
...sahabat...
antara Mawi, NurAmiira, Adi dan Sophia
Kita semua tau .. Mawi tak akan dapat membela bangsa
kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi
insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred
3 SPM... hanya media yang berjaya menyeret dia
untuk meraih rezeki yang kebenyakan ulama
mempertikaikan status halalnya... dari seorang yang
kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk
menjadi seorang yang bebas dari belenggu syariat...
namun tangan0tangan kotor telah berjaya
menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di
pakai oleh insan yang cemerlang dalam
pendidikan... tidak hairan para remaja mula
berhujah: " masuk universiti tak
dapat kerja..apa ada pada nilai ilmu?... Mawi dapat
Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari
lulusan universiti"... .sukar untuk menjawabnya.
Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama
Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang
Math yang sukar dicapai oleh walau seorang siswa...
beliau dengan petah memberitahu bahawa dia ingin
menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia
sangat taat dalam agama..tekun dalam
mempelajari syariat Allah... namun tiada
pihak "media" dan "pemimpin"
kita ambil peduli... bahkan dicari pula kelemahan
Adi yang kononnya hanya hebat dalam satu bidang
saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya
pakar dalam satu bidang saja... mana ada pakar
doktor perubatan dalam masa yang sama adalah pakar
kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk
mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat...
akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah
sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran
dan cita-cita Islam Adi...
Muncul pula adik Nor Amiira... yang berjaya
menghafal 30 hanya Al Quran seusia 10 tahun ... dia
mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5
tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah
mendapat tempat kedua ... peserta semuanya
berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus sepi...
"media" dan "pemimpin" kita tidak berminat
mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga
bantuan yang diberikan...
tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina
yang mendapat 17A SPM telah diberikan
penghormatan yang tinggi dan biasiswa untuk belajar
di luar negara ( sekarang dah tak pakai tudung), tak
kurang juga Sophia yang duduk di London tu
mendapat juga penghormatan negara..di jaja
ceritanya tak habis-habis di TV kita suatu masa
dulu yang sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga
media dan pemimpin kita kan?...
Inilah yang perlu kita cari titik perbezaan dan
persamaannya... sama-sama kita renungkan:
Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan
bakal membawa pembaharuan jika di beri
peluang...
maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.
MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk
maka dia
mendapat tempat dan penghargaan.
Amalina dah pun tak pakai tudung lagi... sama dengan
Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa
mesej Islam... tetapi dia masih di sokong.
Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah orang
asing juga mendapat layanan dan kemuliaan sebab
tiada membawa apa-apa mesej ISlam... so mesti di
beri sokongan.
Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini
hanya akan memuliakan anak-anak kita yang
berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat".
Bagi anak-anak yang bakal menyedarkan
Umat ..awas !!
anda adalah musuh bangsa dan negara ini..
apa pandangan anda?...
>>dunia adalah syurga bagi kafir..penjara bagi mukmin...
>>moga kita ditetapkan Iman dan mati dalam keadaan baik khusnul khotimah..insya Allah..
-----------------
kesenangan kan datang setelah kesulitan kau tempuhi..hiasilah hatimu dengan nilai-nilai wanita solehah..