Oleh |
Adakah lagu2 Nasyid baik dalam Islam |
Ameen
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20162
Posting: 146
|
Posting pada: 30-10-05 09:33
 .....Saya ingin bertanya pendapat anda semua adakah lagu2 Nasyid baik di dalam Agama Islam.Saya rasa lagu ialah sebuah hiburan,betulkan tapi kalau lagu nasyid apa pulak ??? Dalam Islam tidak boleh ada unsur2 hiburan tapi Kenapa ada sesetangah pihak kata lagu2 Nasyid baik dalam Islam.jadi saya harap anda semua dapat memberi pendapat anda.Sekian Thnk You
|
NURMIZA
Warga Rasmi Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7207
Posting: 11
Dari: Kemaman
|
Posting pada: 30-10-05 09:35
berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi sensara.... tepuk dada tanya iman...
|
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 30-10-05 10:23
saya pun tak tau nak jawab sangat,tapi sejak minat lagu nasyid ni saya rasa saya jadi baik sikit, wallahualam...sejak 2 3 hari ni bila dengar lagu nasyid asyik nangis saja, tak tau kenapa...
|
islamicboy
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2003 Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning
|
Posting pada: 30-10-05 11:57
in my opinion... sejak kebelakangan ni... nasyid lebih kepada menjurus kepada cinta dan menggalakkan remaja becinta.... macam ni ke berdakwah????
|
fawawzaiya
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.08.2003 Ahli No: 2819
Posting: 67
Dari: johor ke UM
|
Posting pada: 30-10-05 22:38
kalau nasyid tak boleh... so can u give other alternatif??
|
fainis
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.02.2004 Ahli No: 7590
Posting: 275
Dari: ardhil-lah
|
Posting pada: 31-10-05 03:15
betul ke dalam Islam tiada hiburan?? saya rasa asalkan berlandaskan syariat yang betul, tiada masalah... bak bait Raihan: "Berhibur tiada salahnya, Kerna hiburan itu indah, Hanya pabila salah memilihnya, Membuat kita jadi bersalah....." *mana yang baik jadi ikutan, mana yang buruk jadi sempadan*
|
ratu_assayyidah
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.08.2005 Ahli No: 18436
Posting: 23
Dari: Kuala Selangor
|
Posting pada: 31-10-05 08:01
bagi saya nasyid adalah satu hiburan islam.. jika tiada nasyid kita nak berhibur dengan lagu apa?? takkan nak dengar lagu-lagu rock,cintan-cintun seperti sekarang ni.... memang nasyid sekarang ni ada lagu cinta tapi ia membawa makna tersendiri cuba renungkan....
|
qardhawi_jr
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17517
Posting: 365
|
Posting pada: 31-10-05 08:11
nasyid hanya satu genre...dan satu alternatif bagi...hiburan yang melampau sekarang... islam tak pernah larang kita berhibur...hiburan...fitrah manusia....siapa yang tak suka hiburan tu...bukan manusia agaknya,,......cuma pandai2lah pilih hiburan....tengok senikata.............liriknya....rentak muzik jangan melampau sangat..........jangan lalai...........bercampur unsur maksiat............kebanyakan nasyid memang baik...dan tak menyalahi kehendak islam pun...........apa yang penting,hiburan yang kita pilih tu mampu nak dekatkan diri kita kepada allah..........................................................................................
|
Ameen
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20162
Posting: 146
|
Posting pada: 31-10-05 12:32
 ....Terima kasih kepada saudara/ri ku yang memberi pendapat masing yang cukup menarik & bagus.Saya memang sokong kata-kata kamu semua. Tapi zaman sekarang Lagu2 Nasyid telah ditukar,ada yang dicampurkan dengan irama HIP-HOP sprt: Allhamdulillah ( Yassin & Too-phat ) Adakah lagu itu baik untuk Islam ??????
|
fawawzaiya
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.08.2003 Ahli No: 2819
Posting: 67
Dari: johor ke UM
|
Posting pada: 31-10-05 22:21
so what is wrong with it? dah dengar album baru raihan..? dengar lagu do you know him..duet dengan group mecca 2 medina rentak hip hop tu.... i think it is a nice approach....and 4 me it is a nice song lain orang... lain minatnya.... tak boleh nak anggap semua orang suka apa yang kita suka... dalam hal ni...kena luaskan pandangan....
|
2manis
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu
|
Posting pada: 31-10-05 22:45
Nak tahu jugak apa kebaikannya dalam Islam? Ada kebaikan nasyid untuk islam? banyak mana? lebih banyak kebaikan atau keburukan? Mula2 memang kononnya untuk alternatif, untuk kebaikan,menyeru islam dan sebagainya.Lama kelamaan, nasyid dah hilang roh dia;dah tak ada beza dengan lagu lain. Tujuan dakwah dah lenyap ganti tujuan nak populariti dan duit. nasyid dah dirosakkan oleh kumpulan nasyid sendiri termasuk raihan.
|
fawawzaiya
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.08.2003 Ahli No: 2819
Posting: 67
Dari: johor ke UM
|
Posting pada: 31-10-05 23:04
lah u very sure about that? jadi ada alternatif lain? tak boleh jugak nak halang begitu tanpa ada alternatif lain... macam mana nak tahu tujuan dakwah dah lenyap? itu terletak pada niat group nasyid tu...tertubuhnya sebab nak ber dakwah atau tidak... tapi kita tak boleh sewenang2nya judge orang semudah itu...siapa kita nak ukur keikhlasan seseorang.... jujurnya saya antara yang terkesan dengan lagu nasyid... saya bukan orang baik...bukan ustaz...tak suka nak dengar ceramah2 ni dulu.. tapi terkesan bila si ayah membelikan anaknya album nasyid...dengar dan rasa kelainan...mula tertarik dengan mesej2 yang disampaikan tak semua orang boleh hadir ke kuliah2 untuk dengar ceramah... tak semua orang boleh berubah secara drastik.... tak semua suka dengar lagu nasyid tradisonal...dan memang tak ramai... lagu2 lagha makin banyak...dan lebih pelbagai.... tapi lagu2 dakwah masih sikit...tak banyak...tu pun nak band juga.. tak boleh terima sebab irama dan pendekatan muzik yang berbeza? [ Telah diedit oleh: fawawzaiya pada 31-10-05 23:06 ]
|
2manis
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-05 00:09
And are you sure, really sure fawawzaiya? apa yang kamu sure sangat dengan dunia nasyid.kamu mendalaminya ke atau sekadar fanatik? kalau setakat ayah belikan album nasyid janganlah nak judge mengatakan nasyid ada banyak menyumbang pada Islam? judgement kamu ni berdasarkan kopiah dan ada menyebut 'tuhan' dalam lagu? lagu rock pun ada sebut tuhan. lagu rock pun ada mesej ketuhanan,kemanusiaan, cinta. lagu nasyid ada gitar, lagu rock pun ada gitar. so apa bezanya? bezanya cuma nasyid pakai songkok atau kopiah, rockers tak pakai. eh yassin katanya nasyid pun tak pakai kopiah. nasyid ke tu? waheeda, beinda pun nasyid jugak ke? saya nak tanya dengan jujur pada anda. berapa besar sumbangan nasyid pada islam dan berapa besar kerosakan nasyid pada islam.mesti fakta, bukan sebab fanatik. ramai yang posting setuju,dulu nasyid memang bagus, lama kelamaan hampeh dan tak ada beza dengan lagu lain yang lagha. artis nasyid pun tak ada beza dengan artis lain, banyak membohong dan gila publisiti. luaskan pandangan.
|
saujana_kss
Warga Rasmi Menyertai: 05.03.2004 Ahli No: 7765
Posting: 16
Dari: SINGAPURA
|
Posting pada: 01-11-05 07:02
setiap yang tersurat ada yang tersirat..hayatilah lirik2nye..jangan hanya sekadar ambil bulat2..kena paham maksudnya betul2..
|
Ameen
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20162
Posting: 146
|
Posting pada: 01-11-05 12:26
Ambil yang baik , buang yang keruh ye kawan-kawan Ku... yang baik itu datang daripada ALLAH dan yang buruk itu datang daripada DIRI kita SENDIRI.. AMin nak Ucapkan: " Selamat Hari Raya" & Maaf Zahir batin
|
pukau
WARGA SETIA Menyertai: 09.06.2004 Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL
|
Posting pada: 01-11-05 16:54
Nasyid ke, lagu ke dan apa bentuk hiburan pun selagi tak bercanggah dengan islam memang boleh brader...jangan memandai2 haramkan benda yang halal, berat tu. Kalau nasyid dah masuk unsur2 cinta ke atau benda negatif, itu salah penyanyi/kumpulan nasyid/pencipta lagu etc..bukan nasyid itu sendiri. Macam tv juga, kalau ada mamat pakai tengok blue, sapa yang salah? tv ke atau mamat tu? Kalau orang nak cari makan dengan nasyid salah ke? mereka nak hidup juga, mungkin ada keluarga nak sara. Kalau nak nasyid free, mungkin kita boleh start dulu dengan bernasyid tepi jalan bila ada masa lapang. Sorry kasar. Maaf zahir batin. Selamat hari raya. Nak nengok nasyid raya pula.  [ Telah diedit oleh: pukau pada 01-11-05 16:55 ]
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-05 18:19
Pada 01-11-05 00:09 , 2manis posting:!!! QUOTE !!! And are you sure, really sure fawawzaiya? apa yang kamu sure sangat dengan dunia nasyid.kamu mendalaminya ke atau sekadar fanatik? kalau setakat ayah belikan album nasyid janganlah nak judge mengatakan nasyid ada banyak menyumbang pada Islam? judgement kamu ni berdasarkan kopiah dan ada menyebut 'tuhan' dalam lagu? lagu rock pun ada sebut tuhan. lagu rock pun ada mesej ketuhanan,kemanusiaan, cinta. lagu nasyid ada gitar, lagu rock pun ada gitar. so apa bezanya? bezanya cuma nasyid pakai songkok atau kopiah, rockers tak pakai. eh yassin katanya nasyid pun tak pakai kopiah. nasyid ke tu? waheeda, beinda pun nasyid jugak ke?
saya nak tanya dengan jujur pada anda. berapa besar sumbangan nasyid pada islam dan berapa besar kerosakan nasyid pada islam.mesti fakta, bukan sebab fanatik.
ramai yang posting setuju,dulu nasyid memang bagus, lama kelamaan hampeh dan tak ada beza dengan lagu lain yang lagha. artis nasyid pun tak ada beza dengan artis lain, banyak membohong dan gila publisiti.
luaskan pandangan. kalau sahabat nak gunakan hujjah sama terhadap saya ternyata sahabat akan tersalah langkah....kerana ayah saya tak pernah belikan nasyid untuk saya dengar dan saya tak kenal nasyid melalui kopiah atau perkataan tuhan yang dialunkan bersama irama.... Adakah nasyid menyumbang kepada Islam...?? untuk perbincangan ini saya rasa saya dah menulis panjang dalam artikel saya yang bertajuk mengatasi serangan pemikiran yang hanya dibaca oleh sesetengah orang sahaja(kerana lebih suka kepada tajuk posting yang lebih sentimental)..... Apa yang saya xstuju ialah telunjuk yang berdiri menyalahkan!! sedangkan apa yang kita sumbangkan kepada islam??dari segi global dan adakah apa yang kita buat berkesan.....antara lain nasyid mampu merubah psikologi membesarkan dunia hiburan barat yang kotor kepada satu dimensi baru bernama hiburan islam...yang masalah disini ialah kadang-kadang manusia ini leka....lalu disitu lah tugas kita yang tak leka ni menegur....adakah sahabat telah menegur supaya tidak mencipta lagu cinta??oh mungkin masih ada kias ulama' dalam bab cinta dan bab gitar yang mana tidak ada hadis sahih untuk menghukumkannya haram....siapakah anda untuk berijtihad mengatakan ianya haram?? sedangkan ulama masih berbeza pendapat......saya tidak mahu membela kumpulan. nasyid tapi saya cakap terkesan dengan irama dan lirik yang menginsafkan sehingga mampu membuatkan beberapa orang sahabat saya menangis keinsafan bila mendengarnya...bagi yang tak menangis maybe hatinya keras... -----------------
|
2manis
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-05 19:41
hebatnya,..... nasyid telah mengubah psikologi membesarkan dunia hiburan barat.... wooooowwww!!! mana kajiannya? kalau setakat cakap sendiri tanpa bukti budak tadika pun pandai. ok syahid_zul, jangan hanya pandai cakap..... yang saya minta jangan dibelit2 Saya minta senaraikan kebaikan dan keburukan nasyid. ok. simple! Mustahil nasyid itu buruk saja dan mustahil ia baik saja... just senaraikan kat sini 10 kebaikan nasyid dan 10 keburukan nasyid. itu saja yang saya nak.... tak lebih tak kurang (kalau betul anda pandai). mungkin senarai itu boleh mengubah psikologi membesarkan dunia hiburan saya (bukan barat) terhadasp nasyid yang kian lagha. senaraikan, tak banyak..... 10 saja. tak payah belit2 psikologi ke apa ke....
|
nano
Warga 5 Bintang Menyertai: 20.10.2005 Ahli No: 19971
Posting: 386
|
Posting pada: 01-11-05 19:46
Ha rancak juga perbincaangan bab nasyid ni ..... pada. pendapat saya la nasyid bagus, lagu pun bagus,sajak pun bagus .....asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.dalam sesetengah hal kehidupan ni ulama berselisih pendapat ... kalau anda tak sukakan sesuatu jangan halang orang yang menyukainya. Mungkin bagi anda nasyid tu tak berkesan untuk perbaiki diri tapi bagi orang. lain tidak begitu ...,nasyid menyebabkan orang. gila publisiti, duniawi dsb.nya.jangan lihat pada. kekurangan saja. pada.Zaman Rasulullah saw pun baginda tak guna al-Quran saja untuk berdakwah,malah guna juga syair .... kerana syair pada masa itu berpengaruh.Mungkin ada yang kata Al-Quran sudah lengkap .... tak perlu guna syair untuk sampaikan ajaran agama.Pendapat ini tidak benar ...... kehidupan ini bermacam ragam ...... kalau terlalu rigid, maka akan lahir masyarakat yang tidak kompetitif. Saya suka apa yang dinyatakan oleh fawawzaiya ... kalau nasyid tidak boleh apa alternatifnya???? ...... jangan mudah nak halang sesuatu .... sedangkan kita tak mampu nak bangunkan alternatifnya.
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 01-11-05 22:00
saya rasa lah, dengar lagu nasyid lebih baik daripada mendengar lagu jiwang yang tak ada faedah langsung. memang sekarang ni ramai penyanyi nasyid menyanyikan lagu yang berunsur cinta..tapi lagu cinta yang berlandaskan islam... ----------------- Hakikat Kejayaan Adalah Kebahagiaan Dalam Hidup....
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-05 22:17
Pada 01-11-05 19:41 , 2manis posting:!!! QUOTE !!! hebatnya,..... nasyid telah mengubah psikologi membesarkan dunia hiburan barat.... wooooowwww!!! mana kajiannya? kalau setakat cakap sendiri tanpa bukti budak tadika pun pandai. ok syahid_zul, jangan hanya pandai cakap..... yang saya minta jangan dibelit2 Saya minta senaraikan kebaikan dan keburukan nasyid. ok. simple! Mustahil nasyid itu buruk saja dan mustahil ia baik saja... just senaraikan kat sini 10 kebaikan nasyid dan 10 keburukan nasyid. itu saja yang saya nak.... tak lebih tak kurang (kalau betul anda pandai).
mungkin senarai itu boleh mengubah psikologi membesarkan dunia hiburan saya (bukan barat) terhadasp nasyid yang kian lagha. senaraikan, tak banyak..... 10 saja. tak payah belit2 psikologi ke apa ke.... saudara seakan2 memerangkap saya dengan permintaan sedemikian.. bagi awak jika saya akal dalam senarai itu maka saya dianggap salah dan jika saya berjaya senaraikan pun kemanakah akan perginya senarai itu dan akankah anda mengakui bahawa nasyid juga memainkan peranan dakwah masa kini setidak-tidaknya menafikan kehebatan barat dalam menonjolkan role model remaja....saya tidak lah ingin mengatakan bahawa penasyid itu boleh dijadikan idola remaja tetapi siapakah anak muda yang berani menyahut cabaran saya untuk menjadikan rasulullah idola mereka...mungkin saudara ya! sebab maybe saudara ada kesedaran itu tetapi bagaimana yang disana... yang masih meloncat2 antara lelaki dan perempuan tampa malu...segan silu yang meletakkan hedonisme dan hiburan melampau itu sebahagian dari kehidupan mereka.....setidak2nya nasyid mampu membawa satu dimensi baru dalam wadah hiburan muslim even saya sendiri... saya tak mampu menjadi manusia tampa hiburan kerana saya besar dalam dunia yang berhibur....begitu juga saudara kerana saudara bukanlah seorang sufi...Apa yang saudara nak bangkitkan ialah nasyid itu sudah MATI dan nasyid sekarang sudah hilang kelayakan untuk dipanggil nasyid dan perkara inlah yang merimaskan saya....sukar untuk menerimanya kerana terlalu zalim untuk menghukumkan begitu.... jangan buat kesimpulan terlalu umum begitu kelak melukakan hati mereka yang manalah kita tahu mungkin ihklas untuk berdakwah melalui nasyid!adakah anda rela meletakkan maruah anda pada kesombongan dan ketaksuban penilaian tampa asas??mana kajian?? secara jujur hingga sekarang tidak ada kajian khusus yang sampai ke pengetahuan saya tentang perkara itu tetapi ianya tak memelukan kepada kajian jika anda benar-benar faham teori logik.....jika a adalah b dan b ialah c maka a adalah c.....ini asasnya.... apabila pilihan hiburan islam tak ada yang ada hanya hiburan lagha dan barat rasa2nya remaja akan berhibur ikut cara mana??dua saat dari sekarang.....itu pun tak boleh faham dan masih angkuh meminta kajian....perlukah kajian??? -----------------
|
2manis
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-05 22:50
syahid_zul, saya ni makin pelik dengan cara anda. Mana satu perangkapnya? saya tak perangkap pun Kenapa kamu kata nak perangkap. saya taknak belit-belit dengan bahasa sastera kamu tu cuma saya nak minta senarai a) 10 kebaikan nasyid pada Islam b) 10 keburukan nasyid pada Islam. sebab semua benda baru tidak sempurna mesti ada pro and kontra, buruk dan baik. Bukan perangkap yang saya minta, kalau kamu boleh baca apa yang saya minta. saya cuma minta senarai, bukan perangkap,bukan dimensi, bukan wadah. hanya budak tadika cakap ikut sedap mulut tanpa kajian. mestilah perlu fakta dan kajian sebab takkan nak cakap main sedap mulut. bukan wadah ke, dimensi ke ketaksuban ke dan entah apa-apa lagi. orang bijak sentiasa menyediakn faktya dan menjawab ikut soalan. soalannya SENARAI, Kenapa jawapannya pasal dimensi lah, ketaksuban,perangkaplah dan entah apa-apa lagi dan gaya bahasa yang saya tak faham. susahlah kalau benda yang paling simple pun tak faham dan nak dibelit dengan bahasa yang hanya difahami oleh anda sendiri.
|
pukau
WARGA SETIA Menyertai: 09.06.2004 Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL
|
Posting pada: 01-11-05 23:01
Pada 01-11-05 19:41 , 2manis posting:!!! QUOTE !!! hebatnya,..... nasyid telah mengubah psikologi membesarkan dunia hiburan barat.... wooooowwww!!! mana kajiannya? kalau setakat cakap sendiri tanpa bukti budak tadika pun pandai. ok syahid_zul, jangan hanya pandai cakap..... yang saya minta jangan dibelit2 Saya minta senaraikan kebaikan dan keburukan nasyid. ok. simple! Mustahil nasyid itu buruk saja dan mustahil ia baik saja... just senaraikan kat sini 10 kebaikan nasyid dan 10 keburukan nasyid. itu saja yang saya nak.... tak lebih tak kurang (kalau betul anda pandai).
mungkin senarai itu boleh mengubah psikologi membesarkan dunia hiburan saya (bukan barat) terhadasp nasyid yang kian lagha. senaraikan, tak banyak..... 10 saja. tak payah belit2 psikologi ke apa ke.... Since awak yang start persoal, so awak yang patut senaraikan dulu keburukan nasyid. 10 saja, tak banyak.
|
2manis
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.07.2003 Ahli No: 1909
Posting: 139
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-05 23:20
Since awak yang start mempertahankan, so awak yang patut senaraikan dulu kebaikan dan keburukan nasyid. 10 saja, tak banyak. takkan tak boleh agaknya.....
|
syahid_zul
WARGA SETIA Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5698
Posting: 535
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-11-05 23:50
jawapan saya still sama....tak ada senarai tak ada fakta...!!orang boleh menerima sesuatu sabagai common sense mengapa tidak anda...??mengapa harus ditanya senarai?? petik sahaja tulisan saya dan buat dalam bentuk senarai saya rasa sudah cukup... kebenaran tidak memerlukan sepuluh fakta untuk menyokongnya tapi cakap dengan kejituan dan ketepatan....kenapa perlu minta sepuluh???mengapa sepuluh??adakah anda lecturer saya???saya nak cakap yang awak cuba perangkap saya dalam psikologi murahan...apakata jika saya xsenaraikan...bermakna saya dah kalah kepada cabaran awak...dan jikapun saya berjaya senaraikan saya masih tewas kepada awak kerana mengikut telunjuk angkuh awak.....INI PERANGKAPNYA......masih kabur??masih tak faham....saya nasihatkan lawatilah artikel saya yang lalu dalam tajuk mengatasi serangan pemikiran.....dan saya harap awak dapat jumpa berapa ratus pun senarai yang awak nak jika mata terbuka..... bukanlah saya orang yang bijak bukan lah saya orang pintar cuma menuntun orang yang masih samar kepada cahaya kebenaran.... usahlah ditutup mata hati dan usahlah diikut kesombongan kerana dosa dsebabkan maksiat ada pengampuan tapi dosa disebabkan keangkuhan tiada pengampunan dari allah(imam al-ghazali"Penenag Jiwa")...tiada guna perdebatan seperti ini kerana yang kalah menjadi abu dan yang menang menjadi arang.... yang penting kita cari kebenaran...jika saya yang salah maafkan kerana kejahilan dan jika saya yang benar cukup Allah mengukur keihklasan saya dalam menyampaikan........wassalam
|
achik_solehah
WARGA SETIA Menyertai: 04.07.2003 Ahli No: 2015
Posting: 654
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 12-11-05 10:27
apa yang penting mesej yang nak disampaikan. tak kisah lagu macam mana. kalau kita yang dengar nasyid sampai lengah sembahyang...itu salah kita sendiri. apa yang baik ambil iktibar..  - sekadar pandangan
|
wanja
Warga 1 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6524
Posting: 23
Dari: AnakMas Conner
|
Posting pada: 14-11-05 18:52
2manis... kita tak payah dengar nasyid. nasyid dah terpesong dari landasan yang sebenar. nasyid bukan lagi medium dakwah yang betul dilandasannya. nasyid dah songsang. kita dengar lagu lain. mariah carrey dan b2m dengan RnBnya, ruggedge,ve, too phat, ziana zain, siti nurhaliza, irama malaysia, balada, pop,......... tambah sendiri..... semua ini tak ada pula yang komen kata BURUK.... nasyid saja yang BURUK.... irama lain tetap best... ye tak 2manis
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 14-11-05 18:58
kita menghantar posting mengenai tajuk ini bukan untuk bertelagah sesama sendiri...tapi untuk memberi pendapat..
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 14-11-05 20:33
ye betul...nasyid sekarang semakin buruk..sikit-sikit tema berlandaskan cinta..(memang betul pun)..huhu..tak mengapa la..tinggalkan bab tu..jadi kita boleh la ye dengar lagu static-tak , metallica dan sebagainya sebabkan nasyid sekarang tak berapa baik..(agaknya)..tetapi harus diingat,SIAPAKAH KITA HENDAK MENILAI NIAT ORANG.. bohong la kalau mengatakan tak pernah dengar lagu selain dari lagu nasyid..tak payah la nak bertalam dua muka..bila perkara yang berkaitan Islam saja terus dicop tak baik..contohnya bila menegur orang yang tak pakai tudung,terus orang itu berkata pakai tudung pun tak semestinya baik.. dalam hal ini pun sama..bila ada orang cuba nak sampaikan dakwah menerusi lagu sahaja terus dicari kesalahan umpamanya nak suruh senaraikan kebaikan dan keburukan...Kenapa tidak senaraikan dulu kebaikan dan keburukan lagu bukan nasyid..?? cuba baca sejarah bagaimana wali songo dahulu menjalankan misi dakwah mereka di kepulauan melayu. sah sah hiburan saja tak boleh main alat muzik terkini..tu cuba dengar lagu Soldiers Of Allah...ada mereka gunakan kompang..??cuba dengar betul betul lirik dia..memang FEEL 100%...lagu jepun yang mendayu-dayu tu taknak kata tak baik juga ke..yang datang dari barat semuanya tak baik..yang dari timur pula semuanya baik..apakah pemikiran ini tidak dapat diubah menjadi lebih global..??sah sah lagu yang ber"arab" sikit terus kata baik...mawi nyanyi lagu amir dhiab dimalam tautan kasih tu pun baik juga ke..cuba tengok lirik dia..Kenapa tak mahu kata lagu tu pun tak baik pasal tema dia tentang kecantikan seorang perempuan..hairan ya..Islam ini untuk orang Arab dan Me LAYU sahajakah..?? kalau nak dengar nasyid..dipersilakan..tak mahu dengar..tak payah dengar...bukannya sukar pun..Abraham Lincoln one said,jangan kamu tanya apa yang negara buat untuk kamu,sebaliknya tanyalah apa yang kamu buat untuk negara...dan saya tukar sedikit..jangan bertanya apa yang Islam buat untuk kita,sebaliknya tanyalah apa yang kita dah buat untuk Islam selama kita hidup ini.adakah kita memalukan Islam ataupun kita menjulangnya.. wallahu'alam... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-11-05 23:33
ramai yang saya jumpa, orang dok kutuk2 nasyid ni, tapi sebalik itu mereka dengar lagu rock, minat siti nurhaliza, tengok konsert siti, terjerit2 macam orang tak siuman... kalau anda dengar lagu rock, pop, rap dan sebagainya lepas itu dok kutuk nasyid, tak payahla nak posting kat sini, jangan jadi macam orang munafiq, hanya nak memecahbelahkan umat Islam... biarlah mereka berdakwah dengan cara mereka, Kenapa nak sibuk... kalau nak bagi teguran pun berilah secara berhikmah, jangan main hentam saja... sekurang2nya mereka ada juga sumbangan kepada agama, kita bagaimana...? apakah sumbangan yang telah kita lakukan, membawa kebencian sesama orang Islam...? saya pernah interview mereka masa buat latihan ilmiah dulu, saya boleh terima alasan mereka, kita kenalah berfikir secara terbuka, jangan terlalu syadid... mereka kata itu adalah strategi semata2 bukan matlamat, in sya'a'Llah bila sampai masanya mereka akan ubah balik, tapi kenalah berperingkat juga... dah ada pun album keluaran HME yang menampilkan alunan zikir, iaitu alunan daripada saudara Munif, vokal kumpulan Hijjaz... bukankah itu suatu petanda yang baik...? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 14-11-05 23:44
maaf kalau terkasar bahasa, mungkin ada sahabat2 kat ukhwah yang betul2 mendengar nasyid yang berkonsepkan ketuhanan semata2, tapi setahu saya ramai juga orang yang kutuk2 nasyid sedangkan dalam masa yang sama mereka dengar lagu2 yang jelas laghanya... setiap insan perlukan hiburan, kita boleh pilih hiburan yang boleh diterima dalam Islam, kita boleh menilai berdasarkan suasana dan kemampuan diri kita... kalau kita mampu, berhibur dengan Al-Quran semata2 adalah yang terbaik... jangan sampai kita tolak hiburan 100% sebab berdasarkan hadith Nabi, Islam menghalalkan hiburan selagi tidak melanggar batas2 syarak... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
tengku_anis
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.11.2005 Ahli No: 20231
Posting: 204
Dari: ..:Bumi BaitulMaqdis :..
|
Posting pada: 15-11-05 02:33
 ... saya sebenarnya bukanlah peminat nasyid tapi sebab saya belajar di sk agama, saya banyak juga tahu pasal nasyid. pada saya, tak payahlah kita bertelegah pasal ni. saya tak menangkan mana-mana pihak. sama ada 2manis atau syahid_zul. dua2 ada rasional masing2. tapi, sekarang ni dah tak melibatkan persoalan 'adakah lagu2 nasyid baik dalam Islam' tapi ini melibatkan emosi. daripada jawapan antum semua, semuanya agak beremosi. manusia bila kalah pada emosi tidak mampu membuat pertimbangan yang baik. saya nampak ada medan sinicle di sini. yang ini memerli yang itu dan yang itu memerli yang ini. baik atau tidak nasyid itu terletak dalam diri kita. jika kita rasa nasyid akan melaghakan kita, baik kita berhenti mendengar. tapi kalau nasyid itu mampu menginsafkan kita, membuatkan kita tidak lupa kepada Ilahi, tidak salah rasanya. tidak perlu kita listkan apa-apa atau cakap berputar2. saya tahu kita semua sudah matang. jadi bertindak sebagai orang yang matang. jika sekarang, ada hati yang membara membaca hujah saya, nasihat saya agar antum mengambil air sembahyang atau berzikir dan beristigfar kepada-NYA. Usah berkelahi. mungkin ada Syaitan yang bersorak melihat antum kalah pada nafsu dan emosi. bertenang dan sesungguhnya kepada ALLAH sebaik2 tempat pengaduan.. Wallahualam.
|
NAJIB_AE-ONE
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.12.2005 Ahli No: 20964
Posting: 21
Dari: BUMI ALLAH
|
Posting pada: 19-12-05 21:14
ASSALAMUALAIKUM NASYID (atau dikenali dari segi bahasanya lagu) digunakan oleh para daie(pendakwah- sama ada penasyid atau penulis lirik) sebagai salah satu method atau kaedah dakwah... untuk pengetahuan semua kaedah dakwah cukup luas bukan nasyid atau ceramah agama sahaja malahan peperangan fisabilillah di zaman Rasulullah juga dikira dakwah bilamana ianya menunjukkan kekuatan Umat Islam ketika itu... Kaedah dakwah berbeza mengikut keadaan,tempat, zaman dan manusia(mad'u)... ianya adalah salah satu perkara yang perlu untuk diijtihad (biasa di lakukan oleh Ulamak untuk berhukum yang mana tidak terdapat dalam al-quran dan al-hadis, sumber hukum ini di kenali sebagai ijmak ulamak, sumber hukum keempat selain Al-Quran, Al-hadis, dan Qias, sumber hukum inilah yang menunjukkan islam itu sesuai sepanjang zaman, namun demikian sumber hukum ini tidak bercanggah dari sumber hukum yang mutlak al-quran dan al-Hadis) nasyid(lagu) digunakan sebagai salah satu kaedah untuk membawa manusia mengingati Allah atau mengajak kepada sesuatu yang baik.. yang mana lagu yang sedap dan suara yang merdu diperlukan sebagai wasilah atau media untuk menarik perhatian mad'u atau orang yang di dakwah... saya akui nasyid mempunyai sasaran dakwahnya tersendiri namun ianya serba sedikit membantu mengajak manusia untuk mendekatkan diri pada Allah dan perkara2 yang baik.. di samping membantu cara-cara dakwah yang lain di mana mempunyai sasarannya tersendiri... rukun2 dakwah 1. tujuan atau objek dakwah 2. pendakwah(daie) 3. orang yang di dakwah (mad'u) 4. method atau kaedah dakwah 5. wasilah(media) sekadar ilmu dan pengetahuan JANGANLAH KITA BERTENGKAR DALAM SOAL2 FURUK ATAU CABANG BILAMANA SOAL2 POKOK ATAU AKIDAH MASIH BANYAK TIDAK SELESAI... ----------------- MENCARI KAWAN yang BOLEH MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH [ Telah diedit oleh: NAJIB_AE-ONE pada 19-12-05 21:27 ]
|
aymannur
Warga 4 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed
|
Posting pada: 19-12-05 21:44
saudari 2manis, berapa umur anti? kalau anti masih di kategori remaja, masih banyak masa dan ruang untuk anti mencari ilmu sebanyak mungkin, mengutip pengalaman dari orang-orang yang berilmu seterusnya menjawab segala pertanyaan anti itu...anti sendiri tahu, apa yang anti perdebatkan ini tidak disukai oleh semua orang..orang memandang nasyid sebagai suatu medium dakwah..kalaupun ada nasyid yang tidak lagi membawa mesej dakwah, orang akan mengatakan bahawa nasyid itu tidak betul..yang salahnya pembuat lirik, bukan `nasyid` yang salah...salahkan pembuat lirik , bukan salahkan `nasyid` Tapi jika anti di kalangan orang dewasa, cuba anti cek balik niat sebenar dalam hati anti..Kenapa anti terlalu menghalang nasyid, sedangkan banyak lagi perkara maksiat yang perlu ditentang dan dibawa berhujah akan keburukan dan kemaksiatannya.....ada dua jenis hati..hati kecil dan hati besar...yang selalu orang ambil perkira ialah hati besar..orang sembunyikan hati kecil...yang saya nak anti cek ialah hati kecil..apa yang anti fikirkan sebenarnya..(ni dari dari. fadzillah kamsah ) Saya pernah dengar ceramah perdebatan antara astora jabat dan dari asri...antara lain dari Asri ada menyebut, `janganlah apabila seseorang yang baik itu buat silap, kita tentang dia habis2 an kerana manusia mana yang tak pernah buat silap...dan, janganlah suatu yang buruk tu kita sokong100% bila ada sedikit kebaikan padanya` saya minta maaf kerana tak mampu nak bawa hadith atau ayat Qur`an yang berkaitan dengan isu ini. segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari Allah juga, tapi disandarkan atas diri saya. Wallahua`lam.
|
NAJIB_AE-ONE
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.12.2005 Ahli No: 20964
Posting: 21
Dari: BUMI ALLAH
|
Posting pada: 21-12-05 19:56
Pada 19-12-05 21:44 , aymannur posting:!!! QUOTE !!! saudari 2manis,
berapa umur anti? kalau anti masih di kategori remaja, masih banyak masa dan ruang untuk anti mencari ilmu sebanyak mungkin, mengutip pengalaman dari orang-orang yang berilmu seterusnya menjawab segala pertanyaan anti itu...anti sendiri tahu, apa yang anti perdebatkan ini tidak disukai oleh semua orang..orang memandang nasyid sebagai suatu medium dakwah..kalaupun ada nasyid yang tidak lagi membawa mesej dakwah, orang akan mengatakan bahawa nasyid itu tidak betul..yang salahnya pembuat lirik, bukan `nasyid` yang salah...salahkan pembuat lirik , bukan salahkan `nasyid` Tapi jika anti di kalangan orang dewasa, cuba anti cek balik niat sebenar dalam hati anti..Kenapa anti terlalu menghalang nasyid, sedangkan banyak lagi perkara maksiat yang perlu ditentang dan dibawa berhujah akan keburukan dan kemaksiatannya.....ada dua jenis hati..hati kecil dan hati besar...yang selalu orang ambil perkira ialah hati besar..orang sembunyikan hati kecil...yang saya nak anti cek ialah hati kecil..apa yang anti fikirkan sebenarnya..(ni dari dari. fadzillah kamsah )
Saya pernah dengar ceramah perdebatan antara astora jabat dan dari asri...antara lain dari Asri ada menyebut, `janganlah apabila seseorang yang baik itu buat silap, kita tentang dia habis2 an kerana manusia mana yang tak pernah buat silap...dan, janganlah suatu yang buruk tu kita sokong100% bila ada sedikit kebaikan padanya`
saya minta maaf kerana tak mampu nak bawa hadith atau ayat Qur`an yang berkaitan dengan isu ini.
segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari Allah juga, tapi disandarkan atas diri saya. Wallahua`lam. subhanallah... sungguh bernas jawapan saudari ----------------- MENCARI KAWAN yang BOLEH MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH
|
sahabat_sejati
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3361
Posting: 337
Dari: shah alam
|
Posting pada: 22-12-05 16:30
kita ikut kepada guru yang mengajar sebab ada dua pendapat di kalangan para ulama' ada yang kata haram dan ada yang kata halal cuma apa yang patut kita fikirkan alangkah baik ada lagu nasyid yang sentiasa mengingatkan kita kepada sesuatu yang baik dan benar  biarpun bertemakan kecintaan tetapi kecintaan kepada TUHAN mengatasi segalanya biarpun ada elemen muzik moden tetapi mesej yang disampaikan jelas dan sampai di pendengaran
|
NAJIB_AE-ONE
Warga 1 Bintang Menyertai: 08.12.2005 Ahli No: 20964
Posting: 21
Dari: BUMI ALLAH
|
Posting pada: 23-12-05 11:48
Pada 22-12-05 16:30 , sahabat_sejati posting:!!! QUOTE !!! kita ikut kepada guru yang mengajar sebab ada dua pendapat di kalangan para ulama' ada yang kata haram dan ada yang kata halal cuma apa yang patut kita fikirkan alangkah baik ada lagu nasyid yang sentiasa mengingatkan kita kepada sesuatu yang baik dan benar

biarpun bertemakan kecintaan tetapi kecintaan kepada TUHAN mengatasi segalanya biarpun ada elemen muzik moden tetapi mesej yang disampaikan jelas dan sampai di pendengaran
 ----------------- MENCARI KAWAN yang BOLEH MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH
|
najdahsuraya
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35253
Posting: 36
Dari: sepanyol
|
Posting pada: 08-10-08 10:13
saya suka sangat lagu nasyid.........terutamanyer layar keinsafan dan destinasi cinta....best....try lah dengar......hehehe..
|
altaf
Warga 2 Bintang Menyertai: 25.09.2006 Ahli No: 26556
Posting: 51
Dari: terengganu
|
Posting pada: 08-10-08 12:18
bila dengar LAGU NASYID ini......rasa DAMAI PUN ada.... kalau TENGAH STUDY ke.....saya selalu buka IKIM. kalau tak buka NASYID OR LAGU tak boleh STUDY.
|
fantasi87
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2008 Ahli No: 35300
Posting: 77
Dari: bangi
|
Posting pada: 08-10-08 12:29
nasyid yang baik adalah lagu-lagu yang brunsurkan dakwah...... bukan pada zaman ini yang kebnykannyer berunsurkan cinta........
|
ikhwanzm
Warga Rasmi Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35262
Posting: 9
|
Posting pada: 09-10-08 16:57
Cuba dengar kumpulan2 seperti SOA (Soldier Of Allah), Native Deen, Outlandish, Sami Yusof ...Mecca 2 Medina ..adalah sebahagian saja. Hayati lirik2 yang dilontarkan ...... Ada banyak nasyid2 selain di negara kita .... Cuba pelbagaikan alunan nya ....
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 09-10-08 17:57
wah..rancaknya perbincangan nasyid di sini. tak semua lagu nasyid saya suka. bergantung pada liriknya yang membawa kita mengingati Yang Maha Esa.
|
asma87
Warga Rasmi Menyertai: 05.08.2008 Ahli No: 34303
Posting: 3
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 17-10-08 13:00
soalan : Adakah lagu2 Nasyid baik dalam Islam? salam..... semua org ada pendapat masing-masing, bagi pendapat saya, adakah lagu2 nasyid baik dalam Islam, ianya bergantung pada mesej yang disampaikan dalam lirik tersebut dan tak salah untuk berhibur tapi biarlah berpada2 dan ada hadnya untuk berhibur... untuk maklumat lebih lanjut: saya ada terjumpa artikel/ link yang berkaitan dengan topik ini.. http://awansx.wordpress.com/2006/10/28/hukum-nasyid-atau-lagu-lagu-yang-bernafaskan-islam/----------------- harta berharga adalah sabr, teman setia adalah amal, ibadah terindah adalah ikhlas, pekerjaan yang paling berat adalah memaafkan org
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 17-10-08 14:00
Pada 08-10-08 12:29 , fantasi87 posting:!!! QUOTE !!! nasyid yang baik adalah lagu-lagu yang brunsurkan dakwah...... bukan pada zaman ini yang kebnykannyer berunsurkan cinta........ tak salah dengar nasyid cinta... asalkan mesej nya tak lari dari Islam yang sebenarnya... lagu inteam dulu pun banyak best.. UNIC pasal cinta... tapi CINTA yang disampaikan bukan cinta pergi dating... tapi pengharapan isteri solehah.. jaga pergaulan... mesej dia bagus jugak.. Tapi ada juga nasyid yang memuja nama sesorang tu.. bagi saya tak berapa bagus.... tak patut kita puja orang... -----------------  Koleksi Busana
|