Oleh |
Kamariah yang murtad? |
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 21-06-06 09:44
Kamariah gagal buktikan sudah keluar Islam – Pendakwa KUALA TERENGGANU, 20 Jun – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini diberitahu bahawa Kamariah Ali, 51, yang didakwa mengaku keluar Islam bagi mengelak diri daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama, gagal membuktikan sebarang keraguan munasabah terhadap fakta utama yang dikemukakan pihak pendakwa. Ketua Pendakwa Syarie Mustafar Hamzah berkata tidak ada bukti kukuh yang menyokong keterangan Kamariah, seorang pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin, bahawa dia sudah keluar Islam pada 1999. Malah, apa yang cuba dibangkitkan oleh peguambela Kamariah, Sa'adiah Din terhadap keterangan saksi pertama pendakwa Yusof Salleh yang mengaku pernah mendengar berita mengenai tertuduh yang telah keluar Islam, tidak boleh diterima pakai kerana ia adalah keterangan dengar cakap. Katanya bukan menjadi tanggungjawab pihak pendakwa untuk membuktikan tertuduh sudah keluar daripada Islam ketika ia dituduh melakukan perbuatan itu pada 21 Julai tahun lepas, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab tertuduh sendiri. Mustafar dalam hujahnya yang memohon mahkamah menolak hujah yang dikemukakan tertuduh sebelum ini berkata: "Ia bukan menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memikul beban bukti tertuduh bukan Islam kerana tertuduh sendiri yang mengaku bukan Islam. Maka ia menjadi tanggungjawab tertuduh membuktikan hal berkenaan." Kamariah bekas ustazah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengaku bukan Islam. Dia dituduh membuat kenyataan keluar daripada Islam di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Sidek kira-kira pukul 12.50 tengah hari pada 21 Julai 2005 di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut. Mengikut Seksyen 7, Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001, seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam untuk mengelak daripada diambil apa-apa tindakan di bawah enakmen tersebut atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. "Segala hujah yang dibawa tertuduh iaitu pernah membuat pengakuan pada 1999 dilakukan tanpa membawa sebarang bukti dan ia hanyalah satu penafian bagi mengelak tindakan diambil keatasnya terhadap kesalahan mengikut Seksyen 10 Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001," katanya. Katanya, catatan prosiding mahkamah ketika tertuduh melafazkan kenyataan itu di bilik perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah Besut juga telah membuktikan ‘prima facie' kes ini dan beliau memohon mahkamah untuk mensabitkan tertuduh dengan dakwaan itu. Hakim Mohamed Abdullah menetapkan 20 Ogos ini sebagai tarikh keputusan kes dan membenarkan Kamariah dibebaskan dengan jaminan sedia ada sehingga tarikh berkenaan. – Bernama Kalau dah mengaku keluar Islam secara automatik dah murtad kan? -----------------  Koleksi Busana
|
login
Warga 1 Bintang Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 24883
Posting: 23
Dari: Bumi yang ku cinta
|
Posting pada: 21-06-06 11:54
 ----------------- و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى والسلا
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 21-06-06 12:08
Ustaz saya pernah bagitahu, kalau seseorang mengaku atau berkata2yg dia keluar dari Islam walau dengan niat nak main-main saja pun, maka di sisi Allah dia telah murtad wallhua'lam
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 21-06-06 12:08
Ustaz saya pernah bagitahu, kalau seseorang mengaku atau berkata2yg dia keluar dari Islam walau dengan niat nak main-main saja pun, maka di sisi Allah dia telah murtad wallhua'lam
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 21-06-06 12:08
Ustaz saya pernah bagitahu, kalau seseorang mengaku atau berkata2yg dia keluar dari Islam walau dengan niat nak main-main saja pun, maka di sisi Allah dia telah murtad wallhua'lam
|
guelderose
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.05.2006 Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh
|
Posting pada: 21-06-06 13:19
dulu..dia adalah ustazahku...masa form1...tak sangka dia jadi begitu...
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 21-06-06 14:19
Yeker...? guederose, moga dijauhkan, nauzubillahiminzalikk!!
|
fadzlyz
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2006 Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras
|
Posting pada: 21-06-06 14:42
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 21-06-06 23:08
Kamariah bekas ustazah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir didakwa mengikut Seksyen 7, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengaku bukan Islam ni macam mana blei jadi ustazah???hmm..saya setuju dengan pendapt ridwan....
|
phackdalung
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.01.2006 Ahli No: 22146
Posting: 61
Dari: KSL
|
Posting pada: 22-06-06 00:01
rasanya ustazah tu dah kena santau dengan ayah pin...tula, tak semestinya ustazah tu imannya kuat...kita semua hamba Nya yang lemah lagi serba kejahilan...
|
nuzra_awatif
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14676
Posting: 99
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 22-06-06 09:31
|
faraiqah
Warga Rasmi Menyertai: 13.11.2005 Ahli No: 20337
Posting: 6
|
Posting pada: 22-06-06 09:39
gitulah jadinya apabila ibadat hanya dijadikan adat...Tidak dihayati sepenuhnya. Nauzubillah
|
jAiLuL_mAnsHuDaH
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 170
Posting: 310
Dari: Di sana sini...
|
Posting pada: 22-06-06 10:44
assalamualaikum wbt... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... sedangkan seorang yang pernah bergelar ustazah malah lulusan dari mesir pun boleh murtad, apatah lagilah orang2 awam di luar sana yang dah murtad... benar walau pun seorang ustazah tak semestinya iman kuat...dan kita semua sepatutnya menilai dan mengambil iktibar...biarlah walaupun iman yang ada tidaklah sekuat mana tapi sekurang2nya dapat memelihara aqidah kita... semoga Allah tetapkan hati-hati kita...Ameen... Wallahu A'lam... p/s: sama-sama kita doakan supaya dia kembali ke pangkal jalan terutama buat guelderose, berdoalah untuk insan yang pernah mendidik kamu... ----------------- .::Ketenangan lahir dari hati yang bersih::.
|
guelderose
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.05.2006 Ahli No: 24616
Posting: 336
Dari: Ayer Keroh
|
Posting pada: 23-06-06 11:14
Pada 21-06-06 14:19 , Amrizal posting:!!! QUOTE !!! Yeker...? guederose, moga dijauhkan, nauzubillahiminzalikk!! memang betul...tapi alhamdulillah..masa tu dia cuma ajar subjek yang tak ada kaitan sangat dengan agama...jawi rasanya...ke subjek khat...dah lupa...
|
adeque
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.10.2004 Ahli No: 11832
Posting: 45
Dari: perak
|
Posting pada: 23-06-06 13:34
bagaimana eh..orang yang banyak ilmu agama tapi boleh jadi macam ni??
|
lara
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.02.2006 Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar
|
Posting pada: 23-06-06 15:03
Pada 23-06-06 13:34 , adeque posting:!!! QUOTE !!! bagaimana eh..orang yang banyak ilmu agama tapi boleh jadi macam ni?? tak ada penghayatan..ilmu agama ada,tapi tak digunakan dengan sebaiknya...  ----------------- dulu, kini, dan selamanya......
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 23-06-06 23:21
 .... ALLAH Taala berkuasa untuk menetapkan hati seseorang ke dalam jalan yang lurus juga berkuasa untuk membolak-balikkan hati seseorang ke jalan yang dusta dan terkeji.... "robbana la tuzi' qulubana ba'da iz hadaitana wahab lana min ladunka rahmah innaka antal wahhab" "ya musabital qulub sabbit qulubana a`la dinik wa`ala thoa`tik" ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
kasturi_19
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.10.2004 Ahli No: 11562
Posting: 60
Dari: KOE - IIUM
|
Posting pada: 23-06-06 23:28
orang bawak name Islam(universiti Islam pun(al-azhar)) tapi dalam masa yang same menimbulkan fitnah pada institusi Islam sendiri... samelah macam kat sini, graduan universiti Islam, tapi bila kluaq jadi majistret, tak pakai tudung...(berita ni sebelah menyebelah saja dengan berita kamariah tadi dalam bh)... kita yang bawa imej Islam ni pun tersgtlah malu... how come depa? "Kalau kamu tiada malu, maka berbuatlah sesuka hati kamu"
|
ansarullah
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.07.2004 Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila
|
Posting pada: 25-06-06 15:50
Siapa tahu kisah disebalik tabir- Kenapa kamariah ini boleh terjebak dengan murtad ini?
|