Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-05-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
RaihanFan: 18 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Dia


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Dia

Please Mendaftar To Post


Oleh Dia

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-05 00:46


Assalamualaikum

Harap terhibur : DIA



"Cikgu datang, cikgu datang...."
Lamunanku hilang disaat suara ketua kelasku memecah kebisingan yang melanda waktu itu. saya mengeluh perlahan, rasa terbeban dengan masa yang semakin mendatang.
"Bosannya bergelar pelajar"

Namun suasana tiba-tiba bertukar sedikit riang.
Apa yang berlaku???.
Saya mengangkat kepala melihat ke depan kelas yang seolah-olah dihiasi satu adegan.
"Ah, ingatkan apa tadi, rupanya ada seorang pelajar baru"
Pandanganku tertumpu kearahnya, begitu juga dengan ahli kelasku yang lain.

"Nama saya Al-Firdaus bin Muhammad"
Indah namanya seindah pancaran cahaya yang terserlah di wajahnya. Entah mengapa, seluruh kelas terdiam sementara. situasi sebegini amat janggal dengan rutin kelas kami yang sentiasa gamat terutamanya apabila pelajar baru berkunjung tiba. Pasti ada-ada sahaja soalan lucu yang akan dikemukakan khas buat mereka. Masih kuingat bagaimana rakanku Fiona yang dimalukan semasa mula menginjakkan kakinya ke kelas kami semua.

"Fiona gadisku"
Hariz, pelajar nakal dalam kelas kami tiba-tiba menyanyikan lagu itu dikala Fiona muncul di pintu utama. Ketika Fiona mengenalkan dirinya, Hariz ketawa berdekah-dekah. Begitu juga dengan kami semua. Tak sangka namanya betul-betul Fiona. Fiona hanya tertunduk malu. Namun situasi hari ini tidak sama seperti hari-hari yang lalu. Al-Firdaus seolah-olah membawa satu perubahan yang ketara. Ya, dia memang membawa perubahan yang ketara. Amat ketara.

Suatu hari, seorang guru pengganti bertanya tentang impian kami semua. Ada yang ingin menawan gunung tertinggi di dunia, ada yang mahu menyumbang suara dalam seni nyanyian negara dan ada juga yang memilih untuk menemui idola mereka. Saya pula berharap dapat merasai kesejukan salji di luar Malaysia. Tiba giliran dia untuk mengutarakan impiannya.
"Saya ingin menemui Allah S.W.T"
Semua terkaku diam mendengar matlamatnya, guru pengganti itu turut memandang bulat ke arahnya. Dan saya, rasa meluat mendengarnya.

Sejak kedatangannya, pelbagai perkara berlaku di luar jangkaan setiap orang. Dia tiba-tiba mewujudkan satu ruang agama di papan kenyataan di belakang kelas kami semua, dia juga sering membawa tafsir ke sekolah dan yang peliknya, dia boleh mendapat kawan yang ramai dengan mudah.
Apakah taktiknya???

Terasa rimas dengan kehadiran dia. Dia semakin popular bukan sahaja di dalam kelas malahan di sekolah. Dia begitu mudah memperolehi pelbagai perkara meskipun dia baru beberapa bulan bergelar seorang warga. Dia kini pengawas sekolah, dia sekarang ketua usrah di asrama, dia juga pengerusi kelab Pendidikan Islam dan dia pula selalu merendahkan dirinya walaupun terkenal di merata asrama mahupun sekolah.

Saya berasa kagum melihat sikapnya namun kerana sifat itulah, terasa kebebasan kami pelajar muslimah di asrama sedikit diganggu-gugat dengan ideanya. Jika dahulu, kami boleh berada di dewan makan asrama sehingga waktu isyak menjelma namun telah diubah oleh dia agar kami meninggalkan tempat berkenaan sebelum maghrib bermula.

Hari itu, saya datang ke sekolah lebih awal dari sebelumnya. Entahlah, perasaanku memujuk diriku agar melangkah ke kelas yang semakin hampir untukku lihat keadaannya. Kini, kakiku telah berada benar-benar di atas lantai kelas yang bersih sepenuhnya. Saya menapak perlahan dan tiba-tiba....



Bersambung....

Maaf, saya terpaksa hentikannya di sini.
Sebagai mukaddimah cerpen saya.
kalau panjang, bosan pula nak membacanya...


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)
[ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 01-04-06 16:28 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-11-05 00:53


Nice intro.. chaiyo! chaiyo! :) nak baca lagi... :di

p/s : Adeh.. kenapalah ramai sasterawan... ana seorang saja tak pandai sastera and ayat kiasan.. (tak jiwang agaknya?? haha) no offense anyone..

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 11-11-05 01:41


okay jugak... bila nak sambung balik ni?

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-11-05 10:15


best2!!....teruskan...tak sabar nak tunggu...
uucp://www.geocities.com/asmahizan/crows.gif


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

imin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15878
Posting: 56
Dari: malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 11-11-05 10:55


huish

Bookmark and Share

    


  Member Information For iminProfil   Hantar PM kepada imin   Pergi ke imin's Website   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-11-05 12:39


tengok syok baca tiba2 pulak shock break...Cepatlah sambung ye.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-11-05 22:27


cerpen DIA bersambung semula....


Bedebuk!
"Aduh, sakitnya..."
ku usap lututku yang terasa perit. Tak kusangka diriku akan tersungkur pada pagi yang nyaman itu.
"Assalamualaikum. Sebagai hamba, berjalan tu tunduklah ke bumi Allah. Perlu pertolongan dari saya?"
Arghhh!! malunya!!!
Saya menggeleng perlahan memerhatikan dia yang berdiri di depanku. Hampirku terlupa lantai kelasku sedikit berlubang di bahagian pintu utama. Mujur hanya dia seorang saja yang ada pada waktu itu. Kalau tidak.......
Dia terus berlalu pergi meninggalkan diriku seorang diri di situ. Tiada kata belas diucapkan buatku, tiada kata ambil berat ditujukan untukku. Yang ada, hanyalah tawaran yang menyakitkan hatiku. Rajukku mula timbul mengenangkan kesombongan yang dia pamerkan.
Benarkah dia sombong????
Saya sendiri yang menolak permintaannya. Ah, memang dia yang sombong, lelaki perlu bersifat 'gentleman' terhadap wanita. Memang wajar ku geleng kepala. Saya tak mahu dituduh sebagai seorang perempuan yang terhegeh-hegeh mengkehendaki sesuatu. Saya ada maruah, saya perlu pertahankannya. Terlalu jauh monolog yang ku reka sendiri untuknya. Sudahnya, saya hanya mencebik ke arahnya yang semakin jauh meninggalkan kelas yang kini sepi.

Beberapa minit berlalu, kebisingan mula menerpa gegendang telinga. Loceng telah pun berbunyi dan dia masih belum menampakkan kelibatnya. Tidak lama selepas itu, dia masuk membawa beberapa buku lalu diletakkan di meja guru yang berhadapan dengan mejaku. Dia memandang sejenak ke wajahku, kemudian berlalu semula ke tempat duduknya yang tidak jauh dariku. Entah apa maksud disebalik pandangan itu. Takku nafikan, pandangannya menyejukkan mata. Tiada sedikit pun niat jahat yang tergambar di permukaan wajahnya.

Loceng waktu rehat telah pun berlalu. Seperti biasa, saya dan rakan-rakan akan berkumpul semula di dalam kelas setelah membeli sedikit juadah. Topik hangat menjadi bahan bualan bersama. Yang pastinya, ada sahaja insan yang menjadi bahan umpatan kami semua.
"Assalamualaikum"
Kerancakan perbualan kami terhenti sementara. Masing-masing memfokuskan pandangan ke wajah dia.
"Nur, cikgu Amran ingin berjumpa dengan Nur"
seperti selalu, dia terus berlalu selepas menoktahkan katanya.
"Hahahahaha..."
Serentak sahaja rakan-rakanku mengetawakanku.
"Wow, yaya. Dia panggil awak Nurlah"
Mereka menyambung tawa. Tebal mukaku dibuatnya. Ada rasa pedih terbit di ulu hati.

Sejak hari itu, rakan-rakanku mula menggelarku Nur. Saya tahu nama itu baik namun saya rasa seperti dipermainkan bila nama panggilanku sewenang-wenangnya digantikan oleh insan yang tidak hampir denganku. Tidak lain dan tidak bukan itulah dia, Al-Firdaus.

Hujung minggu yang menggembirakan menjelang tiba. Tidak sah hidupku andai setiap hujung minggu, rumah tidak menjadi destinasi bagiku. Itulah tempatku untuk menghabiskan cuti walaupun sesingkat tiga hari.

Hari sabtu minggu yang sama, saya ke bandar sendirian. Tujuan hanyalah untuk mendapatkan sedikit keseronokan melihat gelagat warga kota. Penat berjalan, kumasuki sebuah perpustakaan yang masih beroperasi. Lega bila kedinginan menerpaku di muka pintu. Pantas kakiku melangkah ke rak koleksi novel remaja. Dalam keseronokan membaca, terasa diriku diperhatikan. saya memandang ke arah seseorang yang berdiri tidak jauh dari tempat dudukku.
Alamak, dialah...
Saya cuba mengelak dari pandangannya namun apakah yang boleh kulakukan andainya dia sudah berada di depanku.

"Assalamualaikum, Nur kan?"
Dia bertanya kepadaku. Malu apabila berhadapan dengannya dalam keadaan diriku yang 'freehair'. Sememangnya inilah penampilanku yang sebenar namun peraturan asrama yang mewajibkan semua pelajar muslimah memakai tudung menukar sedikit identitiku. Saya menganguk tanpa membalas salamnya. Makin menggununglah rasa maluku terhadapnya.
Kenapa dia seringkali muncul disaat kehadirannya tidak kuingini.
Kenapa, Kenapa dan Kenapa??????
Ingin saja ku buka seribu langkah namun tidak berdaya, mahu saja ku tipu dirinya bahawa diriku bukanlah insan yang dimaksudkannya namun lidahku tak mampu berkata nista di depannya.
Mengapa semua ini berlaku?????
"Tunggu sebentar"
Dia berlalu dari situ meninggalkan diriku yang termangu-mangu.
Arghhh!! dia buat kukeliru!!!!
Hanya batinku yang menjerit namun mulutku tetap membisu.
Apa sebenarnya yang dia mahu, mengapa harusku menunggu.
Ingin saja ku pergi dari situ namun rasa ingin tahu lebih tebal mengatasi kehendakku.


Bersambung semula.....


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)
[ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 01-04-06 16:55 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-05 00:11


boleh tahan...
sambungannya jangan dilupakan..
huhu~

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-11-05 16:16


Kisah selanjutnya dalam DIA

"Assalamualaikum"
kujawab salamnya perlahan. Dia menyerahkan satu kotak hadiah yang sudah dibalut kemas.
Eh, waraskah dia ni???
Kenapa pula dia memberikan saya hadiah. Pelbagai andaian bermain di fikiran.
Lebih baik saya tanya sendiri...
"Eh...ni.."
"Nampaknya Asar dah nak masuk, biar saya balik dulu. Nur balik cepat sikit. Jangan lama-lama berlegar di kota. Nanti banyak dosa..assalamualaikum"
Belum sempat ku bertanya, dia sudah pergi bersama seorang rakannya yang turut memakai kopiah. Ah!!! saya semakin rimas dibuatnya. Dia seolah-olah menjaga setiap tingkah lakuku. Dia sering menegah perbuatanku sedangkan saya bukanlah sesiapa baginya. Arghh!!! Tensionnya...

Sampai sahaja di rumah, saya meletakkan kotak hadiah yang diberikannya. Mujur kakakku belum pulang ke rumah. Selesai membersihkan diri, saya teliti hadiah yang masih kaku di atas katilku. Perlahan-lahan ku buka reben yang terikat padanya. Setelah penutup kotak ku buka, sehelai kain berwarna biru ada di dalamnya. Warna kegemaranku. Ku keluarkan kain itu dan tak ku sangka ianya merupakan sehelai tudung kepala.

Seminggu sudah peristiwa itu berlalu, setiap kali dia hadir di depanku, pasti rasa meluat itu timbul di hatiku. Saya tak suka diperlakukan seolah-olah dia berhak ke atasku. Seolah-olah dialah ibu bapaku. Ketika rehat baru bermula, saya hanya duduk tanpa menyertai rakan-rakan yang lain. Sedang saya mengelamun sendirian, Rizal rakan sekelasku datang menghampiriku.
"Hai, yaya. Seorang saja ke?"
Hiss, mamat ni lagi. Tak cukup lagikah setelah saya menamparnya tempoh hari. Siapa suruh, mengaku dengan orang lain bahawa diriku adalah kekasihnya. Memang saya seorang yang panas baran. Silap sedikit, pasti melenting dibuatnya.
"Hah! Apa awak nak??"
Rizal duduk di depanku dengan dibatasi sebuah meja di antara kami berdua. Bercakap tentang berdua, waktu tu tiada seorang pun yang ada di dalam kelas. Entahlah, mungkin hari ini semua orang sibuk menguruskan sesuatu melainkan saya dan juga Rizal.
"Alah, Yaya. Saya tengok awak seorang-seorang saja kat sini. Kita berbuallah. Tiada niat lain pun"

Dalam kerancakan kami berbual, saya menyedari yang Rizal memang lucu orangnya. Pandai membuat lawak sehinggakan tak kering gusi dibuatnya.
"Assalamualaikum"
Tawaku terhenti. Begitu juga dengan Rizal. Dia lagi...
Entah apa pula yang dia nak untuk kali ini.
"Nur, tak baik berdua-duaan di sini"
"Apa pula tak baiknya?"
Saya mula berani menjawab kata-katanya. Mungkin dah tak tahan dengan setiap tegahannya. Kalau sebelum ini, saya masih boleh bersabar, tapi tidak untuk kali ini.
"Akan ada syaitan di antara orang yang berada dalam keadaan berdua-duaan"
Berceramah pula dia ni...
"Kan awak ada, awaklah orang ketiganya" Saya tertawa kecil kearahnya.
"Nur.."
Lembut saja intonasinya.
"Hei! Apa masalah awak ni hah! Saya bukannya adik awak untuk awak larang sesuka hati awak. Tolonglah, jangan ganggu hidup saya..."
"Kita bersaudara, perlu saling tegah-menegah"
Panas membara hatiku dibuatnya. Pandai pula dia menjawab semula.
"Tapi saya tak suka!"
"Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai seorang hamba Allah" Lembut dan sopan tuturnya.
"Pang!!!"
"Yaya! Kenapa ni?"
Fiona yang baru masuk terkejut melihat aksi yang ku pamerkan. Saya terduduk seketika. Semua yang ada di situ memandang ke arahku. Tak ku sedar yang kelasku kini telah dimasuki ramai orang. Mungkin terdengar tengkingan yang ku utarakan.
Rizal terlopong dibuatnya. Dia pula hanya tenang dan berlalu ke tempat duduknya. Sedikit pun tidak menunjukkan rasa dendam terhadap tamparan yang ku hadiahkan.
Ada rasa bersalah timbul di jiwaku. Jika sebelum ini, tiada sekelumit pun rasa kesal bertandang dalam diriku kerana menampar orang namun kini sebaliknya pula yang berlaku.
Kenapa saya menamparnya? Apa salah dia?

Ikuti kisah seterusnya....
[ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 13-11-05 16:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

imin
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.04.2005
Ahli No: 15878
Posting: 56
Dari: malaysia

Selangor  


posticon Posting pada: 14-11-05 15:47


huish ganasnye nur tu.. kerja dia tampar orang saja.. :di

Bookmark and Share

    


  Member Information For iminProfil   Hantar PM kepada imin   Pergi ke imin's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 14-11-05 18:19


Alamak bila nak sambung ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

tengku_anis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.11.2005
Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..

india   avatar


posticon Posting pada: 14-11-05 21:28


best2... sambung lah lagi tapi sayang. perkataan 'saya' dah tertukar jadi 'saya'..kalau tak mesti lagi best.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tengku_anisProfil   Hantar PM kepada tengku_anis   Pergi ke tengku_anis's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-11-05 00:47


best2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 15-11-05 09:28


kasihan kat awak lisa... kenapa tak silat saja, terpaksa la layan lelaki macam begitu sifatnyer.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-11-05 01:18


Sambungan kisah DIA


"Tak baik Yaya buat Firdaus macam tu"
"Apa yang tak baiknya, Fi suka ke kalau orang lain jaga setiap tingkah laku Fi?"
Fiona memandangku sekilas.
"Memanglah Fi tak suka tapi Firdaus buat semua ni adalah sebab Yaya juga"
"Sebab Yaya? Kenapa pula Yaya?"
"Hari tu lagi Fi nak cerita tapi bila Fi tahu Yaya tak suka Fi sebut nama Firdaus, Fi pendamkan sajalah"
Langkahku terhenti serta-merta.
Apa pula yang Fiona sembunyikan dariku?
"Eh, Kenapa Yaya berhenti. Asrama dah nak dekat ni. Cepatlah! panas ni"
Ku teruskan langkahku semula.
"Apa yang Fi nak beritahu Yaya?"
"Nantilah Fi cerita. Kita dah sampai ni. Bye..."
"Fi!!"
Fiona hanya tersenyum dan terus berlalu meninggalkanku yang masih berdiri kaku.

Ku hempas tubuhku ke atas katil yang sedia menunggu kepulanganku. Kepenatan yang menjalar membuatkanku terlena sementara.
"Yaya...Yaya...bangun"
"Eh, Fi. Bila datang?"
"Baru jak. Cepatlah turun, kita ada perjumpaan tergemparlah"
Ku turuti saja kemana Fiona pergi. Sampai di satu kawasan lapang, Fiona mengajakku duduk. Saya hanya menurut.
Suasana agak asing waktu itu. Semua orang tunduk membisu dan menangis tersedu-sedu seolah-olah ada insan yang meninggal dunia. Ku menapak ke depan melihat satu jenazah yang sedang disembahyangkan.
"Mustahil, tidak mungkin...tidak!!!!!"
"Yaya...Yaya"
"Fi...tak mungkin Fi, tak mungkin dia mati Fi"
"Siapa yang mati ni"
Tangisku kini reda. Ku lihat ke arah jenazah tadi. Tiada, begitu juga orang-orang yang sedang bersembahyang.
Kemana mereka semua pergi?
Ku kesat sedikit mataku namun pemandangan tadi tetap jua tidak ada. Yang ada hanyalah rakan-rakan yang melihat penuh hairan ke arahku.
Astagfirullah, mimpi rupanya...
"Siapa yang mati, Yaya"
Ku geleng kepalaku perlahan. Ku tinggalkan rakan-rakan yang bertanya keadaanku. Selepas mencuci muka, ku kembali semula. Hanya Fiona yang masih menunggu.
"Kenapa tadi tu? Apa yang Yaya mimpikan? Terkejut Fi dibuatnya. Fi datang jak, Yaya menjerit dan menangis"
Ku toleh sekilas jam tangan yang belum ku tanggalkan. Tepat jam 3.30 petang. Selepas menukar pakaian sekolah, ku capai beg yang masih tersadai di katil.
"Marilah Fi"
Fiona hanya menurut. Tiba di bilik belajar, ku buka beg yang ku sandang. Ku cuba tumpukan kepada latihan yang baru diberikan namun mimpi tadi masih segar di ingatan. Ya, waktu itu wajah dia jelas pada pandangan.
Amat bersalahkah diriku kerana menamparnya tadi?

Dua jam berlalu namun tiada satu pun ilmu yang ku peroleh. Entahlah, mimpi tadi benar-benar memberi kesan yang mendalam.
"Yaya, nak sambung study ke?"
Fiona mengangkat keningnya yang terbentuk indah. Ku gelang kepala. Siap mengemas, kami ke dewan makan asrama.
Setelah mendapatkan sedikit makanan, Fiona mengajakku duduk di meja makan yang memang tersedia.
"Fi tengok Yaya sedih jak hari ni. Yaya sakitkah?"
"tak ada apa-apalah"
Fiona hanya menganguk lalu menjamah kuihnya.
"Apa yang Fi nak beritahu Yaya tadi?"
Walaupun moodku tidak baik sepenuhnya namun demi menutup kekacauan yang berlegar dalam fikiran, ku cuba berlagak seperti biasa.
"Firdaus tu dah anggap Yaya macam adik dia sendiri. Sebab tulah Firdaus jaga setiap perilaku Yaya"
Berkerut keningku mendengar apa yang keluar dari mulut Fi.
"Apa yang Fi cakap ni?"
Menyedari kehairanan yang ku pamerkan, Fiona berhenti menyuap lalu meletakkan kuihnya semula ke dalam piring kaca.
"Riz yang cakap macam tu dengan Fi. Riz kata Riz terbaca hal tu dalam diari Firdaus"
Makin hairan ku dibuatnya. Mungkin juga keningku dah bercantum sekarang.
"Macam mana Riz boleh baca diari dia?"
"Hari tu, Riz pergi ke bilik belajar dan ternampak satu buku atas meja belajar Firdaus. Riz cakap Riz baca isi dalamnya sebab Riz fikir buku tu agak unik. Yaya tahulah kan perangai Riz tu macam mana?"
Ya, Hariz memang terkenal dengan perangai nakalnya namun yang paling ku tak sangka, Hariz kini menjadi kekasih Fiona. Yalah, sampai menangis Fiona dikacau olehnya semenjak Fiona bertukar sekolah. Hinggakan terlintas perasaan ingin berpindah semula.
Lucu mengenangkan bagaimana Hariz memujuk Fiona agar jangan berpindah sekolah.
"Fi, Riz minta maaf"
Fiona yang masih menangis setelah dimalukan di dewan makan asrama tidak bersuara.
"Fi, Riz minta maaf ni..."
"Lucu sangatkah kalau Kuih Fi jatuh ke lantai"
Dalam sedu, Fiona masih mampu berkata. Tawaku hampir pecah dibuatnya.
Memang dasar anak manja, perkara kecil pun nak menangis juga.
"Alah...Riz ketawa jak, bukannya apa"
"Ketawa konon...yang Riz selalu kenakan Fi tu, Riz tak minta maaf pun"
Hariz hanya tersengih.
"Sudahlah, tak lama lagi Fi nak pindah sekolah. Puaslah hati Riz kalau Fi tiada di sini"
"Apa?!"
Terkejut beruk Hariz dibuatnya. Saya hanya membisu, tak kuasa nak menyampuk. Cukuplah saja ku menjadi penontonnya.
"Eh...Fi, betul ke Fi nak pindah?"
Fiona hanya menganguk.
"Fi, janganlah pindah..."
Makin panjang pula drama mereka ni...
"Kan itu yang Riz mahu"
"Fi, janganlah pindah Fi..."
Uweks...meluat hatiku mendengar rayuan lelaki seperti itu.
"Kenapa pula Riz tak mahu Fi pindah"
"Sebab Riz cintakan Fi. Riz kacau Fi selama ni pun sebab Riz suka sangat dengan Fi"
Fiona terdiam seribu bahasa. Tangisnya pun turut reda. Dan saya, saya memang diam namun terkejut besar dan terlopong juga.
"Hipereffect" sangat saya dibuatnya...
Semenjak hari itu, Fiona dan Hariz diiktiraf sebagai pasangan kekasih. Saksinya tak lain dan tak bukan, itulah saya.
"Yaya...Yaya..."
"Ah...ah...apa"
Fiona berhenti menggoncangkan bahuku. Melayang semangatku.
"Susah-susah Fi cerita, dia pula sedap berangan"
Fiona menarik muncung.
Merajuklah tu...
"Eh, Fi...Kenapa dia anggap Yaya macam adik dia?"
"Dia...dia...dia"
"Yaya ni tak reti sebut nama Firdaus ke? Asyik-asyik dia, sepanjang Firdaus ada kat sekolah ni, tak pernah Yaya sebut nama dia. Tengok, Fi pun dah terikut sama"
Hei...minah ni, lain ditanya lain pula yang dijawabnya...
"Cakaplah Fi"
"Riz terbaca satu catatan yang dibuat oleh Firdaus tentang Yaya. Tulisan tu mengatakan bahawa..."


Ikuti cerita DIA yang seterusnya
[ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 23-11-05 01:34 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 17:56


arrggh tentionnya cik nuralisa cepat la sambung

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 22:35


Maaf ya Usmad...

Inilah sambungan kisah DIA

"Nama Yaya sama dengan nama adiknya"
"Apa yang peliknya?"
Logik juga soalanku itu. Tidak mustahil jika ada manusia yang mempunyai nama yang serupa.
"Bukan itu sahaja, perangai Yaya pun sebiji macam adiknya"
Beria-ia Fiona menyatakannya.
"Habis tu, kenapalah? Yang dia kacau hidup kita tu Kenapa? Pergilah kacau adiknya sendiri tu. Menyusahkan orang saja..."
ada keluhan pada kata-kataku.
"Memanglah senang Yaya cakap kalau adiknya masih hidup"
Terkeduku seketika.
"Kalau Yaya nak tahu, Firdaus tu pindah ke sini pun sebab arwah adiknya juga"
"Maksudnya..."
Fiona menganguk lambat-lambat.
Adiknya baru meninggal dunia. Mungkin sebab itulah juga mimpiku menjadi sedemikian rupa.
"Apa lagi yang Hariz kata?"
jiwaku makin dilanda rasa bersalah.
Apa yang telah ku lakukan di saat dia masih dalam kesedihan?
"Fi sangat sedih bila Riz ceritakan punca kematian adik Firdaus"
Ada riak keruh di wajah Fiona. Patut pun ku lihat Hariz dan Fiona begitu menjaga setiap kata di depan dia.
"Apa yang berlaku pada adiknya?"
Fiona berdiri dari tempat duduknya.
"Tak bestlah cerita kat sini. Mari Yaya kita ke pondok kat luar sana tu..."
Fiona memuncung ke satu pondok yang berhadapan dengan padang sekolah. saujana mata memandang.
"Cepatlah Fi"
Fiona cuba mencari posisi yang selesa. Terasa nyaman angin yang datang menyapa kami berdua. Suasana pondok hening seketika.
"Adik Firdaus dirogol dan dibunuh, Yaya"
"Apa!"
keluh lidahku tiba-tiba.
Benarkah apa yang baru ku dengar dari mulut Fiona?
"Masih ingat tak satu laporan yang dimuatkan di dada akhbar beberapa bulan yang lalu. Laporan tu memceritakan tentang seorang kanak-kanak yang diliwat dan dibunuh"
Fiona memandangku meminta kepastian dariku. Fikiranku berputar mengingati setiap akhbar yang pernah ku baca.
Ya, baru ku teringat akan satu berita yang melaporkan tentang kes seorang pelajar sekolah rendah yang diliwat dan dibunuh dengan kejamnya. Kanak-kanak itu memang mempunyai nama yang sama dengan saya. Nurhidayah.

Malam itu, mataku sukar nak lelap. Kejadian yang menimpa kanak-kanak malang itu seolah-olah bermain di minda. Waktu itu ibu bapa mangsa dilaporkan pergi ke rumah saudaranya yang baru meninggal dunia. Mangsa yang sedang demam ketika itu mematikan niat si ayah dan ibu untuk membawanya bersama memandangkan rumah saudaranya hanya beberapa kilometer jauhnya. Dengan penuh keyakinan, keluarga mangsa mengamanahkan agar jiran mereka membantu melihat keadaan anaknya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Jiran mangsa yang juga seorang guru agama di sebuah sekolah rendah telah meliwat dan membunuh mangsa. Kejadian yang memakan masa setengah jam itu diketahui apabila keluarga mangsa yang risau dengan keadaan anaknya balik ke rumah setelah hampir sejam berada di rumah saudara. Mangsa dilaporkan kaku di atas katilnya tanpa sebarang tanda bahawa mangsa pernah diperlakukan kejam sebelumnya. Mangsa yang difikirkan pengsan pada mulanya dihantar ke hospital berdekatan. hasil pemeriksaan dan siasatan polis jenayah, mangsa disahkan telah diliwat dan dibunuh dengan menggunakan bantal bagi memutuskan nafasnya. Betapa kejamnya seorang manusia yang sudah tahu akan batas agama dan mempunyai sebuah keluarga yang cukup segala. Menurut kenyataan suspek, beliau melakukan hal tersebut ketika isterinya sedang sibuk menanak bubur untuk si kecil yang lemah di pembaringan di samping menjaga anak-anaknya yang bermain di ruang tamu mangsa. Isterinya tidak mensyaki apa-apa apabila si suami mengatakan yang si kecil telah tidur lena. Sejurus ibubapa mangsa tiba di rumah, keluarga suspek meminta izin pulang ke rumah sebelah. Pada mulanya, mangsa disangkakan tidur sepenuhnya namun apabila ibunya gagal membangunkan anaknya untuk menjamah bubur yang telah disediakan jirannya, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan.
Laporan yang menghiasi laman akhbar hampir seminggu lamanya itu masih hangat diperkatakan sehingga sekarang. Dalam laporan itu juga diceritakan tentang abangnya yang bersekolah di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Itulah dia insan yang ku tampar siang tadi di sekolah. Kejamnya diriku memperlakukan dia sebegitu.

Keesokannya, saya ke kelas seperti biasa namun tiada lagi teguran yang ku dengar sepanjang persekolahan. Hal itu berlanjutan sehingga sebulan lamanya. Sepanjang tempoh itu jugalah, hidupku terasa terseksa akibat rasa bersalah atas perbuatan yang pernah ku lakukan pada dia. Tak lama lagi, SPM menjelang tiba. setiap pelajar yang menghuni sekolah sibuk menelaah. Tambahan pula, sekolah kami yang dilabel sebagai sekolah elit di ibu kota menjadi tunjang harapan negara. perkara ini menjarakkan lagi diriku dengan dia. Walaupun batinku masih dibebani rasa bersalah namun demi masa depan, ku cuba teguhkan persediaan menghadapi perjuangan.

Hari itu, kelas kami free sepenuhnya memandangkan mesyuarat guru berlangsung sepanjang persekolahan bagi membincangkan masa depan kami semua. Peluang itu ku guna sepenuhnya untuk ku leraikan segala resah yang semakin sarat menyesak jiwa.
"Assalamualaikum"
Dia mendongak ke arahku lalu menjawab salam yang ku titipkan. Hariz yang duduk di sebelahnya turut memandangku. Pandangan hariz beralih kepada Fiona yang tersipu-sipu malu di belakangku.
Kita harapkan dia, dia pula menggedik di sebelah...
Bengang melihat sikap Fiona yang cuba lari ke belakangku...
Sebentar tadi, beria-ia Fiona menyuruhku untuk berhadapan dengan dia dengan janji akan memberiku kekuatan ketika menghadapinya. Ni lain pula jadinya...

"Nur minta maaf"
Ku tundukkan muka ke lantai. Entah mengapa nama Nur yang keluar dari mulutku bukannya nama panggilanku. Dia masih seperti tadi, diam dan menulis sesuatu di atas kertas putihnya.
Kertas yang baru siap ditulis itu diserahkan padaku, ku capai kertas itu dengan disaksikan oleh rakan-rakan yang tahu akan perang dingin yang melanda kami berdua. Saya dan Fiona berlalu semula setelah memberi salam untuk mereka berdua. Memang semua ahli kelasku arif akan sikapnya yang tidak berbual mesra dengan rakan yang bukan sejantina namun ia tidak menghalang sifat baik dan ambil beratnya daripada terserlah.

Selesai waktu belajar malam, ku balik ke bilik tanpa menyertai rakan-rakan yang pergi ke dewan makan. Mujur Fiona faham akan situasiku dan tidak menanyakan isi kandungan surat yang ditulis untukku. Ku buka warkah putih yang dilipat kemas. Dengan penuh perhatian ku baca setiap butir yang telah dikarangnya.

Assalamualaikum w.b.t
Buat tatapan Nurhidayah,

Moga dalam pemeliharaan Allah.
Sedangkan nabi ampunkan umat inikan pula saya yang kerdil dan hina di muka bumi Allah s.w.t. Saya juga minta maaf kerana mencampuri hidup Nur sepanjang saya berada di sekolah ini. Nur menyingkap memori lama saya. Nur juga memberi kebahagiaan buat hidup saya. Kerana Nur, saya tidak merasa kehilangan sepenuhnya. Mungkin inilah hikmat di sebalik satu nyawa yang telah diambil oleh-NYA. Allah mengurniakan seseorang untuk menjadi bayangnya. Saya pasrah dengan kehendak-NYA dan saya bersyukur dengan kuniaan-NYA.

Wassalam.

Air mataku mengalir perlahan seolah-olah faham akan penderitaan yang dihadapinya. Betapa tabahnya hati dia menempuh hari-hari yang mendatang kerana ku tahu Nurhidayah adalah satu-satunya saudara kandungnya dan juga satu-satunya insan kesayangan dia selain ibu dan ayahnya. Terasa terhutang budi dengan Hariz dan Fiona yang memberikan diriku kesedaran walaupun perbuatan Hariz membaca diari dia bukanlah satu perbuatan yang mulia namun ada juga kebaikannya. Kini hilang sudah rasa bersalah, yang ada hanyalah kekaguman melihat kesabarannya.

Lima tahun berlalu, kini diriku bergelar cikgu. Hidupku banyak berubah semenjak peristiwa itu. E-mail menghubungkan diriku dan dia yang jauh di seberang sana. Universiti Al-Azhar yang pernah menjadi impiannya kini terlaksana. Alhamdulillah buat-MU Ya Allah.

Setelah menghabiskan pengajiannya, dia berkhidmat di sana sementara sebelum kembali ke tanah air semula. Hariz dan Fiona selamat mendirikan rumah tangga. Alangkah bahagianya mereka. Suatu hari, ku terima satu e-mail darinya dan e-mail itu mengkhabarkan bahawa dia akan pulang ke Malaysia. Harapannya ingin bertemu denganku bila tiba di Malaysia. Entah mengapa, diriku menjadi gundah kerana e-mailnya.

Bersambung...


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)
[ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 31-03-06 22:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-11-05 12:21


pergh... best ini... bila nak sambung?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 26-11-05 19:09


Sedihnya huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

fizah_862000
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2004
Ahli No: 10528
Posting: 844
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-11-05 22:17


ish2...sedih lah pulak...tapi, best!...


-----------------
"Jika Allah menolong kamu, tiada sesiapa pun yang dapat mhalang kamu..."surah Ali Imran:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For fizah_862000Profil   Hantar PM kepada fizah_862000   Pergi ke fizah_862000's Website   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-11-05 16:02


bestnya...lambat lagi ke nak sambung???
satu cerita yang memang membawa teladan..tak sangka ye ramai rakan dalam ukhwah ni begitu berbakat...
so nuralisa..keep up urgoodwork!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 22:43


nuralisa bila nak sambung lagi cerita ni..best la...lama lagi ke nak habis cerita ni...hehehe..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 30-03-06 23:40


nuralisa...bila nak sambung cerpen ni....:di

Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 00:11


hmm..
dah berapa bulan ni...
nuralisa tak hendak smbung ke cerita ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 22:32


Sambungan kisah Dia


Malam melabuhkan tirainya. Aku duduk termenung sendiri. Tambahan pula, teman serumahku telah lama balik ke kampungnya memandangkan cuti persekolahan yang telah seminggu bermula. Bukan aku tak mahu bercuti di mana-mana namun aku merasakan tiada destinasi yang dapat ku tuju kerana kakakku kini masih berada di luar negara menghabiskan pengajiannya bagi mencapai impiannya yang ingin memegang gelaran doktor falsafah. Mujur abang iparku seorang yang amat memahami naluri kakakku yang terlalu mencintai ilmu.
    Fikiranku jauh menerawang mengingatkan e-mail yang baru ku terima pagi tadi. Apalah dayaku andai aku tak mampu menghadap-Nya untuk ku damaikan jiwa yang bergelora. Apa yang dapat ku lakukan, hanyalah berzikir dan memohon doa pada Ilahi yang kini sebati semenjak kehadiran dia. Untukku hilangkan rasa rindu dengan Al-Qur'an yang hampir tiga hari tak dapat ku sentuh, ku alunkan kalimah-kalimah Allah ini di dalam hati yang resah. Masih segar dalam ingatanku akan petikan e-mail yang kunjung tiba.

Assalamu’alaikum w.b.t,
Kehadapan Nur,

Genap seminggu. Aku akan menjejakkan kaki semula di bumi yang telah lama aku tinggalkan.
Harapanku. Aku dapat menemui Nur. Jika tiada halangan bagi Nur...InsyaAllah, sudilah kiranya Nur turut menjadi tatapanku tika aku sampai ke destinasiku. Ketibaanku dijadualkan pada jam 9.00 a.m di KLIA.

Kring...kring...kring...
Ingatanku pada dia terputus lantas ku angkat telefon yang masih menjerit memecah sunyi hening malam itu.
“Hello”
“Assalamu’alaikum”. Satu suara yang cukup ku kenali menyapaku di talian.
“Wa’alaikumussalam”
“Boleh saya bercakap dengan Nurhidayah”
“Ya, Nurhidayah bercakap”
“Nur demamkah? Suara Nur lain macamlah malam ni”
“Ah...ya, Nur cuma selesema, Fi janganlah risau”
“Erm...dah minum ubat”
“Dah”
“Eh...Nur, Nur tutup handphonekah?”
“Alamak...lupa pula Nur nak charged baterinya”
“Patut pun Fi tak dapat call Nur”
“Maaflah Fi”
“tak mengapa, Nur dapat e-mail dari Firdaus tak?”
“Dapat, dia nak jumpa Nur kat KLIA nanti”
“Baguslah, saja Fi call nak pastikan Nur tahu. Husband Fi dapat e-mail pagi tadi. Habis tu, Nur pergilah”
“Nur risaulah Fi”
“Risau apa pula”
“Bertahun lamanya Nur tak jumpa dia. Tiba-tiba pula, dia nak jumpa Nur”
“Entah-entah Nur malu...betul tak?”
“Eh...takdelah, ke situ pula dia”
“Eleh...jangan nak coverlah. Alamak, husband Fi dah sampailah. Oklah, lain kali Fi call lagi...jangan tak pergi pula tau. Nur mesti jumpa Firdaus tu. Tak baik hampakan kemahuan orang jauh. Oklah, Fi nak letak phone ni. Bye...Assalamu’alaikum”
“Eh...eh...kejap”
Tut...tut...tut...
“Wa’alaikumussalam”
Ku letak gagang ke tempatnya semula. Ada betulnya apa yang Fiona kata. Aku malu berhadapan dengannya. Tapi mengapa? Entahlah...aku tiada jawapannya.
    Seminggu berlalu, debaran di hatiku makin kuat dan kerap. Aku melangkah perlahan memasuki ruang lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang cantik dan luas. Aku duduk di satu sudut yang dikhaskan untuk pengunjung yang datang ke situ. Di sebelahku, terdapat sepasang suami isteri yang ku kira sudah berusia. Pasangan itu mengingatkan aku kepada ibu dan ayahku yang telah lama menghadap Ilahi. Waktu itu. Aku hanyalah seorang budak yang belum mengerti apa itu kehilangan. Yang ku tahu, masa itu kakakku menangis memelukku melihat ibu dan ayahku yang lena di pembaringan. Aku amat bersyukur memiliki seorang kakak yang tabah membesarkanku. Mengenangkan kakakku. Aku tersenyum sendiri. Semenjak aku berubah menjadi seorang yang tegar menutup aurat muslimah, kakakku mula hairan namun dia tak pernah mempersoalkannya. Perlahan-lahan, kakakku juga turut mengikut jejak langkahku. Aku amat bersyukur kerana doa harianku dimakbulkan-Nya. Di sebalik semua itu juga, kakakku berubah atas bimbingan seorang pemuda baik yang kini bergelar abang iparku. Entahlah, cerita kakakku amat serupa dengan kisah yang ku alami dulu. Adakah pengakhiranku juga sama dengan kakakku? Astagfirullah...apa yang sedang aku fikirkan. Ku tepis jauh-jauh lamunanku yang mula menimbulkan satu rasa yang aneh di jiwa. Doa ku pohon semula seperti doa yang pernah diberikan dia semasa di zaman sekolah.
    “Ya Allah...jika dia jodohku, Kau permudahkanlah...dan jika bukan, Kau jauhkanlah dia dariku...dan jika perasaan ini menyayanginya kerana-Mu, Kau bantulah kami...dan jika ianya kerana nafsu semata, Kau jauhkanlah ia dari kami...Amin Ya Rabbal Alamin”
    Pengumuman ketibaan penerbangan dari tanah anbiya seusai ku berdoa berkumandang memenuhi ruang lapangan terbang yang dingin. Begitu jugalah hati dan jiwaku, dingin dan seram sejuk menunggu waktu bertemu. Jantungku berdegup pantas. Dalam masa yang sama, doa dan munajatku pada-Nya juga semakin kerap. Beberapa minit berlalu, kelihatan kelibat para penumpang yang datang dari tanah impian setiap insan yang mendambakan kasih sayang Tuhan. Pasangan di sebelahku mula berdiri. Mungkin insan yang mereka tunggu merupakan salah seorang daripada mereka yang berada dalam penerbangan yang sama dinaiki oleh dia yang banyak menolongku untuk berubah. Aku juga berdiri seperti mereka. Aku cuba membayangkan wajahnya yang hampir 7 tahun tidak ku jumpa. Entahlah, sukar bagiku untuk mentafsir raut wajahnya kini. Aku juga tak pasti sama ada dia mampu mengecamku setelah tempoh perpisahan yang agak lama.
    Tidak jauh dariku seorang pemuda sedang bersalaman dengan pasangan yang duduk di sebelahku sebentar tadi. Mungkin anak atau cucu mereka. Ada rasa cemburu terbit di hatiku melihat kebahagian yang terpamer dalam keluarga mereka. Tiba-tiba pemuda itu melihat ke arahku, mungkin dia menyedari pandanganku. Aku cepat-cepat memalingkan mukaku. Aku pura-pura mencari kelibat dia walaupun hakikatnya aku tak dapat mengecam mukanya. Dari pandangan sisiku. Aku dapat rasakan pemuda itu datang menghampiriku.
“Assalamu’alaikum, Nur”
    Aku memandang wajahnya lama. Cuba mencari satu kepastian bahawa dialah insan yang ingin ku jumpa.
“Wa’alaikumussalam, Firdaus kah?”
    Dia mengangguk dan tersenyum padaku. Ya, senyuman itulah yang menjadi simbol bahawa dialah orang yang pernah mencorakkan kenangan semasa aku menuntut di sekolah menengah. Aku yakin kini walaupun wajahnya telah banyak berubah. Pada penilaian mata kasarku, dia semakin tampan berbanding dahulu. Dengan misai nipis dan janggut yang teratur, wajahnya nampak penuh sirna ketenangan dan keimanan.
“Mari Firdaus kenalkan Nur kepada orang tua Firdaus”
    Aku hanya mengikut rentak langkahnya yang mula menghampiri pasangan yang duduk di sebelahku sebentar tadi.
“Abah, ummi...inilah Nurhidayah”
“Assalamu’alaikum...makcik, pakcik?”
    Mereka menjawab salamku serentak. Ku salam tangan ibu Firdaus. Ibunya menyambut salamku. Tak cukup dengan itu, ibunya turut memelukku erat. Aku membalas pelukannya perlahan. Terasa aliran kasih sayang seorang ibu menyiram hatiku yang kering kontang dengan belaian seorang insan yang telah melahirkanku ke dunia. Ada rasa hiba terbit di hatiku, ada air bergenang di mataku. Aku mengeratkan pelukan. Benarlah kata orang, kasih sayang ibu memang mudah ditumpahkan walhal kepada mereka yang tidak dikenali namun aku lihat kini, perumpamaan ini sudah tidak laku untuk digunakan lagi. Apa tidaknya, jika anak sendiri sudah tidak mampu merasai kasih sayang itu, apatah lagi mereka yang tidak ada talian langsung dengan si ibu. Entahlah, apa dah jadi dengan dunia kini, penuh dengan perkataan yang berakhir dengan ‘tik’. Bukan sahaja individualistik malahan materialistik, suka mengkritik, macam plastik dan penuh dengan kosmetik. Tiada lagi semangat perpaduan seperti di zaman rasulullah, tiada lagi perasaan murah hati terhadap mereka yang susah, tiada lagi doa buat mereka yang alpa, tidak lagi utuh pendirian seperti kerasnya karang di lautan dan sudah kurang keindahan semulajadi yang dikurniakan oleh Tuhan. Jika ada pun yang memiliki karakter ini, bilangannya amatlah sedikit. Bagiku pula. Aku masih dalam proses berusaha ke arah itu semua. Ah...terlalu jauh aku bermonolog sendiri hinggakan aku hampir lupa akan situasi yang berlaku kini. Aku meleraikan pelukanku. Ku lihat ibu Firdaus mengesat air matanya yang jatuh berlinangan. Serentak itu juga, peristiwa masa lalu arwah adik Firdaus menjejak ruang ingatanku.
    Seminggu sudah peristiwa itu berlalu, kini aku terus dilanda gelisah. Kenyataan yang disuarakan oleh ibu Firdaus melalui talian membuat aku terus resah. Ya. Aku dilamar untuk dijadikan penyeri rumah mereka. Hal ini telah ku kabarkan kepada kakak dan juga Fiona. Mereka amat gembira kiranya aku menerima lamaran berkenaan. Aku juga telah melakukan istikharah berulang kali pada-Nya dan aku juga sudah tahu apakah jawapan yang harus ku berikan.

Bersambung....


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)
[ Telah diedit oleh: Nuralisa pada 01-04-06 17:45 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-03-06 23:50


terima kasih nuralisa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 06:00


Episod terakhir kisah Dia


    Kini aku selamat bergelar isteri kepada dia yang ku kagumi selama ini. Dialah yang perlahan-lahan membuatkan sikap panas baranku hilang, dialah yang menyemai rasa gembira andai aku menggunakan nama Nur bukannya nama panggilanku dan dialah juga yang menguatkan rasa cintaku pada-Nya. Ya. Aku masih ingat kata-katanya, nama itu satu doa buat pemiliknya. Malah dia pernah memberiku dalil Allah yang sentiasa segar di ingatanku, “Allah tidak merubah suatu nasib kaum itu selagi mereka tidak mahu berubah”. Dari situ. Aku sedar bahawa akulah agen utama untuk berubah, Firdaus yang menjadi faktor pembantu dan Allah adalah yang menentukan setelah usaha kulakukan. Setahun usia perkahwinan kami. Aku disahkan mengandung bayi sulung. Alhamdulillah. Aku gembira kerana aku bakal meramaikan umat nabi Muhammad. Suamiku Firdaus banyak membimbingku sepanjang tempoh kandunganku, dia pasti berada di sisiku untuk memeriksa setiap bacaan Al-Qur’an yang ku alunkan. Memang itulah yang dilakukannya semenjak aku mula menjadi isterinya. Surah Yusuf, surah Maryam dan surah Lukman adalah santapan rohani buat diriku dan bayiku setiap malam tanpa mengenepikan surah-surah yang lain. Amat bertuahnya diriku memiliki suami sepertinya.
    Setelah kandunganku memasuki bulan yang kelima. Aku dikejutkan dengan dua berita gembira. Pertama, kakakku akan balik ke Malaysia dan yang kedua, Fiona sekali lagi disahkan mengandung setelah anak perempuan sulungnya mencapai umur setahun setengah. Dengan dibantu oleh ibu mertua. Aku menjejak kaki semula ke KLIA bagi menyambut kedatangan kakak dan abang iparku. Sejam menunggu, tiada pengumuman diberikan. Aku hanya mampu bersabar kerana ianya adalah ujian Tuhan. Ummi mengusap lembut bahuku. Mungkin dia tahu apa yang bermain di fikiranku.
    “Perhatian, kapal terbang yang berlepas dari USA pada jam 8.00 pagi waktu tempatan dilaporkan terhempas. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian”
    Aku terkedu. Ya, kakakku dan abang iparku merupakan salah seorang penumpang kapal terbang itu. Nadiku terasa terhenti, pandanganku berpinar, suara ibu mertuaku sayup-sayup kedengaran dan akhirnya aku tak tahu apa yang berlaku selepas itu. Perlahan-lahan mataku terbuka, di sisiku suamiku setia menunggu.
    “Abang, apa yang berlaku bang”
    “Sabarlah, Allah lebih menyayangi mereka”
    “Tapi Kenapa mereka pergi begitu sahaja…Nur tak sempat menatap wajah mereka. Abang, Nur dah kehilangan semua ahli keluarga Nur, bang”
    Aku menangis semahunya malam itu. Perlahan-lahan, dia memaut tubuhku.
    “Kehilangan adalah salah satu ujian Allah buat hamba-Nya, Nur mesti ingat hakikat itu. Kita semua pasti kembali padanya. Nur juga harus tahu, Nur masih ada abang, abah dan ummi. Nur masih ada Fiona dan Hariz. Nur juga masih ada bayi yang Nur kandung kini. Nur tak sendirian”
    Aku menangis semahunya. Mungkin inilah yang dirasakan oleh arwah kakakku semasa ibu dan ayahku pergi. Mungkin ini jugalah yang dirasakan oleh suamiku, ibu dan ayah mertuaku ketika arwah adik iparku menghadap Ilahi.
    Sebulan selepas peristiwa itu, suamiku membawaku mengerjakan umrah bagi menenangkan jiwaku yang masih hiba. Ibu dan ayah mertuaku juga turut serta. Pemergian kami ke sana dilambai oleh Fiona dan Hariz bersama anak sulung mereka di KLIA. Di kota suci Mekah. Aku mengecapi rasa kedamaian yang ku idamkan. Perlahan-lahan rasa kehilangan semakin pudar. Hakikat pemergian insan kesayangku dapat ku terima sepenuhnya. Apa yang dapat ku lakukan, ku sedekahkan Fatihah, surah Yassin dan apa jua untuk menambah bekalan mereka di sana. Doa untuk kesejahteraan mereka tak pernah lekang dari bibirku. Selepas mengerjakan umrah, kami pergi ke kota Madinah yang banyak mengukir sejarah. Masjid Nabawi dan makam rasulullah adalah kunjungan utama kami semua.
    Hari itu, suamiku pergi mengerjakan ibadah seharian di masjid indah itu. Aku dijaga oleh ibu dan ayah mertuaku yang kian uzur. Adanya mereka di sisiku. Aku merasa aku mempunyai keluarga baru yang lengkap di dunia. Keesokannya, suamiku tidak pulang ke penginapan kami sehinggalah tengahari. Aku risau sebab suamiku tak pernah begini. Namun aku cuba menyedapkan hatiku dengan menganggap bahawa suamiku masih menjalankan ibadahnya. Namun malam itu. Aku sudah tidak mampu membendung rasa bimbangku.
    “Ummi, Nur nak pergi jumpa abang Firdaus”
    “Marilah, ummi pun risau, nanti ummi ajak abah Nur sekali”
Malam itu, kami pergi mencari kelibat suamiku. Mujur masih ramai muslimin yang ada di situ. Dengan petunjuk beberapa orang yang kami temui, kami berjaya menjejaki suamiku yang sedang sujud. Pada penglihatan mata biasaku, seolah-olah suamiku sedang sujud menghadap Allah namun apa yang menghairankan, sujud itu berpanjangan dan tubuhnya juga kaku tanpa sebarang pergerakan. Dengan perlahan ku goyangkan badan suamiku walaupun tindakanku itu adalah salah kerana mengganggu orang yang sedang beribadah.
    “Abang, Nur datang bang”
    Goncangan tanganku semakin kuat sehingga menyebabkan tubuh suamiku rebah dan terus kaku terbaring di lantai yang ku rasa dingin.
    “Ummi…abang. Abang, Kenapa ni”
    Aku menangis dan terus menggoncangkan tubuh suamiku sekuat-kuatnya. Ummi dan abah cuma diam. Bahuku dipaut ummi dan dipeluk seeratnya manakala abah memangku suamiku yang terkujur kaku. Beberapa muslimin yang melihat kejadian itu membantu abah mengangkat mayat suamiku. Ya Allah, ujian apakah kali ini? Setelah Engkau menjemput kakak dan abang iparku. Kini, Kau ambil suamiku sekali. Ya Allah, berikan kekuatan padaku untukku menghadapi semua ini. Aku terus teresak di bahu ummi. Jiwaku tak dapat ku gambarkan. Lukisan hatiku tak dapat ku huraikan.
    Keesokannya, suamiku dkebumikan di tanah suci Madinah. Ingatanku kembali ke satu peristiwa yang pernah ku alami.
    “Nur, kalau kita dapat anak lelaki, abang nak namakan dengan nama Luqman Al-Hakim”
    “Kalau perempuan pula macammana?”
    “Namakan dia Mumtaz Hidayahtullah”
    “Nur suka nama yang abang berikan tapi kan Nur belum mengandung lagi”
    “Tak mengapa, manalah tahu abang tak sempat menamakan anak abang nanti”
    “Hish…abang ni, tak baik cakap macam tu”
    “Satu lagi, abang nak kubur abang terletak di kota suci Mekah ataupun Madinah bila abang tiada nanti”
    “Abang, sudahlah tu”
    Aku memuncungkan mulutku. Suamiku tersenyum mesra lalu membelai rambutku perlahan. Peristiwa itu berlaku setelah lima bulan aku sah menjadi isterinya. Kejadian itu turut mengingatkan aku kepada impian yang pernah disuarakannya semasa dia masih bergelar pelajar baru di sekolah menengah dahulu. Nampaknya semua impian suamiku terlaksana kini. Lantas hatiku tiba-tiba merasai satu kuasa yang membuatkan aku tabah menghadapi episod seterusnya. Saat suamiku diletakkan di liang lahadnya, ku pasang tekad untuk menjadikan bayiku sepertinya kelak. Saat tubuh suamiku dikambus tanah satu-persatu, perlahan ku pasangkan niat untukku mendidik bayiku agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Air mata yang mengalir ku seka dengan hujung jariku. Sesungguhnya, dia telah banyak memanduku ke jalan Allah dan dia juga banyak memberiku panduan hidup untukku terus tabah meneruskan perjuangan yang tidak ku ketahui di mana penghujungnya. Kini. Aku sudah tahu siapa diriku. Aku adalah hamba Allah yang Maha Kekal. Aku adalah milik Allah yang Maha berkuasa sedangkan selainnya tidak akan dapat bersamaku sepanjang perjalanan hidupku. Ya Allah, rahmatilah roh suamiku dan masukkanlah dia ke dalam golongan orang-orang yang menjadi kecintaan-Mu.


-Tamat-

p/s:Moga kisah ini berguna buat tatapan sahabat semua...


-----------------
"Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM..."

Shaykh Nasr Farid Wasel (Mufti besar Mesir)


Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

wihdatul_asrar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.02.2006
Ahli No: 22976
Posting: 121
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 18:02


best cerpen ni...
tahniah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wihdatul_asrarProfil   Hantar PM kepada wihdatul_asrar   Quote dan BalasQuote

imanimtiaz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15548
Posting: 32
Dari: selangor

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 20:16


menarik,,, macam kisah benar saja,, :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For imanimtiazProfil   Hantar PM kepada imanimtiaz   Pergi ke imanimtiaz's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-04-06 20:40


best sangat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

finas
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2006
Ahli No: 22936
Posting: 227
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-04-06 20:05


sedih la ending dia...tapi banyak pengajaran..
alhamdulilah..nur tu berubah...
semoga kita semua mendapat pengajaran dr kisah ni...
thanks nuralisa..
may Allah bless u..

Bookmark and Share

    


  Member Information For finasProfil   Hantar PM kepada finas   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 15-04-06 21:24


tahniahhh

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

syahadah_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.04.2005
Ahli No: 16078
Posting: 106
Dari: kualakangsar

Perak  


posticon Posting pada: 15-04-06 22:53


touching...


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahadah_muslimah pada 15-04-06 22:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadah_muslimahProfil   Hantar PM kepada syahadah_muslimah   Pergi ke syahadah_muslimah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 00:54


salam...

sedih ending dia...
tapi best...

semoga kita kita mendapat pasangan yang soleh... amiinn...

wallahu'alam..
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 16-04-06 16:31


hm..mnarik...tulis la cerita laen pulak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-04-06 18:12


Alhamdullilah...walapun sad ending..tapi cerita die best...

tahniah buat penulis yang berbakat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

Nuralisa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.10.2005
Ahli No: 20057
Posting: 196
Dari: UPSI

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 17:14


Assalamu'alaikum

terima kasih buat semua sahabat sekalian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuralisaProfil   Hantar PM kepada Nuralisa   Quote dan BalasQuote

umminajihah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.09.2005
Ahli No: 18690
Posting: 70

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 18:14


sedihnya ending dia.Kenapa suami dia meniggal pulak. kan best kalau mereka sempat bersama buat beberapa ketika...tapi nak buat macam mana kan?sedalam mana kita sayangkan seseorang, sayang lagi Allah pada dia... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For umminajihahProfil   Hantar PM kepada umminajihah   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-05-06 01:21


bagus2.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

syauqahaziqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.08.2005
Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-05-06 11:25


tahniah
satu cerita yang menarik
semoga dapat diambik pengajaran danpedoma dari cerpen ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For syauqahaziqahProfil   Hantar PM kepada syauqahaziqah   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 22:22


BEST...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

PeNguin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.04.2004
Ahli No: 8445
Posting: 190
Dari: miri, srwk

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 23:29


memang menarik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For PeNguinProfil   Hantar PM kepada PeNguin   Pergi ke PeNguin's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-11-06 19:12


best cerita ni....kalau lah dapat suami macam dalam cerita ni....bahagia....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 12-11-06 23:52


tahniah ,anda telah berjaya mencipta satu cerpen yang menyentuh hati..semoga cerpen tadi dapat memberikan pengajaran kepada kita semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

ana_muslimah89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26242
Posting: 49
Dari: depan pc

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 16:50


best..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ana_muslimah89Profil   Hantar PM kepada ana_muslimah89   Quote dan BalasQuote

nursolehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2004
Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-12-06 18:11


emm..boleh tahun..best juga..sedih lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursolehahProfil   Hantar PM kepada nursolehah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148351 saat. Lajunya....