Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 168
Ahli: 0
Jumlah: 168




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Secret Admire


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Secret Admire

Please Mendaftar To Post


Oleh Secret Admire

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-06-06 12:06


Sejak kecil lagi aku sering mengimpikan putera yang kacak, baik hati dan berani untuk dijadikan teman hidup ini. Bahagia sekiranya dapat mendampingi putera idaman dan akulah bagaikan puteri yang paling bertuah di mukabumi ini.
Sesekali aku membayangkan bagaimana putera itu datang menaiki seekor kuda dan membawa sejambak bunga untuk melamarku…oh alangkah indahnya saat itu.

Waktu berlalu pergi dan aku kini sudah bergelar seorang mahasiswa di salah sebuah IPT yang terkenal di ibukota. Namun sikap dan perangaiku mula berubah setelah aku mula berkenalan dengan seorang jejaka yang mulanya aku sangkakan dialah putera idamanku yang ingin datang membawa aku ke istana hatinya.

Syahril Iskandar, jejaka yang telah membawa kebahagiaan seterusnya menghancur lumatkan hatiku sehingga tiada lagi tempat untuk lelaki lain bertahkta di hati ini. Aku berubah menjadi seorang yang pendendam dan mula berkelakuan seperti lelaki untuk menghindari perasaan kecewa terhadap orang yang bertanggungjawab mempermainkan hati perempuan aku ini.

Dari Aireen Nalynda. Aku menukarkan namaku secara tidak rasmi menjadi Nell dan inilah permulaan hidup baruku sebagai seorang tomboy. Dari berpakaian dan gerak laku aku memang seperti lelaki memandangkan aku merupakan satu satunya anak perempuan di dalam 2 beradik. Abangku seorang doktor dan adik lelakiku masih lagi belajar di tingkatan 5.

********************************

“Kring…kringgggggggg….” Jam loceng di penjuru katilku berbunyi nyaring tepat jam 9.00 pagi. Alamak. Aku dah lewat ini, nak mandi lagi…hari ini pula ada test ‘Management’, matilah aku!! Eh apa nak kisah. Aku bukannya make up pun, tak macam Ziana itu, berbedak sampai 5 inci kat muka lepas itu di warna pula muka macam opera cina, nasib baik siang hari kalau malam dah tentu pocong jumpa pun lari tak cukup tanah tengok budak tepung gomak tu jalan seorang seorang. Apa susah mandi ala P Ramlee, pakai t’shirt dan jeans, start TZM aku, menonong saja terus ke kelas Encik Mat ini.

Masuk saja dalam Lecture Theater, mereka dah start test. Subjek ‘Management’ yang diajar oleh Encik Mat ini memang favourite aku sebab aku suka sakat orang tua ni, ,mana taknya lembut bukan main. Lembut lembut pun, anak dah 3, camnerlah wife dia boleh tahan dengan orang tua ini agaknya.

“Guys, time’s up, please pass your paper and leave. I’ll see you on Wednesday” Suara Encik Mat yang lembut itu bergema dalam lecture theater memberi peringatan kepada studentnya. Alamak…dah habis ke masa, awat kejap sangat, kantoiler aku kali ini. entah pass ke tak ini.





“Woi Nell, dahler itu, sotong tua tu dah melalak minta paper tu, ala kalau anda tak boleh abiskan pun tak mengapa, anda kan scorer” Ziana membebel kat aku sambil menelek muka tepung gomaknya dengan cermin. Isk budak ini memang tak ada kerja lain agaknya, tak puas berbedak agaknya. Kuliah ‘Management’ habis setakat tu. Aku pun segera menuju ke Café Hot Tour untuk mengisi perut yang asyik bergendang sejak tadi.

Tiba tiba..

“Nell!! Tunggu aku!” Mmm…siapa pula ini. Aku dah lah lapar ini. Zuree rupanya. Kalau anda nak tau Zuree ini bespren aku. Kitorang kawan sejak first day aku kat U ini. Dia ini memang handsome gila, boleh cair kalau anda tengok dia ni. Cuma gila gila sikit. Apapun. Aku memang kamceng dengan dia. Nak tau bagaimana kitorang boleh kenal? Ha…citernya begini… first day aku kat U ni TZM aku rosak kat simpang fakulti, tiba tiba saja ada seorang mamat ini dengan machonya datang meng’rescue. Aku ..eh motor aku.

“Kenapa brader? Motor lu Kenapa? kasihan pula Wa tengok Lu dari tadi dok repair motor ini” ujarnya sambil memegang handle motor aku. Apabila aku bersuara, dia punyalah tergelak gila, dan bila aku bukak helmet aku lagilah pecah perut dia sampai nak terguling guling atas jalan raya.

“ Laa.. perempuan rupanya, punyalah saya ingatkan lelaki tadi..anyway, I’m Hazuree, is there anything else can I do for you?” dia mula berbahasa sopan denganku. Matanya tak berkelip tengok aku ini. Kenapa, pelik sangat ke aku sampai ternganga mamat sekor ni! Yelah..memang patut mamat ini tengok aku sampai lalat masuk dalam mulut pun, mana taknya perempuan pakai jaket kulit macam mat rempit pulak!

“Nama aku Nell, motor ni buat hal, biasa tak pernah macam gini, dahler aku lewat nak pergi kelas ini. Aku mula buat muka kasihan agar mamat tu tolong repair motor aku.

“Saya boleh repair tapi awak kenalah belanja saya makan, by the way awak ini course apa? Baru mendaftar ke?” eh eh dia ini, banyak tanya pula. Aku dah lah lambat ni, kang tak pasal pasal pula aku hangin ini.

“Ok set, makan aku belanja. Aku student DFSM, part 1 baru nak register subjek hari ni…” belum sempat aku nak abiskan ayat aku, dia pun bersuara.

“Budak DFSM ke, samalah kita, saya pun part 1 juga. Hm..gini motor ini saya hantar kat workshop hujung sana, awak pergi register karang dengan saya ye..naik motor ini” katanya sambil menunjukkan motornya yang parking kat sebelah Kembara Silver. Ha..nak suruh aku naik motor dengan dia, haram jadah!! Mana aku pernah naik motor dengan lelaki. bagaimana ini, dah lewat ini, karang kaunter pendaftaran tutup pula. Terpaksalah aku naik motor dengan mamat itu dan sejak dari itulah kami mula berbespren sehinggakan ramai classmate aku yang perempuan jelitawan jeles tengok aku rapat dengan Zuree ini. Dia kan ramai secret admire kat fakulti ini.

“Nell, Tunggu aku…woi Kenapa anda ini ternganga tengok aku, handsome sangat ke aku hari ini?” tiba-tiba saja kenangan lalu pergi dan di depanku sekarang Zuree yang kelihatan termengah mengah kerana mengejarku. Sekarang ini dah tak main saya awak ini, kekok rasanya. Si Zuree ni pun satu, suka sangat sakat aku, tauler aku ini tomboy cute hehehe…apapun. Aku memang suka kawan dengan mamat sekor ini.

“saja, terkejut tengok muka anda yang sebijik macam tapir ni, apahal. Aku lapar ini, cepat sikit!!” Tapir pun tapirlah..janji handsome, alamak terpuji pula aku kat mamat sekor ini.

“Ada surat, peminat anda bagi! Tak sangka betul, buta agaknya orang yang minat kat anda ini” tersenyum sumbing Zuree bila tengok muka aku berkerut. Confuse ni, sapa pula yang hantar surat ini!

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-06-06 12:07


“Anyway, thanks! Eh…bila nak lawan bowling dengan aku?” aku mula mengubah tajuk perbualan supaya Zuree tidak bertanya lebih lanjut mengenai isi kandungan surat misteri itu.

“Petang ni kat tempat biasa, eh bukakler surat tu, nak juga aku tahu apa orang tu tulis kat anda!” menyibuk betul mamat sekor ini lah. Aku pun terus berlalu dengan tersenyum lebar. Malas nak layan mamat ini.

Lepas menjamu selera di Café, aku pun segera meninggalkan Fakulti menuju ke hostel. Nasib baik kuliah Puan Zawiyah cancelled hari ini, kalau tak sure terhangguk hangguk aku dalam kelas, ngantuk training Volleyball semalam. Next month dah kena lawan Kolej Seroja, juara 3 semester dalam kejohanan sukan Interkolej ini.

Sampai saja di hostel. Aku terus landing. Eh surat tu aku belum baca.

Assalamulaikum…

Saudari Nalynda. Saya ingin meminta maaf sekiranya kedatangan surat ini mengganggu situasi saudari ketika ini. Izinkan saya memanggil saudari Nalynda kerana bagi saya nama itu terlalu indah dan sesuai dengan awak.

Nalynda,
Sejak pertama kali saya bertemu mata dengan awak, hati saya sudah pun terpaut dengan keayuan wajah Nalynda. Love at the first sight!! Walaupun Nalynda tidak menunjukkan sifat kewanitaan tapi saya yakin, di sebalik jaket kulit itu, satu perasaan halus telah tersemat dalam jiwa Nalynda. Perasaan ingin dibelai dan dicintai oleh lelaki.

“……I’ll be your dream, I’ll be your wish, I’ll be your fantasy, I’ll be your hope I’ll be your love, Be everything you that need I’ll love you more with every breathe TRULY MADLY DEEPLY do………”

Love…
Prince Charming
Mak oii…jiwang betul surat ini, mamat berbunga mana pula tergiler gila kat aku ini, tak pun mesti Si Zuree nak kenakan aku ini. Bukan boleh percaya sangat dia ini.
Tiba tiba aku teringatkan Syah, kekasih lama aku yang curang dengan betina lain. Sepenuh jiwa aku cintakannya namun kecundang jua. Bagiku kini, cinta suci dan tulus hanyalah dongengan purbakala takpun cuma dalam filem!! Arghhhhhh lelaki semuanya sama!! Air mata ku mula bergenang.

“Trutt..trutttt” handset aku pulak memekak. Sapa pula tipon ni!!

“Hello!” laungku separuh menjerit.

“Hello, Nell!! anda dah baca ke surat tu, apa mamat tu tulis? ceritalah kat aku”

“anda rupanya, setan mana yang bagi aku surat ini, anda kenal ke?” soal aku. Memang aku pantang lelaki yang suka mengayat ini, pandai pandai pula dia nak mentafsirkan sikap aku. Dia ingat dia siapa!!

“Sumpah Nell. Aku tak tahu, takkan dia tak tulis nama dia kat situ” Mmm....dia tulis Prince Charming tapi sapa pula dia ini. Takkan putera raja dari kayangan agaknya! Teringat pulak impian aku masa kecik dulu…arghhh nonsense!! Mana ada lelaki sebaik tu zaman ni, semuanya penipu!!

“Entahlah, malas aku nak fikir pasal surat tu. Thanks but no thanks pasal bagi surat tu kat aku. Aku pun letak terus tipon, malasler aku nak sembang lama lama, ngantuk ini!!! Sambung tidur lagi best, surat misteri tu aku terus campak dalam tong sampah. Settled!! ZZzzzzz…..

Tiba tiba…

“Nell, anda ada nampak earing aku tak. Aku nak keluar dengan Ewan ini, dah lama dia tunggu aku kat luar ini!!” Ziana menjerit kejutkan aku. Budak tepung gomak ini nak kena agaknya. Buat apa dia tanya aku pasal earing ini, bukannya aku pakai pun!!

“Mana aku tau, anda cuba tanya Kak Wawa ke Julia ke. Aku mana ada pakai benda alah tu!!” bengang betul aku bila ada orang kejutkan aku tengah tidur ini, tengah syok mimpi ni ada saja setan nak kacau…eh mimpi apa tadi???

“Sorrylah. Aku lupa pula, anda kan minah brutal, manalah pakai benda macam gini hehehe sorry ye Nell!! Bukan apa aku…nervous nak jumpa Prince Charming aku ini, dia nak ajak aku jumpa bakal mertua aku” gomel Ziana lagi. Prince Charming…berdegup jantung aku dengar perkataan itu. Arghhh entah sapa sapa yang hantar surat tu, tapi kelakar juga. Tulisler nama lain…Romeo ke..David Beckham ke…Brad Pit ke hehehe. Jam dah pun pukul 5.30 petang…alamak!! Aku dah janji dengan Zuree nak lawan bowling kat Midvalley, kasihan mamat tu berjanggutler tunggu aku.

Selepas bersiap. Aku terus menuju ke Cosmic Bowl. Mana dia ini!!! Setelah puas mencari. Aku pun lepak dekat McDonalds, makan aiskrim. Sedap juga, anda nak ke!!

“Hoi!!! Punyalah aku cari merata, anda lepak kat sini rupanya!!!” terkezut aku bila Zuree sergah aku, nasib baik aku tak ada heart attack, kalau tak….

“Cinabeng anda, terkezut nak mampus aku ini, eh aku dah cari anda dalam tu, anda lesap kemana?” eh sapa pula sebelah dia ini, cun awek ini, entah entah marka dia kut!! Tiba tiba saja aku rasa jeles..eh biar betul aku ini!!!

“Ni kawan aku Jijie, dia ini kerja kat sini tau, Manchester Café, aku ajak dia sekali. Jijie, ini kawan I, Nell! Dia ini best satu kepala dengan I tau, you kenalah belajar dengan dia bagaimana nak tackle hati I”. Eh biar betul Zuree ini, dia nak suruh Jijie belajar apa dengan aku? Tackle dia, bila pula aku buat kerja ni??!!! Terkedu aku seketika.

“Hai Nell, Zuree selalu cerita pasal you kat I ni, rupanya inilah Nell yang selalu dipuji oleh Zuree ni. Hmm not bad, cute but a little bit boyish!!” Jijie tersenyum sinis sambil memegang erat tangan Zuree

Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

Iswadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10269
Posting: 160
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-06-06 12:14


Bengkek saja aku bila minah cun ini kutuk aku, sedap saja cakap aku ni boyish, at least aku tak ada la sexy macam dia, dahler pakai bodysuit ketat yang jarang, pakai pula skirt pendek. Ingat lawa sangatler tu, si Zuree ni pula suka awek dia buat tayangan free kat orang dalam shopping mall ini. Isk nasib baik aku ini kuat semangat, nasib baik tak terjojol bijik mata bila tengok dia tadi.

“Hi, nice meet you, memang Zuree dengan aku ini kamceng, tapi kalau pasal memuji tu bagi saja kat dia, kalau beruk pakai skirt pendek pun dia puji..lawa katanya. Lebih lebih lagi kalau beruk betina, suka sangat dia tengok” hehehe jahat juga aku ini, minta mintakler dia tak perasan aku kutuk dia. Biar padan muka beruk betina ni.

“Ooo ye ke Zuree, I tak tau pulak you suka tengok beruk, kalau begitu blehler kita pergi jalan jalan kat Zoo bila free nanti” tersengih sengih minah ini sambil memeluk lengan Zuree. Eh, boleh tahan gatal rupanya beruk ini ye. Tergelak gila aku bila dia kata nak tengok beruk, tak payahler anda nak tengok beruk, anda tengok saja cermin mesti nampak beruk ajaib tu.

“Mana ada, Nell ni memang suka sakat I, lagipun mana ada beruk pakai skirt pendek, kalau you, yelah agaknya hehehe” usik Zuree. Aku pun tergelak sakan bila tengok muka Jijie yang bertukar warna tu.

“Zuree, nak main bowling ke tak ini. Aku kena siapkan assignment “Maintenance”pulak karang. Dah janji dengan group aku ini. Aku mula bosan. Mana taknya janji nak main dengan aku tapi ajak minah ni dating, mana tak bengkek hati aku!!

“Sorrylah Nell. Aku rasa tak dapat sebab booking dah penuh, itulah anda datang lambat sangat!!” aiks aku pulak salah, yang dia tak booking awal awal tu sapa suruh! Lagipun kalau lawan aku mesti dia kalah punya. Aku ini all champion!! Terasa riak kejap!!

“It’s ok. Aku blah dulu, well Jijie, got to go now, see ya!! Anyway, kalau you jumpa beruk pakai skirt pendek, kirimkan salam aku kat dia ye” sempat lagi aku kenakan minah sexy tu. Terkezut dia terkena laseran aku!!

“Bye” ujarnya pendek. Aku pun meninggalkan mereka berdua. kasihan pula aku kat Zuree kerana dapat awek macam begitu. He deserved better.

Sampai saja kat hostel. Aku ternampak sekeping kad dan satu kotak kecil atas meja aku. Sapa pula kasi ni, entah entah….jeng jeng jeng……..




Dear my princess…

Happy birthday.

I’ll loving you forever
Deep inside my heart you’ll leave me never
Even if you took my heart
And tore it apart
I’ll love you still forever…

Love…
Prince Charming
*******************************
Aku dah agak mesti mamat berbunga ini lagi, sebelum ini manalah ada orang bagi hadiah kat aku. Apa agaknya yang dia bagi kat aku ini. Kotak kecil tu aku buka…jeng jeng jeng…
Eh…cutenya music box Garfield ini, mana dia tahu aku suka Garfield, dulu masa aku couple dengan Syah dulu, memang semua stuff Garfield jadi pilihanku, tapi kini aku kan brutal, tak sesuwailer guna stuff Garfield ni!!! Sapa sebenarnya mamat berbunga ini, bagaimana dia tahu hari ini birthday aku! Anyway, Mr Prince Charming, whoever you are…thanks for the gift!!

Selepas kejadian tempoh hari. Aku dengan Zuree dah semakin renggang. Aku pun tak tahu Kenapa. Agaknya dia pun sibuk dengan assignment dan aweknya. Dan aku…..no more hang out with him. Bila jumpa dalam kelas pun, dia seakan ingin menjauhkan diri daripada aku. Semua coursemate bertanyakan hal ini kerana mereka semua tahu yang aku dengan Zuree ni tidak seperti dulu. Aku bertekad nak bersemuka dengannya suatu hari nanti.

“Zuree, kita dah lama tak main bowling, apa kata kita keluar hari ni, nak tak?” ujarku setelah lama membisu. Aku pun macam kekok bila berhadapan dengannya. Entahlah, apa agaknya membuatkan aku menjadi tidak selesa bila dia mula merenung mukaku. Wajah handsome dan mata galak tu membuatkan aku rindu. Baru aku perasan, mata Zuree rupanya berwarna hazel, alamak cair hati aku tapi ….





“Aku busy sekarang, lagipun aku rasa anda dah tak perlukan aku. Sorrylah. Aku nak blah dulu, I’ve date with somebody, bye” selamba saja dia tinggalkan aku terkulat kulat kat sini. Apa kena dengan mamat ini, maybe dia dah lupakan aku agaknya. Takpelah biarlah dia dengan dunianya. Lagipun final dah dekat. Aku harus tumpukan sepenuh perhatian agar tidak kecewa dalam pelajaran aku. Segulung ijazah adalah impianku.

**************************

Bahang final exam mula beransur hilang seperti hilangnya Zuree dalam hidupku. Hari ni merupakan hari terakhir aku dan coursemate berkumpul. Kami mengadakan gathering di Hotel Concorde. Zuree turut datang memakai pakaian serba putih sama seperti penampilan aku pada malam itu. Aku memakai dress labuh putih yang dihadiahkan oleh Prince Charming. Sebelum ini. Aku telah dikejutkan dengan bungkusan hadiah yang dibawa oleh Ziana. Katanya, hadiah tu dikirim oleh seorang kanak kanak lelaki yang tidak dikenali. Sekuntum ros merah turut diletakkan diatas bungkusan tersebut.
Sehelai dress putih yang agak mahal sesuai dengan susuk tubuhku serta sekeping kad dibungkus dengan wrapping paper yang cukup cantik. Dia ni mesti romantik. Bertuah aku nak pakai seksis macam ini. Tapi why not…biar semua orang terkezut tengok penampilan terbaru aku ini. Biar terjojol biji mata mereka semua. Ingat Aireen Nalynda Aziz ni tak cun ke. Boleh kalah cik Siti Nur kita tau. Hehehehe…Aku mula memasang angan angan , agaknya dialah Mr Right aku, tapi siapakah lelaki misteri ini, mengapa dia merahsiakan identiti dirinya. Kad yang simple itu kubaca..

My dear princess…

I DO CHERISH U, FOR THE REST OF MY LIFE…
U DON’T HAVE TO THINK TWICE…
I’LL LOVE U STILL…
FROM THE DEPTS OF MY SOUL…
ITS BEYOND MY CONTROL…
I’VE WAITED SO LONG TO SAY THIS TO YOU…
IF YOU ASKING DO I LOVE YOU THAT MUCH…
I DO..

If only you can hear my heart screaming…
All you can hear is ‘ I LOVE U, AIREEN NALYNDA’….

Love…
Prince Charming.

**************************************

“Ladies and Gentleman, I proudly announce that Our Best Couple of The Year are…….Aireen Nalynda Aziz and Tengku Hazuree Syah Indera Tengku Hashim Syah. Please give your big hands to both of them” bergema suara MC mengumumkan nama kitorang.

“Hoi berangan ke? mereka announce nama anda tu, cepatler naik ke pentas!!” Sergah Ziana menyebabkan aku tergopoh gapah naik ke pentas malangnya aku terpelecok namun dalam kelam kabut tu ada orang cuba menahanku dari tergolek disitu. Zuree rupanya…matanya terus merenung mataku lalu….



“I love you, my dear princess” antara dengar atau tidak, suara Zuree membisikkan kata keramat yang membuatkan aku hampir pengsan. Namun dia terus mengenggam erat jemariku lalu kami menuju ke pentas yang tersergam indah. Impianku kini menjadi kenyataan. Zuree atau Prince Charming telahpun melamarku untuk menghiasi istana hatinya. Rupa rupanya dialah lelaki misteri yang sentiasa menyintaiku. Dan aku…apalagi…happily ever after bersama bintang hatiku.




“Awak, Kenapa awak sukakan saya”
“Sebab awak adalah puteri impian saya”
“Apa dah jadi dengan Jijie, mana dia sekarang?”
“Jijie tu awek member saya, kitorang berpakat nak kenakan awak dulu”
“Tapi Kenapa saya?”
“Sebab awak ialah cinta pertama saya”
“Cinta pertama awak?”
“Sayang, I’ll love u more than anything else..more then I love myself…dahler nanti dengar pulak kat mak mertua awak nanti malu pulak awak kat mereka tu”.

Tamat...................
[ Telah diedit oleh: Iswadi pada 17-06-06 12:15 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For IswadiProfil   Hantar PM kepada Iswadi   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 25-06-06 09:26


hm...mnarik...but s little bit mystery...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 25-06-06 11:28


Ala... sambunglah lagi please ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

comel21
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22777
Posting: 90

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-06-06 14:04


erm..ok cerita ni..
kan best kalau boleh jadi realiti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For comel21Profil   Hantar PM kepada comel21   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 25-06-06 15:38


:):):):)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 12:29


goooood

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

muslimah105
Warga Rasmi
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23936
Posting: 13
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-06-06 12:51


best sangat-sangat lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah105Profil   Hantar PM kepada muslimah105   Quote dan BalasQuote

ayang2roses
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17405
Posting: 258
Dari: :: dari Kedah ke N9 ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-06-06 13:35


:) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayang2rosesProfil   Hantar PM kepada ayang2roses   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 29-06-06 16:46


walaupun ia sebuah cerita.....tapi kesalahan tetap di tengahkan supaya cerita nampak menarik...pegang tangan? boleh ke..........

hehehhe, pendapat dari pengkritik...............tapi so far.............it's quite interesting...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

mashitah_izzati
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.06.2006
Ahli No: 24677
Posting: 69
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 29-06-06 16:51


interesting juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mashitah_izzatiProfil   Hantar PM kepada mashitah_izzati   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-12-06 21:12


:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097293 saat. Lajunya....