Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Manusia akan mati sekali sahaja, tetapi orang yang berhutang akan mati berkali-kali
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 13 hari yang lalu
Daeng_Jati: 33 hari yang lalu
Kang: 37 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: jangan korek telinga!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» jangan korek telinga!!

Please Mendaftar To Post


Oleh jangan korek telinga!!

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-05-06 16:08


WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan
pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek
telinga anak hampir setiap
minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi
telinga dan memastikan telinga anak anda
sentiasa bersih.

Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan
mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan
telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan
pendengaran?

Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik
kapas, pengorek telinga
diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa
saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan
tahi telinga, hakikatnya, perbuatan
mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan.
Ini kerana, tahi telinga
mampu bertindak sebagai pelindung sama ada
terhadap serangga mahupun debu kotoran.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat
perubatan swasta di ibu
negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam
keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit
demi sedikit kerana lapisan kulit telinga
mempunyai mekanisme yang akan
mengeluarkannya secara berterusan. Justeru,
beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga
atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang
sering kali digunakan untuk tujuan itu.

"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan
terlihat, anda boleh
membersihkannya tetapi jangan pula mengorek
telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan
kesihatan telinga anakanda," katanya ketika
ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja
tidak perlu dilakukan di
kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak
sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata,
lazimnya, ibubapa menggunakan putik kapas
untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi
bahan itu boleh
menyebabkan tahi telinga semakin terbenam,
melecet atau luka pada kulit telinga dan putik
kapas tertinggal di dalam telinga.

Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga
diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya
kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri
boleh tertembus pada gegendang
telinga dan seterusnya pendengaran. "Mengorek
telinga memang boleh menyebabkan seseorang
menjadi khayal keranatelinga mempunyai
banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru,
mengorek telinga kadangkala
menjadi amalan atau tabiat seseorang. "Sebaik-
baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri
boleh menjejas atau kesihatan telinga, terutama
gegendang telinga", katanya.

Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu
bahan di dalam telinga yang
terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar
yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil
campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu
telinga akan membentuk tahi telinga. Dr
Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi
kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai
tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi
telinga bergantung kepada faktor genetik dan
lelemak yang terkandung didalam tahi telinga,"
katanya.

Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai
pelindung kepada telinga
anda kerana lendir atau cecair yang terkandung di
dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat,
kesukaran dimasuki serangga dan
mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu,
beliau menasihatkan
ibubapa supaya tidak mengorek telinga anak
mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia
boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan
untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang
terluka
akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta
bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga
dikhuatiri boleh menyebabkan
kerosakan pada gegendang telinga," katanya.

p/s saya cuma copy paste saja..apa pendapat anda semua??? :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

fadzlyz
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2006
Ahli No: 24451
Posting: 639
Dari: cheras

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-05-06 16:17


entahla...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For fadzlyzProfil   Hantar PM kepada fadzlyz   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-06 16:30


ana pernah ikut nasihat ni...
hasilnya, adoiiiiii...........
telinga ana sangat sakit (siapa pernah semut masuk dalam telinga, macam itulah rasa sakitnya...)
lepas tu, dah tak ikut lagi...
terus saja korek telinga...
memanglah, korek telinga tak boleh dalam2...
kat tepi2 saja...
untuk kebersihan..
betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-05-06 18:19


bersederhanalah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

zahrawi_achik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.05.2006
Ahli No: 24519
Posting: 39
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-05-06 20:48


laa..ye ke? baru tau, tak apa nanti tanya kawan medic ana..betul ke tak

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrawi_achikProfil   Hantar PM kepada zahrawi_achik   Quote dan BalasQuote

m_aisya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15383
Posting: 107
Dari: hoMe

mauritius  


posticon Posting pada: 02-06-06 01:02


yep,sebelum baca posting ni,saya pernah dengar dari kawan..doktor dia pun beritahu macam tu jugak.sebenarnya kita tak payah korek telinga sebab nanti 'benda' tu akan keluar sendiri kalau dah penuh:-di :-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_aisyaProfil   Hantar PM kepada m_aisya   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-06-06 01:21


:-di :-di :-di :-di oklah tu.. :-di :-di

erm...tapi, luar telinga tu bolehlah dbersihkan kan?


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

m_aisya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15383
Posting: 107
Dari: hoMe

mauritius  


posticon Posting pada: 02-06-06 02:03


er yang kat luar tu rasanya perlu dibersihkan sendri..
sebab kalau tak,mesti terlekat begitu jerkan sebab ia kering :-di
yang kat dalam tu saja yang akan ke tertolak keluar..
mungkin sebab dalam tu ada bendalir yang push dia keluar..
kat luar tu tak ada..makanya ia akan terus melekat di tempat nya..
hehehe..macam betul saja..ni 'teori' bikin sendiri..:-P :-di :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For m_aisyaProfil   Hantar PM kepada m_aisya   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-06-06 06:45


:-di :-di :-)


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 08:22


betul agaknya teori m_aisya tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 09:11


telinga kanan saya tenhag sakit, luka dan benanah....saya dah pergi klinik dan berjumpa doktor. doktor kata len kali jangan korek telinga pakai putik kapas, atau apa-apa pun...seminggu sekali ke, setiap hari atau bila-bila....doktor tu kata lagi taik telinga akan memejal dan keluar sendiriny...kita hanya perlu buang taik tersebut menggunakan jari saja...Kalau agak2 tak boleh nak keluar, masukkan sikit air masa mandi tu, kemudian korek sikt2 saja guna jari, insyaAllah dah memadai

kalau korek guna putik kapas, atau apa-apa objek akan terdedah kepada kecederaan sb kulit dalam telinga sangat nipis dan mudah tercedera.....sejak hari tu sampai sekarang saya xkorek dengan kapas atau objek 2 lain, just guna jari saja...ikut nasihat doktor...yang mana masih was2, silakan bertanya doktor sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-06-06 16:03


ooo.....mmm...pernah tjadi kat seorang hamba Allah nii...satu hari telinga dia macam tsumbat..tak boleh dengar sangat..lepas tu, warden dia bwklah dia pergi klinik...doktor check..doktor cakap, dik, tlinga adik ni banyak taik... :lol: errkk..ye ke doktor?? alamak, maluunyerr..
lepas tu, doktor tu tolong bersihkan...masukkan air dalam tlinga budak tuu...
habis semua keluar.....alhamdulillah...pendengaran budak tu dah ok kembali... :-) :-)


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

m_aisya
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15383
Posting: 107
Dari: hoMe

mauritius  


posticon Posting pada: 02-06-06 16:12


o ni kes tak cukup air dalam telinga la agaknya :-di
baru tau,telinga pun perlukan air yang cukup..:-di
[ Telah diedit oleh: m_aisya pada 02-06-06 16:12 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For m_aisyaProfil   Hantar PM kepada m_aisya   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 02-06-06 16:39


:lol: :lol: maybe agaknya..


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

keira_g08
Warga Rasmi
Menyertai: 10.04.2006
Ahli No: 24102
Posting: 1
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 16:40


hmmm...cikgu sc kita pernah bagitahu tentang hal yang same...
tapi kita tak amalkan pun :-di
untuk kebersihan mesti nak korek!! ;-)
tapi ala kadar saja la..

Bookmark and Share

    


  Member Information For keira_g08Profil   Hantar PM kepada keira_g08   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 16:49


Pada 02-06-06 16:12 , m_aisya posting:

!!! QUOTE !!!

o ni kes tak cukup air dalam telinga la agaknya :-di
baru tau,telinga pun perlukan air yang cukup..:-di


err..yeke.... :lol:


-----------------
"Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah SWT"


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-06 17:09


mmmmmmm rasanya betul juga...sebab setiap kejadian hanya Allah saja yang mengetahui...Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22692
Posting: 277
Dari: uitm, seri iskandar

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-06-06 12:24


hurm....elok diamalkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For laraProfil   Hantar PM kepada lara   Quote dan BalasQuote

fizanaiy
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13439
Posting: 160
Dari: Damansara Damainya....

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-06-06 10:33


keluarga saya juga ada kisah di sebalik korek telinga ini....adik no 2 saya dia ni jarang korek telinga...nak di jadikan cerita pada hari tu..telinga dia kurang pendengaran....lalu dia pun pergi klinik...pas tu doktor cakap apa....telinga dia tersumbat oleh tahi telinga....jadi dia di beri ubat untuk cairkan tahi telinga yang jenis basah punya.....
Moral dari cerita ini..koreklah telinga berpada2 pada setiap kali selepas mandi...macam saya....dah jadi macam hobi....tak dapat sehari korek telinga macam gila rasanya....hmm best tau...ok itu sahaja...............

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizanaiyProfil   Hantar PM kepada fizanaiy   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 13:56


same saja input tapi topik berbeza
so boleh bincang kat link bawah ni

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=23934&forum=16

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098185 saat. Lajunya....