Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 25-03-2025 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Kekarutan Khurafat Kayu Koka Yang Mensyirikkan |
---|---|
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Kekarutan Sekitar Kayu Kokka
Oleh: Abu Abd Rahman Al Madini. (Musim Haji Tahun 1426H) Kokka yang ajaib “Adik, kat mana saya nak beli tasbih Kokka?†“Ustaz ada orang pesan saya kayu Kokkalah, sini murah tak?†“Aku dah beli dah, berkilat engkau…wangi lagi.†Ungkapan-ungkapan begini amat sinonim bagi pengunjung Tanah Haram pada musim haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah yang datang dari jauh dengan membawa panji tauhid dalam talbiah mereka kadangkala turut terpukau dengan karut marut serta khurafat yang datang bersama kayu Kokka. Apakah dia kayu Kokka yang telah mencuri perhatian ramai di kala ini? Kononnya kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya antara semua kayu di atas muka bumi dan hanya terdapat di negara tertentu seperti Turki dan Mesir. Ianya telah digunakan sejak zaman nabi-nabi lagi. Bahan asas bahtera nabi Nuh adalah kayu Kokka, tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib juga di ambil daripada kayu Kokka!! Kini Kokka menjadi buruan orang ramai di Malaysia. Ia boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual buku agama, minyak atar dan kaset agama dalam pelbagai bentuk seperti loket, mata cincin, cincin belah rotan, untaian tasbih ataupun butiran tasbih bahkan krim dan minyak. Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan ialah ia boleh menjadi penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu terdapat kisah-kisah pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita yang direka-reka bagi melariskan barangan ataupun mainan serta tipu daya syaitan yang berbentuk khayalan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyesatkan orang beriman serta melalaikan mereka dari bergantung serta bermohon kepada Allah. Dalil bahawa ianya tipu daya syaitan ialah satu athar (riwayat) daripada Abdullah bin Mas'ud RA bahawasanya dia memotong pintalan tali yang telah dijampi yang dipakai oleh isterinya. Lalu isterinya berkata, “Mataku sakit, sekiranya aku mengenakan jampi aku merasa lega dan jika aku tinggalkannya sakitku menyeksa.†Ibnu Mas'ud menjawab, “Yang sebenarnya ini adalah kerja syaitan. Sekiranya engkau mengingkarinya ia menyakitkanmu dan jika engkau taatinya ia membiarkanmuâ€. . Persoalan yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal agama. Perkara agama mestilah berpaksikan dalil yang sahih untuk diamalkan. Dalil dalam perkara agama mestilah dari Quran, hadith yang sahih dan hasan, serta ijmak. Jika tidak amalan hanya akan menjadi sia-sia dan mungkin mengundang dosa sahaja. Justeru, kita wajib percaya bahawa nabi Nuh alaihissalam membina bahtera kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah asas yang sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa bahtera itu daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui bahawa ianya daripada Kokka? Sumber cerita Israiliyyat (jikalau ada) ia hanyalah khabar dan bukanlah hujah yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung daripada bala atau musuh serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam kisah ajaib kayu Kokka. Seterusnya, kalaulah benar kayu Kokka adalah bahan bahtera nabi Nuh, siapakah yang pernah melihat bahtera tersebut ataupun menjumpainya? Ataupun sekurang-kurangnya serpihan bahtera baginda untuk kita katakan sebagai sumber arkeologi. Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine. Ini adalah nas Taurat. Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj" . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab) sendiri tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita kokka?! Kenapakah nabi Sulaiman alaihissalam tidak disebut bersama? Adakah kerana tongkat baginda telah dimakan anai-anai? (serangga perosak mungkin tidak dapat mendekati Kokka) ataupun baginda tidak tahu tentang kayu Kokka? Mustahil!! Saya tertarik dengan hujah ringkas seorang jemaah Haji yang pintar dalam mengulas pamphlet khasiat kokka yang banyak tersebar yang menyebut (dengan izin Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu telah memakainya dan tubuh mereka menjadi kebal…) Ujarnya: "Kalaulah Kokka ni macam yang disebut-sebut Kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai kayu kokka semasa berperang kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!" Tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera dan tongkat tersebut namun ramai yang tahu ianya diperbuat daripada kayu Kokka. Inilah sebenarnya keajaiban Kokka. Mensyukuri nikmat Iman Iman adalah nikmat Allah yang agung yang dikurniakan bagi hamba-Nya yang Dia kehendaki. Memeliharanya adalah kewajiban yang sangat penting memandangkan nilainya yang amat tinggi bahkan ia tidak ternilai. Ia mudah terhakis dari hati mukmin sekiranya dia melakukan dosa sama ada besar maupun kecil. Ia adalah satu-satunya barang dagangan sang insan apabila dia dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat. Oleh itu, janganlah sampai barang dagangan kita tergadai di dunia lagi dengan melakukan syirik. Sesungguhnya syirik menafikan iman dan menghapuskannya. Serta ketahuilah bahawa pintu-pintu syirik kadangkala amatlah halus dan sukar dilihat mata kasar sehingga disebut bahawa ia lebih sukar dilihat daripada kaki semut hitam yang merayap di atas batu yang legam pada malam yang amat kelam. Mengetahui perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesyirikan adalah penyebab yang boleh menyelamatkan kita dari bahaya syirik. Jesteru, kita hendaklah bersyukur dengan sebenar-benarnya pada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat iman serta memberikan kita ilmu yang mampu menjadi benteng pemelihara iman. Syirik dalam ‘Kokka’ Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang merupakan hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada hak-hak tersebut pada yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan Allah dengan yang lain pada hak-hak yang khas bagi Allah. Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki. Oleh yang demikian orang yang berkata, “Rezeki saya di tangan fulan,†telah melakukan syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu memberi rezeki pada selain dari Allah. Firman Allah SWT bermaksud: â€(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki kepadamu dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah yang mengatur segala urusan? Lalu mereka menjawab 'Allah', maka katakanlah (kepada mereka) mengapa kamu tidak bertaqwa.)†Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta nama-Nya. Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan seperti tangan kita, Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk ataupun kita menamakan anak dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah kufur dan syirik yang mesti di jauhi. Firman Allah yang bermaksud: â€(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.) Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti tangkal, pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat adalah hak Allah yang khas baginya. Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, “Saya tak sembah selain daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji…semuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya memakai kayu Kokka kamu kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan yang berat!†Seorang muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak hanya meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat merangkumi amalan lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti rukun Islam yang lain serta lain-lain amalan anggota seperti tolong menolong dan berpakaian, dan yang paling hebat dan agung ialah amalan hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas, khusyu’, takut, berharap dan tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak Allah secara mutlak dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya. Di manakah syiriknya? Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau apa-apa sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara tersebut mempunyai keupayaan tertentu: Nota penyunting) telah melakukan syirik dalam tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan melakukan sebab yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya yang mampu memberi manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau tangkal atau sebarang jampi serapah yang menyalahi syara’ dan sunnah Rasulullah SAW. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi Rasullullah SAW bersabda, maksudnya: (Barangsiapa menggantungkan sesuatu maka pergantungannya adalah pada benda itu). Dalam hadith yang lain baginda telah bersabda, maksudnya: (Barangsiapa yang mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.). Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya ada beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan pemakai terhadap benda-benda ini. Peringkat pertama. Sekiranya dia beri’tiqad bahawa benda-benda ini mempunyai kuasa yang mampu memberi manfaat atau menolak bencana dengan sendirinya maka dia telah terjerumus ke jurang syirik besar yang membatalkan iman dan syahadah. Perbuatannya juga telah membatalkan seluruh amalan baik yang telah dilakukan. Ini kerana ia telah bertawakal pada yang lain selain daripada Allah. Lebih teruk daripada itu ia bertawakal pada benda yang langsung tidak mampu memberi manfaat padanya maupun menolak sebarang bencana baik secara logik akal apatah lagi di sisi syarak yang telah menafikannya dari awal lagi. Peringkat kedua. Sekiranya dia beri’tiqad bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat dan menolak bala bencana, namun dia menggunakan benda-benda ini sebagai sebab atau alat untuk mandatangkan manfaat daripada Allah dan menolak bala -sebagaimana orang sakit memakan ubat sebagai penyebab untuk sembuh atau pemburu menggunakan senapang untuk membunuh-, sesungguhnya dia telah tergelincir ke dalam lembah syirik kecil. Yang demikian kerana dia telah mereka-reka perkara dalam agama yang tidak diizinkan oleh Allah di samping mendakwa bahawa Allah menyukai perkara yang ia lakukan. Terdapat perbezaan antara Kokka dan seumpamanya dengan ubat dan senapang. Ubat dan senapang sebab dan akibatnya adalah zahir, sementara Kokka sebab dan akibatnya tidak zahir. Kalau seseorang berkata, “Bawalah senapang ini. Musuh akan takut.†Kata-katanya diterima akal. Inilah maksud zahir. Lantas ianya dibenarkan. Namun kalau disebut, “Jika anda membawa tasbih ini musuh akan takut,†orang yang berkata tadi mestilah membawa dalil yang lain bagi menyokong dakwaannya kerana sebabnya tidak zahir. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husoin bahawasanya Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning di tangannya. Lalu baginda bertanya, (Apakah ini?) Lelaki itu menjawab, “Penangkal Wahinah†Baginda lantas bersabda, (Tanggalkannya! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya.) Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang hasan. Syirik yang kecil tidak bererti dosa yang kecil. Bahkan sebesar-besar dosa selepas syirik yang besar adalah syirik kecil kerana ia boleh membawa kepada syirik yang besar. Kafarah bagi orang yang melakukan syirik yang kecil ialah dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat sahajalah yang mampu menyucikan dosa syirik. Kendatipun telah melakukan syirik, pelaku syirik yang kecil tidak akan kekal di dalam neraka. Setelah dosanya dibersihkan dengan azab dan seksa yang maha pedih, dia akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga. Berhubung dengan pemakaian kayu Kokka atau seumpamanya dengan tujuan saja-saja seperti melawa atau seumpamanya, perkara ini mesti ditinggalkan. Ini kerana ia merupakan perbuatan ahli bid'ah dan kita dilarang dari menyerupai mereka kerana peniruan gaya hidup menunjukkan keredhaan dan kesukaan kita pada perkara tersebut. Apatah lagi para pelajar agama dan para Hujaj (Haji dan Hajah) yang menjadi teladan di tanah air. Dalam sebuah hadith daripada Ruwaife’ bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya, Maksudnya: (Wahai Ruwaife’, engkau mungkin akan hidup lama. Khabarkanlah kepada sekelian orang bahawasanya barangsiapa yang mengikat janggutnya atau menggantungkan tali panah pada haiwannya atau beristinja’ dengan tahi binatang sesungguhnya Muhammad SAW berlepas diri daripadanya.). Sebab larangan mengikat janggut adalah kerana ia perbuatan ahli majusi. Ianya merupakan simbol serta gaya hidup mereka dan kini ia dipopularkan oleh trend muzik global seperti hiphop dan alternatif. Rasulullah SAW melarang dari meniru mereka dan berlepas diri daripada orang yang meniru mereka walaupun ia tidak memasuki agama majusi . Contoh yang lain ialah serban. Hukum asal memakai serban adalah harus bahkan ada yang mengatakan sunnah. Namun jika ia dililit seperti lilitan penganut agama sikh hukumnya menjadi haram kerana menyamai perkara yang menjadi simbol mereka begitu juga jika dipakai seperti gaya kumpulan sufi penyembah kubur yang banyak di India. Ia adalah simbol ahli bid'ah yang tidak harus ditiru walaupun dengan tujuan saja-saja. Menurut ulama, tiada suatu bid'ahpun yang dilakukan melainkan suatu sunnah (yang bertujuan seumpama bid'ah tadi) telah dimatikan. Tanyakanlah pemakai kayu kokka, adakah dia mengamalkan zikir pagi dan petang seperti sunnah Nabi SAW sebagai pelindung untuk setiap hari? Adakah dia tahu doa yang Nabi SAW baca untuk melindungi cucu baginda SAW Hasan dan Husin dari terkena 'ain dan syaitan ataupun dia menggolekkan butir kokka pada dahi anaknya sahaja? Adakah dia mengamalkan doa sebelum tidur yang boleh menjauhkannya dari sihir ataupun dia hanya meletakkan butir Kokka di bawah bantal? Lihatlah sunnah Nabi SAW yang ditinggalkan akibat bid'ah Kokka! Untuk bersikap insaf saya akui kemungkinan Kokka mengandungi zat dan khasiat perubatan (meskipun belum pernah dikemukakan secara klinikal) untuk mengubati sesetengah penyakit. Mungkin!! Namun pegangan karut seperti penangkal, pelemah musuh, anak menangis, penghalau hantu dan sihir amatlah tidak dapat diterima. Akhir kata saya memohon taufik daripada Allah Taala buat kita semua, moga-moga kita akan selamat dari fitnah dan ujian-Nya. Ingatlah, tawakal atau pergantungan adalah bentuk ibadat yang sangat hebat dan tinggi darjatnya. Allah berjanji akan memasukkan hamba-Nya yang benar dalam tawakalnya kepada Allah ke dalam syurga tanpa perlu dihisab apatah lagi diazab. Wa Allahu a`lam. Sumber: www.tranungkite.net dengan sedikit pindaan dan suntingan . Tajuk asal artikel: Keajaiban Kayu Kokka |
maqnawie ![]() ![]() |
![]()
bismillah
assalamualaikum... maaf ya akhie... info ni sila jelaskan, sebab kat laman darul numan selalu diwar-warkan...confius lah... |
hanggukkau ![]() |
![]()
apa masalahnya???orang berminat koka mungkin kerana ia ada khasiat????jika seseorang minat nak beli ubat kerana ada khasiatnya,adakah dia syirik???????nilah orang salafi..asik2 nak timbulkan benda remeh ni...after that islam berpecah...orang nak simpan kayu kokka pun dah tak boleh
|
alexander ![]() ![]() |
![]() ![]() Kayu kokka mungkin ada khasiat..namun sesetengah masyarakat kita yang terlalu taksub dengan tangkal mempercayai kokka boleh menghalau syaitan dan iblis,itulah yang menyebabkan syirik.... Jika kita lihat di Mesir,kokka kebanyakkan dibeli oleh orang2 Melayu,sedangkan ada terdapat bangsa Arab yang tidak tahu menahu mengenai kokka ini.... Tapi tidak dinafikan,ramai yang membeli kokka kerana kecantikan kayu tersebut bila dibuat cincin atau gelang,sekadar dijadikan perhiasan...atau dijadikan tasbih.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI...... |
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Pada 03-04-06 16:04 , hanggukkau posting:
!!! QUOTE !!! apa masalahnya???orang berminat koka mungkin kerana ia ada khasiat????jika seseorang minat nak beli ubat kerana ada khasiatnya,adakah dia syirik???????nilah orang salafi..asik2 nak timbulkan benda remeh ni...after that islam berpecah...orang nak simpan kayu kokka pun dah tak boleh assalamualaikum wbt kalau ada khasiat dr segi sains pakai sajalah..bukan salahpun..yang kami lawan ialah kepercayaan karut kayu kokka yang dikaitkan dengan nabi nuh etc..lepas tu kekarutan itu ditambah dengan perkara2 yang tiada bukti, ya sheikh benda2 ghaib mesti dengan wahyu sheikh..lainlah kalau suka kayu kokka sebab dia lawa, sebab dah buat kajian ada khasiatnya atau sbb2 lain...jangan lah kaitkan dengan nabi dan lain2...kecuali kamu bawa bukti dr alquran dan sunnah... kami tak akan bersatu dalam syirik dan khurafat.. wallahu'alam [ Telah diedit oleh: masri2 pada 03-04-06 20:28 ] |
tasbih_30 ![]() |
![]() |
syahid_zul ![]() ![]() |
![]()
kayu koka???kayu apa ni??macam tonkat ali ke??langsung xnah dengar+tak tahu...tapi kalau dah pergi mekah semata2 nak cari kayu koka itu,baik minum koka kola laaa....xpun zam kola....
----------------- ![]() |
jutawanmuslimah ![]() |
![]() |
nurhaziqah ![]() ![]() |
![]()
Pada 03-04-06 20:04 , alexander posting:
!!! QUOTE !!!
ana sokong enti ... semuanya berubah jadi buruk sekiranya terlalu taksub.. |
akasia ![]() ![]() |
![]()
Pada 03-04-06 21:13 , syahid_zul posting:
!!! QUOTE !!! kayu koka???kayu apa ni??macam tonkat ali ke??langsung xnah dengar+tak tahu...tapi kalau dah pergi mekah semata2 nak cari kayu koka itu,baik minum koka kola laaa....xpun zam kola.... baik minum air zam zam saja ----------------- http://www.stormreaders.net/putraborneo |
hanggukkau ![]() |
![]()
Pada 03-04-06 20:26 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 03-04-06 16:04 , hanggukkau posting: syeikh.....kayu kokka adalah satu perniagaan Kenapa topik ni ditimbulkan?sekadar nak mensyirik dan membid ahkan orang?oklah,saya tanya tongkat ali tu ada khasiat tak?mana wahyu dan dalil yang mengatakan tongkat ali tu ada khasiat?samalah macam kayu kokka ni....kelebihan dia cantik,boleh buat perhiasan...mungkin ada khasiat yang kita tak tahu.....adakah mempercayai khasiatnya boleh jatuh syirik?/?/????? ----------------- HIDUP MULIA MATI SYAHID....LALALALALA ![]() ![]() |
hanggukkau ![]() |
![]()
inilah kerjanya dari dulu sampai sekarang...timbulkan masalah yang remeh dan temeh sampaikankayu kokka pun jadi masalah...dah lah islamlemah,saja nak timbulkan topik yang boleh buat islam lemah lagi...apa laa
|
mp3 ![]() ![]() |
![]()
Sabar kawanku semua..
Kayu koka ke, kayu jati ke, tongkat ali ke, dan apa-apa lagi la, semuanya boleh membuatkan kita syirik kalau kita percaya kayu tu yang bagi khasiat. Macam jugak kita makan ubat bila demam. Kalau kita beriktiqad ubat tu yang buat kita sembuh, maka ia jadilah syirik. Tapi kalau setakat kita cakap, "Ubat ni telah sembuhkan demam aku", tanpa kita beriktikad begitu (iaitu dalam hati kita tahu bahawa Allah yang menyembuhkan demam kita), maka itu bukanlah syirik. Orang-orang awam biasa cakap macam tu. Tapi itu bukan bermakna orang-orang awam beriktikad seperti mana yang mereka lafazkan. Bagi yang belajar bahasa Arab, mesti tahu konsep majaz kan? Jadi dalam hal ni, tak boleh nak persalahkan kayu kokka. Anggap la itu adalah kerana kejahilan umat Islam. Maka tanggungjawab kita semua nak betulkan tu semua. Kalau nak hapuskan kayu kokka, baik hapuskan juga Hajarul Aswad kat Ka'abah tu. Ada jugak umat Islam yang ingat Hajarul Aswad ni boleh memberikan mereka kebaikan dan keberkatan kepada mereka. |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
Agak panjang,tapi bacalah kerana agak interesting..
Produk Atas Nama Agama Oleh: Maszlee Malik Sewaktu kemunculan Bank Islam dan juga sistem perbankan tanpa faedah di Malaysia ramai di kalangan rakyat Malaysia yang bersikap skeptik. Golongan skeptik ini mula mempertikaikan label "Islam" yang diberikan kepada "bank". Di waktu itu muncul suara-suara yang mengatakan, "selepas ini akan muncul pula disko Islam, zoo Islam, pub Islam dan lain-lain lagi yang akan menggunakan nama Islam". Teori "Midas touch" (sentuhan Midas) yang dilontarkan oleh Ziauddin Sardar dijadikan modal golongan ini untuk mempertikaikan penggunaan label Islam untuk melakukan produk perbankan. Di sudut yang lain pula, golongan agamawan "anti-establishment" melihat ianya sebagai ancaman kepada gagasan "negara Islam" yang mereka bawa kerana ianya merupakan kosmetik kepada projek "islamisasi" kerajaan yang akan menjadi pencabar terhadap projek "negara Islam". Hakikatnya pertikaian mereka walaupun di satu segi mempunyai asas, namun sekurang-kurangnya ianya masih boleh dipertikaikan. Bagi mereka yang memperjuangkan sistem perbankan Islam tersebut mereka mempunyai hujah yang tersendiri. Apa yang mereka perjuangkan itu sekurang-kurangnya mempunyai keseriusan dan mempunyai agenda jangkamasa panjang. Bermula dengan sistem perbankan, mereka melangkah kepada sistem insuran Islam, sistem kewangan, dan sedang menuju ke arah sistem "mata wang" Islam. Tambahan pula ide penubuhan bank Islam dan juga sistem kewangan Islam bukanlah diinisiatifkan oleh para saudagar bank demi mengaut keuntungan di atas nama Islam semata-mata. Ianya mula dilontarkan hasil perbincangan Majma' al-Fiqh al-Islamiyy (Akademi Fiqh Islam) yang telah mengumpulkan ulama muktabar dari serata dunia demi melepaskan umat Islam dari seluruh dunia daripada belenggu sistem riba bank konvensional. Pokoknya, sistem perbankan Islam hanyalah juzuk daripada agenda perlaksanaan sistem kewangan Islam yang lebih jauh di masa hadapan. Melakukan produk di atas nama Islam Persoalannya kini ialah kemunculan golongan-golongan yang oportunis menyalahgunakan nama Islam. Demi melakukan produk-produk mereka, label Islam dan juga berdozen-dozen ayat al-Quran serta hadis dijadikan pelaris. Pelbagai cara mereka "mengislamkan" produk mereka demi mengaut keuntungan tanpa memperdulikan kesan atau natijah perbuatan tersebut. Bukan sekadar itu sahaja, malah mereka juga tidak memikirkan sama ada apa dilakukan itu menepati syarak ataupun tidak. Yang penting bagi golongan seumpama ini ialah keuntungan dan lakunya produk mereka. Tidak hairanlah di pasaran Malaysia terdapatnya ramai peminta sedekah di atas nama Islam dengan menjual kalendar-kalendar, stiker-stiker, dan pelbagai produk di atas nama-nama yang Islam. Lebih menarik lagi ada syarikat-syarikat yang menjual "air yang telah dibacakan Yaasin sebanyak 40 kali", "air yang telah ditahlilkan 40 malam", "air yang telah ditawaf", "air yang telah disa'i", dan mungkin akan datang kemunculan "air yang telah dibawa melontar" dan juga "air yang telah dibawa bermabit". Begitu juga halnya dengan sesetengah produk "air yang telah dijampi oleh ustaz A", "air yang dijampi oleh ustaz B" dan juga macam-macam lagi ustaz yang menjadi selebriti dan pujaan pendengar sama ada kerana lawak jenakanya ataupun pandainya ustaz-ustaz tersebut menjadi penglipurlara di dalam ceramah-ceramah mereka. Oleh kerana air-air tersebut mempunyai air liur dan mungkin juga setitik dua kahak ustaz-ustaz tersebut, maka harga air paip yang tidak bertapis tersebut naik melambung melebihi harga air mineral di pasaran. Perkara yang sedemikian belum cukup melucukan lagi, di sesetengah tempat, bukan hanya sekadar air dijampi, malah kismis, kurma, buah tin, dan lain-lain buah-buahan kering juga tidak terlepas dari jampian ustaz-ustaz tertentu ini untuk dijadikan ianya lebih "power" dan lebih "berfadhilat" berbanding dengan buah-buah seumpamanya di pasaran. Perbuatan ini terang-terang menyalahgunakan nama agama dan tidak keterlaluan dikatakan sebagai "mempergunakan agama"! Perkara yang lebih merisaukan lagi ialah perbuatan seumpama ini akan menjadikan tokoh-tokoh agama ini menjalankan tugas tidak ubah seperti tugas-tugas paderi yang memberikan "baptist" atau juga sami-sami atau tok cha-tok cha yang memberikan "keberkatan" kepada rumah baru, kereta baru, malah pusat-pusat perjudian dan kelab malam yang ingin dibuka oleh pengikut-pengikut mereka. Lebih menggelikan hati lagi, bezanya ustaz-ustaz yang "menjampi" ini berbanding dengan paderi-paderi ataupun sami-sami yang menjalankan tugas "memberikan keberkatan" yang sama ialah, para ustaz-ustaz ini mengambil "upah" ataupun dengan perkataan yang lebih indah lagi "saguhati" atau "hadiah" untuk khidmat jampian-jampian yang telah diberikan. Air hikmat Jika di satu sudut terdapatnya air yang telah dijampikan, di satu sudut yang lain pula terdapat air yang telah dibacakan al-Quran oleh para huffaz. Hadis Abu Said al-Khudri yang pernah membacakan surah al-Fatehah untuk mengubati seorang ketua kabilah yang telah dipatuk ular dijadikan hujah. Walaupun Abu Said menerima upah di atas usahanya itu, dan Rasulullah SAW mengiktirafnya, namun beliau tidak pula menjadikannya usaha komersil sebagai mata pencariannya ataupun satu perniagaan di atas nama agama. Jika tidak, sudah tentu kita terbacakan di dalam buku "al-Isaabah fi Tamyiz al-Sahabah" karangan Ibn Hajar dan juga buku "Usud al-Ghabah" karangan Ibn Athir, bahawa Abu Said telah menjadi "doktor" atau tabib dengan menjual air yang telah dijampikan. Di pasaran kini, para penjual agama untuk melakukan produk ini juga tidak ketinggalan menjual air-air yang telah dibacakan oleh para huffaz yang telah digajikan demi mengaut keuntungan duniawi dengan mempermainkan agama. Lebih dahsyat lagi, para penjampi-penjampi ini di dalam keadaan yang lain pula telah menjadikannya sebagai satu karier dan profesion. Demi memberikan kredebiliti terhadap usaha mencari duit dengan menyalahgunakan agama ini, para penjampi-penjampi ini menamakan usaha mereka ini sebagai "perubatan Islam". Tanpa memikirkan kesan di atas usaha membodohkan umat, mereka terus memberikan label "perubatan Islam" terhadap usaha mereka mencari keuntungan. Secara “mafhum mukhalafahâ€nya (pemahaman tersirat) orang ramai akan menyangkakan bahawa perubatan konvensional bukanlah perubatan Islam, dan perubatan jampi menjampi adalah perubatan Islam. Hal ini telah disinggung secara serius oleh Dr Yusuf al-Qaradawi di dalam buku beliau "Fatawaa Mu'asarah" jilid ketiga yang sehingga kini belum lagi diterjemahkan ke bahasa Melayu kerana "kerajinan" dan "kesungguhan" penerbit-penerbit buku Islam di Malaysia. Tidak cukup dengan menjual khidmat jampi yang telah diberikan kredebiliti sebagai "perubatan Islam", golongan penjampi-pejampi ini sering menakutkan masyarakat dengan mengatakan bahawa kehidupan manusia amat terdedah kepada ancaman jin dan makhluk halus. Bagi mereka, jin dan makhlus halus ini merupakan ancaman utama dan juga bahaya yang paling dahsyat terhadap hidup manusia. Bahaya dan ancaman makhluk-makhluk ini bagi golongan penjampi-penjampi adalah lebih bahaya daripada virus influenza, nyamuk aedes, bakteria-bakteria dan juga lain-lain kuman yang wujud melata di muka bumi ini. Setelah masyarakat dimomokkan dan dikurung dalam pemikiran "culture of fear" (budaya takut) terhadap khayalan dan imiginasi penjampi-penjampi ini, mereka mengemukakan jalan keluar pula. Satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri mereka ialah HANYA melalui golongan-golongan penjampi. Hanya mereka sahajalah yang dapat menghilangkan ancaman-ancaman tersebut. Maka lakulah khidmat mereka, dan semakin "gemilang"lah "perubatan Islam" yang mereka perjuangkan itu! Selebriti agama Di horizon yang lain pula muncul para selebriti agama yang mencari makan dengan menjual agama. Bukanlah satu kesalahan untuk mereka mendapat bayaran dari apa yang telah diberikan, persoalan ini telah diselesaikan oleh para ulama silam semenjak dahulu lagi. Yang menjadi masalahnya ialah apa yang diberikan kepada masyarakat itu adakah berbaloi dengan apa yang diterima (atau apa yang diminta). Apakah dengan lawak-lawak bodoh, cerita-cerita Israeliyyat, hadis-hadis palsu dan juga tafsiran-tafsiran dangkal yang dihamparkan kepada masyarakat berbaloi dengan bayaran yang diterima. Masyarakat menjadi semakin jahil dan semakin menyimpang dari ajaran agama yang sebenar bila semakin banyak mendengar ceramah-ceramah dari para selebriti agama ini. Lebih menyanyat hati lagi apabila kata-kata para selebriti ini menjadi ikutan masyarakat. Jika yang diikutkan itu bersumberkan dalil yang kukuh dan juga sunnah Rasulullah SAW, itu amatlah digalakkan, sayangnya yang diikutkan itu hanyalah petua-petua yang tidak berdasarkan dalil dan juga sunnah. Ada yang mencadangkan agar meminum air liur basi sediri di waktu pagi dan disandarkan ke atas nama Nabi. Walhal hadis riwayat Muslim dari Aisyah mengatakan perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila bangkit dari tidur ialah membasuh kedua tangannya dan memasukkan air ke dalam hidung untuk membersihkannya. Ada yang muncul dengan petua mencakar dengan cakaran harimau, ada yang muncul dengan pelbagai petua motivasi dengan memetik sunnah-sunnah Nabi yang diambil dari sumber yang tidak diketahui. Jika ditanya dari sumber mana yang diambil, golongan motivator tersebut hanya mengatakan "orang alim kata", "ulama kata". Orang alim dan para ulama dari planet mana yang beliau rujuk tidak pula diketahui. Puas dicari di dalam kitab sunan yang enam, kitab Syamaail Muhammadiyah karangan Imam al-Tarmidhi yang memuatkan hadis-hadis yang menceritakan tentang keperibadian Rasulullah SAW mahupun dari kitab Zaadul Maad karangan Imam Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, tentang petua-petua yang telah disebutkan oleh motivator berkenaan, tidak pula ditemukan apa yang dikatakan sebagai "sunnah Nabi" tersebut. Nabi sukakan warna "merah jambu", Nabi mencadangkan agar makan "pisang" di waktu pagi, Nabi menjanjikan itu dan ini untuk amalan itu dan ini dan 1001 lagi petua-petua oleh motivator yang menjual nama Nabi untuk keuntungan duniawi. Tidakkah mereka gerunkah hadis Rasulullah SAW yang mengancam mereka-mereka yang berdusta di atas nama Baginda, "Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka tempahlah tempatnya di dalam neraka" (H.lah. al-Bukhari), atau kilauan RM lebih bermakna bagi mereka? Selebriti agama ini tidak disyaratkan dia seorang yang pakar agama atau mempunyai ijazah kedoktoran di dalam bidang agama. Yang utamanya ialah dia pandai bercakap, berwajah cantik atau rupawan, pandai melawak, pandai membawa cerita, pandai mengolah cerita, maka dia layak menjadi selebriti agama. Tidak hairanlah para motivator yang langsung tiada kelulusan agama, atau mereka yang tidak habis menuntut di al-Azhar, atau mereka yang hanya mempunyai ijazah dasar sahaja, atau mereka yang hanya berkelulusan SPM tetapi berserban dan berjubah, ataupun mungkin juga mereka yang mempunyai jawatan politik di dalam kerajaan, ataupun seorang yang pandai memaki dan menghentam kerajaan dengan membawa sepotong dua ayat dan hadis, atau seorang yang mempunyai DR di dalam bidang homeophati, atau juga seorang penasyid sekali pun layak menjadi selebriti agama. Apabila mereka berkata-kata, apa yang diperkatakan itu jauh dari sikap ilmiah, jauh dari sikap amanah, malah tidak langsung teliti. Oleh kerana mereka selebriti yang sentiasa menghiasi kaca-kaca televisyen atau pentas-pentas politik, maka mereka sering dijadikan tempat rujukan oleh masyarakat yang naif dan jahil untuk mengadukan hal-hal agama. Mereka juga dijadikan tempat rujukan untuk mendapatkan fatwa-fatwa agama. Inilah yang dikatakan di dalam sebuah hadis sebagai tanda Hari kiamat, "Apabila manusia mengambil ketua-ketua mereka dari kalangan mereka yang jahil, dan diberikan amanah kepada mereka yang bukan ahlinya, mereka itu sesat lagi menyesatkan, maka tunggulah "al-Sa'ah" (waktu, iatu hari kiamat)" (H.lah. al-Bukhari). Produk "Islamik" Di kalangan penjual-penjual agama ini, terdapat sekumpulan manusia yang lebih kreatif. Jika hendak dibandingkan penjual air, penjual kismis, ataupun penjual jampi serta selebriti agama, ada sekumpulan manusia yang lebih kreatif. Mereka ini menghasilkan produk-produk "Islamik" untuk mendapatkan keuntungan duniawi. Bukanlah produk Islamik di sini membawa maksud buku-buku, kalendar ataupun alatulis yang membawa mesej dakwah, tetapi yang dimaksudkan di sini ialah produk-produk yang menggunakan Islam sebagai nilai komersilnya. Sebagai contohnya, di suatu waktu tidak lama dahulu umat Islam di Malaysia disajikan dengan "capal Nabi". Berdasarkan hadis yang lemah dan juga hadis-hadis palsu mengenai fadhilat "selipar" ini, pihak pengeluarnya mendapat laba yang berlipat kali ganda hanya dengan menjual nama Rasulullah SAW. Capal yang mempunyai hikmat seumpama tikar terbang Aladdin ini dikosmetikkan dengan fadhilat seumpama, mendapat pahala berlipat kali ganda bagi sipemakainya, memudahkan untuk bersalin (mungkin kerana terjatuh bergolek memakai capal seumpama ikan pari itu), mendapat hati yang terang dan pelabagai fadhilat lagi dikemukan demi melakukan produk tersebut. Tidak tahu pula bilakah akan muncul pula syarikat yang akan menghasilkan seluar dalam Nabi, baju kemeja Nabi, cermin mata Nabi dan lain-lain produk yang akan dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW demi untuk melakukan produk-produk tersebut. Di satu sisi yang lain pula, muncul mereka yang menghasilkan sabun "samak" yang diperbuat dari tanah. Jika ianya dicipta untuk tujuan saintifik, kita boleh bersetuju, sayangnya, sekali lagi Islam digunakan untuk melakukan produk tersebut. Dengan mewujudkan suasana "was-was" di jiwa umat Islam kononnya keadaan barang-barang dan persekitaran umat Islam di Malaysia tidak lepas dari kotoran najis bab*, maka WAJIB bagi para pengguna di Malaysia untuk membeli sabun "samak" ini demi menjamin kesucian diri mereka, dan juga agar ibadah mereka diterima oleh Allah SWT. Akhirnya doktrin samak Imam Shafie dijadikan pelaris untuk melakukan produk tersebut. Tidak kurang juga yang menghasilkan "bedak tayammum", gambar tapak kaki Nabi, kayu kokkaq dan lain-lain produk yang disandarkan kepada Islam demi melariskan jualan produk-produk tersebut. Yang pastinya ialah, masyarakat yang jahil dan juga golongan yang bersemangat mengamalkan Islam tetapi cetek pengetahuan agamanya akan menjadi mangsa manusia-manusia dari spesis ini. Yang pasti juga, hadis-hadis palsu akan selalu dijadikan motto di dalam mempromosikan produk-produk ini. Kesimpulan Sudah sampai waktunya masyarakat kita disedarkan ke alam realiti. Sudah sampai waktunya mereka diajarkan untuk berfikir, menilai dan bukan hanya bertaklid secara membuta tuli. Sudah sampai juga waktunya para asatizah kita bersikap jujur dan amanah serta mempunyai manhaj yang betul di dalam mengamalkan Islam dan menyampaikannya. Cukuplah sudah kejahilan sesetengah masyarakat yang enggan beramal dengan Islam, janganlah pula dimanipulasikan golongan yang ingin beramal dengan Islam tetapi kekurangan ilmunya. Para penceramah dan selebriti agama juga hendaklah bersikap tawaduk dan amanah di dalam menyampaikan dakwah. Tidak ada kekurangannya jika mereka memberikan sedikit ruang untuk menambahkan ilmu serta mempunyai metod yang berhati-hati di dalam menyampaikan apa-apa yang berkaitan dengan Islam dan persoalan agama. Masyarakat juga perlu diajarkan supaya dapat membezakan yang mana ulama, yang mana motivator, yang mana penceramah atau penghibur Islam dan yang mana penipu! Jika keadaan seperti ini dibiarkan berterusan, umat Islam di Malaysia tidak akan kemana-mana, Syariat Islam tidak akan dapat didaulatkan, malah Islam yang diamalkan pun bukanlah Islam yang tulen lagi, tetapi Islam hasil dari gubahan para oportunis yang menjualkan agama untuk keuntungan duniawi mereka. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-04-06 02:47 , hanggukkau posting:
!!! QUOTE !!! Pada 03-04-06 20:26 , masri2 posting: terpulang nak fikir apa tujuan saya..kalau kamu tak faham apa yang saya tulis itu masalah kamu..saya kata ia mensyrikkan bila kamu berifikir ia ada kuasa ghaib lepas itu kaitkan pula dengan nabi nuh la, nabi musa la dan lain-lain... kalau kamu pasti ia ada khasiat gunakan lah sahaja seperti mana kamu gunakan ubat.. takkan itu pun tak faham... |
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-04-06 02:52 , hanggukkau posting:
!!! QUOTE !!! inilah kerjanya dari dulu sampai sekarang...timbulkan masalah yang remeh dan temeh sampaikankayu kokka pun jadi masalah...dah lah islamlemah,saja nak timbulkan topik yang boleh buat islam lemah lagi...apa laa yang buat islam lemah ialah manusia yang memeprtahankan karut marut... artikel atas tu dah jelas, tapi kalau buat tak faham juga itu masalah kamu... kalau kamu nak biar umat islam bersatu atas syirik dan khurafat, kamu fikirlah sendiri... |
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-04-06 06:46 , mp3 posting:
!!! QUOTE !!! Sabar kawanku semua.. assalamualaikum wbt tak ada siapa suruh musnahkan kayu kokka..tu semua makhluk Allah, Allah yang cipta..yang patut ambil kayu kokka buat kajian tentang khasiatnya, dan jika bermanfaat gunakan untuk kebaikan manusia... yang kami tentang ialah khasiat2 yang dikaitkan dengan nabi2 tanpa bukti dr dalil yang sahih.... kalau anda tahu khasiatnya dr segi kesihatan gunakalah sahaja seperti anda gunakan ubat... Jangan anda jadikan kayu kokka yang Allah ciptakan untuk kita mengambil manfaat dariNya sebagai wasilah untuk kita melakukan kesyirikan kepada Allah dan ejen penyebaran berita khurafat dikalangan umat Islam. wallahu'alam |
Islamic_prince88 ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! apa masalahnya???orang berminat koka mungkin kerana ia ada khasiat????jika seseorang minat nak beli ubat kerana ada khasiatnya,adakah dia syirik???????nilah orang salafi..asik2 nak timbulkan benda remeh ni...after that islam berpecah...orang nak simpan kayu kokka pun dah tak boleh Hanggukkau ni memang bagus...kalau dia baca habis habis artikel tu.. ![]() ----------------- www.syafiquniten.blogspot.com Soleh Wa Musleh... |
hanggukkau ![]() |
![]()
tak ada...bukannya apa.....ini sebenarnya masalah yang boleh buat orang2 kita berpecah....nampak tak sebab ni sekarang pemimpin2 islam ada yang sudah dilabelkan wahabi oleh orang2 yang tak suka islam.........itu sebablah jangan lah ditimbulkan masalah2 ni lagi...tau tu salafi macamlah tak tau tapi bukan kat sini tempatnya.......tu ha ahkam.net tu..ha..bincanglah panjang lebar...bab2 kayu ni orang kita sensitif sikit.....macam2 kayu orang kita guna dalam bidang perubatan...tongkat ali tu lagilah,dah jadi nama dah nak sandarkan kat saidina ali karamallahuwajhah...ada ke patut....lepas itu buat pula kacip fatimah...mak oiii...isteri saidina ali pula tu...kayu ni lagi khurofat tapi orang cari jugak...hahaha..sorrylah masri,aku pun tak setuju khurafat but ni bukan gelangangnya...tu ha kajian alquran dan hadis tu tempatnya...
|
hanggukkau ![]() |
![]()
Pada 04-04-06 11:53 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-04-06 02:52 , hanggukkau posting: orang bukan bersatu atas kayu kokka bang oiii...orang bersatu atas alqurn dan sunnah bukan atas kayu kokka do ![]() ----------------- HIDUP MULIA MATI SYAHID....LALALALALA ![]() ![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
panas!!! panas!!!
peluang saya pula yang mengebom... tebaboooooooooo!!! ![]() ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
masri2 ![]() ![]() |
![]() |
hanggukkau ![]() |
![]()
Pada 05-04-06 01:03 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! panas!!! panas!!! ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() kena balik...cissss...hahahaha ----------------- HIDUP MULIA MATI SYAHID....LALALALALA ![]() ![]() |
Putra_Aiman ![]() |
![]() |
hanggukkau ![]() |
![]()
Pada 05-04-06 01:15 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! assalamualaikum wbt insyaallah...itu kita mahu...islam yang syumull ----------------- HIDUP MULIA MATI SYAHID....LALALALALA ![]() ![]() |
mawa ![]() ![]() |
![]() |
Atif_Haziq ![]() |
![]()
adus...
asalnyer bincang pasal kayu koka... last2 keluar isu wahabi,salafi pula.... p/s:tak abih2 wahabi dengan salafi.... |
hanggukkau ![]() |
![]() |
themartyr ![]() ![]() |
![]()
Kenapa kayu qoqa' saja yang dibincangkan tentang kesyirikannya, padahal tajuk ini ada asasnya yang umum iaitu al-ittikhaz bil-asbab wajib, il-i'tiqad bil-asbab syirk. Kita yakin bahawa Allah dah jadikan kayu qoqa' tu dengan khasiatnya yang tersembunyi untuk kita kaji dan guna, tetapi kita tetap yakin bahawa semua yang kita dapat itu semuanya Allah yang bagi. Susahkah nak percaya itu semua?
Tapi, kalau orang tanya kita satu hari, baik demam macam mana? Kita pun kata, makan paracetamol. Adakah kita jadi musyrik? Tak kan? Inilah yang dinamakan majaz seperti kata sahabat saya sebelum ni. Jangan disalahkan kayu qoqa' kerana kesalahan orang lain yang berdusta tentang khasiatnya yang disandarkan kepada nabi tanpa bukti yang kukuh, sedangkan saya lihat pada tajuknya seolah-olah begitu. Lagi satu, adakah orang berdusta dengan meriwayatkan hadis palsu itu syirik atau fasiq? Maafkan saya, kerana saya rasa orang memulakan tajuk ini tidak punya kefahaman yang luas tentang Islam dan asasnya dengan jelas. |
themartyr ![]() ![]() |
![]()
Ada satu perkata yang disentuh oleh Masri2 yang saya rasa perlu kita teliti bersama, iaitu kesan zahir dan bukan zahir. Masri2 ada menyebut, sekiranya benda itu zahir seperti ubat dan senapang tak mengapa, tetapi sekiranya benda itu tidak zahir tidak boleh. Maafkan saya, tapi saya rasa, kenyataan ini perlu dikaji semula dengan teliti.
Mandi bunga selalu dikaitkan dengan syirik, tetapi perubatan moden di United Kingdom tak salah saya telah membuktikan bahawa mandi bunga ada kesannya dari sudut perubatan. Ini kesan yang tidak zahir, bukan seperti ubat yang zahir seperti kata Masri2, tetapi adakah salah keterangan ini? Lagi satu, dalam satu kajian, al-Quran memberi kesan kepada hati sekiranya didengar dan dibaca walaupun tidak difahami dan walaupun pendengarnya bukan orang Islam. Kesan ini juga tidak zahir, tapi kita tahu kebenarannya. Adakah kita menafikan kesan maknawi ini? Saya tidak salahkan pegangan Masri2 yang saya rasa selamat untuk dipegang kerana semuanya jelas, tetapi untuk menyatakannya secara zahir di sini dengan bukti ilmiah dan menyalahkan orang lain pula, saya rasa Masri2 perlu belajar lagi. Wallahu a'lam... |
imanimtiaz ![]() ![]() |
![]()
haah,,,
jangan la di sebabkan kayu koka pun boleh jadi hangat tapi bagi saya, masri2 terlalu emosional.. mungkin kayu koka ada khasiatnye tetapi kalau dah terlalu taksub pada khasiat tu sampai tidak berserah kepada Allah lagi, tu yang saya tak setuju.. kita tak tahu kenapa masyarakat berminat kepada kayu ini, mungkin sestengah mereka taksub tapi tu cuma andaian masri2 50%.. kalau kita tanya lagi 50%, saya yakin ada yang akan mnjawab, masyarakat meminati kayu ini kerana keunikan nya.. The main poin is, selidik dan kaji betul-betul dulu. ---- mai kita pakat2 tentang khurafat & kesyirikan---- |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |