Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering.
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 207
Ahli: 0
Jumlah: 207




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: kelebihan solat berjemaah


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» kelebihan solat berjemaah

Please Mendaftar To Post


Oleh kelebihan solat berjemaah

ibnuabbas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.05.2005
Ahli No: 16231
Posting: 346
Dari: Al-Azhar As Assyarif

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 18:39


KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas
elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam
aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh
kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan
menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah
menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini
perlu diseimbangkan semula untuk
mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul
persoalan di minda professor ini mengapa Islam
mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat
lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai
bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak
menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh
meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang
dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati
sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan
tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan
kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas
yang berlebihan - sama ada negatif atau positif
akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan
akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama
pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang
hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas
agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab
itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada
tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak
pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan
Islam berperanan untuk memulihkan
keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,
solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang
yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam
tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung
kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita
kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat
Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan
memberikan ruang kepada proses pertukaran cas
dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari
kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang
diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat
Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat
adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga
yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4
rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat
Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar
mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga
malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4
rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan
serta memberikan tenaga untuk kita bangun
malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan
istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala
itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk
kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan
betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya
Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah
beliau memeluk agama Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuabbasProfil   Hantar PM kepada ibnuabbas   Pergi ke ibnuabbas's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 18:55


:-di :-di itulah sebenarnya kelebihan Islam....terlindung,kalau Islam itu terdedah dengan kelebihan2 nya,mesti dorg akan memluk Islam.... ;-)


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

norayhunt
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3272
Posting: 53
Dari: Pel.Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-06 20:15


Kebaikan hanya bagi mereka yang mahu berfikir....optimakan penggunaan akal kurniaan Ilahi yang tiada nilainya tuk renung balik kejadian kita, sebaik2 makhluk....insyaALLAH.....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For norayhuntProfil   Hantar PM kepada norayhunt   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 24-01-06 20:38


semua kejadian Allah serta suruhan dan larangannya mempunyai hikmat dan fadilah yang besar.......cuma kita ni sahaja yang terlepas pandang.....sama-sama lah kita mengajak sahabat2 supaya sentiasa sembahyang secara berjamah.
Allah dah janjikan ganjaran pahala yang besar bagi orang yang sembahyang berjamaah..........................................

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

putri_syiffa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.05.2005
Ahli No: 16476
Posting: 67
Dari: Malaysia

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-02-06 23:15


masya Allah..
subhanallah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_syiffaProfil   Hantar PM kepada putri_syiffa   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 08:52


Solat Jemaah Melatih Kekhusyu'kan

BERSOLAT di belakang imam, iaitu secara berjemaah antara cara untuk kita melatih diri supaya khusyuk dalam mengerjakan ibadat paling utama itu.
Melalui cara berjemaah, ia dapat menimbulkan rasa khusyuk pada setiap rukun. Khusyuk dalam solat adalah antara perkara yang pertama diangkat daripada umat Nabi Muhammad.
Kita hendaklah merebut peluang waktu dan solat lain, selain solat fardu iaitu dengan mengerjakan segala solat sunat dan nawafil.
Menunaikan solat sunat dan nawafil adalah kesempatan berharga dan peluang yang sentiasa terbuka bagi melatih diri bagaimana untuk khusyuk ketika bersolat.
Dalam mendirikan solat sunat dan nawafil, hendaklah kita melatih diri dengan mengerjakannya disertai amalan memanjangkan bacaan dan berdiri dengan lebih lama.
Ia dilakukan selain pada waktu yang diriwayatkan mengenai ketidakharusan memperpanjangkan bacaan seumpama bacaan dalam solat fajar.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling afdal adalah dengan qunut yang lama." Diriwayatkan oleh Muslim dan selainnya makna qunut yang lama adalah berdiri dengan lama.
Bersegeralah dan memanjangkan rukuk dan sujud serta perbanyakkan doa dalam sujud.
Rasulullah memohon perlindungan dengan Allah daripada ketidakwujudan khusyuk dalam solat di mana Baginda bersabda bermaksud:
“Wahai Allah, Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari hati yang tidak khusyuk." (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan An Nisaai).

Tambahan : Solat Jemaah juga merupakan satu ubat bagi penyakit was-was yang sering melanda segelintir manusia. Ini kerena dengan bersolat mengikut Imam, seseorang tidak perlulah timbul rasa yang 'bukan-bukan' akan solatnya itu kerana segalanya telah ditanggung oleh Imam solat tersebut.

uucp://i31.photobucket.com/albums/c360/kptmipoh/saf1.jpg
[ Telah diedit oleh: Qayyum pada 06-02-06 08:56 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 09:37


syukran ibnuabbas....
syukran Qayyum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 09:44


kelebihan solat berjemaah telah diketahui....alhamdulillah...

tapi kan..Kenapa masih ramai tak nak ikut...
dan...yang paling sedih...dah ada notis "TOLONG MATIKAN HANDPHONE ANDA"

tapi..duduk khusyuk solat..tiba2 dikejutkan dengan nada handphone...
muzik rock pulak tu...:)

susah sangat ke nak off kejap?:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Qayyum
WARGA SETIA
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14725
Posting: 871
Dari: ~Serambi Makkah~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 10:56


manusia zaman ni tak reti !

Bookmark and Share

    


  Member Information For QayyumProfil   Hantar PM kepada Qayyum   Pergi ke Qayyum's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-06 11:20


betul..betul....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.152996 saat. Lajunya....