Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda taknak bekerja, carilah duit sebanyak-banyaknya; nanti anda tak perlu bekerja
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 218
Ahli: 0
Jumlah: 218




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: merajuk....why we must?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» merajuk....why we must?

Please Mendaftar To Post


Oleh merajuk....why we must?

buz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.06.2006
Ahli No: 24727
Posting: 27
Dari: bangi

Johor  


posticon Posting pada: 16-06-06 08:42


Kenapa merajuk?

Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang
lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak
memuliakannya dengan memberikannya satu
kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak
menerima pandangannya, atau tidak menunaikan
permintaannya.

Siapa yang kena penyakit merajuk?

Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa
sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira
tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun
kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak
boleh merajuk dengan anak.

Punca merajuk

Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada
rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia
akan merasakan yang dirinya itu tuan.
Sebagai #8216;tuan#8217;, dia perlulah dimuliakan. Kata-
katanya perlu didengar dan dikotakan.

Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi
perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak
ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan
yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak
baik, marahnya pun tidak dilepaskan. Sebaliknya,
dia mengalihkan marahnya kepada merajuk.
Dengan merajuk, orang akan faham yang dia
sebenarnya marah walaupun dia sekadar
mendiamkan diri sahaja.

Apakah merajuk lebih baik dari marah?

Kedua-duanya adalah sifat terkeji yang mesti
diungkai. Kedua-duanya timbul dari rasa diri mulia
yang mesti dihormati. Lebih ditakuti lagi kalau orang
yang merajuk itu menyangka yang sikapnya itu
tidak salah atau dirinya itu lebih baik daripada
orang yang marah-marah. Dia sebenarnya sudah
tertipu. Dan kalau dia tidak bertaubat atas
dosanya ini, dia akan dihukum di akhirat kelak.

Bagaimana mengubati sikap merajuk?

Untuk mengubati sikap merajuk, kita perlulah
tanamkan sifat berTuhan dan sifat kehambaan.
Sifat berTuhan ialah merasakan yang Tuhan itu
Maha Berkuasa. Dia boleh timpakan apa sahaja ke
atas kita sama ada perkara yang kita suka ataupun
tidak. Kalau kita membantah sama ada dengan cara
marah-marah atau merajuk, kita bukan sahaja
marah atau merajuk kepada orang yang #8220;menyakiti
hati#8221; kita itu, tetapi kita juga sebenarnya
menentang takdir Tuhan ke atas diri kita. Kalau
Tuhan tidak izinkan perkara itu berlaku ke atas kita,
tentu ia tidak akan berlaku. Berlakunya ia ke atas
kita ialah kerana Tuhan memang hendakkan
perkara itu berlaku.

Sifat kehambaan pula ialah merasakan yang kita ini
hamba yang lemah dan tidak berkuasa. Siapalah
kita yang hendak menolak takdir Tuhan. Kita harus
terima apa sahaja yang Tuhan timpakan ke atas
kita. Kalau orang tidak muliakan kita, memang kita
pun tidak layak untuk dimuliakan.

Sebagai hamba, kita juga merasakan yang diri kita
banyak berdosa. Justeru itu, layak sangatlah kalau
hati kita disakiti, moga-moga dengan kita bersabar,
Tuhan akan hapuskan dosa-dosa kita. Kita juga
mungkin sudah lebih banyak menyakiti hati orang
lain. Lantaran itu, kita patutlah bersabar bila hati
kita sedikit sebanyak disakitkan pula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For buzProfil   Hantar PM kepada buz   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-06-06 09:12


terima kasih. best posting ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

hairani
Warga Rasmi
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24827
Posting: 9
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-06-06 11:46


em..biasanya orang merajuk minta dipujuk. nak bermanje la katekn. tapi jangan melampau-lampau sangat da la. kang orang menyampah pula..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hairaniProfil   Hantar PM kepada hairani   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-06-06 12:35


ana sokong!!!!!!!!!!!!!!!
hidup hairani!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119554 saat. Lajunya....