Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: KEMATIAN YANG PASTI KUTEMUI


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» KEMATIAN YANG PASTI KUTEMUI

Please Mendaftar To Post


Oleh KEMATIAN YANG PASTI KUTEMUI

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 03:33


Penulis : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

null

HARI INI fikiran saya agak terganggu. Baru sebentar tadi saya menerima panggilan telefon daripada isteri yang bertugas di Wad Kecemasan Hospital UKM. Suara beliau juga agak berlainan daripada biasa. Rupa-rupanya tengahari ini, beliau menerima seorang 'pesakit' yang luar biasa....

Tengah hari itu suasana di Wad Kecemasan HUKM seperti kebanyakan hari yang lain. Tiada bezanya. Pegawai-pegawai perubatan (MO) dan kakitangan yang lain sibuk melayan kedatangan pesakit yang mengadu pelbagai hal. Tiba-tiba seorang wanita bertudung muncul sambil mendukung anak kecilnya yang kaku di pangkuan. Bajunya penuh berlumuran darah dan bau hanyir itu menarik seluruh mata menoleh ke arahnya. Wanita itu cuba berkata-kata sesuatu namun suaranya tersekat di kerongkong. Isteri saya bersama petugas lain menerpa ke arahnya dan meletakkan anaknya itu di atas stretcher. Tubuhnya sejuk, sesejuk tangan ibu yang seakan sudah tidak berdarah lagi. Secara spontan, ada yang cuba membuat prosedur resussitation, namun ditegah oleh Registra, "Jangan, tiada apa yang boleh kita lakukan lagi. Dia sudah tiada...!"

Isteri saya terkejut melihat keadaan kepala anak malang itu yang seakan terkepak dan apabila disentuh, kelihatan di sebelah yang lain telah berlubang. Otak dan darah bercampur baur dan rupanya amat menyedihkan. Isteri saya bertanya, "apa yang terjadi kepada anak ini? Kemalangankah dia?". Pembantu perubatan menjawab, "dia jatuh dari tingkat 14 rumahnya!"

Allah! Isteri saya menjadi lemah dan hampir rebah. Alangkah ngerinya kematian seperti itu. Apatah lagi untuk membayangkan ia berlaku kepada seorang anak yang baru mencecah usia 4 tahun. Ingatan isteri saya terus melayang kepada anak-anak kami. Kami tinggal di tingkat 11. Syukurlah kondominium kami tidak mempunyai sebarang ruang yang tidak ber'grill'.

Si ibu yang bagai orang gila, menepuk-nepuk kepalanya sambil berkata, "apalah dosa saya ya Allah! Kenapa jadi begini!". Beliau rebah dan terpaksa didaftarkan juga sebagai pesakit. Semasa di pembaringan, dia menceritakan apa yang berlaku...

KENANGAN LALU

1992, rakan karib saya, Fazrin Fahmi kembali kepada Allah sejurus sebelum solat Jumaat ketika kami di minggu pertama Tingkatan Lima. Tahun yang sama, pada malam 13 April, tatkala saya sedang berbual tentang harijadi saya yang ke-17 di kelas Tusyen Malam, abang sulung saya bergegas mengejarkan saya pulang ke rumah dari sekolah di dalam hujan renyai yang rupanya melambai pergi ayahanda tercinta ketika saya sudah di anak tangga rumah. Dunia saya gelap seketika bersama tangan abah yang masih panas di dalam genggaman tangan saya, di samping ibu yang menyembamkan wajahnya di riba saya kehibaan.

1995, rakan karib saya Fahrun Nizam Ishak bersama beberapa lagi rakan kami terbunuh di dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Aqabah, Jordan. Saya menanti hingga larut malam kedatangan mereka yang sepatutnya menziarahi saya di rumah, rupanya subuh itu saya dikunjungi berita yang hampir memutuskan degup jantung ini. Rentetan itu juga, Al-Mahruham Ukht Rafidah Razali kembali ke Rahmatullah di dalam kemalangan jalan raya, tidak jauh daripada lokasi terbunuhnya Al-Marhum Fahrun Nizam. Beliau menjadi pelajar pertama Malaysia yang dikebumikan di bumi Syuhada' Mu'tah Jordan bersama nesan yang terpahat nama "Umm Fakruddin", agar Udin yang masih belajar bertatih itu tidak lupa kepada bonda yang syahid di medan menuntut ilmu, seketika di Jordan.

Ia diikuti juga dengan kembalinya Mohd Rizam selepas beberapa bulan menderita di katil kimoterapi. Kemudian dikejutkan pula dengan pulangnya bekas housemate saya Karim, dan paling menyayat hati, hening malam saya di Belfast, dikejutkan oleh berita kematian kawan, pemimpin dan rakan seperjuangan yang amat saya kasihi, Al-Marhum Jamnul Azmin Mulkan.

Arwah Atuk dan Opah juga pulang kepada Allah semasa saya di perantauan.

Namun 2004, saya beserta isteri dan anak menerima desakan yang kuat daripada keluarga supaya kami pulang bermastautin di Malaysia, selepas 11 tahun saya di perantauan. Syukur, kepulangan ini memberikan kesempatan kepada saya menabur kasih dan taat kepada ibu mertua yang hanya sempat dikenali 4 hari kerana sejurus selepas kenduri kahwin, saya dan isteri pulang bertugas ke Ireland tanpa ada kesempatan untuk saya pulang ke tanah air selepas itu.

Ibu mertua saya rebah dan koma di katil Wad Kecemasan Hospital UKM, di tangan anaknya sendiri yang ditakdirkan Allah tidak berupaya menghalang Malaikat Maut melaksanakan janji Allah di pagi itu. Malam sebelumnya ibu mertua saya menelefon anak-anak menyampaikan salam terakhirnya sambil bertegas mahu pulang ke Ipoh esok, walau apa pun terjadi. Dan pagi Jumaat tersebut, dia beroleh impiannya untuk pulang ke Ipoh, namun hanya singgah sebentar di rumah untuk disembahyangkan anak-anak yang masih terkejut, sebelum dihantar pergi ke rumah tumpangan di alam barzakh, menanti janji Tuhan yang seterusnya...

Awal tahun ini juga saya sekeluarga dikejutkan dengan pulangnya Al-Marhumah Nor Ashiqin Mohd Ali, family friend yang sudah sekian lama dikenali, semenjak di #wildan. Kemalangan itu telah meninggalkan Faizal dan anakanda tercinta Amir Husaini, seawal usia perkahwinan mereka. Hajat saya menerima kunjungan mereka ke rumah kami di Cheras tidak kesampaian.

Kematian ini sudah berulang kali berlaku. Saya sering termenung, bagaimanakah pula bentuk kematianku dan bilakah ia berlaku. saya berhajatkan cara mati yang baik, namun saya sedar, cara mati yang baik adalah bermula dengan cara hidup yang baik. Dan cara hidup yang baik, ditentukan oleh tujuan hidup yang jelas, tepat dan mulia.

Ya Allah. saya hamba-Mu. saya ciptaan-Mu, Kau ciptakan saya sebagai hamba-Mu, hidupkanlah saya dengan jiwa kehambaan yang patuh dan taat, matikanlah saya sebagai hamba-Mu yang mulia dan selamat. Ameen ya Rabbal 'Aalameen...

Dipetik dari laman web Saiful Islam dot com.....



--------------
null
[ Telah diedit oleh: czarcam pada 24-11-05 04:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 24-11-05 09:16


Syuqran... kalau dah insaf... ingatkan dah tak ingat mati doh!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 10:03


Assalamualaikum

Pelita Hidup
Hijjaz

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan


Ya Allah, matikanlah hamba-MU ini dalam Iman dan Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

yamina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.06.2004
Ahli No: 9515
Posting: 61
Dari: bumi sementara

Pahang  


posticon Posting pada: 24-11-05 15:50


alahai... apalah persediaan

Bookmark and Share

    


  Member Information For yaminaProfil   Hantar PM kepada yamina   Pergi ke yamina's Website   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 24-11-05 16:37


Astaghfirullah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

nurlynn
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 17:56


sediakah kita??

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurlynnProfil   Hantar PM kepada nurlynn   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 30-09-06 23:59


Pada 24-11-05 03:33 , czarcam posting:

!!! QUOTE !!!

Ya Allah. saya hamba-Mu. saya ciptaan-Mu, Kau ciptakan saya sebagai hamba-Mu, hidupkanlah saya dengan jiwa kehambaan yang patuh dan taat, matikanlah saya sebagai hamba-Mu yang mulia dan selamat. Ameen ya Rabbal 'Aalameen...
Amin ya RABB...
syukran jazilan akhi czarcam dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil :-)

“lahirnya insan di sambut dengan Azan,
manakala pergi nya pula diiringi Solat...
alangkah singkat nya hidup ini jika jarak nya di antara Azan dan Solat...”


ALLAHuakbar...!!!


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...
[ Telah diedit oleh: mas2ra pada 01-10-06 00:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106538 saat. Lajunya....