Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 149
Ahli: 0
Jumlah: 149




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: nak jaga dari tak tidur masa belajar..... sapa ada tips


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» nak jaga dari tak tidur masa belajar..... sapa ada tips

Please Mendaftar To Post


Oleh nak jaga dari tak tidur masa belajar..... sapa ada tips

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-03-06 00:29


ni la masalah saya ... bila time stadi saja ... bukak buku dalam 20 minit .... lena daaaa ... tapi bila time men game .. sampai tak tidur seminggu ... ada tak sapa2 yang ada tips nak bagi tak ngantuk masa belajar ... :-di


-----------------
"Whenever there is justice, There is a life" ... HUndred Beast Sentai ! Gaoranger !!


Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 10-03-06 01:13


ngada2 ni..hehheheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 09:46


belajarlah sebagaimana kamu bermain game. Selesai masalah.

Kaedahnya kamu sendiri yang tahu, sebab saya tidak tahu bagaimana kamu bermain game.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

athiah_sha85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2006
Ahli No: 23309
Posting: 29
Dari: kUaLa LuMpUr

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 10:12


senang2 tak payahlah belajar...main game saja...hehehe...tak adalah,gurau saja...atia pun tak tahu bagaimana nak wt kalau jadi begitu sebab atia pun semua juga...bila bukak buku saja, mate ni macam ada gam...hahaha...tapi sebenarnya,kita kena ada smgt nak belajar tu...brla xngntuk bila belajar :)..InsyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For athiah_sha85Profil   Hantar PM kepada athiah_sha85   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 12:50


dulu saya pun pernah hdpi masalah ini tapi saya dah dapat atsinye.
cara nya, baca doa sebelum belajar,baca al-fatihah,al-ikhlas dan ayt kursi. mntak dengan tuhan moga2 dikuatkan ingatan dan tumpukan pada sbjk yang kita baca 2.
ni cara saya, tak tau la sesuai ke tak dengan awak. cuba lah :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-03-06 15:18


satu lagi..ambil lah suplemen atau minum kopi!

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 10-03-06 22:32


assalamualaikum
saya pun kes macam awak,time baca novel segar tapi time baca buku mengantuk.caranya tidur dulu lepas tu suruh kawan kejutkan,kalau tak nak bangun suruh simbah pakai air sejuk,gerenti tak tidur lepas tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-03-06 00:16


kes ni senang saja..
tanam minat..
ana memang selalu macam anda..
tapi kalau study ana pulun juga tanam minat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

nursham
Warga Rasmi
Menyertai: 18.08.2005
Ahli No: 18260
Posting: 14

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-03-06 01:39


Assalamualaikum..
ana just nak bagi pendapat..
untuk atasi mengantuk..sila dapatkan supplement EXTRASHARP.
Supplement ini bukan sahaja untuk elakkan mengantuk tetapi memberi tenaga untuk kita study..kerana supplement ini merupakan gabungan 21 herba, dont worry pasal halal kerana pembuatannya dilakukan oleh orang islam di kanada.Alhamdulillah.. ana telah mencuba dan memberi kesan yang positif..
seperti kata finas,minat mesti ada tetapi ini salah satu ikhtiar kita untuk berjaya dalam akademik..insyaAllah..
dan selebihnya kita berserah dan tawakkal kepada ALLAH SWT..

*...Ayuh sahabat,majukan umat ISLAM.....*

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurshamProfil   Hantar PM kepada nursham   Quote dan BalasQuote

spaghetigoreng
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2006
Ahli No: 22680
Posting: 134
Dari: bumi Allah

uk  


posticon Posting pada: 11-03-06 01:45


erm..menghadapi masalah yang sama..

cuba kaji attetntion span anda berapa lama boleh fokus sebelum start bosan dan seterusnya mengantuk..kalau agak2 20min stadi dah boleh bosan dan membawa kepada mengantuk, maka berhentilah stadi after 30minutes tu, pergi buat benda lain yang menyebabkan anda xngantuk..heheh..ambil wuduk ke, main game kejap ke, lepas itu agak2 dah xngantuk lagi..15minit ke, 10 minit after dat..sambungla stadi balik (hopefully masa tu dah segar balik aa)..after 20 min take a break lagi..dan seterusnya..minum kopi la agaknya..anyway, di mana ada kemahuan di situ ada jalan (nasihat untuk diri sendiri juga)

Bookmark and Share

    


  Member Information For spaghetigorengProfil   Hantar PM kepada spaghetigoreng   Pergi ke spaghetigoreng's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-03-06 20:42


jadikan bacaan ayat kursi suatu amalan.

petang2 pergi bersukan. so malam2 tak ngantuk sangat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 11-03-06 21:12


ermm....try jangan belajar kat rumah...try lah belajar kat library ke...atau belajar kat mana-mana lah tempat yang boleh belajar...asal kan tempat yang jauh dr bilik or rumah anda...

atau kalau belajar duduk ngantuk...try pula belajar diri....lepas itu dah penat duduk balik...
dan try bila belajar tu...anda seperti sedang mengajar diri anda sendri...kononnya anda adalah seorang guru pada diri anda...maknanya anda kenalah cakap pada diri anda sendri...tapi make sure bila anda belajar tu...jangan lah di khalayak ramai..tkot nanti orang ingat anda kurang waras pula...:lol:

try lah mencube...kalau berkesan alhamdulillah kalau kurang berkesan cuba lah tips2 lain yang berkesan untuk diri anda...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

habib_albie
Warga Rasmi
Menyertai: 10.01.2006
Ahli No: 21828
Posting: 5
Dari: orang Bayu

saudiarabia  


posticon Posting pada: 11-03-06 21:24


kamu orang punya tips untuk mengelak dari mengantuk ketika belajar...tips tu semua bagus tapi tak semua sesuai untuk setiap individu kan....kalau saya lah dulu time study...cara nak elakkan mengantuk saya isap rokok...hilang rasa ngntuk dan tensyen...bukan tu saja....saya mudah untuk faham apa yang saya pelajari...heheheh.tapi kamu orang jan ikut saya punya tips ni.....ikut diri masing2 lah kan..asal jan jak buat benda yang tak elok....

Bookmark and Share

    


  Member Information For habib_albieProfil   Hantar PM kepada habib_albie   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 26-03-06 19:34


!!! QUOTE !!!

kamu orang punya tips untuk mengelak dari mengantuk ketika belajar...tips tu semua bagus tapi tak semua sesuai untuk setiap individu kan....kalau saya lah dulu time study...cara nak elakkan mengantuk saya isap rokok...hilang rasa ngntuk dan tensyen...bukan tu saja....saya mudah untuk faham apa yang saya pelajari...heheheh.tapi kamu orang jan ikut saya punya tips ni.....ikut diri masing2 lah kan..asal jan jak buat benda yang tak elok....


kesan baik mungkin hanya sementara..tapi kesan buruk.. hm.. think about it ya...

please find other alternative than smoking, its really bad. believe me..
banyak lagi nak elak mengantuk.. doa is the best medicine,
baca ayat kursi sebab dalam ayat tu ada maksud lebih kurang begini
....Allah tidak pernah tidur walau sesaat...

lagi satu stadilah dengan kawan2, anda akan rasa segan nak tidur.. :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 26-03-06 20:27


Assalamualaikum...

kalau ngantuk ambil la inisiatif,macam jalan-jalan kjap ke.ambil angin la kira nya(bukan jalan jauh2 tu)..atau sembang2 ke..

mungkin anda sendiri yang ada pnylsaian nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-06 19:01


sama la dengan ana juga... bila study sorg2, mudah sangat terlentok...:di

apa ana buat??...study la dengan kawan-kawan...itu la gunanya study group... kalau ngantuk saja, bincg dengan kawan...tukar suasana study...not too comfortable ( sehingga membelai mata)

apa kawan ana buat...sediakn spray isi air sejuk( yang macam kita guna masa menggosok baju tu)...kalau rasa ngantuk saja, terus spray muka...haa cerahla balik mata...:)

kalau dalam kelas pula, kalau kelas itu tak menarik, memang tak dapek di tolong laa..:P
so what u can do is, be prepared before class... so that u have the eagerness to know and can understand better...
well, it works for me.. terpulang pada individu sebenarnya....
[ Telah diedit oleh: pErMaIsUrI_hAtI pada 30-03-06 19:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For pErMaIsUrI_hAtIProfil   Hantar PM kepada pErMaIsUrI_hAtI   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 09-07-06 01:53


berwuduk dulu sebelum study. insyaALLAH.

atau amalkan spirulina dari syarikat SURECO. kopi cenkudu pun boleh juga.

just cadangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 07:45


ana pernah mengahadiri satu kem motivasi...ustaz bagitau kalau ngantok masa belajar urut2 kat perut betis...ana pernah cuba...

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

spurs
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2006
Ahli No: 25001
Posting: 27
Dari: Lembah Klang

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 10-07-06 22:36


alhamdulillah,sejak mengamalkan kopi radix, badan saya menjadi lebih bertenaga dan rasa ngantuk masa bekerja pun berkurangan...memang bagus betul kopi ni..tak macam kopi biasa yang kita selalu minum tu..banyak lagi khasiat lain selain tenaga, demam panas pun insyaAllah boleh sembuh...benda ni terjadi pada saya...bila saya nak demam,saya try minum,lepas itu tiba-tiba badan jadi berpeluh dan bertenaga...alhamdulillah,memang berkesan.

saya cdg kan minumla kopi radix ni...keluaran sykt bumiputra Islam.Hidup produk Islam!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For spursProfil   Hantar PM kepada spurs   Pergi ke spurs's Website   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 11-07-06 00:16


ada orang kata urut ibu jari kaki untuk dapat oksigen agaknya...mesti ada doa untuk nak elakkan dr rasa nagntuk bila belajar...saya pun ada masalah belajar..bila baca satu ayat dah ngantuk...ada sis tu bagi doa tapi tak hafal hehe......sesiapa ada doa tu bolehlah kongsi kat sini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 10:41


:roll: hebat juga masalah yanokage ini......hhmmm....macam mana ee...


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 11-07-06 10:49


ubat mengantuk adalah tidur...tidur saja...hehehe

ana pun senang sangat tidur, especially dalam kelas. pendek kata, kalau kelas 2 jam ana tidur hampir sejam..hohoho...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Eisyaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.02.2005
Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 11:26


nak elak ngantuk,better ambil wudu' sebelum study..then kalau ngantuk juga..tarik nafas dalam2...dan kalau ngantuk lagi..gosok2 tapak tangan dan then ltak tpk tangan kat muka..dan baca selawat...try lah...insyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For EisyaaProfil   Hantar PM kepada Eisyaa   Pergi ke Eisyaa's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 11-07-06 12:52


Salam......
kalau mengantuk tidola ubatnya.selalunya bila saya nak study sayapun selalu rasa mengantuk dan bila mengantuk saya tidur,bagi saya tak kisah berapa minitpun kita study yang penting time study tu berkualiti.dan yang utama niat.saya kalau malas study selalu muhasabah diri.contohnya kalau aku tak study,kalau fail macam mana,"selalunya berkesan untuk diri saya.bagi saya study 20minitpun dah ok tapi kena buat hari2 baru berkesan.saya pun gila main game,berjam-jam tapi tak ada lah sampai tak tidur malam.
satu yang boleh saya dapat daripada pengalaman main game,kita selalu nak tahu stage seterusnya,so kita nak menang setiap stage,baru boleh naik stage yang lain,macam tu juga study,kita kena master setiap chapter baru boleh improve skills kita.
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 22:52


gosok gigi macam anda gosok pagi2 tu....jadi gosok yang sebenarnya.....hihihiih

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

masya_brywest
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2317
Posting: 107
Dari: TeLuK InTaN

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 14:40


hehe bagi orang pulak, kalau dah ngantuk sangat tu tidur saja dulu...orang dulu pun jenis asik ngantuk masa study...tambah nak dekat exam...lepas baca buku 20 minit dah ngantuk...so orang amalkan minum nescafe...mula2 tu memang lah tahan...dah lama2 jadi immune pula...lepas minum nescafe pun boleh tidur...tak kira lah paket hijau ke merah ke kuning ke...

tapi apa yang orang amalkan masa study sekarang ialah lepas 1 jam study rest sekejap...lepas itu sambung balik...

lepas itu orang ada lekatkan gambar kaabah kat dinding meja study, agak2 dah ngantuk tu rest dan tengok gambar kaabah tu...sambil2 tu zikir lah sikit....Alhamdulillah agak berkesan bagi orang...kalau orang lain tu tak tau lah pula...anyway boleh cuba kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For masya_brywestProfil   Hantar PM kepada masya_brywest   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 30-07-06 15:19


ngantukk??
kalau dalam kelas cuba makan gula2...
minum air sebanyak yang mungkin... bawa air ke kelas... bila ngantuk, minum... bila minum, kita akan rasa fresh saja otak...
dulu, saya pun nyantuk juga dalam kelas...
tapi sekarang alhamdulillah dah tak ngantuk..
sebelum masuk kelas niatkan betul-betul tujuan kita...
kalau time study cuba buat jadual study...
time yang kita suka tidur, study subj yang kita paling suka... ataupun buat subjk pengiraan...
kebiasaannya study sebelum subuh tak ngantuk sebab kita baru bangun tidur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

Ibn_hafidz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23801
Posting: 31
Dari: Jordan

czechrepublic  


posticon Posting pada: 30-07-06 19:16


masa terbaik untuk study adalah waktu tengah mlm ataupun selepas subuh sebab masa tu otak kita cerdas sikit tapi malam tu kena tidur awal lah syaratnya kalau tak study 5 minit pun buku pula baca kita. Satu lagi banyakkan baca doa minta dijauhkan dari ganguan syaitan sebab mereka ni tak minat tengok kita belajar so jangan terpengaruh dengan pujukan mereka suruh kita tidur.Lawan saja IsyaAllah boleh.

p/s: selalu buat senaman tangan dan kaki kalau mengantuk masa study

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibn_hafidzProfil   Hantar PM kepada Ibn_hafidz   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-07-06 21:02


Subject: Penting …Petition bantah-IFC

wrbt
For those yang belum sign the above petition, you
can do it online at the following address :-
sign di sini -->

http://myislamnetwork.net/portal/modules/liaise/


Pengenalan PEMBELA
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam
(PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO-NGO
Islam yang prihatin dalam menangani pelbagai isu-
isu berkaitan dengan kedudukan Islam di
Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah
memutuskan untuk menubuhkan gabungan
tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama
organisasi Islam di Malaysia.
Laman web rasmi: http://www.myislamnetwork.net

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

persinggahan_terakhir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1584
Posting: 89
Dari: selangor

Johor  


posticon Posting pada: 01-08-06 19:26


assalammualaikum...

    sebelum tidur ambil wudhuk dulu dan mohon agar Allah kejutkan kita dari tidur pukul berapa pun insyallah terjaga...saya selalu amalkan tak perlu gunakan jam loceng @ handset..cubalah

Bookmark and Share

    


  Member Information For persinggahan_terakhirProfil   Hantar PM kepada persinggahan_terakhir   Quote dan BalasQuote

asmaamalina
Warga Rasmi
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25703
Posting: 2
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-08-06 21:57


mmmm...assalamualaikum..
bab2 nantuk ni memang payah nak atasi...tapi Kenapa kita tak merancang dulu..contohnya...kalau di U..kls tak tntu masa...jadi bila ada gaps..tidor skjp.. dalam 2@3 min...dan lagi satu?pernah tak kan hantar assignment esok..terdesak?mengantuk bagaimana skalipn,we will sacrifice..isn't it
jadi...kalau yang masih sek....cuba fikir yang esok dah exam..jangan dok buatkiraan hari...to yang lambat tooo...sacrifice sikit..skjp saja..dalam yang dok kuliah,kalau rasa subjek to ngntk..dok belakang..
jadi bla ngntk,tengok orang lain yang ngntk..macam@ gaya..mesti kita yang tergelak...
tak ngntuk jadi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For asmaamalinaProfil   Hantar PM kepada asmaamalina   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 09-08-06 21:34


tak payah belajar kalau dah ngantuk, m'binasakan diri.
belajar selepas tidur.
conthnye, lepas solat isyak tu tidurla sekejap. lepas itu belajar lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-06 23:44


salam....

hm...masa kat sekolah dulu...saya pun selalu sangat lah nak tidur bila start study itu...tak ada kesedaran 'fizik' pergi agaknya masa itu... ;-)
tapi..bila dah besar ini,masuk ipt..alhamdulillah..walau ngantuk bagaimana sekali pun..mesti kena lawan juga..
pada saya lah...
1st..kena tetapkan hati & minda itu...besedia untuk study..
2nd..persekitaran..kalau tau tak boleh study bila senyap sangat..study dengan kawan..ye lah..ada sesetengah orang..suka sunyi2..
3rd..cara duduk kat meja study itu pun kena betul..bila tak betul..itu yang datang mengantuk itu..
last...minta pada Allah..moga dipermudahkan urusan kita...InsyaAllah... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

telekung
Warga 5 Bintang
Menyertai: 28.07.2003
Ahli No: 2666
Posting: 386
Dari: pusat bandaraya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 00:03


bila mata letih rehat dalam 5-10 min ambil udara segar& minum air...kemudian luruskan kaki& urut dari bahagian belakang lutut ke bawah...ulang sehingga hilang rasa mengantuk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For telekungProfil   Hantar PM kepada telekung   Quote dan BalasQuote

nursham
Warga Rasmi
Menyertai: 18.08.2005
Ahli No: 18260
Posting: 14

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 02:10


senang saja..
ambillah extrashap..
minuman tenaga dan kesihatan 21 herba yang terjamin berkesan
insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurshamProfil   Hantar PM kepada nursham   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 14-08-06 10:25


Pada 14-08-06 02:10 , nursham posting:

!!! QUOTE !!!

senang saja..
ambillah extrashap..
minuman tenaga dan kesihatan 21 herba yang terjamin berkesan
insyaAllah..


mana nak beli??

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 10:56


Minum Arif's cafe
saya da cb
lgsung tak ngantuk!

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

umairah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 14:18


Assalamualaikum...

Ana tidur dulu baru belajar.. Kalau ngantuk jugak, ana minum kopi apa'l.. Kalau ngantuk jugak, apa lagi, ana tidur lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairah86Profil   Hantar PM kepada umairah86   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 15:38


Kunyah something atau makan gula-gula, pek coklat yang kecil pun boleh makan juga. Aktiviti ni boleh meransang pembebasan enzim yang membolehkan otak kita untuk terus bekerja, InsyaAllah. Jangan makan makanan yang berat-berat macam nasi ke sebab makanan berat ni boleh menyebabkan mengantuk...kalau nak makan juga, berhenti belajar, lepas tu, biarkan ia hadam beberapa minit dengan melakukan aktiviti seperti berjalan ke rumah kawan. Jangan baring, nanti tertidur...


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-06 09:51


SETIAP orang perlukan tidur, malah sepertiga kehidupan manusia yang normal dipenuhi dengan keperluan semula jadi ini.




Bagi kebanyakan orang, tidur bukan masalah besar. Sebaik saja kepala bertemu bantal, kelopak mata tertutup dan tidur lena hingga pagi keesokan hari.

Apa yang berlaku ketika tidur amat kompleks untuk diterangkan, malah di kalangan doktor sendiri menganggap tidur sebagai misteri. Bagaimanapun, mereka bersetuju tidur seperti pemakanan dan senaman amat penting untuk tubuh dan akal manusia terus berfungsi normal.

Orang dewasa memerlukan tidur lapan jam setiap hari, manakala kanak-kanak sekurang-kurangnya sembilan jam.

Ketika sebahagian besar kita tidak menghadapi masalah, ada orang amat bimbang apabila malam menjelang kerana mereka tidak boleh atau sukar tidur.

Ini menyebabkan Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Pernafasan Hospital Pakar Damansara, Dr Zainudin Md Zin, menyifatkan tidur amat penting untuk kekuatan fizikal dan mental manusia.

Katanya, tidak cukup tidur boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti berikut:

1. Tahap produktiviti menurun kerana mengantuk dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja.

2. Tindak balas lebih lambat.

3. Kelakuan berubah dengan cepat. Mudah marah dan bimbang.

4. Risiko tinggi terbabit dalam kemalangan, terutama kerja yang membabitkan mesin. Memandu dalam keadaan mengantuk juga mudah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

5. Masalah ini boleh menjejaskan perkahwinan. Mengantuk boleh menjadi isu besar hingga perkahwinan berakhir dengan perceraian.

Dr Zainudin berkata, dua isu utama dalam masalah tidur ialah imsonia, iaitu sukar tidur dan Gangguan Tidur Apnea (OSA).

Katanya, imsonia adalah masalah yang penghidap tidak berpuas hati dengan kualiti tidurnya, iaitu sukar hendak tidur dan mudah terjaga apabila tidur.

"Berapa lama cukup tidur? Bagi kebanyakan orang, tujuh atau lapan jam sudah cukup, tetapi ini bergantung kepada faktor neurobiologikal, budaya, genetik dan kognitif.

"Bagi sesetengah orang, tidur antara dua hingga tiga jam sehari sudah cukup. Bagaimana hendak tahu? Ini boleh dilihat apabila keesokan hari, orang itu dapat bekerja dengan baik dan tingkah lakunya baik.

?Ini bermakna tidur itu cukup untuk dirinya," katanya.

Mengulas punca masalah ini, Dr Zainudin mengkategorikan kepada dua, iaitu faktor pertama tidak diketahui puncanya, manakala faktor kedua mempunyai kaitan dengan penyakit seperti masalah pernafasan, kebimbangan, kekecewaan dan penggunaan ubat seperti steroid.

Beliau menyarankan beberapa cara mengatasi masalah ini yang mempunyai kaitan dengan gaya hidup, iaitu:

1. Disiplinkan diri untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari. Tidak boleh tidur sesuka hati seperti hingga jam dua pagi.

2. Tidur dalam keadaan bersih. Pastikan bilik, katil dan tilam selesa. Bilik perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik, tetapi ini tidak bermakna perlu ada alat penghawa dingin.

3. Elakkan menonton filem seram sebelum tidur. Jika hendak menonton, pilih filem yang santai.

4. Gantikan minuman berkafein seperti kopi dengan susu jika hendak minum sebelum tidur. Minuman alkohol dan merokok juga tidak elok.

5. Jangan biasakan diri tidur waktu siang kecuali jika tidak cukup tidur pada waktu malam.

6. Selesaikan sebarang masalah yang boleh mengganggu fikiran.

7. Teknik merehatkan diri seperti yoga, meditasi atau solat bagi orang Islam.

Kaedah lain ialah terapi farmakologi, iaitu menggunakan ubat, Bagaimanapun, doktor tidak menggalakkan pesakit menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan bergantung kepada ubat. Terapi farmakologi hanya digunakan sebagai langkah penyelesaian sementara.

Ubat diberi dalam dos sedikit dan jangka masa singkat, iaitu antara tiga hingga empat minggu. Doktor lebih suka punca sebenar masalah dikenal pasti dan dirawat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141425 saat. Lajunya....