Oleh |
pernah dengar kumpulan. nasyid Mawaddah? |
mahadir
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 768
Posting: 69
|
Posting pada: 24-07-03 14:44
a^kum sumer.... penah tak saper2 dengo name group ni?bleh tak citer skit? ----------------- FASTAQIM KAMA UMIRTA...... HAYYA BINA ILA FI SABILILLAH......
|
iwan_sirdani_82
Warga 2 Bintang Menyertai: 13.07.2003 Ahli No: 2300
Posting: 49
Dari: Melbourne, Australia
|
Posting pada: 24-07-03 14:48
assalamualaikum akhi mahadir, ana pernah buka topik ni iaitu mari mencintai tuhan bersama mawaddah, harap maklum dan maaf dari saya. ----------------- ingatlah! setiap amalan kita tergantung kepada niat.
|
nilamSarah
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 463
Posting: 136
Dari: presint 9,putrajaya
|
Posting pada: 24-07-03 14:48
penah. best gak lagu die -----------------
|
fi_amaanillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB
|
Posting pada: 25-07-03 15:45
assalamualaikum... kump mawaddah ni asalnya dr m'sia..tp mereka studi di brunei..ade salah sorang yg studi di jordan... lagu2 dia mmg best..yg paling best pd ana..terima kasih Tuhan...tp ramai yg x tahu mawaddah yg nyanyi..ramai yg ingatkan kanak2 yg nyanyi.. insyaAllah kump ni akan dtg ke Unimas hujung minggu ni.. jemputlah dtg beramai2... ----------------- "jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar
|
sahabat_amin
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman
|
Posting pada: 25-07-03 19:05
lagu mrk memang best.... ana ingatkan budak2 lagi..... rupanyer....dah besar..... hai.....bila yek diaorg nak duduki takhta carta pilihan utama nasyid IKIM.fm.....??!!! ----------------- Jana pendapatan anda, hanya di hujung jari...!
|
NuR_HiKMaH
WARGA SETIA Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2374
Posting: 563
Dari: Batu Pahat, Johor
|
Posting pada: 27-07-03 10:39
x pnah dgr pun mawaddah..ada jual ke album dia nk cari laa
|
aina_nasuha
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.06.2003 Ahli No: 1488
Posting: 144
Dari: kuantan
|
Posting pada: 27-07-03 12:41
Nasyid "sayangilah Tuhan" dah pun menduduki tangga ke-2 dlm carta nasyid IKIM.Fm .... kumpulan ini semakin dikenali..tapi memang susah sikit nak dpt kasetnya dipasaran..terhad sgt...
|
fi_amaanillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB
|
Posting pada: 28-07-03 10:50
assaalamualaikum... utk pengetahuan,actually kump mawaddah ni ade 23 buah kump..satu group ade 4 org...mmg ahlinye sgt2 ramai..itu maybe startegi mereka la.. semalam baru je mereka buat show di unimas..seronok sgt...dgr mereka nyanyi live..mmg lbh sedap dr kaset.. syukran mawaddah sbb sudi dtg ke unimas... ----------------- "jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar
|
ummu_barakah
Warga Rasmi Menyertai: 03.07.2003 Ahli No: 1985
Posting: 10
Dari: Sanghafura
|
Posting pada: 01-08-03 22:05
mrk sebenarnye bukan study di brunei..mrk sume baru habis belajar di jordan..mrk buat album di brunei..ye betul tu..ramai anggotanye..ade yg dr thailand,indonesia,malaysia,brunei dan singapura putera mawaddah pun ade..mrk juga dah buat album..cd dan kasetnye payah nak cari..tapi Alhamdulillah ana dah beli Mawaddah,Mawaddah kecil,VCD Mawaddah dan putera Mawaddah 1 sedap lagu2 mereka..
|
emechzedes_72
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.08.2003 Ahli No: 2741
Posting: 125
Dari: pongsu seribu
|
Posting pada: 05-08-03 11:46
terima kasih tuhan best la lagu nasyid ni mawaddah ni kumpulan nasyid dari mana ye! malaysia ke brunei ke indonesia ke singapura!
|
AnisAqilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1446
Posting: 261
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 05-08-03 11:51
suka lagu "bila tuhan tak ditakuti" dan " terima kasih tuhan" ----------------- Tertawalah pada segala cubaan, kerana dunia ini hanya kosong belaka, terimalah sepuluh kekalahan sebelum menerima satu kemenangan
|
pondok_moden
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 260
Posting: 52
Dari: mantel bumi
|
Posting pada: 21-08-03 09:52
assalamualaikum... emmmmmmmmm,baru2 ni mawaddah puteri wat persembahan kat KUSTEM.lagunya sedap...xspecially lagu 'terima kasih tuhan'.memang best....banyak yang boleh kita dpt dari liriknya...
|
irda82
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah
|
Posting pada: 10-09-03 04:53
waalaikumussalam Mawaddah ni kumpulan lelaki ke perempuan? Malaysia ke,Brunei? Maaf hamba tak tahu.
|
raul_gonzalez
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1321
Posting: 396
Dari: .::Kuala Terengganu::.
|
Posting pada: 10-09-03 08:57
Quote:
| On 2003-09-10 04:53, irda82 wrote: Mawaddah ni kumpulan lelaki ke perempuan? Maaf hamba tak tahu.
|
| untuk pengetahuan tuan hamba, kumpulan Mawaddah tu perempuan. ----------------- ~MEMBANGUN MENURUT ISLAM~
|
irda82
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah
|
Posting pada: 21-09-03 20:16
masih confuse ? ada 23 kumpulan ? mana kumpulan mawaddah? mawaddah kecil ? mawaddah besar? mawaddah lelaki /perempuan?
|
mujahidah2311
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1530
Posting: 293
|
Posting pada: 21-09-03 22:22
wah,pening pala abg kita nih yerk...ish,beli la kaset dia...best tau... ----------------- "Wahai orang-orang beriman!Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala"(At-Tahrim:6)
|
Mardianatul_HaNNaN
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 71
Posting: 80
Dari: Subang Selangor
|
Posting pada: 21-09-03 22:46
assalamualaikum... syahdu betul lagu terima kasih Tuhan tu.. boleh muhasabah diri.. boleh berlinang air mate.. nasyid sememangnye indah... ----------------- Salam ukhwah
*Jadilah INSAN sebelum diletakkan NISAN*
*Mardianatul^HaNNaN
|
puteri_islam
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 478
Posting: 212
Dari: Pulau Melaka
|
Posting pada: 23-09-03 23:39
Assalammualaikum.. maaflah .. ana pun nak mencelah sedikit.. dah lame ana mencari kasetnya tapi belum kemui lagi.. sape2 yg tahu tu citerlah sikit.. susah rasenye kat kedah nie nak dapat kaset mawaddah
|
fi_amaanillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB
|
Posting pada: 10-10-03 23:56
assalamulaikum... susah yer nak cari kaset mawaddah?? ana pun dapat beli mase depa buat show di unimas dulu.. mmg ramai yg x fhm dgn kump mawaddah ni sebenarnya...mereka mmg ramai...ada yg studi di brunei ada yg di jordan.australia dll..bak kata pengurus mereka la...ada mawaddah putera ada puteri... ----------------- "jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar
|
salsyafiqah
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4174
Posting: 53
Dari: temerloh
|
Posting pada: 18-10-03 11:34
akum,mawardah tue kump nasyid perempuan ke ?ana macam x percaya je !betul ke?suara cam dak kecik je ,cam ne leh jadi cam tue ?boleh x antunna @antum terangklan pada ana
|
islamic_princess
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI
|
Posting pada: 18-10-03 21:40
assalamualaikum lah dah suara cam tu nak buat cam mana... tapi kump mawaddah ni banyak lah ada puteri ada putera....sampai sekarang mira masih mencari kaset mawaddah tak jumpa2..susah betul.. wassalam ----------------- HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..
|
fi_amaanillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB
|
Posting pada: 18-10-03 22:06
ermmm..mawaddah ni ade putra dan putri.. yg biasa dgr kt ikim tu mawaddah puteri..mmg suara penyanyinye mcm bdk2...ana dh pernah sembang ngan vokalisnye..suwaibah islamiyah..mmg suara dia serak2 basah... ana rasa mereka jual kaset bila mereka buat show je kot... ----------------- "jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar
|
deq_mas
Warga Rasmi Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3358
Posting: 6
Dari: Brunei Darussalam
|
Posting pada: 10-02-04 13:48
deq mas terpanggil untuk ikut serta dalam topik ni kesian membaca luahan yang anda semua luahkan ada yang kata susah nak dapatkan cd nya, memang saya akui sukar mendapatkannya. cd da juga kaset mawaddah tidak dijual dia kedai2 kerana mawaddah tidak mau kan publisiti yang meluas kerana itu bukan tujuan mereka sebaliknya jika anda ingin mendapatkan cd mereka cuba emailkan kepada [email protected] mawaddah memang mempunyai ahli yang ramai mereka semua orang malaysia tetapi telah ditubuhkan di negara brunei darussalam. dan buat masa ini mawaddah juga sudah ada cawangan productionnya di australia, singapore, indonesia dan thailand.. mereka memang mempunyai ahli yang ramai kerana ini memudahkan mereka untuk memenuhi permintaan undangan yang mereka terima yang adakalanya terlalu banyak hinggakan sukar untuk mereka memenuhinya kerana itulah tertubuhnya ahli mawaddah yang ramai. kump ini bukan saja memenuhi undangan yang ada dalam negeri saja bahkan diluar negeri maka dengan itulah tertubuhnya mawaddah thai, brunei, singapore dan indonesia supaya mawaddah yg berada di msia akan dpt menumpukan undangan dimsia begitu juga sebaliknya dengan mawaddah yang berada dia luar negeri.. untuk mengetahui lebih lanjut cubalah melayari laman web www.nasyeed.com dan tekan pada diskusi dan kendian nasyid tempatan dan masuklah carilah kump qatrunada ataupun mawaddah. ada ketua kump mawaddah di sana cubalah bertanya lebih lanjut dengan nya dan untuk pengetahuan anda mawaddah putera telah ditukar namanya kepada anak soleh dan mawaddah kecil dan mawaddah puteri tetap menggunakan nama yang sama itu saja maklumat yang dpt deq mas sampaikan.. saya bukan ahli cuma saya orang yang rapat dengan mereka di brunei ;o) ----------------- -= The Most Beautiful Word is ALLAH, The Most Beautiful Song is AZAN, The World's Perfect Encylopedia is AL-QURAN And The World's Best Exerc
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 10-02-04 13:56
ic.. thanks info.. deq_mas.. ajak la mawaddah join ukhwah.com bleh kita tahu apa perkembangan mereka jd kumpulan nasyid sekutu UC k tq -----------------
|
rutab
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.12.2003 Ahli No: 5486
Posting: 47
Dari: Tampin, dan.9
|
Posting pada: 12-05-04 23:36
pernah jugak dengar.... sedap jugak.......
|
ZaufanTM
Warga 2 Bintang Menyertai: 03.12.2003 Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang
|
Posting pada: 13-05-04 16:39
Oh ye..Sabtu ni kul 8-11 mlm ada konsert kump. Mawaddah kt Matshusita Sports Centre..seksyen 21....sekian,wassalam.
|
shoutul_firdaus
Warga Rasmi Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8929
Posting: 8
Dari: Pahang
|
Posting pada: 14-05-04 00:32
Sebenarnya kumpulan Mawaddah ini telah ditubuhkan pada dua tiga tahun yang lepas. Ianya terdiri daripada pelajar pelajar yayasan timur tengah yang menuntut di jordan,Maghribi dan lain - lain. Ia juga terdiri daripada pelajar yang menuntut di brunai dan malaysia. Kumpulan mawaddah ini , mempunyai banyak pecahan iaitu mawaddah putera 1, Mawaddah putera II, mawaddah kecil, Mawaddah puteri I, Mawaddah antarabangsa iaitu Mawaddah thailand,indonesia,australia,malaysia, singapura . Kumpulan ini , mempunyai ahli yang ramai dan setiap kumpulan boleh bertukar - tukar ahli ( bukan ahli tetap ), ini kerana ianya menegahkan mesej yang ingin disampai dan bukanya menegahkan identiti mereka. Mereka telah melahirkan banyak album yang menceritakan tentang konsep ketuhanan. Setiap lirik yang mereka hasilkan banyak menyentuh perasan seseorang yang ingin mencari keredhaan tuhan. Antara album yang berada dipasaran iaitu kenalilah tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan. Selain itu, perjuangan tuhan , hidup bertuhan - album baru. Untuk itu ,saya harap semua rakan - rakan akan membeli album tersebut dipasaran sekarang supaya apa saya yang katakan adalah benar. Didalam album ini kita akan dapat "rasa Bertuhan" dan sentisa mengigati tuhan. Masuklah ke forum lirik nasyid kerana disana saya ada menulis salah sebuah lirik nasyid dari kumpulan tersebut. Salam Mawaddah ( Salam Kasih Sayang )
|
al-umari
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4229
Posting: 381
Dari:
|
Posting pada: 14-05-04 01:55
mula2 denagr dulu ingat budak2 lelaki yang menyanyi.... tapi bila dah belil album terkejut tengok muslimat2 kite kat timur tengah yang bernasyid.... ala kulihal semoag irama nasyid kita dapat diterima masyarakat dengan lebih baik selepas ini ----------------- Hidup Selesa Aman Bahagia, Dirahmati Selamanya.
|
pLatipus
WARGA SETIA Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5915
Posting: 863
Dari:
|
Posting pada: 14-05-04 08:02
yang penting saya dah pernah lihat salah seorang ahlinya.... uiihhh comel lote...kuikuikui [ Posting ini telah di edit oleh: pLatipus pada 2004-05-22 07:19 ]
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 14-05-04 08:42
Tak syarie rasanya bagi mukmin lelaki mendengar alunan lagu yang dinyanyikan oleh muslimat, lebih2 lagi apabila muslimat itu menarik suaranya, takut-takut menjadi haram sekiranya boleh menyebabkan lelaki itu terpikat dengan suaranya bukan rasa insaf dengan liriknya. Di kelantan, nasyid muslimah hanya dibenarkan kepada muslimah 15 tahun ke bawah dan qariah wanita untuk tilawah al-quran juga tidak dibenarkan. Jadi saya mintak penjelasan kepada sesiapa yang agak faqih berhubung soal ini sebab mungkin ada khilaf yang membenarkan muslimah2 mawadah ini bernasyid dalam suasana masyarakat yang rosak hari ini. Mintaklah ustaz dan ustazah memberikan hujah dan dalil berhubung perkara ni... Saya juga peminat mawadah, tapi mawadah putera je lah...mawadah puteri bukan taknak dengar tapi agak ragu-ragu sikit.
|
zaim84_uia
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.10.2003 Ahli No: 4656
Posting: 33
Dari: UIA-gombak
|
Posting pada: 14-05-04 09:23
... Ana kenal kump.ni... lagu mereka semuanya best2 trerutama 'terima kasih tuhan'...insyaAllah mereka akan kluar dgn album baru...kump.ni akan buat tour de France........ Terima kasih wahai tuhanku, Yang sentiasa melimpahkan rahmat-Mu, Membenarkan aku mengadap-Mu tuhan, Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang, Untuk bercakap dengan-Mu tuhan, Mengizinkan ku pinta pada-Mu, Memuja-memuji sepenuh hatiku, Memohon munajat pada-Mu Yaa Rabbi. maaf sampai situ jer ingat... wassalam..ilal liqa'
|
mujahadatunnafsi
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 22-05-04 01:27
" Tak syarie rasanya bagi mukmin lelaki mendengar alunan lagu yang dinyanyikan oleh muslimat, lebih2 lagi apabila muslimat itu menarik suaranya, takut-takut menjadi haram sekiranya boleh menyebabkan lelaki itu terpikat dengan suaranya bukan rasa insaf dengan liriknya. Di kelantan, nasyid muslimah hanya dibenarkan kepada muslimah 15 tahun ke bawah dan qariah wanita untuk tilawah al-quran juga tidak dibenarkan. Jadi saya mintak penjelasan kepada sesiapa yang agak faqih berhubung soal ini sebab mungkin ada khilaf yang membenarkan muslimah2 mawadah ini bernasyid dalam suasana masyarakat yang rosak hari ini. Mintaklah ustaz dan ustazah memberikan hujah dan dalil berhubung perkara ni... Saya juga peminat mawadah, tapi mawadah putera je lah...mawadah puteri bukan taknak dengar tapi agak ragu-ragu sikit. " PENJELASAN PLEASE OLEH USTAZ-USTAZ DAN USTAZAH-USTAZAH
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-11-08 09:29
apa yang saya dapat daripada maklumat mereka... mereka sendiri adalah alat untuk menyampaikan dakwah bukan untuk mencari populariti bahkan mereka bukan sahaja bernasyid, banyak aktiviti lain yang mereka ceburi antaranya sambung belajar, menguruskan restoran, membuat pakaian, kalau bahagian kebudayaan tarian sufi, percussion, mengajar dan macam-macam lagi aktiviti sebagai muslimah mereka ni insya ALLAH bakal-bakal mujahidah yang di 'training' agar dapat mencapai taqwa dalam kehidupan seharian...
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 06-11-08 10:28
salam buat sahabat ukhwah semua, lah..posting tajuk ni da lama rupanya. so, kiranya mawaddah ni da lama lah ye. tapi sampai sekarang saya rasa tak pernah dengar nama kumpulan nasyid ni. maaf lah, mungkin saya tak ambil perkembangan sangat agaknya. mawaddah stil ada lagi ke sekarang ni?
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-11-08 10:45
ada cuma kat negeri sendiri tak berapa nak aktif banyak dari mereka sambil belajar mereka terlibat hanya majlis tertentu sahaja
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 06-11-08 17:19
ooo..rupa-rupanya mawaddah ni ahlinye kaum hawa. ana ingatkan kaum adam. baru tadi p youtube buka lagu deme.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 06-11-08 17:22
walaupun posting mujahadatunnafsi dah lama, 4 tahun yang lepas...tapi boleh tak saya nak minta yuhada jelaskan tentang perkara tersebut.... P/S : nampak macam peminat setia jeq..
|
Semerah
Warga Rasmi Menyertai: 05.11.2008 Ahli No: 35755
Posting: 9
|
Posting pada: 06-11-08 17:29
Salah seorang ahli kumpulan mawaddah adalah saudara saya. Mari kita amati lagu mereka; Akibat Cinta Dunia
|
Semerah
Warga Rasmi Menyertai: 05.11.2008 Ahli No: 35755
Posting: 9
|
Posting pada: 06-11-08 17:36
Sesungguhnya organisasi Rufaqaa amat mantap. Kepelbagaian industri bernaung dibawahnya. Kumpulan Mawaddah pula ada banyak...
|
Semerah
Warga Rasmi Menyertai: 05.11.2008 Ahli No: 35755
Posting: 9
|
Posting pada: 06-11-08 17:40
Saya sendiri sejak dari kecil sudah didedahkan dengan Al-Arqam. Produk2 mereka berkualiti dan juga bersifat ilmiah. Cuma yang silapnya kesimpangan terhadap kepercayaan dibawah Abuya. Sebenarnya Abuya ni meng'claim' dirinya Utusan Bani Tamim akhir zaman. Gelaran At-Tamimi... Cuba hayati lagu Pemimpin 3 Darjat - Nada Murni. Semuanya mengisahkan tentang utusan ini.
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 06-11-08 17:49
saya peminat setia Mawaddah.. suka dan suka.. lebih terhibur dari group nasyid lain..mungkin sebab munsyidnya perempuan..seronok dihayati.. dan jauh lebih baik dari penyanyi perempuan yang ada..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-11-08 18:37
Pada 14-05-04 08:42 , mujahadatunnafsi posting:entah lah...akak baca thread ni pun jadi pening...semuanya penuh dengan pujian dan kekaguman dengan mawaddah ni. Akak akui suara best...mesej baik....lirik puitis....tapi anggota mawaddah puteri adalah merupakan gadis-gadis yang sudah baligh..... bolehkah wanita berada di pentas mengalunkan suaranya dengan didengari dan disaksikan oleh penonton yang terdiri dari kaum lelaki dan sesiapa saja.... .... suara wanita bukanlah aurat....tapi bagaimana pula kalau menyedap-nyedapkannya ?....pening saya dengan citarasa warga ukhwah ni.. ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 07-11-08 09:36
kenapa mawaddah jadi isu? kenapa tak kumpulan huda dibawah naungan raihan dulu... kenapa kenapa dan Kenapa? kenapa tak wahida? mawaddah hanya alat untuk sampaikan mesej menuju TUHAN tak salah kan? berbanding yang lain tu duet sana sini, kadang-kadang xjaga batasan.... mula-mula saya ada dengar juga mawaddah ni berduet nisa' dengan rijal mulalah hati ni ragu.... bila saya selidik rupanya adik beradik tak pun suami isteri buat album... romantisnya, sambil memuja memuji di jadikan ikatan perkahwinan itu indah sekali bukan sebagai isteri memerap saja kat rumah... p/s: kak rumaishaa dah dengar lagu duet abang (panggilan abang fatim) dan isteri tajuk kesyukuran? saya pun dapat daripada mereka yang seangkatan dengan mereka...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 07-11-08 09:55
bagus jugak comparation yuhada ni...ketepikan sahaja huda, waheeda dan lain-lain..tak payahlah compare dengan yang lebih "bawah"..cuma, bukankah mawaddah mementingkan pembawaan aqidah dalam setiap nasyidnya..sepatutnya ia jugak selari dengan tindakan mereka..bukan begitu?barulah mawaddah dapat dibezakan dari kumpulan nasyid yang lain.. tak bermaksud banned..cuma nakkan pendapat... P/S : aduih, saya sendiri pun suka lagu mawaddah...
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 07-11-08 10:12
Alhamdulillah, bukan hanya pembawakan nasyid tapi peranan diri penting untuk kita menilai siapa penyampai dakwahnya... kalau dah sampai tahap menasihati orang lain, kita mestilah manyiapkan diri dahulu barulah sampai kepada orang lain... tak begitu? contoh sedap dengar ustaz ni berceramah sekaligus mesti kita nak tahu latarbelakangnya kan! sedikit informasinya.... maaf zahir batin kalau ada yang tersalah cakap...
|
RuMaishaaa
Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 10-11-08 09:06
Pada 07-11-08 09:36 , yuhada posting:!!! QUOTE !!! p/s: kak rumaishaa dah dengar lagu duet abang (panggilan abang fatim) dan isteri tajuk kesyukuran? saya pun dapat daripada mereka yang seangkatan dengan mereka...
dah dengar pun! NIce. Dan lebih suka pada lagu-lagu dari album "peribadi contoh"- macam Siti Fatimah, Siti Aisyah.. yang lain-lain suka dengar tapi pilih-pilih mana yang terkesan di jiwa..huhu ----------------- ::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::
|
ZuLLgp
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.06.2008 Ahli No: 33592
Posting: 45
Dari: B.M
|
Posting pada: 10-11-08 10:01
ana suka..lelaki yang nyanyi satu company mawaddah 'remaja harapn'....cuba dengar rasa bertuhan(abu rawaha)...cinta mencintai...dan aku hamba-mu..
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 10-11-08 10:27
album baru mawaddah dah susah nak edar... kalau ada pun dari kalangan ahli mereka saja... banyaknye lagu mp3 yang dipromo sahaja untuk majlis tertentu.. haa... mawaddah ada nama lain al-haura...
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 10-11-08 10:55
Pada 07-11-08 09:36 , yuhada posting:!!! QUOTE !!! Kenapa mawaddah jadi isu? Kenapa tak kumpulan huda dibawah naungan raihan dulu... Kenapa Kenapa dan Kenapa? Kenapa tak wahida? mawaddah hanya alat untuk sampaikan mesej menuju TUHAN tak salah kan? berbanding yang lain tu duet sana sini, kadang-kadang xjaga batasan....
mula-mula saya ada dengar juga mawaddah ni berduet nisa' dengan rijal mulalah hati ni ragu.... bila saya selidik rupanya adik beradik tak pun suami isteri buat album... romantisnya, sambil memuja memuji di jadikan ikatan perkahwinan itu indah sekali bukan sebagai isteri memerap saja kat rumah...
p/s: kak rumaishaa dah dengar lagu duet abang (panggilan abang fatim) dan isteri tajuk kesyukuran? saya pun dapat daripada mereka yang seangkatan dengan mereka... Kenapa mawaddah jadi isu ??...haa kan thread ni cerita pasal mawaddah.....wahida ke...huda ke....salmah ke.....myhoney ke....asal namanya perempuan 'sama lah isunya... maaf yuhada....dalam satu ceramah di sekolah..."nasyid adalah wadah dakwah...satu penilaian semula..."...seorang ustaz menceritakan hukum asal suara wanita bukanlah aurat...tapi jadi haram kalau suara itu dilunak-lunakkan. dalam hal perempuan nasyid, saya rasa kalau suara tak disedapkan tak ada sapa nak dengar....bukan semua mendengar alunan nasyid dapat menghayati maknanya...bagi yang berpenyakit kronik...mendengar suara pun sudah terbuai rasa....bayangkan lelaki yang mungkin naik nafsunya mendengar suara gemersik seorang wanita. Menurut ustaz itu....wanita dilarang membuat persembahan kepada penonton lelaki..... saya tak tau lah apa pandangan Yuhana.....kalau mawaddah puteri sekadar alat untuk dakwah.....maka tak salahlah 'nyanyian oleh wanita' masa kini.....janji menyanyi 'ketuhanan'dan niat dakwah ....entah....tak taulah...lagipun kita tidak ada darurat atau keperluan mendesak yang memerlukan wanita turut 'mengalun' suara dalam berdakwah... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 10-11-08 11:35
tak setuju xmengapa... para ulama pun tak sebulat suara lagi memutuskan suara wanita itu haram... cara dendangan mawadah hanyalah penghayatan untuk ummat manusia yang serba tandus akan kasih sayang... liriknya pun bukanlah calang-calang orang yang boleh menulis tanpa merintih pada TUHAN dan berkawan dengan TUHAN... bukankah wadah kena seiring dengan perlakuan! yang mana nak terima dan bukakan pintu hati marilah kita kempen mempromosikan TUHAN,sambil beribadah sambil mencari TAQWA... kalau taknak ye tak ada paksaan... TUHAN terimalah taubatku yang tidak sempurna ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya tapi apakan daya ini yang ku mampu mempersembahkannya kepadaMU telah kucuba sepenuh hati tapi masih tidak mampu sempurna aku harap dengan rahmatMU terimalah jua taubatku aku tetap tidak jemu kuteruskan walau tidak meningkat aku tetap istiqomah kasihanilah aku wahai TUHAN hamba yang lemah ini pengampunanMU yang ku harapkan siapa lagi yang akan membelaku kalau ENGKAU tidak membelanya aku kan hambaMU jua aku kan ciptaanMU juga kalau ENGKAU selamatkan ENGKAU tidak akan rugi kebesaranMU akan tetap sempurna ampunilah wahai TUHAN segala dosaku #boleh juga buat rintihan dalam solat taubat #juga dalam solat-solat yang lain #kalau dengar nasyidnya lagi bagus untuk dihayati #versi bahasa arab pun ada, lagi sedih...
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 10-11-08 11:57
Pada 10-11-08 11:35 , yuhada posting:!!! QUOTE !!! tak setuju xmengapa... para ulama pun tak sebulat suara lagi memutuskan suara wanita itu haram... cara dendangan mawadah hanyalah penghayatan untuk ummat manusia yang serba tandus akan kasih sayang... liriknya pun bukanlah calang-calang orang yang boleh menulis tanpa merintih pada TUHAN dan berkawan dengan TUHAN...
bukankah wadah kena seiring dengan perlakuan! yang mana nak terima dan bukakan pintu hati marilah kita kempen mempromosikan TUHAN,sambil beribadah sambil mencari TAQWA... kalau taknak ye tak ada paksaan...
TUHAN terimalah taubatku yang tidak sempurna ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya tapi apakan daya ini yang ku mampu mempersembahkannya kepadaMU telah kucuba sepenuh hati tapi masih tidak mampu sempurna aku harap dengan rahmatMU terimalah jua taubatku aku tetap tidak jemu kuteruskan walau tidak meningkat aku tetap istiqomah
kasihanilah aku wahai TUHAN hamba yang lemah ini pengampunanMU yang ku harapkan siapa lagi yang akan membelaku kalau ENGKAU tidak membelanya
aku kan hambaMU jua aku kan ciptaanMU juga kalau ENGKAU selamatkan ENGKAU tidak akan rugi kebesaranMU akan tetap sempurna ampunilah wahai TUHAN segala dosaku
#boleh juga buat rintihan dalam solat taubat #juga dalam solat-solat yang lain #kalau dengar nasyidnya lagi bagus untuk dihayati #versi bahasa arab pun ada, lagi sedih... ini pandangan ustaz zaharuddin.... tapi terpulanglah pada masing-masing.... bolehkah wanita nasyid ?? ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 10-11-08 12:03
anda tanya diri anda... sama ada nak terima atau tidak... macam mana dengan tarannum dan bacaan Al-Quran oleh wanita... lagi mendayu dengan lenggoknya... kalau faham makna tak mengapa jugak sambil mengalir air mata, tapi lebih kepada nada suaranya... tolong jangan pertikaikan... dahlah tu, sekarang mulakan dengan muhasabah diri dalam mempromosikan TUHAN, kenali ALLAH anda akan dapat segalanya...
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 10-11-08 12:41
Pada 10-11-08 12:03 , yuhada posting:!!! QUOTE !!! anda tanya diri anda... sama ada nak terima atau tidak... macam mana dengan tarannum dan bacaan Al-Quran oleh wanita... lagi mendayu dengan lenggoknya... kalau faham makna tak mengapa jugak sambil mengalir air mata, tapi lebih kepada nada suaranya...
tolong jangan pertikaikan... dahlah tu, sekarang mulakan dengan muhasabah diri dalam mempromosikan TUHAN, kenali ALLAH anda akan dapat segalanya... alahai cik adik, Sorry lah kalau dah marah....saya bagi pandangan yang patut saya bagi..... saya rasa hukumnya sama saja lah untuk nasyid atau baca quran/taranum...sebab tu kerajaan pas Kelantan tak hantar peserta wanita mewakili Kelantan dalam musabaqah.... okeylah...tak nak kacau lah anda mempromosikan MAWADDAH...silakan ..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 10-11-08 12:59
tak marah... cuma taknak keruhkan keadaan lagi... dah namanya Mawaddah perlulah berkasih sayang... intipati daripada Islam itu indah dan mendamaikan... maaf zahir batin
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 10-11-08 13:48
Saya biasa dengar kumpulan mawaddah..bagi peminat nasyid, nama kumpulan ni biasa di dengar..lagunya yang famous "bila tuhan tak ditakuti."
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 10-11-08 14:11
Pada 10-11-08 12:03 , yuhada posting:!!! QUOTE !!! anda tanya diri anda... sama ada nak terima atau tidak... macam mana dengan tarannum dan bacaan Al-Quran oleh wanita... lagi mendayu dengan lenggoknya... kalau faham makna tak mengapa jugak sambil mengalir air mata, tapi lebih kepada nada suaranya...
tolong jangan pertikaikan... dahlah tu, sekarang mulakan dengan muhasabah diri dalam mempromosikan TUHAN, kenali ALLAH anda akan dapat segalanya... wah..boleh dikira bahaya jugak ni.. tak pernah pula saya bersetuju bahawa tarannum dan bacaan al-Quran oleh wanita dipersetujui oleh saya..yang lelaki pun saya kurang bersetuju, apabila diadakan pertandingan sebegini, apatah lagi perempuan.. wah..bahaya jugak ni... apabila matlamat dikira nak menghalalkan cara..oo, kiranya jika kita nak berdakwah, apa cara pun boleh ye..wahh..bestnya..bukan calang˛ orang bermaksud bolehlah dihalalkan ye..kalau begitu, teori Machiavelli ni bolehlah digunapakai ye..Machiavelli pun bukan calang˛ orang...bolehlah lepas ni saya mencuri untuk membantu usaha dakwah terhadap golongan miskin, macam Robin Hood tu.. hm..nak buat comparation untuk menjadi yang lebih baik, janganlah compare dengan yang lebih buruk, nanti kita merasa bahawa kita dah cukup baik.. tak payahlah compare dengan perempuan yang bertarannum, dengan Waheeda, dengan Huda..memanglah kita akan rasa kita dah ok..sikap sebegini salah!kalau begitu, seorang pencuri bolehlah compare diri dia dengan perompak..dia dikira baik lagi lah, daripada perompak yang merompak kan?takpun, seorang yang berkapel di khlayak ramai, sekurang˛nya dia jauh lebih baik dari yang berkhalwat ek??takpun jauh jauh jauh lebih baik dari orang yang berzina ek?? betul kata myhoney..tak ada lagi pun daruratnya sampaikan seorang perempuan nak kena berdakwah melalui nasyid kan?bukankah banyak lagi wadah lain? P/S : tolonglah jelaskan pada saya yang dhaif ni...
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 10-11-08 15:35
hmmm... xmaulah guna teori barat... kan dah bincang suara perempuan bukan aurat.. cuma yang diperdengarkan pengisian dakwah itu,isunya perempuan... Kenapa tak boleh? suaranya yang sedap sampai yang mendengar tu rasa mendayu-dayu? jadi pengisian dakwah oleh mawaddah tak diambil kira? liriknya memuja memuji TUHAN pun kira salahlah ye? hmmm... bukan sebab darurat, peranan setiap manusia tu yang penting ada antara manusia yang menyelamatkan manusia yang lain ada manusia yang hasad dengki sesama manusia ada manusia suka porak peranda bangsa, agama dan negara dan macam-macam manusia buat atas kesedaran diri masing-masing.. bagi mawaddah mereka mencari alternatif bagi mereka yang ketandusan kasih sayang sambil memperkenalkan TUHAN, sedangkan awal-awal agama mengenal TUHAN, strategi mereka mula-mula melalui mawaddah dahulu tidak kira,baik puteri mahupun putera, rasa-rasa nakkan ilmu lebih lanjut mereka boleh dihubungi pula para ustaz dan ustazah yang telah persiapkan ilmunya bukan sebagai peminat, ke'glamaour'an,populariti atau sebagainya. macam-macam karenah manusia ni kan? apa yang penting hubungan kita dengan KhaliqNYA dan untuk sesama manusia.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 10-11-08 17:16
Pada 10-11-08 15:35 , yuhada posting:!!! QUOTE !!! Kenapa tak boleh? suaranya yang sedap sampai yang mendengar tu rasa mendayu-dayu? jadi pengisian dakwah oleh mawaddah tak diambil kira? liriknya memuja memuji TUHAN pun kira salahlah ye?
astaghfirullah..aduiii...saya tak kata pun yang liriknya tu salah..tolong tunjukkan pada saya di mana saya kata liriknya yang memuja memuji Allah itu salah?? "jadi pengisian dakwah oleh Mawaddah tak diambil kira?" -- ni satu lagi salah faham...adakah dengan mengambilkira pengisian semata˛ maka apa bentuk jua cara untuk menyampaikannya dikira halal??sebab tu saya kata, pemahaman saudari hampir serupa dengan Teori Machiavelli..Kenapa tidak?sebab matlamatnya memang dah betul...maka apa jua cara mencapai matlamat dikira betul,bukankah begitu yang saudari tekankan??seolah˛ membenarkan cara oleh kerana pengisian dakwahnya???sebab tu jugak saya samakan dengan Teori Robin Hood..dia membantu orang miskin dengan cara mencuri..bolehlah begitu ye??mari saya tunjukkan satu lagi perbandingan... seorang guru lelaki berdakwah kepada seorang murid perempuan dalam bilik berdua-duaan..boleh ye??sebabnya, pengisiannya dakwah... adakah saya mengatakan suara wanita tu haram, secara mutlak? kalau begitu, tak boleh kaum hawa ni bersuara ek..sama jeq macam bisu...bukankah myhoney dah terangkan, ia menjadi haram apabila ia dilenggokkan/didayukan mengikut alunan muzik..kalau tak dilenggokkan, tak boleh jadi lagu...bukankah Allah berfirman dalam ayatnya... "...Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..." (surah al-Ahzab:32) kita tidak mengetahui hati manusia..apakah saudari meyakini bentuk dakwah menggunakan lagu ini, tidak mempunyai kemudaratan yang besar..adakah saudari yakin seorang lelaki tidak akan rasa terbuai? lainlah jika saya sedang bercerita tentang Mawaddah putera...
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 10-11-08 22:13
sekurang2nya pun mawaddah tak berpoyo2an mempromot diri sendiri..niatnya satu untuk bdakwah..Kalau kumpulan2 nasyid lain ni....konon atas nama dakwah tapi perilaku kadang-kadang hamprak...even tak semua tapi biasanya grup2 yang hidup segan mati tak mahu...hmm..
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 11-11-08 08:36
hmm... perempuan itu racun, perempuan jugaklah penawar... salahnya mereka perempuan yang bernasyid, orang tak boleh terima agaknya... kalau matlamat menghalalkan cara bagaimana pula kalau pakai purdah macam AlArqam dulu-dulu? agaknya baru orang nak buka mata agaknya... habis macam mana nak dijadikan role model buat tu salah buat ni salah... mawaddah sebagai role model bagi perempuan akhir zaman yang kebanyakannnya dah rosak teruk ni... siapa yang nak tolong mereka yang berani menghadapi masyarakat yang dah rosak ni? ye kalau nak kenal manusia mestilah dengan identiti apa yang dibawa... kalau mesejnya bawa orang mengenal TUHAN, mestilah mengikut syariat kehidupan pun ala-ala abid di malam hari... hati manusia kan lain-lain... inilah dugaan mawaddah di tanah air sendiri bahkan mereka berusaha lagi menimba aktiviti sebagai muslimah yang mengikut jadual TUHAN...
|