Oleh |
di persimpangan 2 pilihan (2) |
mumtahanah5596
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.01.2006 Ahli No: 21707
Posting: 26
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 13-01-06 18:22
masalah 1 assalamualaikum ana harap sahabat2 semua dapat bantu ana selesaikan kekusutan ana. beberapa hari yang lepas, ada 2 orang muslimin yang terlibat bersama dalam gerakan Islam di kampus ana, bertanyakan ana untuk dijadikan pasangan baitul muslim. apa yang menjadi masalah, kedua-duanya bukan seperti mana yang ana harapkan. ana kenal kedua-dua mereka dari segi sikap dan perwatakan. bukanlah ana merasakan ana ni baik dan mahu yang sepadan, namun apa ana harapkan biarlah insan yang bakal menjadi pasangan hidup ana tu lebih dari ana dari segi kukuh kefahaman agamanya, faqih tentang perjuangan islam, baik akhlaknya (sufi haraki), dan memang boleh bimbing ana dan keluarga, mengingatkan tanggungjawab diri ana sebagai seorang muslimah dan berjaya membentuk baitul muslim seperti mana yang ana harapkan. ana sedar ana di tahap mana, masih lagi dalam peringkat mencari-cari hakikat dunia perjuangan Islam, ilmu ana pun tak sebanyak mana. ana dalam peringkat masih belajar, kefahaman masih kurang mantap.ana tahu, untuk mencapai tahap seperti ini ana kena berusaha sendiri seperti membanyakkan pembacaan ilmu, rajin bertanya namun ana rasa masih tak cukup. sebab itu ana benar-benar mahukan seseorang yang boleh bimbing ana.yang boleh bantu ana dan memberi dorongan dalam bersama menegakkan syiar Islam. ana selalu mendoakan agar Allah menemukan insan seperti mana yang ana harap.sahabat, sahabiah, adakah ana yang tak bersyukur? atau terlalu memilih?atau patutkah ana terima muslimin yang bertanyakan ana tu? bantulah ana sahabat2. masalah 2 (susulan) assalamualaikum warahmatullah syukran jazilan atas pandangan sahabat2 semua. ana dah lakukan seperti mana yang sahabat2 sarankan, solat istikharah. setelah bbrp kali lakukan solat tu, hati ana cenderung untuk menerima muslimin A. muslimin B pulak, tak tahu Kenapa hati ana semacam malas nak menyelidik latar belakangnya, latar belakang keluarganya, dll seperti mana yang digalakkan untuk sesorang tu lakukan sebelum menerima mana-mana muslimin yang bertanya. sebetulnya, ana lebih mengenali muslimin A berbanding muslimin B, dari segi pernah berurusan dan bekerja bersama manakala muslimin B pula memang ana tidak mengenalinya.ana hanya mengenali dr jauh kerana penglibatannya dalam gerakan Islam di kampus cuma ana tak pernah berurusan secara lansung dengannya. cuma pernah bertemu dalam liqa' atau ijtimak tertentu secara umum. ana tak pasti gerak hati ana yang lebih cenderung untuk menerima muslimin A adalah gerak hati petunjuk dr Allah ataupun hanya mengikut hawa nafsu ana semata-mata kerana sehingga setakat ni ana lakukan solat istikharah belum pernah ada petunjuk yang pasti seperti petunjuk melalui mimpi. ana kerap berdoa mohon petunjuk dr Allah, tapi hingga sekarang belum ada jawapan yang pasti. sampai satu masa ana rasa seperti letih berdoa dan solat istikharah hingga tak mahu lagi berdoa dan mohon petunjuk pada-Nya. ana akui iman dan taqwa tidak teguh. mudah saja putus harap dengan rahmat Allah. ana rasa malu pada-Nya. sebelum ni amal ibadah ana tidak mantap. ana tidak istiqamah dalam melakukan ibadah2 sunat yang lain seperti bgn malam qiamullail, solat qabliyah wa ba'diyah, solat dhuha dll. ana rasa malu pada-Nya kerana ana sedar di waktu senang ana melupakan-Nya, namun di waktu susah, baru rajin nak buat solat2 sunat dan ibadah2 sunat yang lain. sekarang ni ana rasakan segala yang ana buat masa ni-solat istikharah, berdoa semua tu hipokrit semata-mata, kerana ana mahukan jawapan dr Allah. Ana rasa seperti Allah tidak mendengar luahan dan doa ana atas sikap ana sendiri yang tidak sungguh2 dalam mencari cinta dan redha-Nya. mungkin ini hukuman untuk ana. Ana rasa seperti mahu lupakan persoalan yang melanda sekarang dan mahu buang jauh2, tak mahu memikirkannya lagi . ana mahu beribadah semata-mata kerana-Nya, ikhlas kerana-Nya bukan kerana mahukan jawapan Allah dr istikharah. ana sangat memerlukan kata-kata sokongan dan harapan dr sahabat2 bahawa masih ada ruang dan kasih sayang-Nya untuk hamba-Nya yang tidak istiqamah ini. p/s: ana terfikir untuk menolak hasrat kedua-dua muslimin tu, dan bina hidup baru sebagai muslimah sejati, membaiki hubungan dengan Allah. bukan ana mengharapkan akan ada yang lebih baik datang bertanya nanti, cuma ana merasakan kalau cinta Allah sendiri tak tergapai, mana mungkin boleh kejar cinta manusia. cinta Allah dan cinta manusia tak boleh bercampur dalam satu masa yang sama. adakah wajar tindakan ana? bantulah ana sahabat2.ana buntu... [ Telah diedit oleh: mumtahanah5596 pada 13-01-06 20:11 ]
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 13-01-06 20:24
Hhmm...saja saja nak mencelah, dalam topic hari itu just jadi pembaca sahaja. 1st...tak semestinye petunjuk daripada Allah SWT itu berupa...MIMPI....banyak lagi medium2 lain yang maybe jadi petunjuk daripada Allah SWT. 2nd...tips...pilihlah muslimin yang tak merokok....tolak lelaki yang merokok and yang selalu mencarut. 3rd....semua terpulang kepada enti...enti lebih memahami hati enti sendiri....enti kena ingat, keputusan enti ini akan membuatkan enti menjadi suri hati atau isteri kepada seorang muslimin...so, make sure pilih yang betul2 puas hati....minta pertolongan daripada Allah SWT..... tak perlu rushing sangat urusan untuk berumahtangga ini...yang penting... banyakkan bersabar dalam minta petunjuk daripada Allah SWT.....jodoh untuk enti sebenarnya dah pun ditentukan...its just the matter of time. 4th...dekatkan hati kepada Allah SWT...insyaAllah, Allah SWT takkan sia2 kan hambanya yang soleh(ah). wallahua'lam [ Telah diedit oleh: naruto-san pada 13-01-06 20:29 ]
|
nurfara
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7219
Posting: 56
Dari: Kuala Lumpur/Muar
|
Posting pada: 13-01-06 20:45
setuju dengan naruto_san
|
putra_adi
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.10.2005 Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor
|
Posting pada: 13-01-06 22:19
 pada pandangan ana seelok-eloknya ketika sedang belajar tidak perlu mendirikan Bait Muslim, bimbang ia akan menganggu perhatian terhadap pelajaran dan emosi, namun begitu sekiranya umur telah lebih meningkat, ana galakan. Perkahwinan jua boleh mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t asalkan kita tidak leka dengan perkahwinan dan tanggungjawab tehadap Allah dan seluhuh ciptaanNya. Semoga enti mendapat petunjuk dari Allah dan umat Islam seluruhnya berbahagia di dunia dan akhirat ----------------- Berjiwa daie, Berfikiran Faqih...
|
almumtahanah
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.01.2004 Ahli No: 6367
Posting: 145
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 16-01-06 23:33
 Kenapa nick kita sama ek... ana pun saja nak mencelah... Istikharah... antara dua... Memilih yang paling terpilih Merintih dalam kudus permintaan Mengharap dalam sujud penuh keagungan... Jalan ini ada simpang... Jalan ini ada serabut bergelimpangan Tawakkalmu pada Tadbir Ketentuan Tentukanlah satu jalan yang paling terang........ kadang-kadang Allah bagi petunjuk tak semestinya melalui mimpi.. Boleh jadi melalui gerak hati enti atau boleh jadi Allah tunjuk dengan cara lain. Ana pun pernah mengalami situasi macam enti... Akhirnya Allah bukakan hijab hingga satu persatu keburukan pemuda ni ana nampak dengan mata ana sendiri...sdgkan sebelum ni ana punyelah respet sangat dengan peribadi dia yang macam 'ustaz' tu...tak sangka belakang2 lain rupanya... at last ana pilih yang lagi seorang...  walaupun nampak brutal saja tapi hati baik... ana bersyukur sangat-sangat...  so, dont judge the book by its cover...
|
mumtahanah5596
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.01.2006 Ahli No: 21707
Posting: 26
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 17-01-06 01:04
Pada 13-01-06 22:19 , putra_adi posting:!!! QUOTE !!!  pada pandangan ana seelok-eloknya ketika sedang belajar tidak perlu mendirikan Bait Muslim, bimbang ia akan menganggu perhatian terhadap pelajaran dan emosi, namun begitu sekiranya umur telah lebih meningkat, ana galakan.
Perkahwinan jua boleh mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t asalkan kita tidak leka dengan perkahwinan dan tanggungjawab tehadap Allah dan seluhuh ciptaanNya.
Semoga enti mendapat petunjuk dari Allah dan umat Islam seluruhnya berbahagia di dunia dan akhirat
assalamualaikum warahmatulah... syukran jazilan buat semua yang membalas. putra adi, ana dah 23 tahun. baru habis stadi. sebelum ni tak pernah fikir tentang hal ni.... bila dah terkena, baru tersentak. yelah..selama ni rasa masih muda, masih kecik lagi. tak payah fikir hal2 mcmni sebab perancangan nak berumahtangga lambat lagi. mungkin peringatan dr Allah.. kita ni takkan selama-lamanya muda remaja... ni juga kurniaan dr Allah.. alhamdulillah..
|
SyAhEeDa
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate
|
Posting pada: 17-01-06 01:29
Allah itu Maha Pemberi dan Maha Mengasihani.. Dia tak pernah mengharapkan balasan.. manusia hamba yang sering alpa..itu memang lumrah tetapi ia juga tidak menghalang kita daripada meminta petunjuk dariNya..(jadi ingatan supaya tidak lupa padaNya w/pun di waktu senang) Nasihat dan pandangan dr ana yang kurang pengalaman, akak teruskanlah istikharah akak dan teruskan meminta.. di samping itu teruskan juga niat akak membaiki hubungan dengan Allah.. it is never to late.. Anyway, petunjuk dari Allah bukan semata2 mimpi (mimpi adalah mainan syaitan.. jadi amat payah untuk dibezakan).. antara yang kuat ialah Allah permudahkan jodoh kita dan gerakan hati.. tapi, pastikan akak kenalah equalkan perasaan akak seblm melakukan istikharah.. An-Nawawi holds that "after making istikharah, a person must do what he is wholeheartedly inclined to do and feels good about doing and should not insist on doing what he had desired to do before making the istikharah. And if his feelings change, he should leave what he had intended to do, for otherwise he is not leaving the choice to Allah, and would not be honest in seeking aid from Allah's power and knowledge. Sincerity in seeking Allah's choice, means that one should completely abandon what one desired oneself." Akhirnya, jika si A tetap menjadi pilihan, insya ALLAH itulah ketentuan yang Allah telah jadikan.. p/s : Istikharah septtnya diamalkan selalu dalam membuat pemilihan w/pun perkara yang kita rasa remeh (selalunya ia hanya dibuat bagi perkara jodoh).. sesghnya inilah kekuatan umat Islam, oleh itu tidaklah manusia sewenang2 menyalahkan takdir apabila tersalah memilih kerana hanya mengikut hawa nafsu dan Islam akan lebih maju terbilang.. insya Allah WaLLahua'LaM
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 02-02-06 22:45
buat yang terbaik untuk diri anda...
|