Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-07-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 88
Ahli: 0
Jumlah: 88




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 8 hari yang lalu
the_brOtherz: 36 hari yang lalu


Sajak
Topik: Gadisku yang cacat!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» Gadisku yang cacat!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Gadisku yang cacat!!!

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 02-07-06 04:29


Gadisku yang cacat

    Gadisku buta orangnya,
    Buta melihat kerosakan dunia,
    Buta melihat para jejaka selain muhrimnya,
    Buta mmbaca majalah dan media rendah moralnya,
    Buta hatinya buat apa saja yang memusnahkan dia.

    Gadisku pekak telinganya,
    Pekak mendengar hasutan dunia,
    Pekak mendengar kejian,cacian,umpatan manusia,
    Pekak mendengar tipu daya orang sekitarnya,
    Pekak mendengar segala yang tiada faedah,

    Gadisku bodoh orangnya,
    Bodoh dalam perlakuan sumbang,
    Bodoh dalam perbuatan keji,
    Bodoh dalam perbuatan mungkar,
    Bodoh atas segala yang dilarang.

    Gadisku bisu mulutnya,
    Bisu membicarakan keburukan manusia,
    Bisu mengungkap kelemahan orang yang disayangi,
    Bisu mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah,
    Bisu berdebat selain ada kebenarannya.

    Gadisku kudung tangannya,
    Kudung kerana tidak pernah menyentuh melainkan yang halal,
    Kudung menulis kata-kata merosakkan,
    Kudung membuat perbuatan derhaka,
    Kudung atas apa saja yang sia-sia.

    Gadisku tempang kakinya,
    Tempang untuk pergi ke pusat hiburan,
    Tempang untuk melakukan maksiat,
    Tempang untuk bersiar-siar selain bersama aku,
    Tempang untuk menurut manusia durjana.

    Duhai pembaca,
    Sudahkah melihat bicara?
    Gadisku banyak kecacatannya,
    Namun…. Ku masih sayang padanya… buat selamanya,
    Gadisku setia padaku sahaja,
    Memang… ku hargai akan kecacatan yang ada,
    Kerana ianya buat ku bahagia… Sentiasa..


-----------------
Usahalh sepahit hempedu, insyaallah kejayaan datang semanis madu.... Muhammad s.a.w sudah tiada, tnggjawab kita smbng dkwah Islam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 18:05


:-) Assalamualaikum.....



     Bila baca sajak ini..teringat kisah ibu bapa wali ALLAH Sheikh Jailani...kisah dari bapanya memakan sebiji epal...dihukum bekerja bertahun2 di ladang epal...kemudian dikahwinkan dengan seorang wanita yang pekak,bisu dan cacat..tetapi itu adalah kias untuk wanita solehah...yang menjaga pendengarannya dari perkara2 yang tak elok...dari berbicara perkara2 yang tak elok....... :-) ....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 21:00


Assalammualaikum
syukran.. indah sungguh kiasan yang digunakn. impian setiap muslimah, menjadi muslimah solehah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 18:39


Pada 10-07-06 18:05 , alexander posting:

!!! QUOTE !!!

:-) Assalamualaikum.....



     Bila baca sajak ini..teringat kisah ibu bapa wali ALLAH Sheikh Jailani...kisah dari bapanya memakan sebiji epal...dihukum bekerja bertahun2 di ladang epal...kemudian dikahwinkan dengan seorang wanita yang pekak,bisu dan cacat..tetapi itu adalah kias untuk wanita solehah...yang menjaga pendengarannya dari perkara2 yang tak elok...dari berbicara perkara2 yang tak elok....... :-) ....



masyaALLAH...
ana juga... :-di
syukran jazilan siswa kerna sudi berkongsi sama... :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 19:01


kisah syeikh jailani tu sahih ke :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Aniesah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24052
Posting: 264
Dari: Bumi Allah

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 19:05


Pada 02-07-06 04:29 , siswa posting:

!!! QUOTE !!!

Gadisku yang cacat
    Duhai pembaca,
    Sudahkah melihat bicara?
    Gadisku banyak kecacatannya,
    Namun…. Ku masih sayang padanya… buat selamanya,
    Gadisku setia padaku sahaja,
    Memang… ku hargai akan kecacatan yang ada,
    Kerana ianya buat ku bahagia… Sentiasa..



Semoga berbahagia...... :-di



Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-AniesahProfil   Hantar PM kepada Al-Aniesah   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 19:15


Pada 14-08-06 19:01 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

kisah syeikh jailani tu sahih ke :)


Sahih atau tidak kisah itu janganlah terlalu diperdebatkan, apa yang penting, buang yang keruh ambil yang jernih. Waktu kecil dahulu, kita juga didedahkan dengan cerita-cerita dongeng yang mempunyai pengajaran, Kenapa cerita itu kita tak pertikaikan kesahihannya sedangkan kita pernah mempercayainya di suatu ketika dahulu, jika nak tahu sahih atau tidak sesuatu itu, carilah jawapan dengan usaha sendiri agar dapat disebarkan samalah seperti pabila kita dewasa kini, cerita dongeng yang pernah mewarnai hidup kita dapat kita pastikan ketidaksahihannya dengan ilmu yang kita tuntut sepanjang umur kita yang kian meningkat. Saya sendiri tak pasti cerita ini sahih atau tidak namun cerita ini tidak merosakkan akidah kita sekiranya kita mempercayai bahawa ianya pernah berlaku suatu ketika dahulu. Malahan, pengajaran baik yang kita perolehi...maaf andai terkasar bahasa, saya manusia biasa. Yang baik datangnya dr Allah, sayalah yang melakukan kesilapan...


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 19:25


SUBHANALLAH....

BUKAN CALANG-CALANG ORANG
YANG LAYAK MENERIMA
SAJAK TERSEBUT....
MOGA KITA SEMUA
TERGOLONG DALAM
GOLONGAN TERSEBUT..

..AMIIIINNN......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

siswa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.06.2006
Ahli No: 24900
Posting: 203
Dari: UTM skudai

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 03-12-06 00:56


tapi sayangnya tidak ramai kaum wanita dapat mengaplikasikannya
:-(......

Bookmark and Share

    


  Member Information For siswaProfil   Hantar PM kepada siswa   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-12-06 19:00


moga diri ini tergolong dalam sajak di atas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

srikandi_jilbab
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 584
Posting: 84
Dari: bumi serambi mekah+ KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-12-06 19:07


Pada 14-08-06 19:15 , Nuralisa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-08-06 19:01 , Amrizal posting:

!!! QUOTE !!!

kisah syeikh jailani tu sahih ke :)


Sahih atau tidak kisah itu janganlah terlalu diperdebatkan, apa yang penting, buang yang keruh ambil yang jernih. Waktu kecil dahulu, kita juga didedahkan dengan cerita-cerita dongeng yang mempunyai pengajaran, Kenapa cerita itu kita tak pertikaikan kesahihannya sedangkan kita pernah mempercayainya di suatu ketika dahulu, jika nak tahu sahih atau tidak sesuatu itu, carilah jawapan dengan usaha sendiri agar dapat disebarkan samalah seperti pabila kita dewasa kini, cerita dongeng yang pernah mewarnai hidup kita dapat kita pastikan ketidaksahihannya dengan ilmu yang kita tuntut sepanjang umur kita yang kian meningkat. Saya sendiri tak pasti cerita ini sahih atau tidak namun cerita ini tidak merosakkan akidah kita sekiranya kita mempercayai bahawa ianya pernah berlaku suatu ketika dahulu. Malahan, pengajaran baik yang kita perolehi...maaf andai terkasar bahasa, saya manusia biasa. Yang baik datangnya dr Allah, sayalah yang melakukan kesilapan...



Betul2x..kalau tak takkan kumpulan Rabbani pun ambil kisah ni diadaptasikan dalam nasyid nya:

CARI PASANGAN(RABBANI)

Mari-marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersintak si jejaka di beritakan
Istrinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah istrinya
Ibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-sata perjumpa
Terpesona memandang
Benarkah istrinya Menawan sungguh cantik

Cari-cari... carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita sholehah terpelihara

Terharu si jejaka tunduk bersyukur
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah



:-D :-D :-D :-D


-----------------

**Aku Hidup,Aku Berjuang,Aku mati kerana Islam**



Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_jilbabProfil   Hantar PM kepada srikandi_jilbab   Pergi ke srikandi_jilbab's Website   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-06 22:34


salam..............
indah sungguh sajak tu......
lebih indah kalau rakan kita diluar sana dapat mengaplikasikannye.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 28-05-07 22:10


Subhanallah.. Moga diriku termasuk dalam golongan muslimah tersebut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

dueramiela
WARGA SETIA
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN

Selangor  


posticon Posting pada: 28-05-07 22:18


Pada 28-05-07 22:10 , nawzah posting:

!!! QUOTE !!!

Subhanallah.. Moga diriku termasuk dalam golongan muslimah tersebut...


:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dueramielaProfil   Hantar PM kepada dueramiela   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-05-07 23:54


Cacat..cacat....Sindrom Down ? Albino? Sindrom Kernel?

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-05-07 00:05


Pada 28-05-07 23:54 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Cacat..cacat....Sindrom Down ? Albino? Sindrom Kernel?


Syndrome Kernel tu apa Izzul. Aku tak tau..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

qinairaaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30115
Posting: 68
Dari: pantai remis, manjung, perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-05-07 20:12


biar cacat paras rupa jangan cacat iman dah ............ kedudukan seseorang tu tak bergantung pada paras rupa tapi pada iman dan takwanya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For qinairaaaProfil   Hantar PM kepada qinairaaa   Quote dan BalasQuote

azreenfasya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.11.2006
Ahli No: 27509
Posting: 37
Dari: Kuching.

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-06-07 22:40


=) suka baca ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azreenfasyaProfil   Hantar PM kepada azreenfasya   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-06-07 00:00


Nice masterpiece... Out of the ordinary...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10306 saat. Lajunya....