Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 150
Ahli: 0
Jumlah: 150




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 45 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Sanggupkah anda melakukannya?


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Sanggupkah anda melakukannya?

Please Mendaftar To Post


Oleh Sanggupkah anda melakukannya?

AnisAqilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1446
Posting: 261
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-08-03 10:17


kisah ni kawan anis yang forwardkan...sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran...

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga,

\"Subhanallah!\"
si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.

\"Mak sakit perut rupanya,\" bisik hatinya.

Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.
Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak.

\"Tak sembahyang Maghrib ke?\" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah.

\"Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.\" Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

\"Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu....aku bersyukur pada mu Ya Allah!\" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.
Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw : \"Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT\"




** Puteri Impian....nak gapai bintang di langit**


[ Posting ini telah di edit oleh: AnisAqilah pada 2003-08-12 10:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnisAqilahProfil   Hantar PM kepada AnisAqilah   Pergi ke AnisAqilah's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-08-03 12:44




Ya Allah...bertuahnya ibu itu mendapat ana yang betul2 soleh...bertuahnyer !!!!

anak yang baru dilahirkan diibarat kain yang putih...terpulang pada ibu dan bapa untuk mencorakkannya....

wallahua'lam....

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1530
Posting: 293

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-03 00:32


semoga kita juga menjadi anak yg soleh dan solehah...amin..

-----------------
"Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 26-08-03 15:50


Setiap insan ingin manjadi anak yang soleh dan solehah.....Kita berdoa semoga menjadi anak yang berguna pada kedua ibu bapa......
Insyallah........0

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-09-03 22:49


YA ALLAH...

semoga aku juga akan menjadi anak yang solehah kepada kedua orang tuaku...amin...

wallahuallam...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

hafiza85
Warga Rasmi
Menyertai: 17.07.2003
Ahli No: 2407
Posting: 16
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 11-09-03 13:23


assalamualaikum....
ya Allah... jadikanlah aku anak yang soleh untuk ibu da ayahku. Amin...
marilah sama-sama kita berdoa supaya tergolong dalam hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.
AMIN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiza85Profil   Hantar PM kepada hafiza85   Pergi ke hafiza85's Website   Quote dan BalasQuote

Arayan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.08.2008
Ahli No: 34662
Posting: 30
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 07:09


Assalamualaikum...
gembiranya... dapat anak seperti itu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArayanProfil   Hantar PM kepada Arayan   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-12-08 09:44


assalamualaikum

semoga kita juga menjadi anak yang soleh dan solehah... aminn.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

miss_pedusi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2009
Ahli No: 37102
Posting: 74
Dari: putrajaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 13:36


alhamdulillah... bagus anak tu..
ya Allah..kau permudahkanlah aku untuk berbakti pada org tuaku ya Allah....

teringat saat mnolong arwah nnek mmbuang hajat.. dia da tak larat nak bangun masa tu.. sedihnya, kalau kita mgasari dia tanpa sedar...
kini arwah sudah pulang ke rahmatullah..
ya Allah... kau tmpatlah dia dikalangan hamba2Mu yang Engkau redhai.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_pedusiProfil   Hantar PM kepada miss_pedusi   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-02-09 14:38


Assalamualaikum...........
semoga kita semua menjadi anak-anak yang diredhai oleh Allah dan ibu kita..
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..
bukan senang nak jadi anak yang soleh..
teringat masa membantu arwah tok ana ketika arwah dalam keadaan uzur...
banyak kenangan manis dan pahit semasa menjaga arwah..
semoga Allah ringankan azab semasa berad dalam kubur..
dan masukkan arwah ke dalam gol org yang di rahmati Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 01:00


kita ada 2 orang yang perlu dibalas nya
mak dan ayah
kalau seorang dah tak ada
jaga lah seorang lagi dengan baik
bagi sahabat yang masih ada keduanye
hargailah mereka, dengan sesungguhnya
insyaallah, sama ada mereka atau kita 'pergi' dulu
kita takkan menyesal...kerana kematian tu kita tak tau bila
jangan bila da tak ada, baru mencari sinar itu..

teringat lagu bertajuk 'sendiri' nyanyian saujana

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 15:48


Ya Allah...mulianya hati anak itu...ku harap nanti akan ku dapat anak seperti itu...amin...


-----------------
BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-09 12:11


semoga kisah ini akan menguatkan lagi kataatanku pada ibu bapaku,seterusnya menjadi anak yang soleh insya allah....amin


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.14393 saat. Lajunya....