Oleh |
TUAH dan SAHABAT2 dalam pelbagai versi |
zaidakhtar
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool
|
Posting pada: 04-07-06 15:09
TUAH dan SAHABAT2 dalam pelbagai versi Banyak versi kisah Hang Tuah yang pernah saya baca dan tonton. Lantaran ia sekadar mitos, maka tafsiran bebas yang dibuat oleh karyawan juga rencam sifatnya. Kalau filem, pastinya kita lebih mengingati “Hang Tuah” yang menjadi satu-satunya filem warna lakonannya P. Ramlee. Tidak lupa filem “Jebat” yang lebih menampilkan Jebat sebagai wira sebenar di penghujung cerita. Pada era 80-an, filem “Tuah” lakonan Jamal Abdillah pula agak mengejutkan kerana pahlawan itu digambarkan muncul tiba-tiba di era moden. Namun kebanyakannya masih dilihat cuba menobatkan sebagai wira Melayu yang tiada tolok bandingnya. Dalam genre drama dan teater, watak Jebat pula dilihat lebih dominan dan diangkat sebagai wira yang sepatutnya dikenang. Antara karyawan yang pernah menjulang watak Jebat seperti Rahim Razali dan Allahyarham SN Usman Awang sendiri. Adapun, dalam genre cerpen, saya cukup terkesan dengan 2 buah cerpen; pertama, cerpen “Beberapa Pembetulan” oleh SN S.Othman Kelantan yang ada menyebut Hang Tuah berbangsa Cina. Sebutan asalnya ialah Han Tu Ah. Malah, beliau menganggap Hang Tuah mungkin berasal daripada perkataan “hantu” dan "ah"! Lebih kritikal, beliau melihat Hang Tuah Lima Bersaudara (Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir & Lekiu) sebenarnya cuma Tiga Bersaudara sahaja (Tuah, Jebat @ Kasturi, Lekir @ Lekiu). Baginya, Jebat dan Kasturi adalah orang yang sama. Bila dia berbuat jahat dipanggil Jebat (jebat itu bau yang busuk) dan bila beramal baik dipanggil Kasturi (kasturi baunya wangi). Sementara Lekir sebenarnya adalah Lekiu. Kalau dirujuk kepada teks kuno yang bertulisan jawi, katanya kepala huruf “wau” pada perkataan Lekiu (Lam + Kaf + ya + wau) telah pudar. Jadi, huruf “wau” itu telah menjadi huruf “r.a” apabila dibaca oleh generasi yang seterusnya. Justeru, terbitlah kalimat Lekir (Lam + Kaf + ya + r.a). Manakala cerpen “Pengkhianat” (antologi Lagi Cerpen2 Underground) oleh Faisal Tehrani lebih berani dan membuatkan kita ketawa terbahak-bahak. Hang Tuah tidak disebut berbangsa apa tetapi didakwa memiliki zakar sepanjang lima belas inci oleh Teixeira, wanita Portugis yang kononnya datang dari zaman silam. Teixeira telah dipaksa oleh wizurai Portugis melayan Hang Tuah sebagai ganjaran “pengkhianatannya” setelah membocorkan rahsia pertahanan Melaka. ----------------- Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 04-07-06 15:20
saudara zaid, Hang Tuah adalah sekadar mitos dan sebenarnya dia tak wujud, benarkah begitu?
|
kasih2006
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.06.2006 Ahli No: 24992
Posting: 118
Dari: Kangar
|
Posting pada: 04-07-06 15:49
setahu saya pernah kecoh di UKM suatu ketika dulu apabila pihak jabatan sejarah UKM mengatakan bahawa hang tuah hanya satu dongeng yang reka oleh penjajah british. penjajah british mereka dongeng itu bertujuan untuk melalaikan bangsa melayu dan supaya orang melayu taat setia membabi buta kepada pemerintah (sultan) walaupun dizalimi oleh pemerintah (sultan)... jabatan sejarah UKM juga mendedahkan bahawa hang tuah bukan orang melayu tetapi adalah orang berketurunan cina yang datang ke melaka bersama puteri HANG LI PO.... (tiada dalam sejarah melayu orang melayu menggunakan nama HANG dan nama tu dipakai oleh orang CINA)... entah lah...cuma teringat masa zaman sekolah dulu bila dapat tahu pasal hal ni kecoh di UKM yang diceritakan oleh cikgu praktikal di sekolah saya dulu...
|
zaidharithah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.03.2006 Ahli No: 23661
Posting: 198
Dari: In thE WoRlD
|
Posting pada: 04-07-06 16:11
KISAH HANG TUAH DONGENG KE????TAK ADA MAKAM HANG TUAH PUN..TANYA saja....
|
zaidakhtar
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool
|
Posting pada: 04-07-06 19:59
Pada 04-07-06 15:20 , triptofana posting:!!! QUOTE !!! saudara zaid,
Hang Tuah adalah sekadar mitos dan sebenarnya dia tak wujud, benarkah begitu? Wallahu'alam. Ramai akan marah pastinya dengan kenyataan menafikan kewujudan Hang Tuah.  Tapi watak Hang Tuah tidak membanggakan kita. Taat membabi buta begitu tidak wajar untuk seorang Melayu yang beragama Islam. Orang kita kadangkala terlalu membanggakan benda yang tidak sepatutnya. Dan mengagungkan sesuatu yang belum pasti sahihnya. Terpulang kepada kita mahu menganggap ia sebagai legenda, mitos dan sebagainya. ----------------- Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 04-07-06 22:14
siapa yang ungkapkan TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...kenyataanni menunjukkan yang seseorang bernama hang tuah tu pernah wujud.. mungkin kenyataanni agak keras.... kalaupun Hang Tuah pernah ada, apa kesan yang dia tinggalkan untuk kita selain kata-kata khas untuk orang melayu,yang dapat kita jadikan panduan dalam hidup..taat membabi buta?membunuh kawan hanya kerana arahan dari seorang ketua? wallahua'lam
|
zaidakhtar
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.12.2005 Ahli No: 20793
Posting: 187
Dari: Liverpool
|
Posting pada: 04-07-06 23:18
Pada 04-07-06 22:14 , ana_anua posting:!!! QUOTE !!! siapa yang ungkapkan TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA...kenyataanni menunjukkan yang seseorang bernama hang tuah tu pernah wujud..
mungkin kenyataanni agak keras....
kalaupun Hang Tuah pernah ada, apa kesan yang dia tinggalkan untuk kita selain kata-kata khas untuk orang melayu,yang dapat kita jadikan panduan dalam hidup..taat membabi buta?membunuh kawan hanya kerana arahan dari seorang ketua?
wallahua'lam TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA? Benarkah itu kata-kata Tuah? Entah-entah itu kata-kata karangan penulis hikayatnya saja.  ----------------- Sudilah ke www.myzaidakhtar.blogspot.com atau www.saljusakinah.blogspot.com
|
ana_anua
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.05.2005 Ahli No: 16461
Posting: 151
Dari: SARAWAK
|
Posting pada: 04-07-06 23:30
Posting pada: 04-07-06 19:59,zaidakhtar posting!!! QUOTE !!! TAKAN MELAYU HILANG DI DUNIA?
Benarkah itu kata-kata Tuah? Entah-entah itu kata-kata karangan penulis hikayatnya saja. biasanya orang akan menulis kata-kata yang disampaikan oleh orang yang menuturkannya...tak tahulah itu hanya karangan penulisnya sahaja...kalau itu ideanya Kenapa tak dia sahaja yang menyatakan bahawa dialah yang mengungkapkan TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.Kenapa perlu menumpang populariti tuah?
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 27-02-09 11:15
Teringat kisah Laksamana Sunan @ Saifuddin dalam karya Ramlee Awang Mursyid.. Novel Bagaikan Puteri tu ada menyentuh juga kisah kepahlawanan Hang Tuah.. Hebatnya Tuah dalam segala hal.. Setianya dia pada sultan.. Bergolok gadai demi sultan.. Tapi dalam kisah tu kan.. Laksamana Sunan lagi hebat..
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 27-02-09 11:55
Pada 27-02-09 11:15 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! Teringat kisah Laksamana Sunan @ Saifuddin dalam karya Ramlee Awang Mursyid.. Novel Bagaikan Puteri tu ada menyentuh juga kisah kepahlawanan Hang Tuah.. Hebatnya Tuah dalam segala hal.. Setianya dia pada sultan.. Bergolok gadai demi sultan.. Tapi dalam kisah tu kan.. Laksamana Sunan lagi hebat.. 
ye,betul tu...kagum sangat dengan keperibadian laksamana sunan.dalam segala hal sunan menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam hidup agar tidak terbabas dari landasan yang sebenarnya.tidak seperti hang tuah yang taat tidak bertempat. ----------------- ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)
|
khalifah
 Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr
|
Posting pada: 27-02-09 12:01
teringat kisah angan-angan mat jenin.....mati jatuh dr pokok kelapa ketika sedang berangan...tapi persoalannya...macam mana kisah angan2 beliau boleh dibukukan sedangkan dia sendiri mati ketika berangan...so,bagaimana dia mahu menceritakan kepada org lain tentang angan2nya itu?????? seperti kisah TUAh ini juga....banyak sangat jalan ceritanya....dan tak pasti wujud atau tidak.... ps saya pernah terfikir,adakah benar pengajian sejarah malaysia yang diajar disekolah sekrang ini???jika org putih yang mengarangnyer??????
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 27-02-09 12:16
jangan biarkan kita tertipu dengan sejarah...
|