Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kamu ingin tinggi, jangan hanya merenung gunung, panjatlah. Jika kamu ingin bijaksana, jangan merenung kitab, amalkanlah.
-- Meow (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Rawatan Alternatif
Topik: .:Betul ke hantu itu wujud?:.


Carian Forum

Moderator: Administrator, Prof_Muslim
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Alternatif
    »» .:Betul ke hantu itu wujud?:.

Please Mendaftar To Post


Oleh .:Betul ke hantu itu wujud?:.

taufiq111
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 10:47


Assalamualaikum...

Sekarang ni, kat NTV7, melalui cerita SEEKERS, aktiviti menyiasat berkenaan kewujudan hantu semakin hangat diperkatakan...

Masalahnya, adakah hantu itu benar-benar wujud? ataupun ia hanya seperti apa yang diperkatakan adalah sebagai satu perkara yang PARANORMAL????

Habis tu, macam mana boleh berlaku peristiwa rasukan, histeria dan sebagainya...????

Sekali lagi ingin saya persoalkan, betulkah hantu itu wujud? atau ia hanya jelmaan daripada syaitan? atau ia merupakan unsur cahaya yang membentuk satu imej atau gambaran? atau ia adalah satu kegiatan paranormal?

Di sini, saya ingin mengajak saudara untuk berbincang mengenainya.... ;-) :-) :lol: :roll: :-( :-o


-----------------
Assalamualaikum... inni zamiilukum al-aan. Arju minkum an taqabbalu 'an ni. Insya Allah, saukhbirukum bikalaami


Bookmark and Share

    


  Member Information For taufiq111Profil   Hantar PM kepada taufiq111   Quote dan BalasQuote

ajefikrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.10.2005
Ahli No: 20170
Posting: 264
Dari: Bukit Mahkota

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 11:02


hantu memang wujud.tapi ia adalah golongan jin..tidak sekali-kali hantu berasal dari manusia yang dah meniggal.. ;-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ajefikrahProfil   Hantar PM kepada ajefikrah   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 06-01-06 11:07


assalamualaikum

terus terang ana sentiasa ragu-ragu akan percakapan mereka yang boleh bertemu dengan syaitan, hantu dsb, sama ada orang itu alim atau tidak.

sebab yang ana tau, dalam hadis sahih bukhari, ada menyebutkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. dan saidana Omar tengah berjalan-jalan, tiba-tiba ada seorang lelaki yang agak jauh dari mereka, apabila ternampak saidana Omar dan Nabi Muhammad s.a.w. berjalan, terus melarikan diri. Kemudian Nabi s.a.w. bertanya kepada saidana Omar, tahukah dia siapa lelaki yang melarikan diri itu? Saidina omar berkata tidak. Nabi s.a.w. kemudian memberitahu yang lelaki itu sebenarnya ialah jelmaan syaitan, dia melarikan diri kerana dia takut kepada saidana Omar

Persoalan ana, sahabat rapat nabi s.a.w. sendiri pun tidak boleh mengenal syaitan, apatah lagi kita?

p/s: hadis di atas boleh dirujuk dari sahih bukhari, buku jilid mana ana tak sure. Dah lama baca, terlupa pula

wallahualam


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."
[ Telah diedit oleh: shinobi pada 06-01-06 11:08 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

fidzislah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.08.2003
Ahli No: 2906
Posting: 91
Dari: ipoh:skudai:gombak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 11:18


assalamualaikum

pasal perkara ghaib ni dah dinyatakan di dalam al-quran.
cuma bab nampak atau tak... itu saya tak pasti.
cuma pasal SEEKERS tu saya agak ragu2. dengan cerita yang diketengahkan dan juga team yang terlibat. macam ada yang tak kena..
wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For fidzislahProfil   Hantar PM kepada fidzislah   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 11:26


percaya kepada benda ghaib ni termasuk dalam rukun iman...

kita wajib percaya ada jin dan syaitan...

tapi apa yang SEEKERS persembahkan tu, wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 17:14


:-) Assalamualaikum.....


    Hantu berasal dari golongan jin dan syaitan...Jika kita lihat dalam surah Al-Baqarah.....(( Allazi nayukminu nabighoibi.....)) maksudnya orang2 yang beriman pada benda2 ghaib.....jadi percaya pada benda2 ghaib merupakan salah satu keimanan kita...contohnya pada malaikat..neraka ...syurga...

Syaitan..jin..boleh berupa dalam pelbagai bentuk...jadi hantu tu memang ada kerana ianya adalah jin dan syaitan....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

hanan2503
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20558
Posting: 222
Dari: kajang,malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 17:22


seeker tu lebih kurang macam entiti ...tapi saya nak kongsi pengalaman..26/dis saya ada pergi kota kuala muda dengan mak,ayah dan adik sempena ulang tahun Tsunami..masa sampai kat jalan kampung ((2.04 pagi))mak,ayah dan adik ((kcl saya))nampak satu lembaga yang mukanya serba putih...duduk tercegat kat simpang jalan...mak saya tanya ayak saya..apa tu??ayah saya jawab..biasalah tu..seram juga dengar cerita mak saya..tapi mungkin juga orang gila merayau pagi2 buta..

>>rugi pula saya tak tengok..((nak timba pengalaman..hehe))

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan2503Profil   Hantar PM kepada hanan2503   Pergi ke hanan2503's Website   Quote dan BalasQuote

aduka_irwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14231
Posting: 141
Dari: dari mana nak ke mana??

mozambique  


posticon Posting pada: 06-01-06 18:46


la..memang la hantu tu wujud...dan hantu berasal dari jin dan syaitan...kan dia sebahagian daripada perkara ghaib...kiterr kena percaya tu....saya pun pernah nampak...tak percaya ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For aduka_irwanaProfil   Hantar PM kepada aduka_irwana   Pergi ke aduka_irwana's Website   Quote dan BalasQuote

taufiq111
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2004
Ahli No: 11035
Posting: 270
Dari: UKM

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 18:55


Kalau lah hantu tu, benar-benar wujud... Kenapa Allah tak nyatakan dalam al-Quran ek...

Yang ada, hanya syaitan dan jin... Petikan dari surah an-Nas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For taufiq111Profil   Hantar PM kepada taufiq111   Quote dan BalasQuote

aduka_irwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14231
Posting: 141
Dari: dari mana nak ke mana??

mozambique  


posticon Posting pada: 06-01-06 19:02


Pada 06-01-06 18:55 , taufiq111 posting:

!!! QUOTE !!!

Kalau lah hantu tu, benar-benar wujud... Kenapa Allah tak nyatakan dalam al-Quran ek...

Yang ada, hanya syaitan dan jin... Petikan dari surah an-Nas..


sebab tu la dikatakan hantu tu berasal dari jin dan syaitan...bukankah jin dan syaitan tu boleh merubah bentuk kepada apa yang disukainya?? kalau macam tu, takkan la dalam Quran tu nak sebut semua bentuk yang dia boleh jadi...Wallah Hualam...


-----------------





Bookmark and Share

    


  Member Information For aduka_irwanaProfil   Hantar PM kepada aduka_irwana   Pergi ke aduka_irwana's Website   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 20:24


hantu?? tak pernah jumpa pulak...mungkin mereka ni wujud. mungkin tidak. pernah terbaca yang mereka ini dari golongan iblis -->syaitan--> jin. mengikut buku tersebut, mereka adalah ifrit...antara jin yang jahat yang suka mengganggu manusia, sejauh mana kebenaran hantu ni...wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 21:39


saya pula pernah terserempak masa kat asrama, masa tu lebih kurang kul 2.45 pagi saya pergi toilet sorg2..........saya buat derk sajalah. nsb baik tak lmh semangat.......kalau tak confirm dah pengsan... :) :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

cairel_harriz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.10.2005
Ahli No: 19970
Posting: 110
Dari: Bandar Perda

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 22:32


Assalammualaikum wbt. semua. Ana juga berminat untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai isu ini. Apabila kita menyebut perihal hantu, pelbagai imaginasi yang bermain didalam fikiran kita. Antaranya mengenai rupa, ketinggian, bau-bauan dan pelbagai lagi mengenai hantu-hantu ini. Dimanakah datangnya hantu-hantu ini?

Sesungguhnya ianya merupakan satu tipu daya syaitan laknatullah. Dia seringkali merubah wajah-wajahnya supaya manusia ini takut. Tetapi lupakah kita kepada kisah Nabi Adam? Allah swt telah memerintahkan supaya syaitan ini sujud kepada Nabi Adam tetapi syaitan mengingkari perintah-Nya kerana syaitan merasakan bahawa dia lebih mulia kerana diciptakan oleh api. Maka disebabkan itulah Allah swt telah melaknatinya kerana keingkarannya sujud kepada Nabi Adam. Lantas syaitan pun berjanji bahawa dia akan menyesatkan cucu cicit Nabi Adam sehingga akhir hayat.

Dari sebab itulah kita perlu memikirkan kembali mengapa kita perlu takut kepada syaitan ini walaupun dia boleh berubah dalam pelbagai bentuk? Itu semua satu tipu dayanya saja. Ingatlah Allah swt sentiasa berada disisi hamba-hambaNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cairel_harrizProfil   Hantar PM kepada cairel_harriz   Pergi ke cairel_harriz's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-06 23:50


surely, Satan is an enemy to you, so treat him as an enemy. he only invites his "hizb" (followers) that they may become the dwellers of the Blazing Fire!!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-01-06 17:23


dalil nya ada dalam al quran surah an nas, surah al jin..dll

dalam hadis pun ada banyak...

ada satu hadis yang mafhumnya, nabi SAW disihir...-bukti kewujudan jin-


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 07-01-06 17:29


hah ini dia bicara manusia,malaikat dan syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup

                 aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat

                 untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul

                 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan

                 kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,

                 sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang... .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang

                 lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama

                 kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia - saya telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,

                 tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,

                 sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau

                sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan

                 yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,

                 kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah saya, kebahagiaan di dunia

                 (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan

                 mimpilah!) untukmu...


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

Jubah_Putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.01.2006
Ahli No: 21590
Posting: 85

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-01-06 18:33


hantu? tak pernah pula jumpa tapi tak nak la jumpa karang pengsan :P antu tu adalah dari golongan iblis yang nak menyesatkan kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jubah_PutihProfil   Hantar PM kepada Jubah_Putih   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-01-06 00:20


fwd:surat dari iblis durjana...
Message:     surat dari musuhmu??
Message: > Original message from Iefa:
> surat setan!!!
> Message: Surat Dari Iblis (Surat ini akan
> membuatmu akan benar-benar berfikir.
> Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila
saat
> saya membacanya, tapi saya harus
memforwardnya
> karena catatan kecil dibawahnya)
>
> ****************************************
> SURAT DARI SETAN UNTUK MU
>
> saya melihatmu kemarin, saat engkau memulai
> aktifitas harianmu. Kau bangun tanpa sujud
> mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau
> juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum
> memulai santapanmu, juga tidak sempat
> mengerjakan shalat Isya sebelum berangkat
> ketempat tidurmu Kau benar-benar orang yang
> bersyukur. saya menyukainya
>
> saya tak dapat mengungkapkan betapa
senangnya
> saya melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai
> Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan saya sudah
> bertahun-tahun bersama, dan saya masih belum
> bisa benar-benar mencintaimu. Malah saya masih
> membencimu, karena saya benci Allah. saya
hanya
> menggunakanmu untuk membalas dendamku
> kepada Allah. Dia sudah mencampakkan saya
dari
> surga, dan saya akan tetap memanfaatkanmu
> sepanjang masa untuk mebalaskannya
>
> Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia
> masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari
> depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu
> padaku, dan saya akan membuat kehidupanmu
> seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua
> kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
>
> saya benar-benar berterimakasih padamu, karena
> saya sudah menunjukkan kepada NYA siapa
yang
> menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2
> yang kita jalani Kita nonton film porno bersama,
> memaki orang, mencuri, berbohong, munafik,
> makan sekenyang kenyangya, guyon2an jorok,
> bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
> dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,
Tidak
> menghargai Masjid, berperilaku
> buruk.
>
> TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini
begitu
> saja. Ayolah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama,
> selamanya. saya masih memiliki rencana2
hangat
> untuk kita. Ini hanya merupakan surat
> penghargaanku untuk mu. saya ingin
> mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah
> mengizinkanku memanfaatkan hampir semua
> masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah
> dibodohi. saya menertawakanmu. Saat kau
tergoda
> berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa
> sudah mulai mewarnai hidupmu.
>
> Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang
saya
> perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah
> mengajarkan orang-orang muda bagaimana
> berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah
> merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi,
> bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan
> semua ini didepan anak-anak dan mereka akan
> menirunya. Begitulah anak-anak . Baiklah. saya
> persilahkan kau bergerak sekarang. saya akan
> kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu
> lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari
> sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.
Dan
> hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang
> tinggal sedikit. Memperingati orang bukan
> tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
> melakukan dosa, sepertinya memang agak
aneh.
> Jangan salah sangka. saya masih tetap
> membencimu. Hanya saja kau harus menjadi
orang
> tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
>
> Catatan : Jika kau benar-benar menyayangiku,
> kau tak akan beri surat ini kepada
> sesiapapun.


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-06 02:17


Assalamualaikum...

Syaitan dan iblis itulah yang bernama hantu.....hantu itu adalah makhluk Allah juga...yang keluar untuk menganggu urusan manusia di muka bumi ini..ia menampilkan diri kerana ia tak berakal ketika itu...senang kata syaitan atau iblis yang gila saja yang akak menampilkan diri ini...kawan ana yang cakaplah tak tahulah betul ke tak...tapi yang pasti hantu itu wujud...percaya benda yang ghaib itu mestilah ada pada diri seorang umat islam...syurga, neraka, mizan, titian sirat,dan alam barzakh semua tu dialam ghaib yang tidak kita jumpa di alam nyata...bagi sesiapa yang pernah berjumpa iu rezeki yang diberi kepadanya...

sekian wassalam
egyptstudent05

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 09-01-06 22:56


fwd:nama syitan dalam surat al-fatihah(baca sebagai peringatan agr berhati2 ketika mnyebut kalimh ini)
Message:     Assalamualaikum warahmatullah,

Semoga boleh dimanfaatkan


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila
cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu
perbaikilah bacaannya dengan ilmu
tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak
malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan
laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya
kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya.
Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5, jika
salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada
matahari kami meminta pertolongan"!!!!
SIROTHOLLAZI............. sehingga habis
hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-
Fatihah
dengan betul iaitu AA ......dua harakat, MIN .... 3
harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan
Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita
menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

zaid3246
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.01.2006
Ahli No: 21710
Posting: 45

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-01-06 10:53


hantu??
sebenarnya hantu tak ada..
tapi syaitan ada lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaid3246Profil   Hantar PM kepada zaid3246   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-06 03:01


hantu...kalau pandai cari jumpela..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

khairuzzaman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 14729
Posting: 252
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-02-06 08:10


TEORI HANTU*

hantu ni sebenarny berasal dr jin yang boring berada di dimensiny...lalu dia masuklah dimensi kita

hantu ni juga berasal dr jin yang ingin memanfaatkan seluruh alam ciptaan Allah... melihat alam ciptaan Allah untuk menambah keimanan mereka...

mereka juga ingin berkenalan dengan manusia... jadi kena ubah jadi bentuk manusia lah...
dan ada yang hodoh dan ada yang comel... itu subjektif dan mengikut penilaian sesiapa yang menjumpai jin yang dipanggil hantu tersebut...

wallahua'lam bis-showaab...


*teori ni saya agak2 saja... tak ada kaitan dengan jin yang dah mati, yang hidup dan akan hidup..

wassalam :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairuzzamanProfil   Hantar PM kepada khairuzzaman   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 03-03-06 13:12


hantu tu panggilan dalam bahasa melayu saja...sebenarnya jin dan syaitan la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

asha_gurl
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17461
Posting: 191
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-03-06 13:33


hantu itu memang wujd tapi bukan dialam nyata..tapi dialam ghaib

Bookmark and Share

    


  Member Information For asha_gurlProfil   Hantar PM kepada asha_gurl   Pergi ke asha_gurl's Website   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 00:59


assalamualaikum....

sapekah hantu itu???? hantu adalah nama bagi makhluk ghaib yang memuncul kan diri dihadapan manusia untuk menakut2kan manusia...ianya disebut hantu kerana panggilan manje bagi orang melayu..hehehe :) hantu yang sebenar adalah syaitan iblis dan juga jin....kalau kita berjumpa dengan yang dinamakan hantu menyerupai orang yang meninggal dia adalah qarin bagi setiap orang...(jin)..apabila kita mati yang menyerupai arwah seseorang adalah qarinnya....ingatlah orang yang dha mati sesekali tidak akan bangun atau kembali kedunia untuk balas dendam....

selalunya yang merasuk manusia2 yang lemah imannya dan sedang leka dan lalai adalah dari golongan jin dan syaitan..tapi kebanyakkannya jin lah...sebab member saya yang pernah berkawan dengan jin dia bagi tau memang jin lah yang selaliu masuk dalma badan dia....pelikkan dengar tapi itulah yang berlaku....

manusia memang tidak boleh melihat alam ghaib...kecuali sekiranya dibuka hijab pandangannya oleh ALLAH..maka bolehlah dia melihatnya...tapi apabila jin atau syaitan itu berupa sebagai manusia untuk mengganggu manusia maka kita boleh melihatnya...seperti mana malaikat jibril yang berupa manusia boleh dilihat oleh rasulullah dan para sahabat...

perlu diingat...sejauh mana kekuatan alam ghaib iaitu syaitan dna hantu tak akan mampu untuk membinasakan manusia dan juga memberi faedah kepada manusia..kerana segala sesuatu itu berlaku atas kehendak ALLAH...kalau kita percaya hantu itu boleh membunuh kita...boleh sesat jadinya...contohnya....ada orang2 yang emmuja kubur untuk mendapatkan no ekor..itu dah khurafat dan boleh jadi syirik kerana mempercayai selain ALLAH boleh mendatangkan faedah dan mudharat....

renung2kanlah....kalau dah jumpa hantu tu...tanya dia,Kenapa dia muncul...kalau bernai interview sikit..dr mana asal...baru boleh tau agaknya dengan lebih jelas siapa hantu ni.....hehhee :) berani tak????????

SEBAGAI ORANG ISLAM adalah WAJIB BAGI KITA untuk MEMPERCAYAI ALAM GHAIB....

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 06-03-06 18:13


bagi ana, wujud...tapi jangan terlampau percaya pada mitos2 hantu yang bertaring ini....tapi jangan pula menidakkan kesahihannya....memang hantu ni wujud....

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-03-06 20:40


kat bawah ni gambar hantu kat blok kelas sekolah ana. Taun lepas, 2005 ... budak asrama buat entiti dalam kul 2-4pagi ... bawak sekali henset kamera ... ni pun tertangkap saja ini ... sambil lari ... tapi memang ada ... orang tua pakai baju serba putih tapi tak berkaki ... gambar ni tak pasti hantu apa ... apa-apa pun ... jelmaan syaitan saja ini .. kalau kita takut kat dia dia tak takut kat kita ... kalau kita tak takut kat dia, dia takut kat kita ....


:-? Kenapa semua asyik pakai kain putih :-?



-----------------
"Whenever there is justice, There is a life" ... HUndred Beast Sentai ! Gaoranger !!


Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-03-06 20:44



renung2kanlah....kalau dah jumpa hantu tu...tanya dia,Kenapa dia muncul...kalau bernai interview sikit..dr mana asal...baru boleh tau agaknya dengan lebih jelas siapa hantu ni.....hehhee :) berani tak????????

SEBAGAI ORANG ISLAM adalah WAJIB BAGI KITA untuk MEMPERCAYAI ALAM GHAIB....

wassalam...

bukan nya takat berani ... teringin jugak ... barang2 ana banyak hilang ... agaknya la dia boleh membantu ... :-P



-----------------
"Whenever there is justice, There is a life" ... HUndred Beast Sentai ! Gaoranger !!


Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

annissa_zulfa
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22609
Posting: 354
Dari: town of throw(baling)

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-03-06 21:48


Berdasarkan pengalaman saya duduk kat sekolah agama faham-fahamlah....banyak betul jin-jin datang ganggu...bukan nak takutkan tapi semua budk2 yang kena tu lemah badan...ada migrain,so dia ambil kesempatanla...saya ingat lagi first time saya handle histeria...macam nak lucut jantung tengok pandangan dia....eeee...saya pegang kaki saja..takut nak pandang muka...tapi sekali dia sepak pipi saya...Auwww!!!!...lebam semiggu..geram tol...lepas itu saya mesti ada kalau dah histeria jadi...tambah-tambahla ada seorang senior tu rapat sangat dengan saya...kalau dah jadi saya tak pergi macam tak ada tanggungjawab pulak kan???sampai budak laki panggil saya dan kawan-kawan saya "Ghosbuster"...hehe...bila berbincang dengan jin tu(dalam badan budak yang kenala).."Kenapa datang ganggu lagi..nak apa lai???"...mesti dia jawab.."suka hatilah...hak aku...tuhan jadikan aku untuk ganggu manusia...aku hanya jalankan tugas"...itu saja yang dia jawab..kadang-kadang datang bagi pesanan....asrama teruk la...budak perempuan nila...tula...couple la....lawak juga kadang-kadang...ustaz cakap macam dia baik sangat...kalau betul nak tegur bukan menyakitkan manusia...agama sama...Kenapa perangai teruk sangat...dah dapat beza dah....kalau dia dah masuk itu...tengok pandangan dia pun dah tau...takpun tersengih2...kalau kita teka betul..marah pulak...hmm...entahlah..yang pasti keraguan saya selama ni tentang kewujudan hantu tu dah terjawab...mungkin bukan dalam bentuk rupa yang menakutkan..tapi budak2 dah terbuka hijab...takkan dia nak tipu bila dia nampak ada jin bergayut kan bahu kita kan....dah terbukti bila baca ayat suci Al-Quran dia sakit..panas...baca iqamat pun sama...yang pasti jin dan syaitan ni takkan seskali berhenti ganggu manusia selagi hayat dia ada....budak-budak yang kena sampi tukar sekolah pun dia ikut...yang paling menyakitkan hati kehadiran benda2 ni menyakitkan tubuh diaorang...sengaja cekik leher budak tu...sengaja pergi hentam tangan kat cermin tingkap sampai pecah berderai...tangan dia cedera parah la..kesimpulannya jagala diri baik2...selalu baca Al-Mathurat sebagai pelindung diri...yang mana ada keinginan nak tegok itu baik jangan...sekali hijab terbuka...selama-lamanya akan terbuka...saya pun pernah di'ofer' kalau nak tengok...saya taknakla....heee...sebab dia cakap suka nyibuk dia punya kerja...saya diugutla...saya memang takut sangat tapi saya ingat ALLAH ada...kita pun sedih and geram sebab dia punya hasutan and bisikan pada bebudak tu sampai depa tak yakin dengan tuhan...npe tuhan tak tolong???doa selalu minta...tapi tak ada bantuan pun...ni bukan ujian ni bala...macam tula dia racunkan fikiran budak2 tu..hmm...saya boleh cerita yang ni saja...kalau nak tau banyak lagi..kisah yang menakutkan...melucukan dan tak disangka2..silalah PM saya...saya tak kisah...wallahualam


-----------------
FIDAK 2015
[ Telah diedit oleh: annissa_zulfa pada 06-03-06 21:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For annissa_zulfaProfil   Hantar PM kepada annissa_zulfa   Pergi ke annissa_zulfa's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-03-06 11:41


assalamualaikum.............
bagi saya seekers itu penipu,mana mungkin mereka begitu berani menghadapi jin dan syaitan hanya dengan ilmu kebaratan mereka,rasanya mereka main bedal saja.Pengalaman saya berjumpa dengan jin memang menakutkan sehinggakan apabila tidur saya selalu teringat2 ditambah pula saya seorang yang lemah semangat.jin itu kan berasal daripada cahaya.saya tengok entity versi indonesia itu mungkin betul agaknya kerana dia ada memanggil paranormal ataupun orang agama untuk membantu mereka.seekers tak pulak begitu

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-03-06 16:46


ye setuju ... seekers tu pun entah apa-apa ... yang 2 perempuan tu seksi la pula ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 09-03-06 21:05


ana percaya!!! hantu serpihan syaiton juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

badshah78
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 20980
Posting: 80
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 09-03-06 21:33


dalam al-quran tak ada cakap pasal hantu..tapi pasal jin dan syaitan tu banyakla..kesimpulannya hantu tak wujud yang wujud hanyalah syaitan dan jin...


hantu itu syaitan, syaitan itu hantu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For badshah78Profil   Hantar PM kepada badshah78   Quote dan BalasQuote

yanokage
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20839
Posting: 275
Dari: SMK (A) Al-Irshad

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-03-06 22:36


cakap belit2 ... sekejap kata hantu tak wujud ... lepas itu kata syaitan tu hantu .. kira wujud la tu .. wujud dari jelmaan syaitan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanokageProfil   Hantar PM kepada yanokage   Pergi ke yanokage's Website   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-03-06 17:05


seekers?!mereka pasang bacaan ayat al-quran masa bebudak sukarela tu kena tinggal kat tempat seram,kan?percaya pula dengan ayat2 al-quran..tapi nak baca tu ehm,wallahualam!amal tu apatah lagi!

Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

phackdalung
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22146
Posting: 61
Dari: KSL

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-03-06 23:35


hairan....darjat syaitan tu lebih rendah dr manusia...
so kenapa kita nak p cari benda yang darjatnya lebih rendah dr kita?
benda yang tak boleh tengok dengan mata kasar walau guna mikroskop?
tak ada kerja la orang yang cari hantu tu....
nak buktikan hantu ni wujud konon...haiii.....memang wujud pun...
hantu tu adalah roh manusia yang tak dapat naik ke langit sebab mungkin dosa2 yang telah dia buat....hantu juga adalah bayangan syaitan...
dimana ia tokleh membunuh mahupon mencederakan kita...
ia cuma boleh menakutkan kita saja...
sesungguhnya bayangan malaikat maut lebih mendahsyatkan dan menakutkan dari muka2 setan...waallahualam...
daripada cari hantu baik cari kebesaran Allah...
jangan diganngu hantu2 tu, nanti benda tu ganngu kita..
sebab benda tu dengan kita hidup dalam dimensi berlainan...
jika kita masuk dalam dimensi benda tu....abisslaaa...
sbbtu ada yang kena rasuk tu.....
macam orang bunian laa...Kalau kita masuk tempat dia....abisslaa
sebaik2 jin adalah seburuk2 manusia...
Kalau benda tu Boleh masuk dalam dimensi kita pun
hanyala bayangan ia saja...
they cannot harm us....
sekian....
ALLAH MAHA MENGETAHUI PERKARA PERKARA YANG TERSEMBUNYI....

Bookmark and Share

    


  Member Information For phackdalungProfil   Hantar PM kepada phackdalung   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 15-07-06 15:27


bolehsapa2 nak pke pameran hantu kat muzium shah alam sampai 4 oktober ni.

saya dah pergi

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124402 saat. Lajunya....