Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 249
Ahli: 0
Jumlah: 249




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 17 jam, 48 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cadangan Aktiviti
Topik: sediakah untuk mati?


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cadangan Aktiviti
    »» sediakah untuk mati?

Please Mendaftar To Post


Oleh sediakah untuk mati?

eldalila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21865
Posting: 54
Dari: perlis

madagascar   avatar


posticon Posting pada: 21-02-06 09:27


tanda2 mati menghampiri

Tanda-tanda Kematian

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala.Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan
kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya, akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun dari manusia
sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan
sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu sama ada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala sama ada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM


-----------------
ana muslimah, alhamdulillah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For eldalilaProfil   Hantar PM kepada eldalila   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 21-02-06 10:51


Waalaikumussalam..yang penting..kita bersedia setiap masa untuk mati..tak perlulah menunguu tanda-tanda baru nak bertaubat.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa...Wallahua'lam..


-----------------
Pernikahan menginsafkan kita..
Perlunya iman dan taqwa meniti sabar dan redha..
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan..
Susah mendatang tempuh


Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-02-06 11:52


Ya Allah, ampunilah segala dosaku, ibu ayahku, isteriku, dan dosa musliman dan muslimat. Semoga kami tergolongan di dalam golongan orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-02-06 12:54


:-di mesti anti baca kisah ni dari majalah HIDAYAH kan.....

;-) yeee...begitu lah kita semua nanti....harap dimasukkan ke dalam orang-orang yang beriman & beramal soleh,amiiiin.


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 23-02-06 14:59


diriku ini milik Allah..ia akan kembali jua kepadaNya bila tiba masanya..tapi..sudah bersediakah diriku untuk kembali menghadapNya..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

eldalila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21865
Posting: 54
Dari: perlis

madagascar   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 15:18


ini copi paste saja.. he he.. apa-apa pun buatlah persedian.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eldalilaProfil   Hantar PM kepada eldalila   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-02-06 15:46


Assalamualaikum...
Jika ini adalah artikel yang di copypastekan, maka letaklah di ruangan copy-paste. Janganlah letak dalam ruangan cadangan aktiviti. Aktiviti apa tu ye, jika dicadangkan, sesuai dengan topik kita ni??? :roll: :-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

eldalila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21865
Posting: 54
Dari: perlis

madagascar   avatar


posticon Posting pada: 23-02-06 16:41


tersilap tengok bah! tak terperasan hari itu.. tapi Kalau nak buat aktiviti berdasarkan topic ni boleh juga kan.. buat muhasabah ke.. untuk warga ukhwah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For eldalilaProfil   Hantar PM kepada eldalila   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-03-06 00:00


bila sampai ajalku kelak..semoga Allah matikan aku dalam iman..Amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 03-03-06 00:27


Ya Allah...takut masuk topic ini....bab2 mati....amal tak banyak lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 00:33


Ya Allah Ya Tuhanku...
Hidupkanlah aku dengan iman..
Matikanlah aku dengan iman..
Dan masukkanlah aku ke dalam syurga dengan iman!
Amin ya Rabbal Alamin

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 14:19


Pada 03-03-06 00:33 , musafir_lara posting:

!!! QUOTE !!!

Ya Allah Ya Tuhanku...
Hidupkanlah aku dengan iman..
Matikanlah aku dengan iman..
Dan masukkanlah aku ke dalam syurga dengan iman!
Amin ya Rabbal Alamin


aminnn....;-)


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

baiz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23053
Posting: 42
Dari: BaitulMuslim

egypt   avatar


posticon Posting pada: 07-03-06 23:09


sebagus mana persediaan bergantung pada diri kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For baizProfil   Hantar PM kepada baiz   Quote dan BalasQuote

fahim
WARGA SETIA
Menyertai: 08.05.2004
Ahli No: 8869
Posting: 613
Dari: Morioka, Jepun

japan  


posticon Posting pada: 19-04-06 23:51


Bersedialah... Ia tidak kenal mangsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fahimProfil   Hantar PM kepada fahim   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-04-06 23:56


bila ditanya soalan sebegini...rasanya memang belum bersedia untuk berdepan dengan alam kubur..
cuma sentiasa merindui untuk bertemu dengan Pencipta, dalam keadaan syahid di jalan ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-04-06 00:02


Apa yag dinyatakan tentang tanda2 sebelum kematian ..kebanyakan adalah tidak benar..
bukan nak pertikaikan karangan seseorang tetapi..sesuatu benda yang hendak dipercyai perlu kepada bukti ..terutama dalam perkara yang berkaitan dengan hukum dan kepercayaan..

janaganlah kita dibebankan dengan perkara ini..
sudah menjadi kebiasaan wartawan akan tanya : ada apa-apa perubahan ke sebelum kematian arwah?..

kalau bayi yang mati semasa dilahirkan macam mana? apa tanda yang boleh dinyatakan? 100 hari sebelum meninggal? 40 hari sblmnya?

Kita telah bnyak ditanam sejak dulu menerima bulat2 perkhabaran tanpa kita selidiki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.145373 saat. Lajunya....