terserempak dengan seorang gadis bertudung labuh yang berwajah ayu, perlakuan agak sopan dan merupakan student Pengajian Islam. Timbul juga keinginan untuk mengenali lebih dekat tapi saya biarkan kerana saya merasakan ianya tidak perlu. Tambahan pula dengan berpakaian tudung labuh sudah tentu adab pergaulan perlu dijaga. Suatu malam saya menghantar kawan saya ke stesen bas Putra, alangkah terperanjatnya saya bila melihat gadis bertudung labuh tadi berjalan beriringan perlahan-lahan bersama seorang lelaki. Mungkin sedang menunggu bas untuk ke pantai timur (gadis pantai timur!). Nak kata lelaki tu mahram dia memang bukan, pasal lelaki tu pun saya kenal juga, sama asrama juga dengan saya. Lelaki tu pula bukanlah student Pengajian Islam dan ramai yang sedia maklum yang pergaulannya agak social di fakulti. Balik dari hentian Putra, saya seolah-olah bingung. Mengapa gadis yang luarannya tampak sopan dan wara’ ada hubungan perasaan dengan lelaki? Saya rasa seolah-olah tertipu dengan gaya dan pakaiannya yang sopan.

Expectation atau anggapan saya terhadap golongan muslimat bertudung labuh dan berpakaian sopan adalah tinggi. Saya anggap mereka adalah golongan yang tak perlu disentuh hati dan perasaannya, golongan yang sering menjaga adab pergaulan, tidak bergaul terlalu bebas dengan lelaki. Hakikat yang mereka juga adalah manusia biasa yang punya perasaan dan keinginan untuk bercinta tak pernah saya peduli. Jadi persoalannya sekarang, Salahkah kalau expectation saya begitu tinggi terhadap golongan muslimat bertudung labuh dan berpakaian sopan? Salahkah kalau saya anggap mereka adalah golongan yang menjaga adab pergaulan, menjaga hati dan perasaan lantas saya sendiri pun tak perlu ganggu?
assalammualaikum..
tak semua orang sempurna walaupun berpakaian tudung labuh dan kopiah sekalipun..sebab..iman manusia ini ada turun naiknya..sebagai mana fiman Allah dalam alquran yang mafhumnya"janganlah kamu mengaku beriman sedang kamu tidak diuji"
jadi itulah ujian buat si pemakai tudung labuh dan kopiah..semua orang ada nafsu dan keinginan jadi kenalah pandai salurkan keinginan dan nafsu dijalan yang betul..ini peringatan buat diri saya juga..yang kadang-kadang lalai dan leka...

"sesungguhnya dunia ini pentas lakonan semata2"

Bookmark and Share

    


  Member Information For taisirProfil   Hantar PM kepada taisir   Pergi ke taisir's Website   Quote dan BalasQuote

baikhati
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25177
Posting: 77
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 27-07-06 19:06


ana pun pernah tersilap expectation mcam transmissionline alami...
tapi ini pada muslimin berkopiah...tapi tiada manusia yang sempurna,ada kelemahan dan kekurangan....jangan menilai seseorang itu terlalu awal..

Rasullullah bersabda: "Sesungguhnya di dalam jasad manusia itu terdapat satu ketul darah.Apabila baik darah itu, baiklah seluruh anggota jasadnya.Sesungguhnya darah tersbut ialah hati. "

Hati melahirkan segala luaran....mungkin, ada suatu sudut di hati muslimat trsebut masih ada sedikit kekurangan..setiap manusia melakukan kesilapan.

'berhati-hati dengan hati'... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For baikhatiProfil   Hantar PM kepada baikhati   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 22:18


don't judge the book by look its cover..!!!

jangan mudah tertipu.....
dunia hanya lah permainan kehidupan saja...
kena kuat dan tabah..!!


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....
[ Telah diedit oleh: farah_hanan pada 27-07-06 22:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 22:39


entah lah....ramai yang hipokrit sekarang ni...
susah benar nak cari yang benar-benar betul dan berkualiti....


-----------------
My love commitment to myself, my family and my fellow men becomes me the courage and strength to face the challenges of life....
[ Telah diedit oleh: farah_hanan pada 27-07-06 23:00 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 27-07-06 22:46


assalamualaikum.....

terima kasih atas high expectation yang saudara berikan kepada muslimat yang menjaga auratnya....

manusia ni.....banyak kelemahannya....adalah patut saudara menegur perbuatan salah itu. Bukan hanya mengutuk dari belakang. ana rasa saudara mampu untuk menegur. mungkin ini bukan hanya mengutuk dari belakang, akan tetapi, sampai bila kah kita hanya mahu mengambil selemah-lemah iman?

Fikir-fikirkan lah...........



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 23:01


setakat bertudung labuh, belom tentu adalah yang terbaik...
kadang-kadang lebih teruk dari apa yang kita jangka kan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

ilham_thahurah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16605
Posting: 207
Dari: sumatera-malaysia-London

indonesia  


posticon Posting pada: 27-07-06 23:21


dengar sini wahai sahabatku pada zaman ini kita jangan terlalu menilai pada luaran semata2 tak semestinta yang baik luaran, baik dalaman...dan begitu juga tak semestinya buruk luaran , buruk juga dalaman...sekarang ni untuk lebih selamat kita kenal dulu orang tu betul-betul.... zaman sekarang ni tak ubah macam zmn...yang entah...banyak sangat muslihat dan agenda yang...boleh sesatkan sesiapa yang buta...mata mahu pun hati... !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilham_thahurahProfil   Hantar PM kepada ilham_thahurah   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-07-06 23:40


hati manusia ni kecil....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 02:41


Pada 27-07-06 23:40 , farah_hanan posting:

!!! QUOTE !!!

hati manusia ni kecil....


Hati, satu alam yang amat luas.. hampir misteri seperti misterinya kejadian roh.. ia adalah hakikat insan... hati kita kecil... tapi Allah kata: " seluruh alam ini terlalu kecil bagi-Ku, tapi hati hamba-Ku amatlah luas bagi-Ku", hanya hati yang mampu menanggung Kebesaran dan Keagungan Allah, malah Arasy juga akan lebur dihadapan Kebesaran-Nya...

Allah berkata: "Qalbu mu adalah taman-Ku, dan syurga-Ku adalah taman mu; jika engkau tidak bakhil dengan taman mu dan Engkau letakkan makrifah-Ku di dalamnya, maka Aku juga tidak akan bakhil denganb taman-Ku, bahkan Aku akan masukkan mu ke dalam taman-Ku."

Berbahagialah mereka yang senantiasa menilik ahwal hati mereka.. berbahagia, berbahagia dan berbahagialah...!

O Allah... kepada siapakah kami telah serahkan hati kami?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 08:59


salam...

jangan lah tudung labuh tu yang disalahkan. si pemakainya yang bersalah... ana yang mme hidup dalam suasana muslimat bertudung labuh ni, memang ada orang-orang yang macam ni. tapi ada juga yang baik, dan betul-betul jaga muamalah, yang mngjaga suci zahir dan batinnya, dan ada juga yang sentiasa mnyucikan diri. Masih ada di antara mereka yang tak ada pakwe, yang jaga hubungan muamalah dengan muslimin....

dalam hal ni, pakaian tak patut dijalankan landmark sesuatu 'salah'. Tudung tu tak salah...

secara peribadinya, ana kesal lah dengan perlakuan muslimat tu. memang nila setitik rosak susu sebelanga... kerbau di sawah habis terpalit semua lumpur....

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 10:04


bersabarlah saudara/i ku.. sesungguhnya tiap kejadian ada hikmahnya.. terlihat pemandangan muslimah berbusana muslim yang masih kekal dalam maksiat, sedarilah oleh kita.. betapa islam dalam fitnah yang besar.. terusla kita dalam istiqamah.. berusaha mencegah kemungkaran.. dirikanlah solat.. bantula saudara kita dalam menegakkan solat.. kita sendiri.. berusahalah memperbaiki mutu solat.. sesungguhnya solat adalah segala pokok amal.. dan meninggalkan solat.. adalah segala punca kemaksiatan..

p/s: kami dengar dan kami taat... inna solati wanusuki wamahyaya wamamati.. LILLAHI TAALA.. tidak bergerak sesuatu tanpa izinNya.. ALLAHU AKBAR!

wallahualam..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 28-07-06 10:07 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 10:06


Pada 26-07-06 22:02 , qutb posting:

!!! QUOTE !!!


... macam ana, ana ada hadapi beberapa masalah.ana masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi(kampus di kelantan).setiap kali assignment diberi mesti dibuat dalam berkumpulan. bila dah berada dalam kumpulan,mesti ada percampuran antara lelaki dan perempuan. kadang-kadang pelajar2 lelaki seperti tak faham dengan batas pergaulan antara bukan mahram.ana ada cuba mengelak,tapi rasanya makin galak pula mereka mendekati.ana tak tahu sama ada mereka ni betul-betul tak faham atau buat-buat tak faham.
lebih merumitkan lagi bila dalam kelas praktikal...biasanya dalam makmal.sememangnya ana tak mahu memulakan perbualan dengan mereka.kalau boleh ana mahu satu kumpulan praktikal 2 semuanya golongan hawa saja.tapi....lain pula jadinya.ana tersepit..kadang-kadang rasa macam nak menangis saja..rasa serba salah yang teramat sangat...
"Ya,ALLAH...bantulah hambaMU ini dalam menghadapi ujianMU...Jauhkanlah aku daripada fitnah dan dosa yang mebawa kepada kemurkaanMU..."
ana harap sahabat2 dapat bantu ana.beri sedikit kata-kata nasihat buat bekalan ana...


USM Kubang Kerian ek? Ambik Medic ke? Mencabar juga kehidupan seorang muslimah seperti awak. Kan bagus kalau semua lelaki dalam kursus awak tu punya expectation tinggi terhadap muslimat, macam saya ... :-P ... bila expectation tinggi kita pun akan hormat dan "tak berani" nak dekat ...

Sebab tu orang di sekeliling kena peka akan situasi yang dilihat ... perlu tahu sama ada muslimat tu dalam keadaan terpaksa atau sengaja .. kalau muslimat tu kita tak kenal tak wajar buat andaian melulu ... macam kes saya jumpa siswi kat Hentian Putra tu memang nampak jelas pasal dua-2 tu saya kenal ...

Untuk qutb pulak, mungkin kita sama-2 boleh tolong ... tapi boleh tak qutb ceritakan dengan terperinci suasana persekitaran semasa praktikal tu ... ? Ada tak ahli perempuan dalam kumpulan qutb tu ? Yang lelaki tu pulak muslim atau non-muslim ..?


Pada 27-07-06 10:51 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!

jangkaan yang tinggi terhadap mereka yang begini, alhamdulillah. bersangka baik itu memang dituntut, maka hendaklah dijauhi jika fikiran kita ni sentiasa nak bersangka buruk terhadap orang lain.


Ya bersangka baik ... expectation yang tinggi juga boleh menimbulkan sangkaan yang baik ... namun tak semua manusia boleh bersangka baik ... golongan yang berpegang pada fahaman "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" cenderung untuk membuat andaian yang tak elok ...


Pada 27-07-06 10:51 , ismi_safiza posting:

!!! QUOTE !!!


Manusia hakikat kejadian adalah sempurna, namun atas kebijaksanaan manusia itu sendiri untuk melengkapkan kesempurnaannya. janganlah kita merasakan mereka itu selayaknya untuk diagungkan kerana mereka juga manusia biasa sahaja.



... Diagungkan ? Betul jugak tu ... walaupun kita letakkan expectation yang tinggi tu tak bermakna kita agungkan mereka ... bukan kita nak anggap mereka umpama malaikat (atau lebih tepat bidadari :-di ) yang bersih dari dosa .. maksiat hati sikit-2 tu kadang-2 ada ... cuma yang kita harapkan ialah kecantikan akhlak yang luaran tu .. dalaman Wallahua'lam ...
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 28-07-06 10:18 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 28-07-06 11:41


Pada 27-07-06 23:01 , farah_hanan posting:

!!! QUOTE !!!

setakat bertudung labuh, belom tentu adalah yang terbaik...
kadang-kadang lebih teruk dari apa yang kita jangka kan.....


farah hanan macam ada pengalaman pahit saja dengan golongan macam ni.... atau mungkin.... hmmm ana pun tak pasti. "sounds like - kecewa :)

~dulu ana pun tak berapa suka dengan orang pakai tudung labuh... asalnya memang rapat, sebab silap yang kecil saja dan juga salah faham... terus jadi menyampah dengan mereka... padahal masa tu meka tak buat salah pun, ana lah yang salah sebb terlalu mudah berkecil hati.... rasa diri mereka tu macamlah bagus sangat, orang lain teruk....
hmmmm.... mungkin ketika itu mazmumah terlalu sarat bersarang dihati.... datang hidayah, tidak dipegang pula.... ditambah fitnah syaitan, akhirnya buat ana makin menjauh dari mereka.

alhamdulillah.... kini ana mampu bersangka baik dan ana dah pakai tudung labuh pun macam orang-orang yang pernah ana menyampah tengok satu masa dulu.... hmmm sekarang ni dimanakah mereka semua... rindu sangat nak bertemu, ana tahu mereka semua sayangkan ana cuma masa tu ana saja yang tak faham...

setiap manusia ada kelemahan, tapi janganlah kita pandang dominan yang lemah itu.... sebab itu yang akan timbulkan perasaan negatif. dan hilangkan kasih sayang dan ukhwah sesama manusia. itu fitnah syaitan juga smapi jadi macam tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

ika_3004
Warga Rasmi
Menyertai: 24.03.2006
Ahli No: 23696
Posting: 19
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 28-07-06 13:14


asalamualaikum..
bismillahirrahmanirrahim..
ana ada sedikit pandangan.janganlah kita membuat kenyataan yang akan membuat muslimat2 yang ingin bertudung labuh berfikir "aku tak cukup baik,nanti aku malukan orang bertudung labuh"..ana sendiri akui,ana terlalu banyak kekurangan,tetapi ana memakai tudung labuh adalah sebagai satu langkah untuk mentarbiyah diri ana.bila kita mula bertudung labuh,insyaAllah muslimin tak berapa berani nak dekati kita..kita kena ingat,hidayah tu semua datang dr Allah..kadangkala dosa itu boleh memberikan hikmah apabila seseorang itu menyesali dosa yang dilakukannya.semua ni proses pembelajaran dalam memperbaiki dr kita sebagai KHALIFAH Allah..bila kita insaf atas setiap perbuatan kita yang salah,pegangan kita bertambah mantap dan insyaAllah lebih istiqamah dalam menjalani hidup yang dibatasi syariat ni :) mudah-mudahan Allah memelihara kita dr fitnah dunia yang terlalu mencabar..Alhamdulillah Allah masih memelihara nikmat IMAN dan ISLAM pada dr kita...syukur..
kata seorang sahabat ana,apa yang kita kutuk orang lain buat,kemungkinan besar kesalahan tu ada pada diri kita sendiri..oleh tu,sama-samala kita muhasabah diri..kalau ada yang tersalah laku dan terlalai,ingatkanlah mereka dengan kasih sayang yang sepatutnya wujud antara setiap muslim..doakanlah Allah melimpahkan rahmat,kasih sayangNya dan hidayahNya kepada mereka dan juga kita sendiri...wallahu a'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika_3004Profil   Hantar PM kepada ika_3004   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 28-07-06 13:28


alhamdulillah... ana setuju dengan ika... mudah2an kita semua dapat istiqomah dan jadi lebih baik dr hari ini dan seterusnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 28-07-06 14:02


dah jadi isu pulak muslimah yang bertudung labuh...tapi sekurang2nya mereka dah penuhi syariat..Alhamdullilah.. Ia melambangkan wanita solehah. Tapi jangan pulak menggangap wanita yang tak bertudung labuh sebaliknya. Semuanya sama cuma dari segi pemakaian mungkin orang akan melihat orang yang tak bertudung labuh ni tak alim.

saya akaui, saya bukan wanita yang memakai tudung labuh. Memadailah tudung kita dilabuhkan, menutupi bahagian yang sepatutnya dilindungi. Saya suka tengok perempuan yang pakai tudung labuh, sejuk mata memandang. kadang kala terasa rasa rendah diri.

tapi saya belum tergerak hati untuk memakai tudung labuh. cukuplah apa yang saya lakukan sekarang. Kerana diri belum cukup baik untuk melakukan.. Memang betullah pendapat sesetengah orang apabila kita pakai tudung labuh boleh mendidik diri kita, tapi tak semua boleh buat begitu. Hati juga perlu jaga, Kalau baik luaran dalaman belum tebtu baik..

saya bukan nak blame orang bertudung labuh. Masa belajar dulu, ramai kawan saya yang bertudung labuh. Mereka tak berpuak2 nak berkawan. semuanya boleh masuk, sekurang2 nya bila kita berkawan dengan gol ini ia sedikit sebanya mendidik kita tapi biasalah manusia, zaman dan berubah, sekarang apabila dah ada kerjaya, semua dah ditinggalkan, dah tak ada tudung labuh.. Bukan ingin menuduh tapi hakikat, terkejut juga bila dah jumpa. Ramai yang dah tak bertudung labuh.. Inilah ynag saya takut. Belum sempurna lagi iman kita.. mungkin kita pakai kerana terpengaruh, sedangkan hati belum kuat untuk menerima..

betul lah kata sahabat kita jangan dipersalah tudung labuh, sebaliknya lihatlah pada mereka yang menyalahgunakannya..
janganlah kerana seorang, semua yang terkena...InsyaAllah kalau niat kita betul Allah akan permudahkan urusan kita, Dan kepada yang tak bertudung labuh, mungkin orang nampak kita tak alim, tapi tak semestinya kita tak baik...

pengalaman mendewasakan diri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 15:48


Nampaknya ramai yang suka cakap pasal tudung labuh ... kalau anda semua baca betul-2 posting saya ....

"Fokus kita kat sini gadis berpakaian sopan, jubah, berstokin, busana muslimah dan pakaian yang menggambarkan ciri-2 muslimah, tak terhad hanya pada mereka yang bertudung labuh ...
. "

... mungkin ramai yang terkeliru dengan istilah "berpakaian sopan" yang saya maksudkan .. mungkinkah mentaliti kita yang menganggap hanya "tudung labuh sahaja" pakaian yang sopan untuk wanita muslim? Tudung biasa dan tiga segi yang dilabuhkan untuk menutup bahagian dada agar tidak ternampak dada itu dengan jelas ... Memakai jubah yang longgar dan besar biarpun tanpa memakai tudung labuh rasanya masih boleh dianggap sopan ... dan jangan lupa pada stokin ... Nampaknya saya kena ubah balik definisi saya biar betul-2 spesifik ..

di sini saya nak siarkan kat sini pengalaman amilyn yang memakai jubah ...

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=24728&forum=3

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 16:02


emm..tak boleh nak disalahkan pandangan transmissionline.tapi, tak semua orang begitu..tepuk dada tanya iman, apa matlamat sebenar bertudung labuh/imej islamik.jika sekadar ingin menimbulkan rasa bangga dalam diri, buanglah jauh2..tidak akan mentarbiyyah diri sahabat2 malah 'mengejek' pakaian islam itu sendiri.

Alhamdulillah...dah 1thn ana bertudung labuh.ana bersyukur sngt2 pada Allah kerana beri peluang untuk ana berhijrah..ana pakai untuk melengkapkan aurat ana, untuk mentarbiyyah diri ana dan sekaligus menjadi hijab bagi diri dan kelakuan ana.Alhamdulillah...augerah ketenangan yang Allah bagi cukup besar...ana rasa sungguh bahagia dengan pakaian sebegini..masa pertama kali ana pakai di hadapan cermin, terus ana menangis..menangis kerana ana tak pakai pakaian ni dari dulu lagi.memangis kerana perasaan yang sama dengan mimpi yang ana alami..alhamdulillah...ana masih diberi keizinan istiqamah..ibu dan ayah agak terkejut dengan perubahan ana kerana ana mendapat pendidikan di sekolah sekular.tapi, ana jelaskan pada mereka dengan penuh hikmah...Alhamdulillah, mereka terima dan ana bebas bertudung labuh keluar bersama keluarga..biarlah tak cantik di mata manusia, tapi cantik dan indah di pandangan Allah..

setiap yang Allah bagi, mesti ada ujian kan...?seperti pandangan&expectation transmissionline, cukup menakutkan ana..takut jika ana tergelincir kelak.takut kerana sangkaan baik orang yang mungkin memakan diri.masa cuti sem yang lepas, ana praktikal.Allah sahaja yang tahu betapa susahnya ana untuk sesuaikan diri dengan suasana kerja.ana praktikal di mahkamah dan terpaksa bergerak berkumpulan lelaki dan perempuan.tak kurang ada juga yang tak mahu membantu ana kerana imej ana yang bertudung labuh.di kuliah pula...entah..ana rasa macam duduk seorang-seorang..tak ada kawan sefikrah yang boleh membantu ana..ada juga sahabat-sahabat yang kurang senang dengan perubahan ana..wallahu'alam...terang-terang mereka berjumpa ana dan tanyakan ana dr sek agama mana..?ana cuma katakan ana tak bersek agama..dan kemudian mereka kata walaupun mereka sek agama, tak pakai macam ana, tapi mereka ada ilmu agama yang lebih banyak dr ana..orang pun tak tahu yang mereka ada ilmu macam tu. tak macam ana...berpakaian islamic tapi ilmu kurang...ana cukup sedih masa tu...rasa nak menangis kat situ...ana sedar ana tak bersek agama, tapi salahkah ana nak buat apa yang ana tahu...?walaupun ilmu ana tak banyak...?bagi ana ilmu agama boleh cari di mana-mana..itu yang sedang ana usaha...Alhamdulillah..ada lecturer2 yang dapat ana rujuk selain kitab2 dan buku2 agama.dan Alhamdulillah...nikmat yang Allah bagi tak ternilai...

tak salah transmissionline expect macam tu..tapi jangan terlalu tinggi kerana tak semua orang sempurna...hanya diri sendiri yang dapat nilai kelemahan diri..kepada para muslimah...ayuh istiqamah..!


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 16:37


raudhah84 .. barangkali mereka merasakan yang zaman bertudung labuh mereka sudah berlalu .. dah bila melihat orang seperti awak baru nak berjinak-2 dengan tudung labuh mereka mungkin anggap anda ketinggalan zaman ... mungkin!

atau barangkali mereka rasa tercabar kerana mereka yang berpendidikan agama pun tidak pakai tudung labuh .. maka dicarilah alasan supaya mereka tak rasa bersalah tidak memakai tudung labuh .. mungkin!

Namun saya berpendapat asalkan berpakaian sopan, tudung menutup dada, pakai stokin, tidak memakai pakaian ketat, tidak memakai pakaian yang mendedahkan bentuk tubuh, berstokin .. Alhamdulillah tu pun dah kira sopan ...

Muslimah yang transform dari tudung labuh ke tudung biasa juga jadi isu ... tapi asalkan masih dalam kategori berpakaian sopan seperti memakai busana muslimah tu rasanya tak ada masalah .. bagaimana pendapat ahli lain ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-06 18:51


assalamualaikum

!!! QUOTE !!!


Muslimah yang transform dari tudung labuh ke tudung biasa juga jadi isu ... tapi asalkan masih dalam kategori berpakaian sopan seperti memakai busana muslimah tu rasanya tak ada masalah .. bagaimana pendapat ahli lain ?


sebelum ana boleh respon, ana nak juga make sure istilah tudung yang sahabat2 maksudkan.

GAMBAR A -
/


GAMBAR B -
/


GAMBAR C -
/


GAMBAR di -
/

mengapa saya tunjuk gambar2 ini?.

gambar A memang sah biasa orang panggil TUDUNG LABUH

Gambar B, ada setengah dari kita panggil TUDUNG LABUH (SETENGAHNYA PANGGIL TUDUNG BIASA YANG SYARA')

Gambar C, TUDUNG BIASA. yang ini beza sikit saja dengan yang di. dia hanya biarkan ke bawah. memang tutup **** tapi kena tengok jenis kainnya juga. kebetulan saja gambar siti yang ada. jangan kata saya peminat siti.

Gambar di, TUDUNG BIASA (YANG PERLU DITELITI -ADAKAH SYARA'?) setengah yang memakai kata, dia sudah menutup aurat. setengah yang memandang kata... tak tutup lagi tu... boleh nampak **** dan jarang. dan inilah yang kebanyakkan pelajar dan masyarakat kita pakai sekarang. kebanyakkan jenis jarang -bawal.

pentingkah klasifikasi ni? penting untuk elak salah faham. transmissionline maksudkan tudung biasa yang mana? B atau C atau di? ana minta pendapat sahabat semua istilah 'tudung biasa' yang selalu sahabat mention tu. klasifikasi ni penting juga untuk memudahkan penjelasan penutupan aurat.

klasifikasi yang ana tulis di atas bukan muktamad hanya berdasarkan persepsi ana sahaja.

harap muka sapa yang tertera ni tak marah, ana cari hanya untuk tujuan diskus ilmiah sahaja. sahabat2 jangan buat serangan peribadi yang buruk pulak pada mereka di atas. nanti masalah lain pula timbul
[ Telah diedit oleh: muslimah_johor pada 28-07-06 20:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 06:02


:) saya antara muslimah yang transform dari tudung bulat ke tudung empat segi (masih labuh lagi.. insya-Allah) .. kasihan kan.. tak mampu nak istiqamah.. bknla sebab saya memandang rendah pada mereka yang bertudung bulat.. tidak sama sekali.. cuma, mungkin saya sifatkan ianya berlaku atas kelemahan saya sendiri.. gaya saya pakai tudung.. macam gambar siti tu.. macam budak sekolah nya fesyen.. (mengikut syara' tak?)

erm, sebaik lepas SPM.. saya bekerja sebagai operator di kilang elektronik selama 3bln secara kontrak sementara menunggu keputusan SPM.. itulah detik permulaan saya menukar dari tudung bulat ke tudung 4 segi, memandangkan polisi company tidak membenarkan pemakaian tudung bulat kepada operator.. terkenang penerimaan arwah ibu, di hari pertama saya bekerja.. beliau terkejut.. eh! Kenapa pakai tudung macam ini? baru start kerja dah tukar pakai tudung.. nanti.. akan2 datang.. subhanallah.. kemudian.. terpaksala saya yakinkan pada beliau.. keyakinan Islam, tetap teguh dalam jiwa, walaupon saya tak lagi pakai tudung bulat.. asalkan saya masih melabuhkan tudung menutup dada, selagi mereka tidak melarang saya menjalankan tanggungjawab sebagai Islam.. bukankah itu sudah memadai? saya berusaha meyakinkan beliau.. bila tiba masanya, saya akan kembali menyarung tudung bulat...

namun,.. masa terus berlalu.. hinggala beliau telah menghembuskan nafas terakhir.. hingga saat ini saya masih belum lagi bertudung bulat.. entahlah.. dengan pekerjaan yang saling bertembung, bercampur dan berbincang dengan lelaki Islam dan bukan Islam,.. saya bimbang andai dengan pemakaian tudung bulat, saya turut menjadi fitnah buat mereka yang tidak berdosa.. mungkin saya belum punyai kekuatan dan iman yang kental..

p/s: doakan saya ye!

wallahualam..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 29-07-06 06:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-06 18:17


Pada 28-07-06 15:48 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

Nampaknya ramai yang suka cakap pasal tudung labuh ... kalau anda semua baca betul-2 posting saya ....

"Fokus kita kat sini gadis berpakaian sopan, jubah, berstokin, busana muslimah dan pakaian yang menggambarkan ciri-2 muslimah, tak terhad hanya pada mereka yang bertudung labuh ...
. "



maafkan saya, permulaan topik ini memberikan pernyataan,"bertudung labuh"...

mendengar kisah fatin3, teringat kisah seorang teman. Bahana kerja di tempat yang mengamalkan polisi "tidak dibenarkan bertudung labuh", tapi alhamdulillah walaupun dia tidak bertudung labuh @ bulat, tetapi dia masih cuba untuk bertudung 4 segi yang dilabuhkan.polisi umum di sesuatu persekitaran itu sebenarnya mempengaruhi diri seseorang.

jika mereka salah, tegurlah mereka. jika mereka benar, bersamalah mereka untuk meraih pahala. jangan terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap mereka, mereka juga golongan biasa. Namun, mereka lebih diberi perhatian apatah lagi jika ia berkaitan dengan akhlak yang dipamerkan. Suka mengingatkan semua termasuk diri sendiri, satu yang kita lakukan akan dipandang orang berbanding 10 kebaikan yang kita lakukan.

wallahua'lam


-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ratusyahadah_uiam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.06.2004
Ahli No: 9636
Posting: 72

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 14:12


salam..
tak salah membuat anggapan begitu cuma yang paling penting jangan sama kan semua yang bertudung labuh dan segala ciri2 yang disebutkan diatas adalah sama. Dah jadi adat, manusia akan lebih memberi perhatian pada golongan diatas.. kita akan lebih memperhatikan dan membuat penilaian pada setiap tingkah laku mereka berbanding glongan lain..saya sendiri pun ada expectation sendiri pada muslimin yang berkopiah dan berbaju melayu berbanding golongan lelaki yang memakai jeans dan selekeh..situasi nya sama saja yang dihadapi oleh transmission..
memang kita tak boleh hanya sekadar memandang luaran..cuma kadag2 schema yang ada dalam minda kita susah nak diubah..yang berpakaian sopan tak semstinya baik hati budinya, tapi mungkin itu permulaan itu mengatakkan seseorang itu seorang yang baik dan solehah...bab berjalan berduaan dengan lelaki tu mungkin kita boleh buat penilaian secara individu..itu makin lebih adil dan saksama..
Wallahua'lam.

note: Pandangan mata selalu menipu pandangan akal slu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki Jika hati itu bersih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratusyahadah_uiamProfil   Hantar PM kepada ratusyahadah_uiam   Pergi ke ratusyahadah_uiam's Website   Quote dan BalasQuote

mellisaleez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.05.2005
Ahli No: 16270
Posting: 210

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 16:05


Alhamdulillah...tak salah kita meletakkan high expectation pada wanita yang bertudung labuh ni...sememangnya pakaian mencerminkan keperibadian....tapi bukan 100%.....setiap manusia tak sempurna perilakunya...siapalah kita nak menilai manusia lain...Allah yang lebih berhak...kita hanya memandang dari mata kasar sahaja, sedangkan di sebalik kejadian itu mungkin ada hikmah lain yang tidak kita jangkakan...Allah yang maha mengetahui....namun begitu, sebagai muslimah bertudung labuh, perlulah kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik selain menjadi contoh kepada wanita lain.....berfikirlah sejenak sebelum melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah....jika fitnah terjadi, bukan sehari dua untuk kembali ke asal malah memakan bulan atau tahun....jangan kita menghina orang yang jahat kerana kemungkinan dia akan bertaubat dan beribadat melebihi diri kita...berprasangka baiklah kita sesama umat....dan doakan untuk kebaikan orang lain....insyaAllah...wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mellisaleezProfil   Hantar PM kepada mellisaleez   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 16:22


assalamu'alaikum,transmissionline...
pertama sekali,terima kasih sebab sudi bantu ana.keduanya,ana memang belajar di USM kubg kerian tapi bukan course medic.ana ambil jurusan sains forensik..
ana terus menjawab soalan...mengenai persekitaran semasa di makmal/praktikal,dalam kumpulan ana ada ahli perempuan..dan ana biasanya akan minta untuk digandingkan bersama mereka jika ada sebarang eksperimen.cuma yang menjadi masalahnya,pelajar lelaki(muslim) secara tiba-tiba interfere.pelajar non-muslim tidak menjadi masalah pada ana memandangkan mereka tidak banyak bercakap dengan pelajar melayu melainkan perkara yang sangat penting.tak salah mereka nak bertanya jika ada masalah,tetapi yang ana tak faham Kenapa perilaku seolah-olah mereka tak menghormati pendirian ana.kadang-kadang dengan muka selamba datang duduk di sebelah,cuba untuk berborak..tndakan ana,cepat-cepat lari(bukan lari 100m..cuma larikan diri daripada situasi yang buat ana rasa tak selesa dan berdosa)tapi Kenapa mereka susah untuk memahami?diharapkan sahabat2 sudi membantu ana....
:-? :-? :-? :-? :-? :-? :-? :-? :-? :-?


-----------------
~Tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepadaNya...~
[ Telah diedit oleh: qutb pada 30-07-06 16:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 21:14


Subject: Penting …Petition bantah-IFC

wrbt
For those yang belum sign the above petition, you
can do it online at the following address :-
sign di sini -->

http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/


Pengenalan PEMBELA
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
(PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO
Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-
isu berkaitan dengan kedudukan Islam di
Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah
memutuskan untuk menubuhkan gabungan
tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama
organisasi Islam di Malaysia.
Laman web rasmi: http://www.myislamnetwork.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 12:00


Pada 30-07-06 16:22 , qutb posting:

!!! QUOTE !!!

assalamu'alaikum,transmissionline...
pertama sekali,terima kasih sebab sudi bantu ana.keduanya,ana memang belajar di USM kubg kerian tapi bukan course medic.ana ambil jurusan sains forensik..


ooo .. nampaknya lepas ni kerja kat institut sains forensik berhampiran HKL tu lah ?? nanti kalau ada apa-2 kes yang kena buat CSI tu boleh lah story sikit kat sini ye ...


Pada 30-07-06 16:22 , qutb posting:

!!! QUOTE !!!


cuma yang menjadi masalahnya,pelajar lelaki(muslim) secara tiba-tiba interfere.


tu baru cabaran semasa belajar .. belum lagi cabaran semasa kerja ...

Pada 30-07-06 16:22 , qutb posting:

!!! QUOTE !!!


tetapi yang ana tak faham Kenapa perilaku seolah-olah mereka tak menghormati pendirian ana.kadang-kadang dengan muka selamba datang duduk di sebelah,cuba untuk berborak..tndakan ana,cepat-cepat lari(bukan lari 100m..cuma larikan diri daripada situasi yang buat ana rasa tak selesa dan berdosa)tapi Kenapa mereka susah untuk memahami?diharapkan sahabat2 sudi membantu ana....


bagi saya sikap anda yang tidak berapa nak layan mereka tu sebenarnya sudah cukup .. memanglah susah nak elak .. kalau terlalu berterus terang takut mereka kecil hati ... barangkali lelaki tersebut dari latar belakang berlainan yang tidak faham adab pergaulan seorang muslimah sejati ... tu lah pentingnya lelaki perlu ada expectation tinggi terhadap muslimat ... agaknya lelaki tu cuba nak mengorat awak .. maklumlah gadis yang berpakaian sopan atau bertudung labuh ni pun tak terlepas dari menjadi sasaran lelaki mata keranjang atau lelaki mat bunga, tambah pulak kalau wajah tu manis dan menawan ...

saya tak tau nasihat apa yang saya nak bagi .. cuma saya harapkan agar qutb akan terus istiqamah ... kuatkan iman ... kalau tak kuatkan iman tu yang timbul kes muslimat berpakaian sopan ada boyfren dan keluar dating tu ...

selamat maju jaya untuk qutb .. mohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan manusia sebagaimana yang disebut dalam surah an-Nas ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 31-07-06 16:44


Pada 29-07-06 06:02 , fatin3 posting:

!!! QUOTE !!!

:) saya antara muslimah yang transform dari tudung bulat ke tudung empat segi (masih labuh lagi.. insya-Allah) .. kasihan kan..

bila tiba masanya, saya akan kembali menyarung tudung bulat...

namun,.. masa terus berlalu.. hinggala beliau telah menghembuskan nafas terakhir.. hingga saat ini saya masih belum lagi bertudung bulat.. entahlah.. dengan pekerjaan yang saling bertembung, bercampur dan berbincang dengan lelaki Islam dan bukan Islam,.. saya bimbang andai dengan pemakaian tudung bulat, saya turut menjadi fitnah buat mereka yang tidak berdosa.. mungkin saya belum punyai kekuatan dan iman yang kental..

p/s: doakan saya ye!

wallahualam..


insyaAllah akan tiba juga masanya.... kena kumpul kekuatan....

fatin bukankah bekerja sendiri?... tak tahulah apa pendapat orang lain... tapi bagi ana, bekerja sendiri lebih memudahkan untuk menetapkan apa sahaja cara berpakaian yang kita mahu.... bukan sekadar nak bertudung labuh.... berpurdah sekali pun boleh!....

insyaAllah, andai kita ikhlas, Allah akan lindung kita dr fitnah, dengan izin Allah, mungkin boleh jadi cahaya untuk orang lain mendapat hidayah juga... masyaAllah hebatnya....

jangan takut untuk hilang pelanggan atau seumpamanya... insyaAllah kalau kerja kita bagus, orang tetap akan cari kita...
cuma pandai2lah kita mengawal diri semasa berkomunikasi.... elakkan dr mudah2 nak bergurau2 dengan lelaki yang bukan mahram.... terlebih banyak ketawa, cakap kuat2 dan sebagainya...

ana sering juga tengok di sekitar kl, wanita-wanita yang bukan sekadar bertudung labuh tapi juga berpurdah amat hebat dalam urus niaga, bermuammalat dan melayani pelanggan dalam keadaan menjaga batas syariat... alhamdulillah... perniagaan pun maju... orang pun makin respect pada mereka.... nyata situasi sekeliling yang adakalanya ramai juga lelaki lansung tak menggugat mereka walaupun dalam keadaan berbusana anggun, sunnah sahabiah itu.

polisi persekitaran bekerja ana rasanya lagi dahsyat dr fatin (almaklum berada ditgh2 dunia hiburan dan dunia glamor)... tapi ana cuba juga, walaupun pada mulanya terasa juga takut jadi fitnah dan janggal, tapi andai tetap luruskan hati, apa-apa sahaja buat demi mardhotillah, insyaAllah, akan terasa izzah dengan islam dan imej islam yang kita bawa...

biarlah apa orang nak kata... yang penting pandangan Allah, bukan pandangan manusia.

ana pernah ditegur beberapa kali dengan boss kerana bertudung labuh, ada sekali dengan big boss sampai nama ana jadi sebutan dalam meeting di kalangan pengarah. tapi ana tak peduli... sebab big boss yang utama iaitu "Allah S.W.T"....

andai hilang mata pencarian sekalipun... tak perlu nak ambil kisah... rezkikan dr Allah... dia yang mengawal segalanya... Allah pasti akan beri pada kita selagi kita bergantung harap padaNya. kadang-kadang rezeki yang diberi itu yang tak disangka-sangka... jadi jangan takut atau teragak2 buat sesuatu yang lebih baik untuk redhoNya. :)
[ Telah diedit oleh: yamina pada 31-07-06 16:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 16:52


tahniah yamina.... inilah sifat dan keyakinan yang perlu kita cari. yakin pada Allah dan tetap teguh anggun walaupun diancam :) semoga iman kita sentiasa terpelihara dan maju. AMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 16:57


Di sini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya daripada pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita Mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga aurat mereka, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana-sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung sebagai penutup aurat sudah melampaui dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan seumpamanya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita serta tidak berhias-hias denagan hiasan yang mana akan menjadi daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian dengan pemakaian sebegitu boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias- hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahu pun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung
yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya serta bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh mereka yang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh golongan yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap mereka yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar bahawa diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar daripada Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara
meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya
akhlak yang menghiasi peribadi wanita Muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful". Semuanya adalah apabila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 17:49


thanks kak yamina..

:) tak berani jugak.. belum cukup kekuatan.. iman tak teguh.. taknak jadi punca fitnah..

memang mustahil hilang mata pencarian.. tak pernah takut customer lari.. insya-Allah, rezeki di tangan Allah.. Dia lebih berkuasa untuk memberi dan mengambil balik.. segalanya hanya pinjaman..

belum tiba masanya.. mungkin ini cuma alasan.. tapi, insya-Allah.. dalam plan untuk ubah bisnes yang menepati syara' yang dapat mengurangkan ikhtilat.. insya-Allah.. masa akan tiba.. semoga Allah permudahkan segala urusan.. amin..
[ Telah diedit oleh: fatin3 pada 31-07-06 17:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

qutb
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.11.2004
Ahli No: 12610
Posting: 133
Dari: kuala lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 08:46


terima kasih,transmissionline...

insyaallah,ana akan terus istiqamah dalam setiap perbuatan yang mmbawa kepada kebaikan..doakan kami (golongan muslimat) supaya dijauhkan daripada fitnah dajjal dan kemungkaran..

semoga keberkatan dan rahmat ALLAH swt sentiasa melimpahi dan memayungi hidup anda...

wassalam...
:roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll: :roll:


-----------------
~Tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepadaNya...~


Bookmark and Share

    


  Member Information For qutbProfil   Hantar PM kepada qutb   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 10:38


Pada 31-07-06 16:57 , Al-Aniesah posting:

!!! QUOTE !!!



Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.



Sekarang orang tak hairan dengan perempuan bertudung ... tapi bagi saya sendiri perempuan bertudung ni ada kategori dia ... kebanyakan perempuan bertudung yang saya lihat melakukan perkara tak elok seperti berdua-2an, bercium, bercouple adalah mereka yang bertudung tapi "tidak lengkap" penutupan auratnya seperti memakai baju ketat dan seluar ketat ...

Dan sekarang ni tinggal satu lagi kategori iaitu yang bertudung dan berpakaian sopan lengkap tutup semua (ingat! tak semestinya bertudung labuh!) .. mereka dari kategori inilah yang diharapkan dapat menonjolkan kesucian wanita Islam di mata masyarakat ... kalau kategori ni pun tergelincir maka tak dapat tidak MASYARAKAT akan salahkan semua ... saya pernah dengar orang cakap "tudung labuh pun ada nafsu jugak ..." .. nak ke jadi sampai macam tu ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 12:01


dont judge a book from its cover ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 12:25


ikut saja suruhan ALLAH dan tinggalkan larangan-Nya.
baru selamat.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

fatin3
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2003
Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 12:36


biarlah segalanya ikhlas kerana Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin3Profil   Hantar PM kepada fatin3   Pergi ke fatin3's Website   Quote dan BalasQuote

majdah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4046
Posting: 28
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 01-08-06 12:58


bagi saudara...........
mempunyai tanggapan yang tinggi terhadapa seseorang perempuan yang sedemikian tidak salah......tetapi kita harus ingat bahawa tidak semua perempuan yang berpakaian begitu adalah sempurna.....manusia mempunyai keinginan dan itu tidak boleh dihalang.........mempunyai expectation yang begitu tidak salah dan amat bagus jika berkekalan............ini kerana kita mempunyai tanggapan yang baik terhadap seseorang.......biarkalah perempuan tersebut bersikap sedemikian.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For majdahProfil   Hantar PM kepada majdah   Pergi ke majdah's Website   Quote dan BalasQuote

sinah
Warga Rasmi
Menyertai: 30.07.2006
Ahli No: 25507
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 14:35


kita hanya manusia biasa.

tolong bagi pandangan kat sini pula:

tolong untuk bagi pendapat:

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=24795&forum=75&start=30

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinahProfil   Hantar PM kepada sinah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 01-08-06 15:02


Pada 01-08-06 12:01 , nabilpoyo posting:

!!! QUOTE !!!

dont judge a book from its cover ok


pandangan anda ni terlalu umum .. apa anda maksudkan ?? adakah bermaksud jangan menilai seseorang negatif dari segi cara pemakaiannya ?? Kalau yang tu saya pun setuju ... walau seteruk mana pun pakaiannya janganlah kita riak dan membanding-2kan pakaian kita lebih baik dari mereka ....

Pada 01-08-06 14:35 , sinah posting:

!!! QUOTE !!!

kita hanya manusia biasa.

tolong bagi pandangan kat sini pula:

tolong untuk bagi pendapat:

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=24795&forum=75&start=30


betul tu sinah ... tapi jangan pula itu dijadikan alasan untuk kita menerjunkan diri dalam dunia kemaksiatan ... takut ramai nanti yang beralasan "kita hanya manusia biasa" bila dipersoalkan tentang kemaksiatan yang dilakukan ... yang penting kita bermujadah menghadapi segala ujian .. at least kalau kita tewas pun tak lah kerana menyerah diri ...

tentang pendapat tu .. ni mesti yang pasal nak kawin awal tu kan .. saya ada hantar posting dalam topik tu .. mungkin kita boleh bincang lagi untuk membantu awak untuk kuatkan semangat ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

zahratul_wardah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9470
Posting: 283
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-08-06 15:15


!!! QUOTE !!!

salam...

awak tidak bersalah kerana berfikiran sedimikian...itu lumrah manusia...sangkaan awak sama juga dengan sebiji buah yang mungkin cantik luarannya tapi dalamnya penuh dengan ulat malah busuk dan tidak sedap....manusia juga begitu....mereka berbeza...fikiran dan hati manusia berbeza...kadangkala pakaian menggambarkan seseorang pada luarannya sahaja...tapi hati berbeza...kerana itulah timbul andaian2 manusia yang mengatakan "kalau pakai tudung pun berperangai begitu, baik tak payah pakai" orang-orang sebegini tidak memhami Islam dengan sebenarnya....oleh yang demikian lah.....orang yang benar-benar memahami Islam harus menjaga nama baik Islam...memelihara dan melindungi Islam dari dipersenda....

berbalik pada expectation awak...itu hak awak...tapi sebagai peringatan....pakaian hanya mencerminkan separuh sahaja sikap seseorang...perhatikanlah akhlaq nya dan pendiriannya terhadap agama...muslimah juga ada hak untuk mengatakan lelaki yang berkopiah dan berserban itu baik dan warak...walhalnya manusia ini tidak sama...

wassalam...





Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_wardahProfil   Hantar PM kepada zahratul_wardah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 08-08-06 11:16


Pada 26-07-06 16:15 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

transmissionline
em.. memang manusia ni sikapnye.. akan suka menilai..
mengkritik.. menganalisis.. membuat tanggapan..dan yang sewaktu dengannya..

cuma.. satu saja.. jangan anggap golongn yang tertera di atas..
semuanya.. sama.. as your expectation.. :-(
setiap manusia.. berbeza tingkah laku.. sikapnye..
kadangkala ada sebab musabab yang kita tak tahu..
only ALLAH knows.. and themselves knows better..



ana nak jawab.. memang tak salah..
sebab memang itu sikap manusia.. as ana mention di atas..

ana mohon maaf kalau ada ayat+isi ana mencuit hati dan mengguriskn hati yang membaca..
ana cuma menyampaikn pendapat ana..

maatasif jiddan.. :-( :-(



kepelbagaian sikap dan perangai manusia adalah sesuatu yang kita boleh terima dan akui ... semakin luas pergaulan semakin kita jumpa sikap manusia yang pelbagai ... jika selama ini kita mungkin hanya kenal kawan-2 yang rapat dan sekepala dengan kita ... setelah kita bergaul barulah kita tahu di luar sana ramai manusia dengan bermacam perangai ...

Expectation yang tinggi terhadap golongan muslimat bukanlah bermaksud untuk judge, menghukum atau menegaskan yang golongan muslimat WAJIB berkeperibadian sebagaimana yang diharapkan ... Memang diakui tiada manusia yang sempurna ... kita semua sudah cukup dewasa untuk mengakui tiada manusia yang sempurna ... saya pun tak mahulah nak anggap muslimat kena 100% sempurna, perfect ... cumanya saya "expect" dan saya "harap" wanita berpakaian sopan tidak "tergelincir" ...



Pada 26-07-06 17:11 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!

... saya mengharapkan golongan berpakaian sopan menjadi golongan yang baik-baik ...

..



Pada 28-07-06 10:06 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!



.. maksiat hati sikit-2 tu kadang-2 ada ... cuma yang kita harapkan ialah kecantikan akhlak yang luaran tu .. dalaman Wallahua'lam ...



Berapa ramai muslimat melihat "Expectation yang tinggi" terhadap mereka sebagai satu penghormatan ... atau setidak-2nya sebagai satu cabaran ??? Berapa ramai muslimin yang melihat "Expectation yang tinggi" sebagai satu cara untuk menjaga adab pergaulan dan sebagai satu cara menghormati pendirian sesetengah muslimah yang begitu tegas dalam soal pergaulan dengan bukan mahram ???


Pada 01-08-06 10:38 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!



.. mereka dari kategori inilah yang diharapkan dapat menonjolkan kesucian wanita Islam di mata masyarakat ...



Persoalan ini saya bangkitkan kerana tidak mahu lagi melihat wanita bertudung (umum ... maknanya semua style tudung yang mana bila bertudung kita tau lah dia tu orang Islam) sengaja menjerumuskan diri ke lembah yang hina seperti mana yang dapat kita lihat sekarang .. memang saya tahu yang anda semua dah cukup dewasa, bukan budak bodoh yang tak tahu dosa, bukan orang jahil yang tak tau mana baik mana buruk ... tapi ingatlah! godaan manusia juga satu ujian ... di luar sana kita tak tahu .. ramai buaya yang mencari mangsa ... dan wanita kadang-kadang hatinya lemah dengan pujuk rayu dan ucapan-ucapan yang indah ... tapi bagi seorang muslimah yang sejati ... saya percaya mereka tak selemah itu !

Saya cakap macam ni kerana saya tau di luar sana ramai buaya yang berangan-angan menikmati sajian wanita-2 muslimah berpakaian sopan dan bertudung labuh .. saya tau kerana saya "suka menilai.. mengkritik.. menganalisis.. membuat tanggapan..dan yang sewaktu dengannya.." ... saya tau kerana saya lelaki yang bergaul dengan macam-2 jenis lelaki ... yang mana dengan dengan pergaulan itu saya sendiri kadang-2 tersesat masuk ke daerah yang penuh dengan perkara-2 yang keji (tersesat masuk tau bukan terjebak dan terlibat) yang mana dari situ baru dapat saya buka mata melihat realiti kegawatan akhlak umat kita ...

... ini sekadar peringatan untuk muslimah sekalian agar berhati-2 .. di tempat kerja ?? di tempat belajar ?? kita tak tau .. bila-2 masa ujian dan godaan akan hadir ....

Maaf atas semua posting saya yang mengguris hati mana-2 pihak ... seronok jugak tengok topik ni meriah dengan lebih 1000 kali di baca dan hampir 5 muka pendapat dari semua, dan sengaja jugak saya mencelah bangkitkan isu-2 berkaitan agar perbincangan dapat dikembangkan ... terima kasih kepada qutb yang sudi cerita pengalaman walaupun tak ramai bagi respon ...

saja saja bukak topik ni kasi nampak gempak sikit tajuk dia , biar semua orang bagi pendapat walaupun isunya tak berapa ilmiah ... bukan apa, kadang-2 jeles jugak tengok topik jiwang, pasal pendam perasaan, pasal nak kawin , pasal cinta dapat sambutan hangat .... :-di

Sekian .. terima kasih atas semua response ... TAMAT
[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 08-08-06 11:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-08-06 22:36


erkkk dah tamat..baru nak respon..heh
best juga baca topic ni...
syukran atas nasihat transmissiononline yang bertarikh 08-08-06 @ 11:16...hehe
apapun banyak juga respon yang menarik..
semoga boleh jadi panduan to all muslimah...:)
All praise is for Allah, The benevolent..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 19:02


pertama sekali ana harap kita jangan bersangka buruk dalam hal macamni...aib...
hal macamni memang dah banyak berlaku..mereka juga insan biasa yang ingin brkasih sayang...sejauh mana prgaulan mereka, wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

mukminah_06
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25699
Posting: 72
Dari: malaysia

malaysia  


posticon Posting pada: 15-08-06 19:42


tak salah anta beranggapan begitu..
biasanya manusia akan menilai manusia melalui luaran saja..
tapi jangan kerana seseorang bebbuat demikian anta akan menganggap orang lae pun begitu..
manusia takkan lari dr membuat kesilapan..
mungkin perempuan itu tersilap langkah untuk sekali..
mungkin anta patut tegur dengan cari yang baik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukminah_06Profil   Hantar PM kepada mukminah_06   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 19:12


kat sini saya nak buat pembetulan sikit.
cuba link kat sini muslimah tudung labuh sombong? saya ada tersilap bagi posting...
untuk pengetahuan semua..fatin3 sekarang da pakai tudung labuh..kita semua doakan agar dia istiqamah ye...
insyaAllah...

saya tersilap sebab kat topic ni, fatin3 ada cakap dia masih belum transform lagi...minta maaf fatin3 ye...semoga dirahmatiNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

PuteriDesa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13061
Posting: 287
Dari: Tanjung Pengelih

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-08-06 22:03


tak salah jika anda atau sesiapa pun nak ada expectation yang tinggi terhadap golongan muslimat. saya sebagai muslimat juga suka jika muslimat tidak diusik hati dan perasaannya. biarlah jika sudah benar-benar berkenan dan cukup wang serta persediaan, hati seorang muslimat itu diusik. hakikatnya, jangan nilai seseorang dari luaran semata. kenalinya lebih dekat baru tau hal sebenar. sesungguhnya siapalah kita untuk menilai seorang itu baik, seorang itu tidak baik berdasarkan pemerhatian semata. Saya percaya, setiap muslimat yang telah terpaut hatinya dengan seorang lelaki tu akan sentiasa rasa bersedia untuk kahwin cepat agar tidak terusan membuat maksiat. tak kiralah maksiat yang terang-terangan atau maksiat hati. tapi mungkin ada masalah2 yang tidak dapat diselesaikan. sebab, perkahwinan memerlukan restu ibu bapa dan wang juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteriDesaProfil   Hantar PM kepada PuteriDesa   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-08-06 13:55


salam.
Dah terlambat ke untuk posting dalam tajuk ini.betul kan?tapi saya nak posting jugak.rasanya manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan termasuklah saya.mungkin kerana cinta dia terjebak,macam ada budak junior saya.kos perngajian islam tapi panggilan untuk pakwe dia abang dan pakwe dia panggil dia sayang.Pakwe dia bukan calang orang,budak tahfiz.Dok tayang gambar pakwe dekat bilik.keluar bersama2 selalu.entahlah,nak tegur salah tak tegur pun salah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-08-06 13:56


salam.
Dah terlambat ke untuk posting dalam tajuk ini.betul kan?tapi saya nak posting jugak.rasanya manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan termasuklah saya.mungkin kerana cinta dia terjebak,macam ada budak junior saya.kos perngajian islam tapi panggilan untuk pakwe dia abang dan pakwe dia panggil dia sayang.Pakwe dia bukan calang orang,budak tahfiz.Dok tayang gambar pakwe dekat bilik.keluar bersama2 selalu.entahlah,nak tegur salah tak tegur pun salah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 15:56


Assalamualaikum


Kita sebagai muslim dan muslimah didiidik supaya bersangka baik diantara satu sama lain...

Islam bukanlah semata mata pada pakaian walaupun Islam mengajar penganutnya menutup aurat.

memang sudah lumrah manusia yang tergesa-gesa dan suka memberi respon berdasarkan apa yang dilihat berdasarkan pancaindera biasa .


Pada ana istilah golongan "muslimat" bukan hanya kepada golongan tudung labuh sahaja.. semua wanita Islam itu adalah golongan muslimat..yang berbeza ialah golongan "mukmin" atau "mukminat".Golongan ini kita sukar buat penilaian melainkan Allah sahaja yang memberi nilai.

Apa pun kehidupan dan corak golongan mukmin dan mukminat ini kita boleh lihat. Ia dianggap sebagai tanda-tanda. dan tanda yang paling besar sekali ialah amalannya...kemudian barulah dilihat kepada perkara-perkara yang lain dan jika seorang itu mukmin atau mukminat..beliau mestilah mematuhi adab berpakaian seperti yang dituntut, tidak semestinya berbaju melayu, atau bertudung labuh..cuma cukup menutup auratnya dari dilihat oleh yang bukan mahramnya
dan jikalau bertudung labuh itu menepati adab menutup aurat yang dianjurkan Islam...silakan
juga begitu kepada oramg mukmin,sila pakai baju apa pun , nak berjubah, baju teluk belanga, baju raihan, baju kemeja .pakailah saudara asalkan menutup aurat..

jelas disini amalan kita yang perlu dihalusi dan ikhlas . bila amalan ok semuanya ok . apa pun pendapat ana jangan lah kita menjadi "perfectionist" beri ruang..supaya kalau tersilap pandang kita ada ruang untuk membuat pembetulan, bak kata HIJJAz

Pandangan mata selalu menipu pandangan akal sellalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki Jika hati itu bersi...dengan meningkatkan keimanan

seperti kata RAIHAn

Iman adalah mutiara...iman tak dapat diwarisi...don expect too much
[ Telah diedit oleh: zulman pada 31-10-07 13:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

darkeye_mania
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27963
Posting: 157

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-02-07 16:57


hmm, Kenapa ye perempuan yang pakai tudung labuh ni selaluuuuuuuuu saja dipuji.. yang lain2 tak dipuji pulak.. sedangkan hukum yang ALLAH tetapkan adalah pakai tudung dan menutup dada tapi Kenapa org suka sangat label yang pakai tudung labuh tu saja yang baik? macam memperlekehkan hukum ALLAH pulak... kalau tak labuh tu tak baik...

saya golongan labuh pun tak, kecik pun tak.. tapi size tudung tu cukup lah nak buat kawan-kawan lama tergelak tengok dan panggil saya 'ustazah'..

dah jadi adat manusia suka kepada benda-benda yang indah dan sejuk mata memandang... saya tujukan pada saudara2 lelaki kat luar sana yang sukaaaaaaaa sangat dengan perempuan tudung2 labuh ni... saya admit memang sedap mata memandang mereka. aurat dijaga... salah satu hukum yang sangat ALLAH tekankan.... tapi bila masuk saja bab si tudung labuh ni ada kena mengena dengan lelaki bukan mahram, terus dipandang hina, dikeji dan mungkin bagi kes saudara, saudar tak lagi mempunyai minat pada muslimat tu.... Kenapa situasi macam ni perlu berlaku? bagi semua yang suka jugde pemakai tudung labuh ni dengan pandangan negatif bila nampak salah mereka, adakah anda semua pasti yang anda tak ada melakukan kesalahan atau dosa langsung???????

muslimat bertudung labuh berjalan beriringan dengan pemuda bukan mahramnya... memang satu situasi yang akan buat org pandang negatif pada dia... tapi sekurang2nya dia tidak hidup dengan memakai topeng. konon-konon baik segala2nya.... dia menutup aurat dengan sempurna, itu adalah kebaikannya yang perlu dipuji... tapi dia masih berkawan dengan pemuda bukan mahram, mungkin hanya itu sahaja kelemahan yang masih belum mampu dia ubah....

ada saja kawan-kawan saya yang bertudung labuh tapi bermulut jahat, berhati busuk!!!! luaran nampak baik sangat tapi bila bercakap suka bawa cerita bukan2... bergossip itu ini dalam bilik asrama... bila jumpa geng, dia bercakap tak ingat dunia.. tapi bila depan lelaki, depan org yang dia tak kenal bukan main baik... jalan tundukkan pandangan, cakap pun lembut2 saja... disebabkan tak ada sapa nampak dia ni beralan dengan lelaki, org akan ingat dia ni pun salah satu golongan bertudung labuh yang benar-benar baik... tapi.................................................

siapa kita untuk menilai org lain? sibuk sangat bercakap pasal salah org, kita sendiri tak ada salah ke? bagi sahabat2 ukhwah kat sini yang suka sangat berprasangka buruk saja pada muslimat2 yang berkawan dengan lelaki bukan mahram dia tu..... tak payah lah sibuk2 nak mengutuk!!!! pergi lah tegur kalau rasa nak cegah sesutu yang mungkar tapi tegur dengan lembut, bukan main sergah! NABI sendiri suka menasihati secara lembut.....

buat saudara2 semua, fikirlah...... mungkin muslimat itu cuba sedaya upaya hidup dengan hukum ALLAH 100% tapi sebagai manusia kita takkan lari dari dosa... ALLAH suruh tutup aurat, dia buat dengan sempurna... tapi dia masih belum dapat mengawal dirinya dari berkawan dengan lelaki bukan mahram... hanya itu kesalahan dia buat masa ini barangkali.. kita doakan lah buat dia agar dia berubah... mungkin dia sedang cuba, kita tak tau...

jangan hanya tahu mengutuk!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For darkeye_maniaProfil   Hantar PM kepada darkeye_mania   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 21-02-07 06:17


Pada 19-02-07 15:56 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!



Pada ana istilah golongan "muslimat" bukan hanya kepada golongan tudung labuh sahaja..



Sebab tu lah dalam posting pertama pada ayat yang diBOLDkan tu, saya sebut "muslimat bertudung labuh" ... sebab saya tau semua perempuan Islam pun muslimat ...

Topik ni dah setengah tahun berlalu, tak sangka masih ada yang berminat ... sebenarnya apa yang cuba saya maksudkan dengan "expectation yang tinggi" ialah sangkaan baik, menganggap mereka tu baik dan tak perlu diusik. Mungkin cara saya sampaikan posting ni mengelirukan. Tu memang silap saya lah. Kenapa saya cerita hal-2 macam ni? Sebabnya pergaulan bebas berleluasa. Ramai remaja-2 (juga bapak remaja) kita sekarang dah hanyut. Dahulu (setengah tahun lalu) saya anggap perempuan bertudung labuh ni sebagai benteng terakhir golongan muslimat yang dilindungi Allah dari gejala-2 tak elok (Sila ambil perhatian saya hanya sebut "gejala-2 tak elok", saya tak sebut "golongan-2 yang dimurkai Allah, masuk neraka, jahanam dan sebagainya").

Tapi apa yang saya anggap setengah tahun lalu boleh saja berubah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan menimbangkan pendapat-2 org lain (termasuklah yang dalam ukhwah ni). Jadi benarlah semua manusia tu tak lepas dari ujian dan dosa. Benarlah yang perempuan tudung labuh bukan malaikat. Benarlah yang perempuan tudung labuh ni sepatutnya dipandang sama seumpama insan-2 yang lain ...

Jadi tidak hairanlah kalau ada masanya mereka bercouple, berdua-2an. Maksud tidak hairan tu bukanlah meredhai, tapi TIDAK TERLALU TERKEJUT dan TIDAK MENYAMAKAN SEMUA GOLONGAN BERTUDUNG LABUH SEBEGITU.

Apa yang anda semua patut tau ialah fahaman "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" begitu tebal dalam masyarakat kita. Kalau anda semua nak kutuk saya, nak kata saya ni dari golongan yang percaya dengan fahaman "kerana nila setitik rosak susu sebelanga", anda silap. Tujuan saya tulis ialah nak ingatkan anda semua tentang pandangan masyarakat di luar sana yang mana mereka tu semua tak masuk pun forum ukhwah.com dan tak baca pun komen-2 anda.

kat bawah ni saya quote kan balik apa yang pernah saya tulis setengah tahun lalu ....



Pada 26-07-06 17:11 , transmissionline posting:

!!! QUOTE !!!


Tujuan saya kemukakan topik ini ialah kerana sekarang macam-2 kegawatan akhlak masyarakat kita. Terima kasih atas pendapat semua. Mudah-mudahan selepas ini kita dapat berdiskusi bagaimana dengan berpakaian kita seharusnya pandai menjaga diri dan akhlak. Mudah-mudahan dengan berdiskusi kita dapat memotivasikan diri untuk menguatkan benteng keimanan terutama dalam soal pergaulan lelaki perempuan, agar tidak tergolong dalam golongan yang gawat akhlaknya. Tentang maksiat hati wallahua'lam ... nobody perfect ..

Dan saya harap tidak timbul lagi persoalan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" kerana rasanya saya tak ada pula nak salahkan keseluruhan golongan berpakaian sopan atas perilaku segelintir yang tergelincir. Kalau ada pun mungkin saya hanya bertujuan nak menyerang individu, hanya individu yang tergelincir tu saja ... Bukankah sepatutnya berpakaian sopan seharusnya mencerminkan akhlak luaran ??? Tu lah yang saya maksudkan dengan "expectation yang tinggi" ... saya mengharapkan golongan berpakaian sopan menjadi golongan yang baik-baik ...



Dan untuk penringatan semua, setengah tahun lalu tak sama macam sekarang. sekarang ni saya rasa tak perlulah Expectation yang tinggi ni .. anggap semua sama saja ..kalau agak-2 nak tegur, nak tackle tu carry on saja .. kalau dia tak layan nasib lah ...

Dan satu lagi TOLONGGG JANGAN SANGKA yang saya telah menghukum semua perempuan tudung labuh tu tak baik hanya kerana segelintir . TOLOONG .. PLEASE .. kalau you all rasa you all dah cukup baik akhlaknya Alhamdulillah go on ... JANGAN INGAT SAYA KATA U ALL JAHAT .. ada faham ???? Tapi fikirkan pandangan masyarkat luar sana yang takmasuk forum ukhwah.com ni .. Tu saja ...

Maaf lah pasal saya pun sebenarnya dah malas jugak nak cakap pasal ni ..tau awak semua pun dah bosan cerita pasal ni kan ... tapi ni kira final touch dari saya lah agaknya ...

TAMAT

[ Telah diedit oleh: transmissionline pada 21-02-07 06:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 31-10-07 18:13


:-) sama lah saya pun ada expectation yang tinggi pada muslimat, tapi memang betul ada yang kadang-kadang mengaburi mata kasar orang lain hanya pada pemakaian mereka....ini semua bergantung pada individu tu..kadang yang bertudung labuh pun, percakapan mereka ada jugak yang kasar..depends lah :-)


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

nak_jadi_baik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.10.2007
Ahli No: 31409
Posting: 112
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-07 20:38


:) tegurlah kami andai nampak kesilapan kami.. wanita solehah akan teraaaasaaaa sangat andai ditegur oleh laki yang soleh atas kesilapannya.. dan doakan kami supaya kami kembali kepadaNya.. :) insyaallah semua khoir..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nak_jadi_baikProfil   Hantar PM kepada nak_jadi_baik   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-11-07 14:01


Pada 06-11-07 20:38 , nak_jadi_baik posting:

!!! QUOTE !!!

:) tegurlah kami andai nampak kesilapan kami.. wanita solehah akan teraaaasaaaa sangat andai ditegur oleh laki yang soleh atas kesilapannya.. dan doakan kami supaya kami kembali kepadaNya.. :) insyaallah semua khoir..


:-) :-) :bunga: :bunga:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.168225 saat. Lajunya....