Lelaki adalah golongan yang sukar untuk diselami hati & perasaannya.
Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya
lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, lelaki berjiwa seni & lelaki sensitif.
Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui jenis apakah kekasih anda.
Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang dianggap gagah ini.
Apatah memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk lelaki kesayangan mereka.
Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.
LELAKI MANJA
1. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear.
Terutamanya yang manja & berjiwa sensitif. Bagi mereka,
memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan
seperti memeluk si buah hati(pastikan sudah berkahwin). Paling kurang pun patung tweetie.
2. Ada juga yang gemarkan barangan seperti pakaian (seluar, t-shirt dll)
3. Kadang-kadang lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu
romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Love Me).
4. Perfume juga antara barangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja.
Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
5. Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun
tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan
pemberian itu benar-benar ikhlas.
LELAKI MACHO
1. Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti
jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggang kulit, pemetik api, helmet,
beg sandang & lain-lain.
2. Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal yang berkuasa tinggi,
hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson. Tentu mereka suka.
3. Ataupun...hadiahkan pemetik api yang berjenama.
4. Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit
selepas itu suruh mereka telefon kamu setiap malam atau... morning call.
5. Sesekali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis
B2 S117 Stealth Fighter & yang lain.
6. Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih
macho dengan cermin mata jenama Ray Ban. Itu pun jika mampu.
LELAKI BERJIWA SENI
1. Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai
muzik instrumental yang lembut.
2. Kaset atau CD yang mengandungi alunan irama yang lembut & mengasyikkan.
Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
3. Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu
embuatkan si dia berasa tenang & ingat pada kamu.
4. Rasanya..hadiah berupa sehelai sapu tangan & sekeping foto sudah cukup
memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
5. Tujukan lagu & ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan
jiwa lelaki jenis ini makin romantis.
6. Lelaki yang berjiwa seni ini adakalanya begitu sensitif dengan apa
yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE U
sebagai hadiah iringan di hari-hari tertentu.
LELAKI AKTIF
1. Lelaki jenis ini lebih gemar barangan seperti dompet, tali pinggang,
kasut sukan & barangan sukan.
2. Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
3. Jam tangan berjenama juga pemberian yang sesuai untuk mereka yang
aktif bersukan. Waktu itu emas!. Sekurang-kurangnya dia akan melihat
jam itu setiap kali ada temu janji.
4. Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
5. Seluar sukan berjenama terkenal juga antara barangan yang mereka suka.
6. Walkman juga hadiah yang sesuai untuk mereka jenis ini. Iyerlah kan..
sambil berjoging bolehlah hiburkan hati dengan mendengar walkman.
LELAKI SENSITIF
Oppsst!!. Susah jugak. Lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya.
Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.
1. Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki ini biasanya suka menulis & akan
meluahkan perasaanya itu di dalam diari tersebut.
2. Lelaki jenis ini lebih kurang sama dengan lelaki yang manja & berjiwa seni.
Pemberian berupa CD & kad ucapan juga adalah antara pemberian yang sesuai.
3. Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang
berpanjangan...InsyaAllah boleh berkekalan ke anak cucu.
4. Bagilah buku...supaya mereka boleh mengisi masa lapangnya dengan membaca.
p/s:sekadar sudut bacaan...hadiahkanlah untuk suami,ayah,abang,adik,tunang..SELAMAT HARI BAPA