Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-06-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 13 hari yang lalu
Daeng_Jati: 34 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: saya ni old fashion ke?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» saya ni old fashion ke?

Please Mendaftar To Post


Oleh saya ni old fashion ke?

blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2006
Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 01:50


assalamualaikum warahmatullah
ana nak minta pandangan sahabat2 ukhwah
ana citerkan sikit kisah ana. baru-baru ni, ana ke kedai. lepas itu adalah seorang adik tu tegur ana. sekolah kat mana? ana pun jawablah.. akak dah tua dah. dah habis belajar kat universiti. ana pelik juga. ke mana ana pegipun, orang akan tanya soalan yang pelik. sekolah kat mana? baru habis spm ke?tingkatan berapa? pelik sebab ana ni dah tua. dah nak masuk umur 23 tahun. lepas itu ana fikir.. napelah agaknya semua orang ingat ana ni budak sekolah. ana agak, cara berpakaian ana tu yang buatkan ana nampak macam budak sekolah/ remaja (budak sekolah kan tak ada duit nak beli baju cantik2). yelah, ana ni sangat simple. pakaian yang ana pakai sejak sekolah sampailah la ni..camtulah gayanya. baju kurung, warnanya pun kusam2 saja. .. tudung besar (tudung pun gelap2). dari dulu sampai sekarang, ana tak pernah mencuba untuk bergaya dan berfesyen hatta pakai baju yang comey2 sikit, yang masih dalam batas tutup aurat. ( mini jubah, jubah seluar dll)

lepas itu ana tanya pada mak ana. ana ni selekeh sangat ke? comot sangat ke? :-?
mak ana jawab. "taklah selekeh sangat.. cuma OLD FASHION saja. tak pandai bergaya". keluarga ana.. dari nenek ana sendiri, abang ana, adik ana pun sama pendapat macam mak ana. pernah ada satu rancangan kat tv tentang cara pakai tudung berfesyen, lepas itu adik ana kata " haa..belajar pakai tudung begitu".

dan pernah beberapa kali mak ana suruh ana berubah. dr pakai tudung labuh dan besar kepada tudung yang singkat sikit. katanya, tudung ana ni labuh sangat.. dan dia ada belikan macam-macam tudung yang cantik2, ber'corak tapi pendek( tak minat :( )

emm.. ana ni agak konservatif (kekalkan satu cara saja) dan dalam masa yang sama, memang ana nak jaga aurat. ana selesa berpakaian mcmtu ke mana saja walaupun nak pergi kedai kat depan rumah. ana bukan nak kata fesyen sekarang nilah yang up to date, cuma ana terfikir, kalaulah penampilan ana ni tak sdp dipandng mata, patutkah berubah?maksud ana bukanlah berubah kepada yang teruk, cuma ubah sikit cara dan gaya tapi masih dalam konteks tutup aurat.

kadang-kadang ana pening fikir tentang hal ni. memang ana nak jaga aurat, dan berpakaian ikut cara yang ditetapkan dalam Islam. tak lama lagi ana nak melangkah ke alam pekerjaan, lagi menuntut untuk kita sesuaikan diri dengan keadaan semasa dan tempat kerja. sahabat2,
macam mana ye..patut untuk berubah ( still berpakaian ikut syarak-> tudung besar dan baju yang labuh serta longgar, tapi ubah skt gaya muslimah yang terkini) ataupun biarkan saja dengan cara kita sekarang? dalam masa yang sama , ana takut bertabarruj tanpa disedari.. 8-) pandangan dr muslimin macamana ye? muslimat, macamana antunna sesuaikan dengan keadaan?

jazakallah..
[ Telah diedit oleh: blueberry_strawberry pada 03-03-06 01:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For blueberry_strawberryProfil   Hantar PM kepada blueberry_strawberry   Quote dan BalasQuote

blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2006
Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 00:09


assalamualaikum warahmatullah

Kenapa tak ada yang menjawab? sedihnya. :( ada yang tak kena dengan soalan ana ke? ana sangat mengharapkan adalah antara ahli ukhwah yang boleh membantu ana, walaupun sepatah dua kata pun sudah cukup. hairan ye :-? . Kalau topik cinta laju saja mnjawab, laku macam pisang goreng panas. ana bukan saja2 suka-suka tulis masalah ni. ia datang dr lubuk hati ana sendiri, ana betul-betul berada dalam konflik diri, dan sangat mengharapkan pandangan sahabat2 semua. bukankah seorang mukmin itu cermin diri mukmin yang lain, saling kuat menguat antara satu sama lain..

konflik ana, ana mahu berterusan dengan cara berpakaian ana yang ana selesa dan suka, tetapi dalam keadaan tertentu (nakmelangkah ke alam pekerjaan), mendesak ana untuk berubah sikit (masih dalam syariat tapi ikut gaya semasa) ana minta pandangan antum kerana ana perhatikan kebanyakan ahli ukhwah sangat menjaga bab berpakaian dan suka kekalkan cara yang mereka selesa dan sangat sensitif tentang isu tabarruj. harap adalah yang boleh bantu..walaupun kritikan sekalipun. ana confuse... apa yang patut ana buat?

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: blueberry_strawberry pada 06-03-06 00:10 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For blueberry_strawberryProfil   Hantar PM kepada blueberry_strawberry   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 00:22


Pada 06-03-06 00:09 , blueberry_strawberry posting:

!!! QUOTE !!!




konflik ana, ana mahu berterusan dengan cara berpakaian ana yang ana selesa dan suka, tetapi dalam keadaan tertentu (nakmelangkah ke alam pekerjaan), mendesak ana untuk berubah sikit (masih dalam syariat tapi ikut gaya semasa) ana minta pandangan antum kerana ana perhatikan kebanyakan ahli ukhwah sangat menjaga bab berpakaian dan suka kekalkan cara yang mereka selesa dan sangat sensitif tentang isu tabarruj. harap adalah yang boleh bantu..walaupun kritikan sekalipun. ana confuse... apa yang patut ana buat?


yang penting pakaian tu tutup aurat, selesa, bersih, kemas (bergosok) & etc. my sister engineer, but dia pakai jubah saja, kadang-kadang maybe kena pakai seluar (contoh pergi site)..pakai yang tutup aurat & elakkan tabarruj..company non-malay lagi...

kalau kerja..yang penting, 'how u perform'...pakai apapun (penting kemas), tak ada masalahnye..otak pun kena berjalan lancar gakk.. :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

kasturi_hati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 13001
Posting: 31
Dari: Bumi Asing

usa  


posticon Posting pada: 06-03-06 00:33


jangan sedih blueberry_strawberry..
Saya adalah sebahagian manusia yang BARU bertudung labuh,alhamdulillah. Saya ada la jugak terfikir takut kang bila dah grad, nak dapat kerja susah la, bla bla bla..tapi alhamdulillah, saya dapat ketenangan dr ALLAH TAALA saying that, why do we have to bother much about the future?Ingat tak ayat 1000 dinar tu?Baca tu banyak2, insyaALLAH...soal rezeki ni DIA yang tentukan..maybe dia boleh balik2kan hati manager firm tu nak ambil kita kerja..sebab dia rasa, 'oh yeahh..she is wearing not like everyone, maybe i can say old fashion..but she is brave enough to wear it. she seems so proud about her religion.I'll take her to work here because of her confidence. " Who knows???

Saya kat sini pakai begitu, orang tak ada kata apa-apa,maybe sebab derang ingat tu ialah typcal malaysia dress...so situasi kita berbeza. But fikir camnih, Kalau kita buat ikut apa Islam suruh, buat apa yang ALLAH suka, insyaALLAH kita akan dapat nikmat lain yang orang tak nampak..maybe orang kata kita tak lawa sebab pakaian kita..so what?? Kita kena pentingkan pandangan ALLAH TAALA...i know it is hard,but lets try together..saya pun nasihat untuk diri sniri juga.Maybe pakaian kita tak lawa, tapi at least dengan bertudung labuh, kita rasa selamat..kita rasa nikmat ketenangan (yes, i do feel it, alhamdulillah). Memang susah nak bidas balik apa orang kata..sabar saja la yang saya boleh suruh..selain tu doakan agar ALLAH TAALA bagi mereka2 semua tu kefahaman, insyaALLAH....ALLAH TAALA tu tak pernah zalim.
Dont be sad, syurga ALLAH TAALA tu mahal harganya..bukan senang nak dapat..nak dapat jannah tu demands us to sacrifice everything...be patience, stay istiqamah..supplicate urself with selawat and zikr..insyaALLAH.
May ALLAH give HIS mercy to you, and reward your sacrifices with HIS jannah, insyaALLAH...
Doakan saya istiqamah jugak :)
Just my two cents.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasturi_hatiProfil   Hantar PM kepada kasturi_hati   Quote dan BalasQuote

silvermaddness
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.11.2003
Ahli No: 5314
Posting: 42
Dari: Alor Setar

Kedah  


posticon Posting pada: 06-03-06 00:43


assalamualaikum...

alhamdulillah..tahniah.. jangan takut apa orang kata... percaya, yakin, beriman, beramal.. insyaallah selamat dan bahagia.. teruskan dan istiqamah..

waalaikumusalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For silvermaddnessProfil   Hantar PM kepada silvermaddness   Pergi ke silvermaddness's Website   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 02:41


assalamualaikum....

secara jujur lah...saya lebih suka melihat wanita2 musliamah yang memakai tudung labuh,baju yang besar dan kalau boleh berjubah...saya memang suka sangat...tak tau Kenapa..hati rasa sejuk sahaja bila melihat mereka2 yang taat kepada perintah ALLAH....saya tak pasti nas ini dari hadis atau ALQURAN...tapi cuba hayati...BARANGSIAPA YANG DIBENCI DIRINYA OLEH MANUSIA TETAPI DISAYANGI ALLAH,MAKA IA LEBIH MULIA DARI DIMULIAKAN MANUSIA TETAPI DILAKNAT ALLAH...

wahai saudari ku...saya ingin berpesdan satu sahaja....kita memang tidak akan pernah dapat memuaskan hati semua pihak...ada yang nak kita macam ni,bila kita buat macam tu,orang lain pulak kata tak kena,kemudian orang lain lagi cakap macam ni...yang mana agaknya kuita nak ikut....

disini ana nak bagi sedikit kisah pengajaran yang ingin ditunjukkan oleh LUQMAN ALHAKIM KEPADA ANAKNYA : pada suatu hari luqman bersama anaknya berjalan di sebuah pasar...ketika itu luqman memegang tali keldainya dan anaknya yang menunggang keldai tersebut...kemidian orang ramai pun berkata...apalah budak tu,anak derhaka dan tak tau mengenang jasa orang tuanya..tak patut dia buat macam tu pada ayahnya....
kemudian mereka bertukar tempat pula,kali ini anak menarik tali kekang keldai dan ayah naik keldai....apa orang cakap pulak...apalah bapa dia tu,kejam sungguh pada anak dia...ada ke patut anak yang masih kecil disuruh menarik kekang keldai sedangkan dia kesedapan duduk diatasnya...
kemudian mereka bertukar semula keadaan mereka..kali ini ayah dan anak naik ke atas keldai tersebut...apa bila berjalan di pasar yang lain..maka orang ramai pun berkata...manusia anak beranak ini kejam dan zalim pada binatang kerana mereka menaiki binantang dengan keduanya..dah lah berat......
pada akhirnya mereka kali ini memegang tali kekang keldainya sahaja...tiada yang naik....kemudia bila sampai kepasar yang lain maka berkata orang ramai...apalah bodoh nya orang itu..adakah ada tunggangan tetapi tidak digunakan......
diakhir perjalanan,luqmanul hakim berkata kepada anaknya...kamu lihat sendirikan..setiap apa yang kita lkakukan pasti ada yang akan mengkeritik kita dan mengata kita....kita tidak akan dipandang benar oleh semua manusia dan amat sukar untuk kita memuaskan hati seluruh manusia..oleh itu lakukan lah yang kamu rasa benar disisi ALLAH kerana jika kamu benar disisiNYA kamu benar dengan sebenar2 kebenaran...walaupun orang lain mengata yang bukan2..

saya harap saudari blue berry dapat memahami apa yang cuba saya samnpaikan...

saya cuba bagi pendapat...macam nilah..rasanya cuba saudari ubah pakai pakian yang lebih kemas..janganlah pakai yang terlalu kusam..kemaskan pakaian sahaja...kemudian pasang niat yang betul...pasal tudung tu saya rasa amat sayang kalau saudari tukar kepada tudung yang singkat...sebab tak ramai yang mampu memakai tudung labuh ni...teruskan pada pakaian sebelum ini,cuma pakailah pakaian yang agak kemas dan bersih...maka orang tidak akan berkata apa-apa...saudari bukan old fesyen pun..kerana memang itu pakaian yang ditetapkan ALLAH...kalau manusia tak boleh terima yakinlah dengan kebenaran ALLAH...

saya terus terang amat sedih sekiranya muslimah kita ini menukarv pakaiannya yang sudah elok kepada yang singkat...sedih sangat...

bila sudah jaga kebrsihan maka itui yang terbaik eh...

p/s :ALLAH ITU CANTIK DAN SUKA PADA YANG CANTIK...

jagalah iman saudari agar terus kukuh kepada ALLAH...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 02:51


sambungan sedikit....

benar lah kata-kata RASULULLAH S.A.W... : DUNIA INI ADALAH PENJARA BAGI ORANG2 MUKMIN DAN MERUPAKAN SYURGA BAGI ORANG2 KAFIR....

mafhumnya...mukmin didunia banyak larangan yang dilarang oleh ALLAH...aurat perlu dijaga,mata perlu ditundukkan dari emlihat maksiat,hati kena tawajjuh kepada ALLAh..arak tak boleh minum dan sebaginya....tapi ianya hanya sementara..apabila kita lulus dalam ujian dimuka bumi ini maka bal;asannya adalah syurga yang diidam2kan oleh semua manusia tak kira kafir ataupun muslim....orang2 yang berjaya akan berada didalamnya selama2nya..orang2 yang gagal akna berada dineraka selama2nya...

kuatkan dirimu wahai serikandi islam...contoholah akhlak isteri2 rasulullah dan seri kandi2 yang lain...

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 04:29


:-) Assalamualaikum........


Saudari....Rasulullah ada bersabda yang mafhumnya...di akhir zaman jika umatku menegakkan sunnahku..seolah-olah mendapat pahala jihad...

Perkara baik memang orang akan pandang pelik...yang tak baik tu orang pandang biasa saja...pengalaman saya..makan kat restoran fast food..dengan kawan2..kami semua bertudung labuh..semua pandang sinis saja..depan kami ada 3 couple..yang perempuan semua tak pakai tudung,berpakaian seksi,bila tengok kami,semua berbisik2,gelak2..salah seorang dari mereka(lelaki) cakap kat kami.."pakai tudung..macam orang kampung.."

Masa tu kalau nak ikut rasa marah..memangla kan..yelah..biarlah dikata kolot ke..orang kampung ke..(tapi rasanya orang yang tinggal dalam hutan yang tak pakai baju cukup kain..) asalkan kami berpakaian mengikut apa yang ISLAM anjurkan...

Buatlah apa yang kita rasa betul..tak bersalahan syariat..ISLAM sukakan kepada kecantikan,kebersihan,kekemasan..


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 09:36


salam...

saya rasa tak salah langsung berpakaian macam itu...lagi saya suka...tapi biar la kemas...insyaALLAH sedap mata memandang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 09:53


biarlah pandangan orang..
yang paling penting pandangan Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 14:14


Pada 06-03-06 04:29 , alexander posting:

!!! QUOTE !!!

:-) Assalamualaikum........


Saudari....Rasulullah ada bersabda yang mafhumnya...di akhir zaman jika umatku menegakkan sunnahku..seolah-olah mendapat pahala jihad...

Perkara baik memang orang akan pandang pelik...yang tak baik tu orang pandang biasa saja...pengalaman saya..makan kat restoran fast food..dengan kawan2..kami semua bertudung labuh..semua pandang sinis saja..depan kami ada 3 couple..yang perempuan semua tak pakai tudung,berpakaian seksi,bila tengok kami,semua berbisik2,gelak2..salah seorang dari mereka(lelaki) cakap kat kami.."pakai tudung..macam orang kampung.."

Masa tu kalau nak ikut rasa marah..memangla kan..yelah..biarlah dikata kolot ke..orang kampung ke..(tapi rasanya orang yang tinggal dalam hutan yang tak pakai baju cukup kain..) asalkan kami berpakaian mengikut apa yang ISLAM anjurkan...

Buatlah apa yang kita rasa betul..tak bersalahan syariat..ISLAM sukakan kepada kecantikan,kebersihan,kekemasan..



biarkanlah mereka...biar kita tak cantik dan bergaya di pandangan mata mereka, tapi biarlah kita tetap cantik di pandangan Allah...ketenanagn yang Allah bagi dah merupakan 1 nikmat yang cukup besar...


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 15-03-06 18:10


awak ni comel, cute agaknya....sebab tu orang kata budak sekolah.....usia dah tua, tapi muka budak2 agaknya....awet muda....... lantak mereka la.....yang penting kita happy...bahagia....takkan sebab mulut orang kita perlu berubah....mana yang baik untuk diri, cuba kekalkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 15-03-06 18:40


assalamualaikum...

just nak menyampuk.. ana kalau nak cari isteri mesti yang bertudung labuh.. insyaAllah baru sejuk mata memandang :di ..ciri2 utama lain of course termasuk jaga akhlak, tak peramah dengan lelaki sangat, etc etc...

berbalik kepada tajuk, ana pun actually macam blueberry_strawberry juga (melainkan ana lelaki).. ramai orang ingatkan umur ana belasan tahun, padahul umur ana pun insyaAllah tahun ni 23... Ana rasa antara puncanya termasuklah pakaian ana, ana nya pakaian sesimple mungkin. Sehelai tshirt biasa + seluar panjang yang boleh didapati dalam harge kurang dari RM50. Kemana-mana pun begitu juga, melainkan ke tempat kerja ( yang peliknya kat ofis orang ingatkan umur ana dalam 25 atau 26 begitu pula). Ana keluar dengan kawan-kawan ana,ramai orang ingatkan ana ni adik mereka. Dr segi dressing memang secara umumnya lelaki ni tak kisah sangat, tapi ana rasa ana nya level tak kisah lagi tinggi. Sewaktu di U pun,ramai sahabat ana tegur kata dresssing ana macam budak sekolah menengah. Namun bagi ana, asalkan menutup aurat & kemas, insyaAllah cukuplah.

Kalau nak bekerje, pakailah pakaian yang sesuai, asalkan tidak lari dari syariat.

wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 15-03-06 18:58


tak kisah apa orang nak kata...yang penting, tetap pendirian, kita tau apa yang baik untuk diri kita sendiri...buatlah sesuatu kerana ALLAH, jangan kerana manusia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 15-03-06 19:00


zaman sekarang banyak betul dugaannya...orang yang bertudung labuh pun disangka ada agenda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-03-06 19:17


kekalkanlah dengan mengikut syariat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-06 20:11


Cara dakwah aktivis Islam tak boleh timbul prasangka
Oleh Ir Endok Sempo Tahir


SEJAK kebelakangan ini isu tudung menjadi hangat semula. Bertudung satu kewajipan yang jelas diperintahkan di dalam al-Quran dan Sunnah ke atas wanita Islam.



Ramai yang belum memahami dan mereka yang masih jahil memandang serong mengenai perintah bertudung ini dengan memberikan berbagai label terhadap orang yang mempromosikan ‘bertudung’ sebagai taliban, ekstrim, ketinggalan zaman, penindasan kepada kaum wanita Islam dan sebagainya.

Tuduhan yang melulu ini disebabkan salah fahaman mengenai isu ini. Label melabel orang lain yang tidak bersefahaman perlu dijauhi untuk keharmonian masyarakat.

Mengapa wanita Islam dikehendaki menutup kepalanya? Persoalan inilah yang sering ditanyakan orang Islam dan bukan Islam. Bagi wanita Islam ia ujian sebenar untuk menjadi seorang Muslimah sejati.

Jawapan kepada persoalan ini sangatlah mudah – wanita Islam mengenakan hijab (busana yang menutupi seluruh kepala dan tubuhnya) kerana Allah mengkehendaki berbuat demikian.

Katalah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.

Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami, ibu bapa, bapa mentua, anak-anak mereka, anak-anak tiri, saudara-saudara, saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara yang perempuan dan perempuan Islam atau hamba mereka,

Selain itu, orang gaji dari orang-orang lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya (Al-Quran, Surah 24:30-31)

Namun, beberapa orang perseorangan dan aktivis dari persatuan atau organisasi Islam atau badan dakwah Islam menggunakan pendekatan yang keras dan menyinggung perasaan dalam menangani permasalahan tudung. Sesetengah tindak tanduk mereka tidak boleh diterima oleh wanita Islam yang tidak memakai tudung atau memakai tudung yang tidak sempurna.

Jadi saya rasa aktivis Islam perlu menggunakan cara terbaik “bagaimana mengajak memakai tudung”. Dalam pada itu pihak kepemimpinan organisasi perlu merangka satu panduan mengenai perkara ini. Panduan ini menjadi rujukan para aktivis dalam kehidupan seharian mereka.

Apabila mereka menggunakan cara yang betul, orang akan berasa seronok dan menjadikan mereka sebagai tempat rujukan dan mengadu permasalahan komuniti sekitarnya. Dengan pendekatan yang sederhana ini memudahkan mereka menyantuni masyarakat, menunjukkan contoh teladan yang baik dan boleh diterima.

Pendekatan yang memikat jiwa yang ikhlas dan tenang amatlah diperlukan. Secara tidak langsung boleh menyedarkan mereka mengenai undang-undang dan peraturan Islam yang harus ditegakkan. Kita mestilah menggunakan kaedah memujuk dan berbaik sangka dalam mengajak orang lain dalam mengamalkan tudung.

Antara tips yang boleh menarik hati-hati yang ikhlas dan sejahtera :


Jangan menghukum

Ini adalah kunci kepada aktivis. Kita perlulah berbaik sangka. Apabila kita mula menghukum atau mengadili mereka yang tidak bertudung, maka kita telah melakukan satu kesalahan, iaitu salah tanggap tentang seseorang.

Harus diingat bahawa kita tidak mengetahui latar belakang seseorang itu. Mungkin seseorang wanita tidak tahu mengenai kewajipan bertudung, mungkin dia hidup di dalam satu budaya yang tidak mengamalkan bertudung, mungkin dia datang dari keluarga yang melarangnya daripada memakai tudung atau keluarganya memang tidak memahami apa lagi mengamalkan tudung atau keluarganya mempunyai konflik atau memusuhi beberapa individu dalam sesuatu organisasi Islam dan berbagai kemungkinan lain.

Kekerasan dan kata-kata yang menyinggung perasaan akan menyebabkan mereka yang tidak bertudung menjauhkan diri daripada wanita yang bertudung. Yang paling kita takutkan ialah ia didekati oleh mubaligh bukan Muslim.

Jika mereka melihat keliling serta membuat perbandingan lantas mendapati aktivis Islam mempunyai pandangan negatif terhadap yang tidak bertudung, memilih kasih, hanya duduk dalam lingkungan kelompok bertudung saja, terlalu mudah menghukum dan menilai, orang biasa yang tidak bertudung akan menjauhkan diri dan tidak minat untuk mendengar dakwah kita. Terutama apabila kita ingin mengajak golongan remaja, kita seharusnya menjadi sahabat mereka terlebih dahulu.


Jika anda seorang perempuan, bersahabat dengan mereka.

Apa yang remaja perlukan lebih segala-galanya ialah persahabatan. Kebanyakan remaja hari ini merasakan diri mereka dipinggirkan dan tidak boleh bersahabat dengan kedua ibu bapa mereka, mungkin kerana tidak boleh menerima pandangan atau bercerita dengan mereka. Ini menyebabkan mereka mencari alternatif lain iaitu dengan mencari hiburan bersama rakan mereka di luar.

Oleh itu, di sini adalah peluang keemasan untuk mendekati mereka. Aktivis wanita Islam perlulah bersikap mesra, menunjukkan kasih sayang dan mempunyai hubungan yang baik seperti kawan dengan golongan remaja, sama ada di dalam sesebuah organisasi mahupun di dalam aktiviti kemasyarakatan.

Persahabatan bukanlah sekadar di bibir mulut saja. Tidak cukup hanya sekadar mengatakan “saya suka awak, saya ambil berat terhadap awak,” . tetapi persahabatan yang sebenar dan prihatin timbul melalui kehidupan bersama seseorang, dan berada di sisi apabila diperlukan, terutama apabila remaja meghadapi konflik dan pancaroba remaja.


Jika anda seorang lelaki, berlemah-lembut, hormati mereka.

Golongan lelaki Islam pula haruslah merendahkan pandangan dan menjaga maruah mereka dan tidak membuatkan wanita berasa tidak selesa, sama ada melalui tindak tanduk ataupun tutur kata. Jangan sekali kali memandang rendah terhadap wanita. Tidak sekali kali mengutuk atau menyindir mereka yang tidak memakai tudung.


Ajak mereka membabitkan diri dalam aktiviti Islam.

Kita perlu merapatkan diri dan memberi sokongan moral kepada teman yang masih mencari-cari identiti.

Harapan dan dorongan kita sebenarnya memberi kekuatan dan semangat untuk menolong dia membuat keputusan.” Ini dijelaskan oleh Dr. Kathrine Bullock dalam bukunya The Politics Of The Veil, yang mula memakai tudung selepas dua minggu memeluk agama Islam.

Untuk membuka minda dan melakukan perubahan memerlukan masa, bukanlah boleh dilakukan dengan sekali gus. Ia adalah kesan dan hasil dari hubungan yang berterusan dengan para aktivis yang lain.

Ajaklah mereka menghadiri kelas kelas agama, usrah dan halaqah. Seperti yang biasa di amalkan di kampus, pejabat dan pihak masjid dan surau. Melalui pergaulan ini sedikit sebanyak membantu mereka menghadapi kemelut dan konflik dalam jiwa.

Dengan semangat ini membuatkan mereka merasa lebih selesa dan berbincang dengan dada terbuka, menguatkan ikatan persahabatan yang kukuh antara mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-03-06 21:20


sabor lah...
jangan kisah sangat dengan apa yang orang kata.
just be what u want to be...
asalkan pakaian tu kemas, bersih, tak kusam, menutup aurat....
rasanya tak ada masalah.
yang penting maniskan wajah anda dengan iman, akhlak dan senyuman , insyaAllah segalanya nampak cantik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-06 23:01


ni ana petik pramuka yang telah diringkaskan dari kitab Safar Mar'ah tulisan Sheikh Nuruddin al-Banjari khas untuk blueberry dan untuk muslimah umumnya kerana ia amat menyentuh hati ana.

Kepada akhawat muslimah, yang mematuhi perintah dan suruhan Allah, serta berpegang pada syariatNya, yang menjauhi laranganNya serta maksiat kepadaNya, yang mencari kelebihan dan rahmatNya, serta keampunanNya.
(buku ini ditujukan) Kepada Muslimah yang berkata: "Selamat tinggal kepada ikhtilath dan tabarruj, dan berkata YA kepada hijab, kehormatan dan 3iffah. juga selamat tinggal kepada pakaian "kaasiyat 3aariyat, dan pakaian ketat dan jarang, serta berkata YA kepada pakaian yang menutup dan busana Islamiyah.
SELAMAT TINGGAL kepada penyeru2 kebebasan (Tahreerunnisa') dan ikhtilath, sesungguhnya kamu tidak ingin dari kami kecuali kesesatan dan penyelewengan serta jauh dari didikan Tuhan kami dan ajaran Nabi kami. Sesungguhnya tidak kamu ingin dari kami kecuali berseronok dengan jasad2 telanjang, serta dengan fitnah nafsu syahwat.
dan akhisrnya (buku ini) UNTUK mereka yang berkata: "Takkan sekali2 aku mengorbankan maluku dan kemuliaanku, serta kebahagiaanku di sisi Allah hanya untuk mencapai kenikmatan dunia dan menuruti syahwat serta menyahut seruan kebebasan. Apalah nilainya kegembiraan, keseronokan dan hidup bebas, jika penghujungnya nanti kehinaan serta diazab di antara lapisan2 neraka....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-03-06 23:12


Pada 17-03-06 23:01 , Howling_wolf posting:

!!! QUOTE !!!

ni ana petik pramuka yang telah diringkaskan dari kitab Safar Mar'ah tulisan Sheikh Nuruddin al-Banjari khas untuk blueberry dan untuk muslimah umumnya kerana ia amat menyentuh hati ana.

Kepada akhawat muslimah, yang mematuhi perintah dan suruhan Allah, serta berpegang pada syariatNya, yang menjauhi laranganNya serta maksiat kepadaNya, yang mencari kelebihan dan rahmatNya, serta keampunanNya.
(buku ini ditujukan) Kepada Muslimah yang berkata: "Selamat tinggal kepada ikhtilath dan tabarruj, dan berkata YA kepada hijab, kehormatan dan 3iffah. juga selamat tinggal kepada pakaian "kaasiyat 3aariyat, dan pakaian ketat dan jarang, serta berkata YA kepada pakaian yang menutup dan busana Islamiyah.
SELAMAT TINGGAL kepada penyeru2 kebebasan (Tahreerunnisa') dan ikhtilath, sesungguhnya kamu tidak ingin dari kami kecuali kesesatan dan penyelewengan serta jauh dari didikan Tuhan kami dan ajaran Nabi kami. Sesungguhnya tidak kamu ingin dari kami kecuali berseronok dengan jasad2 telanjang, serta dengan fitnah nafsu syahwat.
dan akhisrnya (buku ini) UNTUK mereka yang berkata: "Takkan sekali2 aku mengorbankan maluku dan kemuliaanku, serta kebahagiaanku di sisi Allah hanya untuk mencapai kenikmatan dunia dan menuruti syahwat serta menyahut seruan kebebasan. Apalah nilainya kegembiraan, keseronokan dan hidup bebas, jika penghujungnya nanti kehinaan serta diazab di antara lapisan2 neraka....
syahdunyaaa....teruskan beristiqomah wahai semua muslimah...walopon orang suka kaitkan aurat vs akhlak, jadikan ia semangat juang fisabilillah...istiqomah tutup aurat setanding akhlak..be the best.... ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 16:54


Siapa kata perempuan pakai tudung labuh tak cantik...cantik apa.sejuk mata memandang.Biarkan saja apa orang nak kata.yang penting kita buat benda yang betul.

Tak kisah la Kalau yang ada dekat atas muka bumi ni benci kat kita. Yang penting yang ada kat langit suka kat kita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-03-06 20:06


fashion kalaulah xkene dengan syarak tak boleh ikut...
tapi kita sebagai orang-orang yang belajar agama..xnakla dipandang xelok oleh orang lain,jadi tak salah kalau kita ikut fashion baru...cuma fashion yang kita pakai tu kena dengan tuntutan syarak..barula orang yang tengok kita pun rasa segan...sebab berpakaian ni perlu ikut peredaran zaman dan syarak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-06 20:29


si dia di hati akwa pakai tudung fashion mana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 27-03-06 20:33


jadi lah dari anda..kekal kan apa yang ada,jangan mudah tpgruh dengan idea fsyen orang lain kalau drase kan tak sesuai..
sebagai muslimah yang solehahenti kena kekal kan imej enti,baru orang tabik..
mungkin muka enti keanak anakan agaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

mohdnurhakimin
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse

france  


posticon Posting pada: 27-03-06 20:43


Assalamualaikum,

Menarik. Luahan daripada seseorang yang pada ana sangat patut dihormati.

Secara ringkas, ana ingin merumuskan," Be positif, it's not old fashion, but you're a trend setter!"

Kenapa harus ikut arus?

Ana, secara jujur, sangat kagum dengan kaum wanita.
Di rumah ana, ana sangat kagum dengan seorang wanita cantik yang sentiasa tabah dan sangat penyabar, yang sentiasa positif. Jarang sekali mengeluh, walau ketika ana SOS ketika dia sedang dalam kesusahan...

Juga, ana kagum dengan mereka yang masih mampu menutup aurat, walau dengan iklim tropika yang panas di Malaysia.

Serta, sesuatu yang baru ana dapat ketika di London dua hari lepas, betapa gagahnya kaum ini dengan tudung dan berjubah di tengah kota London...

Ana bertanya pada diri sendiri, "Kalau ana di tempat mereka, dengan pendidikan yang ana ada, apakah ana mampu lakukan perkara yang sama?"

Ana ragu dengan jawapan ana.
Ana tidak yakin ana mampu menjadi sekuat mereka.

Dan, ana malu untuk tidak punyai kekuatan sedemikian.

Mereka mengajar ana untuk menjadi lebih kuat, dan lebih berani untuk menongkah arus...
Terima kasih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdnurhakiminProfil   Hantar PM kepada mohdnurhakimin   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 27-03-06 22:50


Pernah sekali tu..adik angkat (boys pula tu..cess) kawan saya..bgtahu pada kawan saya yang saya dressing macam ibu2..dia tahu saya bukan dr sek. agama dan bukan jugak belajar di UIA.kalau nak diikutkn memang pmakaian saya berlainan dr kawan sebaya yang lain.Adik beradik saya pun tak komen apa..cuma mereka selalu gelarkn saya ustazah.kadang terngiang juga.saya pernah beli tudung yang cantik bermanik2 tu,tapi tak terpakai pun.sebab tak berapa sesuai dengan jiwa saya.lambat jugak nak pakai tudung tu,sebab nak kena pin,semat sana sini.saya tak suka lambat2..hehe

Baju kurung memang fav saya.Smuanya sebab satu hari tu saya ternampak bila seorang pemakai t-shirt,baju tu akan melekat-lekat di badannya.macam tak bestnya saja pemandangan tu dr belakang.tambahan pula,saya nampak orang-orang lelaki akan pndang2,terutama bila si pemakai solid2 orgnya.kalau saya nak pakai tshirt pun,pakai masa bersukan(sebab tak boleh pakai b.kurung),itupn dr meterial yang tak melekat.

Entahlah..i just want to be me...

Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

alqibtiaz
WARGA SETIA
Menyertai: 31.07.2004
Ahli No: 10409
Posting: 542
Dari: kuala terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-03-06 01:08


assalamualaikum...apa nak di kisahkan sangat kata-kata orang...kita tak buat salah pun...tapi mungkin ada benarnya..ambik yang positif..yang negatif buang jauh2...

yang positif....pakaila baju yang sesuai dengan status kita...anak dara kan...hehe...mesti jaga dari banyak aspek....pemakaian...baju selalu gosok...nampak ceria....jangan biar kusam...nampak yang kita ni pentingkan penampilan diri..

tapi jangan berubah kepad negetif sebab dengar sangat cakap orang....baju kurung yang longgar....tudung labuh...tak menjadi halangan..yang penting diri kita.......

ana.....sampai sekarang ana tak kesah...buat bodoh saja......pekakkan telinga....hikamhnya..ramai yang nak ikut macam ana.......

tak semestinya orang yang pakai tudung labuh,berjubah tak pandai bergaya.....tapi tak semestinya kita perlu bertabaruj berlebihan....tapi kita kena tunjuk yang orang beragama dan kita ikut tuntutan tu satu perkara yang baik

sesuai dengan status enti yang bakal menhadapi pekerjaan......jadila diri yang sebenar........kalau berubah pun tak keterlaluan....jangan sampai tudung jadi singkat.....tu dan pergi kepada perkara mazmumah,,,,,,,,

tak ke rasa seronok bila orang yang tak pakai tudung dan tak lengkap berpakain bertanya pada kita macamana kita jaga diri...........walaupun bertudung labuh dan berjubah tetapi tetap nampak anggun...kemas...tak serabut.....tak gembiraker.....?hehe....

be yours.........berubah ke arah kebaikan itulah yang terbaik.....tapi jika berubah kepad perkara yang tak baik...hindarkanlah..

pandangan mata selalu menipu pandangan akal selalu tersalah pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih........

wallahualam......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alqibtiazProfil   Hantar PM kepada alqibtiaz   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 09:58


apa itu old fashion ?pada saya dalam islam tiada istilah old fashion.islam itu sudah cukup sempurna...mamang tak dinafikan bahawa penampilan imej sangatlah penting lebih lebih lagi ketika ingin mencari kerja.saya student art and designer sudah semestinya bidang yang saya ceburi ini memerlukan penampilan yang menarik.tetapi alhamdullilah saya masih lagi menutup aurat dan memakai tudung.tapi saya amat sedih kerana ada sebahagian dari kawan saya yang menggubah imejnya sehingga membuka tudung kerna semata-mata ingin mendapat pekerjaan.bahkan pensyarah saya juga tidak memakai tudung dan saya sebagai pelajar hanya berdoa semoga dibukakan hatinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 10:16


peduli apa orang...hehe
tapi apa pun...up to date lah sikit...selagi kena dengan cara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

Kakngah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.01.2005
Ahli No: 13574
Posting: 394
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 10:29


ala..just ignore apa orang lain kata..
asalkan tutup aurat..
tak payah lah melawa sangat..
nak buat apa
nak attract orang lelaki ke
baik tak payah

Bookmark and Share

    


  Member Information For KakngahProfil   Hantar PM kepada Kakngah   Quote dan BalasQuote

azirislamiah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14746
Posting: 52
Dari: DARUL NAIM

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 10:49


salam...
blueberry, terus terang saya katakan, kamu tak old fashion langsung. orang yang kata kamu old fashion itu sebenarnya sedikit kurang faham agaknya. tapi jangan salahkan mereka. kita tahu apa yang kita buatkan...
Allah tetap bersama2 orang yang benar. InsyaAllah..
teruskan perjuangan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azirislamiahProfil   Hantar PM kepada azirislamiah   Quote dan BalasQuote

suntikan_srikandi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16483
Posting: 95
Dari: Selangor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-07-06 11:02


abaikan saja apa makhluk di bumi mengeji asalkan makhluk di langit memuji....

kawan-kawan saya pun selalu kata saya begitu, tapi saya buat pekak saja...depa dengan gaya depa dan saya tetap dengan gaya yang dikatakan old fashion tu bila keluar jalan-jalan...kalau malu nak jalan dengan saya, tak payah jalan...tapi buat masa ni semua kawan-kawan terima saja...

ada kawan-kawan tegur kenapa keluar mln2 pun pakai stokin? bukan orang nampak...hehe pencatat dosa pahala bukan kira siang mlm kan? saya jawab lagipun rasa macam kudung saja kalau tak pakai stokin...alah, jawab sempoi2 saja, saya banyak buat taktau saja...jangan dilayan sangat...


-----------------
Anjing Menyalak, Khalifah Tetap Lalu....>> Menunggu Putih Gagak Hitam, Buntar-buntar Daun Lalang, Luas-luas Daun Merunggai, Sampai Tumbuh Daun Cindapung...>


Bookmark and Share

    


  Member Information For suntikan_srikandiProfil   Hantar PM kepada suntikan_srikandi   Pergi ke suntikan_srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 31-07-06 13:49


saya juga pernah ditegur oleh kawan...buat perubahan sikit pada penampilan, memandangkan badan saya kecil, pakai apapun tak nampak seksi, tapi saya tak pernah ambil kira, bagi saya keselesaan itu penting., biarpun berbaju kurung. biarlah apa orang nak kata.. "saya tak kisah, walaupun nak berkecil hati, "

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

ladybirdy
WARGA SETIA
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7399
Posting: 405
Dari: bumi

malaysia  


posticon Posting pada: 31-07-06 14:46


saudari cakap saudari selesa berpakaian sebegitu kan, jadi teruskanlah..tak payah ubah apa-apa, yang penting kita selesa dan suka dengan penampilan kita...orang yang sibuk2 tegur kita bukannya bagi duit kat kita pun...pakaian saudari pun bukan koyak2 ke apa ke, just as plain as it can be betul tak? saya pun pernah kena tegur dengan kawan kenapa asik pakai tudung warna same setiap kali pergi kelas? so what? saya suka pakai tudung warna putih siang hari, berlambak saja tudung lain tapi tak pakai pun...suka hati saya lah, saya tak komen pun mereka tu...kalau benda negatif, saya boleh lah terime teguran tu, macam kain jarang ke dll...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladybirdyProfil   Hantar PM kepada ladybirdy   Quote dan BalasQuote

Nilam_sejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2005
Ahli No: 19480
Posting: 205
Dari: Tg Karang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 17:52


kalau selesa teruskanla, bagi saya janganla kalaupun kita nak tetap pendirian janganla sampai mendatangkan fitnah pulak. mungkin saudari boleh kemaskan penampilan dan jaga kebersihan. maksud saya labuh jangan sampai berseret2. mungkin itu yang orang nak sampaikan. orang takkan tegur kalau tak menyusahkan mata mereka. mungkin ada sesuatu yang tak kena dalam penampilan saudari yang amat ketara. cuba kaji dan ambik jalan yang terbaik, masih labuh dan tutup aurat tapi tak dikritik, paling penting saudari selesa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nilam_sejatiProfil   Hantar PM kepada Nilam_sejati   Pergi ke Nilam_sejati's Website   Quote dan BalasQuote

zaitihamdan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2006
Ahli No: 25957
Posting: 242
Dari: Bintulu, Sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 18:01


assalamualaikum,
buat apa nak dengar cakap orang kalau kita rasa pakaian kita tu memenuhi syarak walaupun orang duduk kata "old fashion" pun..akak harapkan adik stoberi..jangan ambik pot orang nak cakap apa pun yang penting apa yang kita lakukan semata2 nak mndptkn keredhaan Allah..biar lah kita buruk di mata manusia yang penting Allah tahu dan redha dengan apa yang kita buat..lagipun kita al maklumlah dah hakikat yang apabenda pun yang ada di dunia ni semuanya fana..ingat dik..kalau buruk di dunia...esok di akhirat insyaAllah adik lah yang akan jadi tercantik dan terbaik di antara kesemuanya...amiiin...

sekadar pendapat..yang baik datangnya dari Allah 'Azzawajalla..yang buruk tu dari klemahan ana sebagai hambaNya..

wasalam


-----------------
~Don't ever leave the one you love for the one you like,because the one you like will leave you for the one they love~
[ Telah diedit oleh: zaitihamdan pada 14-09-06 18:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zaitihamdanProfil   Hantar PM kepada zaitihamdan   Pergi ke zaitihamdan's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 18:02


salam~
sukung cakap kat zaiti..
hmm..
wasalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 19:00


8-) Lebih baik tak tahu (bukan tak tahu langsung) tentang dunia fashion yang entah apa-apa entah....mendedahkan aurat saja tahu....

;-) tapi kalau fesyen yang Islamik tu tak apa lah....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

hidayah_grasio
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 14-09-06 19:26


Assalamualaikum blueberry_strawberry

Pada saya, cara anda berpakaian tidaklah salah.. Malah amat membanggakan oleh diri saya ni... Mungkin, muka awak macam budak-budak, sebab tu, orang semua cakap macam tu... Betul Tak??? Saya ni, pakkal mempunyai banyak tugas yang mencabar... kalau tak saya akan pakai tudung labur mcam awak juga... Saya terpaksa pakai tudung yang bergaya, maksud saya, pin sana, pin sini. Sebab kerja yang buat saya begitu.. Tapi masih boleh dikirakan besar, dan menutup aurat.. Bidang 60 inch size tudung saya... walaupun besar, tapi nampak bergaya, simple dan tak ada corak pun dekat tudung saya

Bookmark and Share

    


  Member Information For hidayah_grasioProfil   Hantar PM kepada hidayah_grasio   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 13:37


mungkin anti muka comel2 dan masih nampak mude2 lagi agaknya heh! :D
ana pernah jumpa seorang kakak comel sangat-sangat... ana ingatkan umur dia muda bawah ana ke... rupa-rupanya dah 28thn huh!? :O tapi memang comel lah kak tu heh! :D :P

so jangan bimbang huhu! :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-09-07 01:24


salam
sis,be istiqamah 4 what u done.it okay what,if people said u look young,kalau dia cakap awak nampak tua,memang patut tukar fashion tu sebab kira old fashionla,kalau sis nak ubah fashion ok saja,tidak salah berubah kepada kebaikan,kat pasaran sekarang ni banyak saja pakaian yang menutup aurat yang cantik2.jubah2 pun cantik dan juga banyak saja tudung labuh yang siap dijahit dan ditambah dengan sulaman untuk mencantikkannya lagi.for me, kalau sis nak kerja,penampilan sesuatu yang penting,saya pernah bertanyakan satu soalan kepada panel sesuatu forum tentang kerjaya.soalan saya betul ke,org pakai tudung labuh ini susah dapat ke,the answer is as long as she wears sesuatu yang menarik penampilan, they will get the job.not matter they wear tudung labuh or not.
lagipun baru-baru ni ustaz saya cakap dalam islam tiada pakaian tetap islam,as long as u wearing somethings that cover your aurah then it is considered as muslim clothes.


-----------------
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
[ Telah diedit oleh: amilyn pada 15-09-07 01:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

emarn_boy
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.08.2007
Ahli No: 30618
Posting: 53
Dari: egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 05:21


Assalamualaikum

yang pertama kan husnu zon dengan org yang bertya. tak smestinya setiap yang tya 2 maksud yang sama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For emarn_boyProfil   Hantar PM kepada emarn_boy   Quote dan BalasQuote

izreenaisya
Warga Rasmi
Menyertai: 15.09.2007
Ahli No: 31071
Posting: 9
Dari: um

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 07:56


salam sis...
hmm,,,saya suka topik ni,,
hmm,..saya tak pakai tdung(before diz)..actually,pakai juga lah,,on off,,on off,,time pergi sekolah saja,,tusyen,,keluar rumah,,tak pakai,,,tapi dah niat nak pakai bila da habis belajar bab aurat (form 5 dalam subject agama islam) saya sekolah menengah harian ..tapi atlast,habis form 5 pun terus tak pakai,,
sebab saya fikir,,kalau nak pakai tudung,kan lah pakai tutup aurat betul-betul,,,bukan setakat pakai tudung ,lepas itu selempang,lepas itu dengan baby-t(tshirt ketat),then pakai seluar jean,,tapi saya suka dan selesa pakai baby-t,,so saya decide tak pakai tdung terus..
tahun strusnya,saya masuk kmm(kolej matrikulasi melaka),alhamdulillah..kat sini wajib pakai(time batch saya,lepas batc saya da tak dah,,huhuhu!! )
dipendekn cerita,kat sini setiap mlm jumaat wajib pergi surau perdana,boy(muslimin) selalu lah bagi tazkirah pasal aurat,couple..etc..cara penyampaian dia ,,subhanaallah,boleh buat kita lari bilik nangis,,,pernah sekali mereka cakap pasal tudung..janganlah anggap tudung tu macam helmet,pakai kejap lepas itu buka,,daz sentence seriously,make me think,,about myself....

start kat matrik saya kuatkan semangat untuk istiqomah pakai tdung,,,,,

life goes on...now kat um,
,,,dugaan...dugaan,,,dugaan,,,,fashion,,,fashion,,,fashion,,,

entah lah,,saya suka berFASHION,,,i mean,,,we young,,,so,,bagaimana?
dengan tudung,it make me limit my style..

setiap kali nak pilih baju untuk pergi kuliah mesti try banyak kali,,huhu!!

saya nak istiqomah pakai tdung,dan saya tak nak pakai baju2 lama saya,,agak kecik,,astagfirullahhala'zim..
most of d time,saya cover baju saya dengan sweater..saya akan make sure kan saya tutup aurat,tangan tutup,kaki tutup dengan sport shoes,,MESTI..

tapi makin HARI makin tension fikir pasal baju..huhu!!

nak cerita,kat sini ramai juga budak-budak API(AKADEMI PENGAJIAN ISLAM) yang ambil sains gunaan,so mereka kena lah datang fakulti sc untuk pergi klaz sc gunaan..dan most of them wearing hanya like u sis,baju kurung wif tudung labuh :)
time kat cafe pula,bila 'geng2 API' masuk saja cafe,,,YA ALLAH,,,tenang saja hati tengok mereka,,,nampak sopan,,,cantik sangat...

teringin sangat nak pakai macam mereka...

nampak kerendahan hati untuk mematuhi perintah tuhan ,PERINTAH ALLAH,,

indirectly,mereka sedang berdakwah,,

alhamdulillah,,,

,,,sekarang saya baru saja pakai tdung labuh,,,9 .9 .07,,,baru sangat try pakai,,,,subhanallah,,1st time tengok muka kat cermin rasa happy sangat,
saya cakap kat diri saya ..
YA ALLAH,ni lah yang saya nak pakai,,,ini lah pakaian nya...ini lah imej islam...
terima kasih kat kawan-kawan yang banyak bagi sokongan,..lepas baca komen-komen kat atas ni pun buat saya lebih semangat untuk memakai pakaian islam :)
insyaALLAH sis,,,kita mohon ALLAH tolong kita..lagi pun,bak kata AMILYN as long as u wearing somethings that cover your aurah then it is considered as muslim clothes...so ok juga pakai baju slain baju kurung,,,serius banyak yang cant
ik dan simple,,,
kalau sis nak pergi shopping dengan saya pun boleh,..hiihi!!!

im shoppaholic u noe..ahahha!!

k lah,,,salam...YA ALLAH,semoga kami mdpt rahmat dan redha dr mu...amin,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For izreenaisyaProfil   Hantar PM kepada izreenaisya   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 08:39


Pada 06-03-06 00:09 , blueberry_strawberry posting:

!!! QUOTE !!!


konflik ana, ana mahu berterusan dengan cara berpakaian ana yang ana selesa dan suka, tetapi dalam keadaan tertentu (nakmelangkah ke alam pekerjaan), mendesak ana untuk berubah sikit (masih dalam syariat tapi ikut gaya semasa) .......

..... ana confuse... apa yang patut ana buat?

wallahua'lam



ok... saya pula nak beri sedikit pendapat... dan macam biasa, secebis daripada pengalaman yang saya lihat. di kalangan sahabat2 muslimat saya yang bertudung labuh..

tentunya pertama sekali, saya ucapkan tahniah dan syabas pada stroberi sebab teguh dengan pendirian diri yang ingin menjaga batas-batas syariat dan telah menyatakan no to tabarruj.. serious bukan senang nak jumpa golongan muslimah yang tak ingin bercantik-cantik. sedangkan fitrah seorang wanita itu sukakan kecantikan dan suka agar kelihatan cantik. dan sememangnya sepatutnya kaum wanita bercantik-cantik kepada suaminya... maka tak hairan Allah mengurniakan sifat ingin kelihatan cantik pada wanita.

tetap teruskanlah memakai tudung labuh tu...

namun, tidaklah berdosa atau salah sekali pun untuk up-to-date sedikit... sikit saja, tak banyak...

dengan tujuan, hanya untuk mengurangkan pandangan 'tak puas hati' atau dalam erti kata lain 'muka sinis' orang lain yang kurang senang dengan golongan muslimah yang 'old fashion' pada pandangan mereka. saya cadangkan strawberry tambah ceriakan sedikit warna pakaian, dan memakai tudung labuh seperti sediakala tapi dengan warna yang lebih cerah.. dan tidak menampakkan kekusaman...

bukan untuk mengubah jatidiri anda, tetapi untuk menjadi lebih sesuai dengan keadaan dan mengurangkan keadaan tidak selesa anda ketika ditenung atau dipandang oleh orang lain... anda memang tak salah memakai tudung labuh, tetapi dengan effect2 sebegini di sekeliling anda, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu keyakinan diri strawberry atau pun mengganggu emosi strawberry seperti yang sedang dialami ini.. dan seterusnya boleh memberi effect pada performance strawberry di tempat kerja nanti... keyakinan diri juga penting untuk menjadi 'booster' kepada kerja-kerja seharian kita terutamanya ketika melibatkan diri dengan masyarakat...

saya ada cerita.... satu contoh yang dialami seorang sahabat karib saya...

dia bertudung labuh. fesyen baju tak lain hanya baju kurung... warna2 pula, dia sukakan warna-warna kusam dan gelap.. seperti coklat... dan warna-warna tanah... yang sememangnya nampak kusam.. begitu juga tudung... semua one colour dan lebih kurang kusam juga.. itu dah jadi identitinya. namun dia selesa dengan berpakaian begitu. lelaki pun tak tertarik untuk pandang dan dia pun tak sukakan attention... pendek kata memang agak old fashion... bukan agak, tapi memang pun. huhuhuh. maksud saya tak ikut perkembangan semasa lah.. oh ya dia orang sabah.. di pedalaman2... jadi, tak biasa nak fesyen2..

so suatu hari dia kena buat practical.. so dia pergi lah kerja.

dengan berpakaian sebagaimana pakaian dia yang biasa.

tapi orang2 pejabat semua selalu pandang2 dia macam dia ada buat salah... dia rasa sungguh tak selesa.. ye lah dah orang macam tak puas hati saja.. pandang2.. bagaimana dia nak buat kerja dengan tenang..

akhirnya dia bertukar sedikit tudungnya. masih dengan bertudung labuh tapi tak pakai yang labuh dan bulat. dia bertukar pada yang fesyen2 sekarang ni, yang tudung bidang 60. later orang2 pejabat pun dah tak pandang2...

so, tak salah sebenarnya untuk ubah sikit penampilan. hanya berubah untuk tambah selesa dengan keadaan... dan untuk mengurangkan pandangan2 yang merimaskan ini...

ubah jadi up-to-date sikit saja....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 15-09-07 08:54


See...cantik apa muslimah ini... tak nampak macam old fashion pun..:-)

http://www.flickr.com/photos/unseen-ocean/135384141/


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 15-09-07 09:46


Assalamualaikum..
Hmm..mungkin hanya kerana wajah saudari yang agak kebudak-budakkan menampakkan pada orang lain seolah-olah saudari ni masih lagi bersekolah...

"Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya di dunia; dan barangsiapa mencari keredhaan manusia dengan marahnya Allah, nescaya Allah akan menyerahkan nasib dia kepada manusia tersebut." (Maksud Hadis)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 10:23


Pada 15-09-07 09:46 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..
Hmm..mungkin hanya kerana wajah saudari yang agak kebudak-budakkan menampakkan pada orang lain seolah-olah saudari ni masih lagi bersekolah...

"Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya di dunia; dan barangsiapa mencari keredhaan manusia dengan marahnya Allah, nescaya Allah akan menyerahkan nasib dia kepada manusia tersebut." (Maksud Hadis)



lebih selesa dengan tudung labuh dan pakaian yang warna tak terang/cerah...suka pakai warna hitam dan kelabu tapi ada jugalah warna cerah yang lembut, tapi bukan terang...lagi tak selesa pakai yang warna terang..lagipun syariat kan suruh pakaian bukan warna terang...tapi ada saja orang tudung labuh dan baju kurung serba pink terang menyerlah..

banyak juga pengalaman kena anggap masih budak sekolah...pernah orang fikir kita form 2 sedangkan masa tu umur dah masuk 20an...malah sebelum tutup aurat pun dan dengan baju moden dan seluar jeans tapi tetap kena minta tambang harga kanak-kanak dewasa oleh pemandu van...hehe masa tu umur 17 tahun lah...tapi mungkin sebab badan kecil dan muka kebudak2an..rasanya wajah lebih memainkan peranan orang anggap kita budak-budak sebab masa tu saya bersama2 dengan 2 orang lagi kakak yang badan pun kecil2 macam saya dan kakak yang seorang pun beza 2 tahun saja..tiada kaitan dengan pakaian :-) ...

saya pun pernah tanya orang tingkatan berapa...tapi rupa-rupanya dia lebih tua daripada saya dan dia cakap dia dah biasa kena tanya soalan tu...sebab tengok muka dia memang nampak masih muda walaupun dia lebih tinggi dari saya..hehe...dan dia bukan pakai tudung labuh...dan kelihatan bajunya "menarik" juga

pernah ada pengalaman pasal pakaian ni..kawan kata tak sesuai...masa tu hati dah goyah..ada rasa malu dipandang pelik oleh orang sekeliling...tapi bila terfikir kita harus malu pada Allah bukan pada manusia, maka saya tak kisah apa kawan tersebut kata dan tetap dengan pakaian saya...hasilnya hati lebih tenang sebab kita fikir penilaian Allah bukan penilaian manusia dan kita buat apa Allah suruh bukan buat apa manusia suruh

seruan untuk diri dan semua, berpeganglah pada hadis ni untuk buat sesuatu yang dituntut Allah tapi dipandang serong oleh masyarakat..

"Barangsiapa mencari keredhaan Allah dengan marahnya manusia, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya di dunia; dan barangsiapa mencari keredhaan manusia dengan marahnya Allah, nescaya Allah akan menyerahkan nasib dia kepada manusia tersebut." (Maksud Hadis)

dan...

"jagalah Allah maka Allah akan menjagamu"

sama-sama doa moga sentiasa dan terus dilimpahi hidayahNya sebab tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah...


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
[ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 15-09-07 10:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 11:53


kekalkan sebegitu

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

NurAihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31065
Posting: 91
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 18-09-07 14:41


pakailah sesuatu yang selesa dan tak langgar batasan.. kalau tuko warna tu sesekali apa salahnye... bagi ceria sikit....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurAihanaProfil   Hantar PM kepada NurAihana   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 18-09-07 15:32


ana tak rasa sebab pakaian yang jadi masalah nya,,ana rasa enti ni baby face kut,,
bagi ana lah,,kalau orang lain tengok kita pakai tudung labuh, dia nampak kita matang sangat,,ye lah, ilmu mesti dah banyak..

enti pakai tudung labuh warna gelap kut,,untuk ke tempat kerja,,enti cuba pakai tudung labuh juga (jangan ubah) tapi ubah warna saja kepada yang cerah, hijau muda, putih, pink, etc.

baju tu, enti pakai lah yang ada warna sikit,,bukan yang terang macam merah, tapi yang at least 2 warna ke..tanah dan bunga..tudung ikut warna bunga ke..

tudung putih sesuai untuk semua,,cara lipat tudung tu, kalau selama ni lipat bulat saja kat depan, bagilah muncung sikit,,baru berkeyakinan dan comel...

lagi satu, kalau nak nampak kemas, enti pakai lah kasut..hitam ok kena dengan semua...haa, kalau bawa beg, galas lah di atas tudung, baru kemas...

hehe,,pandangan ana saja...


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_
[ Telah diedit oleh: aku_hambamu pada 18-09-07 15:39 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-09-07 15:41


yang penting kemas, bersih dan mengikut syariat. saya bekerja sebagai finance exec di engineering co. tapi Alhamd, saya tetap dengan imej saya, tudung labuh. ada juga org kata saya macam budak sekolah walaupun dah 24 tahun. tapi, mungkin juga sebab muka kita baby face.. hehe, biarlah apa org kata, yang penting pandangan Allah pada kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-09-07 15:58


assalamualaikum ya ukhti..

Rasulullah SAW pernah bersabda...

"islam bermula dalam keadaan asing, dan ia kembali menjadi sesuatu yang asing. maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu.." _HR.Muslim

bermaksud..sampai suatu saat..apa yang islam tetapkan akan menjadi sesuatu yang asing..hinggakan orang akan memandang sesutu kebaikan itu adalah luar biasa dan xreleven..itulah kesannya daripada kemodenan dunia sekarang yang dah bercmpur aduk dengan kebaratan..

ukhti..jangan hiraukan pandangan orang pada kita..istiqamah lah menutup aurat dengan cara yang sepatutnya..kalau lah cara pakaian seperti yang ukti selalu pakai..ana rasa tak ada masalah..teruskan..itulah cara berpakaian muslimah islam yang sebenar..

jangan hiraukan pandangan orang..utamakan pandangan Allah..insyAllah..Allah lebih mngetahui apa yang ukhti niatkan dihati..

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

NurAihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31065
Posting: 91
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-07 07:36


manusia memang cepat sensitif bila ada manusia lain memerhatikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurAihanaProfil   Hantar PM kepada NurAihana   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-07 07:55


Pada 18-09-07 15:32 , aku_hambamu posting:

!!! QUOTE !!!

ana tak rasa sebab pakaian yang jadi masalah nya,,ana rasa enti ni baby face kut,,
bagi ana lah,,kalau orang lain tengok kita pakai tudung labuh, dia nampak kita matang sangat,,ye lah, ilmu mesti dah banyak..

enti pakai tudung labuh warna gelap kut,,untuk ke tempat kerja,,enti cuba pakai tudung labuh juga (jangan ubah) tapi ubah warna saja kepada yang cerah, hijau muda, putih, pink, etc.

baju tu, enti pakai lah yang ada warna sikit,,bukan yang terang macam merah, tapi yang at least 2 warna ke..tanah dan bunga..tudung ikut warna bunga ke..

tudung putih sesuai untuk semua,,cara lipat tudung tu, kalau selama ni lipat bulat saja kat depan, bagilah muncung sikit,,baru berkeyakinan dan comel...

lagi satu, kalau nak nampak kemas, enti pakai lah kasut..hitam ok kena dengan semua...haa, kalau bawa beg, galas lah di atas tudung, baru kemas...

hehe,,pandangan ana saja...



ana rasa...macam kenal saja gaya pemakaian yang aku_hambamu bagi tau ni... hehehe.. :-P tapi kat mana ek ana pernah tengok? huhuhu...
pada ana...jangan ambil kisah apa org nak cakap tentang penampilan kita.as long as penampilan kita ni menutup aurat dengan sempurna, kemas & tak menarik perhatian org.kalau dr segi warna tu... jangan pakai yang yang terlalu attractive... biar sederhana. kalau org kata macam budak sekolah...ana lagi suka... maknanya kita nampak muda lah.. :-P lalalala....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 19-09-07 09:33


Pada 19-09-07 07:55 , syira_qistina posting:

!!! QUOTE !!!



ana rasa...macam kenal saja gaya pemakaian yang aku_hambamu bagi tau ni... hehehe.. :-P tapi kat mana ek ana pernah tengok? huhuhu...
pada ana...jangan ambil kisah apa org nak cakap tentang penampilan kita.as long as penampilan kita ni menutup aurat dengan sempurna, kemas & tak menarik perhatian org.kalau dr segi warna tu... jangan pakai yang yang terlalu attractive... biar sederhana. kalau org kata macam budak sekolah...ana lagi suka... maknanya kita nampak muda lah.. :-P lalalala....


ya lah syira..kat mana ye kita jumpa orang itu...hehehe ;-)
betul kata syira, jangan kisah sangat apa orang kata, yang penting apa yang kita buat tu mendapat redha Allah swt...


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 09:39


SALAM ALAIK..
cma nak sahabat dan shbiah brfikir sejenak keadaan zaman sekarang...semuanya dah terbalik...dulu kalau pakai pkaian yang kereta ,seksi dan xmenutup aurat...semua tu dipndg pelik kan????
tapi lani...kalau yang brtudung labuh,brjubah,brbaju kurung pula yang dipndang pelik...betul tak???
berbeza kan dulu dan sekarang???
tanda-tanda akhir zaman...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 11:11


Pada 18-09-07 15:58 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum ya ukhti..

Rasulullah SAW pernah bersabda...

"islam bermula dalam keadaan asing, dan ia kembali menjadi sesuatu yang asing. maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu.." _HR.Muslim

bermaksud..sampai suatu saat..apa yang islam tetapkan akan menjadi sesuatu yang asing..hinggakan orang akan memandang sesutu kebaikan itu adalah luar biasa dan xreleven..itulah kesannya daripada kemodenan dunia sekarang yang dah bercmpur aduk dengan kebaratan..

ukhti..jangan hiraukan pandangan orang pada kita..istiqamah lah menutup aurat dengan cara yang sepatutnya..kalau lah cara pakaian seperti yang ukti selalu pakai..ana rasa tak ada masalah..teruskan..itulah cara berpakaian muslimah islam yang sebenar..

jangan hiraukan pandangan orang..utamakan pandangan Allah..insyAllah..Allah lebih mngetahui apa yang ukhti niatkan dihati..

wallahu'alam..



RINGKAS DAN PADAT

jangan hiraukan pandangan orang pada kita..istiqamah lah menutup aurat dengan cara yang sepatutnya..

jangan hiraukan pandangan orang..utamakan pandangan Allah..insyAllah..Allah lebih mngetahui apa yang ukhti niatkan dihati..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 19-09-07 11:26


Pada 19-09-07 09:33 , aku_hambamu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 19-09-07 07:55 , syira_qistina posting:

!!! QUOTE !!!



ana rasa...macam kenal saja gaya pemakaian yang aku_hambamu bagi tau ni... hehehe.. :-P tapi kat mana ek ana pernah tengok? huhuhu...
pada ana...jangan ambil kisah apa org nak cakap tentang penampilan kita.as long as penampilan kita ni menutup aurat dengan sempurna, kemas & tak menarik perhatian org.kalau dr segi warna tu... jangan pakai yang yang terlalu attractive... biar sederhana. kalau org kata macam budak sekolah...ana lagi suka... maknanya kita nampak muda lah.. :-P lalalala....


ya lah syira..kat mana ye kita jumpa orang itu...hehehe ;-)
betul kata syira, jangan kisah sangat apa orang kata, yang penting apa yang kita buat tu mendapat redha Allah swt...



jangan ambil hati ya kak... gurau2 di siang hari.. hehe.. :-D betul kata aku_hambamu, yang penting apa yang kita buat tu kena dapat redha ALLAH. kalau kita pakai up to date...tapi tak tutup aurat dengan sempurna...dah memang salah di sisi agama. so..biar lah org nak cakap apapun..old fesyen pun old fesyen lah... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 12:12


rasanya da cukup pro dan kontra yang dapat dlihat pada komen-komen kawan-kawan kita tu...tinggal saudari blue/strawberry lah yang buat penilaian...Kalau saya nak komen lagi pun agaknya nanti menambah pening pula nanti..hehe...cukuplah ek..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

tero_1809
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.10.2005
Ahli No: 19818
Posting: 56
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 19:30


hurm....................................
tak salah kan kalau mencube sesuatu yang baru..........
asalkan mengikut syarak............
bukan tak bagus care pemakaian kamu(berdasarkan apa yang kamu tulis lah) tapi pada pandangan saya lah..
kita kena lah up to date..........
up to date yang saya mksdkan bukan lah dengan memakai pakaian yang seksi dan mendedahkan aurat....................
kalau kita up to date baru persepsi masyarakat pada kita akan berubah.........
tak begitu.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For tero_1809Profil   Hantar PM kepada tero_1809   Pergi ke tero_1809's Website   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 22:16


pada anis lah, jangan pedulik apa kata org... apa yang kita buat memang takkan mampu untuk senangkan hati semua pihak. yang penting kita selesa, dan kita patuh dengan perintah ALLAH untuk menutup aurat,

lagi 1, mc saudari kata saudari berpendapat konsorvatif dalam bab berpakaian so, kekalkan lah,

cuma tak salah nak berfesyen. tapi biarlah kena dengan tempat dan cara.

islam ni mudah,
islam ni indah,
di mana mudah nya, perlaksanaan nya yang tidak membebankan.
dimana indahnya, bila perlaksanaan dalam kawalan syariat


[ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 19-09-07 22:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 23:40


.. kekalkan wahai saudari strawberry.. pedulikan pandangan org lain.. dan kalau nak mencuba yang baru boleh tapi kena "still" ikut syarak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

Saudagar_Senja
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.04.2007
Ahli No: 29585
Posting: 58
Dari: Malaysia

Pahang  


posticon Posting pada: 20-09-07 06:28


"Akhirat makin dilupa..dunia makin dicari",ceteknya orang kita zaman sekarang..Islam sekadar di MyCard dan sunnah nabi kini kian diperlekehkan... Islam di Barat makin berkembang,Islam di Timur pula makin pudar..teruskan pendirianmu wahai muslimah bertudung labuh..Kegemilangan Zaman Islam akan sampai juga nantinya...insyaallah..Semoga anda semua sentiasa berada dalam peliharaan dan perlindungan Allah sentiasa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Saudagar_SenjaProfil   Hantar PM kepada Saudagar_Senja   Quote dan BalasQuote

NurAihana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2007
Ahli No: 31065
Posting: 91
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 20-09-07 07:26


just be ourselves... tak salah kalau berubah ke arah kebaikan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurAihanaProfil   Hantar PM kepada NurAihana   Quote dan BalasQuote

ct_sumayyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 418
Posting: 201
Dari: Negeri Sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-09-07 08:15


jadi lah diri sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ct_sumayyahProfil   Hantar PM kepada ct_sumayyah   Quote dan BalasQuote

ani_putrihijjaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1520
Posting: 159
Dari: Kuala Lumpur

Melaka  


posticon Posting pada: 20-09-07 08:29


Pada 20-09-07 08:15 , ct_sumayyah posting:

!!! QUOTE !!!

jadi lah diri sendiri....


setuju...setuju...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ani_putrihijjazProfil   Hantar PM kepada ani_putrihijjaz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.154633 saat. Lajunya....