Masa berlalu dengan pantas;terus meninggalkan kita(barangkali dengan ucapan hai bye bye …)pada saat kita masih keliru.Tidak sesekali kita mampu mengejarnya ….apatah lagi mengembalikan masa yang telah berlalu(melainkan ada mesin perentas masa Doraemon…boleh percaya ke?)
Umur kita semakin meningkat(Badan kita barangkali makin berisi).Namun mengapa pemikiran kita masih di takuk lama?(tadika..=sekolah rendah..=sekolah menengah..=universiti)
Walaupun sedar amanah yang terpikul di bahu kita selaku mahasiswa ISLAM(ehh…sedar ke?),kita terus hanyut ditelan arus ombak yang lebih dahsyat dari ombak Tsunami,terus terkapai-kapai kelemasan dibawa taufan yang lebih dahsyat dari taufan Katrina.Biar runtuh bangunan pencakar langit,biar meledak gunung berapi,biar meletus gempa bumi,biar apa pun yang berlaku,(biar saja…)kita terus leka,alpa….lupa.Akhirnya yang rugi tidak lain tidak bukan…’saya’
Tidakkah kita melihat anak bangsa lain terus cemerlang,penuh gemilang akhirnya terbilang dimata dunia sedangkan kita terus malang..dengan penuh tembelang…akhirnya ,hilang!Memonopoli ekonomi;mereka terus kaya,kita masih papa kedana.Menguasai pendidikan;mereka terus berjaya ,lulus cemerlang sedangkan kita…gagal berulang-ulang!Kita kuasai pengangguran,tahniah….
Islamlah agama ilmu,Islamlah itu,Islamlah ini….(bla bla bla…-slogan dan retorik indah)Tetapi apa yang kita umat ISLAM buat?Hanya menyalak…?Cakap tak serupa bikin ,bikin tak serupa cakap,tak cakap tak bikin,tak bikin tak cakap!!!
Budaya ilmu tiada;itulah akibat malas membaca.Berfikir apatah lagi…!!!Yang ada hanyalah budaya hedonisme,budaya berhibur,hiburan di sana sini…ke sana ke mari…pergi mai pergi mai tang tu juga!!!
Apabila dikata jumud,berfikiran sempit,otak beku,ketinggalan zaman,ekstrim…kita melatah…mengamuk Singa Afrika!Tetapi apa REFORMASI yang kita lakukan?REFORMASI yang tentunya bermula dari diri sendiri…perubahan sikap…jangan hanya tahu ber’make-up’!!!
Bagaimana pula dengan pengurusan masa kita?Jangan keliru…Usah fikirkan panjang atau pendeknya sesuatu masa,fikirkan pengisiannya!Usia muda kita sia-siakan ,bila menggapai usia dewasa nanti barulah kita insaf betapa bodohnya kita membazirkan masa sewenang-wenangnya…sungguh celaka!Maka Syaitan pun ketawa berdekah-dekah,bertepuk tangan;riang,sambil Iblis menari-nari…’Gumbira’ melihat cucu-cicit Adam tersungkur di pintu syurga…
Bagaimana nasib bangsa ini bila kau berdiam diri…WAKE-UP!!!
[email protected]11.25 pm
Apium Nilam Puri, 270905.